dasar sosial negara
Post on 07-Dec-2015
227 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pengenalan
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan
nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan
kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia
yang maju dan mantap.
Matlamat
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu,
berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Objektif
Objektif Umum
1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan
memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hidup secara berterusan.
Objektif Khusus
1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara
menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan
menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial; dan
- Menjana sinergi multisektor.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti yang
berikut:
Objektif 1: Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat
Dipenuhi
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu,
keluarga dan masyarakat berhak menikmati:
- Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya;
- Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan;
- Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni;
- Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan,
pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat; - Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang
dilindungi oleh undang-undang; dan
- Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:
1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan
masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus
pembangunan negara.
2. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan
asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
3. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap
individu, keluarga dan komuniti.
Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat
Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu
tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik,
taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap
keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan
mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai
matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan
hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan
dan kasih sayang sepanjang hayat.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2:
1. Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam
keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.
2. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan
berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan
mangsa oleh anggota masyarakat.
3. Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun)
mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan selsel
otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh,
peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat di
dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan
komuniti.
4. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah
rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda
melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.
5. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan,
peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan
mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai
persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya
kelak.
6. Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun,
yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi
sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan
tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial. 7. Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk
menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta
perubahan dalam kerjaya.
8. Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas)
yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan kematangan,
pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang
dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap
tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.
9. Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang
memerlukannya dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan mereka tidak
tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan
berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka.
10. Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat.
11. Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan
program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan anggota
kumpulan berkaitan.
Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan
Perkhidmatan Sosial
Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia
wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan
organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan
berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu,
sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu
saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang
memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:
1. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang
saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap
ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi
setiap individu.
2. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam
masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di
dalam dan di antara kaum yang berbeza.
3. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan
sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara,
menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta
menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.
4. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai
kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif,
relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.
5. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial
serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu
tanggungjawab asas.
6. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial
mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan
teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar. 7. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor
menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan
bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan
kumpulan sasarnya.
8. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar
supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem
amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial.
9. Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi
membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi perkhidmatan sosial.
10. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA)
digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua program dan aktiviti
pembangunan awam dan swasta.
11. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk
sosial yang lengkap bagi memantau secara objektif dan tepat berkaitan kemajuan
pembangunan sosial.
12. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci,
objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta menyebarkan
kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha
yang diambil untuk menanganinya adalah cekap dan berkesan.
13. Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai
kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak formal agar anggota
masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan.
14. Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada
semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat bimbingan serta menentukan
perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separaprofesional.
15. Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang
ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat
dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya.
16. Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan
pendampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan
dan bimbingan.
17. Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang
terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk mengendalikan berbagai
jenis krisis sosial dengan berkesan.
18. Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan
pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.
19. Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman degan kadar yang tidak
membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat keputusan
tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat.
20. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi
perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi keperluan anggota
masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.
21. Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui
penubuhan kelompok sokongan.
22. Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha
mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk semua kumpulan
sasar.
Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta
dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam
masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua
anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi
dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat
dioptimumkan.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:
1. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri,
daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan
kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi
menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial.
2. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di
peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana,
memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan
perkhidmatan sosial dalam masyarakat.
3. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial
di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.
4. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan
sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal
dan ekonomi yang pesat.
5. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar
umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.
6. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial
dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa
mengira perbezaan ideologi atau parti politik.
7. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan
sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela
yang memberi khidmat kepada masyarakat.
8. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu
menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara
teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.
9. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam
proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk
memajukan diri, keluarga dan komuniti.
Penutup
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai
dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan
pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi
suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang
maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu
dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan
sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam,
swasta dan sukarela.
Sumber : Bahagian Pengembangan dan Pembangunan PINTAS, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan M
Published: 17 March 2015
Hits: 639
Dasar Sosial Negara ialah dasar payung yang merangkumi falsafah dan semua
dasar pembangunan sosial berteraskan kepada:
a) Perlembagaan
b) Rukunegara
c) Wawasan 2020 Malaysia
d) komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara adalah suatu dasar strategik yang setara dengan mana-mana
dasar-dasar utama yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional dan juga Dasar Pembangunan Wawasan yang telah dilancarkan lebih
awal.
Dasar Sosial Negara memberikan panduan di dalam
pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sosial,
setanding dan seiring dengan pembangunan ekonomi
untuk menghasilkan suatu kemajuan masyarakat yang
mantap dan seimbang.
Perspektif 'Sosial' dalam Dasar Sosial Negara merujuk kepada kehidupan serta
jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dengan
anggota-anggota lain masyarakat dalam persekitaran yang baik dan
memberangsangkan.
