edu3104 bilik darja
Post on 28-May-2017
256 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PENGENALANSetiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku murid. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah penting bagi
memastikan bilik darjah menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik darjah
dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk seisi pengajaran dan pembelajaran.
Pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi
tingkah laku, sikap, motivasi, dan pembelajaran murid dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa pandangan daripada tokoh pendidikan berkaitan pengurusan bilik
darjah. Menurut Richards (1990), pengurusan bilik darjah ialah organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlaku supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Albert & Troutman (1986) pula
menakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pengajaran, peranan dan tingkah laku dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah dapat dikaitkan
dengan proses yang memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku dalam kelas.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu untuk mencapai matlamat yang
diingini seperti murid menunjukkan tingkah laku yang baik, membentuk suasana pembelajaran
yang kondusif dan selesa, menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid,
menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik.
2
LAPORAN Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 17 hingga 21 Mac
2014 di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur. Saya perlu melakukan pemerhatian dan
temubual dengan guru untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini . Saya memilih
kelas tahap 2 dari darjah 4 Dinamik sebagai instrumen kajian saya untuk tugasan ini.
Pemerhatian saya terhadap kelas ini dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu senario
bilik darjah, jenis masalah disiplin serta masalah distruptif yang timbul dan gaya pengurusan
guru kelas tersebut.
Pemerhatian pertama saya tertumpu kepada senario bilik darjah 4 Dinamik. Senario ini
saya pecahkan kepada tiga bahagian iaitu dari aspek persekitaran fizikal, persekitaran
psikososial dan peraturan dan rutin bilik darjah.
Apabila melihat kepada aspek persekitaran fizikal, saya dapati kemudahan asas dalam
kelas 4 Dinamik ini ialah lengkap akan tetapi cara penyusunan kemudahan dan penggunaan
ruang membuatkan pemandangan kelas tersebut tidak terurus. Melihat kepada susunan dan
reka bentuk kelas fizikal di dalam bilik darjah, ia membenarkan pemantauan guru berjalan
dengan lancar kerana kawasan penyusunan meja dan kerusi murid-murid adalah rapat dan
berada di hadapan kawasan kelas tersebut. Ini dapat memastikan kedudukan murid adalah
berhampiran dengan guru secara tidak langsung akan tetapi penyusunan cara ini juga
menjadikan kawasan pergerakan murid-murid menjadi sempit dan mengehadkan ruang trafik
dalam kelas tersebut. Sifat ingin tahu kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mendorong
mereka bergerak untuk melihat hasil kerja rakan (Haliza, Joy, 2009) dan tidak dapat dinafikan
penyusunan kemudahan asas yang tidak terancang akan menyekat pergerakan murid-murid di
kelas tersebut dan terus membantutkan niat mereka untuk meninjau hasil kerja rakan.
Susunan kerusi meja murid ternyata tidak fleksibel kerana disusun rapat dan bercorak
kumpulan kecil yang dirapatkan. Memandangkan kelas ini menggunakan kurikulum KSSR maka
strategi berpusatkan kumpulan ini memang sesuai tetapi saya mendapati bahawa masalah
distruptif seperti bersembang dalam kalangan murid sering berlaku apabila berada dalam
kumpulan kecil begini.
Akses yang mudah kepada sumber dan bahan pengajaran akan memudahkan kedua-
dua pihak guru dan murid-murid di kelas tersebut dan aspek ini diurus dengan baik di kelas
3
tersebut. Terdapat satu almari di bahagian belakang kelas yang memuatkan buku-buku,
peralatan seni dan hasil kerja murid-murid di kelas tersebut. Saya juga difahamkan oleh guru
kelas tersebut bahawa almari yang memuati bahan pembelajaran murid-murid ini akan berada
di tempat yang sama untuk mengelakkan kekeliruan.
Seterusnya ialah ruang pada dinding kelas tersebut di mana bahagaian hadapan kelas
digunakan untuk meletakkan papan putih manakala bahagian kanan dan kiri di kelas digunakan
untuk meletak papan kenyataan kelas. Bahagian tepi papan putih terdiri daripada tingkap.
Selalunya papan kenyataan di kelas akan dimuati dengan jadual waktu kelas, maklumat tentang
aktiviti kelas dan hasil nukilan murid-murid di dalam kelas tersebut akan tetapi suasana di kelas
ini pula berbeza di mana semuanya kosong dan belum lagi dilekatkan dengan apa-apa
maklumat walaupun penggal pertama kelas hampir habis. Hanya terdapat beberapa hasil kerja
murid-murid dari kelas yang lama tergantung di tingkap dan sekitar dinding di kelas tersebut.
Ruang untuk kerja-kerja tertentu seperti sudut pembelajaran pula masih belum
diwujudkan di kelas tersebut tetapi yang menarik perhatian saya ialah tiada tong sampah di
dalam kelas ini kerana sekolah ini mengamalkan budaya sekolah tanpa tong sampah dan
murid-murid perlu membawa plastik sendiri untuk membuang sampah-sampah mereka dan
membawanya balik. Ini secara tidak langsung mendorong kepada suasana bersih di dalam
kelas tersebut kerana kadar pembuangan sampah dapat dikurangkan dan sekiranya masih
terdapat juga sampah di kawasan dalam atau luar kelas tersebut, maka guru bertugas yang
dilantik oleh pihak pengurusan sekolah akan mendenda seluruh murid-murid dalam kelas
tersebut.
Ruang pencahayaan dan pengudaraan dalam kelas ini juga turut dipertimbangkan
dalam pemerhatian terhadap persekitaran fizikal di kelas ini. Untuk mengelakkan masalah silau
terhadap papan putih pada waktu pagi, guru kelas ini berinisiatif untuk memasang langsir pada
tingkap kelas dan saya difahamkan bahawa langsir tersebut adalah sumbangan dari ibu bapa
murid-muridnya. Untuk aspek pengudaraan pula, terdapat dua pintu di bahagian belakang kelas
dan untuk memastikan pengaliran udara yang konsisten, tingkap sentiasa dibuka.
Pemerhatian saya yang seterusnya adalah berdasarkan persekitaran psikososial.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Samuel (2011), psikososial merujuk kepada hubungan antara
keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ini berkait rapat dengan suasana
sosial dan interaksi mereka dengan persekitaran sekeliling. Pemerhatian terhadap pendekatan
pengajaran yang digunakan oleh guru di kelas tersebut dapat menerangkan suasana sosial
4
sebenar dalam kelas tersebut. Komunikasi dua hala berlaku semasa proses P & P dijalankan di
kelas ini. Penglibatan aktif murid-murid digalakkkan oleh guru namun perhatian guru hanya
bertumpu kepada murid-murid yang berminat manakala perhatian tidak diberikan kepada murid
yang menunjukkan kebosanan atau reaksi kurang berminat terhadap pengajaran.
