edup3023 perkembangan kanak-kanak: faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
Post on 16-Apr-2017
4.116 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKDALAM KONTEKS PERSEKITARAN
AMIRAH & ATIFAHPISMP SAINS JUN 2015
EDUP3023 Perkembangan Kanak-Kanak
Faktor-faktor
Keluarga
Rakan sebaya
Guru dan sekolah
Status sosio ekonomi
Pusat ibadat
Pengaruh media
Sumber teknologi
Kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat
KELUARGA• Unsur-unsur keluarga melibatkan corak kehidupan
kanak-kanak di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi.• Faktor ini akan mempengaruhi perbezaan
perkembangan setiap individu.• Contohnya: kanak-kanak yang dilahirkan dalam
sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.• Makanan berzat dan seimbang akan membantu
kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.• Kanak-kanak diasuh dengan baik akan mengalami
perkembangan emosi, tingkah laku dan potensi yang sempurna.
PENGARUH RAKAN SEBAYA• Merangkumi perkembangan intelek,emosi,
sahsiah dan sosial.• Misalnya: kanak-kanak bergaul dengan
rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong mereka dalam perkembangan intelek dan potensi diri ke tahap optimum.• Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan
yang bersopan santun secara tidak langsung akan menyerap nilai-nilai murni daripada rakan mereka itu.
SOSIO-EKONOMI• Status sosio-ekonomi keluarga yang baik
atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum.• Contohnya: ibubapa berupaya memberi
makanan berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
GURU DAN SEKOLAH• Guru berperanan dalam perkembangan
intelek, sosial dan emosinya.• Guru yang penyayang dan cekap
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab.• Iklim sekolah yang kondusif yang dilengkapi
dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif , afektif dan psikomotor kanak-kanak.
KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT• Masyarakat merupakan alam kehidupan
manusia.• Kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental.• Misalnya, perbezaan pegangan agama
akan membezakan corak hidup dan perlakuan.
SUMBER TEKNOLOGI• Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-
maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.
• Pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak.
• Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber tekologi yang berunsur keganasan, lucah atau kezaliman akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif.
PENGARUH MEDIA• Media berfungsi untuk memberikan informasi
mengenai segala aspek di dunia ini.• Ibu bapa yang terdedah dengan informasi
mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan mementingkan dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan anak-anak.• Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan
tinggi sering menggunakan media seperti majalah, bahan bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujuk bagi pemakanan dan pendidikan anak secara sihat.
• Ini dapat membantu anak-anak dalam mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang paling baik.• Berbeza pula dengan ibu-bapa yang kurang
mengambil berat tentang faktor ini.• Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi
pemakanan, pendidikan dan membantutkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
PUSAT IBADAT• Pusat ibadat juga merupakan salah
satu daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan individu.• Sebagai contoh, anak-anak yang
tinggal berhampiran dengan pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif.
KESIMPULAN• Dapat disimpulkan bahawa faktor
persekitaran(nurture) seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.• Jelaslah bahawa faktor persekitaran
mempengaruhi perjalanan kehidupan kanak-kanak, dan memberi impak terbesar dalam perwatakan, pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutama yang sedang meningkat dewasa.
top related