esei agama aa301
Post on 20-Dec-2014
474 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
AA301
TAMADUN ISLAM
NAME : Nor Hazwani Fasihah Binti Mohammad Nazri 10DAT11F2046Nur Dalila Binti Mohd Zamri 10DAT11F2016Rupini A/P Arumugam 10DAT11F2024Vikneshwary A/P Veran 10DAT11F2005
PROGRAMME : DAT3A
LECTURER : UST. ABD RAHMAN B.MAMAT
1
Restricted for Invigilator only
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3
ISI HURAIAN (RIWAYAT) 4
MASA KECIL & TERBATASNYA BERITA
5
KEPIMPINAN & KABILAHNYA 5
NAMA & JULUKANNYA, MASA MUDA 6
PERWATAKAN & PERANGAINYA 7
KECINTAANNYA PD MEKAH & HUBUNGAN DGN MUHAMMAD
8
PENERIMAAN DAKWAH TANPA RAGU 9
ABU BAKAR ORG PERTAMA PELUK ISLAM
10
ISRAK’MIKRAJ 11 – 12
KEMARAHAN ABU BAKAR 13 – 14
KEKUATAN IMAN ABU BAKAR 15
PERLANTIKAN ABU BAKAR SBG KHALIFAH
16
POLISI PENTADBIRAN & PERANAN 17 – 18
SUMBANGAN 19
KESIMPULAN 20 – 21
RUJUKAN 22
2
PENDAHULUAN
Kerajaan Islam selepas Rasulullah S.A.W diperintah oleh empat orang khalifah iaitu Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar bin Al-Khattab, Khalifah Usman bin Affan, dan Khalifah
Ali bin Abi Talib. Khlaifah- khalifah di atas terkenal dengan gelaran Khurafa Ar- Rasyidin yang
bererti Ketua – ketua Negara Islam. Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khurafa Ar-Rasyidin
yang berpusat di Madnah telah mentadbir Negara islam lebih kurang 29 tahun, iait bermula pada
tahun 11 Hijrah dan berakhir pada tahun 41 Hijrah.
Terdapat empat cara pelantikan khalifah iaitu melalui Bai’at atau pemberian taat setia, wasiat,
sistem syura, dan persetujuan sepihak. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq adalah salah seorang dari
empat orang khalifah yang dilantik di dalam Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau dilantik
melalui kaedah Bai’at, ianya berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama dinamakan al-
Baiat al-Khassah, dimana pemberian taat setia dilakukan oleh golongan khas di dalam
perhimpunan di Saqifah Bani Saidah sahaja. Kemudian barulah beliau menrima al-Baiat al-
Ammah, iaitu pemberian taat setia oleh rakyat jelata pada hari yang kedua di Masjid Nabi.
Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan dua tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau berketurunan Bani Tamim dan merupakan orang yang
mula-mula memeluk agama islam. Beliau digelar As-Siddiq kerana membenarkan percakapan
dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. Beliau mula memerintah Negara pada 11 Hijrah
sehinggalah beliau wafat pada 13 Hijrah setelah 2 tahun memerintah Negara. Sifat
keperibadiannya sentiasa jujur dan amanah, memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji,
sentiasa membenarkan kata- kata Rasulullah SAW, dan sangat setia kepada Rasulullah SAW.
ISI HURAIAN
3
“KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ”
MASA KECIL DAN TERBATASNYA BERITA
4
Nama sebenarnya : Abdullah bin Abi Quhafah Dilahirkan di Mekah pd th 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamim Ahli perniagaan berjaya yg menyumbang kpd perkembangan dakwah Islam Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam Setelah memeluk Islam beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah org yg mula-mula
beriman dgn dakwah Rasulullah Diberi gelaran 'As- Siddiq' kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa
yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a. w. cth : mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah
Dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun
RIWAYAT HIDUP ABU
Sentiasa bersopan santun
Pengasih dan amat penyayang
Bersifat lemah lembut Ikhlas dalam
perjuangan Bercakap benar Tabah menghadapi
dugaan
KEPERIBADIAN SAIDINA ABU BAKAR
Sumber-sumber yang sampai kepada kita mengenai masa kecil Abu Bakar tidak banyak
membantu untuk mengenai peribadinya dalam situasi kehidupan saat itu. Cerita sekitar masa
anak-anak dan remajanya tidak juga memuaskan. Apa yang diceritakan tentang kedua orang
tuanya tidak lebih daripada sekadar menyebut nama saja. Setelah Abu Bakr menjadi tokoh
sebagai Muslim yang penting, baru nama ayahnya disebut-sebut. Ada pengaruh Abu Bakr dalam
kehidupan ayahnya, namun pengaruh ayahnya dalam kehidupan Abu Bakar tidak ada. Tetapi
yang menjadi perhatian kalangan sejarawan waktu itu justeru yang menyangkut kabilahnya serta
kedudukannya di tengah-tengah masyarakat Kuraisy. Tidak bezanya mereka itu dalam hal ini
dengan sejarah Arab umumnya. Dengan melihat pertaliannya kepada salah satu kabilah sudah
cukup untuk mengetahui watak dan akhlak mereka. Adakalanya yang demikian ini baik, dan
kadang juga mereka yang percaya pada prinsip keturunan itu berguna untuk menentukan
kecenderungan mereka, kendati yang lain menganggap penilaian demikian sudah berlebihan,
dan ini yang membuat mereka tidak cermat dalarn meneliti.
