huraian ringkas kalimah nafi isbat (update)
Post on 07-Apr-2018
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
1/12
1
1. KAL IMAH NAFI ISBAT (KALIMAH TAUHID)
Setiap mukallaf WAJIB MENAFIKAN dewa-dewa, berhala atau apa sahaja
yang disembah oleh orang kafir sebagai tuhan atau bagi mereka. Tidak adaayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf dewa-dewaatau berhala sebagai tuhan
atau bagi orang kafir.
Perlu diketahui, menurut adat, berhala bukannya tuhan. Berhala yang disembah
oleh orang kafir BUKANNYA tuhan bagi penyembahnya. Berhala itu hanyalah
sembahan mereka, BUKANNYA tuhan mereka. Tuhan bagi semua manusia, Islam atau
bukan Islam adalah adalah Allah. Tuhan pada adat ialah "TUKANG. Tuhan yang
dimaksudkan oleh akal dan syara TIDAK SAMA dengan tuhan yang maksudkan olehadat. Oleh kerana itu dalam Islam.
Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal dan hukum syara. Dalilnya ialah,
ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama surah al-Fatihah yang bermaksud :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam.
Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Firaun dan tukang sikat anaknya
(Mashitah). Firaun bertanya kepada Mashitah, adakah Tuhan selain aku? Mashitah
menjawab, Ya, Tuhanmu dan Tuhankuialah .
Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya
Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :
Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan)
sekalian manusia
Tuhan sekalian manusia1
1Lihat makna Tuhan,
dan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara dalam siapaALLAH.blogspot.com
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
2/12
2
Walaupun demikian, semasa kita mengucapkan kalimah agung
yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah, kita DITEGAH MENAFIKAN
TUHAN seperti berhala yang diakui oleh orang kafir pada adat. Dalam Bahasa
Arab, ada 7 makna kalimah La ( ) atau "TIADA.2 Kalimah ( ) disini
BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN tuhan selain Allah. Apabila dinafikan
juga, ia bermaksud membandingkan Allah dengan makhluk sedangkan Allah
Maha Suci daripada banding. Kenapa bermaksud membandingkan Allah?
Fahamkan dalil akal dan dalil syara berkaitan yang akan dinyatakan. Iktikad
MENAFIKANTUHAN seperti berhala sebenarnya bercanggah dengan dalil
akal dan bercanggah denganmakna mengesakan Allah dalam hukum syara.Lihat hadith Nabi yang berbunyi :
Mai yafriku bainan naafi wal isbati fakod kafaro dan
Mallam yufarriku bainan nafi wal isbati fakod kafaro.3
Yang bermaksud :
Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.
Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafidan isbat, bahawasanya kafir.
Sesiapa yang menceraikan dan tidak menceraikan antara nafi dan isbat
sebenarnya melambangkan makrifat yang tidak sempurna, masih syak, masih zon
dan masih waham. Keterangannya akan dinyatakan selepas ini.
Justeru, kalimah tauhid wajib diucapkan dengan makrifat yang
sempurna, tanpa syak, tanpa zon dan tanpa waham, yakni sekurang-kurangnya had
maiyah.
Apakah maksud menceraikan dan tiada menceraikan oleh hadith itu? Lihat
keterangan ringkas berikut :
2Antara maksud atau makna kalimah La ( ) ialah menafikan, membandingkan, mensucikan dan
mengesakan.Apakah maksud atau makna yang lain?3
Ada ulama yang berpendapat bahawa, dua ayat berkenaan bukan hadith.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
3/12
3
Hadith : maknatidak menceraikan Hadith : maknamenceraikan
Mula-mula dinafikannya kemudian
diisbatkannya . Sesungguhnya, penafian
seperti ini adalah menafikan , kerana
makna bagi ialah dan menurut hadithitu, hukumnya kafir. 4
Mula-mula dinafikannya tuhan selain
Allah seperti berhala, kemudian
diisbatkannya pula .
Menurut hadith di atas, hukumnyakafir. Keterangan lanjut dinyatakan
seperti di bawah ini.
