faktor-faktor yang mempengaruhi ......mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik india. analisis anova...
Post on 01-Feb-2020
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
PELAJAR 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
DALAM MATA PELAJARAN SAINS MENGIKUT ETNIK
NUR HANANI BINTI AB. HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) DALAM MATA PELAJARAN SAINS MNGIKUT ETNIK.
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
______NUR HANANI BINTI AB. HAMID (820331-03-5608)____
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia
Tarikh : 11 OKTOBER 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: LOT 1754, LRG HJ. IBRAHIM KG DELIMA, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN. Tarikh : 11 OKTOBER 2004
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BT ISMAIL
Tarikh : 11 OKTOBER 2004
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR
4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) DALAM MATA
PELAJARAN SAINS MENGIKUT ETNIK
NUR HANANI BINTI AB. HAMID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
PERAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : NUR HANANI BINTI AB. HAMID
Tarikh : 11 OKTOBER 2004
iii
DEDIKASI
Khas buat AYAHBONDA yang dicintai,
EN. AB. HAMID BIN ISMAIL & PN. RAMZAH BINTI YUSOFF
Pengorbanan kalian untuk mendewasakan daku terlalu besar ertinya...
Buat adik-adik yang tersayang...
MOHD. HAFIZ BIN AB. HAMID
MOHD. HANIF BIN AB. HAMID
NUR HAFIZAH BINTI AB. HAMID
Kalian amat bermakna buat diriku..
Teruskanlah perjuangan dalam kembara mencari ilmu.
Buat teman-teman seperjuangan,
Moga ukhuwah yang terbina...
Tidak bernoktah di sini sahaja.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Zaleha binti Ismail di atas segala bimbingan,
kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang telah diluangkan sepanjang tempoh
menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar 4 SPN sesi 2004/2005 yang
telah memberikan kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi kerjasama, semangat, nasihat dan dorongan kepada saya dalam
menjayakan projek ini. Kenangan bersama kalian tidak akan ku lupakan.
Akhir sekali, istimewa buat ayah, emak dan adik-adik, pengorbanan serta
dorongan yang diberikan amatlah dihargai.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana faktor-faktor minat
pelajar, sikap pelajar, persekitaran, pengaruh guru (pensyarah) dan pergaulan
mempengaruhi pembelajaran pelajar 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik. Keseluruhan populasi iaitu seramai 41 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian rintis dan kajian sebenar dilakukan dengan
kerjasama pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Borang soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperolehi telah diproses dan
dianalisis menggunakan perisian SPSS 10.0 (Statistical Package For Social Science) dan
data telah diterjemahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil daripada
kajian menunjukkan walaupun min keseluruhan bagi kelima-lima faktor berada pada
tahap yang tinggi, namun faktor minat dan sikap didapati lebih mempengaruhi
pembelajaran pelajar etnik Cina, faktor persekitaran lebih mempengaruhi pelajar etnik
Melayu manakala faktor pengaruh guru (pensyarah) dan pergaulan pula lebih
mempengaruhi pembelajaran pelajar etnik India. Analisis anova pula menunjukkan
kesemua faktor tersebut tidak mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut etnik
yang dikaji.
.