Dalam mencapai kepuasan serta kecemerlangan hidup bermasyarakat, setiap
individu berhak menikmati keperluan asas dan keperluan-keperluan lain melalui
penyampaian perkhidmatan sosial yang merangkumi aspek:
kebajikan masyarakat
kesihatan
pendidikan
pekerjaan
perumahan
penghayatan nilai dan budaya
keselamatan
persekitaran yang sihat.
Dasar Sosial Negara ini dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut:
1. Bahagian I : Penyataan Dasar
2. Bahagian II : Penyataan Matlamat
3. Bahagian III : Rasional
4. Bahagian IV : Objektif
5. Bahagian V : Strategi
6. Bahagian VI : Jentera Pelaksanaan
PENYATAAN DASAR
Dasar Sosial Negara ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai
murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional, kesejahteraan hidup dan masyarakat Malaysia yang
maju serta mantap.
PENYATAN MATLAMAT
Dasar Sosial Negara bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan
mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat
berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri serta
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri :
- bersatu padu
- berdaya tahan
- demoktratik
- bermoral
- bertoleransi
- progresif
- penyayang
- adil
- saksama
- selaras dengan matlamat Wawasan 2020
RASIONAL
Pembangunan ekonomi diperakui sebagai prasyarat kepada pembangunan negara.
Walau bagaimana pun pembangunan ekonomi semata-mata tidak menjamin
pembangunan yang holistik. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep
pembangunan holistik yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi
dengan pembangunan dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
Pertimbangan terhadap aspek ekonomi dan mutu kehidupan seharusnya tidak
membataskan konsep maju kepada aspek-aspek yang boleh diukur secara
kuantitatif semata-mata. Penekanan sewajarnya adalah perlu terhadap aspek
kualittiatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan
budaya.
Sesebuah negara maju mengikut acuan dan kefahaman kita perlu membiasakan
kemajuan hidup manusa dalam semua dimensinya kerana pada akhirnya kemajuan
perlu diukur dari perspektif kemanusiaan. Matlamat utama pembangunan ialah
kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhan iaitu kesejahteraan rohani,
jasmani dan alam fizikal.
Dalam hubungan ini, usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor sentripetal
seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya
yang mendorong anggota masyarakat untuk saling berkomporomi dan bekerjasama
demi mempertahankan kepentingan bersama dalam merealisasikan masyarakat
maju dan mantap.
Wawasan 2020 menyenaraikan 9 cabaran atau matlamat khusus yang perlu dicapai
di mana kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 bermaksud mencapai
pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Selaras dengan itu, visi
Dasar Sosial Negara adalah untuk meterjemahkan semangat dan prinsip Wawasan
2020 ke dalam pelbagai program dan aktiviti untuk pelaksanaannya.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama, budaya, gender dan fahaman politik dan wilayah dapat menyertai dan
memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hdiup secara berterusan.
Objektif Khusus
Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara
menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan
nilai-nilai murni di setiap peringkat perlaksanaannya.
Objektif 1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi. Bagi
menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu,
keluarga dan masyarakat berhak menikmati:
Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan.
Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.
Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan,
pekerjaan, kerjaya, kerohanian dan maklumat.
Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang
dilindungi oleh undang-undang.
Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Objektif 2
Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat. Segala tindakan
adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa
membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik,
taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan terhadap
keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan
mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapati
matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha
berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan
menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.
Objektif 3
Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan dan Perkhidmatan
Sosial. Usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang
sedia wujud iaitu :
- sistem keluarga
- komuniti
- kumpulan etnik
- agama
- pendidikan
- organisasi sosial
untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara
optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan
yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu
saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang
memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.
Objektif 4
Menjana Sinergi Multisektor. Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara
sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya
wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan
perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan
konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan
dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dan diatasi agar
penggunaan sumber tenaga dapat dioptimumkan.
STRATEGI
Pelbagai strategi telah dan akan terus dikenalpasti bagi mencapai setiap objektif ini.
JENTERA PELAKSANA
Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada pewujudan satu struktur yang
mantap di semua pengikat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian program dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial yang
dilaksanakan oleh semua agansi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela.
Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara,
maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera
penyelarasan pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan tertinggi
ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri
daripada Menteri-menteri Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial, Kementerian
Perpaduan Negara dan Pambangunan Masyarakat akan bertindak sebagai
Urusetia.
Majlis Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara
dan Jawatankausa Kerja Pembangunan Sosial Negara di peringkat persekutuan. Di
peringkat negeri dan daerah struktur yang sedia ada, iaitu Majlis Pembangunan
Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja
Pembangunan Daerah akan digunakan bagi menyelaras perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian progaram-program dan aktiviti-aktiviti
sosial.
PENUTUP
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan
pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada
perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan sosial.
Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut
acuannya sendiri. Pelaksanaan Daar Sosial Negara akan dipantau bagi memastikan
kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya
bergantung kepada komitmen, sokongan, kerjasama sektor awam, swasta dan
sukarela
top related