faktor-faktor yang mendorong ketidakcekapan pertuturan bahasa melayu di majlis rasmi dalam kalangan...

Post on 30-Jun-2015

679 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Terdapat beberapa subjek teras antaranya ialah bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan moral dan Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti punca-punca pelajar tidak cekap menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan semasa majlis rasmi. Kajian ini dijalankan ini di SMK Kuala Penyu, Sabah. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik. Terdapat beberapa faktor pelajar tidak cekap dalam pertuturan bahasa Melayu dan mempengaruhi pelajar tersebut. Natijahnya, satu kajian dilakukan kepada 50 orang pelajar menengah atas dan 50 orang menengah bawah yang dipilih secara rawak dan secara umumnya pelajar memberi pandangan positif mengenai subjek bahasa Melayu. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan memperbaiki pertuturan semasa dalam ataupun diluar majlis rasmi There are a few among the core subjects like English, Mathematics, Science, History, Moral Education and Islamic Education. This study aimed at identifying the causes of students inefficient use of Malay language in a speech during the official ceremony. This study was conducted at SMK Kuala Penyu, Sabah. Instruments of this study using a questionnaire. There are several reasons students are not proficient in speaking the Malay language and influence students. Result, a study carried out for 50 upper secondary students and 50 secondary schools randomly selected under the general and the students positive views on the subject of the Malay language. This will cause the students to improve speech during or outside of the official ceremony

TRANSCRIPT

KUMPULAN 9

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KETIDAKCEKAPAN PERTUTURAN BAHASA MELAYU DI MAJLIS RASMI DALAM KALANGAN PELAJAR SMK KUALA PENYU.

Khairulazri Bin jariman

Jeffriddy Kulih

LauraJulius

Sitti AisyaBinti Jupri

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik di SMK Kuala Penyu, Kuala Penyu, Sabah

Disebabkan beberapa faktor antaranya adalah menjimatkan kos dan masa ketika melakukan kajian

Kawasan ini juga berdekatan dengan penyelidik selain pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Penyataan masalah

Adakah pelajar yang mempunyai penguasaan yang lemah dalam pertuturan bahasa

Melayu dapat ditingkatkan?

Adakah pelajar mahir bertutur dalam bahasa Melayu sama ada di sekolah atau di luar sekolah?

Adakah pelajar sedar bahawa kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu mempengaruhi pencapaian

akademik mereka?

OBJEKTIFKAJIAN

• Mengenalpasti punca-punca pelajar tidak cekap menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan semasa majlis rasmi.

• Mengenalpasti faktor dominan yang mendorong pelajar tidak cekap bertutur menggunakan bahasa Melayu ketika majlis rasmi.

PERSOALANKAJIAN

•Apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak mahir menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan semasa majlis rasmi.

•Apakah hubungan di antara latar belakang pelajar yang mempengaruhi ketidakcekapan berbahasa Melayu.

Kepentingankajian

•Menangani masalah pelajar yang tidak mahir berbahasa Melayu dalam majlis rasmi

•Mengenalpasti faktor utama yang mendorong pelajar tidak cekap bertutur dalam bahasa Melayu

•Mengenalpasti strategi yang boleh dipraktikkan bagi menggalakkan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu dalam pertuturan.

•Menyedarkan pelajar bahawa kemahiran bertutur akan memberi impak dalam pencapaian akademik mereka.

SKOP KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian terhadap ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu di majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu. Seramai 50 orang pelajar menengah rendah dipilih sebagai responden dan seramai 50 orang lagi pelajar menengah atas. Jumlah keseluruhan responden bagi kajian ini adalah seramai 100 orang. Kajian ini hanya mengkaji faktor utama yang mempengaruhi pelajar tidak cekap berbahasa Melayu di samping mengesan faktor-faktor lain.

METODOLOGIKAJIAN

Populasi dan sampel kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar SMK Kuala Penyu

Bilangan responden yang dikaji adalah seramai 100 orang

responden ini terdiri daripada para pelajar menengah rendah dan menengah atas yang dipilih secara rawak.

