contoh jurnal reflektif praktikum

Post on 02-Nov-2015

301 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

di isi dalam fail praktikum

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Jurnal PraktikumBilangan Jurnal: 1Minggu Praktikum: PertamaTarikh Peristiwa: 13 April 2015 hingga 17 April 2015Tajuk Jurnal: Masalah Pengurusan Masa dalam Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

1. Masalah/ peristiwa:Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah kelewatan masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan sewaktu pengajaran dijalankan. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan selama sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan kerana murid-murid memakan masa yang agak lama untuk menjalankan sesuatu aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 2. Analisis:Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu, saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini. Murid memakan masa untuk menjalankan aktiviti membuat poskad semasa mengajar tajuk Tempat Tinggal Saya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan masa pembelajaran terganggu.3. Cadangan Untuk Memperbaiki:i. Saya sewajarnya lebih membaca buku-buku yang mempunyai perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik.ii. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P.iii. Bagi memastikan sesuatu aktiviti berjalan dengan lancar, saya sewajarnya menyediakan lebih banyak BBM dan BBB bagi membantu murid membuat hasil kerja seni dengan cepat.iv. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.4. Tempoh masa:Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenal pasti masalah. Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P.5. Penilaian Kejayaan:Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya.6. Tindakan Susulan:Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti yang bersuaian dengan masa yang diperuntukkan iaitu mengambil kira masa murid menjalankan aktiviti di samping menyuruh murid untuk bergerak pantas. Jadi, saya akan bersedia dengan pelan B bagi mengelakkan daripada masalah pengurusan masa.

Disemak oleh Guru Pembimbing :Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan :________________________Nama :________________________Tarikh :________________________

Tandatangan :_______________________Nama :_______________________Tarikh :_______________________

top related