faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar

Post on 15-Jul-2015

17.092 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Isi

Kawan

Institusi kekeluargaan

Media massa

Kelonggaran kawalan disiplin sekolah

Karangan

Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...

Apakah yang dimaksudkan dengan buli? Menurut kamus dewan, buli bermaksud tindakan

memeras ugut, mengejek, menghina dan memukul yang dilakukan oleh pemangsa terhadap

mangsanya. Dalam era globalisasi ini, kes buli dalam kalangan pelajar di negara semakin meningkat.

Saban hari, terpapar di rubrik- rubrik akhbar berita mengenai kes buli. Hal ini telah menimbulkan

kebingungan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia. ‘Jika tidak kerana angin, masakan pokok

bergoyang’. Peribahasa ini menunjukkan setiap masalah yang timbul pasti ada puncanya. Terdapat

beberapa punca yang dikenal pasti menyumbang kepada berlakunya masalah ini.

Tidak dapat dinafikan lagi, pelajar yang membuli pelajar lain pastinya lahir dalam keluarga

yang bermasalah. Kegagalan ibu bapa dalam membentuk sebuah intitusi keluarga yang bahagia

menjadi faktor utama masalah ini. Hal ini menyebabkan anak- anak senantiasa berada dalam

keadaan tertekan. Sebagai jalan penyelesaian, mereka akan membuli pelajar lain untuk melepaskan

geram.

Selain itu, kawalan disiplin sekolah semakin longgar. Peranan pengawas sebagai polis

sekolah sudah basi dan ketinggalan zaman. Pengawas sekolah hanya melaksanakan tugas ‘seperti

melepaskan batuk di tangga’. Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar- pelajar nakal untuk terus

bermaharajalela sekaligus menyebabkan peningkatan masalah disiplin bagaikan ‘cendawan tumbuh

selepas hujan’.

Para pelajar yang hanya berusia setahun jagung mudah terpedaya dengan pengaruh rakan

sebaya. Setiap tingkah laku rakan akan menjadi ikutan pelajar bagaikan span yang menyerap air. Jika

rakannya seorang pembuli, pelajar tersebut juga akan mengikut gaya mereka agar diterima masuk ke

dalam kumpulan mereka. Jika hal ini dibiarkan berlarutan, lebih ramai lagi pelajar akan menjadi

mangsa buli dan kegiatan buli akan terus merebak seperti penyakit berjangkit.

Media massa turut menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Remaja dasawarsa ini

terutamanya remaja lelaki gemar menonton filem berunsur keganasan yang mempunyai aksi- aksi

yang lasak. Filem- filem sebegini selalu menayangkan adegan yang menunjukkan kepuasan watak

apabila dapat mencenderakan musuhnya. Babak- babak seperti ini yang mudah menjadi ikutan

remaja yang masih menggalas tanggungjawab sebagai pelajar sekolah.

Intihanya, terdapat beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi kejadian buli. Semua

pihak terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Hal ini kerana

anak diibaratkan sebagai kain putih, ibu bapa yang memainkan tanggungjawab dalam

mencorakkanya. Bukan itu sahaja,pelajar juga perlu berfikir secara kritis dalam menentukan hala

tuju kehidupanya. Bak kata peribahasa, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

top related