huraikan satu isu yang melanggar etika perguruan
Post on 16-Jan-2016
193 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Huraikan satu isu yang melanggar etika
perguruan.
Pengenalan:
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang
mulia, dihormati dan disanjungi. Guru adalah seseorang
yang akan dikenang jasanya oleh anak didikya hingga
ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang
mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru
dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk
dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati
dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion
perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu
hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks,
penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa,
mendera, sakit mental dan sebagainya. Dan kes-kes
atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari
demi hari yang menampakkan keburukan serta
kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu
sendiri walupun ianya berpunca dari individu tertentu
yang bergelar cikgu atau guru.
Definisi Isu:
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu
perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu
yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat
dinyatakan namun menurut satu laman
web(artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang
dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh
orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak
jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya.
Definisi Etika:
Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063
Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani
adalah ‘Ethos’ yang membawa maksud watak
kesusilaan atau adat kebiasaan (costum). Etika
biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang
merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu ‘Mos’ dan
dalam bentuk jamaknya ‘Mores’, yang bererti juga adat
kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan
melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan
menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk
(Keith, 2006).kumpulan tersebut.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan
dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-
aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul
atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam
kehidupan, manusia perlukan satu sistem atau
panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku.
Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam
masyarakat tersebut.
Menurut para sarjana, etika adalah aturan
perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan
antara sesamanya dan menegaskan kebenaran dan
keburukan. Etika berkaitan dengan norma-norma, nilai-
nilai,kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah
laku manusia yang baik atau buruk dan boleh diikuti
atau sebaliknya. Menurut William (1971), etika ialah
‘The normative science of the conduct of human beings
living in societies-a science which judges this conduct
to be right or wrong, to be good or bad or in some
similar way’ (Sains normatif mengenai perilaku
manusia dalam masyarakat di mana sains ini
menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah,
baik atau buruk dan lain-lain).
Menurut Drs. O.P. Simorangkir, etika sebagai
pandangan manusia dalam berperilaku menurut ukuran
dan nilai yang baik. Drs. Sidi Gajalba dalam sistematika
filsafat pula mengatakan etika adalah teori tentang
tingkah laku perbuatan manusia dipandang dari segi
baik dan buruk, sejauh yang dapat ditentukan oleh
akal. Manakala Drs. Burhanudin Salam berpendapat
etika adalah cabang falsafah yang berbicara mengenai
nilai dan norma moral yang menentukan prilaku
manusia dalam hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas
bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan
bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan
tersebut membawa seseorang untuk berinteraksi
dengan orang lain secara berprotokol, sempurna,
berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika
melihat secara khusus mengenai tingkah laku
manusiayang dikira patut atau tidak patut dilakukan
selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang
diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia.
Isu-Isu Yang Melanggar Etika Profesion
Perguruan:
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan
komitmen terhadap tugas sebagai pendidik yang baik.
Sepanjang tahun 1995 hingga 2008, sebanyak 41 kes
keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan
(Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah
perbuatan sumbang mahram dan
bersekedudukan.Media juga turut melaporkan kes-kes
lain seperti guru memukul murid, guru besar
menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan
ajaran ati kerajaan dan sebagainaya yang menarik
perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion
perguruan.
Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun
demi setahun. Merujuk kepada berita-berita semasa,
banyak isu-isu yang melibatkan guru dikategorikan
sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang
ini. Antara isu-isu hangat tersebut ialah yang di petik
dari sumber MyMetro iaitu:
1. Guru mendera murid hingga mati (April 2011).
2. Guru disyaki rogol murid (9 Mei 2011)
3. Cikgu terlampau- Cikgu cabul 12 murid (Februari
2011)
4. Guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun- Bersalah
rogol murid 11 tahun (November 2010)
5. Ditampar guru-Lima dakwa ditampar guru (Mac
2011)
Sumber-sumber lain:
1. Guru mendera pelajar (laporan wartawan MAT
SMKTPG News, 24 Jun 2008).
2. Guru rogol murid ditahan polis (Kosmo-5 Julai
2010).
3. Guru dituduh rogol pelajar (31 Disember 2007).
4. Guru ditahan memiliki dadah (6 April-Bernama).
5. Guru disiplin tampar murid lewat ke sekolah (Berita
Harian Online:28 Oktober 2009).
6. Guru cabul pelajar 8 tahun.
7. Guru agama cabul 4 pelajar (Utusan Malaysia
Online:13 Februari 2010).
8. Guru ditahan mengedar dadah (Berita Harian
Online:20 Februari 2010).
