demokrasi di malaysia
Post on 06-Oct-2015
36 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
DEMOKRASI DI
MALAYSIA
-
CIRI-CIRI DEMOKRASI
CIRI-CIRI
DEMOKRASI
Pembentukan kerajaan berdasarkan undian majoriti
Boleh menubuhkan lebih dari satu parti politik
Warganegara berhak mengunding atau
bertanding
Mengutarakan kebebasan asasi warganegara
-
AMALAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan -meletakkan YDPA sbg Ketua Negara menerusi pentadbiran Raja Berperlembagaan.
syarat - pembahagian kuasa -3 bahagian di dalam pemerintahan, - Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Pemilihan pemimpin dibuat melalui sistem pilihan raya setiap lima tahun sekali. Proses pilihan raya dilaksanakan oleh sebuah suruhanjaya bebas dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.
Demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah bercorak Demokrasi Berparlimen dimana wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat tadi akan menduduki Parlimen yang menjalankan pemerintahan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
-
KONSEP-KONSEP UTAMA
SISTEM DEMOKRASI
Prinsip
Demokrasi
Berparlimen
Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan
ParlimenParlimen PerlembagaanPerlembagaan
Sistem PemerintahanSistem Pemerintahan Kebebasan AsasiKebebasan Asasi
-
PARLIMEN
Parlimen melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen dimana ahli-ahlinya adalah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali.
pemegang kuasa perundangan Persekutuan Malaysia yang mengandungi: Yang di-Pertuan Agong - memperkenankan
rang undang-undang Dewan Negara - membahaskan dan
meluluskan undang-undang Dewan Rakyat - menggubal undang-undang
-
YDPA
dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja -menjadi sebahagian daripada Parlimen, namun tidak mempengerusikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua Dewan apabila perlu dan ini hanya dilakukan pada permulaan setiap sesi Parlimen yang bermula pada awal tahun.
Baginda menjalankan tugas-tugas berikut: -
Memanggil mesyuarat Parlimen
Menamatkan penggal Parlimen (mengikut nasihat Jemaah Menteri
Membubarkan Parlimen
-
Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang terdiri daripada 2 kategori:-
26 orang ahli adalah dari 13 buah negeri, setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli. Ahli-ahli ini adalah dipilih oleh Majlis Undang-undang Negeri di bawah perkara 45(1) (a) Perlembagaan Persekutuan
44 orang ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, termasuk dua orang ahli dari Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan
Kedudukan ahli Dewan Negara :- Seorang ahli menyandang jawatannya selama tiga tahun dan
tempoh itu tidak terjejas oleh pembubaran Parlimen Perlantikan ahli-ahli Dewan Negara kategori pertama dilakukan
oleh Dewan Undangan Negeri Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah berjasa dalam perkhidmatan awam. Lapangan ikhtisas dan perkhidmatan masyarakat
Ahli-ahli Dewan Negara memilih seorang Yang di-Pertua dan seorang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan Majlis
-
Dewan Rakyat
terdiri dari 193 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum setiap lima tahun.
Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya.
Pemilihan ahli-ahli dijalankan setiap lima tahun sekali.
-
Perlembagaan
Satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara.
Melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Merupakan sumber undang-undang negara, semua pihak perlu akur pada undang-undang Perlembagaan kerana kandungan Perlembagaan dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.
-
Sistem pemerintahan
Corak pemerintahan di Malaysia adalah berbentuk pengasingan kuasa.
Setiap badan dibahagikan tugas mengikut kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan.
Kuasa tertinggi bagi ketiga-ketiga badan tersebut ialah Yang DiPertuan Agong.
Kuasa tertinggi bagi badan perundangan ialah Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri, kuasa tertinggi bagi badan pentadbiran ialah Perdana Menteri dan bagi badan kehakiman ialah Ketua Hakim Negara.
-
Kebebasan asasi
Prinsip demokrasi yang di Malaysia mengutamakan soal kebebasan asasi setiap individu.
Perlembagaan menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu tetapi kebebasan ini juga ada hadnya seperti kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan dan bergerak.
-
Sekatan terhadap kebebasan individu telah dimaktubkan oleh beberapa Akta
dan Ordinan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Ordinan Hasutan
Ordinan Perintah Awam
Ordinan Pencegahan Jenayah
Peraturan Penting
-
Perbandingan corak pemerintahanAUTOKRASI MONARKI REPUBLIK
Pemerintahan hanya dipegang oleh satu individu atau sekumpulan individu sahaja.
Pemerintah autokrat mempunyai kuasa tanpa had dan tidak bergantung pada mana-mana pihak untuk sokongan.
Pemerintahan oleh seorang Raja secara turun temurun.
Kuasa Raja adalah mutlak, dihadkan oleh perlembagaan dan hanyalah sebagai simbolik.
Raja menjadi ketua negara tapi kebanyakkan negara menghadkan kuasa Raja melalui Perlembagaan.
Contoh England.
Pemerintahan oleh seorang Presiden atau Ketua Negeri.
Cth: China, Perancis, Filipina.
-
Pilihanraya objektif Aksi atau tindakan seseorang warganegara yang cukup syarat-
syaratnya itu membuang undi atau memilih calon atau wakil yang pada pertimbangannya boleh dan berupaya mewakili komuniti dalam sesuatu kawasan pilihanrayanya.
Proses pemilihan wakil ini dinamakan mengundi. Keseluruhan proses yang bertujuan untuk menentukan calon mana atau parti mana yang menang atau membentuk kerajaan itulah yang dikenali sebagai pilihanraya.