Memandangkan kelas ini tidak mengalami streaming di mana pelajar tidak dikelaskan
mengikut pencapaian dan murid dari pelbagai latar belakang akademik wujud di satu kelas, ini
menyukarkan guru pula untuk menyediakan kaedah dan bahan pengajaran yang sesuai. Hal ini
dapat dilihat dengan jelas apabila guru kelas ini lebih cenderung menyalahkan pihak
pengurusan sekolah dan latar belakang murid-murid itu sendiri berbanding mencari titik
penyelesaian untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan muridnya.
Hal ini menyebabkan suasana kurang mesra dan selesa dalam kelas . Perasaan tidak
diterima pula wujud dalam diri sesetengah murid yang ditemu bual. Murid-murid menyatakan
bahawa mereka kurang faham akan pengajaran berasa takut untuk bertanya. Ada yang di
antara mereka berasa rendah diri dan menunjukkan sikap kurang yakin walaupun untuk tampil
ke hadapan dan menjawab soalan yang saya kemukakan dalam temubual ini. Jelas kelihatan
bahawa sifat sensitif dan peka terhadap perbezaan individu tidak wujud dalam diri guru kelas
tersebut dan ini membantutkan usaha guru-guru lain yang mengajar kelas ini untuk
mewujudkan suasana yang merangsang pembelajaran murid-murid. Guru yang bersikap bias
dan tidak mengamalkan konsep peluang sama rata untuk semua murid membantutkan minat
murid-murid untuk meneruskan hari-hari persekolahan mereka.
Komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
Kemahiran dalam komunikasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran
menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Dari segi aspek kemahiran
menghantar maklumat, guru kelas ini mempunyai prinsip tersendiri dalam penggunaan bahasa
yang sesuai terhadap anak muridnya. Penggunaan bahasa yang sopan digunakan pada awal
peneguran tetapi sekiranya pengulangan kesalahan yang sama berlaku maka bahasanya
bertukar menjadi kasar dan berbentuk amaran yang mengancam seperti ‘ awak akan berdiri di
bawah panas matahari yang terik sekiranya masih berjalan dalm kelas’. Walaupun kelihatan
kasar tetapi ternyata kaedah ini berkesan kerana perbuatan mengganggu murid tersebut dapat
dikawal serta-merta.
Kemahiran menerima maklumat dalam diri guru tersebut pula berbentuk lebih cepat di
mana respon kepada pertanyaan atau pendapat murid-murid diberi sebaik dipersoalkan.
5
Namun, kepada murid-murid yang mempunyai perasaan tidak diterima dalam kelas tersebut,
kedua-dua kemahiran memproses maklumat ini tidak memberi kesan kerana takut dimarahi
atau dibuli dan dianggap kurang pandai apabila bertanya soalan yang tidak diketahui
jawapannya. Secara keseluruhannya interaksi sosial dalam kelas ini memuaskan bagi beberapa
pihak tetapi tidak berkesan untuk pihak yang terpinggir.
Seterusnya, pemerhatian saya terhadap kelas ini menjurus kepada peraturan dan bilik
darjah. Peraturan bilik darjah di kelas ini lebih berasaskan peraturan sekolah yang ditetapkan.
Murid-murid tidak disediakan dengan tong sampah di dalam kelas dan sekitar kawasan sekolah.
Justeru menjadi tanggungjawab setiap murid-murid untuk menjaga kebersihan kawasan kelas
dengan membawa sendiri plastik sampah atau membawa balik sampah ke rumah masing-
masing. Denda dikenakan kepada pihak yang didapati membuang sampah merata-rata. Ini
merupakan salah satu konsep yang saya amat peguni kerana berupaya mendidik murid-murid
sekolah tentang kepentingan menjaga kebersihan.
Selain itu, terdapat juga peraturan seperti dilarang keluar dari kelas tanpa kebenaran
guru dan pas keluar serta tidak dibenarkan untuk berada di dalam kelas pada waktu rehat
selain di bawah pengawasan guru yang berasaskan peraturan sekolah. Terdapat juga
peraturan yang khas untuk kelas ini. Antaranya ialah :
Murid-murid perlu menepati masa.
Murid-murid perlu menghormati guru dan rakan.
Dilarang bercakap atau membuat bising dalam kelas semasa guru mengajar.
Dilarang menukar tempat duduk tanpa kebenaran guru.
Dilarang makan di dalam kelas.
Peraturan yang disenaraikan di atas dipamerkan di satu sudut kelas dan menjadi
pegangan murid-murid kelas tersebut. Sekiranya salah seorang daripada murid melanggar
peraturan yang ditetapkan maka ketua darjah atau wakil kelas boleh melaporkan kepada guru
kelas dan guru kelas mengambil tindakan tatacara terhadap murid tersebut dengan
mengenakan denda dalam bentuk kutipan duit. Kutipan denda tersebut akan disalurkan ke
sistem duit kelas yang akan digunakan untuk membuat jamuan akhir tahun.
Selain daripada peraturan, guru kelas ini juga membentuk rutin di dalam bilik darjah
untuk pelaksanaan aktiviti –aktiviti tertentu. Antara rutin yang digariskan adalah berdasarkan
aktiviti pembersihan kelas, aktiviti membaca dan aktiviti pengedaran buku yang telah disemak
6
oleh guru. Untuk aktiviti pembersihan kelas, ketua darjah dikehendaki menyarankan murid-
murid untuk membersihkan kelas setiap pagi sebelum bermulanya kelas dan memastikan
semua murid menyimpan plastik masing-masing dalam beg.
Dalam proses pemerhatian senario bilik darjah, saya juga mendapati wujudnya
beberapa masalah disiplin yang berbentuk distruptif dalam kalangan murid-murid di kelas 2
Musytari ini. Masalah distruptif merujuk kepada suatu tindakan yang mengganggu, mengacau
atau menggendalakan aktiviti atau pelaksanaan P&P. (Haliza Hamzah, Joy Samuel, 2011).
Antara masalah disiplin yang berbentuk distruptif yang saya dapat kesan di kelas ini
dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kelakuan negatif, membolos dan menipu.
Merujuk kepada kelakuan negatif, jenis-jenis masalah disiplin yang tampak ialah seperti makan
di dalm bilik darjah, membuat bising di belakang kelas semasa guru mengajar dan tidak
membuat tugasan yang diberikan malah berbual –bual bersama rakan di kelas. Melihat kepada
kategori membolos pula, berkhayal dalam bilik darjah menjadi amalan harian untuk murid yang
bermasalah dan lemah. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang mengambil kesempatan
untuk makan di kantin semasa waktu P&P terutamanya waktu pagi pada hari Selasa dan
Jumaat apabila berjumpa dengan guru kelas untuk menghantar catatan bahan pembacaan
rakan-rakan kelas. Lewat masuk kelas selepas tamat waktu rehat pula menjadi amalan biasa
untuk murid-murid kelas 4 Dinamik, terutamanya apabila waktu seterusnya ialah matapelajaran
yang paling tidak digemari. Dari kategori masalah menipu pula, menyalin kerja murid lain dan
tidak menghantar buku latihan sangat berleluasa di kelas ini. Ada juga murid-murid yang gemar
mengganggu dan mengacau rakan mereka semasa di dalam bilik darjah untuk menunjukkan
kebosanan mereka dan berasa seronok apabila rakan-rakan mereka menunjukkan reaksi
terganggu.
