complete edu3107
Post on 27-Apr-2017
272 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
1.0 PENDAHULUANDalam konteks pendidikan di Malaysia, guru dan murid merupakan suatu elemen yang penting
dalam mewujudkan persekitaran di sekolah. Perhubungan antara guru dan murid secara tidak
langsungnya telah mewujudkan suatu persekitaran yang terdiri daripada pelbagai situasi.
Contohnya, guru berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran,
tingkah laku, disiplin dan sebagainya.
Dewasa ini, kita sering membaca di dada akhbar mengenai pelbagai masalah dan krisis
yang melanda murid mahupun guru di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, pelbagai
masalah yang melibatkan murid di sekolah begitu hangat diperkatakan ketika ini. Menurut
Sapora Sipon (2000), di antara tahun 1990 hingga 1996 sejumlah 4045 remaja lelaki dan 166
remaja perempuan di antara umur 13 hingga 16 tahun didapati telah melakukan kesalahan
juvenil. Manakala, akhbar Harian Ekspress (27 Mei 2000) melaporkan seramai 43 penuntut
sekolah di sebuah daerah Sabah terlibat dalam pelbagai jenayah seperti mencuri dan
mengakibatkan kecederaan sepanjang tempoh lima tahun persekolahan. Akhbar Utusan
Malaysia (22 November 2003) pula menyiarkan berita pergaduhan antara dua kumpulan murid
sekolah yang melibatkan pergaduhan dan peras ugut. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah merupakan suatu pendekatan yang bijak sebagai usaha menangani
pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid serta untuk mencari jalan keluar agar individu yang
menghadapi konflik menemui kesejahteraan (Utusan Malaysia, Mac 2000). Rentetan itu, saya
berpendapat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga merupakan saluran dan
landasan yang betul bagi menangani sesuatu krisis mahupun masalah yang terdapat di
sekolah.
Secara umumnya, bimbingan atau dalam bahasa Inggerisnya, guidance bermaksud
memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan pula, tokoh-tokoh
memberikan pendapat masing-masing tentang konsep bimbingan ini. Menurut Crow dan Crow
(1983), bimbingan dalam aspek pendidikan merujuk kepada pertolongan atau bantuan yang
diberikan dengan kaedah yang betul kepada murid berkenaan. Manakala, Abdul Rahman
Khalid (2005) menyatakan bahawa bimbingan merupakan satu konsep pendidikan yang
melibatkan pengalaman yang dapat membantu setiap murid untuk memahami, menerima
dirinya dan menyesuaikan dirinya secara efektif dan harmonis dalam sesuatu masyarakat. Oleh
itu, saya merumuskan bahawa bimbingan bermaksud sesuatu bantuan sama ada berbentuk
nasihat ataupun pertolongan yang diberikan kepada individu mahupun kelompok untuk
menjadikan mereka lebih baik berbanding sebelumnya.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Manakala, terma kaunseling yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu
counseling membawa maksud memberi bantuan psikologi dan nasihat kepada seseorang.
Setiap tokoh mempunyai pandangan masing-masing terhadap terma tersebut. Boy dan Pine
(1986) pula mendefinisikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka yang mana
seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Selain itu juga, terma
kaunseling diterjemahkan sebagai satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang
dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu seting yang professional dan
melalui pula hubungan hubungan dimudahcara bagi mewujudkan perubahan-perubahan
tingkah laku klien ( Pepsinky dan Pepsinky, 1954). Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa
kaunseling merupakan sesi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu
mahupun kelompok dalam satu suasana yang memberangsangkan serta melalui pendekatan
dan kaedah kaunseling tertentu.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam
agenda pendidikan di negara kita terutamanya bagi mencapat matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan menyambut cabaran Wawasan 2020. Pelaksanaannya juga adalah sejajar
dengan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu memberi perkhidmatan
penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid, memberi khidmat
pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku, memberi
khidmat bersifat pemulihan untuk mengorientasikan semula murid yang bermasalah dan
memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukannya (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1993).
Sebagai persediaan kepada bakal guru menghadapi dunia sebenar profesion ini, suatu
tugasan yang melibatkan kursus EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak telah
diberikan kepada para guru pelatih Semester 7. Tugasan yang diberikan adalah melibatkan dua
sub-tugasan iaitu program bimbingan dan laporan sesi kaunseling. Tugasan tersebut
merupakan penilaian yang akan diberikan oleh pensyarah kepada guru pelatih terhadap kursus
ini. Di akhir kerja kursus ini, guru pelatih diharapkan dapat memahami konsep, teori,
pendekatan dan pengaplikasian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada masa akan
datang.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
2.0 SUB-TUGASAN 1 : PROGRAM BIMBINGANTugasan 1 ialah tugasan yang melibatkan penganjuran program bimbingan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa sub-tugasan 1 yang diberikan adalah
bertepatan dengan konsep bimbingan yang diutarakan oleh beberapa orang tokoh iaitu untuk
membantu individu mahupun kelompok mencapai kehidupan yang lebih baik.
Dalam sub-tugasan 1, guru pelatih perlu menyediakan kertas kerja bagi melaksanakan
program bimbingan yang dipilih. Seterusnya, saya juga perlu melaksanakan program yang telah
dirancang itu. Melalui pelaksanaan tersebut, saya perlu menganalisa dapatan penilaian yang
diberikan oleh murid terhadap penganjuran program tersebut sama ada berkesan ataupun
sebaliknya. Selepas melaksanakan program tersebut, saya perlu membuat refleksi tentang
kekuatan dan kelemahan program bimbingan yang dianjurkan dan seterusnya membuat
penambah baikan untuk penganjuran program bimbingan pada masa akan datang.
Program yang dianjurkan ini adalah melibatkan murid Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Sasaran murid adalah seramai 30 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi yang terdiri
daripada murid berkefungsian tinggi dan berkefungsian rendah. Program bimbingan ini
dilaksanakan di sekolah tersebut adalah kerana saya telah menjalani latihan praktikum di
sekolah terbabit. Menurut Amla Salleh at. al (Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, 2006)
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah Malaysia perlu berlandaskan kepada
empat pendekatan iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Saya telah memilih
pendekatan perkembangan iaitu membantu murid ke arah amalan yang lebih baik. Hal ini
adalah kerana saya mendapati bahawa murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi di
sekolah tersebut kurang prihatin terhadap amalan menabung. Buktinya, semasa menjalankan
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya telah bertanyakan soalan yang berkaitan
dengan amalan menabung dan meminta murid memberi respon. Walaubagaimanapun, saya
mendapati bahawa rata-rata murid tidak dapat memberi respon yang positif semasa aktiviti
tersebut dilaksanakan. Sebagai seorang guru, saya telah mengambil inisiatif menganjurkan
Program Bimbingan Amalan Menabung bertujuan untuk memupuk nilai murni iaitu menabung
dan berjimat-cermat dalam kalangan murid Pendidikan Khas.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.1 Instrumen Pengumpulan Data
Setelah program dilaksanakan, murid perlu membuat penilaian terhadap program tersebut.
Justeru itu, saya telah menyediakan dua instrumen pengumpulan data iaitu borang maklum
balas dan juga borang bancian. Hal ini adalah kerana murid Pendidikan Khas yang terlibat
terdiri daripada murid yang berbeza tahap iaitu murid berkefungsian tinggi dan murid
berkefungsian rendah. Oleh itu, penilaian murid juga berbeza memandangkan mereka
mempunyai masalah dalam pelbagai aspek seperti kognitif, fizikal dan sosial. Di samping itu
juga, instrumen pengumpulan data adalah berbeza mengikut tahap kerana terdapat beberapa
aktiviti yang berlainan telah dijalankan untuk dua tahap murid tersebut.
Borang maklum balas diberikan kepada murid berkefungsian tinggi memandangkan
mereka boleh menulis, membaca item soalan dan menilai dengan lebih rasional berbanding
murid berkefungsian tinggi. Guru memberi bimbingan untuk membaca item-item soalan pada
borang tersebut dan memberi arahan secara lisan kepada murid untuk menilai program
tersebut. Murid akan membulatkan ataupun menandakan tanda (/) pada ruangan yang
disediakan. Terdapat lima bahagian item soalan telah dibahagikan untuk setiap aspek.
Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat peribadi. Bahagian B pula adalah penilaian
program. Manakala, Bahagian C adalah penilaian terhadap aktiviti oleh murid kefungsian tinggi
dan Bahagian D pula adalah penilaian terhadap aktiviti oleh murid kefungsian rendah.
Sebanyak 21 item telah dibina untuk menilai program yang telah saya jalankan.
Manakala, penilaian secara lisan pula digunakan untuk murid berkefungsian rendah
memandangkan ada di antara mereka tidak dapat menulis dan membaca serta masih belum
dapat membuat penilaian secara rasional. Item soalan adalah sama kecuali bagi bagi Bahagian
A, C dan Bahagian D. Murid berkefungsian rendah perlu mengangkat tangan bagi setiap soalan
berstruktur yang saya ajukan kepada mereka secara lisan. Seterusnya, rakan saya mengira
jumlah murid yang mengangkat tangan bagi setiap item soalan yang diajukan bagi mewakili
penilaian program tersebut.
x X 100 = Z%y
x = kekerapany = jumlah muridZ = nilai peratusan
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Hasil penilaian yang diberikan oleh murid akan dianalisis secara kuantitatif iaitu dengan
pengiraan kekerapan bagi setiap item dan juga nilai peratusan mengikut formula dalam Rajah 1
di bawah. Kekerapan yang dicatat daripada maklum balas tersebut akan ditukarkan kepada
peratusan bagi merumus, membanding beza dan menilai data yang diperoleh. Data keputusan
penilaian dipersembahkan dalam jadual dan graf.
Rajah 1
Formula pengiraan peratus untuk setiap data
4.2 Analisa Penilaian Murid
Berikut merupakan keputusan analisis penilaian yang telah diberikan oleh murid berkefungsian
tinggi dan berkefungsian rendah terhadap Program Bimbingan Amalan Menabung. Setiap
penilaian yang diberikan oleh murid bagi setiap item akan dicatatkan berdasarkan kepada
kekerapan. Kemudian, saya menukarkan kekerapan tersebut ke dalam peratusan.
4.2.1 Jantina Murid
Keputusan untuk item jantina bagi kedua-dua kategori tahap murid iaitu murid
berkefungsian tinggi dan murid berkefungsian rendah adalah seperti yang berikut.
Jadual 1
Item 1 : Jantina murid berkefungsian tinggi
Item 1 : Jantina Kekerapan Peratusan Bilangan Murid (%)
Lelaki 7 7/8 x 100 = 88
Perempuan 1 1/8 x 100 = 12
Jumlah 8 100
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Jadual 1 menunjukkan jantina murid berkefungsian tinggi yang menyertai
Program Bimbingan Amalan Menabung. Berdasarkan Jadual 1, murid lelaki yang
menyertai program ini lebih ramai berbanding murid perempuan iaitu tujuh orang
ataupun 88% murid lelaki dan juga seorang (12%) murid perempuan. Saya telah
merumuskan keputusan jantina murid berkefungsian tinggi yang telah menyertai
program tersebut pada Rajah 2 di bawah bagi memberi gambaran jelas terhadap
perbezaan jumlah murid lelaki dan perempuan. Bilangan murid berkefungsian tinggi
yang sepatutnya menyertai program tersebut adalah seramai 14 orang.
Walaubagaimanapun, hanya seramai lapan orang sahaja yang hadir pada program
tersebut. Hal ini kerana terdapat empat orang murid telah berpindah ke kelas inklusif
dan dua orang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.