Pengundian dilakukan secara rahsia dan bebas. Ini bermakna tiada sesiapa yang mengetahui siapa yang dipilih oleh seseorang pemilih.
Pilihanraya adalah penting kerana ia memberi mandat dan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di dalam Kerajaan. Ini bersesuaian dengan prinsip kebebasan seseorang rakyat.
Di Malaysia terdapat dua jenis pilihanraya iaitu pilihanraya kecil dan pilihanraya umum. Pilihanraya umum diadakan untuk seluruh negera untuk tempoh lima tahun sekali manakala pilihanraya kecil tidak mempunyai jadual masa tertentu dan tidak memerlukan pembubaran salah satu Dewan di Parlimen.
-
Pilihanraya diadakan??
Dari segi prinsipnya, pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali. Namun demikian, pilihan raya boleh diadakan sebelum sampai tempoh tersebut.
Dalam kedua-dua keadaan ini, Parlimen perlu dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat atau permintaan Perdana Menteri bagi peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri pula dibubarkan oleh Raja/Yang Dipertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
-
Tempoh ini memadai bagi pihak yang bertanding bersiap sedia, berkempen dan membentuk strategi-strategi tertentu dengan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang yang ditetapkan.
Dari segi praktiknya, jangka masa selama lima tahun ini adalah sesuai. Ini kerana perbelanjaan untuk mengadakan satu-satu pilihanraya umum amatlah besar dan ia melibatkan wang negara yang sudah tentu wang rakyat juga.
Dari aspek lain, adalah munasabah bahawa pihak kerajaan atau parti yang baru mendapat mandat rakyat untuk memerintah tidak menghadapi pilihanraya berikutnya begitu cepat.
Pilihan raya kecil diadakan bila berlaku kematian Wakil Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau kekosongan kerusi atas sebab tidak menghadirkan diri dalam persidangan untuk satu tempoh yang ditetapkan.
-
PILIHANRAYA
Untuk memilih orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi.
ELECTION
To select a person who can stand for the people's
priorities in matters within the authority of the
organization.
PILIHANRAYA
Untuk memilih orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi.
ELECTION
To select a person who can stand for the people's
priorities in matters within the authority of the
organization.
CALON / CANDIDATESCALON / CANDIDATES PENGUNDI / VOTERSPENGUNDI / VOTERS
-
SPR..
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113) telah memperuntukkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya.
Suruhanjaya ini bebas daripada kawalan Kerajaan. Pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga orang ahlinya dilantik
oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-Raja. Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya: Memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun. Tidak boleh dipecat kecuali melalui satu tribunal yang
ditubuhkan. Hanya boleh dipecat atas sebab:
Muflis Memegang jawatan berpendapatan Menjadi ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri Kelakuan tidak baik, kelemahan tubuh badan dan tidak
berkeupayaan.
-
Tugas2 Suruhanjaya:
Mengkaji hal-hal tentang sempadan kawasan pilihan raya
Menyemak dan mengubah kawasan-kawasan pilihan raya
Menerima rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihan raya.
Memastikan calon yang bertanding memenuhi kelayakan untuk menjadi calon yang sah.
Menyedia dan menyemak daftar pengundi
Memastikan pengundi yang sah sahaja layak membuang undi
Menguruskan pengundian melalui pos
-
Pengundi Pengundi atau pemilih adalah individu yang mempunyai hak dan
kelayakan untuk membuang undi dalam pilihanraya. Dalam Perlembagaan Persekutuan, seseorang yang layak mengundi
ialah seseorang yang: Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan Bermastautin di dalam sesuatu kawasan pilihan raya pada tarikh
kelayakan Seseorang yang mencapai tahap kelayakan hendaklah mendaftar pada
daftar pengundi untuk membolehkannya mengundi. Bagi warganegara yang bermastautin di luar kawasan pilihan raya;
mereka dibenarkan mengundi melalui pos seperti: Anggota perkhidmatan awam Pegawai SPR Anggota polis Pegawai tentera yang sedang bertugas Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara
Seseorang itu hilang kelayakan sekiranya: Tidak sempurna akal Sedang menjalani hukuman penjara Dijatuhi hukuman mati
-
Calon
Calon merupakan individu yang mewakili mana-mana parti politik atau pihak perseorangan yang layak untuk bertanding dalam pilihanraya.
Syarat-syarat kelayakan menjadi calon ialah:
Seseorang warganegara Malaysia
Sempurna akal
Berumur 21 tahun ke atas
Mempunyai ketaatan yang penuh pada negara
Tidak muflis
Tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan
Tidak pernah didenda $2000 ke atas
-
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan tarikh
penamaan calon dan mengundi
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan tarikh
penamaan calon dan mengundi
Penamaan CalonPenamaan Calon
Menyiapkan manifestoMenyiapkan manifesto
Kempen pilihanrayaKempen
pilihanraya
Suruhanjaya Pilihanraya
memberitahu tempat mengundi
dan tempat mengira undi
Suruhanjaya Pilihanraya
memberitahu tempat mengundi
dan tempat mengira undi
Tempat mengundi
Diberi kertas undiMemangkah calon yang dipilihKertas undi dimasukkan dalam Peti undi
Tempat mengundi
Diberi kertas undiMemangkah calon yang dipilihKertas undi dimasukkan dalam Peti undi
Pusat mengira undi
Pusat mengira undi
Pengumuman keputusan pilihanraya
Pengumuman keputusan pilihanraya
PROSES PILIHANRAYA
top related