Masih banyak isu guru yang timbul dan
diperkatakan sama ada di dalam mahupun luar
negara. Namun, di sini hanya satu isu akan di
bincangkan bagi bagi mendalami dan memahami
akan permasalahan yang timbul serta memberi
kesan kepada profesion perguruan.
Merujuk kepada satu laporan akhbar baru-baru ini
yang ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam Harian
Metro melaporkan: ‘Gara-gara berjauhan dengan
isteri dan kesepian, seorang guru gagal mengawal
nafsu hingga tergamak merogol pelajarnya yang
berusia 15 tahun. Kejadian berlaku di rumah guru
berusia 33 tahun itu di kuarters sebuah sekolah
menengah, petang Khamis lalu.’
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit
dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa
mangsa datang ke rumahnya dengan alasan
membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik
ibu mangsa tanpa sebarang prangsangka. Katanya,
mangsa pergi ke rumah gurunya yang terletak tidak
jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun
rakannya terus pulang selepas menghantarnya.
“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan
sekolah, namun dipecayai gagal mengawal nafsunya
dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum
merogolnya. Mangsa cuba melawan namun gagal
dan tiada siapa dapat membantu kerana hanya
mereka berdua di rumah berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, perbuatan guru berkenaan
terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada
guru lain keesokannya selepas mendekati pelajar itu
yang kelihatan murung. Katanya, pemeriksaan
perubatn ke atas pelajar terbabit di Hospital Sultan
Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh mengesahkan
dia dirogol.
Sementara itu , Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah
(Siasatan /Perundangan)negeri, Superintendan Mohd
Haris Daud, mengesahkan polis menerima laporan
berhubung kejadian itu, kelmarin. Katanya, laporan
dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan
mengenai kejadian oleh guru mangsa. “Bertindak
atas laporan itu, polis menahan guru terbabit untuk
disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”
katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar
terkenal itu, jelas menunjukkan bahawa guru
tersebut secara terang melanggar etika profesion
perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang
menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya
sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan
sejawat, masyarakat dan Negara. Namun dalam kes
ini, guru telah menyalahgunakan kuasa yang ada
dengan mngambil kesempatan terhadap pelajarnya
sendiri. Ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional
guru tersebut yang tidak berfikir degan wajar
sebelum melakukan tindakan tersebut yang jelas
menjejaskan masa depannya serta memburukkan
nama baik profesion perguruan yang sepatutnya
disanjung tinggi.
Guru seperti yang disebutkan di atas
sememangnya mementingkan kehendak dan
kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan
moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru.
Selain menggelapkan masa depannya sendiri,
tindakan di luar kewarasannya itu turut
memusnahkan masa depan pelajarnya yang
sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya. Malah
kepercayaan yang diberikan oleh keluarga pelajar
tersebut turut dimusnahkannya dengan
pengkhianatan tersebut.
Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang
amat mulia dan dipandang tinggi oleh semua lapisan
masyarakat. Dengan kesalahan-kesalahan segelintir
guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya
mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan
sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara
individu, namun mungkinkah ianya merupakan
kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada
kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya
sendiri? Jika kesalahan yang dilakukannya adalah
disebabkab tidak dapat menahan gelojak nafsu yang
bergelora, perkara ini hendaklah dipandang serius
oleh pihak-pihak tertentu supaya ianya dapat
dibendung.
Mungkinkah perkara ini tidak terjadi jika isterinya
tinggal bersama dengannya? Jika guru yang sudah
berkahwin tinggal berjauhan dengan pasangannya,
perkara ini perlu diselidik semula terutamanya jika
pasangannya adalah golongan yang berkerjaya.
Adalah penting jika guru yang sudah berkahwin
ditempatkan berdekatan dengan pasangan masing-
masing. Kehendak fisiologi dan seksiologi adalah
keperluan yang tidak dapat dinafikan. Jika perkara ini
dipandang serius dan guru-guru boleh bersama
keluarga masing-masing, paling tidak gejala seperti
yang terjadi terhadap guru tersebut dapat dibendung
walaupun tidak sepenuhnya berjaya.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai
kgagalan individu itu sendiri, namun jika diteliti dan
diperhalusi, ada beberapa faktor yang turut
menyumbang kepada berlakunya keadaan ini. Tanpa
pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang-
kadang tidak dapat menyekat kehendak naluri
individu itu untuk terus cenderung melakukan
kesalahan.
