contoh buku manual
Post on 24-Jul-2015
243 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pengenalan Portable Snooker
Portable snooker sebenarnya adalah projek membina meja snuker untuk kanak-kanak dalam
lingkungan usia 5 tahun. Saiz meja snuker tersebut semestinya khas dan sesuai untuk kanak-
kanak yang masih kecil. Ciri keselamatan dan mesra alam merupakan ciri-ciri utama produk ini.
Produk ini juga sudah semestinya mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta kaedah
penyimpanannya yang mudah.
Bahan-bahan
Bahan-bahan utama dalam membina meja snuker ini ialah bahan yang mesra alam iaitu kayu
formika, kayu kanbe, pengilat kayu, karpet, engsel, dan jaring. Selain itu, kami telah
menambah beberapa peralatan untuk melengkapkan projek kami sebagai satu permainan
dalaman. Antara peralatan yang diperlukan untuk projek kami ini ialah bola snuker, kayu
snuker, dan snooker triangle. Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan yang selamat
untuk penggunaan kanak-kanak, iaitu bahan yang tiada toksid, mahupun bahan-bahan kimia
yang berbahaya.
Keselamatan
Kanak-kanak merupakan golongan yang perlu diambil kira tentang keselamatan mereka.
Sehubungan dengan itu, dalam proses pembuatan projek kami ini, faktor keselamatan menjadi
faktor yang paling kami utamakan. Contohnya seperti jenis bahan dan saiz yang digunakan
untuk aksesori bagi permainan ini terutamanya bola snuker. Kami telah menitikberatkan tentang
saiz bola snuker agar kemungkinan berlaku kemalangan dapat dikurangkan dan diminimakan
kerana seperti yang kita ketahui bahawa kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam
mulut mereka tanpa mereka berfikir. Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan sesuatu yang
tidak diingini dari berlaku kami telah memilih saiz bola yang bersaiz sederhana. Selain itu juga,
kami telah menitikberatkan tentang bahan kimia yang digunakan serta cuba mencari bahan yang
selamat dan sesuai bagi kanak-kanak agar tidak berlaku keracunan. Kayu yang digunakan juga
telah dilicinkan dan dikilatkan agar semilu kayu tidak akan mencederakan kanak-kanak tanpa
sengaja. Setelah semua ciri-ciri keselamatan diambil kira untuk permainan ini, kami yakin
bahawa ibu bapa tidak akan teragak-agak untuk membeli permainan ini untuk anak mereka.
UKURAN PORTABLE SNOOKER ( 3 D)
UKURAN PORTABLE SNOOKER ( 2 D)
LAKARAN PORTABLE SNOOKER
top related