KABILANHYA DAN KEPIMPINANNYA
Abu Bakar dari kabilah Taim bin Murrah bin Ka'b. Nasabnya bertemu dengan Nabi pada Adnan.
Setiap kabilah yang tinggal di Mekah mempunyai keistimewaan tersendiri, yakni ada tidaknya
hubungannya dengan sesuatu jabatan di Ka'bah. Untuk Banu Abd Manaf tugasnya siqayah dan
rifadah, untuk Banu Abdid-Dar, liwa', hijabah dan nadwah, yang sudah berjalan sejak sebelum
Hasyim, datuk Nabi lahir. Sedang pimpinan tentera di pegang oleh Banu Makhzum, nenek
moyang Khalid bin Walid, dan Banu Taim bin Murrah menyusun masalah diat (tebusan darah)
dan segala macam ganti rugi. Pada zaman jahiliah masalah penebusan darah ini di tangan Abu
Bakar tatkala kedudukanya cukup kuat, dan dia juga yang memegang pimpinan kabilahnya.
Oleh kerana itu bila ia harus menanggung sesuatu tebusan dan ia meminta bantuan Kuraisy,
mereka pun percaya dan mahu memberikan tebusan itu, yang tak akan dipenuhi sekiranya orang
lain yang memintanya.
NAMA DAN JULUKANNYA
5
Lalu melangkah ke masa anak-anak, masa muda dan masa remaja, sampai pada apa yang
dikerjakannya. Disebutkan bahawa namanya Abdullah bin Abi Quhafah, dan Abu Quhafah ini
pula nama sebenarnya Usman bin Amir, dan ibunya, Ummul-Khair, sebenarnya bernama Salma
binti Sakhr bin Amir. Disebutkan juga, bahwa sebelum Islam ia bernama Abdul Ka'bah. Setelah
masuk Islam oleh Rasulullah ia dipanggil Abdullah. Ada juga yang mengatakan bahawa beliau
bernama Atiq, kerana dari pihak ibunya tak pernah ada anak laki-laki yang hidup. Lalu ibunya
bernazar jika ia melahirkan anak laki-laki akan diberi nama Abdul Ka'bah dan akan
disedekahkan kepada Ka'bah. Sesudah itu, Abu Bakar hidup dan menjadi besar, ia diberi nama
Atiq, seolah ia telah dibebaskan dari maut.
Tetapi sumber-sumber itu lebih jauh menyebutkan bahwa Atiq itu bukan namanya, melainkan
suatu julukan kerana warna kulitnya yang putih. Sumber yang lain lagi malah menyebutkan,
bahwa ketika Aisyah putrinya ditanyai: mengapa Abu Bakar diberi nama Atiq ia menjawab:
Rasulullah memandang kepadanya lalu katanya: Ini yang dibebaskan Allah dari neraka; atau
kerana suatu hari Abu Bakar datang bersama sahabat-sahabatnya lalu Rasulullah berkata:
Barang siapa ingin melihat orang yang dibebaskan dari neraka lihatlah ini. Mengenai gelar Abu
Bakar yang dibawanya.
MASA MUDANYA
Semasa kecil Abu Bakar hidup seperti biasanya anak-anak di Mekah. Selepas anak-anak ke
masa usia remaja, beliau bekerja sebagai pedagang pakaian. Usahanya ini mendapat kejayaan.
Dalam usia muda itu beliau berkahwin dengan Qutailah bint Abdul Uzza. Dari perkawinan ini
lahir Abdullah dan Asma'. Asma' inilah yang kemudian dijuluki Zatun-Nitaqain. Sesudah
dengan Qutailah ia kawin lagi dengan Umm Rauman binti Amir bin Uwaimir. Dari perkawinan
ini lahir pula Abdur-Rahman dan Aisyah. Kemudian di Madinah beliau berkahwin dengan
Habibah bint Kharijah, setelah itu dengan Asma' bint Umais yang melahirkan Muhammad.