88%
12%
Jantina
LelakiPerempuan
Rajah 2
Jantina Murid Berkefungsian Tinggi
Penilaian turut diambil daripada murid berkefungsian rendah. Keputusan yang
dicatat adalah seperti di dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2
Item 1 : Jantina murid berkefungsian rendah
Item 27 Kekerapan Peratusan Bilangan Murid (%)
Lelaki 14 82
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Perempuan 3 18
Jumlah 17 100
Jadual 2 menunjukkan jantina murid berkefungsian rendah yang mengikuti program
tersebut. Seramai 14 orang murid lelaki atau 82% dan 18% atau tiga orang murid
perempuan pula telah menyertai program tersebut. Rajah 2 di bawah menunjukkan
bahawa murid lelaki lebih ramai berbanding dengan murid perempuan. Hal ini berlaku
kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang memberi keutamaan untuk murid
lelaki sesuai dengan nama sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan
Batu.
87%
13%
Jantina
LelakiPerempuan
Rajah 3
Jantina Murid Berkefungsian Rendah
Berdasarkan kepada Rajah 2 dan Rajah 3, keputusan menunjukkan bahawa
murid perempuan lebih sedikit menyertai Program Bimbingan Amalan Menabung
berbanding murid lelaki bagi kedua-dua kategori murid iaitu kefungsian tinggi dan
kefungsian rendah. Murid perempuan yang menyertai program tersebut adalah seramai
empat orang ataupun 14%, manakala murid lelaki pula adalah seramai 21 orang atau
86%. Keputusan bagi item tersebut dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 4 di bawah
untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan jumlah murid mengikut
jantina.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 4
Peratusan Perbezaan Jumlah Murid yang Mengikuti Program Bimbingan Amalan Menabung
Mengikut Jantina
4.2.2 Umur Murid
Seterusnya adalah keputusan umur murid yang menyertai Program Bimbingan Amalan
Menabung. Jadual 3 menunjukkan Item 2 iaitu umur murid berkefungsian tinggi yang
telah menyertai program tersebut.
Jadual 3
Item 2: Umur Murid Berkefungsian Tinggi
Item 2 : Umur Bilangan Murid Peratusan Bilangan Murid (%)
7-8 tahun 0 0
9-10 tahun 4 50
11 – 12 tahun 3 38
13 – 14 tahun 1 12
0102030405060708090
100
PERBEZAAN MENGIKUT JANTINA
Pera
tusa
n (%
)
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Jumlah 8 100
Berdasarkan kepada Jadual 3, murid yang paling ramai menghadiri program ini
adalah murid yang berumur di antara sembilan hingga sepuluh tahun iaitu empat orang
(50%). Manakala, murid yang paling sedikit menghadiri program tersebut adalah murid
yang berumur di antara 13 hingga 14 tahun iaitu hanya seorang dengan nilai
peratusannya ialah 12%. Murid yang berumur antara 11 hingga 12 tahun pula mencatat
sebanyak tiga
orang ataupun
nilai peratusannya
ialah 38%.
Walaubagaimanapun, tiada murid berkefungsian tinggi yang berumur antara tujuh
hingga lapan tahun telah menghadiri program tersebut. Keputusan umur murid
berkefungsian tinggi dirumuskan seperti Rajah 4 untuk memberi gambaran yang lebih
jelas tentang perbezaan murid mengikut kategori umur.
50%
38%
12%
Umur
7- 8 tahun9-10 tahun11-12 tahun13-14 tahun
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 5
Umur Murid Berkefungsian Tinggi
Manakala, Jadual 4 pula merupakan Item 28 iaitu merujuk kepada umur murid
bagi kategori murid berkefungsian rendah.
Jadual 4
Item 2: Jantina murid berkefungsian rendah
Item 2 : Umur Bilangan Murid Peratusan Bilangan Murid (%)
7-8 tahun 7 41
9-10 tahun 9 53
11 – 12 tahun 1 6
13 – 14 tahun 0 0
Jumlah 17 100
Berdasarkan kepada Jadual 4, 53% atau sembilan orang murid yang berumur
antara tujuh hingga lapan tahun menyertai program tersebut. 6% atau seorang murid
sahaja yang berumur antara 11 hingga 12 tahun. Selebihnya adalah murid yang
berumur antara tujuh hingga lapan tahun iaitu tujuh orang ataupun 41%. Namun, tiada
murid berkefungsian rendah dalam lingkungan 13 hingga 14 tahun telah menyertai
program tersebut. Hal ini bermakna murid yang berumur tujuh hingga lapan tahun lebih
berminat untuk menyertai program tersebut berbanding murid-murid yang lebih dewasa
dari mereka. Rajah 6 menunjukkan gambaran yang lebih jelas tentang peratusan murid
mengikut kategori umur.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 6
Umur Murid Berkefungsian Rendah
Dengan ini, saya merumuskan jumlah murid mengikut kategori umur bagi kedua-
dua tahap seperti di dalam Rajah 7 di bawah.
41%
53%
6%
Umur
7- 8 tahun9-10 tahun11-12 tahun13-14 tahun
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 7
Peratusan Perbezaan Jumlah Murid yang Mengikuti Program Bimbingan Amalan Menabung
Mengikut Umur
4.2.3 Penilaian Program
Penilaian program adalah merujuk kepada Item 3 hingga Item 7. Jadual 5 menunjukkan
petunjuk bagi setiap skala yang sitetapkan di dalam item penilaian tersebut.
Jadual 5.
Skala Penilaian
Skala Petunjuk
Suka
Tidak suka
Tidak pasti
Seterusnya Jadual 6 menunjukkan hasil keputusan bagi penilaian yang diberikan
oleh semua murid terhadap program yang telah dijalankan.
0
10
20
30
40
50
60
PERBEZAAN MENGIKUT UMUR
Pera
tusa
n (%
)
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Jadual 6
Keputusan Penilaian Program
SUKA TIDAK SUKA TIDAK PASTI JUMLAH
3. Tajuk program 20 orang (80%) 2 orang (8%) 3 orang (12%) 25 orang (100%)
4. Tempat program
diadakan
25 orang (100%) 0 orang (0%) 0 orang (0%) 25 orang (100%)
5. Tempoh masa
program
18 orang (72%) 2 orang (8%) 5 orang (20%) 25 orang (100%)
6. Bahan/ nota yang
digunakan semasa
program.
15 orang (60%) 3 orang (12%) 7 orang (28%) 25 orang (100%)
7. Peralatan dan
kelengkapan
program
22 orang (88%) 1 orang (4%) 2 orang (8%) 25 orang (100%)
Berdasarkan kepada Jadual 6, Item 3 menunjukkan penilaian terhadap tajuk
program. Seramai 20 murid atau 80% menyukai tajuk program tersebut iaitu ‘Program
Bimbingan Amalan Menabung’. Manakala, jumlah murid yang tidak suka program
tersebut adalah seramai 2 orang ataupun 8%. Manakala, murid yang tidak pasti tentang
pelaksanaan tajuk program tersebut adalah seramai 12% (3 orang). Oleh itu, saya
mendapati bahawa ramai murid gembira apabila program tersebut diadakan kerana
amalan menabung adalah amalan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian
mereka.
Seterusnya Item 4 adalah tempat program diadakan. Jadual 6 menunjukkan
bahawa kesemua murid yang berjumlah 25 orang ataupun 100% murid sangat
menyukai tempat program yang diadakan. Program tersebut diadakan di Bilik Rekreasi.
Oleh itu bermakna tiada murid yang tidak menyukai ataupun tidak pasti sama ada dia
suka ataupun tidak terhadap lokasi program tersebut. Oleh itu, saya berpendapat
bahawa program boleh diadakan di Bilik Rekreasi pada masa akan datang kerana murid
berasa selesa dengan tempat tersebut.
Manakala, bagi Item 5 pula adalah tempoh masa program. Saya mendapati
bahawa seramai 72% ataupun 18 orang murid bersetuju dengan tempoh masa program
tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 2 orang murid sahaja ataupun 8% tidak bersetuju
dengan tempoh masa yang dijalankan. Manakala, 20% ataupun 5 orang murid tidak
pasti tentang tempoh program tersebut. Tempoh masa program diadakan adalah dari 8
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
pagi hingga 12 tengahari iaitu lebih kurang 4 jam. Saya berpendapat bahawa masih ada
lagi murid yang tidak menyukai tempoh masa yang dijalankan mungkin kerana mereka
berasa bosan. Walaubagaimanapun, majoriti menunjukkan bahawa mereka bersetuju
dengan tempoh pelaksanaan program tersebut.
Item 6 pula adalah merujuk kepada bahan ataupun nota yang digunakan semasa
program. Saya mendapati bahawa majoriti menunjukkan bahawa mereka tidak suka
akan bahan dan nota yang disediakan iaitu sebanyak 15 orang (60%). Manakala,
seramai 3 orang (12%) tidak menyukai bahan dan nota yang disediakan. 28% atau 7
orang murid menunjukkan bahawa mereka kurang pasti tentang pelaksanaan item
tersebut. Saya merumuskan bahawa penyediaan saya terhadap bahan dan nota
semasa program tersebut adalah kurang berkesan. Saya hanya menyediakan kertas
mahjong untuk aktiviti latihan dalam kumpulan dan paparan slaid untuk sesi ceramah.
Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak tertarik dengan paparan yang disediakan. Oleh
itu, saya bercadang untuk menyediakan risalah dan pamplet yang berwarna-warni,
kreatif dan menarik bagi mempelbagai bahan dan nota.
Seterusnya, Item 7 iaitu peralatan dan kelengkapan program. Saya mendapati
bahawa jumlah murid yang menyukai kelengkapan dan peralatan program tersebut
adalah paling tinggi iaitu 88% ataupun 22 orang murid. Manakala, murid yang tidak suka
terhadap kelengkapan dan peralatan program tersebut adalah paling rendah iaitu 4%
ataupun 1 orang murid. Bagi murid yang kurang pasti pula adalah seramai 2 orang (8%).
Saya berpendapat bahawa murid suka kepada kelengkapan dan perlatan kerana
mereka sangat menyukai kemudahan yang terdapat di dalam bilik rekreasi seperti LCD,
komputer riba, sistem audio, pensel warna dan sebagainya.
4.2.4 Penilaian Aktiviti (Kefungsian Tinggi)Jadual 7
Keputusan Penilaian Aktiviti (Kefungsian Tinggi)
SUKA TIDAK SUKA TIDAK PASTI JUMLAH
8. Ceramah 6 orang (75%) 1 orang (12.5%) 1 orang (12.5%) 8 orang (100%)
9. Latihan Dalam
Kumpulan
8 orang (100%) 0 orang (0%) 0 orang (0%) 8 orang (100%)
10. Mencipta
Tabung
Menggunakan
8 orang (100%) 0 orang (0%) 0 orang (0%) 8 orang (100%)
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Bahan Terpakai
Jadual 7 pula menunjukkan keputusan penilaian aktiviti oleh murid tahap kefungsian
tinggi. Sebagaimana yang saya telah maklumkan sebelum ini jumlah murid bagi
kefungsian tinggi adalah berbeza kerana mereka diasingkan mengikuti aktiviti yang
berlainan. Oleh itu, jumlah murid yang memberi penilaian bagi item ini adalah seramai 8
orang sahaja.
Bagi akitiviti ceramah, seramai 6 orang (75%) suka kepada ceramah yang
dianjurkan. Manakala, murid yang tidak suka dan tidak pasti sama ada mereka suka
ataupun tidak kepada program tersebut menunjukkan jumlah yang sama iaitu 1 orang
sahaja (12.5%). Hal ini menunjukkan bahawa ramai murid yang suka kepada aktiviti
ceramah tersebut. Manakala, selebihnya mungkin tidak menyukai aktiviti cermaha
tersebut kerana dia kurang menykai program yang berbentuk ilmiah.