Gaya pengurusan guru kelas tersebut mungkin menjadi penyebab murid-muridnya
bertingkah laku demikian. Gaya pengurusan yang bersifat autokratik dan lebih mementingkan
murid-murid yang memberi perhatian kepada pengajarannya berbanding murid-murid lain yang
gemar buat kerja sendiri. Ini mendorong kepada tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam
kalangan murid-murid di kelas ini. Murid-murid tidak diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat atau ketidak puas hatian terhadap urusan pengurusan kelas. Guru kelas yang akan
menentukan peraturan dan tindakan murid-murid di kelas dan murid-murid perlu akur kepada
perintah dan arahan guru tanpa membantah. Jelas dapat dilihat bahawa gaya pengurusan guru
7
kelas ini lebih bersifat autokratik dari segi pengurusan tetapi bersifat demokratik dalam urusan
pengajaran dan pembelajaran.
PELAN BILIK DARJAH 4 DINAMIK
Pap
an k
enya
taan
Pintu masuk Pintu keluarAlmari buku
Rak
buk
u
Papan putih Tingkap
8
CADANGAN ATAU KAEDAH UNTUK MENGATASI MASALAH DISIPLIN
Guru perlu mengetahui cara dan kaedah yang perlu dilakukan untuk mengurus masalah
disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Menurut Lemlech (1998), pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. Anderson (1989) pula mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan maksimum dalam aktiviti P&P, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa yang efisyen.
Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa orang murid yang tidak berminat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas atas alasan mereka kurang
faham dan berasa diri tidak diterima di kelas tersebut. Salah satu punca untuk timbulnya
masalah ini di kelas ialah tindakan guru yang tidak menghiraukan mereka yang lemah dan asyik
menuding jari kepada pihak pengurusan sekolah yang mencampur pelajar yang dari pelbagai
latar belakang akademik dalam satu kelas. Dalam Laporan Unesco Regional Office Of
Education In Asia and The Pacific Bangkok, 1983 dalam Technical Working Group Meetings,
sebilangan daripada pelajar gagal dalam pencapaian akademik kerana mereka gagal untuk
melihat objektif atau tujuan sesebuah aktiviti atau latihan yang diberikan.
“Thus if they see the point of an activity, appreciate its goal and understand what is required of them, young children can perform remarkably well. But when they fail to see the point of an activity through its being highly abstract and divorced from their previous experience, then young children often fail to perform.”
Apabila seorang kanak-kanak diberi penjelasan yang terperinci mengenai tujuan serta apa yang
mereka dikehendaki buat dalam menyempurnakan tugasan tersebut serta diberi pendedahan
penghayatan terhadap aktiviti yang dilaksanakan maka pencapaiannya akan seperti yang
diingini.
9
Melihat kepada gangguan distruptif seperti gangguan rakan-rakan di kelas serta berkhayal dan
tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran, bahan pengajaran yang digunakan
oleh guru tersebut menjadi punca kepada masalah di atas. Dalam laporan yang sama
dinyatakan bahawa
“Harsh and disinterested teachers, inappropriate texts, boringly repetitive drills, lack of sense of
enjoyment-all may contribute to a poor climate of educational success.”
Gaya pengajaran serta bahan pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut dipersalahkan
apabila timbulnya masalah pembelajaran di dalam kelas. Gaya pengajaran yang membosankan
menjadi punca kepada pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P manakala
gaya guru yang kasar menjadikan muridnya takut dan menggunakan alternatif lain seperti
lambat masuk ke kelas supaya helah mengelakkan diri dari guru tersebut.
Selain itu, keadaan fizikal kanak-kanak pada waktu berjalannya P&P juga akan
memuncakan masalah tingkah laku pelajar. Contohnya ialah pelajar yang lapar tidak dapat
memberi tumpuan kepada pengajaran di kelas. Dalam keadaan fizikal kanak-kanak
merangkumi juga aspek keadaan mental dan emosi murid tersebut di mana kanak-kanak yang
berada dalam tahap emosi yang kurang stabil dan yang di bawah tekanan akan menunjukkan
tingkah laku yang mengganggu kelancaran bilik darjah.
Seterusnya bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku yang ingkar
kepada perintah guru atau sukar untuk mengikuti prosedur yang ditetapkan, telah dikenali pasti
puncanya. Menurut Laporan Unesco Regional Office Of Education In Asia and The Pacific
Bangkok, 1983 dalam Technical Working Group Meetings, kanak-kanak diperlukan untuk
berkelakuan lebih formal dengan mengikuti peraturan dan rutin harian yang ditetapkan
berbanding diri mereka sebelum ini yang lebih bersantai. Kebanyakkan kanak-kanak yang tidak
biasa dengan amalan sebegitu akan berasa tertekan dan mula memberontak.
“All schools have a routine and rules of procedure,and children are expected to interact with
teachers and fellow students in a more formal manner than they used to. Many children may be
unfamiliar with such procedures, and possess little experience of their practice.”
Selain daripada itu, keadaan kelas yang kurang selesa juga menjadi salah satu punca
timbulnya tingkah laku yang tidak diingini dalam bilik darjah. Bilik darjah merupakan tempat
murid-murid meluangkan masa lebih daripada 5 jam di sekolah. Maka, ia perlu berada dalam
keadaan yang selesa dan merangsang suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid.
10
Melihat kepada struktur bilik darjah kelas 4 Dinamik, keadaannya selesa dari segi pengudaraan
dan pencahayaan tetapi melihat kepada keluasan kelas dan pengaturan kerusi meja, faktor
keadaan bilik darjah memang dapat dipersalahkan. Sifat ingin tahu kanak-kanak pada
peringfkat umur ini akan mendorong mereka bergerak untuk melihat hasil kerja rakan (Haliza,
Joy, 2009) dan sekiranya dihadkan akan menimbulkan kegelisahan yang akan menghilangkan
tumpuan dalam pengajaran dalam kelas.
Secara tuntasnya dapat diungkapkan bahawa latar belakang murid yang merangkumi
keadaan mental, emosi serta persekitaran di sekelilingnya menjadi punca utama kepada
masalah-masalah yang timbul di dalam kelas. Selain itu, tingkah laku guru serta bahan
pengajaran yang tidak bervariasi dan membosankan murid juga menimbulkan tingkah laku yang
tidak diingini di kelas. Untuk itu, beberapa pendekatan yang sesuai dan model disiplin boleh
diamalkan oleh guru sebagai usaha menyelesaikan masalah pengurusan dan tingkah laku di
bilik darjah.