vi
ABSTRACT
The main objective of this research is to identify the degree of students’ interests,
students’ behavior, environment, teachers (instructors) and socialization influence the
fourth-year Bachelor of Science and Education students’ learning with respect to the
different ethnics in Malaysia. The sample size for this research is 41 students. The pre-
research and finding research were conducted with the help from the fourth-year
Bachelor of Science and Education students’. Questionnaires were used as the only
instrument. All the data were processed and analyzed by using SPSS 10.0 (Statistical
Package for Social Science) software. The data were then transformed into the form of
frequencies, percentages and means. Although the research results show that the means
for all the five factors are high to all ethnics, the Chinese students are strongly
influenced by interest and behavior, while the Malay students are strongly influenced by
environment. On the other hand, teachers and socialization factors have more weight on
the Indian students. Anovas’ analysis shows that all the factors have no significant
difference with respect to the three ethnics.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv
viii
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Terminologi 10
1.8.1 Faktor 10
1.8.2 Etnik 11
1.8.3 Minat 11
1.8.4 Sikap 11
1.8.5 Persekitaran 11
1.8.6 Pergaulan 12
1.8.7 Rakan Sebaya 12
1.8.8 Mata Pelajaran Sains 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14
2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Dalam mata Pelajaran Sains 15
2.2.1 Minat 15
2.2.2 Sikap 17
2.2.3 Persekitaran 18
2.2.4 Guru (pensyarah) 20
2.2.5 Pergaulan 22
ix
2.3 Pembelajaran 26
2.4 Isu-isu Hubungan Etnik 27
2.5 Kesimpulan 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.5.1 Bahagian A 33
3.5.2 Bahagian B 33
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Penganalisaan Data 36
3.9 Penutup 37
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 38
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 39
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 40
4.3 Rumusan Latar Belakang Responden Yang Dikaji 40
4.4 Bahagian B : Pernyataan Maklum Balas Responden 41
4.4.1 Sejauh Manakah Faktor Minat Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
x
Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 41
4.4.2 Sejauh Manakah Faktor Sikap Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 46
4.4.3 Sejauh Manakah Faktor Persekitaran
Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 51
4.4.4 Sejauh Manakah Faktor Guru (Pensyarah)
Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Sains Mengikut Etnik
Masing-masing? 56
4.4.5 Sejauh Manakah Faktor Pergaulan Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains Mengikut Etnik Masing-masing? 61
4.5 Perbezaan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains
Mengikut Etnik 66
4.6 Penutup 68 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan Kajian 69
5.2.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut
Etnik. 70
5.2.2 Faktor Sikap Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut
Etnik. 71
5.2.3 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran
xi
Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut
Etnik. 73
5.2.4 Faktor Guru (pensyarah) Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar dalamMata Pelajaran Sains
Mengikut Etnik. 74
5.2.5 Faktor Pergaulan Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut
Etnik. 75
5.3 Rumusan 76
5.4 Implikasi Kajian 78
5.4.1 Pelajar 78
5.4.2 Guru (Pensyarah) 79
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81 SENARAI LAMPIRAN Borang Soal Selidik 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Lima Point beserta dengan markah skor 34
3.2 Taburan Item Berdasarkan Faktor-Faktor (persoalan kajian) 34
3.3 Nilai Min Bagi Menentukan Tahap Penilaian Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 40
4.3 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik Melayu 42
4.4 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik Cina 43
4.5 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Minat Mengikut Etnik India 45
4.6 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik Melayu 46
4.7 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik Cina 48
4.8 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
xiii
Bagi Faktor Sikap Mengikut Etnik India 50
4.9 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik Melayu 52
4.10 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik Cina 53
4.11 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Persekitaran Mengikut Etnik India 55
4.12 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi
Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik Melayu 57
4.13 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi
Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik Cina 58
4.14 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Bagi
Faktor Pengaruh Guru (Pensyarah) Mengikut Etnik India 60
4.15 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik Melayu 62
4.16 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik Cina 63
4.17 Data Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Bagi Faktor Pergaulan Mengikut Etnik India 65
4.18 Perbezaan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains Mengikut Etnik 66
4.19: Analisis Anova Mengikut Perbezaan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains Mengikut Etnik 67
xiv
SENARAI SINGKATAN
SIMBOL BUTIRAN
% Peratus
Bil. Bilangan
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
JPT Jabatan Pendidikan Tinggi
K Kekerapan
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KS Kurang Setuju
S Setuju
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPSS Statistical Package For Social Science For Windows
STS Sangat tidak setuju
SS Sangat setuju
TS Tidak setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun1957, pendidikan telah
menjadi salah satu mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan
matlamat bagi menyatu padukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina
sebuah negara yang aman dan maju (Mok Soon Sang, 2002). Justeru, daripada
pernyataan ini, dapat dilihat bahawa pendidikan merupakan satu wadah yang amat
penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia dalam membangunkan negara.
Wawasan 2020 telah dilancarkan Y.A.B. Perdana Menteri yang mana
wawasan tersebut berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang
berasaskan pada ekonomi yang berkembang melalui pertumbuhan pelbagai industri.
Di samping itu, wawasan juga bermatlamat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai
pengguna dan penyumbang kepada teknologi tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa
sains dan teknologi merupakan teras kepada sebuah negara yang maju. Untuk
mencapai matlamat ini, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai ahli sains dan
teknologi. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, mata pelajaran sains semakin
dipinggirkan. Rata-rata pelajar Malaysia tidak memilih bidang yang berkaitan
dengan bidang sains dan teknologi. `The Greatest Challenge’ kepada pendidik-
pendidik sains di Malaysia ialah bagaimana hendak meningkatkan peratusan
pengambilan mata pelajaran sains berbanding dengan mata pelajaran Sastera yang
kini amat rendah.