Manakala, bagi Item 9 pula iaitu aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Saya
mendapati bahawa kesemua murid iaitu 8 orang (100%) sangat menyukai aktiviti
tersebut. Tiada murid yang tidak menyukai dan tidak pasti tentang pelaksanaan aktiviti
tersebut. Murid menyukai aktiviti latihan dalam kumpulan disebabkan oleh pendekatan
yang telah saya gunakan iaitu secara santai dan lebih menyeronokkan.
Item 10 pula adalah aktiviti mencipta tabung menggunakan bahan terpakai. Bagi
item tersebut, saya mendapati bahawa 100% (8 orang) murid juga amat menyukai
aktiviti yang diadakan. Tiada murid juga tidak menyukai sama sekali aktiviti yang
diadakan. Oleh itu, saya merumuskan bahawa aktiviti sedemikian boleh diadakan pada
masa akan datang kerana ianya membantu murid untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif di samping menggalakkan pembelajaran secara kontekstual.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.2.5 Penilaian Aktiviti (Kefungsian Rendah)Jadual 8
Keputusan Penilaian Aktiviti (Kefungsian Rendah)
SUKA TIDAK SUKA TIDAK PASTI JUMLAH
8. Ceramah 15 orang (88%) 1 orang (6%) 1 orang (6%) 17 orang (100%)
9. Mewarna 16 orang (94%) 1 orang (6%) 0 orang (0%) 17 orang (100%)
10. Menonton Cerita
Upin dan Ipin
17 orang (100%) 0 orang (0%) 0 orang (0%) 17 orang (100%)
11. Mencipta
Tabung
Menggunakan
Bahan Terpakai
15 orang (88%) 1 orang (6%) 1 orang (6%) 17 orang (100%)
Jadual 8 pula menunjukkan penilaian aktiviti terhadap aktiviti oleh murid kefungsian
rendah. Seramai 15 orang ataupun 88% murid berkefungsian rendah suka akan aktiviti
ceramah yang telah diadakan. Manakala, yang selebihnya menunjukkan jumlah yang
sama iaitu seorang murid (6%) tidak menyukai ceramah dan seorang murid (6%) tidak
pasti sama ada dia suka ataupun tidak cermaha tersebut diadakan.
Seterusnya, bagi aktiviti mewarna pula seramai 16 orang murid ataupun 94%
menyukai aktiviti tersebut. Manakala, hanya seorang murid (6%) tidak menyukai aktiviti
tersebut. Majoriti menunjukkan bahawa murid suka kepada aktiviti mewarna kerana
aktiviti tersebut dapat mengcungkil bakat mereka di samping penyediaan hadiah kepada
pemenang.
Manakala, Item 10 iaitu aktiviti menonotn cerita Upin dan Ipin menunjukkan
bahawa 17 orang murid ataupun kesemuanya(100%) amat menyukai aktiviti tersebut.
Hal ini adalah kerana cerita tersebut sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Item
11 pula menunjukkan aktiviti mencipta tabung menggunakan bahan terpakai. Seramai
15 orang ataupun 88% menyukai aktiviti tersebut, selebihnya menunjukkan jumlah yang
sama iaitu 1 orang (6%) bagi tidak suka dan tidak pasti.
4.2.6 Refleksi Program Bimbingan
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Jadual 9 menunujukkan rumusan secara keseluruhan penilaian bagi item-item pada
Bahagian E iaitu refleksi terhadap program bimbingan.
Jadual 9
Rumusan Keputusan Penilain Bahagian E
SEBELUM SELEPAS
Baik Tidak BaikBertambah
BaikMasih Tidak
Baik
15. Apakah tahap pengetahuan anda
terhadap amalan menabung?
3 orang
(12%)
22 orang
(88%)
20 orang
(80%)
5 orang
(20%)
16. Bagaimanakah rutin menabung
dalam kehidupan seharian anda?
4 orang
(16%)
21 orang
(84%)
24 orang
(96%)
1 orang
(4%)
17. Bagaimanakah tahap
pengetahuan anda dalam cara-cara
untuk menabung?
2 orang
(80%)
23 orang
(20%)
19 orang
(76%)
6 orang
(24%)
18. Apakah tahap kesedaran anda
terhadap faedah menabung?
5 orang
(20%)
20 orang
(80%)
21 orang
(84%)
4 orang
(16%)
19. Adakah ini kali pertama anda
menghadiri program berkaitan
amalan menabung?
YA : 23 orang (92%) TIDAK : 2 orang (8%)
20. Selepas menghadiri program ini,
adakah anda akan memulakan
amalan menabung?
YA : 24 orang (96%) TIDAK : 1 orang (4%)
21. Adakah anda akan menghadiri program seperti ini pada masa akan datang?
YA : 25 orang (100%) TIDAK : 0 orang (0%)
Item 15 merujuk kepada tahap pengetahuan murid terhadap amalan menabung
sebelum dan selepas program dijalankan. Rajah 8 menunjukkan keputusan penilaian
murid terhadap item tersebut.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Sebelum Selepas0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
TAHAP PENGETAHUANPE
RATU
SAN
Rajah 8
Item 15 : Tahap Pengetahuan Terhadap Amalan Menabung
Rajah 8 menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap tahap pengetahuan murid
dalam amalan menabung sebelum dan selepas program dilaksanakan. Sebelum murid
menyertai program tersebut, tahap pengetahuan murid adalah amat rendah iaitu
sebanyak 3 orang murid sahaja (12%) yang tahu tentang amalan menabung dan
selebihnya adalah tidak berpengetahuan terhadap amalan menabung iaitu seramai 22
orang (88%). Walaubagaimanapun, setelah menjalankan program bimbingan tersebut,
jumlah murid yang berpengetahuan terhadap amalan menabung semaking meningkat
iaitu sebanyak 20 orang (80%) dan seramai 5 orang (20%) masih lagi tidak mendapat
pengetahuan tentang amalan tersebut.
Berdasarkan kepada Jadual 9, sebelum melaksanakan program, 4 orang murid
sahaja (16%) yang mempunyai rutin harian menabung yang baik dan selebihnya iaitu
seramai 21 orang murid (84%) tidak mengamalkan rutin menabung. Setelah program
bimbingan tersebut dilaksanakan, saya mendapati bahawa jumlah murid yang
mempunyai rutin dalam amalan menabung semakin bertambah iaitu seramai 24 orang
(96%) manakala hanya seorang (4%) sahaja yang masih lagi tidak menjadikan amalan
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
menabung sebagai rutin hariannya. Rajah 9 menunjukkan graf rutin amalan menabung
dalam kalangan murid sebelum dan selepas pelaksanaan program tersebut.
Sebelum Selepas0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
BaikTidak Baik
RUTIN AMALAN MENABUNG
PERA
TUSA
N (%
)
Rajah 9
Rutin Amalan Menabung dalam Kalangan Murid
Seterusnya adalah Item 17 iaitu tahap pengetahuan murid dalam cara-cara untuk
menabung. Rajah 10 menunjukkan graf yang memaparkan keputusan item tersebut.
Sebelum Selepas0
10
20
30
40
50
60
70
80
BaikTidak Baik
PENGETAHUAN TENTANG CARA-CARA MENABUNG
PERA
TUSA
N (%
)
Rajah 10
Pengetahuan Tentang Cara-cara Menabung
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Berdasarkan kepada Rajah 10, sebelum melaksanakan program seramai 80% ataupun
2 orang murid tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam tentang cara-cara
menabung dengan betul. Manakala, majoriti menunjukkan bahawa sebanyak 20%
ataupun 23 orang murid mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam amalan
menabung. Walaubagaimanapun, setelah melaksanakan program tersebut banyak
perubahan yang berlaku iaitu murid yang semaking berpengetahuan dalam cara-cara
menabung adalah sebanyak 76% ataupun 19 orang manakala murid yang masih lagi
tidak berpengetahuan dalam amalan menabung adalah seramai 6 orang (24%).
Seterusnya, Rajah 11 menunjukkan keptusan bagi Item 18 iaitu tahap kesedaran
murid terhadap faedah menabung sebelum dan selepas saya melaksanakan program
tersebut.
Sebelum Selepas0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
BaikTidak Baik
KESEDARAN TERHADAP FAEDAH MENABUNG
PERA
TUSA
N (%
)
Rajah 11
Kesedaran Terhadap Faedah Menabung
Berdasarkan kepada Rajah 11, graf tersebut menunjukkan bahawa 20% (5 orang) murid
pada awalnya tidak mempunyai kesedaran tentang faedah menabung dan 80% (20
orang) murid pula mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap faedah
menabung. Namun begitu, setelah pelaksanaan program bimbingan tersebut melalui
pendekatan pelbagai aktiviti, saya mendapati bahawa jumlah murid yang semakin
meningkat kesedarannya terhadap faedah menabung juga semakin bertambah iaitu
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
84% (21 orang) dan jumlah murid yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah juga
semakin berkurangan iaitu 16% (4 orang).
Rajah 12 menunjukkan keputusan bagi Item 19 hinggan Item 21. Item 19 adalah
“Adakah ini kali pertama anda menghadiri program berkaitan dengan amalan
menabung?”. Item 20 pula adalah “Selepas menghadiri program ini, adakah anda akan
memulakan amalan menabung?” dan Item 21 pula adalah “Adakah anda akan
menghadiri program seperti ini pada masa akan datang?”. Rajah 12 juga adalah
rumusan bagi ketiga-tiga item.
Item 19 Item 20 Item 210
102030405060708090
100
YATIDAK
REFLEKSI
PERA
TUSA
N (%
)
Rajah 12
Keputusan Item 19, Item 20 dan Item 21.
Berdasarkan kepada keputusan penilaian yang telah diberikan oleh murid-murid
terhadap Program Bimbingan Amalan Menabung yang telah saya laksanakan, saya
mendapati pelaksanaannya adalah berjaya walaupun masih ada penambahbaikan yang
boleh dibuat. Oleh itu, matlamat dan objektif bimbingan yang telah saya laksanakan
telah tercapai.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.3 Kekuatan Pelaksanaan Program Bimbingan Amalan Menabung
Setelah melaksanakan Program Bimbingan Amalan Menabung, saya telah membuat refleksi
dan menilai kembali pelaksanaan program tersebut. Tujuannya adalah untuk penambah baikan
penganjuran program pada masa akan datang. Menurut Shulman (1987), refleksi adalah
kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan
memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang dilaluinya. Tugasan menganjurkan
program bimbingan merupakan cabaran yang baru kepada diri saya. Saya merupakan tulang
belakang kepada Program Bimbingan Amalan Menabung kerana program tersebut merupakan
idea daripada saya bagi menyiapkan tugasan EDU3107 Bimbingan dan Kauseling Kanak-
kanak. Pada mulanya, saya dan rakan praktikum saya iaitu Lalitha a/p Hariram merancang
untuk mengadakan program yang sama. Walaubagamainapun, setelah membuat perbincangan,
kami bersepakat untuk mengadakan program yang berlainan supaya kami mendapat
pengalaman yang berbeza serta mencabar diri kami masing-masing. Oleh itu, terdapat
beberapa kekuatan telah saya kesan sepanjang saya melaksanakan program tersebut. Secara
keselurahannya saya berpuas hati dengan program yang telah saya laksanakan walaupun
masih ada aspek-aspek yang perlu saya perbaiki.
