folio geografi form2 nhr
Post on 12-Jun-2015
2.529 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SBP INTEGRASI GOMBAK
K A J I A N G E O G R A F I T E M P A T A NP E N I L A I A N M E N E N G A H R E N D A H 2 0 0 9
Tema
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA
Tajuk Kajian
PETEMPATAN DI KAWASAN
BERANANG, SELANGOR
DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN
DI TOKYO, JEPUN
Nama Calon : NABIL HADI BIN ROSLAN
Tingkatan : TINGKATAN 2 AL-BIRUNI
No. K/P : 950202-14-6059
Guru Penilai :PUAN ROHAZIAH BINTI JUNOH
PETEMPATAN DI KAWASAN
BERANANG, SELANGOR,
MALAYSIA
DAN PERBANDINGANNYA
DENGAN PETEMPATAN
DI TOKYO, JEPUN
SENARAI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan02 Pendahuluan03 Objektif Kajian04 Kawasan Kajian05 Kaedah Kajian06 Hasil Kajian07 Rumusan08 Lampiran09 Rujukan
PENGHARGAAN
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama
daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan
kepada pengetua sekolah, Puan Hajah Shariffah Asmak binti Syed Alwee yang telah
memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada guru geografi saya Puan Rohaziah binti Junoh kerana telah sudi memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan
kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan
kepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan
ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat
di kawasan kajian saya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Beranang di mana sepanjang kajian ini,saya
akan menbongkar segala potensi, kelemahan, perkembangan dan kegiatan ekonomi yang ada
di Beranang .Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian bagi melawat saudara-mara
saya. Di samping dapat memudahkan saya menjalankan kajian, saya juga dapat mengetahui
sedikit sebanyak mengenai kawasan tempat tinggal saya.Tidaklah saya seperti katak di bawah
tempurug apabila orang lain atau pelancong menanyakan saya yang berkaitan petempatan di
kawasan ini.Negara yang saya pilih untuk dibandingkan dengankawasan kajian saya ialah
Negara Jepun. Saya memilih Negara Jepun ini kerana Negara ini merupakan Negara yang
optimum. Oleh itu, banyak perbezaan dari pelbagai aspek akan dapat diperolehi jika
dibandingkan dengan kawasan di Beranang.
Saya mengambil masa daripada 21 Ogos hingga 21 September untuk menjalankan
kajian. Ini memberikan saya masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja kursus.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Beranang serta
jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang
terdapat di kawasan Beranang serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola
petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di Negara Jepun.
3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Beranang serta fungsi
petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.
4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Beranang
serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di
negar Jepun.
5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di
kawasan Beranang serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang
terdapat di kawasan bandar Tokyo, Jepun
6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap kawasan Beranang di
daerah Hulu Langat, Negeri Selangor, Malaysia.
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya adalah Beranang. Beranang merupakan kawasan petempatan dan
perindustrian pinggir pekan Semenyih. Beranang berasal dari kawasan perlombongan bijih
timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Beranang terletak di kawasan tanah pamah. Di
kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan adalah lebih kurang 10km persegi.
Beranang terletak lebih kurang 8km dari pekan Semenyih. Antara kawasan lain yang
berhampiran dengan Beranang adalah Rinching, Broga, Ulu Semenyih, dan Mantin,Negeri
Sembilan.
Beranang dapat dikatakan sebagai lokasi Semenyih yang baru. Ini kerana pasar raya yang
besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah , Tesco, Tesco Extra, The Store dan lain-lain.
Beranang hanya dapat dihubungi dengan jalan darat sahaja.
Peta-peta yang berikut adalah peta Malaysia, peta Selangor di dalam Malaysia, peta negeri
Selangor, Beranang di dalam peta daerah Hulu Langat, peta perbandingan kawasan saya
iaitu bandar Tokyo, Jepun, dan peta lakar kawasan kajian saya iaitu Beranang.
BERANANG
Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam
mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah
yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidik
serta kaedah temu bual.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan
kajian saya iaitu Beranang. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian
saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan
kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.
Kaedah Rujukan
Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan
kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke
perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat
tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang
saya pilih serta maklumat tambahan.
Kaedah Soal Selidik
Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya
telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan
memberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk
mendapatkan maklumat.