Sementara itu usaha dagangnya berkembang pesat dan dengan sendirinya ia memperoleh laba
yang cukup besar.
PERWATAKAN DAN PERANGAINYA
6
Kejayaannya dalam perdagangan itu mungkin saja disebabkan oleh pribadi dan wataknya.
Berperawakan kurus, putih, dengan sepasang bahu yang kecil dan muka lancip dengan mata
yang cekung disertai dahi yang agak menonjol dan urat-urat tangan yang tampak jelas —
begitulah dilukiskan oleh puterinya, Aisyah Ummulmukminin. Begitu damai perangainya, sangat
lemah- lembut dan sikapnya yang tenang sekali. Tak mudah ia terdorong oleh hawa nafsu.
Dibawa oleh sikapnya yang selalu tenang, pandangannya yang jernih serta pikiran yang tajam,
banyak kepercayaan dan kebiasaan-kebiasaan masyarakat yang tidak diikutinya. Aisyah
mengatakan bahawa beliau tidak pernah minum minuman keras, di zaman jahiliah atau Islam,
meskipun penduduk Mekah umumnya sudah begitu hanyut ke dalam khamar dan mabuk-
mabukan. Ia seorang ahli genealogi — ahli silsilah — bicaranya sedap dan pandai bergaul.
Seperti dilukiskan oleh Ibn Hisyam, penulis kitab Sirah:
"Abu Bakar adalah laki-laki yang akrab di kalangan masyarakatnya, disukai kerana ia serba
mudah. Ia dari keluarga Kuraisy yang paling dekat dan paling banyak mengetahui seluk-beluk
kabilah itu, yang baik dan yang jahat. Ia seorang pedagang dengan perangai yang sudah cukup
terkenal. Kerana suatu masalah, pemuka-pemuka masyarakatnya sering datang menemuinya,
mungkin kerana pengetahuannya, kerana perdagangannya atau mungkin juga kerana cara
bergaulnya yang baik."
Kecintaanya Pada Mekah Dan Hubunngannya Dengan Muhammad
7
Beliau tinggal di Mekah, di kampung yang sama dengan Khadijah binti Khuwailid, tempat
saudagar-saudagar terkemuka yang membawa perdagangan dalam perjalanan musim dingin dan
musim panas ke Syam dan ke Yaman. Kerana tempat tinggal di kampung itu, itulah yang
membuat hubungannya dengan Muhammad begitu akrab setelah Muhammad berkahwin dengan
Khadijah dan kemudian tinggal serumah. Hanya dua tahun beberapa bulan saja Abu Bakar lebih
muda dari Muhammad. Besar sekali kemungkinannya, usia yang tidak berjauhan, persamaan
bidang usaha serta ketenangan jiwa dan perangainya, di samping ketidaksenangannya pada
kebiasaan-kebiasaan Kuraisy — dalam kepercayaan dan adat — mungkin sekali itulah semua
yang berpengaruh dalam persahabatan Muhammad dengan Abu Bakar. Beberapa sumber
berbeza pendapat, sampai berapa jauh eratnya persahabatan itu sebelum Muhammad menjadi
Rasul. Di antara mereka ada yang menyebutkan bahwa persahabatan itu sudah begitu akrab
sejak sebelum kerasulan, dan bahwa keakraban itu pula yang membuat Abu Bakr cepat-cepat
menerima Islam.
Ada pula yang lain menyebutkan, bahwa akrabnya hubungan itu baru kemudian dan bahwa
keakraban pertama itu tidak lebih hanya kerana bertetangga dan adanya kecenderungan yang
sama. Mereka yang mendukung pendapat ini barangkali kerana kecenderungan Muhammad yang
suka menyendiri dan selama bertahun-tahun sebelum kerasulannya menjauhi orang banyak.
Setelah Allah mengangkatnya sebagai Rasul teringat ia pada Abu Bakar dan kecerdasan otaknya.
Lalu diajaknya ia bicara dan diajaknya menganut ajaran tauhid. Tanpa ragu Abu Bakar pun
menerima ajakan itu. Sejak itu terjadilah hubungan yang lebih akrab antara kedua orang itu.
Kemudian keimanan Abu Bakar makin mendalam dan kepercayaannya kepada Muhammad dan
risalahnya pun bertambah kuat. Seperti dikatakan oleh Aisyah: "Yang kuketahui kedua orang
tuaku sudah memeluk agama ini, dan setiap kali lewat di depan rumah kami, Rasulullah selalu
singgah ke tempat kami, pagi atau petang."