Lihat dan fahamkan makna kalimah "TIADAatau () pada Jadual 1 di bawah
Jadual 1
Bil Ayat Maksudnya sebenarnya ialah
1Tiadayang mendapat
21A dalam SPM
melainkan Nor Amalina.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain yang mendapat hampir 21A atau lebih
dalam peperiksaan SPM lain yang setara.2 Tiadayang datang
ke tempat inimelainkan
engkau.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, pernah
"ada orang lain yang datang ke situ dan "wujud
tempat lain yang seumpamanya.
3
Tiadayang mati dalam
kemalanganitu melainkan
semuanya selamat.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain yang telah mati dalam kemalangan yang
seumpamanya..
4Tiadaorang yang amanah
melainkan Ali.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain yang amanah dan yang TIDAK amanah.
5 Tiadayang membacabukuini melainkan Ahmad. Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "adaorang lain yang pandai dan tidak pandai membaca.
6
Tiadayang boleh
menerangkan "halnya
melainkan yang faham.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,
sebenar-benarnya "ada orang lain yang faham
dan boleh menerangkannya.
Supaya lebih JELAS, lihat dan fahamkan maksud kalimah pada Jadual 2 berikut
Kalimah 1
TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) MELAINKAN berhala.
Kalimah 2
TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) MELAINKAN Allah.
4Justeru,menafikan adalahmenafikan .
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
4/12
4
Jadual 2
Maksud Kalimah
Bil Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh
Penganut Hindu) Melainkan Berhala
Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh
Orang Mukmin) Melainkan Allah
1Wujud berhala yang lain, selain
berhala yang disebutkan.
Wujud tuhan yang lain, selain "Allah
yang disebutkan.
2
Kita pernah melihat berhala lain selain
berhala yang disembah oleh penganut
agama Hindu.
Kita pernah melihat tuhan selain Allah
yang disembah oleh penganut agama
Islam.
3
Kita pernah melihat atau mendengar
agama lain selain agama Hindu.
Kita pernah melihat atau mendengar
agama lain selain agama Islam.
4
Kita pernah melihat penganut agama
lain menyembah berhalayang lain
selain penganut agama Hindu.
Kita pernah melihat penganut agama
lainmenyembah Allah selain
penganut agama Islam.
5
Kita yakin bahawasanya berhalapenganut Hindu mempunyai persamaan
dengan berhala yang disembah oleh
bukan penganut agama Hindu.
Kita yakin bahawasanya Allahmempunyai persamaan dengan "tuhan
selain Allah yang disembah oleh bukan
penganut Islam.
6
Kita yakin bahawa berhala dan
penganut agama Hindu itu mempunyai
kelemahan.
Kita yakin bahawa Allah dan penganut
agama Islam itu mempunyai
kelemahan.
Apakah maksud yang anda faham daripada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas?
Adakah keenam-enam maksud ayat itui SALAH? Jawapannya TIDAK. Itulah
sebenarnya salah satu daripada maksud-maksud kalimah `LA iaitu membuat
BANDING bagi Allah. Semua contoh kalimah "TIADA di atas menunjukkan WUJUD
yang setara, WUJUD yang seumpama, WUJUD suatu yang boleh dijadikan
perbandingan bagi Allah, WUJUD kelemahan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, MAHA SUCI ALLAH DARIPADA SUATU PERBANDINGAN
kerana Allah itu :
Oleh sebab itu, lafaz perkataan "TIADA pada kalimah "Tiada tuhan yang
disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala sebenar-benarnya secara
tidak sedar atau tanpa niat telah mengakui bahawasanya:
1) Wujud berhala yang lain, selain berhala yang dilafazkan.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
5/12
5
2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh
penganut agama Hindu.
3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.
4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhalayang lain
selain penganut agama Hindu.
5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan
dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.
6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai
kelemahan.