Kaedah Temu Bual
Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk
di situ. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.
HASIL KAJIAN
8.1 : Jenis dan Pola Petempatan
Jenis dan Pola Petempatan
Beranang adalah sebuah petempatan bandar yang terdapat di Malaysia dan padat
dengan penduduk. Ini kerana Beranang mempunyai pelbagai kemudahan seperti rumah, pusat
membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik. Manakala pola petempatan yang terdapat
di Bercham ialah berpusat, berkelompok dan terancang. Pola petempatan terancang dapat
dibuktikan melalaui petempatan Bandar Tasik Kesuma iaitu petempatan semula. Jadual dan
carta pai di bawah mewakili pola petempatan yang terdapat di Bercham.
Pola Petemapatan di Kawasan Bercham
Berpusat Berkelompok Terancang
Peratusan % 50 20 30
Bandaraya Tokyo juga merupakan petempatan bandar seperti Beranang.
Walaubagaimanapun, Beranang tidak sepesat bandaraya Tokyo. Tokyo dikatakan lebih padat
berbanding Beranang kerana Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah
metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 33,750,000 di
bandaraya tersebut dan sekitarnya.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan
pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan
tanah air yang aman dan makmur.
8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan
Sejarah
Beranang merupakan sebuah ladang kelapa sawit dahulunya. Ini telah mempengaruhi
faktor petempatan di kawasan Beranang. Penduduk di kawasan Beranang ini terdiri penduduk
yang berbilang kaum. Tetapi kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu. Orang Cina
dan orang India mula menduduki kawasan ini setelah terbinanya kawasan perumahan. Jadual
dan graf di bawah ini mewakili peratusan penduduk di kawasan Bercham.
Penduduk di Kawasan Bercham Melayu Cina India Lain-Lain
Peratusan 80% 3% 15% 2%
Bandar Tokyo di Jepun pula merupakan bandar Feudalisme. Bandar Tokyo merupakan
sebuah perindustrian tercanggih di dunia. Ianya masih lagi mengamalkan kuasa tentera. Pada
tahun 2002, dicatatkan bahawa 12% penduduk di Tokyo adalah kanak-kanak, 71.4% pula
merupakan golongan yang bekerja dan selebihnya adalah penduduk senior.
Bentuk Muka Bumi
99% daripada kawasan Beranang adalah tanah pamah. Manakala 1% lagi merupakan
kawasan tanah tinggi. Beranang merupakan kawasan yang rata dan dikelilingi oleh hutan. Di
Tokyo pula, hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang merupakan tanah pamah. Manakala,
sebahagian besarnya pula adalah tanah tinggi.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang terdapat di Beranang adalah perniagaan. Hampir 50% rumah
kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Melayu. Selain itu, terdapat juga pekilangan yang
dijalankan. Tetapi perkilangan yang dijalankan adalah pekilangan kecil sahaja. Bercham juga
merupakan sebuah pusat perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang terdapat di sini adalah
seperti perbankan dan perhubungan. Tokyo pula merupakan metropolitan ekonomi terbesar di
dunia. Tokyo merupakan satu pusat kewangan, pusat operasi kepada pelbagai syarikat
perbankan dan insuran, dan menjadi pusat perhubungan, industri cetakan dan industri
penyiaran. Tokyo juga merupakan sebuah pusat perlancongan kerana di sana juga terdapat
pulau-pulau.
Darjah Ketersampaian
Di Beranang, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan. Sebahagian besar
penduduk memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan mereka bergerak. Di sini juga
terdapat pengangkutan awam yang baik. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi telah
memudahkan penduduk untuk ulang-alik ke tempat kerja serta keluar ke bandaraya Kuala
Lumpur. Manakala di Tokyo pula, penduduk penduduknya terlalu padat. Jadi, kemudahan
awam seperti keretapi telah dibina. Ini telah memudahkan penduduk Tokyo untuk bergerak
ke mana-mana.
Sosial/Budaya
Di Bercham, penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu,
wujudnya tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala
kuil didirikan penduduknya yang beragama hindu. Di Tokyo, terdapat banyak muzium yang
didirikan. Muzium ini memaparkan kepelbagaian lukisan traditional Jepun. Ia juga
memaparkan budaya yang dahulunya wujud di Jepun.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai bentuk muka
bumi yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu,
kita juga mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.