Menerima Dakwah Tanpa Ragu Dan Sebab
8
Sejak hari pertama Abu Bakr sudah bersama-sama dengan Muhammad melakukan dakwah demi
agama Allah. Keakraban masyarakatnya dengan dia, kesenangannya bergaul dan mendengarkan
pembicaraannya, besar pengaruhnya terhadap Muslimin yang mula-mula itu dalam masuk
Islam itu. Yang mengikuti jejak Abu Bakar menerima Islam ialah Usman bin Affan, Abdul-
Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Sa'd bin Abi Waqqas dan Zubair bin Awwam.
Sesudah mereka yang kemudian menyusul masuk Islam — atas ajakan Abu Bakr — ialah
Abu Ubaidah bin larrah dan banyak lagi yang lain dari penduduk Mekah.
Adakalanya orang akan merasa hairan betapa Abu Bakar tidak merasa ragu menerima Islam
ketika pertama kali disampaikan Muhammad kepadanya itu. Dan kerana menerimanya tanpa
ragu itu kemudian Rasulullah berkata:
"Tak seorang pun yang pernah kuajak memeluk Islam yang tidak tersendat-sendat dengan begitu
berhati-hati dan ragu, kecuali Abu Bakar bin Abi Quhafah. la tidak menunggu-nunggu dan
tidak ragu ketika kusampaikan kepadanya."
Sebenarnya tidak perlu hairan tatkala Muhammad menerangkan kepadanya tentang tauhid dan
dia diajaknya lalu menerimanya. Bahkan yang lebih menghairankan lagi bila Muhammad
menceritakan kepadanya mengenai gua Hira dan wahyu yang diterimanya, ia mempercayainya
tanpa ragu. Malah kehairanan kita akan hilang atau berkurang, bila kita ketahui bahaawa Abu
Bakar adalah salah seorang pemikir Mekah yang memandang penyembahan berhala itu suatu
kebodohan dan kepalsuan belaka. Ia sudah mengenai benar Muhammad — kejujurannya,
kelurusan hatinya serta kejernihan pikirannya. Semua itu tidak memberi peluang dalam hatinya
untuk merasa ragu, apa yang telah diceritakan kepadanya, dilihatnya dan didengarnya.
Abu Bakar Orang Pertama Yang Memperkuat Agama
9
Teringat saya tatkala Hamzah bin Abdul Muttalib dan Umar bin Khattab masuk Islam, betapa
besar pengaruh mereka itu dalam memperkuat Islam, dan bagaimana pula Allah memperkuat
Islam dengan kedua mereka itu. Keduanya terkenal garang dan berpendirian teguh, kuat, ditakuti
oleh penentang. Juga saya ingat, betapa Abu Bakr ketika ia masuk Islam. Tidak ragu kalau saya
mengatakan, bahwa dialah orang pertama yang ditempatkan Allah untuk memperkuat agama-
Nya. Orang yang begitu damai jiwanya, tenang, sangat lemah lembut dan perkasa. Matanya
mudah berlinang begitu melihat kesedihan menimpa orang lain. Ternyata orang ini menyimpan
iman yang begitu kuat terhadap agama baru ini, terhadap Rasul utusan Allah. Ternyata ia tak
dapat ditaklukkan.
Orang yang mengira, bahawa kekuatan despotisma dan kekuasaan punya pengaruh besar di
dunia ini, ia sudah terjerumus ke dalam jurang kesalahan. Jiwa yang begitu damai, begitu yakin
dengan keimanannya akan kebenaran, yang mengajak orang berdakwah dengan cara yang
bijaksana dan nasihat yang baik, dengan cara yang lemah lembut, yang bersumber dari akhlak
yang mulia dan perangai yang lembut, bergaul dengan orang-orang lemah, orang-orang miskin
dan kaum duafa, yang dalam penderitaannya sebagai salah satu sarana dakwahnya — jiwa inilah
yang sepantasnya mencapai sasaran sebagaimana dikehendaki,
Itulah jejak Abu Bakar r.a. pada tahun-tahun pertama dakwah Islam, dan terus berjalan sampai
pada waktu ia memangku jawatan selaku Khalifah, dan berlangsung terus sampai akhir
hayatnya.