2
Di samping itu, banyak kajian yang telah melaporkan beberapa masalah
umum dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Misalnya sebahagian
besar pengajaran dan pembelajaran berlaku secara “chalk and talk” sahaja dan
pengajaran di makmal sains pula yang hanya membina kemahiran manipulatif. Oleh
itu, langkah-langkah baru dan inovatif perlu dijana dan dilaksanakan bagi
menyedarkan dan meyakinkan lebih ramai pelajar supaya lebih berminat,
bersungguh-sungguh, menguasai dan berkemampuan tinggi dalam mata pelajaran
sains sebagai strategi keperluan tenaga manusia untuk menuju kepada Wawasan
2020.
Kerajaan Malaysia kini telah mensasarkan 60% pelajar mengikuti aliran sains
sementara 40% pelajar mengikuti aliran bukan sains atau dikenali juga sebagai aliran
sastera. Selaras dengan perubahan pandangan kerajaan terhadap bidang sains,
kurikulum pendidikan sains sentiasa dikaji dan diubahsuai agar dapat memenuhi
keperluan pembangunan negara. Justeru, pendidikan sains telah menerima beberapa
reformasi dari awal tahun 60-an sehingga sekarang.
Pada tahun 60-an dan 70-an bidang sains telah dipecah-pecahkan kepada dua
cabang utama iaitu Sains Tulen yang merangkumi program Biologi Moden, Fizik
Moden dan Kimia Moden manakala Sains Teras yang merupakan rangkuman
bidang-bidang Sains Tulen secara umum. Angin perubahan terus bertiup sehingga
sekitar tahun 80-an yang membawa rombakan seluruh sistem pendidikan sekolah.
Maka lahirlah KBSR dan KBSM yang turut membawa perubahan kepada asas dan
konsep pendidikan sains itu sendiri. KBSM bagi mata pelajaran sains telah
diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989.
Dewasa ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sains memainkan peranan yang
besar dalam memantapkan pembangunan negara. Semua ini dapat dilihat daripada
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam
bidang tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesedaran terhadap perpaduan
antara ilmu Sains dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Berlandaskan hakikat
seperti inilah negara kita, Malaysia kini tidak sama sekali mengabaikan peranan sains
3
dengan disiplin-displin ilmu yang lain dalam bidang sains bagi mewujudkan satu
masyarakat dengan negara yang maju menjelang 2020 kelak. Kemajuan dalam
bidang pembuatan kereta nasional, perumahan, lebuh raya dan lain-lain adalah
contoh kemajuan yang disumbangkan oleh pengetahuan Sains.
Lantaran itu, cabaran bagi Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat
yang saintifik, progresif dan inovatif memerlukan penduduk Malaysia yang mana
bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan teknologi sahaja tetapi juga
menjadi penyumbang dalam bidang tersebut. Sebelum menjadi penyumbang kepada
bidang tersebut, masyarakat mestilah dapat menguasai bidang sains dan teknologi itu
terlebih dahulu dengan baik. Di sini pendidikan merupakan suatu elemen yang
penting dalam mencorak pemikiran rakyat Malaysia ke arah globalisasi dan
Wawasan 2020. Ini kerana bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”
sesuai dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains dan
teknologi dengan memperbaiki setiap inci dasar pendidikan mengikut peredaran
zaman bagi pelajar-pelajar di sekolah. Ini dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai
perubahan dalam dasar pendidikan negara sepanjang abad ke-20. Perubahan yang
seringkali berlaku ini adalah kerana kerajaan sendiri ingin memastikan masyarakat
dan negara dapat bersaing dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan negara
lain. Dengan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan Sains menjadi
prasyarat kepada anjakan paradigma yang begitu hebat sekarang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Fakulti Pendidikan telah menawarkan pelbagai kursus pendidikan ijazah dan
di antaranya ialah kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).
Kursus ini terletak di bawah Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Kursus yang ditawarkan ini mengandungi beberapa
komponen mata pelajaran seperti pelajaran wajib universiti, teras, elektif, teknologi
pendidikan dan asas pendidikan. Melihat kepada kursus yang ditawarkan, Sains itu
merangkumi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi yang perlu diambil oleh semua
pelajar SPN.