Kekuatan saya yang pertama adalah dari segi penyediaan kertas kerja sebelum
melaksanakan program. Setelah menyediakan kertas kerja tersebut, saya perlu melalui
beberapa proses sebelum program dapat dilaksanakan. Antaranya mendapat kelulusan
daripada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan juga Guru Besar. Melalui penyediaan
kertas kerja tersebut, saya telah mempelajari tentang prosedur yang betul untuk melaksanakan
sesuatu program bimbingan di sekolah. Selain itu juga, saya mendapati bahawa kertas kerja
yang telah saya sediakan menepati kriteria dan kehendak soalan tugasan. Hal ini dibuktikan
apabila saya menunjukkan kertas kerja yang telah saya sediakan kepada Encik Chin iaitu
pensyarah bagi kursus ini. Saya berasa bersyukur kerana beliau berpuas hati dengan hasil
kertas kerja Program Bimbingan Amalan Menabung yang telah saya sediakan di samping
memberikan pujian kepada saya kerana menyediakan satu kertas kerja yang lengkap. Hal ini
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
adalah kerana saya telah membuat beberapa rujukan dalam buku, laman web dan merujuk
kembali pengalaman lepas dalam penyediaan kertas kerja. Kertas kerja yang lengkap dapat
membantu saya untuk menjayakan program tersebut.
Kekuatan saya juga dapat dilihat daripada usaha saya untuk mendapatkan sumber tajaan bagi melaksanakan program tersebut. Saya telah menyediakan surat memohon tajaan
sebagai salah satu inisiatif saya untuk menjadikan program tersebut lebih baik. Saya
mengambil inisiatif untuk memohon tajaan memandangkan saya merupakan guru praktikum.
Oleh itu, sumber kewangan untuk menganjurkan program tersebut juga agak terhad.
Kemudian, saya telah menghantar surat tajaan tersebut di empat buah di kawasan Taman
Tenaga, Cheras bagi mendapatkan tajaan untuk program yang telah saya anjurkan itu. Antara
kedai yang terlibat adalah seperti kedai makan, kedai peralatan tulis dan pasaraya. Tajaan yang
dipohon adalah seperti tajaan untuk makan pagi dan tengahari, hamper, hadiah dan alat tulis.
Malangnya, saya tidak berjaya mendapatkan tajaan dari mana-mana kedai kerana terdapat
kedai yang tidak mahu dan tidak dapat memberikan tajaan, halangan waktu kepada pihak kedai
tersebut untuk menyediakan makanan dan juga sikap sesetengah peniaga yang tidak mahu
memberikan kerjasama kepada saya semasa memohon tajaan tersebut. Walaubagaimanapun,
kegagalan saya untuk mendapatkan tajaan bukanlah penghalang kepada saya untuk
melaksanakan program tersebut. Hal ini kerana saya telah mengambil inisiatif dengan
menggunakan wang sendiri untuk membeli hadiah kepada peserta di samping mengubah
beberapa aktiviti sesuai dengan kos yang saya ada. Oleh itu, saya telah mendapat suatu
pengalaman yang baru untuk berdepan dengan pelbagai situasi dan ragam manusia semasa
mendapatkan tajaan bagi menganjurkan sesuatu program.
Di samping itu juga, hubungan yang baik dibina antara saya dengan pihak sekolah melancarkan program yang telah saya anjurkan. Dalam konteks ini, saya mendapati bahawa
pendekatan berinteraksi serta berkomunikasi secara berhemah membantu saya untuk
menjayakan sesuatu program. Dalam proses merangka kertas kerja tersebut, saya telah
membuat dua kali perbincangan dengan pihak pentadbiran iaitu Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu Puan Haszanarita binti Mohd Hashim dan juga
Penyelaras PPKI iaitu Puan Rosnah binti Dato’ Haji Salleh. Segala aktiviti yang saya
laksanakan adalah persetujuan bersama dengan pihak pentadbir Program Pendidikan Khas
Integrasi Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu.
Selain itu juga, kekuatan yang dikesan adalah komunikasi dua hala yang dipraktikkan oleh saya semasa melaksanakan program tersebut. Komunikasi tersebut dapat dilihat semasa
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
saya memberikan taklimat dua hari sebelum Program Bimbingan Amalan Menabung iaitu pada
19 Februari 2014. Semasa taklimat tersebut, saya telah membahagikan tugas dan peranan
setiap guru dan juga pembantu pengurusan murid semasa program tersebut berjalan.
Manakala, guru-guru memberikan kerjasama yang baik dengan menerima maklumat yang
disampaikan dan bertanya kepada saya sekiranya ada kekeliruan. Di samping itu juga,
komunikasi antara saya dengan guru dan juga pembantu pengurusan murid dapat dilihat
melalui penyampaian maklumat tentang sesuatu maklumat dan perubahan terbaru mengenai
program tersebut. Saya telah menampal jadual pada sudut maklumat sekiranya ada maklumat
terbaru serta perubahan dan juga berhubung sendiri dengan mereka sekiranya perlu. Melalui
pendekatan tersebut, saya telah dapat melancarkan perjalanan program di samping
mewujudkan suasana yang harmonis supaya guru-guru tidak keliru tentang tugas dan peranan
masing-masing pada hari tersebut.
Di samping itu juga, kekuatan program yang saya anjurkan adalah pembahagian aktiviti untuk dua tahap murid yang berbeza. Memandangkan murid yang menyertai
Program Bimbingan Amalan Menabung merupakan murid Pendidikan Khas, maka mereka juga
terdiri daripada pelbagai tahap kognitif, mental dan fizikal. Pada mulanya, saya bercadang
untuk membuat bimbingan terhadap murid tahap kefungsian tinggi sahaja, walaubagaimanapun
saya berpendapat bahawa murid tahap rendah juga perlu dibimbing untuk menabung. Oleh itu,
setelah perbincangan dengan pihak guru PPKI Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, saya
telah bersetuju untuk menyediakan aktiviti yang berbeza mengikut tahap murid iaitu aktiviti
untuk murid tahap tinggi dan juga murid tahap rendah. Rasionalnya, murid bagi kedua-dua
tahap tersebut memerlukan pendekatan yang berbeza supaya murid dapat tidak berasa bosan
semasa menyertai program yang telah saya anjurkan di samping memastikan keberkesanan
program tersebut kepada mereka. Oleh itu, selepas penceramah memberikan ceramah untuk
kedua-dua tahap murid, saya telah mengadakan dua aktiviti yang berlainan. Murid tahap tinggi
terlibat dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, manakala murid tahap rendah pula terlibat
dengan aktiviti mewarna dan menonton cerita ‘Upin dan Ipin’ yang bertemakan menyimpan duit
di dalam tabung. Jika dirujuk pada keputusan penilaian yang diberikan oleh murid bagi kedua-
dua tahap, majoriti murid menunjukkan bahawa mereka menyukai program yang telah saya
laksanakan. Hal ini adalah kerana aktiviti tersebut sesuai untuk mereka mengikut tahap masing-
masing.
Kekuatan seterusnya adalah untuk aktiviti mencipta tabung menggunakan bahan terpakai. Aktiviti tersebut berlangsung dari pukul 10.00 hingga 11.30 pagi. Aktiviti ini adalah
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
aktiviti yang paling digemari murid kerana mereka dapat mencipta tabung menggunakan bahan
terpakai. Guru dan murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk membimbing
mencipta tabung tersebut. Oleh kerana murid mempunyai tahap yang berbeza, maka saya telah
membahagikan setiap kumpulan dengan pelbagai tahap murid. Dengan cara ini, saya dapat
mengalakkan murid supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain di samping mempelbagai
idea dalam kumpulan tersebut. Guru yang terlibat akan diminta untuk membawa bahan terpakai
dan digunakan semasa aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut dapat memupuk nilai murni dalam
kalangan murid bukan sahaja dalam konteks menabung tetapi murid juga dapat menghargai
sesuatu di sekeliling mereka melalui penggunaan bahan terpakai untuk mencipta tabung. Di
samping itu juga, aktiviti ini dapat mencungkil idea murid untuk lebih kreatif dan inovatif dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka.
Seterusnya, kekuatan saya semasa melaksanakan program tersebut adalah dari segi
kepimpinan. Saya percaya kejayaan sesuatu program juga terletak pada sifat kepimpinan yang
yang ada pada individu yang terlibat. Semasa program tersebut, saya telah bersikap terbuka
menerima setiap teguran dan pendapat yang diberikan oleh guru-guru yang lebih
berpengalaman daripaa saya. Hal ini kerana saya merupakan tulang belakang untuk Program
Bimbingan Amalan Menabung. Justeru itu, saya perlu mengorganisasi program tersebut supaya
program dapat berjalan dengan lancar. Saya amat bertuah kerana ahli jawatankuasa yang telah
ditetapkan yang juga merupakan guru-guru di sekolah tersebut sangat memberikan kerjasama
kepada saya. Walaupun pada mulanya saya berasa sangat takut untuk bekerja dengan guru
yang lebih berpengalaman, saya telah dapat menyesuaikan diri dengan mereka kerana mereka
banyak menyokong saya untuk melaksanakan program tersebut. Sebagaimana yang saya
faham, sebelum melaksanakan program, saya perlu membuat pelbagai persiapan. Antaranya,
saya perlu memastikan sistem siaraya, kawalan dan keselamatan murid dan sebagainya. Oleh
itu, kerjasama daripada ahli jawatankuasa sangat penting. Saya berasa bangga dengan
kerjasama yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa program tersebut kerana mereka
dapat menjalankan tugas masing-masing mengikut arahan yang saya berikan. Dalam konteks
ini juga, saya telah menggunakan kemahiran komunikasi supaya para guru tidak berasa
tertekan bekerjasama dengan saya semasa program tersebut.
Kekuatan lain pula adalah dari segi pembahagian hadiah kepada murid. Saya telah
mengaplikasikan pendekatan behaviorisme dalam program tersebut iaitu dengan memberi
ganjaran untuk setiap murid yang terlibat. Walaubagaimanapun, hadiah bagi setiap kategori
adalah berbeza. Hal ini adalah supaya murid berasa dihargai kerana telah menyertai program
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
tersebut. Jika sebelum ini saya pernah melihat murid Pendidikan Khas menangis kerana tidak
mendapat hadiah, maka saya telah mengambil inisiatif dengan memberikan murid hadiah
walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana pertandingan sebagai perangsang kepada
mereka untuk menabung. Saya telah menyediakan hadiah berbentuk makanan seperti buah-
buahan, gula-gula dan kek. Strategi saya berjaya apabila murid kelihatan begitu gembira
apabila mendapat hadiah. Di samping itu juga, saya telah dapat menghidup suasana yang ceria
semasa mereka mendapat hadiah. Saya percaya bahawa murid-murid berasa begitu teruja dan
dihargai.
4.4 Kelemahan Pelaksanaan Program Bimbingan Amalan Menabung
Kelemahan juga telah dikesan setelah Program Bimbingan Amalan Menabung dilaksanakan.
Kelemahan tersebut akan saya jadikan panduan untuk menganjurkan program bimbingan yang
lebih baik pada masa akan datang.
Kelemahan yang menjadi penghalang utama saya adalah pengurusan masa yang
kurang berkesan. Saya berasa amat kecewa dengan pengurusan masa saya semasa
melaksanakan tugasan ini kerana saya melakukan tugasan ini dalam keadaan tergesa-gesa.
Akibatnya, saya mendapati masih terdapat kecacatan dalam program yang telah saya
laksanakan. Antaranya ialah saya terpaksa membatalkan aktiviti pameran dan kuiz di saat akhir
kerana tidak mempunyai masa yang mecukupi untuk melaksanakan program tersebut.
Sekiranya saya melaksanakan tugasan ini dengan pengurusan masa dan pembahagian tugas
secara bijak, saya yakin bahawa program yang dilaksanakan lebih berkesan dan laporan yang
diserahkan kepada pensyarah juga lebih baik. Oleh itu, saya perlu lebih berdisiplin dalam
pengurusan masa supaya setiap pekerjaan yang saya lakukan berkualiti.