KETIKA ISRA’
10
Muhammad berbicara kepada penduduk Mekah bahawa Allah telah memperjalankannya malam
hari dari Masjidilharam ke Masjidil aqsa dan bahawa beliau bersembahyang di sana. Oleh itu,
orang-orang musyrik itu diperolok, malah ada sebahagian yang sudah memeluk Islam pun
merasa ragu. Tidak sedikit orang yang berkata ketika itu: Soalnya sudah jelas. Perjalanan
kafilah Mekah-Syam yang terus-menerus pun memakan waktu sebulan pergi dan sebulan
pulang. Mana mungkin hanya satu malam saja Muhammad pergi pulang ke Mekah!
Tidak sedikit mereka yang sudah Islam kemudian berbalik murtad, dan tidak sedikit pula yang
masih merasa sangsi. Mereka pergi menemui Abu Bakar, kerana mereka mengetahui
keimanannya dan persahabatannya dengan Muhammad. Mereka menceritakan apa yang telah
dikatakannya kepada mereka itu mengenai Isra’. Terkejut mendengar apa yang mereka katakan
itu Abu Bakr berkata:
"Kalian berdusta."
"Sungguh," kata mereka. "Dia di masjid sedang berbicara dengan orang banyak."
"Dan kalaupun itu yang dikatakannya," kata Abu Bakar lagi, "tentu ia mengatakan yang
sebenarnya. Dia mengatakan kepadaku, bahawa ada berita dari Tuhan, dari langit ke bumi, pada
waktu malam atau siang, aku percaya. Ini lebih lagi dari yang kamu herankan."
Abu Bakar lalu pergi ke masjid dan mendengarkan Nabi yang sedang melukiskan keadaan
Baitulmukadas. Abu Bakar sudah pernah mengunjungi kota itu.
Selesai Nabi melukiskan keadaan masjidnya, Abu Bakar berkata: "Rasulullah, saya percaya."
Sejak itu Muhammad memanggil Abu Bakr dengan "as-Siddlq". (Siddiq, orang yang selalu
membenarkan, percaya, yang menerapkan kata dengan perbuatan, yang kemudian menjadi gelar
Abu Bakr (al-Mu'jam al-Wasit); orang yang mencintai kebenaran, yakni Nabi Ibrahim dan Nabi
Idris (Qur'an, 19. 41, 56). — Pnj.)
Pernahkah suatu kali orang bertanya dalam hati: Sekiranya Abu Bakar juga sangsi seperti yang
lain mengenai apa yang diceritakan Rasulullah tentang Isra’ itu, maka apa pula kiranya yang
akan terjadi dengan agama yang baru tumbuh ini, akibat kesangsian itu? Dapatkah orang
memperkirakan berapa banyak jumlah orang yang akan jadi murtad, dan goyahnya keyakinan
dalam hati kaum Muslimin yang lain? Pernahkah kita ingat, betapa jawapan Abu Bakar ini
11
memperkuat keyakinan orang banyak, dan betapa pula ketika itu ia telah memperkuat
kedudukan Islam?
Kalau dalam hati orang sudah bertanya-tanya, sudah memperkirakan dan sudah pula ingat,
nescaya ia tidak akan ragu lagi memberikan penilaian, bahawa iman yang sungguh-sungguh
adalah kekuatan yang paling besar dalam hidup kita ini, lebih besar daripada kekuatan kekuasaan
dan despotisma sekaligus. Kata-kata Abu Bakar itu sebenarnya merupakan salah satu inayah
Ilahi demi agama yang benar ini. Katakata itulah sebenarnya yang merupakan pertolongan dan
dukungan yang besar, melebihi dukungan yang diberikan oleh kekuatan Hamzah dan Umar
sebelumnya. Ini memang suatu kenyataan apabila di dalam sejarah Islam Abu Bakar mempunyai
tempat tersendiri sehingga Rasulullah berkata: "Kalau ada di antara hamba Allah yang akan
kuambil sebagai khalil (teman kesayangan), maka Abu Bakr-lah khalil-ku. Tetapi persahabatan
dan persaudaraan ialah dalam iman, sampai tiba saatnya Allah mempertemukan kita."
Kata-kata Abu Bakar mengenai Isra’ itu menunjukkan pemahamannya yang dalam tentang
wahyu dan risalah, yang tidak dapat ditangkap oleh kebanyakan orang. Di sinilah pula Allah
telah memperlihatkan kebijakan-Nya tatkala Rasulullah memilih seorang teman dekatnya saat
ia dipilih oleh Allah menjadi Rasul-Nya untuk menyampaikan risalah-Nya kepada umat
manusia. Itulah pula bukti yang kuat, bahawa kata yang baik seperti pohon yang baik, akarnya
tertanam kukuh dan cabangnya (menjulang) ke langit, dengan jejak yang abadi sepanjang zaman,
dengan kurniaan Allah. Ia tak akan dikalahkan oleh waktu, tidak akan dilupakan.
