factor yang mempengaruhi pencapaian akademik

Post on 28-Jul-2015

754 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Factor Yang mempengaruhi pencapaian akademik

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi keputusan UPSR muridsesebuah sekolah. Faktor-faktor ini merangkumi persekitaran rumah (homebackground), sekolah (school background) dan perbezaan kepintaran individu(individual differences) (Eggen & Kauchak, 2004; Magdol, 2005; Woolfolk, 2005;Youdi, 1972). Perkara ini telah disentuh pada bahagian sebelumnya da

Daripada ilustrasi yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di halaman sebelumnya,jelas menunjukkan bahawa faktor sikap memainkan peranan penting dalammenentukan prestasi UPSR. Sikap murid, sikap ibu bapa, sikap guru dan sikap pihakpentadbir sekolah boleh mendatangkan kesan tersendiri dalam usaha untukmenghasilkan keputusan UPSR yang cemerlang. Gabung jalin kesemua faktor sikapyang dinyatakan secara sepadu tentunya mendatangkan kesan yang lebih besar keatas pencapaian akademik murid. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain sepertifaktor ibu bapa (parental factors) dan sekolah (school factors) juga turutmenyumbang kepada kecemerlangan akademik murid (Magdol, 2005; Youdi, 1972).Penulis-penulis buku tentang pentadbiran, kepimpinan dan pengurusansekolah seperti Hoy dan Miskel (2005), Lunenberg dan Ornstein (1996) dan Oliva(1993) banyak mengaitkan kecemerlangan akademik sesebuah sekolah denganteori-teori kepimpinan. Ahli-ahli psikologi pula lebih cenderung untuk mengaitkanpencapaian akademik dengan faktor motivasi yang merupakan salah satu daripadaunsur sikap (Kowalski & Westen, 2005; Morris & Maisto, 2002; Myers, 2005).Omardin Ashaari (2002) mengaitkan pencapaian akademik dengan kebolehan gurumenguasai ilmu pedagogi. Abdullah Sani Yahya (2003), Cuttance (1979), Hallingerdan Heck (1997), Leithwood dan Jantzi (2006) dan Sammons (2006) banyakmenyarankan program-program peningkatan akademik dan peningkatankeberkesanan sekolah (school effectiveness) untuk menjamin kelangsungankecemerlangan akademik murid-murid. Sementara itu, dalam kalangan pakarmotivasi tempatan seperti Fadilah Kamsah melalui ceramah-ceramah di kacatelevisyen menekankan tentang sumbangan dan keunggulan ibu bapa dalammemandu kejayaan anak-anak di sekolah. Menjelang tahun 1980-an, ahli-ahlisosiologi banyak memperkatakan tentang ‘Teori Social Capital’ dalammempengaruhi produk pendidikan (Coleman, 1988; Conrad, 2007; Dika, 2002;Paldam, 2000). Coleman (1998) amat sinonim dengan Teori Social Capital ini.

top related