Kelemahan yang kedua adalah dari segi penyediaan bahan dan peralatan untuk aktiviti
mencipta tabung. Semasa aktiviti tersebut berlangsung, saya tidak menyediakan peralatan
seperti gunting, pisau, kertas warna dan sebagainya kepada murid dan guru kerana saya tidak
mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Hal ini adalah kerana saya menggunakan
wang sendiri untuk menanggung perbelanjaan program tersebut. Oleh itu, saya terpaksa
menyuruh guru dan murid-murid membawa peralatan daripada rumah. Walaubagaimanapun,
saya sedikit kesal kerana terdapat murid tidak memberikan kerjasama dengan membawa
peralatan dan bahan untuk mencipta tabung. Setelah dianalisis kembali, saya mendapati
bahawa kesalahan tersebut berpunca dari saya. Sepatutnya, saya perlu mengedarkan surat
pemberitahuan kepada murid dan ibu bapa supaya membawa bahan dan peralatan untuk
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
mencipta tabung pada hari tersebut. Sebaliknya, saya hanya berpesan kepada murid supaya
membawa peralatan dan bahan tersebut semasa di dalam bilik darjah. Hakikatnya, saya perlu
peka dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Kelemahan yang ketiga pula adalah dari segi lokasi program yang kurang strategik.
Program tersebut dilaksanakan di dalam bilik rekreasi kerana sekolah ini mempunyai kawasan
dan bangunan yang agak terhad. Walaupun murid menyukai bilik rekreasi tersebut, saya
mendapati bahawa lokasinya adalah kurang sesuai kerana murid sukar untuk dikawal semasa
di dalam bilik tersebut. Mereka lebih suka mengusik barang-barang yang terdapat di dalam bilik
tersebut seperti alat muzik, alat audio, kerusi, meja dan sebagainya. Hal-hal sedemikian perlu
dititikberatkan supaya murid lebih fokus untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru.
Kelemahan yang seterusnya dapat dikesan semasa penguusan sistem siaraya. Pada
mulanya, saya menggunakan sistem siaraya seperti mikrofon, pembesar suara dan alat audio
semasa sesi ceramah dan ketika membuat pengumuman. Walaubagaimanapun, pada saat-
saat akhir saya terpaksa membatalkan perancangan tersebut disebabkan oleh kerosakan yang
teknikal yang tidak dapat dielakkan iaitu bateri mikrofon telah lemah dan akhirnya tidak dapat
digunakan. Hal ini terjadi kerana ahli jawatankuasa yang perlu menjalankan tugas tersebut
terlupa untuk membuat pemeriksaan terhadap sistem siaraya tersebut. Sebaliknya, dia telah
melakukannya pada hari yang kami mengadakan program. Maka, saya tidak mampu berbuat
apa-apa untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Walaubagaimanapun, saya mengatasi
masalah tersebut dengan bercakap secara kuat dan jelas semasa menjadi juru acara majlis
supaya murid dapat memberikan perhatian.
Selain itu juga, saya mendapati bahawa kelemahan yang dapat dikesan adalah dari segi
pelaksanaan aktiviti mewarna dan menonton cerita Upin dan Ipin. Saya telah menjalankan
aktiviti tersebut secara serentak. Hal ini telah mengganggu fokus murid untuk mewarna.
Akibatnya, murid lebih menumpukan perhatian kepada rancangan Upin dan Ipin yang disiarkan
pada skrin. Akhirnya, tidak ramai murid yang menyiapkan lembaran mewarna yang diberikan
kerana terlalu seronok dan leka menonton cerita Upin dan Ipin. Oleh itu, pada masa akan
datang, saya akan lebih prihatin terhadap keperluan murid tersebut.
Akhir sekali, kelemahan yang dapat saya kesan semasa melaksanakan program
tersebut adalah penglibatan daripada ibu bapa. Saya mendapati bahawa penglibatan ibu bapa
adalah kurang mendapat sambutan. Hal ini terjadi disebabkan oleh penyebaran maklumat yang
saya lakukan adalah kurang efektif. Saya hanya mengedarkan surat kepada murid-murid tetapi
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
tidak menjemput ibu bapa untuk hadir ke program tersebut. Di samping itu juga, pengedaran
surat untuk menghadiri program tersebut juga adalah terlalu lambat iaitu sehari sebelum
program. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak boleh mengambil cuti untuk menghadiri program
bimbingan yang telah saya anjurkan.
4.5 Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan yang telah saya nyatakan, terdapat beberapa
penambah baikan yang boleh saya laksanakan pada masa akan datang.
Cadangan yang pertama adalah menjemput badan-badan tertentu yang lebih pakar
dengan program bimbingan yang dilaksanakan. Saya mendapati bahawa perancangan yang
awal dapat membantu saya untuk menjadikan program tersebut lebih baik. Oleh itu, pada masa
akan datang saya akan menyediakan kertas kerja dengan lebih cepat sekurang-kurangnya
sebeulan lebih awal daripada tarikh pelaksanan program yang akan dijalankan. Hal ini adalah
supaya saya mempunyai kesempatan masa untuk mencari penceramah, menjemput badan-
badan tertentu untuk mengadakan pameran dan sebagainya.
Di samping itu juga, saya berpendapat bahawa tempoh masa program tersebut perlu
dipanjangkan supaya kesan yang lebih efektif dapat ilihat dalam amalan menabung. Contohnya,
mengadakan Kempen Amalan Menabung selama sebulan ataupun sepanjang saya berada di
sekolah tersebut untuk menjalani latihan praktikum. Dengan ini, keberkesanannya dapat dilihat
dan juag lebih banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran murid
dalam amalan menabung.
Selain itu juga, bagi menjayakan Program Bimbingan Amalan Menabung juga, saya
boleh mengagihkan tabung kepada setiap murid yang terlibat supaya menjadi perangsang
kepada mereka untuk memulakan amalan menabung. Hal ini juga adalah bagi menggalakan
rutin harian murid supaya memasukkan sekurang-kurangnya lima sen duit ke dalam tabung
setiap hari. Justeru itu, di akhir kempen yang diadakan, saya boleh memberikan mereka
ganjaran dan hadiah atas usaha mereka untuk menabung. Di saping itu juga, saya boleh
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
memberi anugerah kepada murid yag berjaya mengumpulkan wang yang terbanyak setiap
minggu ataupun setiap bulan mengikut kesesuaian.
Seterusnya, cadangan penambah baikan untuk menjadikan program bimbingan yang
akan saya laksanakan bertambah baik adalah dengan membuat hebahan secara berleluasa.
Hal ini adalah supaya ibu bapa tahu bahawa program bimbingan tersebut telah diadakan di
sekolah dan mereka akan memberikan sumbangan moral mahupun kewangan sebagai tanda
sokongan kepada program tersebut. Di samping itu juga, saya perlu menjemput ibu bapa untuk
menghadiri program bimbingan yang dijalankan supaya meteka juga menyertai program
tersebut dan juga mengaplikasikan bimbingan yang diadakan kepada anak-anak mereka.
Saya juga berpendapat bahawa saya perlu bijak dalam menguruskan masa terutamanya
utnuk megendalikan program-program sedemikian. Hal ini adalah supaya apa-apa yang
dirancang dapat dilaksanakan di samping memberi keyakinan kepada murid tentang
kepentingan menyertai program yang saya laksanakan. Bayangkan,sekiranya saya tidak
menguruskan masa dengan baik, program tersebut sama sekali tidak dapat dilaksanakan
dengan lancar. Hal ini akan menyebabkan murid akan jemu, bosan dan sebagainya semasa
melaksanakan program tersebut. Di samping itu juga, pengurusan masa yang baik dapat
mewujudkan suasana yang tenteram dan harmonis kerana saya tidak tergesa-gesa melakukan
tugasan. Hasilnya, program yang dijalankan akan memberi faedah kepada murid yang
dibimbing.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya hadiah yang diberikan untuk aktiviti
pertandingan semasa program tersebut lebih lumayan. Pelaksanaannya boleh dibuat dengan
mencari lebih banyak sumbangan mahupun tajaan daripada badan-badan tertentu. Hal ini
adalah supaya murid akan lebih terangsang dan bersemangat untuk menyertai program
bimbingan yang dianjurkan. Hadiah tersebut adalah sebagai pemberi semangat kepada murid
untuk menjadikan amalan menabung sebagai rutin harian.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6 LAMPIRAN DAN BUKTI PROGRAM BIMBINGAN AMALAN MENABUNG
4.6.1 AKTIVITI CERAMAH
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.1 AKTIVITI CERAMAH
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.2 AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.1 AKTIVITI CERAMAH
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.3 AKTIVITI MEWARNA DAN MENONTON UPIN DAN IPIN “CARI DAN SIMPAN”
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.3 AKTIVITI MEWARNA DAN MENONTON UPIN DAN IPIN “CARI DAN SIMPAN”
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.4 MENCIPTA TABUNG MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.4 MENCIPTA TABUNG MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.4 MENCIPTA TABUNG MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.4 MENCIPTA TABUNG MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.5 PENYAMPAIAN HADIAH
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
4.6.5 PENYAMPAIAN HADIAH
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
5.0 SUB-TUGASAN 2 : LAPORAN SESI KAUNSELING
Sub-tugasan 2 merupakan tugasan yang melibatkan laporan sesi kaunseling. Guru pelatih
dikehendaki merakamkan satu proses kauseling yang dijalankan oleh guru kaunseling di
sekolah masing-masing. Saya telah melaksanakan proses rakaman sesi kaunseling di Sekolah
Kebangsaan Lelaki Jalan Batu.
Perkataan proses merupakan salah satu terma dalam kaunseling. Menurut Kamus
Dwibahasa Dewan Bahasa & Pustaka mendefinisikan ‘proses’ sebagai suatu siri tindakan,
perubahan, perkembangan, dan lain-lain perkara sama ada secara disedari atau tidak,
termasuk juga tindakan-tindakan yang menggunakan cara atau kaedah yang khusus serta
tertentu. Shertzer, Bruce & Sherley (1980) pula menjelaskan bahawa proses kaunseling adalah
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
satu proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang individu yang
memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang.
Hansen, Stevic & Warner (1972) dalam buku mereka menjelaskan:
‘…altought individuals experience problems, counseling is not necessarily
remedial. The consellor may assist an individual with the decision-making
process in educational and vocational matters as well as resolving interpersonal
concerns. Counseling is an applied field in which the counselor uses behavioral
knowledge to help the client…’.
Oleh itu, saya merumuskan bahawa proses kaunseling melibatkan kaunselor dan klien.
Kaunselor yang terlibat menjalankan sesi kaunseling perlu mempunyai pengetahuan dan selok-
belok sebelum memberi ‘pertolongan’ kepada klien supaya sesi kaunseling tersebut bermanfaat
dan mencapai suasana harmonis. Di samping itu juga, proses kaunseling adalah bukan suatu
proses yang ‘main-main’ dan memerlukan satu cara yang sistematik melalui proses pergerakan
daripada satu fasa kepada satu fasa yang lain. Contohnya, fasa permulaan hinggalah fasa
membuat rujukan.
Setelah membuat perbincangan dengan guru kaunseling iaitu Cik Siti Noor Baien binti
Abdul Latif di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur, kami telah bersetuju untuk
merakamkan satu sesi kaunseling yang dilaksanakan terhadap seorang murid. Guru kaunseling
tersebut merupakan guru kaunseling bagi Program Pendidikan Khas Integrasi. Guru kauseling
telah menerima aduan daripada guru-guru yang mengajar murid tersebut bahawa dia sering kali
melakukan masalah disiplin. Antaranya ialah bermain di dalam kelas, mencari masalah dengan
kawan, memarahi kawan, masalah disiplin dan kehadiran.
