contoh rph tahun 5 bm
Post on 13-Sep-2015
127 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tarikh /Hari: 23 Jun 2015Tahun: 5 DedikasiBilangan Murid: Masa: 11.00 - 12.00 pagiMata pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: Keindahan SeniTajuk: Pulut Kuning Warisan Bersama
STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan terhadap ayat Tanya yang mengandungi kata tanya dengan betul.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Memberi respon secara lisan terhadap sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ayat tanya yang mengandungi kata tanya dengan betul.Sistem Bahasa Kata tanya : Apakah, Mengapa, DimanaPengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Peraturan Sosiobudaya Nilai Murni : Semangat Bermasyarakat Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan KP : Interpersonal, verbal-linguistikKonsep 5PPenggabungjalinan : kemahiran lisan dan kemahiran membacaPenyerapan : Pendidikan MoralPengayaan : Pemulihan : Penilaian : Penilaian Formatif
Bahan Bantu MengajarBil.Bahan bantu mengajarKuantiti
1.Buku teks
2.Kad gambar5
3.Papan tulis1
Pengetahuan sedia ada : Pernah makan dan kenal pulut kuning.
Langkah /MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan
Set induksi5 minitSoalan:1. Adakah murid-murid kenal objek yang terdapat dalam kad-kad gambar ini?2. Dimanakah murid-murid pernah lihat makanan seperti ini?3. Apakah nama makanan ini?4. Siapa pernah makan makanan ini?5. Makanan ini berasal dari mana?
Jawapan cadangan:1. Objek dalam gambar ini ialah makanan warisan.2. Saya pernah lihat makanan ini semasa kenduri kahwin.3. Ini ialah pulut kuning, ayam golek4. Saya pernah makan semasa kenduri jiran saya,
Gambar rujuk lampiran 1
1. Guru memaparkan kad-kad gambar tentang makanan warisan.2. Guru menerangkan tentang gambar-gambar berkenaan makanan warisan tersebut.3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.
BBM Kad Gambar
ILMU Pendidikan Seni Visual
KP Kontekstual Verbal-linguistik
KB Menghubungkaitkan Mengecam Membuat gambaran mental
Langkah 115 minitTeks bacaan rujuk buku teks Bahasa Malaysia muka surat 1021. Guru membaca secara lantang teks.2. Guru mengarahkan murid-murid untuk membaca senyap teks.3. Guru menerangkan kaitan dialog atau perbualan dengan teks yang dibaca.
BBM Buku teks
NILAI MURNI Hormat-menghormati Menghargai jasa
ILMU Sejarah Pendidikan Seni Visual Jati diri.
KP Interpersonal
BCB Bacaan laju Kemahiran lisan
Langkah 220 minitSoalan :1. Apakah tujuan dan peranannya, nenek?2. Mengapakah pulut ini perlu diwarnakan dengan warna kuning?3. Dimanakah pulut kuning ini sering dihidangkan?4. Apakah keistimewaan pulut kuning dalam masyarakat Melayu?
Jawapan :1. Peranannya ialah lambang kesyukuran bagi sesuatu kejayaan yang dicapai.2. Pulut ini diwarnakan kuning kerana merupakan warna diraja dan simbol penghormatan yang tertinggi.3. Pulut kuning ini sering dihidangkan dalam majlis berkhatam al-Quran, majlis perkahwinan dan majlis kenduri.4. Keistimewaan pulut kuning dalam masyarakat Melayu ialahhidangan pulut ku ning merupakan hidangan istimewa golongan bangsawan pada zaman kegemilangan.
1. Guru mengeluarkan soalan daripada teks yang dibaca pada langkah tadi dan menulisnya pada papan putih.2. Guru akan memilih beberapa orang murid secara rawak menjawab soalan tersebut yang berupa dialog atau perbualan secara lisan.3. Guru akan bertanyakan semula jawapan untuk soalan tadi secara terbuka kepada semua murid-murid. 4. Guru akan bertanya kepada murid tentang kata tanya yang ada dalam teks.
BBM Buku teks Kad gambar
ILMU Sejarah Pendidikan Seni Visual Jati diri.
KP Interpersonal Verbal-linguistik
BCB Kemahiran lisan Memproses maklumat
Langkah 315 minitKata tanya :1. Siapakah2. Bilakah3. Bagaimanakah4. Mengapakah5. Dimanakah6. Apakah
Ayat tanya :1. Siapakah nama kawan kamu?2. Bilakah waktu rehat?3. Bagaimanakah cara membuat kek lapis?4. Mengapakah kita harus membansuh tangan sebelum makan?5. Dimanakah letaknya Gunung Kinabalu?6. Apakah hobi kamu?
1. Guru menyenaraikan beberapa jenis kata tanya dengan contoh ayat tanya yang sesuai.2. Guru mengarahkan murid-murid untuk membina ayat tanya secara lisan berdasarkan kata tanya yang diberi.3. Murid-murid diarahkan untuk mencatatkan jawapan untuk aktiviti bina ayat dalam buku latihan masing-masing.
BBM Papan tulis Pen penanda
Penutup5 minitRumusan isi pelajaran: Hormat-menghormati Menghargai jasa1. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.2. Guru mengingatkan murid-murid untuk menghargai makanan warisan.3. Guru pujian kepada usaha murid dan memberikan galakan kepada murid lemah.4. NILAI MURNI Hormat-menghormati Menghargai jasa
top related