12
Kemarahan Abu Bakar
Orang yang begitu damai dan tenang ini tak pernah mengenal marah, kecuali ketika melihat
musuh-musuh dakwah yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan kaum Munafik itu mulai
berolok-olok dan main tipu muslihat. Rasulullah dan kaum Muslimin dengan pihak Yahudi
sudah membuat perjanjian, masing-masing menjamin kebebasan menjalankan dakwah
agamanya serta bebas melaksanakan upacara-upacara keagamaannya masing-masing. Orang-
orang Yahudi itu pada mulanya mengira bahAwa mereka mampu mengambil keuntungan dari
kaum Muslimin yang datang dari Mekah dalam menghadapi Aus dan Khazraj.
Tetapi setelah ternyata tidak berhasil mereka memecah belah kaum Muhajirin dengan kaum
Ansar, mulailah mereka menjalankan tipu muslihat dan memperolok agama. Beberapa orang
Yahudi berkumpul mengerumuni salah seorang dari mereka yang bernama Finhas. Dia adalah
pendeta dan pemuka agama mereka. Ketika Abu Bakar datang dan melihat mereka, ia berkata
kepada Finhas ini: "Finhas, takutlah engkau kepada Allah dan terimalah Islam. Engkau tahu
bukan bahwa Muhammad Rasulullah. Dia telah datang kepada kita dengan sebenarnya sebagai
utusan Allah. Kalian akan melihat itu dalam Taurat dan Injil."
Dengan berolok dan senyum mengejek di bibir Finhas berkata:
"Abu Bakar, bukan kita yang memerlukan Tuhan, tapi Dia yang memerlukan kita. Bukan kita
yang meminta-minta kepada-Nya, tetapi Dia yang meminta-minta kepada kita. Kita tidak
memerlukan-Nya, tapi Dialah yang memerlukan kita. Kalau Dia kaya, tentu tidak akan minta
dipinjami harta kita, seperti yang didakwakan oleh pemimpinmu itu. Ia melarang kalian
menjalankan riba, tapi kita akan diberi jasa. Kalau Ia kaya, tentu Ia tidak akan menjalankan ini."
Yang dimaksud oleh kata-kata Finhas itu firman Allah:
Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, yang akan Ia
lipatgandakan dengan sebanyak-banyaknya." (Qur'an, 2. 245).
13
Setelah Abu Bakar melihat orang ini memperolok firman Allah serta wahyu-Nya kepada Nabi,
ia tak dapat menahan diri, dipukulnya muka Finhas itu keras-keras seraya katanya:
"Demi Allah, kalau tidak kerana adanya perjanjian antara kami dengan kamu sekalian,
kupukul kepalamu. Engkaulah musuh Tuhan!"
Bukanlah aneh juga Abu Bakar menjadi begitu keras, orang yang begitu tenang, damai dan
rendah hati itu. Ia menjadi sedemikian rupa padahal usianya sudah melampaui lima puluh tahun!
Kemarahannya kepada Finhas ini mengingatkan kita kepada kemarahan yang sama lebih
sepuluh tahun yang silam, yaitu ketika Persia mengalahkan Rumawi, Persia Majusi dan Rumawi
Ahli Kitab. Kaum Muslimin ketika itu merasa sedih karena diejek kaum musyrik yang menduga
bahawa pihak Rumawi kalah kerana juga Ahli Kitab seperti mereka. Ada seorang musyrik
menyinggung soal ini di depan Abu Bakar dengan begitu bersemangat bicaranya, sehingga Abu
Bakar naik pitam. Diajaknya orang itu bertaruh dengan sepuluh ekor unta bahawa kelak
Rumawi yang akan mengalahkan pihak Majusi sebelum habis tahun itu. Hal ini menunjukkan
bahawa Abu Bakar akan sangat marah jika sudah mengenai akidah dan keimanannya yang
begitu tulus kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sikapnya tatkala beliau berusia empat puluh,
dan tetap itu juga setelah sekarang usianya lima puluh tahun sampai kemudian ketika ia sudah
menjadi Khalifah dan memegang pimpinan kaum Muslimin.