4
Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk
mencari penerangan yang rasional tentang kejadian alam semulajadi (Lee Shok Mee,
1994). Manusia tidak boleh mengambil ringan kepentingan sains dalam kehidupan
mereka. Guru-guru juga perlu berusaha untuk mengikis pandangan negatif pelajar
terhadap sains. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan mata pelajaran ini sebagai
satu mata pelajaran yang mudah dan menarik. Di samping itu, seseorang guru juga
perlu menguasai semaksimum mungkin mata pelajaran yang hendak diajarnya.
Kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar akan menimbulkan
rasa tidak yakin kepada diri guru itu sendiri dan seterusnya mendatangkan rasa
bimbang dan menghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Kaedah pengajaran
dan persembahan yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata
pelajaran tertentu dan ini memerlukan seseorang guru yang mantap dan benar-benar
bersedia dengan apa yang diajar.
Sikap juga merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Peranan sikap dalam proses
pembelajaran sama pentingnya dengan faktor lain seperti kecerdasan pelajar,
keadaan sekeliling dan taraf sosio-ekonomi pelajar. Sikap boleh diambil kira sebagai
sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar dalam berbagai
kurikulum sekolah dan hal ini termasuklah melihat pencapaiannya dalam bilik
darjah.
Piaget dan Thorndike menyatakan bahawa terdapat tiga jenis kesediaan
seseorang dalam belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan
psikomotor. Menurutnya, kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan mental
seseorang untuk mempelajari sesuatu manakala kesediaan afektif merujuk kepada
sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang. Kesediaan psikomotor pula merujuk
kepada kesediaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan
koordinasi otot. Minat adalah sikap yang menyebabkan seseorang itu lebih aktif
dalam bidang tertentu. Ianya merupakan sikap positif tentang aspek yang dipilih
daripada persekitarannya. Kedua-duanya merupakan kesesuaian tentang
kecenderungan seseorang untuk memberikan gerakbalas dalam cara tertentu terhadap
sesuatu. Dalam proses pembelajaran, sikap boleh memberi kesan yang amat ketara.
5
Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap persekitarannya seperti
sikap terhadap guru serta pengajarannya, pelajar akan memberi sepenuh perhatian
dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Umumnya, mata pelajaran Sains lebih menumpukan kepada penglibatan
murid secara aktif di dalam makmal atau kelas sama ada secara individu atau
berkumpulan. Guru lebih berfungsi sebagai pembimbing dan pembelajaran
diharapkan tidak lagi bersifat “beri dan suap”. Tetapi ini tidak semestinya berjalan
seperti yang diharapkan di mana terdapat ramai pelajar yang terus menerus
mengharapkan guru sepenuhnya dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
Dalam konteks ini, dapat dilihat pelajar tidak dapat berdikari secara maksimum
dalam proses pembelajaran mereka. Kadang kala terasa seolah-olah kelesuan minat
dan semangat lebih menguasai minda pelajar. Abu Zahari (1987) menyatakan
bahawa seseorang yang berminat dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari akan
menunjukkan pencapaian yang tinggi. Jadi, untuk merealisasikan pencapaian dan
cita-cita yang tinggi, pelajar perlu mempunyai minat yang mendalam dan usaha yang
gigih.
Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan
mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal.
Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang
beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang
berasingan antara satu sama lain. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke
sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini
timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaan yang diberikan ini. Isu ini
amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat merbahaya kepada
perpaduan kaum di Malaysia.
Justeru, Sistem meritokrasi telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam Dasar
Pendidikan Negara sejak tahun 2002 dan ianya terbukti mampu mempertingkatkan
kualiti pembelajaran pelajar-pelajar Melayu. Pada tahun ini, kemasukan pelajar
6
bumiputera ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2004/
2005 ialah sebanyak 24,837 berbanding 23,182 pada tahun lalu.
Jika dilihat daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan
Tinggi (JPT), jumlah pelajar Melayu yang layak untuk mengikuti pengajian dalam
bidang sains iaitu seramai 24,678 sedangkan jumlah yang ditawarkan hanya 14,497
atau 58.7 peratus. Sedangkan bagi bidang yang sama untuk pelajar Cina, peratusan
jumlah pengambilannya agak tinggi iaitu 84.0 peratus atau 8,047 orang berbanding
jumlah yang layak ialah sebanyak 9,577.Manakala bagi pelajar keturunan India pula
peratusan pengambilannya juga lebih tinggi daripada pelajar Melayu iaitu 60.2
peratus iaitu jumlah yang ditawarkan ialah 1,118 daripada sebanyak 1,858 yang
layak. Kemungkinan ini berlaku kerana tahap pencapaian pelajar Melayu dalam
bidang sains belum lagi setaraf dengan pelajar bukan Melayu.