Oleh sebab itu, kalimah `LA dalam kalimah BUKAN bermaksud
MENAFIKAN tuhan selain Allah seperti berhala atau sebarang benda yang disembah
oleh orang kafir kerana ianya membawa makna, ada yang SETARA dengan Allah, ada
yang seumpama-Nya, ada BANDING bag Allah dan sebagainya yang membatalkan
makna esa. Makna sebenar bagi kalimah itu adalah sama dengan ayat Allah yang
berbunyi :
Al-Baqarah : 163
Yang maksudnya ialah Tiada Tuhan melainkan Dia (yakni Allah).
MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ADA TUHAN SELAIN DIA, YANG
MENJADIKAN SEKALIAN ALAM atau menafikan ada tuhan yang SETARA dengan-
Nya atau menafikan berhala yang disembah oleh orang kafir. Amat-amat mustahil
KERANA PENAFIAN ITU SEBENARNYA MELETAKKAN ALLAH SAMA TARAF
DENGAN MAKHLUK dan mungkin tanpa sedar telah MENGHINA ALLAH. Maka
amat-amat mustahil. dan TIDAK DITERIMA oleh orang YANG BERAKAL
melainkan orang yang JAHIL lagi SYIRIK kepada ALLAH.
Kenapa membawa maksud mungkin tanpa sedar atau tanpa niat? Kita sama-
sama fahamkan contoh tambahan ini.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
6/12
6
Katalah anda ditakdirkan bekerja sebagai penyelia dan penilai di Jabatan U
suatu negeri. Skop tugas anda ialah menyelia, menilai dan memberi cadangan
penambahbaikan kerja-kerja tukang kebun dan Ketua Jabatan U. Skop kerja Ketua
Jabatan U ialah mentadbir Jabatan U . Bilik rehat Ketua Jabatan U ialah sebuah bilikberhawa dingin sesuai dengan pangkatnya.
Skop kerja tukang kebun pula ialah menyiram bunga di kawasan yang terdedah
dengan cahaya panas dan hujan, menanam bunga, mencambahkan bunga, membuang
bunga-bunga yang sudah tidak sesuai dan sebagainya. Tempat berehatnya ialah di
sebuah bilik khas yang sesuai.
Ditakdirkan semasa anda datang melaksanakan arahan, Ketua Jabatan U
melaksanakan cadangan mewajibkan semua pekerja memakai blazer atau kot
semasa menjalankan tugas, termasuklah tukang kebun yang terbaik dan paling
beradab bernama Tulus bin Ikhlas. Ketua Jabatan U bercadang demikian untuk
menjadikannya sebagai identiti jabatannya. Apakah agaknya jawapan tukang kebun
dan apakah agaknya laporan anda?
Sebagaai tukang kebun, sudah pasti En. Tulus Ikhlas keberatan memakai blazer
kerana tidak sesuai. Dengan hati yang tulus dia pasti berkata, ini satu cadangan yang
kurang bijak dan memalukan kerana didalam fikirannya, blazer atau kot
melambangkan status pekerjaan. Justeru dia berasa TIDAK LAYAK untuk memakai
blazer semasa bekerja ditengah panas matahari. Anda sebagai penyelia, yang datang
memakai blazer sudah tentu menulis laporan, TIDAK SETUJU dengan arahan Ketua
Jabatan U.Tukang kebunperludikecualikan.Sekiranya Ketua Jabatan U meneruskan
cadangannya dengan apa jua alasan seperti TIADA NIAT menyinggung perasaanorang atau tanpa niat, tetapi tukang kebun yang menurut fitrah tetap dapat
merasakan maksud tersirat yang kurang baikiaitu kurang bijak dan memalukan.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
7/12
7
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan
atau berzikir dengan kalimah dan "MENAFIKAN tuhan selain Allah,
sebenar-benarnya mungkin secara tanpa sedar atau TANPA NIAT TELAH
MEMBATALKAN MAKNA ESA kerana bercanggah dengan ayat Qulseperti di dalamsurah al-Ikhlas. 5 Lihat semula maksud membatalkan makna esa dalam
siapaALLAH.blogspot.com.
Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadith :
Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.
Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafidan isbat, bahawasanya kafir.
