gimnastik pendidikan

Post on 26-May-2015

7.232 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan merupakan cabang pendidikan pergerakan yang berunsurkan penerokaan dan penyelesaian masalah.

Ia bebas melakukan pelbagai pergerakan mengikut kreativiti dan kemampuan sendiri.

Pergerakan yang dilakukan biasanya berkaitan dengan situasi kehidupan seharian.

Terdapat 8 tema dalam gimnastik pendidikan. Namun begitu, salah satu tema utama dalam gimnastik pendidikan ialah kesedaran beban.

Konsep kesedaran beban berkait rapat dengan tenaga yang digunakan dalam tempoh tertentu semasa melakukan pergerakan.

Terdapat beberapa kualiti dalam tema kesedaran beban.

1) Pergerakan Bertahan Contoh: berkawad.

2) Pergerakan Bergetar-getar Contoh: bunyi alat penggera

kebakaran

3) Pergerakan Bercirikan Prekusi Contoh: pergerakan yang cepat, tajam,

bertenaga dan agak berat.

4) Pergerakan Staccato Contoh: pergerakan yang terputus-

putus, tajam, cepat dan ringan.

5) Pergerakan Bercirikan Bandul Contoh: pergerakan berayun-ayun

melalui laluan berbentuk lengkok.

6) Pergerakan Runtuh Contoh: pergerakan yang menunjukkan

keadaan runtuh atau pengsan.

Konsep kesedaran beban adalah berkaitan dengan kualiti pergerakan yang dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan atau keupayaan otot semasa semasa melakukan pergerakan.

Setiap pergerakan berdasarkan tema kesedaran beban akan menunjukkan kualiti pergerakan yang berbeza-beza iaitu cepat, lambat, perlahan, bertenaga, ringan dan sebagainya.

Pelbagai alat termasuk alat muzik atau iringan muzik boleh menyerlahkan lagi sesuatu pergerakan.

Aspek keselamatan perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti gimnastik pendidikan.

top related