Gaya kepimpinan guru perlu diperbaiki untuk memastikan tingkah laku yang diingini
berlaku dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mempunyai kepimpinan pengajaran yang
tinggi supaya dapat mengawal bilik darjah dengan berkesan. Kepimpinan pengajaran
merupakan satu bentuk kepimpinan yang menekankan kepada keberkesanan pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran. DeBovoise (1984) dan Greenfiled (1987) mentakrifkan
kepimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua atau wakilnya bagi tujuan mempertingkatkan perkembangan pembelajaran muridnya. Sebelum
ini, Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan kepimpinan pengajaran mengandungi tiga dimensi utama iaitu a) menakrifkan matlamat sekolah, b) pengurusan program pengajran dan c) pemupukan iklim sekolah.
Melihat kepada menakrifkan matlamat sekolah, guru tersebut perlu peka terhadap
apakah yang diperlukan oleh sekolah tersebut dari segi pencapaian murid dan merangka aktiviti
dan proses pengajaran harian yang selaras dengan matlamat yang digariskan.
Seterusnya pengurusan program pengajaran pula perlu memperlihatkan variasi yang
mampu menarik minat murid dan sering mengawal selia kemajuan murid supaya kelemahan –
kelemahan dapat diatasi dengan cepat. Ini akan dapat menghindarkan konflik ketidakpastian
tugasan oleh guru dan membawa kepada komitmen dan kepuansan dalam kalangan guru.
(Krug, 1992).
11
Dari aspek pemupukan iklim bilik sekolah yang bertumpu khas kepada bilik darjah pula,
guru perlu mengambil inisiatif untuk mewujufkan suasana yang merangsang pembelajaran yang
selesa dan mesra. Suasana ini dapat diwujudkan dengan gaya pengurusan yang lebih bersifat
demokratik. Murid-murid perlu diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka sendiri. Ini
akan melahirkan rasa diterima dalam jiwa murid-murid yang secara tidak langsung akan
mewujudkan keselesaan dalm konteks interaksi sosial. Merujuk kepada Jadual Cara dan Akibat
Mengikut Pengurusan Kepimpinan oleh Keith dan Girling,(1991:63), gaya pengurusan yang
demokratik yang memastikan pengambilan bahagian oleh semua pihak memupuk semangat
cinta kawan, kespontanan, produktiviti yang optimum dan semangat kerjasama yang tinggi.
Sifat dihargai yang dirasakan oleh murid-murid akan menghilangkan tanggpan dan perasaan
negatif terhadap persekitaran sosial justeru menyumbang kepada produktiviti kerja yang
diingini. Murid akan lebih berani untuk tampil ke hadapan dan berkongsi idea dan
menyelesaikan kemusykilan.
Selain itu, memberi pucuk kepimpinan dan tanggungjawab kepada pelajar juga
akan menyumbang kepada pembentukan interaksi sosial yang baik dalam bilik darjah.
Pemberton et.al. (1997:1) berpendapat bahawa murid-murid yang diberi tanggungjawab dan diberi kuasa untuk menentukan apa, bagaimana dan bila mereka belajar kepimpinannya akan lebih berupaya untuk merancang misi yang realistik, mengatur strategi untuk mencapai misi tersebut dan merangka prosedur pelkasanaannya : dan mereka akan berkemahiran untuk belajar dari kesilapan dan kemenangan lepas yang menjadikan diri mereka pelajar yang berefisien pada masa hadapan. kanak-kanak bermotivasi untuk belajar
dan bertingkah laku dengan sewajarnya apabila mereka digalakkan untuk memikul
tanggungjawab bagi diri sendiri. (Glaser, 1986). Tanggungjawab boleh diwujudkan dengan
adanya cara gaya kepimpinan yang demokratik.
Kanak-kanak boleh digalakkan supaya bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan
tingkah laku mereka sendiri. Seringkali kanak-kanak menganggap sekolah sebagai tempat
mengurus mereka dan bukannya tempat yang mengajar mereka melakukan perkara untuk diri
mereka. Gaya kepimpinan seorang guru mempengaruhi tanggungjawab yang dipikul oleh
kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. Sepertimana guru kelas 4 Dinamik yang
autokratik, pemikulan tanggungjawab dengan penentuan matlamat dan peraturan kelas serta
memaksa kelas menerimanya berpusatkan guru. Kepimpinan jenis ini merampas kuasa dan
tanggungjawab pelajar dan tidak memberi mereka kemahiran untuk menentukan tujuan hidup
mereka sendiri.
12
Kajian Lewin yang klasik (1948) menunjukkan beberapa perbezaan yang penting antara
kumpulan yang mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza. Dia mendapati bahawa kumpulan
autokratik berfungsi hanya apabila pemimpin hadir. Tetapi berbeza dengan pandangan
demokratik pula, kumpulan ini berfungsi dengan baik walaupun tanpa pendidik. Kanak-kanak
bersikap positif terhadap satu sama lain dan memberikan kerjasama. Adalah jelas bahawa
tanpa suasana yang demokratik kemahiran bekerjasama tidak dapat diperoleh. Kaedah ini juga
sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah 4 Dinamik untuk menimbulkan semangat kekitaan dan
membuang perasaan hasad dengki dan kurang keyakinan dalam diri murid-muridnya.
Seterusnya ialah pengurusan masalah tingkah laku berasaskan disiplin dengan cara
pendisiplinan. Bilik darjah yang efektif megekalkan keadaan persekitaran yang tersusun dan
selamat yang kondusif untuk menjalankan proses P&P. Henson dan Eller (1999) menyatakan
bahawa salah satu cabaran yang sukar untuk seorang guru permulaan ialah pengurusan bilik darjah dengan efektif. Seorang guru yang gagal dari aspek pengajaran akan turut gagal dalam usaha mengekalkan disiplin dalam kelas. Kebanyakan guru meningglkan profesionnya kerana gagal dalam pengurusan bilik darjah.
Ternyata amat penting untuk seseorang guru untuk mengawal kelasnya dari aspek
disiplin untuk memastikan pengajarannya berkesan sama seperti kemahiran pengurusan bilik
darjahnya. Disiplin adalah konsep yang mempunyai perngertian yang luas. Daripada segi tradisi
pula, disiplin dikaitkan dengan pembentukan individu mengikut nila masyarakat. Daripada segi
pemikiran moden pula, disiplin ialah pengawalan yang sepatutnya dibina dalam diri bagi
mendapatkan cara hidup yang teratur dan bersistematik supaya masa dan tenaga individu itu
dapat digunakan sebainya. (Omardin Ashaari, 1996:181). Mengikut tradisi menjadi
tanggungjawab guru untuk menguruskan tingkah laku kanak-kanak.
