individu boleh menjadi radikal? - rrg.sg · ialah umat islam kini ditindas, negara barat musuh yang...

Post on 02-Sep-2019

15 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

madMengapaindividu

boleh menjadi

RADIKAL?

S: Apakah antara punca pengaruh radikal sendiri?Dalam kes di mana individu menjadi radikal secara

sendiri, ramai terdorong oleh keinginan menjadi Mus-lim yang lebih baik.

Malah, dalam kalangan anggota kumpulan militanJemaah Islamiyah (JI) yang ditahan pihak berkuasa, ra-mai yang melafazkan keutamaan mereka kepada aga-ma.

Ini memberi petunjuk bahawa ramai anggota JI danmereka yang radikal sendiri mempunyai kekosongandalam diri dan ingin memenuhi kekosongan itu de-ngan unsur-unsur kerohanian seperti agama dan ama-lan agama.

Namun, akibat pemahaman agama yang cetek ser-ta keghairahan merasakan kepuasan rohani secepatmungkin, ada yang terpesong oleh fahaman radikalyang kemudiannya membawa kepada keganasan.

Perlu difahami radikal sendiri tidak semestinyamenuju kepada perbuatan ganas.

S: Apakah tanda seseorang itu dipengaruhi faha-man radikal?

Dalam hal ini terdapat dua jenis individu radikalsendiri.

E Radikal tetapi tidak ganas: Individu sedemikianterpengaruh atau tersentuh oleh apa yang dilihat, diba-ca atau ditonton. Individu ini tidak semestinya bersifatganas. Perubahan dalam kelakuannya boleh dilihat me-nerusi tanda-tanda nyata seperti mempunyai pendiri-an tegar, sering menyendiri, amat kritikal terhadap pe-merintah atau pihak berkuasa, sering mengeluh ten-tang kehidupan, mempunyai sikap bermusuhan ter-hadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain.

Bagi individu sebegini adalah penting memantaukelakuannya, lebih-lebih lagi apabila ia melaksanakanperbuatan yang mencerminkan sikapnya yang radikal.

Jika tidak dibantu individu sedemikian boleh terdor-ong melakukan perbuatan ganas.

E Radikal-Ganas: Cara mereka dipengaruh samaiaitu setelah membaca atau menonton bahan radikalseperti video kumpulan militan, laman radikal di Inter-net.

Bezanya, individu ini sedia melaksanakan perbua-tan lanjutan contohnya meninjau cara menyertai kon-flik ganas di luar negara atau cuba menghubungi ang-gota kumpulan militan di luar negara.

Setelah membaca bahan radikal, mereka tidak lihat

peri penting mendapatkan pandangan alternatif ataunasihat daripada asatizah bertauliah.

Sebaliknya, mereka meneruskan usaha mencari pe-luang melibatkan diri dalam kegiatan ganas. Terdapatcontoh, individu yang menuju ke Syria, Afghanistandan Palestin menyertai konflik bersenjata di sana.

Apakah antara sebab fahaman radikal dan ekstremkian tersebar luas?

Daripada pengalaman saya memberi kaunseling ke-pada individu radikal sendiri, terdapat beberapa fak-tor mempengaruhi mereka.

E Mereka ingin menjadi umat Islam yang lebihbaik. Namun, sumber maklumat mereka adalah lamankumpulan militan yang mengajukan fahaman radikaldan perbuatan ganas. Mereka tidak mendapatkanbimbingan daripada asatizah bertauliah.

E Mereka merasakan keperluan melakukan se-suatu yang besar dan mulia untuk Islam. Laman kum-pulan militan dan ekstrem sering ‘memberi nasihat’cara terbaik mendapatkan keampunan daripada dosaialah menerusi jihad.

E Kumpulan militan dan golongan ekstrem se-makin canggih dan kian bijak menggunakan Internetdan media sosial demi menarik anggota. Ini termasukmenggunakan video dan bahan ‘dokumentari’ yangmenonjolkan kesengsaraan kaum yang tertindas disesebuah kawasan konflik.

Banyak laman web kumpulan militan kini lengkapdengan ciri visual, bahan grafik yang menarik per-hatian serta menyentuh perasaan.

Tidak kurang juga yang menawarkan ruang sem-bang, serta menyelitkan mesej ganas dalam muzik hiphop.

Mesej yang sering diketengahkan laman militanialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuhyang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalahsatu tanggungjawab dan kewajipan agama.

Dalam menangani penularan fahaman radikal danekstrem di sini, pelbagai usaha merentas banyak pihakpemerintah, masyarakat dan individu telah dilaksana.

Penemuan rangkaian JI, pendedahan rancangan ga-nas seperti mengebom stesen MRT Yishun dan pe-nangkapan anggota JI, menunjukkan betapa seriuspengaruh kumpulan sedemikian.

Kes individu radikal sendiri seperti Abdul Basheer

Abdul Kader, yang ditahan semula di bawah Akta Ke-selamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang ke-giatan militan di beberapa negara seperti Afghanistan,Iraq, Palestin dan Syria, menunjukkan rakyat Singapu-ra tidak terkecuali daripada pengaruh radikal.

Apakah cabaran menangani individu radikal?Hakikatnya, usaha mengesan individu radikal amat

sukar. Lazimnya pengesanan dibuat setelah individumelaksanakan ideanya dalam bentuk perbuatan. Ma-langnya apabila tindakan dilaksana, pengaruh radikalsudah terpahat dalam sistem kepercayaan mereka danmengubah gaya hidup mereka.