Bagi bakal-bakal guru Sains, adalah sangat penting untuk mereka menguasai
atau mahir dalam mata pelajaran Sains kerana mereka akan mengajar mata pelajaran
tersebut kelak. Namun begitu, didapati kebanyakan pelajar Melayu kurang
menguasai bidang ini. Pada majlis Konvokesyen Ke-33 Universiti Teknologi
Malaysia yang diadakan baru-baru ini, bagi kursus Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains) sesi kemasukan 2000/2001, hanya 22 orang pelajar daripada 38
orang pelajar sahaja yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh
yang telah ditetapkan iaitu selama 4 tahun. Daripada jumlah itu, semua pelajar
Melayu iaitu seramai 6 orang, pelajar India seramai 1 orang dan 1 orang pelajar juga
bagi etnik lain-lain telah mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah. Berbeza dengan
pelajar Cina pula, seramai 9 orang mendapat Ijazah Kelas Kedua Tinggi, manakala
bakinya iaitu seramai 5 orang mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah. Keadaan ini
jelas menunjukkan bahawa rata-rata pelajar bukan Melayu terutamanya bagi etnik
Cina mendapat keputusan lebih cemerlang berbanding etnik lain. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor khusus yang banyak mempengaruhi
pembelajaran mereka.
Pada dasarnya, permasalahan ini dipilih bertujuan untuk mengutarakan
kelainan yang ada di antara realiti kehidupan antara etnik, yang mana rata-rata
7
mereka telah lama terdedah kepada kemajuan sama ada dari segi material mahu pun
mental dan juga di antara keterbukaan minda mengikut etnik yang mempengaruhi
proses pembelajaran. Justeru beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran
pelajar akan dikaji untuk mengetahui sejauh manakah perbezaannya mengikut etnik
masing-masing.
1.3 Pernyataan Masalah
Matlamat pendidikan sains di negara kita adalah untuk menanam sikap yang
positif terhadap mata pelajaran Sains di kalangan pelajar. Dalam konteks ini, para
pelajar digalakkan untuk memupuk sikap suka bertanding secara sihat dalam
meningkatkan mutu pembelajaran masing-masing. Kebanyakan guru Sains juga
bersetuju bahawa perkembangan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains perlu
diberi perhatian. Dalam konteks ini,memiliki pengetahuan Sains yang tinggi amat
penting bagi seseorang pelajar Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan. Jika
tidak pelajar akan menghadapi banyak masalah terutamanya dalam pembelajaran
mata pelajaran yang memerlukan kemahiran dan kefahaman Sains.
Pelajar-pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sains) telah dilatih di UTM supaya dapat mengajar dengan berkesan apabila tamat
pengajian kelak. Keupayaan guru mengajar Sains sememangnya bergantung kepada
kejayaan dan penguasaannya dalam bidang ini. Setelah beberapa tahun, didapati
pencapaian pelajar menunjukkan perbezaan mengikut etnik masing-masing. Justeru,
kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor mempengaruhi
pembelajaran pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) di Universiti
Teknologi Malaysia mengikut perbezaan etnik .
8
1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti faktor minat pelajar tehadap mata pelajaran Sains mengikut
etnik.
2. Mengenalpasti faktor sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains mengikut
etnik.
3. Mengenalpasti faktor persekitaran pelajar terhadap mata pelajaran Sains
mengikut etnik.
4. Mengenalpasti faktor guru (pensyarah) terhadap mata pelajaran Sains
mengikut etnik.
5. Mengenalpasti faktor pergaulan pelajar terhadap mata pelajaran Sains
mengikut etnik.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa soalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah:
1. Sejauh manakah faktor minat dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar
dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?
2. Sejauh manakah faktor sikap amat berkait rapat dengan pembelajaran pelajar
dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?
3. Sejauh manakah faktor persekitaran dapat mempengaruhi pembelajaran
pelajar dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?
4. Sejauh manakah faktor guru (pensyarah) dapat mempengaruhi pembelajaran
pelajar dalam mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?
5. Sejauh manakah faktor pergaulan mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam
mata pelajaran Sains mengikut etnik masing-masing?
top related