Jika mengikut teori Maslow, kegagalan
mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh
menyumbang kepada seseorang cenderung
melakukan kesalahan demi mengisi keperluan yang
dihajatinya. Psikoanalitik yang diasaskan oleh
Sigmund Frued (1856-1939) melihat manusia
dilahirkan denagn sifat semulajadi dan
tingkahlakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang
hanya dapat dibendung dengan pengalaman-
pengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Jika
pengalaman ini tiada atau kurang, ia cenderung ke
arah merosakkan peraturan-peraturan dalam
masyarakat.
Rumusan:
Sebagai kesimpulannya seseorang itu
termasuklah yang bergelar guru perlu mendalami
diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang
dapat mengimbangi pemikiran sedar dan bawah
sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil
tidak menjejaskan etika profesionnya yang akan
meninggalkan kesan ke atas semua pihak
termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak
isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan guru,
dilihat sebagai melanggar etika perguruan. Etika
seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan
tanggungjawabnya terhadap semua pihakyang
terlibat dengannya secara langsung atau tidak
langsung. Pelanggaran etika perguruan sebagai
profesionnya akan mengakibatkannya dilabel
sebagai individu gagal dan bersahsiah negatif.
1 (b): Huraikan kesan isu tersebut kepada
pembangunan sahsiah guru.
Pengenalan:
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru
sudah pasti meninggalkan kesan secara langsung atau
tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar,
sekolah, masyarakat, dan Negara. Pembangunan
sahsiah seseorang sebenarnya terbentuk sejak kecil
bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana
di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan
keluarga amat penting sebagai memainkan peranan
utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah
hanyalah program sokongan peneguhan dan
pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru
juga bermula dari pembangunan individu dan ia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan
persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu
membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah
ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang
mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang
negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru
seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang
membimbangkan memandangkan guru adalah
golongan yang diharapkan untuk membangunkan
bangsa dan negara.
Definisi Pembangunan Sahsiah:
Menurut KKD 3063 Pembangunan Sahsiah (Unit 1),
pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal,
sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan
rohani individu. Seseorang individu boleh dinilai
sahsiahnya berdasarkan aspek ini. Selalunya individu
yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan
penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah
mesra, tingkah laku yang boleh diterima norma dan
nilai masyarakat, dapat mengawal perasaandiri, boleh
bergaul mesra dengan orang lain serta memegang
dengan nilai agama sendiri. Manakala individu yang
dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih
cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku
devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-
nilai atau budaya yang bercanggah dengan nilai
masyarakat.
Kesan Isu:
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang
ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau
perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat
sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan
positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan
jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan yang
melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti
guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya
dan ketabahan guru menghadapi harungan dan
cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan
perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan
profesion perguruan. Namun tindakan negatif yang
tidak melambangkan sahsiah guru turut menjadi fokus
utama media massa dan para penyelidik.
Isu-isu sebegini telah memberikan impak yang
besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan
meningkatkan semangat dan motivasi para guru,
meningkatkan kepercayaan masyarakat dan turut
mengharumkan persada pendidikan.
Walaubagaimanapun, isu negatif telah mula
menjadikan kebanggaan terhadap profesion perguruan
ini pudar. Malah pihak media, penyelidik bahkan
masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan
yang hebat terhadap pihak warga pendidik, sekolah
dan KementerianPelajaran khasnya.
Kesan Isu Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru:
Isu guru merogol murid adalah antara isu yang
paling banyak dan paling hangat diperkatakan. Ia boleh
menunggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap
pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan terhadap
pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan
itu turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Pihak tersebut
termasuklah mangsa, keluarga mangsa, keluarga
tertuduh, pihak sekolah, Jabatan Pendidikan serta
Kementerian Pelajaran Malaysia.
a. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru
tersebut (tertuduh):
Guru yang bertindak merogol pelajar adalah dari
kalangan guru yang dipercayai oleh
ibu bapa pelajar kerana dalam kes yang
diketengahkan, ibu mangsa sudah memberi
kebenaran kepada mangsa ke rumah gurunya
dengan alasan guru terlibat ingin membantunya
dalam pelajaran. Bahkan guru tersebut sendiri
meminta keizinan daripada ibu mangsa.
Guru yang telah melakukan kesalahan yang serius
seperti merogol telah mengakibatkan sahsiahnya
kelihtan amat rendah dan martabatnya sebagai
guru dikesali kerana seorang guru tidak
sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan
guru antara golongan terpelajar dan berilmu.
Pembangunan sahsiah guru terbabit akan
dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia
seorang guru yang berkaliber dan berjasa.
Moralnya akan menjadi persoalan dan akan
diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta
mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti
yang dicurah selama ini akan hilang begitu sahaja.