Bentuk kuantatif deskriptif. Kami menggunakan borang soal selidik bagi mengkaji pendapat para responden mengenai kajian yang dijalankan

Borang soal Selidik

Mengumpul Data dan menganalisis data

100 orang responden

Membuat analisis

pendapat responden

Menganalisis reaksi

SMK Kuala Penyu

HASILKAJIAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, penyelidik memuatkan dapatan kajian yang diperolehi melalui kaedah kajian yang dipilih iaitu melalui borang soal selidik. 100 orang responden yang terdiri daripada 50 orang menengah atas dan 50 orang lagi menengah rendah yang dipilih secara rawak bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu di majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu. Data-data yang dikumpul diperlukan bagi menjawab soalan dan seterusnya memenuhi objektif kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

ANALISIS KESELURUHAN

Sangat tidak se-tuju

Tidak setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju0

5

10

15

20

25

30

35

40

Masalah disiplin

Kurang memberi perhatian semasa pembelajaran

Penggunaan bahasa rojak

Pengaruh bahasa ibunda

Penggunaan bahasa inggeris

Pendapat responden

Resp

onde

n (%

)

Pengaruh bahasa Ibunda

Penggunaan bahasa Inggeris

Faktor-faktor yang mendorong ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu di majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu.

Bil. Faktor-faktor yang mendorong ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu dalam majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu.

Pendapat responden (%)

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

1Pelajar kurang berdisiplin ketika berbahasa

17 18 26 23 16

2Pelajar kurang memberi perhatian semasa sesi pembelajaran

7 29 24 21 19

3Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan 8 10 23 22 37

4Pengaruh bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan di rumah

3 17 20 30 30

5Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di rumah

36 21 29 9 5

Faktor-faktor yang mendorong ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu di majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu ialah pelajar kurang berdisiplin ketika berbahasa. Rata-rata responden bersetuju mengenai faktor ini, iaitu sebanyak 23 % responden bersetuju dan 16 % adalah sangat setuju. Terdapat 26% responden berpendapat tidak pasti mengenai faktor tersebut. Manakala responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju masing-masing 17% dan 18%.

Faktor seterusnya ialah pelajar kurang memberi perhatian semasa sesi pembelajaran. Sebanyak 29% responden tidak setuju dan 7% responden sangat tidak bersetuju berkenaan faktor ini. Manakala 21% responden berpendapat bersetuju dan 19% lagi sangat setuju. Selebihnya iaitu 23% responden berpendapat tidak pasti.

Faktor penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan. Di dapati bahawa responden sangat setuju dengan faktor ini, iaitu dengan 37% sangat setuju dan 37% sangat setuju. Manakala 10% tidak bersetuju dan 8% lagi sangat tidak bersetuju. Sementara itu, 23% responden berasa tidak pasti.

Selain itu, faktor pengaruh bahasa Ibunda sebagai bahasa perantaraan di rumah juga di persetujui oleh para responden. Sebanyak 30% responden berasa sangat setuju dan 30% responden juga berasa setuju. Manakala bagi responden yang berpendapat sangat tidak setuju dan tidak setuju masing-masing mencatatkan sebanyak 3% dan 17%.

Faktor yang terakhir ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di rumah, di dapati rata-rata responden tidak bersetuju dengan faktor ini. Sebanyak 36% responden sangat tidak setuju dan 21% lagi tidak setuju. Sementara itu 9% responden berasa setuju dan 5% sangat setuju. Selebihnya iaitu 29 di dapati berasa tidak pasti.

KEPUTUSANPERSOALAN KAJIAN

Persoalan 1

Apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak mahir menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan semasa majlis rasmi ?

Pendapat responden0

5

10

15

20

25

30

35

40

Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

Res

pond

en (

%)

Di dapati bahawa responden sangat setuju dengan faktor ini, iaitu dengan 22% setuju dan 37% sangat setuju.

Bahasa rojak merupakan bahasa yang mencampurkan bahasa lain semasa menggunakan bahasa Melayu. Amalan seperti ini boleh mendatangkan kesan negatif.