Untuk mengelakkan masalah tingkah laku yang berkait dengan disiplin, model Disiplin
Canter lebih sesuai digunakan. Model Disiplin Asertif Canter telah dibentuk oleh Lee dan
Marlene Canter. Mereka telah melakukan pemerhatian ke atas guru-guru di dalam bilik darjah
dan mereka memasukkan tindakan guru-guru tersebut dalam model yang dibentuk oleh
mereka. Model ini mengenai hak guru dan murid yang perlu diberikan antara satu sama lain
iaitu guru mempunyai hak untuk mengajar dalam keadaan baik, tenang, selesa, dan tanpa
gangguan dan juga murid-murid mempunyai hak untuk belajar dalam suasana yang tenang dan
teratur. Model ini menggunakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
13
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru berhak menetapkan
peraturan dalam bilik darjah dan murid harus mematuhinya.
Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dengan
menggunakan moel pengurusan disiplin bilik darjah ini ialah dengan menggunakan Hierarki
Tindakan Pembetulan Canter. Canter menasihatkan guru agar membuat hierarki disiplin
mengikut keutamaan beserta dengan tindakan pembetulan dan akibat yang akan dilakukan
terhadap murid tersebut. Pada kali pertama jika terdapat murid yang gemar mengganggu dan
mengacau rakannya semasa seisi pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru perlu
menegur dan mengatakan kepada murid tersebut bahawa ‘peraturan kelas kita ialah jangan
ganggu rakan. Ini adalah amaran daripada saya.’ Kemudian jika masih lagi berlaku untuk kali
yang kedua dan ketiga, guru perlu menegurnya lagi dengan mengatakan ‘peraturan kelas kita
ialah jangan ganggu rakan! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas.
Time out merupakan ‘masa untuk bertenang’ yang diberikan oleh guru kepada
seseorang murid yang dalam keadaan tidak selesa dan tidak tenang. Pada kali keempat jika
murid tersebut masih mengganggu rakannya, guru perlu mengatakn kepada murid tersebut
‘awak tahu akan peraturan kelas kita jika mengganggu rakan lain. Awak telah memilih untuk
menelefon ibu awak’. Kemudian guru harus menelefon ibu kepada murid tersebut untuk
memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya dan adalah lebih berkesan lagi jika guru
mengarahkan murid tersebut untuk menelefon dan memberitahu sendiri kepada ibunya akan
kesalahan disiplin yang telah dilakukan oleh dirinya itu. Tetapi, jika murid tersebut masih
melakukan kesalahan yang sama, guru hendaklah mengatakan ‘peraturan kelas kita ialah
jangan mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan guru besar.’ Kemudian
jika murid tersebut masih mengulangi kesalahannya itu, guru harus memberitahu kepada murid
tersebut bahawa guru akan membawa murid itu terus berjumpa dengan guru besar pada masa
dan ketika itu juga. Untuk menjayakan hierarki disiplin ini, guru perlu menyimpan rekod
kesalahan yang dilakukan oleh murid dengan menggunakan senarai nama murid.
Bagi mendapatkan pengurusan disiplin yang berkesan, guru perlu menerangkan pelan-
pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid sebanyak tujuh langkah. Yang pertama guru
perlu menerangkan kepada murid akan tujuan peraturan-peraturan yang ditetapkan itu
dilaksanakan, kemudian guru perlu menerangkan kepada murid bagaimana caranya peraturan
itu dilaksanakan, yang ketiga guru hendaklah menyemak sama ada murid-murid telah faham
atau tidak akan peraturan-peraturan tersebut dan murid yang patuh akan peraturan yang
14
ditetapkan akan menerima ganjaran yang sewajarnya, yang kelima murid perlu diterangkan
oleh guru sebab akan tindakan pembetulan dikenakan kepada murid yang melanggar peraturan
yang ditetapkan, yang keenam guru perlu menerangkan tentang tindakan pembetulan yang
akan dikenakan kepada murid, dan yang terakhir guru harus semak semula akan kefahaman
murid-murid.
Salah satu jenis guru yang baik ialah guru yang asertif iaitu guru yang sentiasa jelas,
yakin, dan mengatakan jangkaan dan arahannya dengan konsisten dan juga tegas terhadap
peraturan yang ditetapkan. Guru jenis ini tahu akan apa yang diingini oleh murid-muridnya dan
mengatakan dengan jelas akan tingkah laku yang diigini terhadap murid-muridnya. Guru perlu
membantu murid-murid untuk memahami akan bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa
kejayaan dan kegagalan. Dari awal persekolahan lagi, guru harus mengatakan segala jangkaan
dan harapan kepada muridnya. Guru hendaklah meminta dengan tegas kepada murid-murid
untuk mematuhi jangkaan-jangkaan tersebut. Murid akan dikenakan balasan atau akibat yang
bersesuaian dengan tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukannya di dalam kelas. Contoh
ayat yang tegas oleh guru terhadap muridnya ialah, ‘saya tidak mahu bertekak dengan kamu.
Kamu duduk dulu sehingga dapat bertenang.’ Selain itu, kaedah ganjaran juga amat baik
dilakukan kepada murid-murid di dalam bilik darjah. Apabila murid dapat mengikuti peraturan
yang ditetapkan dengan baik, guru harus memberikan perhatian kepada murid dengan
memberikan sedikit penghargaan, pujian, senyuman, memberikan sijil penghargaan,
memberikan hadiah seperti pensel warna, dan juga memaklumkan kepada ibu bapa akan sikap
positif anak mereka.
Selain model disiplin, pendekatan bimbingan dan kaunseling juga dapat digunakan
untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang tidak diingini di kelas. Salah satu strategi untuk
bekerja dengan kanak-kanak yang bermasalah ialah dengan menyediakan satu program
individu seperti bimbingan dan kaunseling untuk mereka. Mengasingkan pelajar sebegini
dengan time-out mengikut Model Disiplin Canter akan nampak berkesan tetapi dalam jangka
panjang stategi ini mungkin gagal. Bukti penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bermasalah berkemungkinan berasa sunyi. Bukti itu juga menunjukkan bahawa kurang kecekapan sosial pada usia 7-9 tahun meupakan ramalan yang sangat tepat tentang delinkuens juvenil dan kegagalan di sekolah sebagai remaja. (untuk ulasan tentang
penyelidikan lihat Hill 1989, Burton 1987). Terdapat beberapa sebab bagi sifat jangka panjang
masalah ini di mana sekiranya kanak-kanak ini berubah sekalipun, reputasi atau sikap yang
telah wujud selalunya menyebabkan penerimaan sosial oleh rakan adalah sukar dan
15
pengalaman pemulauan dan penyisihan sosial menyebabkan wujudnya imej diri yang negatif
sepertimana wujud dalam beberapa pelajar di kelas 4 Dinamik.