Fahamkan semula maksud menceraikan dan tiada menceraikan seperti
kerangan ringkas berikut :
Hadith : maknatidak menceraikan Hadith : maknamenceraikan
Mula-mula dinafikannya kemudian
diisbatkannya . Sesungguhnya, penafian
seperti ini adalah menafikan , kerana
makna bagi ialah dan menuruthadith itu, hukumnya kafir. 6
Mula-mula dinafikannya tuhan
selain Allah seperti berhala,
kemudian diisbatkannya pula .
Menurut hadith di atas, hukumnya
kafir..
Keterangan seperti ini. Lihat dan fahamkan kalimah berikut :
TIADA yang menerangi alam semesta (bumi) MELAINKAN matahari
Adakah maksud TIADA pada semua kalimah sebelum ini sama dengan
maksud TIADA pada kalimah di atas? Orang yang menurutfitrah, pasti menjawab,
TIDAK. Kenapa? Kerana :
1. Kita tidak pernah melihat ada objek kedua yang setara dengan matahari.
5 Sesungguhnya setiap perkataan (lidah), perbuatan (anggota) dan iktikad (hati) mukallaf wajib
mengatakan bahawasanya Allah Taala ESA
6Justeru,menafikan adalahmenafikan .
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
8/12
8
2. Kita tidak pernah mendengar bahawa ada objek lain yang mungkin setara
dengan matahari.
3. Kita tidak menafikan bulan, bintang dan sebagainya yang menerangi
sebahagian alam.
4. Yakin dan tahkiq dalam hati bahawasanya hanya matahari yang menerangi
alam semesta.
5. Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada yang menerangi alam
semesta (bumi) melainkan mataharikerana cahaya objek lain TIDAK layak
sama sekali dibandingkan dengan cahayamatahari.
6. Jika dinafikan juga objek lain, sesungguhnya orang yang menafikan itu
TIDAKMENGENALMATAHARI.
7. Sesungguhnya kalimah "TIADA itu BUKAN MENAFIKAN cahaya bintang
atau planet lain.
Justeru, kalimat tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan
matahari menunjukkan bahawa dengan sesungguhnya, kita tidak pernah melihat,
tidak pernah mendengar bahawa, ada matahari kedua, yang menerangi muka bumi
atau alam semesta. Kita tidak menafikan benda-benda lain yang menerangi rumah,
jalanraya dan sebagainya kerana, cahayanya TIDAK LAYAK sama sekali, untuk
dibandingkan dengan cahaya matahari. Lihat Jadual 3 berikut :
Lihat dan fahamkan kalimah itu dengan kalimah nafi isbat seperti pada Jadual 3 :
Jadual 3 : Fahamkan Maksud Dalil Akal
BilTIADA yang menerangi muka bumi
MELAINKAN matahari
TIADA tuhan (yang menjadikan
sekalian alam ) MELAINKAN Allah
1Tidak pernah ada objek kedua yang
setara dengan matahari.
Tidak pernah ada tuhan kedua yang
setara dengan Allah.
2
Tidak pernah didengar bahawa ada
objek lain yang mungkin setara
dengan matahari.
Tidak pernah di dengar bahawa ada
tuhan lain yang mungkin setara dengan
Allah.
3
Kita tidak menafikanbulan, bintang
dan sebagainya yang menerangi
sebahagian alam.
Kita tidak menafikan berhala atau apa
sahaja yang disembaholeh sebahagian
orang kafir.
4
Yakin dan tahkiq dalam hati
bahawasanya hanya matahari yang
menerangi alam semesta.
Yakin dan tahkiq dalam hati
bahawasanya hanya Allah yang
menjadikan alam semesta.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
9/12
9
BilTIADA yang menerangi muka bumi
MELAINKAN matahari
TIADA tuhan (yang menjadikan
sekalian alam ) MELAINKAN Allah
5
Suci daripada syak, zon atau
waham bahawa "tiada yang
menerangi alam semesta (bumi)
melainkan mataharikerana cahaya
objek lain TIDAK layak sama sekali
dibandingkan dengan cahaya
matahari.
