guru dan perundangan

Post on 19-Jan-2016

49 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

GURU DAN PERUNDANGAN

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU FASA V 2014

PENDIDIKAN PRASEKOLAH AMBILAN JAN 2012

DISEDIAKAN OLEH : NURUL AINA BINTI MOHD SABRINUR ARIFAH BINTI JASMI

Pendahuluan

• Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi

• Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa  dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

• Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

• Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada  2002.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002

• Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).

• Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

• Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

RASIONAL PERATURAN TATATERTIB INI DILAKSANAKAN

• melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;

• meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;

•  menjaga imej perkhidmatan awam; dan

•  yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum

PERATURAN-PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB SECARA UMUM

TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN

PERATURAN 4A (GANGGUAN SEKSUAL)

PERATURAN 5 (PEKERJAAN LUAR)

PERATURAN 23 (KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI)

PERATURAN 23 (PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG BERKAITAN)

TINDAKAN TATATERTIB

top related