Ini menjadikan usaha pemulihan lebih sukar danmencabar.

Masalah pengaruh radikal juga rumit dan usahamenanganinya memerlukan kepakaran dalam pel-bagai bidang seperti teknologi maklumat, psikologi,kaunseling, undang-undang, risikan dan penguatkua-saan.

Apakah usaha yang perlu dilaksana bagi menanga-ni penularan fahaman radikal?

Dalam hal ini, pencegahan lebih baik daripadapemulihan atau rawatan.

Lebih banyak usaha perlu dilaksana bagi mende-kati dan mendidik golongan muda tentang bahaya fa-haman radikal.

Program pendekatan dan pendidikan juga perlu –merentas setiap lapisan masyarakat – dari sekolahrendah hingga ke institusi pengajian dewasa.

Bimbingan agama oleh asatizah bertauliah jugapenting.

E Lebih banyak kajian perlu dilaksana untuk me-mahami punca dan kesan pengaruh radikal terhadapindividu. Menerusi kajian lebih banyak program dapatdihasilkan sebagai usaha pencegahan mahupun pemuli-han.

E Usaha mencegah fahaman radikal juga merupa-kan tanggungjawab semua, bukan hanya pemerintahdan asatizah.

E Manfaatkan teknologi bagi mengenal pasti danmencegah penularan laman web yang menggalak faha-man ganas, radikal dan ekstrem.

E Manfaatkan teknologi, media sosial demi meng-galak persefahaman antara kaum dan agama sertamembidas fahaman radikal.

ISU INDIVIDU RADIKAL SENDIRI

Zamil penyelidik Sekolah PengajianAntarabangsa S. Rajaratnam (RSIS),Universiti Teknologi Nanyang (NTU),Ustaz Dr Mohamed Ali, berkhidmatsecara sukarela bersama KumpulanPemulihan Keagamaan bagi memberikaunseling kepada anggota kumpulan

militan Jemaah Islamiyah yang ditahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri. Beliau juga memberikaunseling kepada individu radikal sendiri yangditahan pihak berkuasa. Dalam temu ramah, beliauberkongsi pengamatan tentang punca pengaruh radikalserta antara tanda mengesan individu yang menjadiradikal secara sendiri.

KES-KES INDIVIDU RADIKAL

ADLI YASHIR KUCHITadli@sph.com.sg

E Haja Fakkurudeen Usman Ali, 37tahun, seorang pengurus pasar rayadan bekas warga India yang mendapatkerakyatan Singapura pada 2008,sedang disiasat pihak berkuasa keranadisyaki merancang menyertai konflikganas di Syria. Haja dikatakan telahmeninggalkan negara ini. Hajamenerima sokongan daripada seorangwarga India dan bekas penduduk tetapSingapura, Gul Mohamed MaracachiMaraicar, 37 tahun.

E Pada Disember 2013, ZakariaRosdan, 23 tahun, dan MuhammadKhairul Sofri Osman, 29 tahun, telahdiberi perintah sekatan (RO) setelahdidapati terpengaruh sendiri olehfahaman radikal. Kededua wargaSingapura itu menjadi radikal selepasmencari dan mengunjungi laman-lamanInternet dan video dalam talian di manamereka diserapkan dengan ideologiganas di tempat-tempat konflik sepertiSyria.

E Pada Oktober 2012, bekas tahananAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)yang menjadi radikal secara sendiri,Abdul Basheer Abdul Kader, ditahansemula kerana merancang kegiatanmilitan di Afghanistan, Iraq, Palestindan Syria.

Akibat fahaman agama cetek,ghairah dapatkan kepuasan

rohani, ramai yang terpesongfahaman radikal

“Mesej yang seringdiketengahkanlaman militan ialahumat Islam kiniditindas, negaraBarat musuh yang

perlu ditewaskan dan jihadbersenjata adalah satutanggungjawab dankewajipan agama...”– Ustaz Dr Mohamed Ali (gambar).

Tanda-tanda individu yang dipengaruhi fahaman radikal1) Berpendirian tegar. Individu terpengaruh oleh fahaman radikal dan ekstrem contohnya negara Barat adalah musuh Islam.

2) Sering menyendiri.

3) Terlalu kritikal terhadap pemerintah atau pihak berkuasa. Ada juga yang percaya bahawa pemerintah dan pihak berkuasa adalah musuh Islam.

4) Sering mengeluh tentang kehidupan. Contohnya, merasakan umat Islam di serata dunia sering ditindas

5) Punya sikap bermusuhan terhadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain.

6) Mencari jalan melaksanakan perbuatan radikal, seperti menghubungi anggota kumpulan militan, merancang ke luar negara untuk menyertai konflik bersenjata.

Kumpulan militan manfaatkan media sosial untuk sebar pengaruh, tarik anggota dan kumpul dana

1. Kumpulan militan Yaman melancarkan laman Facebook Agensi Berita Madad, sebuah saluran propaganda tidak rasmi bagi Al-Qaeda

2. Anggota militan warga Britian di Syria gunakan aplikasi mesej Kik untuk tarik anggota

3. Briged Jund Al-Haq, kumpulan militan Syria gunakan Skype dan Facebook untuk tarik anggota baru

4. Shabaab al-Mujahideen, kumpulan militan Somalia, manfaatkan Twitter, siarkan berita terkini tentang operasinya.

Sumber: SITE INTELLIGENCE GROUP

18 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014

Wacana PANDANGAN

top related