Pendekatan bimbingan dan kaunseling akan membantu dalam mengubah tingkah laku
murid tersebut untuk jangka masa yang panjang. Jika kita meniliti takrif-takrif yang dikemukakan
oleh Shertzer dan Stone (1980), Arbuckle (1961) dan Blocher (1974), kaunseling ditakrifkan sebagai satu perhubungan menolong manakala kaunselor pula didefiniskan sebagai orang profesional yang terlibat dalam bidang kaunseling. Bimbingan ialah sebarang bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada pelajar dengan betul. (Abdulah Sani
Yahya , 2005).
Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses membantu individu-individu memahami
diri dan dunia mereka. Kaedah ini didapati kaedah paling efektif dalam menyelesaikan masalah-
masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan corak
pembelajaran di sekolah dengan mudah, namun demikian terdapat segelintir pelajar yang
masih tidak dapat menyesuaikan diri kepada segala cabaran di sekolah. Sekiranya keadaan ini
berterusan maka pelajar tersebut akan tersisih, terpisah, binggung, keliru dan akhirnya
menyebabkan masalah di bilik darjah.
Kaedah utama bimbingan itu dikendalikan perlu berasaskan proses perlakuan indivdu.
Pembimbing perlu mengutamakan perkembangan kendiri muridnya. Oleh itu, kaedah temu
ramah peribadi, perhubungan kaunseling, sesi-sesi pentafsiran ujian perlu djalankan bagi
membolehkan murid tersebut memahami struktur kebatinannya. Melalui cara ini, individu itu
dapat mengamati dunia ciptaanya dan memahami makna pengalaman hidupnya. Orinetasi
bimbingan pula ke arah bekerjasama dan bukan paksaan. Adalah sukar untuk mengetahui isi
hati seorang murid sekolah rendah yang dia sendiri tidak tahu punca kelakuannya. Pelajar-
pelajar tidak boleh dipaksa menerima perkhidmatan kaunseling kerana ini akan mewujudkan
sifat memberontak dalam diri dan kurang kepercayaan kepada orang lain. (Abdulah Sani Yahya
, 2005).
Dalam membimbing kanak-kanak yang bermasalah ini, beberapa kemahiran perlu
diambil kira seperti kemahiran memberikan perhatian, kemahiran mendengar dengan aktif dan
kemahiran berempati. Dalam kemahiran memberikan perhatian, guru pembimbing perlu
memberi perhatian sepenuhnya atas murid yang dibimbing. Komponen kecil seperti ekspresi
16
muka, tentangan mata, kedudukan semasa bimbingan dan postur badan perlu diambilkira untuk
memastikan murid tersebut berasa selesa dan mempunyai rasa dihargai dan didengari oleh
pihak guru.
Seterusnya ialah kemahiran mendengar dengan aktif yang merangkumi memahami
kelakuan non-verbal murid, memahami mesej-mesej verbal murid dan mendegar dan membaiki
salah tanggapan murid. Grubaugh (1989) menyatakan kepentingan komunikasi non-verbal dimana guru yang menggunakan kemahiran non-verbal semasa berinteraksi dengan anak murid membentuk impresi yang kuat dalam kalangan murid terhadap pengurusan bilik darjah, sistem disiplin dan peraturan serta kekuatan dan kelemahan guru tersebut. Melihat kepada aspek bimbingan dan kaunseling pula, guru perlu memerhati aksi non-verbal
anak murid yang dibimbingi untuk memastikan mesej verbal yang disampaikan relevan dan
sekata dengan mesej non-verbal yang ditunjukkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya penipuan
dari pihak murid yang takut untuk mengaku perkara yang benar.
Seterusnya ialah kemahiran empati. Roger (1977) menerangkan empati sebagai keupayaan memasuki dunia murid bagi megalami dunia tersebut seolah-seolah situasi tersebut dialami sendiri. Mendengar dengan empati akan membantu guru memahami situasi
muridnya dengan betul. Ini memerlukan pendengaran yang sensitif dari pihak guru dan
kefahaman yang tinggi terhadap situasi yang dikongsi oleh muridnya. Kefahaman empati akan
membantu guru pembimbing untuk mencari titik penyelesaian yang tepat dan sesuai dengan
laras masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.
Seterusnya untuk pengurusan bilik darjah yang berkesan, Model Pengurusan Kounin
yang mementingkan masa dan gaya pengajaran juga boleh digunakan. Model ini menekankan
kepada pengawasan dan penyeliaan oleh guru terhadap aktiviti-aktiviti murid-muridnya dalam
bilik darjah. Model ini berkaitan dengan kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi
pergerakan murid-muridnya dalam bilik darjah pada setiap masa. Ia dikenali
sebagai withitness oleh Kounin. Guru perlu mengawasi secara keseluruhan bilik darjah dan
berinteraksi dengan semua murid agar kawalan bilik darjah akan tercapai. Kemudian, guru juga
boleh menggunakan teknik overlapping iaitu satu kemahiran guru dalam mengawal bilik darjah
dengan menangani lebih daripada satu situasi. Contohnya jika dalam bilik darjah terdapat murid
yang gemar bercakap dan mengganggu rakan disebelahnya dan ketika itu guru sedang
mengajar, guru boleh terus meminta seorang murid yang lain membacakan petikan yang
17
diberikan dan dalam masa yang sama guru terbabit meminta murid yang berbuat bising itu agar
menghentikan salah lakunya itu.
Selain itu, terdapat juga satu kaedah lain yang dicadangkan oleh Kounin kepada para
guru dalam mengawal dan mengawasi bilik darjah iaitu Ripple Effect atau dikenali juga sebagai
Kesan Gelombang. Kesan Gelombang itu berlaku apabila guru memberikan teguran dan
tindakan terhadap seseorang murid yang sedang melakukan kesalahan disiplin dan tingkah
laku tetapi ia juga memberi kesan kepada murid-murid lain yang turut berada dalam bilik darjah
tersebut. Namun begitu, jika guru mahu menggunakan Kesan Gelombang ini Kounin
mengatakan bahawa seseorang guru itu hendaklah bersikap jelas, tegas, dan serius semasa
memberikan teguran dan melakukan tindakan tersebut.
Arahan guru perlulah jelas dan tidak bersifat umum. Bagi menangani masalah murid
yang hiperaktif yang gemar berjalan-jalan ke tempat duduk rakannya guru boleh memberikan
teguran seperti contoh, ‘Ahmad, duduk di tempat kamu atau saya akan tarik balik 1 token
bintang kamu.’ Jika murid tidak mendengar arahan dan teguran guru, guru perlu melaksanakan
akibat yang dinyatakan kerana ia adalah perlu bagi menunjukkan kepada semua murid bahawa
guru bersikap serius dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Semasa guru hendak
mengeluarkan arahan, guru perlu memberikan mimik muka, nada dan ton suara yang serius,
tegas, dan keras agar tindakan disiplin dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Kounin juga mengatakan bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah mengambil kira akan
aspek minat, kebolehan, dan perkembangan murid agar murid tidak mudah berasa bosan
dengan pengajaran guru yang tidak bervariasi. Pengajaran guru yang membosankan boleh
menyebabkan murid melakukan masalah tingkah laku dalam bilik darjah.
Bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah, guru boleh
mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menyibukkan diri murid dengan melibatkan murid
dalam aktiviti pembelajaran yang menarik. Semasa guru memberikan aktiviti secara
berkelompok, guru harus memendekkan penerangan yang diberikan oleh guru kepada murid
agar masa yang ada dapat digunakan oleh murid untuk berkolaborasi dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Namun begitu, guru hendaklah memastikan agar aktiviti tersebut tidak
menggunakan masa yang terlalu lama bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan dan
dengan itu akan timbul masalah salah laku dalam bilik darjah seperti bising dan menggganggu
rakan serta berjalan-jalan ke tempat duduk rakannya.
18
Model Pengurusan Kelompok Kounin ini mengutamakan keupayaan guru untuk
mengurus kumpulan dan mengurus pelajaran dalam bilik darjah. Dengan menggunakan model
jenis ini, guru berkemampuan untuk mengendalikan lebih daripada satu isu dan keadaan dalam
satu-satu masa, kelancaran aktiviti dapat berlaku dengan baik, mengekalkan fokus murid dan
mempelbagaikan teknik pengajaran. Dalam Journal Of Education For Teaching,Volume 7,Num
2,1981 yang dikompilasikan oleh Edgar Stores, Kounin, 1970,1977 menyatakan bahawa salah
satu masalah dalam pengurusan bilik darjah dalam bidang kajian ialah mengenai isu tentang
disiplin dan arahan.
Dalam menguruskan masalah dalam bilik darjah tersebut, Philip Jackson (1997)
menggunakan masa sebagai pemboleh ubah. Manakala Harris and Yinger (1986) memberi
pendapat pula bahawa walaupun peranan masa dalam pengajaran dan pembelajaran tidak
menyumbang dalam pemahaman proses dalam bilik darjah akan tetapi berpotensi dalam
memberi kefahaman terhadap pengaruh mekanisme yang menyumbang kepada proses dalam
bilik darjah.
Arlin (1979) menemui bahawa transisi dari satu aktiviti ke aktiviti lain akan mengganggu masa dan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam kelas akan menyumbang kepada peningkatan kadar tingkah laku yang tidak diingini. Kenyataan ini
jelas menampakkan peranan masa yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah. Untuk
mengelakkan keselisihan ini, beliau memberi cadangan untuk menstruktur semula transisi antara aktiviti supaya murid tahu apa yang perlu dibuat dalam waktu tersebut dalam usaha menangani tingkah laku distruptif. Kounin dan Doyle (1975) berpendapat bahawa
bukan saiz sesebuah kumpulan yang perlu diuruskan mempengaruhi penglibatan tetapi kapasiti seseorang guru dalam mengekalkan sumber berterusan dalam kelancaran berlakunya P&P. Apabila seseorang guru membaca dengan kuat, mendemonstrasi cara kerja sesuatu aktiviti atau murid-murid dikehendaki melaksanakan aktiviti secara individu, ini akan memastikan pengaliran signal masa yang terurus manakala perbincangan kumpulan dan aktiviti main peranan pula akan menyebabkan berlaku perubahan dalam signal kelancaran dan akan menyumbang kepada tungkah laku yang tidak diingini dalam masa sampingan. Kedua-dua tokoh ini mengetengahkan pendapat
bahawa pengurusan bilik darjah yang berstruktur dan terancang akan memastikan unsur luar yang memuncakan gangguan dapat dicegahkkan.
19
KESIMPULAN Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan
perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah
yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor
emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.
Guru perlulah mengenal pasti akan masalah dan punca berlakunya masalah
tingkah laku yang timbul agar dapat ditangani dengan segera. Peraturan yang jelas,
ringkas, dan penting perlulah dilaksanakan oleh guru agar bilik darjah berada dalam
keadaan yang terkawal.
Terdapat beberapa Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang boleh
digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah.
Guru perlulah melakukan sesuatu dan mengambil tindakan terhadap salah laku murid
agar tidak mengganggu seisi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
21
ULASAN PEMBENTANGAN ARTIKEL
PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESANOLEH MUHAMAD SUHAIMI TAAT
Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti
ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan
hubunganantara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilikdarjah lebih
kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat
seorang pengurus yang, baik seperti tegas, demokratik, pengasih, dan prihatin.
Untuk memastikan segala objektif dan matIamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan,
seorang guru hendaklah mengetahui dan memabami prinsIp-prinsip pengurusan bilik darjah.
Prinsip yang pertama adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar
dan guru yang berada dalam bilik satu bilik darjah berkongsi matlamat yang sama daIam proses
pengajaran dan pembelajaran, makakedua-dua belah pihak perlulah bekerjasama.
Prinsip'kedua adalah kepercayaan dan sikap optimis guru. Guru sebagai pengurus perlu
yakin dan percaya akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan
kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan
tugas tersebut. Justeru keikhlasan dan kegigihan guru adalah ditagih agarpelajar dapat
merasakan bahawa guru betul-betul inginkan suasana bilik darjah yang merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Prinsip ketiga pula adalah bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Kerjasama
antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang cekap dan
berkesan. Oleh itu, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang
selalu membuat masalah, guru seharusnya bersikap positif terhadap semua pelajar. Pelajar
yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru
mengambil berat terhadap mereka, mereka akan Iebih bersifat terbuka, mudah berkongsi
masalah dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
22
Dari sudut pengurusan di sekolah atau dimana-mana organisasi,terdapat dua istilah iaitu
langkah ‘corrective’ (memperbaiki) dan ‘preventive’ (mencegah). Bagi seorang guru mencegah
perlakuanpelajar adalah lebih baik daripada mengambil tindakanuntuk merawat atau
memperbaikinya. Sikap proaktif guru daIammewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah
akan berupayamenghalang perlakuan devian pelajarnya.
Beberapa langkah awal boleh dilaksanakan bagi memastikansikap positif pelajar.
Langkah pertama yang boleh diambil adalahdengan menetapkan rutin dan peraturan bilik
darjah. Rutin danperaturan yang telah ditetapkan oleh guru dan telah dipersetujuioleh semua
pelajar haruslah diamalkan dan dipatuhi.
Langkah kedua pula adalahmenetapkan prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk'menjadipengurus bilik darjah yang berkesan, guru perlu tegas dalammelaksanakan
segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan.Pelajar yang meIanggar rutin harus dihukum
mengikut proseduryang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakansegala
peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajarterhadap guru.
Seterusnyanya langkah ketiga adalah memberi dorongan positifkepadapara pelajar. Dari
aspek psikologi, pelajar adalah remaja biasa yang suka mencubasesuatu yang baharu dan
suka diberikan perhatian. Justeru, sebagai pengurus bilik darjah, guru perlu memberi dorongan
dan motivasikepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun
kecil perlu diberi pujian atau penghargaan yang sewajarnya kerana perlakuan yang positif itu
apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya.
