falsafah pembangunan sahsiah

Post on 09-Jan-2017

261 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Definisi Falsafah Falsafah – pegangan dan kepercayaan

(worldview) terhadap sesuatu perkara – kehidupan.

Mengandungi visi dan misi. Falsafah – diterjemahkan melalui proses

dan perlakuan. Kenapa manusia dilahirkan di dunia ini. Falsafah penciptaan manusia di dunia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” .

Falsafah Pendidikan KebangsaanEmpat unsur penting dalam falsafahpendidikan kebangsaan (Omar Abdull Kareem2011):1. Proses2. Matlamat3. Dasar 4. Hasil

Unsur Proses Unsur proses - Pendidikan di Malaysia

sebagai suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

Unsur Matlamat Unsur matlamat yang dapat dikesan

melalui pernyataan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Unsur Dasar Unsur dasar dilihat kepada pernyataan

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Unsur Hasil Unsur hasil -usaha melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan Kecemerlangan dalam setiap bidang aktivitinya.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas

Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan.

Misi dan visi UPSI Visi – menjadi universiti yang bitara,

cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui kepimpinan global.

Misi – menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat untuk mencapai wawasan negara.

Sahsiah

1. Sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peibadi (Kamus Dewan 1994).

2. Sahsiah juga dikenali sebagai personaliti, manakala daripada perspektif Islam, personaliti merujuk kepada akhlak yang positif dan akhlak yang negatif (Fariza & et al, dlm. Fariza Md Sham 2013).

Integrasi Falsafah

FalsafahPembangunan Sahsiah

RUMUSAN Melalui kefahaman tentang falsafah

pembangunan sahsiah berupaya:1. Melahirkan guru yang berilmu, beriman

berakhlak mulia dan bertanggungjawab.2. Memiliki personaliti unggul (towering

personality) yang akan dapat merealisasikan aspirasi negara.

3. Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara sebagai pendidik.

top related