faktor dalam pilihan pendekatan (stpm p3 keusahawanan)

Post on 15-Dec-2015

35 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

STPM Penggal 3 Malaysia

TRANSCRIPT

Faktor dalam Pilihan Pendekatan

Kepentingan organisasi

- Merujuk kepada penjanaan keuntungan yang lumayan, peningkatan hasil jualan, penjimatan kos operasi, dan

sebagainya.

- Setiap keputusan yang diambil tidak boleh menjejaskan atau bercanggah dengan kepentingan organisasi, khususnya

kepentingan jangka masa panjang.

Contohnya: seseorang pengurus yang membayar faedah persaraan sepenuhnya kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam organisasi.

=> Tindakan ini adalah menjaga kepentingan organisasi dari aspek kewangan dan nama baik dalam jangka masa panjang.

Kepercayaan dan agama

- Kebanyakan kepercayaan dan agama mempercayai kewujudan kehidupan setelah mati.

- Mereka juga percaya bahawa semua perbuatan baik di dunia ini akan dibalas dengan kebaikan dalam kehidupan yang

seterusnya. Begitulah sebaliknya.

Oleh itu, seseorang yang berpegang kepada kepercayaan dan agama akan sentiasa berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan agar ia adalah bersifat baik.

Keperluan undang-undang

- Setiap individu haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan tidak melanggarinya.

- Dengan itu, pengurus yang membuat keputusan beretika perlu mengambil kira faktor ini demi memastikan keputusan itu adalah tidak melanggari undang-undang yang sedia ada.

Contohnya:pengurus harus membayar faedah atau pampasan yang munasabah kepada pekerja yang dipecat agar tidak melanggari Akta Kerja 1955 serta Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Faedah utilitarian

- Faedah ini mengutamakan prinsip faedah terbesar untuk golongan majoriti.

- Oleh itu, pengurus akan memastikan setiap keputusan dibuat boleh mendatangkan faedah terbesar kepada pelbagai pihak

berkepentingan.

Contohnya:pelaksanaan skim perkhidmatan perubatan percuma untuk semua pekerja dalam organisasi merupakn tindakan yang dipengaruhi oleh faktor faedah utilitarian.

Keadilan- Setiap individu tidak boleh mengeksploitasikan atau

membinasakan orang lain, khususnya golongan yang lemah, miskin, atau tidak berpendidikan.

- Setiap manusia harus mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa sebrang diskriminasi.

Oleh itu, faktor keadilan perlu diambil kira apabila pengurus membuat keputusan yang beretika.

- Sebagai contoh: pengurus pinjaman bank yang mempertimbangkan faktor keadilan akan memberikan layanan dan peluang sama kpd semua kategori peminjan, tanpa mengambil kira sama ada pernigaan yg dimiliki itu saiz besar atau kecil.

top related