14
Kekuatan Iman Abu Bakar
Keimanan yang tulus inilah yang menguasai Abu Bakar, menguasai segala perasaannya,
sepanjang hidupnya, sejak ia menjadi pengikut Rasulullah. Orang akan dapat menganalisis
segala peristiwa kejiwaannya dan perbuatannya serta segala tingkah lakunya itu kalau orang
mahu melihatnya dari segi moral. Sebaliknya, semua yang di luar itu, tidak ada pengaruhnya dan
segala keinginan yang biasa mempengaruhi hidup manusia, dan banyak juga kaum Muslimin
ketika itu yang terpengaruh, buat dia tidak ada ertinya. Yang berkuasa terhadap dirinya — hati
nuraninya, pikiran dan jiwanya — semua hanyalah demi Allah dan Rasul-Nya. Semua itu adalah
iman, iman yang sudah mencapai tingkat tertinggi, tingkat siddiqin, yang sudah begitu baik
tempatnya.
Kebenaran Dan Kasih Sayang Yang Bersatu Dalam Dirinya
Banyak orang yang sudah biasa dengan suatu kepercayaan sudah tidak ragu lagi, sampai ia jadi
fanatik dan kaku dengan kepercayaannya itu. Bahkan ada yang sudah tidak tahan lagi melihat
muka orang yang berbeza kepercayaan. Mereka menganggap bahawa iman yang sebenarnya
harus fanatik, keras, dan teguh. Sebaliknya Abu Bakar, dengan keimanannya yang begitu agung
dan begitu teguh, tidak pernah ia goyah dan ragu, jauh dari sikap kasar. Sikapnya yang elok,
penuh pemaaf, penuh kasih bila iman itu sudah mendapat kemenangan. Dengan begitu, dalam
hatinya terpadu dua prinsip kemanusiaan yang paling mendasari: mencintai kebenaran, dan
penuh kasih sayang. Demi kebenaran itu segalanya bukan apa-apa baginya, terutama masalah
hidup duniawi. Apabila kebenaran itu sudah dijunjung tinggi, maka lahir pula rasa kasih
sayang, dan ia akan berpegang teguh pada prinsip ini seperti pada yang pertama. Terasa lemah
ia menghadapi semua itu sehingga matanya basah oleh air mata yang deras mengalir.
15
PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH
Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum bagibda wafat
Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik
baginda Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda
menjadi imam sewaktu baginda sakit Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji
pertama umat Islam
PERISTIWA PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH
- Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.
- Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.
- Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.
- Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.
- Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)
Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara
16
Kisah Pengorbanan Saiyidina Abu Bakar
Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua
Thur Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah
tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan
mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi
Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat didalam al
Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40
POLISI PENTADBIRAN
Memerangi golongan murtad iaitu mereka yang keluar daripada agama islamMenghapuskan nabi palsu dan pengaruhnyaMemerangi golongan yang enggan membayar zakat kerana mereka telah mengingkari salah satu rukun islamMengerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk mmemerangi penduduk Ghasan yang telah membunuh utusan Nabi.Melantik khalifah sebagai peggantinya untuk menghindarkan perselisihan faham umat islam apabila beliau meninggal dunia.
PERANAN
Abu Bakar as-Siddiq telah Berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah Ali Imran ,ayat 144,sementara itu isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda telah disemadikan di Madinah.
Abu Bakar juga menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w untuk memimpin Negara Islam. Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dalam kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesma kaum Aus dan Khazraj, di samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semula jadi.
17
Abu Bakar juga berjaya menyelesaikan soal al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul apabila ada golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Masalan ini menjadi duri dalam daging dan perlu dibenteras segera. Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya Berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu,golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. Tentera Islam Berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin al-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab,Sajjah al-harith,Tulaihah bin Khuwailid,Malik bin Nuwairah dan Aswad al-Ansi.
Khalifah Abu Bakar juga Berjaya meangani masalah ancaman musuh luar Negara Islam apabila menggerakan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w sebelum kewafatan baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah Berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilng yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan Kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy.
Abu Bakar juga berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di buka bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam perang al Riddah. Usaha pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar Al-Khattab , walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang ,beliau akhirnya bersetuju dengan rancangan berkenaan. Sumbangan Saidina Abu Bakar ini sangat besar khasnya menyelamatkan al-Quran daripada terhapus.
Khalifah Abu Bakar juga telah menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara kepada 10 daerah dengan diketuai ole seorang Amir yang dibantu oleh iman,dan hakim,setiausaha dan Pegawai di Baitulmal.
Abu bakar juga melaksanakan dasar ketenteran dengan melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi Rom dan Parsi. Tentera Islam Berjaya mengambil alih kawasan Damsyik,Hims di Palestine dan di Jordan. Bagi menghadapi Parsi, Muthana bin Harithah telah dihantar untuk menghadapi pemberontakan di Teluk Parsi, menghantar Khalid al_Walid bagi menawan wilayah di Sungai Furat,dan merancang untuk menyerang wilayah Hirah di bawah kepimpinan Hurmuz sekali gus berjaya membunuh Hurmuz dan menawan Hirah diikuti Anbar.