Selain mengetahui dalam memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip
pengurusan bilik darjah, guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah
yang berkesan. Terdapat pelbagai faktor-faktor yangperlu diambil kira oleh seorang
Guru sebagai pengurus. Faktor-faktor tersebut akan dibincangkan dalam ruangan yang akan
dating.
27
REFLEKSIPenulisan refleksi ini menandakan bahawa tugasan pendek EDU3104 ini sudah
disempurnakan. Tugasan projek EDU3104 menghendaki guru pelatih untuk mengkaji mengenai sistem pengurursan bilik darjah yang berkesan berdasarkan pemerhatian di salah sebuah bilik darjah yang terpilih semasa menjalankan PBS (pengalaman berasaskan sekolah). Saya memilih kelas 4 Dinamik dari tahap 2 di sekolah kebangsaan Bangsar. Selain daripada kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah temu bual bersama guru kelas dan murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diingini.
Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya memperolehi beberapa pengalaman yang bermakna dan juga mengenal pasti kekurangan dalam diri untuk diperbaiki agar menjadi seorang guru yang efisyen dan mempunyai kemahiran dalam menguruskan bilik darjah. Salah satu kekuatan yang dapat saya terapkan dalam diri menerusi pelaksanaan tugasan ini ialah kaedah mendekati murid-murid sekolah rendah. Bukan mudah untuk berhadapan dengan kanak-kanak yang baru berumur 9-10 tahun kerana walaupun mereka kelihatan kecil dan mudah mesra tetapi adalah sukar untuk mengekstrak maklumat yang terutamanya memperlihatkan kekurangan dalam diri mereka atau guru mereka. Saya menggunakan kaedah kongsi pengalaman dan cabaran serta masalah yang saya hadapi semasa berada di darjah 2 dan ternyata kaedah tersebut berkesan kerana tanpa murid tersebut sedari, dia mula memberitahu rahsia dan kepahitan yang dialami dalam kelas tersebut dari aspek pembelajaran.
Menerusi tugasan ini, saya mempelajari beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh seorang guru mengenai cara mengurus masalah dalam bilik darjah terutamanya yang berbentuk gangguan disruptif. Selain itu, saya juga mengambil iktibar dari pengalaman guru-guru yang lama mengajar di sekolah tersebut. sebagai seorang pendidik saya sedar bahawa semua insan mempunyai keinginan untuk belajar tetapi bergantung kepada apa yang mereka hendak belajar sebenarnya. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk mengenal pasti kehendak pelajarnya dan gaya pembelajaran yang sesuai dan berusaha untuk memupuk ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni agar pembangunan modal insan selaras dengan kehendak negara dan Falsafah Pendidikan Negara berlaku dalam diri pelajarnya.
Saya juga mula memahami bahawa tugas seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga memupuk nilai disiplin dalam diri pelajarnya. Disiplin yang bagus akan membentuk akhlak yang mulia dan dihormati dalam jiwa dan batin pelajar dan secara tidak langsung masa depan yang cerah dan terancang terbentuk di hadapan pelajarnya itu.
Melihat kepada aspek kekurangan pula, saya mendapati bahawa tempoh untuk membuat pemerhatian dan mengkaji struktur dan keadaan dalam bilik darjah adalah sangat terhad. Sukar untuk menentukan perangai sebenar seorang murid dalam hanya seminggu. Tidak dapat dianfikan bahawa saya berasa khuatir yang tingkah laku murid yang saya kaji adalah lebih kepada perasaan mereka yang teruja kerana menerima guru baru.
28
Walaubagaimana pun, tugasan ini memberi saya semangat untuk menerokai perkara baru dalam bidang pendidikan terutamanya apabila mencari bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Lebih banyak bahan yang cari, lebih banyak ilmu yang saya perolehi. Pelbagai variasi kajian penyelidikan dan laporan kajian dapat saya tatapi dan fahami dan ini menimbulkan motivasi intrinsik dalam diri saya untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai pengurusan tingkah laku murid-murid dan bilik darjah.
Secara keseluruhannya, saya mendapat pengajaran yang baru terutamnya berkenaan pengurusan bilik darjah yang berkesan melalui pelaksanaan tugasan ini. Dengan ini saya berharap lebih tugasan dalam bidang ilmu pendidikan adalah berteraskan penerokaan pengalaman dan ilmu pengetahuan baru sebagai usaha membina landasan untuk guru pelatih dalam mencari diri sendiri.
Sekian.
29
BORANG KOLABORASI
Mata Pelajaran : Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku
Nama Pensyarah : Puan Norzeta Binti Erham
Tarikh Perkara Tandatangan pelajar
Tandatangan pensyarah
3 / 3/ 2014 Menerima soalan daripada pensyarah dan meneliti mengenai soalan yang diberikan
6/ 3 / 2014 Melakukan rujukan dan menganalisa maklumat
10/3/ 2014 Menyediakan rangka laporan
25 / 3 / 2014 Menaip kerja kursus dengan lengkap
31 /3 / 2014 Menghantar kerja kursus
30
JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS
Mata Pelajaran : Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah Laku
Nama Pensyarah : Puan Norzeta Binti Erham
Tarikh Perkara
3 / 3/ 2014 Menerima soalan daripada pensyarah dan meneliti mengenai soalan yang diberikan
6/ 3 / 2014 Melakukan rujukan dan menganalisa maklumat
10 / 3/ 2014 Menyediakan rangka laporan
25 / 2 / 2014 Menaip kerja kursus dengan lengkap
31 / 3 / 2014 Menghantar kerja kursus
31
BIBLIOGRAFISUMBER BUKU
Burns, J. (1978). Leadership. New York: Colophon Books
Haliza Hamzah, J.S. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar
Keith, S. G. (1991). Education, Management and Participation. New Directions in Edcational
Administration
Kounin, J. (1970). Discipline and Group Management in Classrooms. New York: Holt, Rinehart
& Winston.
Siccone, F. (1993). 101 Ways to Develop Student Self Esteem and Responsibility, Vol II.
Massachusetts: Library of Congress.
Skinner, B. (1974). About Behaviorisme. London: Penguin Books.
Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional
SUMBER JURNAL PENYELIDIKAN
Ahmad, D. H. (Jan 2013). Leadership Management Styles and Educational Effectiveness.
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan , 30-46.
Arlin, M. (1979). Teacher transition can distrupt time flow in classrooms. America Education
Research Journal , 42-56.
Brookfield, S. (1990). Expanding Knowledge about How We Learn. Learning to Learn Across
The Life Span , 123-136.
32
SUMBER INTERNET
http://www.slideshare.net/AkhiarP/konsep-pengurusan-bilik-darjah
http://www.slideshare.net/NoorulRosli/pengurusan-bilik-darjah-psikologi-pendidikan
http://www.uhemppdsdk.myeducare2u.com/bahan/PengurusanBilikDarjah.pdf
top related