etika & profesionalisme perguruan

Post on 31-Jul-2015

292 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ETIKA & PROFESIONALISME PERGURUAN

PENGENALANWawasan 2020• Menjelang tahun 2020, Malaysia

berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

GURU ?• GURU ialah mereka yang

dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya.

Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman Awang

Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasaSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu bukuSemakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat

• MOTIVASI KEGURUAN bermaksud daya rangsang seseorang untuk muncul sebagai seorang yang memiliki hati, akal, watak, minat dan bakat mendidik, pembimbing/fasilitator dan pemimpin supaya berkemampuan melahirkan sifat-sifat kemanusiaan optimum dengan sifat-sifat negatif yang paling minimum.

pelajar kita mempunyai :• hati, akal, perasaan, jiwa dan

harapan,• pelbagai adunan bakat, minat,

sikap dan emosi,• pelbagai ramuan keistimewaan

dan kekurangan,• tanggapan dan harapan yang

tinggi kepada guru,• latarbelakang, pengalaman,

penilaian yang sama atau berbeza dengan kita.

PROFESIONALISME

• Pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus,

• Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi,

• Mempunyai autonomi dalam bidang tersebut,

• Mempunyai badan atau lembaga yang menjaga kepentingan ahli.

Pembetukan etika profesional adalah berlandaskan prinsip..• Kesaksamaan• Keterbukaan• Kerahsiaan• Ketekunan• Kesetiaan (terhadap

tanggungjawab profesional)• Mengelakkan konflik

kepentingan.

GURU : UNDANG-UNDANG vs ETIKA• Perintah Am Bab D• Akta Pendidikan 1996 vs • Kod etika perguruan

Kepentingan kod etika perguruan

• Garis panduan untuk bertingkahlaku

• Menyatakan dengan jelas tanggungjawab profesion perguruan

• Meningkatkan imej profesion perguruan

ISU DALAM ETIKA PERGURUAN

• Penilaian dalam Pendidikan (kesahan, kebolehpercayaan, formatif, sumatif).

• Sistem pengaliran dan penjurusan.

• Gangguan seksual (lisan, isyarat, visual, psikologi, fizikal).

• Keadilan dalam Pendidikan.

• Prasangka dalam perkauman.

• Salah laku guru.• Akauntabiliti guru dari

aspek moral (selari dengan falsafah pendidikan, penilaian pelajar, kuasa guru).

ETIKA KERJA MENURUT KPM

• Definisi : panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berasaskan nilai-nilai akhlak mulia.

• Terdapat 2 komponen utama : prinsip dan nilai yang terkandung

dalam etika kerja menjadi panduan setiap warga KPM.

etika kerja yang wujud berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja,

PRINSIP ETIKA KERJA KPM

PRINSIPBERDISIPLIN

&BERADAP

PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN

PERLAKUAN YANG BAIK

MENGOTAKAN APA YANG DIKATA

NIAT YANG BETUL

APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARI ASPEK PRINSIP

Niat yang betul • Guru melaksanakan tugas

dengan betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan.

• Bagaimana guru menjalankan tugas berlandaskan FPK – melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI?

Perlakuan yang baik• Guru melaksanakan tugas

dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi.

• “ Buat apa yang cikgu suruh, jangan buat apa yang cikgu buat “ ?

• Penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa.

Penggerak ke arah kebaikan

• Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.

• Penambahbaikan secara berterusan.

Mengotakan apa yang dikata

• Guru telah diberi amanah untuk mendidik anak-anak bangsa.

• Contoh : Piagam pelanggan sekolah.

Berdisiplin dan beradab• Menjaga adab sopan seperti

terdapat dalam ajaran agama,• Mematuhi peraturan dan

arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah,

• Contoh : Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Sukatan Pelajaran, Akujanji, Pekeliling Ikhtisas.

BERSYUKURBERSYUKURBERSYUKURBERSYUKUR

BENARBENARBENARBENAR

NILAI DALAM ETIKA KERJA KPMNILAI DALAM ETIKA KERJA KPMNILAI DALAM ETIKA KERJA KPMNILAI DALAM ETIKA KERJA KPM

AMANAHAMANAHAMANAHAMANAH

BIJAKSANABIJAKSANABIJAKSANABIJAKSANA

DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI

IKHLASIKHLASIKHLASIKHLAS

PENYAYANGPENYAYANGPENYAYANGPENYAYANG

APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARI ASPEK NILAI

Amanah • Bertanggungjawab

terhadap pihak yang berkepentingan (pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat).

• Contoh - empati pada pelajar, rasuah, masa bekerja.

Benar• Melakukan sesuatu tanpa

agenda tersembunyi.• Contoh – perkongsian

ilmu, menjalankan tanggungjawab.

Bijaksana• Kesedaran bahawa wujud

perbezaan antara pelajar.• Menggunakan seluruh

tenaga, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas.

• Menjalankan tugas dengan profesional, bukannya mengikut emosi.

Bersyukur• Tidak membandingkan

pendapatan dengan persekitaran.

• Menghargai nikmat (cuti, kerja separuh hari).

Dedikasi • Timbul dari minat yang

mendalam.• Kesediaan untuk

menjalankan tugas tanpa helah.

• Sabar dalam mengharungi cabaran.

Ikhlas• Melaksanakan tugas bagi

mencapai matlamat organisasi, bukannya pangkat dan kedudukan.

Penyayang• Menjadikan sekolah

sebagai sebuah keluarga yang besar.

PRINSIP & NILAI ETIKA KERJA…

• Sifat dan kualiti (guru, profesional dan sosial).

• Tugas guru (tugas kepada negara, pelajaran, pelajar, diri sendiri).

• Tatasusila Profesion Perguruan (Tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan).

• Akauntabiliti Guru (pekerjaan, sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion).

LAGU : KAMI GURU MALAYSIA• GURU MALAYSIA

Kami guru malaysiaberikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutera puteri negara kita

Pada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua

Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan

top related