Oleh itu, guru kaunseling telah mengeluarkan surat temu janji dengan murid tersebut
untuk mengadakan satu sesi kaunseling pada 21 Februari 2014 bertempat di Stesen
Pengurusan Tingkah laku. Setelah dipersetujui oleh murid tersebut, maka satu sesi kaunseling
telah diadakan pada pukul 1.00 petang hingga 1.15 petang. Persetujuan yang dilakukan adalah
sebagai kontrak antara kaunselor dan kliennya sebagai tanda permulaan sesuatu proses
kaunseling (Blocher, 1966). Sesi kaunseling tersebut mengambil masa lebih kurang selama 15
minit.
Menurut Brammer (1973), kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada
beberapa fasa semasa melakukan sesi kaunseling. Rajah 13 menunjukkan rumusan bagi fasa-
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
fasa yang telah dilaksanakan oleh guru kaunselor dan klien semasa sesi kaunseling yang telah
saya rakamkan.
Rajah 13
Fasa dalam Satu Proses Kaunseling
5.1 Permulaan Sesi Kaunseling
Peringkat awal dalam proses kaunseling merupakan proses membuka rahsia serta
mengeratkan hubungan antara kaunselor dan klien. Buchheimer dan Balogh (1961)
menjelaskan:
“The counselor as a collaborator as he work with the client in the process
of self-exploration, problem-solving and gaining new perceptions into a
person’s life situation. The counseling process is both intimate and
objective”.
Intimate pada penyataan tersebut merujuk kepada hubungan dua insan yang begitu rapat dan
mereka dapat meluahkan perasaan secara jujur dan ikhlas manakala objektif pula merupakan
usaha kaunselor yang cuba membantu menyelidik dan mengenalpasti perasaan dan sikap klien
yang akan membantu membuka jalan penerokaan diri yang lebih luas.
‘Taaruf’ merupakan amalan kaunseling dalam Islam. ‘Taaruf’ bermaksud pengenalan
yang juga sama dengan konsep membina hubungan serta dapat diaplikasikan dalam sesi
kaunseling, yang mana kaunselor cuba menggalakan interaksi awal dengan klien. Persamaan
ini juga ada pada amalan memulakan sesi kaunseling terhadap murid di sekolah mengikut garis
Fasa 1 : Sebelum proses kaunseling (peringkat Pra-
persediaan)
Fasa 2 : Semasa proses kaunseling (peringkat membina hubungan,
pengstrukturan, penerokaan, pengukuhan dan
perancangan)
Fasa 3 : Selepas proses kaunseling (peringkat
penamatan)
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
panduan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dengan menggunakan borang latar belakang
Ala Konseptualisasi Kes Lewis – Fessel dan borang catatan pertemuan. Setelah membuat
analisis terhadap rakaman video, saya mendapati bahawa sesi kaunseling tersebut mempunyai
permulaan iaitu pengstrukturan dan membina hubungan.
i) Bina Hubungan
Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008) menyatakan bahawa langkah yang paling awal
dalam sesi kaunseling. Fasa membina hubungan adalah sangat penting dalam proses
kaunseling tidak kira sama ada kauselor tersebut menggunakan pendekatan behavioris,
pendekatan pemusatan perorangan mahupun pendekatan REBT. Tujuannya adalah supaya
‘first impression’ klien terhadap kaunselor adalah positif. Dengan ini, kaunselor dan klien dapat
membina hubungan yang mesra, saling mempercayai dan juga berasa selamat semasa
perbincangan tersebut dilaksanakan. Dalam proses membina hubungan, beberapa kemahiran
dan aspek yang perlu diambil kira supaya suasana yang mesra dan tingkah laku yang
meyakinkan dapat dirasai oleh klien. Antaranya ialah kemahiran membina hubungan,
kemahiran mendengar dan kemahiran menyoal sangat penting dalam proses membina
hubungan.
Jadual 10
Analisis Peringkat Membina Hubungan dalam Rakaman Video
Pengstrukturan Ada Tiada Pelaksanaan Kurang Jelas ataupun Tidak
Ditekankan
Tanya khabar /
Layanan yang baik /
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Suasana yang teraputik /
Ruang untuk
berkomunikasi
/
Penampilan kaunselor
yang baik
/
Ekspresi muka yang
sesuai
/
Kontak mata antara
kaunselor dengan klien
/
Senyuman /
Nada suara yang sesuai /
Tempoh masa yang
singkat
/
Jadual 10 menunjukkan analisis terhadap aspek membina hubungan yang telah saya
laksanakan selepas menonton rakaman video sesi kaunseling tersebut. Pada peringkat
membina hubungan tersebut, guru kaunseling telah mengambil tempoh masa lebih kurang 50
saat untuk berbual ringan dengan klien, bertanyakan khabar serta memberikan layanan yang
baik kepada klien. Rajah 14 merupakan antara dialog membina hubungan antara guru
kaunseling dan klien yang terdapat dalam rakaman video tersebut.
Guru kaunseling : Assalamualaikum, Faizzi.
Klien : Waalaikumussalam.
Guru Kaunseling : Hari ni pelajaran macam mana?
Klien : Ok.
Guru Kaunseling : Dah makan dah?
Klien : Dah.
Guru Kaunseling : Makan apa?
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 14Dialog membina hubungan antara guru kaunseling dan klien
Berdasarkan kepada aspek membina hubungan pada Rajah 14, saya mendapati
bahawa guru kaunseling tersebut mengambil tempoh masa yang sesuai untuk membina
hubungan secara lisan. Hal ini adalah kerana beliau tidak menggunakan masa yang terlalu
panjang untuk berbual ringan dengan klien tersebut. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan
diambil pada fasa ini kerana dikhuatiri topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih
perhatian klien kepada topik tersebut sebaliknya bukan isu yang akan dibawa.
Seterusnya, suasana alam sekeliling yang bersesuaian juga kurang diutamakan dalam
sesi kaunseling tersebut. Walaupun tempat menjalankan sesi kauseling tersebut berada dalam
keadaan yang kemas dan pengudaraan yang baik, saya mendapati bahawa terdapat bunyi
bising seperti bunyi kereta dan bunyi murid berlari. Di samping itu juga, saya mendapati bahawa
suasana teraputik kurang ditekankan dalam sesi kaunseling tersebut. Hal ini terjadi kerana
sekolah tersebut tidak menyediakan bilik ataupun ruangan kaunseling yang khusus disebabkan
oleh terdapat bangunan yang telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan pada masa akan
datang. Oleh itu, ruang adalah terhad dan guru kaunseling perlu mengambil inisiatif sendiri
untuk memilih tempat untuk mengadakan sesi kaunseling.Guru kaunseling tersebut telah
memilih Stesen Pengurusan Tingkah laku. Tetapi, saya mendapati bahawa tidak ada unsur
teraputik yang wujud elemen-elemen penyembuhan di dalam bilik kaunseling tersebut seperti
bilik berhawa dingin, bau wangian dan jauh dari gangguan. Walaubagamainapun, bilik
kaunseling tersebut mempunyai sedikit sahaja unsur teraputik seperti warna dinding yang
lembuy dan hiasan yang menarik minat minat. Oleh itu, saya berpendapat bahawa bilik tersebut
boleh disusun atur dengan lebih menarik supaya sesi kaunseling boleh dapat dilaksanakan
dalam suasana yang tenteram. Gambar 1 menunjukkan suasana dalam Stesen Pengurusan
Tingkah Laku yang digunakan untuk sesia kaunseling tersebut.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Gambar 1
Suasana Stesen Pengurusan Tingkah Laku untuk Sesi Kaunseling
Sebagai guru kaunseling juga, kita perlu peka kepada ruang untuk berkomunikasi
dengan klien semasa sesi kaunseling tersebut dilaksanakan. Dalam konteks ini, guru
kaunseling perlu menentukan jarak duduk dengan klien untuk membantu komunikasi. Brammer
(1973) menyatakan bahawa jarak kedudukan kerusi semasa temu bual lazimnya berbeza-beza
yang bergantung bagaimana mesra, selesa dan ikut serta klien sendiri. Sesetengah orang lebih
suka bersemuka dalam jarak terlalu dekat kerana mereka rasa selamat dan dikawal. Sapora
Sipon (2008) pula menyatakan bahawa jarak yang sesuai antara kaunselor dengan klien adalah
antara 1 hingga 1.5 meter. Dr. Khoo Bee Lee (2014), mencadangkan kedudukan yang sesuai
adalah berbentuk ’L’ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15.
Rajah 15Kedudukan yang sesuai semasa sesi kaunseling.
Kaunselor
Klien
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Berdasarkan kepada sesi kaunseling yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa
guru kaunseling tersebut tidak berada dalam kedudukan ‘L’ tetapi lebih selesa berada dalam
kedudukan bersemuka. Jarak yang digunakan juga adalah bersesuaian iaitu tidak terlalu dekat
dengan klien dan juga tidak terlalu jauh. Di samping itu juga, tiada meja yang menghalang jarak
antara guru kaunseling dengan klien semasa sesi kaunseling tersebut walaupun terdapat meja
yang berhampiran dengan mereka. Gambar 2 menunjukkan kedudukan dan ruang semasa sesi
interaksi dalam kaunseling tersebut.
Gambar 2
Kedudukan semasa sesi kaunseling.
Di samping itu juga, aspek membina hubungan juga ditekankan kepada penampilan
kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling tersebut. Merujuk kepada sesi kaunseling
tersebut, saya mendapati bahawa penampilan guru kaunseling dari sudut pemakaian adalah
kurang sesuai. Guru kaunseling tersebut memakai seluar dan juga memakai jaket seolah-olah
ingin menaiki motorsikal. Oleh itu, saya mencadangkan supaya guru kaunseling yang ingin
mengadakan sesi kaunseling perlu peka dengan penampula diri mereka seperti berpakaian
kemas, rapi dan sopan serta mengenakan bau-bauan yang tidak terlalu kuat pada badan
supaya dapat membantu keyakinan murid terhadap guru tersebut. Oleh itu, klien akan berasa
lebih yakin apabila melihat penampilan kemas guru kaunseling yang terlibat.
Selain itu juga, saya mendapati bahawa ekpsresi muka yang ditunjukkan oleh guru
kaunseling tersebut juga bersesuaian dengan ungkapan yang diucapkan. Contohnya, semasa
dia sedang memuji, dia akan tersenyum kepada murid tersebut. Ekspresi muka yang sesuai
perlu dipamerkan oleh mana-mana guru kaunseling supaya murid yakin dengan perlakuan guru
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
tersebut. Antara wajah atau mimik yang boleh ditunjukkan semasa menjalankan proses
interaksi kaunseling tersebut adalah berkerut dahi, pandangan mata dan riak wajah yang
berbeza mengikut situasi.
Kontak mata antara guru kaunseling dan klien juga dikesan semasa sesi kaunseling
tersebut. Guru menunjukkan minat untuk mendengar segala luahan murid tersebut dengan
mengadakan kontak mata yang bersesuaian dan tidak berlebihan semasa sesi tersebut. Hal ini
menyebabkan murid berada dalam keadaan selesa dan menumpukan perhatian kepada guru
kaunseling tersebut. Selain itu juga, nada suara yang digunakan oleh guru kaunseling tersebut
juga bertepatan dengan kesesuaian situasi. Contohnya, sekiranya guru kaunseling tersebut
sedang menyoal, maka nada yang digunakan adalah lebih tenang dan sederhana supaya murid
mengetahui bahawa dia sedang bertanya. Sekiranya nada untuk menyoal adalah lebih keras
dan lantang, murid tersebut akan tersalah tafsir bahawa guru tersebut sedang marah
kepadanya. Hal ini akan mengganggu emosi murid yang sedang dikaunseling itu.