Persoalan 2Apakah hubungan di antara latar belakang pelajar yang mempengaruhi ketidakcekapan berbahasa Melayu ?

Pendapat responden0

5

10

15

20

25

30

35

Pengaruh bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan di rumah

sangat tidak setuju Tidak setuju

Tidak pasti Setuju

Sangat setuju

Resp

onde

n (%

)

Sebanyak 30% responsen bersetuju dan sebanyak 30% juga yang sangat bersetuju mengenai faktor pengaruh bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan di rumah.

Jack C. Richards (1980) menamakannya sebagai masalah antarabahasa (inter-language problems) iaitu pelajar-pelajar dari kaum lain dari kaum Melayu akan mengalami masalah sebutan apa yang didengari mereka akan dituturkan lain kerana struktur bahasa tersebut selain daripada kelalian pendengaran terhadap bahasa ibunda.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, wujud hubungan yang signifikan antara responden menengah atas dan menengah bawah dengan faktor antaranya ialah pelajar kurang berdisplin, pelajar kurang memberi perhatian semasa sesi pembelajaran, penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan, pengaruh bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan di rumah dan faktor terakhir sekali ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Hal ini kerana responden menengah atas dan menengah bawah memberikan alasan yang sama iaitu bahasa “sms”, terpengaruh dengan pertuturan kawan, jarang mempraktikkan bahasa Melayu dalam pertuturan dan kurang pengetahuan tentang kepentingan ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu maka terjadinya faktor-faktor seperti yang telah dinyatakan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Dalam bab ini membincangkan beberapa cadangan terhadap faktor ketidakcekapan bahasa Melayu di majlis rasmi dalam kalangan pelajar SMK Kuala Penyu. Cadangan ini diberikan kepada beberapa pihak termasuklah pengkaji yang akan datang. Hasil dapatan kajian menunjukkan respon yang positif daripada responden. Kajian ini merupakan kajian yang pertama di lakukan di sekolah ini.

PERBINCANGAN

Mengikut tahap persetujuan responden melalui borang soal selidik yang telah diedar sebanyak 100 helai. Didapati bahawa responden bahawa SMK Kuala Penyu mempunyai hubungan di antara latar belakang pelajar yang mempengaruhi hubungan ketidakcekapan pertuturan dalam berbahasa Melayu semasa majlis rasmi

Hal ini dibuktikan melalui faktor-faktor yang telah dinyatakan oleh pengkaji :

1. Faktor masalah displin kerana pelajar tersebut tidak mempraktikkan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

2. Kurang memberi perhatian semasa pembelajaran.3. Penggunaan bahasa rojak juga mendorong pelajar

ketidakcekapan pertuturan bahasa Melayu .4. Pengaruh bahasa Ibunda, Sesetengah pelajar masih

mengamalkan pertuturan nenek moyang mereka terdahulu megikut kaum.

5. Penggunaan bahasa Inggeris.Sedikit sebanyak bahasa Melayu dicampurkan adukan dengan bahasa Inggeris

CADANGAN

• Mengendalikan program yang berkaitan dengan bahasa Melayu

• Mewajibkan pelajar dan guru agar berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul.

• Sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan dikehendaki menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

• Sesi pembelajaran subjek bahasa Melayu, guru dan pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

• Cogan kata dapat membantu pelajar berbahasa Melayu dengan betul seperti menampalkan di tempat laluan pelajar.

Konklusinya, pengkaji berharap segala cadangan dapat dilaksanakan dengan harapan dapat membantu pelajar untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul.

KESIMPULAN

• Kemahiran berbahasa Melayu dengan betul penting agar

boleh diterapkan dalam peribadi setiap pelajar malahan dapat

menjaga identiti bahasa Melayu itu sendiri.

• Beberapa faktor yang sukar untuk mencapai matlamat kajian

ini namun beberapa cadangan telah di utarakan agar

kelemahan ini dapat di atasi.

• Pengkritik juga berharap kajian ini dapat di kaji dengan

mendalam pada masa akan datang agar boleh mendapat

kebolehpercayaan yang lebih utuh.

Lampiran

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related