Suci daripada syak, zon atau waham
bahawa "tiada tuhan yang menjadikan
sekalian alam (bumi) melainkan Allah
kerana kuasanya TIDAK layak sama
sekali dibandingkan dengan kekuasaan
Allah.
6
Jika dinafikan juga objek lain,
sesungguhnya orang yang menafikan
itu TIDAKMENGENALMATAHARI.
Jika dinafikan juga berhala,
sesungguhnya orang yang menafikan itu
TIDAK MENGENAL ALLAH.
7Sesungguhnya kalimah "tiada itu
BUKAN MENAFIKAN BINTANG.
Sesungguhnya kalimah "La itu BUKAN
MENAFIKAN BERHALA dsb.
Menafikan tuhan selain Allah sebenar-benarnya telah mencampur-adukkan 3
hukum.7 Kenapakah dikatakan mencampur-adukkan 3 hukum? Yang mana hukum
adat, akal dan syara? Mencampur-adukkan 2 atau 3 jenis hukum adalah ditegah.
Hukum syara, akal dan adat, sama sekali TIDAK bercampur hingga hari kiamat. Dalil
bahawasanya, ia ditegah dari segi syara ialah, hadith di atas.
Dari sudut hukum adat pula, mustahil, kerana bercampur. Lihat perumpamaanberikut :
Tiga orang lelaki Malaysia (keturunan Arab, Cina dan India) di
tangkap kerana merompak di Arab Saudi. Mustahil perompak itu
menerima hukuman yang bercampur yakni dihukum menurut undang-
undang di 2 atau 3 buah negara. Mustahil pesalah itu dihukum menurut
undang-undang civil seperti yang diamalkan oleh Malaysia. Mustahil
juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang komunis di
Negara China. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang Negara India. Meskipun undang-undang semua negara itu
mempunyai persamaan, ia bukanlah makna bercampur.
7Perkataan mentauhidkan Allah TIDAK boleh dicampuradukkan dengan perkataan yang membatalkan makna
esa. Tuntutan mengesakan Allah dengan menyebut sama dengan tuntutan memuji Allah dalam solat 5waktu. Kita diperintahkan oleh Allah supaya memuji-Nya ketika solat. Dalam ertikata lain, semasa memuji Allah
dalam solat, JANGAN dicampuradukkan dengan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana membatalkan
makna mengesakan dan mencacatkan salah satu daripada syarat sembahyang (iaitu segala yang HALAL diluar
solat adalah HARAM didalam solat kecualibacaan solat danmembaca al-Quran).
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
10/12
1 0
Melaksanakan hukuman kepada pesalah tersebut, menurut undang-
undang Islam di Arab Saudi, bukannya menafikan undang-undang di
Malaysia, China ataupun India.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya sesiapa yang MENAFIKANtuhan selain Allah itu, sebenar-benarnya, membatalkan makna mengesakan kerana
bercanggah dengan maksud ayat Quldalam surah al-Ikhlas.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang
MELAFAZKAN KALIMAH atau BERZIKIR dengan kalimah dan"MENAFIKAN tuhan selain Allah atau menafikan berhala maka sebenar-benarnya
secara tidak sedar atau tanpa niat telah MEMBATALKAN MAKNA ESA yakni
BUKANLAH ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH kerana bercanggah dengan
ayat ke-163 surah al-Baqarah dan ayat Qul di dalam surah al-Ikhlas.
Diambil daripada itu, sesungguhnya iktikad "menafikan tuhan selain Allah atau
berhala bertentangan dengan Quran dan hadith Nabi kerana tidak mempunyai dalil
akal yang mentahkiqkannya.
Iktikad "MENAFIKAN itu sebenarnya membawa maksud seperti berikut :
1. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah yang dilafazkan.
2. Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama
Islam.
3. Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.
4. Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain
penganut agama Islam.
5. Kita yakin bahawasanya Allah mempunyai persamaan dengan "tuhan selain
Allah yang disembah oleh bukan penganut Islam.
6. Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam mempunyai kelemahan.