Kesimpulannya, sesi membina hubungan dilaksanakan dengan baik walaupun masih
terdapat aspek yang perlu diperbaiki seperti aspek suasana teraputik, penampilan kaunselor
dan suasana alam sekeliling.
ii) Pengstrukturan
Jadual berikut menunjukkan rumusan analisis permulaan sesi kaunseling yang terdapat dalam
rakaman video yang telah saya rakamkan.
Jadual 11
Analisis Permulaan Sesi Kaunseling : Aspek Pengstrukturan
Pengstrukturan Dinyatakan Tidak Dinyatakan Pelaksanaan Kurang Jelas ataupun Tidak
Ditekankan
Matlamat kaunseling /
Fungsi kaunselor /
Peranan klien /
Masa satu sesi kaunseling /
Etika kerahsiaan /
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Jadual 11 menunjukkan permulaan sesi kaunseling yang dilaksanakan oleh guru dalam
rakaman tersebut bagi aspek pengstrukturan. Menurut Zainal Abidin (2005), menstrukutur
adalah penting kepada klien. Anggapan-anggapan klien yang tidak realistik seperti masalah
boleh diselesaikan dengan cepat, kaunselor adalah orang yang memberi nasihat perlu
diperjelaskan awal-awal lagi oleh kaunselor semasa melaksanakan proses tersebut. Antara
perkara yang perlu ditekankan pada awal pertemuan ialah berkenaan dengan peranan
kaunselor, peranan klien, matlamat dan kerahsiaan. Pengstrukturan juga adalah memberi
kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling, kaunselor harus memberi tahu bagaimana
kaunseling boleh membantu dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi
termasuk peranan masing-masing.
Berdasarkan video tersebut, saya mendapati secara keseluruhannya aspek
pengstrukturan yang dilaksanakan oleh guru kaunseling tersebut adalah kurang berkesan.
Buktinya, matlamat kaunseling tidak dinyatakan dengan jelas.
Rajah 16
Dialog semasa sesi kauseling bagi matlamat
Rajah 16 menunjukkan dialog antara guru kaunseling dengan murid. Walaupun guru
kaunseling tersebut ada bertanya kepada murid tentang sebab dia dipanggil untuk sesi
kaunseling tersebut, beliau tidak menyatakan secara ekplisit ataupun terang-terangan tentang
matlamat utama kaunseling tersebut diadakan. Sebaliknya, guru kaunseling tersebut
membiarkan persoalannya tentang matlamat kaunseling tersebut tidak terjawab. Sepatutnya
guru kaunseling perlu menekankan sebab ataupun matlamat mereka mengadakan sesi
kaunseling tersebut supaya guru kaunseling dapat menyedarkan murid arah tuju yang ingin
dicapai pada akhir sesi. Contoh penyataan bagi menjelaskan matlamat kaunseling boleh dirujuk
kepada Rajah 14.
Guru kaunseling : Awak tahu kenapa awak dipanggil oleh cikgu?
Klien : Tak tahu.
Guru Kaunseling : Macam mana awak boleh tak tahu? Awak tahu tak apa yang awak lakukan selama seminggu
ni?
Guru kaunseling : Tujuan kita mengadakan sesi kaunseling pada hari ini adalah untuk membincangkan masalah
awak dan seterusnya mencari penyelesaian yang terbaik kepada masalah disiplin yang awak
hadapi.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 17
Cadangan penyataan matlamat kaunseling
Di samping itu juga, perkara yang perlu ditekankan semasa aspek pengstrukturan
adalah fungsi kaunselor. Dalam sesi kaunseling yang dilakukan, saya mendapati bahawa guru
tersebut ada menyatakan juga peranan beliau sebagai seorang kaunselor tetapi tidak secara
langsung. Berikut merupakan dialog yang diucapkan oleh guru kaunseling tersebut bagi
menjelaskan peranan beliau semasa sesi kaunseling tersebut.
Guru kaunseling : Baiklah, bila awak tak perasan, cikgu nak bagi awak tahu satu-
satu perkara kenapa awak kena panggil. Boleh? Jangan
takut, jangan segan, jangan malu. Kalau apa-apa yang awak
tak tahu, awak boleh tanya cikgu. Kalau awak rasa tak
puas hati awak boleh tanya juga.
Peranan kaunselor menurut Rogers (1962) sebagai fasilitator yang membantu klien agar dia
tidak bersifat defensif dan membantu klien melihat diri dan masalahnya dengan jelas. Selain
daripada itu, kaunselor juga sedia mendengar segala masalah yang dikemukakan. Oleh itu,
saya mencadangkan supaya guru kaunseling tersebut menyatakan secara langsung dengan
menyebut peranan beliau semasa sesi kaunseling. Rajah 15 menunjukkan penyataan yang
dicadangkan kepada guru kaunseling semasa menjelaskan peranan ataupun fungsi beliau
dalam sesi kaunseling itu.
Rajah 18
Cadangan penyataan fungsi kaunselor.
Dalam sesi kaunseling juga, peranan klien perlu dinyatakan pada awal permulaan sesi
kaunseling supaya klien komited untuk mencari penyelesaian kepada masalahnya.
Berdasarkan kepada video tersebut, saya mendapati bahawa peranan klien sama sekali tidak
disebut ataupun tidak dinyatakan. Sepatutnya, pada peringkat ini guru kaunseling perlu
menjelaskan peranan murid tersebut supaya mereka tidak keliru dan tahu apa yang perlu
dilakukan oleh mereka sepanjang sesi tersebut berlangsung. Berikut merupakan contoh dialog
yang boleh diberitahu oleh guru kaunseling tersebut kepada murid.
Guru kaunseling : Cikgu sebagai kaunselor awak akan bersedia mendengar masalah awak, memahami dan
berinteraksi dengan awak sepanjang sesi kaunseling ini.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Guru Kaunseling : Untuk menyelesaikan masalah kita dengan bermakna
dan berjaya, peranan terletak di tangan awak. Cikgu
akan berfikiran terbuka dan berbangga sekiranya awak
berkongsi apa-apa sahaja yang awak hadapi pada sesi
kaunseling kita pada hari ini.
Berdasarkan kepada rumusan analisis pada Jadual 12 juga, saya mendapati bahawa
guru kaunseling tersebut tidak menyatakan tempoh masa bagi sesi kaunseling tersebut. Secara
spesifiknya, tempoh maksimum bagi mengadakan satu sesi kaunseling adalah selama 30 minit.
Sekiranya tempoh 30 minit tersebut berakhir, guru kaunseling boleh berbincang dengan klien
bagi menamatkan sesi dengan klien supaya klien bersedia dari segi emosi untuk penamatan
proses kaunseling tersebut (Dr.Khoo Bee Lee, 2014). Oleh itu, guru kaunseling perlu
menyatakan tempoh masa pada permulaan sesi kaunseling supaya murid ataupun klien
bersedia untuk menamatkan sesi kaunseling tersebut. Contoh dialog yang boleh digunakan
untuk menyatakan tempoh masa tersebut adalah :
Guru Kaunseling : Sesi kaunseling ini akan mengambil masa selama 30 minit.
Sekiranya dalam masa 30 minit kita tidak dapat mencari
jalan penyelesaian, kita akan mengadakan sesi kaunseling
yang seterusnya pula.
Di samping itu juga, etika kerahsiaan dan kaunseling juga sangat penting dalam sesi
kaunseling kerana menjaga kerahsiaan dan maruah klien merupakan etika seorang kaunselor.
Mengikut Kod Etika Kaunselor 1998, kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai
keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah mencapai
persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan kerahsiaan.
Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula
dan diubah dengan persetujuan bersama. Kod Etika Kerahsiaan dan limitasinya juga
diamalkan oleh Persatuan Kaunselor Amerika seperti berikut:
“Counselling relationships and information resulting therefore are kept
confidential. However, there are the following exceptions to
confidentiality; when disclosure is required to prevent clear and imminent
danger to the client or others; when legal requirements demand that
confidential material be revealed; when a child is in need of protection.”
(CCA BORD, 1999)
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Berdasarkan kepada video sesi kaunseling tersebut, saya mendapati bahawa guru
kaunseling tidak menyatakan etika kerahsiaan kepada klien semasa menjalankan aspek
pengstrukturan. Etika kerahsiaan perlu dinyatakan kepada klien supaya mereka lebih yakin
dengan beliau untuk meluahkan dan berkongsi apa-apa sahaja tentang masalah yang
dihadapinya. Etika kerahsiaan juga perlu dinyatakan kepada klien supaya dia berasa tidak
terancam sekiranya guru kaunseling tersebut perlu merujuk kepada individu tertentu mengenai
masalah yang dihadapinya. Di samping itu juga, etika tersebut perlu dipersetujui oleh klien
supaya sesi kaunseling tersebut dapat diteruskan tanpa paksaan. Berikut merupakan contoh
bagi menyatakan etika kerahsiaan kepada klien semasa sesi kaunseling tersebut.
Guru Kaunseling : Awak boleh ceritakan apa-apa sahaja kepada saya.
Maklumat awak ini akan dirahsiakan. Sekiranya isu
yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa
anda, kerahsiaan ini adalah terbatas.
(Sapora Sipon, 2008)
Oleh itu, saya dapat merumuskan bahawa aspek pengstrukturan yang dilaksanakan
oleh guru kaunseling tersebut kurang efektif dan berkesan serta perlu ditambah baik supaya
sesi kaunseling yang dilaksanakan pada masa akan datang lebih berstruktur dan bermakna.
5.2 Pendekatan dan Teori
Guru Kaunseling : Faizzi rasa-rasa Faizzi baik ke kurang baik?
Klien : Kurang baik.
Guru Kaunseling : Kurang baik. Ok. Kurang baik. Jadi betullah kalau cikgu dapat aduan yang Faizzi kurang baik.
Betul?
Klien : (Angguk)
Guru Kaunseling : Sebab Faizzi dah mengaku Faizzi kurang baik, boleh tak Faizzi cerita kat cikgu apa yang Faizzi
buat kurang baik?
Klien : Aaa…. (Diam)
Guru Kaunseling : Ooo… ada banyak. Padanlah tak leh cakap. Ok, bagi cikgu tiga je yang kurang baik yang Faizzi
buat?
Klien : Aaa… Saya… Aaa… bermain-main dalam kelas.
Guru Kaunseling : Main-main dalam kelas. Lagi?
Klien : Cari pasal dengan kawan.
Guru Kaunseling : Cari pasal dengan kawan. Ok, lagi?
Klien : Marah-marah.
Guru Kaunseling : Siapa marah?
Klien : Firdaus, dia suka mengejek.
Guru Kaunseling : Ooo… kawan-kawan ejek. Jadi, awak cari pasal dengan dialah. Ok, lagi satu pasal apa?
Klien : Itu je.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 19
Sedutan dialog semasa sesi kaunseling yang telah dirakamkan
Rajah 19 menunjukkan antara sedutan dialog yang terdapat semasa sesi kaunseling
tersebut. Berdasarkan kepada perbualan tersebut, saya telah mengesan bahawa guru
kaunseling telah mengaplikasikan teori pemusatan klien atau teori pemusatan perorangan
(PCC) berdasarkan kepada pendekatan humanistik. Di samping itu juga, saya mendapati
bahawa guru telah mewujudkan hubungan teraputik di awal sesi kaunseling seperti bertanya
khabar dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien pada hari tersebut. Tujuannya adalah untuk
mewujudkan perasaan mesra dan kerelaan dalam perkongsian perluahan kedua-dua pihak
antara kaunselor dank lien. Sedutan dialog pada Rajah 19 juga telah menggambarkan bahawa
guru kaunseling berusaha mewujudkan suasana teraputik dengan bertanyakan permasalahan
yang dihadapi oleh klien tersebut.
