huraikan 5 ciri ujian beserta contoh yang sesuai.docx
Post on 23-Dec-2015
150 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai
Ujian terbahagi kepada 5 ciri iaitu:
Kesahan
Kebolehpercayaan
Keobjektifan
Kebolehtadbiran
Kebolehtafsiran
Lima ciri ujian ini terbahagi juga kepada ciri-ciri kecil contohnya ciri yang pertama
iaitu ciri kesahan. Bagi ciri ujian kesahan ini ia merujuk kepada takat sesuatu ujian
dapat memenuhi tujuannya. Ujian ini terbahagi kepada empat kesahan iaitu kesahan
isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.
Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.
Contohnya,dalam kelas guru menguji kebolehan murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Sebagai contoh mata pelajaran bahasa Melayu, guru menguji murid
dengan melaksanakan ujian kebolehan berbahasa iaitu perlu mengandungi soalan
tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. Melalui cara ini guru
dapat melihat perkembangan murid tersebut
Selain kesahan isi, ciri kedua adalah kesahan ramalan. Kesahan ramalan ini
merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan
sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya,
hasil ujian bacaan petikan dan kefahaman petikan. Melalui kesahan ramalah
mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat menjawab soalan dan membaca
petikan itu. Sekiranya markah ujian calon itu tinggi dan hasil bacaannya lancar dan
selalu dapat membuat menjawab soalan dengan betul maka kesahan ramalan ujian
penulisan adalah tinggi.
Malahan itu, Kesahan gagasan merujuk kepada ciri yang sah yang terkandung
dalam sesuatu ujian digunakan untuk mengukur trait dan tingkah laku seseorang
murid.. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan,
kebolehan menaakul, dan sebagainya.
Akhir sekali adalah Kesahan serentak, kesahan ini bertujuan untuk melihat
pencapaian seseorang murid. Contohnya, ujian perbendaharaan kata dengan
kebolehan murid menggunakan perbendaharaan kata dalam mengarang, ujian
tatabahasa dengan kebolehan murid dalam aspek tatabahasa dalam sesuatu situasi
yang lain, seperti mengarang atau bertutur. Murid boleh mengarang tetapi tidak
boleh bertutur dengan elok.
Selain kesahan, ciri ujian juga adalah kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan adalah
merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Malahan itu, kebolehpercayaan ini juga
adalah pencapaian calon adalah kekal apabila ia mengambil ujian itu beberapa kali
dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Sebagi contoh, jika seseorang calon
itu mengambil ujian dan mendapat markah sebanyak 90 peratus dalam suatu ujian
pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari
kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat
kebolehpercayaan.
Seterusnya, ciri ujian adalah Keobjektifan. Keobjektifan ini lebih merujuk kepada
ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa jawapan calon mengikut skrip jawapan
yang telah disediakan. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian
objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi
oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif
digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.
Ciri ujian yang kelima adalah Kebolehtadbiran. Kobolehtadbiran ini ia lebih kepada
kelicinan proses ujian dijalankan di dewan peperiksaan. Arahan-arahan ujian
seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi.
Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka
kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran
merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa
berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.
Akhir sekali kemudahtafsiran. Kemudahtafsiran ini adalah merujuk kepada setakat
mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi
maklumat. Hasil pentafsiran memberi gambaran tentang pencapaian dan kedudukan
calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi P&P, kesesuaian item
ujian dan pencapaian objektif P&P. Sebagai contoh guru boleh melihat pencapaian
murid murid dengan apa maklumat yang murid beri dan ujian yang murid lalui.
top related