18
19
SUMBANGAN / PENGORBANAN DAN JASA SAIYIDINA ABU BAKAR
Sumbangan dan Pengorbanan Sebelum Menjadi khalifah
Jasanya ketika menjadi Khalifah
Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.
Membebaskan penganut Islam yang disiksa dengan membayar tebusan
Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan
Sanggup mengorbankan nyawanya utk menyelamatkan Rasulullah
Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah
Memerangi dan menghapuska golongan murtad dan org yang mengaku menjadi nabi
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah
Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran
KESIMPULAN
Tetapi apa yang menghilangkan kekaguman kita tidak mengubah penghargaan kita atas
keberaniannya tampil ke depan umum dalam situasi ketika orang masih serba menunggu, ragu
dan sangat berhati-hati. Keberanian Abu Bakar ini patut sekali kita hargai, mengingat dia
pedagang, yang demi perdagangannya diperlukan perhitungan guna menjaga hubungan baik
dengan orang lain serta menghindari konfrontasi dengan mereka, yang akibatnya berarti
menentang pandangan dan kepercayaan mereka. Ini dikhawatirkan kelak akan berpengaruh
buruk terhadap hubungan dengan para relasi itu.
Berapa banyak orang yang memang tidak percaya pada pandangan itu dan dianggapnya
suatu kepalsuan, suatu cakap kosong yang tak mengandung arti apa-apa, lalu dengan sembunyi-
sembunyi atau berpura-pura berlaku sebaliknya hanya untuk mencari selamat, mencari
keuntungan di balik semua itu, menjaga hubungan dagangnya dengan mereka. Sikap munafik
begini kita jumpai bukan di kalangan awamnya, tapi di kalangan tertentu dan kalangan
terpelajarnya juga. Bahkan akan kita jumpai di kalangan mereka yang menamakan diri
pemimpin dan katanya hendak membela kebenaran. Kedudukan Abu Bakar yang sejak semula
sudah dikatakan oleh Rasulullah itu, patut sekali ia mendapat penghargaan, patut dikagumi.
Usaha Abu Bakr melakukan dakwah Islam itulah yang patut dikagumi. Barangkali ada
juga orang yang berpandangan macam dia, merasa sudah cukup puas dengan mempercayainya
secara diam-diam dan tak perlu berterang-terang di depan umum agar perdagangannya selamat,
berjalan lancar. Dan barangkali Muhammad pun merasa cukup puas dengan sikap demikian itu
dan sudah boleh dipuji. Tetapi Abu Bakar dengan menyatakan terang-terangan keislamannya itu,
lalu mengajak orang kepada ajaran Allah dan Rasulullah dan meneruskan dakwahnya untuk
meyakinkan kaum Muslimin yang mula-mula untuk mempercayai Muhammad dan mengikuti
ajaran agamanya, inilah yang belum pernah dilakukan orang; kecuali mereka yang sudah
begitu tinggi jiwanya, yang sudah sampai pada tingkat membela kebenaran demi kebenaran.
20
Orang demikian ini sudah berada di atas kepentingan hidup pribadinya sehari hari. Kita
lihat, dalam membela agama, dalam berdakwah untuk agama, segala kebesaran dan kemewahan
hidup duniawinya dianggapnya kecil belaka. Demikianlah keadaan Abu Bakar dalam
persahabatannya dengan Muhammad, sejak beliau memeluk Islam, hingga Rasulullah berpulang
ke sisi Allah dan Abu Bakr pun kemudian kembali ke sisi-Nya.
21
RUJUKAN
http://ana-usrati.blogspot.com/2011/08/khalifah-abu-bakar-alsiddiq.html
http://www.islam2u.net/index.php? option=com_content&view=article&id=68:bibliografi-dan-latar-belakang-saiyidina-abu-bakar-al-siddiq-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=19
http://www.sabah.edu.my/cwm010/khulafakarrasyidin.htm
www.sasbadi.com
NEXUS VISTA SPM 2009
eRevision@www.sasbadi.com
Tamadun Islam “Politeknik Seberang Perai”
http://sejarahtamadunislam.blogspot.com/2009/12/pendekatan-abu-bakar-as- siddiq-ketika.html
http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/kelahiran-dan-sumbangan- dalam-dakwah.html
http://bahayairan.wordpress.com/tag/abu-bakar-al-siddiq/
22
top related