7. Kita telah membandingkan Allah Taala dengan makhluk.
Justeru, dengan penuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya, HANYA matahari
yang menerangi bumi (alam semesta). Itulah dalil akal yang menunjukkan
bahawasanya, KALIMAH LA BUKAN MENAFIKAN TUHAN SELAIN ALLAH.
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
11/12
1 1
Kita tidak pernah mengetahui, tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar,
ada tuhan selain Allah yang menjad ikan alam semesta (muka bumi).8
Diambil daripada makna, Allah Taala Maha Esa, maka yang WUJUD, yang
QIDAM, yang BAQO hingga yang MUTAKALLIMUN, itulah ALLAH, justeru semua
maksud kalimah itu adalah serupa dengan maksud,
iaitu tiada tuhan melainkan Allah Maksudkalimah tauhid itu adalah sama dengan ayat dalam surah : Al-Baqarah : 163
yang bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Dia yakni AllahMustahil Allah menafikan Diri-Nya Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Itulah
dalilnya daripada Quran bahawasanya Allah MENEGAH kita menafikan selain Dia
ketika menyebut kalimah atau ketika BERZIKIR dengan kalimah
Ayat itu bukannya menafikan makhluk atau perbuatan makhluk. Begitulah juga
dengan makna sifat 20, iaitu :
tiada yang wajib WUJUD melainkan Allah
tiada yang QIDAM melainkan Allah
tiada yang KEKAL melainkan Allahhingga
tiada yang MUTAKALLIMUN melainkan Allah
Semua kalimah LA atau TIADA pada ayat-ayat itu BUKAN BERMAKSUD
MENAFIKAN kewujudan makhluk, BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN kekalnya
makhluk dan sebagainya melainkan, menurut perintah Allah supaya
MENTAUHIDKAN-NYA melalui ayat dalam surah al-Ikhlas Kata Olehmu Allah
Taala ESA
dan menyatakan SUMPAH dan BERSAKSI SUDAH DIKENALNYA ALLAH
IAITU ZAT YANG MENJADIKAN DIRINYA.
8Makna paling tepat bagi
ialah yang menjadikan alam semesta..
-
8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat (Update)
12/12
1 2
Kita bersumpah dengan sesungguhnya dan dengan sepenuh keyakinan dan
tahkiq, bahawasanya
Allah Taala ESA tiada yang seumpama-Nya.
yakni
Maka sesungguhnya kalimah
Tiada Tuhan Melainkan Allah
TIDAK SAMA SEKALI
MENAFIKAN TUHAN YANG LAIN,SELAIN ALLAH
kerana membandingkan Allah dengan makhlluk.
Justeru, apabila dinafikan juga kewujudan makhluk, ketika menyebut tiada yang
wujud melainkan Allah, atau menafikan makhluk ketika menyebut kalimah tiada
tuhan melainkan Allah sesungguhnya, tanpa disedari, tanpa niat TELAH
MENGAKUI bahawasanya, wujud tuhan selain Allah yang mempunyai kuasa
menjadikan, daripada tiada kepada ada dan sebagainya sedangkan tuhan yang
disembah oleh orang kafir itu TIDAK LAYAK sama sekali dibandingkan dengan Allah.Maka, iktikad yang menafikan makhluk adalah iktikad orang yang syak, zon dan
waham, yakni terkeluar daripada iktikad sebenar.
Dalam erti kata lain, hanya orang yang SEMPURNA makrifatnya dan tanpa
syak, tanpa ragu-ragu dan tanpa was-was, bahawasanya, tiada yang menjadikan
sekalian alam melainkan Allah,9 maka diucapkannya kalimah tauhid, sama seperti
yang dinyatakan Allah di dalam Quran.
yang bermaksud
Tiada Tuhan (yang menjadikan sekalian alam) melainkan .
Wallohualam.
9Alam semesta TIDAK sama dengan sekalian alam. Alam semesta ialah alam yang zahir pada pancaindera manusia
sahaja. Maksud sekalian alam adalah lebih luas iaitu, meliputi alam ghaib.
top related