Sekiranya dia dijatuhkan hukuman, alangkah
rendahnya mertabat seorang guru yang terpaksa
menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain
yang rata-rata bukanlah dari golongan
cendekiawan sepertinya.
Jika guru ini sudah selesai menjalani hukuman atau
berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini
tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sahsiah
guru ini akan tetap menjadi bualan dan dia akan
dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah, guru
ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan
ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga mungkin
akan mempertikaikan kejujurannya terhadap
pelajar dan sekiranya dia sudah insaf, guru ini
masih terpaksa menerima balasan di atas
perbuatannya jika ia masih diragui dan tidak diberi
kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain
juga akan menjadikannya sebagai bualan atau
akan menjadikannya sebagai sempadan dan
ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi.
Masyarakat sekeliling akan turut menjadikannya
sebagai satu tajuk bualan dan perkara sebegini
adalah lumrah di dalam masyarakat kita. Kesan
daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina
selepas itu akan manjadi lebih sukar dan perlukan
banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah
tabah menghadapinya kerana keburukan yang
dilakukan akan meninggalkan kesan yang agak
lama dan mendalam.
b. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara
keseluruhannya:
Perbuatan buruk seorang guru sebagaimana
tertuduh di dalam kes di atas bukan saja
memburukkan imejnya sebagai guru secara
peribadinya, malah tempiasnya turut dirasai oleh
semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan
keperibadian guru yang gagal mencerminkan
seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang
diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru
yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab
terhadap pelanggannya iaitu murid dan keluarga
serta bertanggungjawab terhadap rakan sekerja.
Perbuatan tidak senonoh ini seolah-olah
mengkhianati rakan sekerja yang lain yang turut
menanggung malu akibat perbuatan rakan mereka
yang bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan
yang telah dilakukan oleh tertuduh menyebabkan
masyarakat menilai sahsiah guru secara umum
bahawa guru-guru sekarang sudah tidak
bersahsiah dan berperibadi sebagaimana dahulu.
Adakah benar bahawa guru-guru sekarang menjadi
guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab,
tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu
pekerjaan demi menjamin ekonominya? Guru-guru
ini tidak menghayati sepenuhnya akan
tanggungjawab, maksud yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika
perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai
sandaran untuknya mendapatkan sumber
ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.
1 (c): Kaitkan isu tersebut dengan teori yang
dipilih:
Pengenalan:
Setiap tindakan yang diambi loleh seseorang
hingga menimbulkan isu sama ada positif atau negatif
sebenarnya mempunyai penjelasan yang tersendiri.
Setiap apa yang manusia lakukan adala di atas
kehendak dan pilihannya sendiri. Namun ada
sesetengah perkara yang dilakukan adalah berpunca
dari desakan-desakan tertentu hingga mengakibatkan
pilihan yang diambil adalah pilihan yang salah. Dalam
ilmu psilkologi kaunseling aliran kognitif ada
dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku
berdasarkan kepada pilihan mereka. Salah satu teori
yang membincangkan tentang pemikiran dan tingkah
laku kita adalah Teori Pilihan.
Teori Pilihan:
Menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah,
Teori Pilihan telah diasaskan oleh William Glasser
seorang doktor psikologi klinikal yang dilahirkan di
Cleveland, Ohaio, California pada 11 Mei 1925. Idea-
idea Teori Pilihan mula diaplikasikan oleh beliau dalam
tahun 1966 dalam system pendidikan di California.
Teori pilihan membincangkan bagaimana
seseorang individu bertingkah laku dan mengapa
mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif
psikologi kawalan luaran,psikologi kawalan dalaman
dunia kualiti,keperluan asas, dunia pengertian, dunia
sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan,
tingkah laku keseluruhan, system tingkah laku, identity
Berjaya dan identity gagal.
Tegas Glasser (2000), teori ini menerangkan
bahawa setiap individu sebenarnya memilih untuk
bertingkah laku sebagaiman yang diinginkan
termasuklah bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak
mengganggu kita memilih apa yang diinginkan.
Individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi
dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat
dan kreatif. Tambah beliau, masalah manusia berpunca
daripada keperluan asas yang tidak dipenuhi. Semua
tindakan manusia adalah dipandu oleh keperluan asas
(basic needs). Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah
laku manusia berasaskan keinginan Psikologi dan
fisiologi individu.
Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010),
keinginan psikologi merangkumi keinginan
menyanyangi, disayangi inginkan penghargaan,
kebebasan dan kegembiraan. Aspek menyayangi dan
disayangi merangkumi keperluan kasih saying,
keintiman, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan
dan orang di sekelilng. Inginkan penghargaan meliputi
keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap,
mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka
bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas yang
dimaksudkan oleh teori ini adalah berkeinginan
memilih apa yang wajar untuk dirinya dan cenderung
untuk membuat keputusan tentang kemahuan mereka
dalam hidup. Manakala keperluan keseronokan adalah
keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira
dan berekreasi.
Namun keperluan aspek psikologi tidak cukup
sekiranya tiada aspek fisiologi yang merujuk
kelangsungan hidup termasuklah individu itu berani
mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup,
keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori
Pilihan memberi penekanan kepada tanggungjawab
individu dan menolak konsep mimpi dan angan-angan
tanpa berpaksikan realiti yang sebenar.
Kaitan Isu Dengan Teori Pilihan:
Isu yang dipilih ialah mengenai isu rogol yang
dilakukan oleh seorang guru terhadap muridnya yang
berusia 15 tahun. Mengukut Teori Pilihan, tindakan
yang dilakukan adalah disebabkan oleh keperluan asas
yang tidak dipenuhi. Keperluan yang dimaksudkan
ialah keperluan fisiologi dari segi keinginan seksnya
yang tidak dapat dipenuhi lantaran berjauhan daripada
isteri. Mungkin disebabkan keinginan seksnya yang
tidak dapat disalurkan ke saluran yang betul (isteri)
menyebabkan pertimbangan akalnya melampaui
kewarasan hingga sanggup menggunakan helah
terhadap murid sendiri bagi memenuhi hasratnya tanpa
memikirkan akibat yang akan ditanggung selepas itu.
Walaupun seseorang individu itu berhak memilih
dan membuat keputusan sendiri di atas kelakuannya,
namun psikologi kawalan luaran banyak mengganggu
untuk memilih apa yang diinginkan. Mungkin kerana
itulah guru tersebut tersilap membuat pertimbangan
lalu memilih untuk mangambil jalan mudah bagi
memenuhi tuntutan nafsunya. Sememangnya konflik
akan timbul apabila tidak mendapat apa yang diingini
dan dapat apa yang tidak diingini. Keadaan inilah yang
menimbulkan keseronokan atau kesakitan/keperitan
kepada individu tersebut. Konflik ini akan
mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan
fisiologi individu. Keseluruhan tingkah laku akan
menyumbang kepada identiti berjaya atau gagal bagi
individu tersebut. Personaliti gagal terbentuk apabila ia
gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang
bertanggungjawab. Ia akan memilih simptom negatif
dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak
efektif. Ia turut akan melarikan diri daripada
tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya
terganggu. Akibatnya pembentukan sahsiah yang
negatif akan dilalui olehnya dan ia akan menjadi
seorang yang bersahsiah negatif serta tidak bermoral.
Rumusan:
Secara keseluruhnnya dapatlah dirumuskan
bahawa semua individu dilahirkan dengan sifat-sifat
yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang di
buat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru
sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru
keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru
terlibat secara individu disebabkan kegagalannya
menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan
akan meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak
pihak lain. Kebebasannya untuk membuat pilihan dan
keputusan menyebabkannya gagal
menginterpretasiknnya dalam keadaan yang betul
lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang
menghalangnya dari membuat keputusan yang terbaik.
Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral
serta kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat
dipenuhi.
BIBLIOGRAFI:
Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin
(1995).Psikologi Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan
Perkembangan.Petaling Jaya :Logman.
Comer,R,:&Gould,E.(2011).Psychology around us.New
Jersey:John Wiley &Sons,Inc.
Eysenck,M.W.:& Flanagan,C.(2000).Psychology for AS
level.East Sussex:Psychology Press Ltd.
Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia: Untuk
Diploma Pendidikan.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.
Miltenberger,R ( 2008 ).Behavior modification:Principal
and procedures.(4 ed).PasificGrove CA:Brooks & Cole
Publishing.
Papalia,D.E,:Olds,S.W.:& Feldman,R.D.(2004).Human
development.(9 ed).Boston:McGraw-Hill.
Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz
Shah Mohamed Arip( 2001),Pembangunan Sahsiah KKD
2063, Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harian Metro, 10 Mei 2011.
Kosmo, 5 Julai2010.
Utusan Malaysia,2010.
http://www.artikata.com/arti-331194-isu.html.
www.bacaanonline.com/pdf/maksud-pembangunan
sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/isu-pembangunan sahsiah-
guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-teori-pembangunan
sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-pembangunan
sahsiah-guru-html
top related