8.3 : Fungsi Petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan
Beranang serta penduduk di Beranang .Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di
kawasan Beranang adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Beranang telah dinaiktaraf
pendidikannya.
Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Beranang seperti Sekolah
Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma yang telah dibuka pada tahun 2003.Sekolah tersebut
mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding
sekolah lain yang ada di Beranang .Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf
hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di
Beranang yang semakin baik dan selesa. Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk
kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik, jalan bertar dan juga sekolah
yang dinyatakan di atas.
Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Tokyo,Jepun pula adalah sebagai
kawasan perindustrian. Ini kerana di Tokyo terdapat begitu banyak kilang. Disamping itu,
Tokyo juga mempunyai pelbagai fungsi sampingannya dan antaranya ialah menanam padi di
kawasan tanah tinggi. Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kawasan yang
mencukupi untuk menjalankan kegiatan menanam padi di kawasan tanah pamah.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana
kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya
berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga
perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.
8.4 : Masalah Petempatan
Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa
masalah telah dinyatakan oleh 20 responden, antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan juga
pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab
segelintir penduduk kawasan Beranang.
Selain itu, Beranang juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia
terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan
yang terdiri daripada pelbagai kemudahan. Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh
pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara. Pencemaran tanih pula berlaku
disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Kesan daripada
pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling.
Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan
kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas sering berlaku
di Jalan Semenyih .Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke pekan
Semenyih .Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama
menuju ke sekolah.
Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang
berlaku di Bercham.Bandar Tokyo juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan
dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan
bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan
asid.
Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat
padat. Bandar Tokyo juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang
dagangannya yang amat padat kerana punca ekonominya juga bergantung kepada kegiatan
pelabuhannya.
Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita
juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan
sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya. Bagi mengelakkan
berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Beranang, kita hendaklah saling
bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar
tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang
disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.
8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan
yang berlaku di Beranang dan Bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya,
menguatkuasakan undang-undang, mengitar semula sampah sarap, menyediakan tapak
pelupusan dan membuka kawasan baru. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, kerajaan
daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.
Contohnya, di Beranang pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan
bandar Semenyih untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik darjah
ketersampaian. Selain itu, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kerajaan juga telah
meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama dengan
menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.
Selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas, langkah ini juga telah
mengurangkan pencemaran udara. Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan
pencemaran. Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya. Selain daripada
mengurangkan pencemaran, ia juga boleh mencantikkan kawasan. Tambahan pula, kerajaan
telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah
pembakaran terbuka yang berlaku.
.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis
Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah ini. Pembukaan pusat pelabuhan baru di Tokyo telah dilaksanakan oleh
pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan
pertambahan barang dagangan. Di Nagoya, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah
lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk
menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT
yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran
bunyi.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa. Namun begitu, para
penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah
yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa
bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.
RUMUSAN
Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Beranang, Selangor ini telah memberi
banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya
mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih
jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara
bandingan iaitu Jepun di bandar Tokyo seperti meningkatkan tahap ketersampaian,
memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti
masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan bandingan iaitu
Tokyo serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah
tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti
masalah-masalah yang terdapat di kawasan Beranang serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya
bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga
perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.
Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman
dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang
baik.
Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama
menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin
agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita
akibat perbuatan kita sendiri.
LAMPIRAN
Peta Negara Jepun
Perak
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN21,005 KM2
Peta Negeri Perak Dalam Malaysia
BORANG SOAL SELIDIK
NAMA: .................................................................
UMUR: .................................................................
BANGSA: ....................................
PEKERJAAN: .............................
MASALAH YANG DIHADAPI:
PENYELESAIAN ANDA:
TandaTangan Responden: .............................................
RUJUKAN
Buku teks
Khaw Ah Seng, Habibah binti Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku teks Geografi
Tingkatan 3, Pahang Darul Makmur, PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Internet
Beranang,Selangor : http://ms.wikipedia.org/wiki/Beranang
Tokyo, Jepun : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo
Orang sumber
Roslan bin Mohamed, 48 tahun, No 23, Jalan Kesuma 7/22, Bandar Tasik Kesuma, 43700
Beranang, Selangor.
top related