Sebagaimana matlamat teori pemusatan perorangan, pendekatan yang dilaksanakan
berdasarkan kepada teori tersebut adalah paling sesuai digunakan untuk mengubah tingkah
laku murid tersebut sesuai dengan latar belakang murid. Hal ini adalah kerana, guru kaunseling
memberi peluang kepada klien tanpa mengadilinya sebelum mendengar permasalahannya.
Sesuai dengan latar belakang klien tersebut yang mana klien tinggal di asrama bersama
dengan kawan-kawan, mempunyai masalah keluarga dan jarang sekali berjumpa dengan
ibunya. Ayahnya pula tidak dapat dikesan. Oleh itu, murid tersebut berkemungkinan besar
mempunyai tahap keyakinan yang rendah sehingga menyebabkan dia menunjukkan tingkah
laku yang kurang baik disebabkan oleh persekitarannya. Rentetan itu, saya menyokong
tindakan guru kaunseling tersebut yang mengaplikasikan pendekatan teori pemusatan
perorangan dalam sesi kaunseling kerana teori ini adalah bermatlamatkan untuk membantu
klien dalam meningkatkan keyakinan diri secara spontan seterusnya klien tersebut akan
mencapai perasaan bebas dan bersepadu. Di samping itu juga, semasa sesi kaunseling
tersebut saya mendapati bahawa guru kauseling telah membantu kliennya untuk menghargai
dirinya sendiri dan memberikan cadangan kepada murid tersebut supaya dapat menguruskan
kehidupannya sendiri.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Carl Rogers (1970) merumuskan bahawa terdapat tujuh peringkat dalam proses
teraputik yang melibatkan teori tersebut. Rajah 20 menunjukkan peringkat teraputik yang
dinyatakan oleh Carl Rogers.
Rajah 20
Peringkat Teraputik (Carl Rogers, 1970)
Berdasarkan kepada Rajah 20, tidak semua peringkat tersebut telah dilaksanakan oleh guru
kaunseling kerana peringkat tersebut amat sukar disatukan dalam proses teraputik. Hal ini
adalah kerana klien masih lagi kelihatan tidak berani untuk meluahkan semua permasalahnya
secara terbuka. Saya juga mendapati bahawa klien lebih mudah berkongsi secara terbuka
masalah luaran tetapi bukan pada masalah sebenarnya. Bagi mewujudkan hubungan teraputik
itu, saya mendapati bahawa guru kaunseling tersebut telah membimbing klien mencari sumber
kekuatan diri sama ada secara dalaman atau luaran melalui pendekatan dalam teori tersebut
(Satir, 1991). Di samping itu juga, guru kaunseling dikesan berfikiran terbuka. Hal ini terjadi
apabila guru kaunseling mendengar tanpa membuat pengadilan terhadap apa-apa yang
diluahkan oleh guru pembimbing walaupun tidak secara keseluruhan sesi kaunseling tersebut.
Malahan, saya juga mendapati bahawa wujud kesan perhubungan psikologikal antara
guru kaunseling dengan klien. Antara situasi semasa sesi kaunseling yang menunjukkan
bahawa wujud kesan perhubungan psikologikal antara guru kaunseling dengan klien adalah
seperti perbualan pada Rajah 21 di bawah.
PERINGKAT 1 : Perhubungan yang
kurang mesra
PERINGKAT 2 : Tidak bersedia untuk
berkongsi pengalaman
PERINGKAT 3 : Kurang kesedaran
terhadap diri
PERINGKAT 4 : Berlaku pertentangan perasaan, pemikiran
dan tingkah laku
PERINGKAT 5 : Wujud kemesraan
meluahkan pengalamannya.
PERINGKAT 6 : Berlaku kesedaran
pada klien
PERINGKAT 7 : Penerimaan tanpa
syarat
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 21
Sedutan perbualan antara guru kaunseling dan klien.
Selain itu juga, pendekatan untuk mewujudkan hubungan yang teraputik dan mesra
dalam teori ini adalah kaunselor perlulah kongruen, penerimaan positif tanpa syaratdan empati.
Kongruen bermaksud kaunselor dengan klien adalah serasi. Dalam konteks ini, saya
mendapati bahawa kaunselor serasi dengan masalah yang dihadapi oleh murid. Contohnya,
guru kaunseling faham bahawa klien menaiki van ke sekolah serta perlu menunggu rakan-rakan
yang lain dan dihantar oleh pemandu. Oleh itu, kemungkinan untuk klien selalu lambat adalah
kerap. Di samping itu juga, kaunselor perlu menerima klien secara positif tanpa syarat. Dalam sesi kaunseling tersebut, saya mendapati bahawa guru kaunseling tersebut bersikap
tidak menilai dan sifat mengambil berat wujud tanpa sebab-sebab yang tertentu. Guru
kaunseling mendengar dengan aktif dan juga bertindak sebagai cermin yang tidak beremosi
kepada klien. Malahan, wujud juga sifat empati terhadap klien tersebut. Semasa melaksanakan
sesi kaunseling tersebut, beliau kelihatan cuba memahami dan mendalami permasalahan yang
dihadapi oleh klien dengan membantu secara rasional seperti situasi yang telah dialami oleh
klien itu sendiri.
Secara ringkasnya, kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh guru
kaunseling dalam mengaplikasikan pendekatan semasa sesi kaunseling tersebut adalah seperti
soalan terbuka dan tertutup, dorongan minima, parafrasa, merefleksi perasaan dan memfokus.
Manakala, saya juga mengesan bahawa guru kaunseling juga telah mengaplikasikan
teori rasional emotif behavior (REBT) tetapi secara tidak secara keseluruhannya.
Pendekatannya berfokus kepada kaedah ABCDE. Konsep ABCDE adalah dirumuskan seperti
di dalam Rajah 22.
Guru Kaunseling : Kenapa cari pasal dengan kawan?
Klien : Saya tak cari pasal, dia.
Guru Kaunseling : Ooo, kawan yang cari pasal. Jadi awak pun balas la balik.
Klien : Saya balas, salam tu bagi dia jatuh.
Guru Kaunseling : Oh, salam pastu bagi dia jatuh. Ada eh salam bagi jatuh. Cikgu tak pernah dengar lagi salam
bagi jatuh.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 22
Kaedah ABCDE yang dikesan semasa sesi kaunseling yang telah dilaksanakan.
Kesimpulannya, ketiga-tiga pendekatan berdasarkan tiga teori iaitu Teori Behavioris,
Teori Pemusatan Perorangan dan juga Teori Rasional Emosi Behavioris telah diaplikasikan
dalam sesi kaunseling tersebut mengikut peringkat-peringkat tertentu. Oleh itu, saya
mencadangkan supaya guru kaunseling tersebut perlu mengfokuskan kepada satu sahaja teori
yang sesuai pada masa akan datang supaya murid tidak keliru tentang pendekatan yang telah
guru kaunseling tersebut laksanakan. Di samping itu juga, kaunselor mahupun guru kaunseling
di sekolah perlu menguasai selok-belo dalam kaunseling supaya matlamat untuk membantu
klien dapat dicapai.
A - PERISTIWA YANG BERLAKU PADA KLIENBemain dalam kelasMencari masalah dengan rakanMemarahahi rakan lainMasalah disiplinKehadiran
B - KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL KLIEN YANG TERBENTUK DARIPADA PERISTIWA YANG DIALAMIKlien memberitahu bahawa dia membalas balik perbuatan kawan dengan bersalam dan menjatuhkan kawan tersebut.
C - EMOSI TERHASIL DARIPADA KEPERCAYAAN YANG TIDAK RASIONALTidak dikesan semasa sesi kaunseling
D - KAEDAH YANG DIGUNAKAN MAHUPUN CABARAN YANG AKAN MENGUBAH EMOSI YANG TIDAK STABIL DAN KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL DALAM DIRI KLIENGuru kaunseling mengstruktur semula pemikiran klien
E - LAHIR EMOSI YANG NORMAL DALAM DIRI KLIENKlien membuat perjanjian secara lisan dengan guru kaunseling tersebut di akhir sesi kaunseling
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
5.3 Kemahiran Asas Kaunseling
Berdasarkan kepada rakaman, terdapat beberapa kemahiran asas kaunseling yang telah
diaplikasikan semasa sesi kaunseling. Rajah 23 menunjukkan ringkasan bagi kemahiran yang
telah saya kesan semasa sesi tersebut.
Rajah 23
Kemahiran Asas Kaunseling
5.3.1 Kemahiran Penyoalan
Dalam menjalankan proses kaunseling, kemahiran menyoal adalah sangat penting. Hal ini
adalah supaya kaunselor dapat merangsang klien supaya dapat meluahkan perasaan secara
lebih terperinci serta jujur. Terdapat dua teknik penyoalan yang boleh digunakan iaitu soalan
terbuka dan soalan tertutup. Berdasarkan kepada sesi kaunseling yang telah dilaksanakan,
saya mendapati bahawa guru kaunseling banyak menggunakan kemahiran ini bagi merangsang
murid supaya bercakap untuk meluahkan masalahnya.
KEMAHIRAN ASAS
KAUNSELINGPenyoalan
Dorongan Minima
Mendengar Senyap
Refleksi Emosi
Refleksi Isi
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 24Petikan Sesi Kaunseling
Lornborg (1991) mengatakan teknik penyoalan adalah sangat bersesuaian dengan
keadaan sesi awal yang menitikberatkan pengumpulan maklumat tentang masalah dan diri
klien. Walaubagaimanapun, kaunselor tidak digalakkan terlalu bergantung kepada soalan-
soalan semata-mata kerana ianya mungkin akan menjadi penyiasatan atau interogasi yang
membosankan. Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa kemahiran penyoalan yang
dilaksanakan oleh guru kaunseling tersebut adalah bersismatik. Maka, penyoalan semasa sesi
kaunseling tersebut adalah relevan dan praktikal serta digunakan dengan sebaiknya ketika
memulakan sesi temu bual atau mendapatkan maklumat lanjut daripada klien.
5.3.2 Dorongan MinimaMenurut Ivey (1996) dorongan minima ialah respon yang ditunjukkan oleh kaunselor pada tahap
yang paling minima bagi menggalakan klien bercakap dan memberi idea. Dalam konteks ini,
saya mendapati bahawa guru kaunseling tersebut telah mengaplikasikan dorongan minima.
Antara doronga minima yang telah ditunjukkan adalah seperti mengganggukkan kepala,
mempamerkan bahawa beliau sedang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penyataan
masalah atau perasaan oleh klien.
Selain itu juga, saya mendapati bahawa guru kaunseling tersebut juga ada memberi
dorongan minima dengan memberikan respon seperti menyebut “aha” dan “lagi” yang
menunjukkan bahawa kaunselor ingin kliennya menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut.
Dalam konteks ini, saya mendapati bahawa guru kaunseling tersebut bijak memainkan
peranannya supaya klien meluahkan perasaan dan permasalahannya. Kemudian, beliau juga
tahu untuk menyatakan pendapat dan cadangan pada masa yang tepat. Klien juga diberikan
peluang untuk menyatakan perasaannya tanpa celahan soalan atau pendapat yang
membantutkan luahan perasaannya. Dorongan minima berdasarkan kepada sesi kaunseling
tersebut dapat dikesan juga apabila guru kaunseling tersebut memberi klien untuk
mempersepsikan masalahnya dan meneruskan penyataannya tanpa sebarang gangguan.
Soalan terbuka Guru Kaunseling : ….. Boleh tak Faizzi cerita kat cikgu apa yang Faizzi buat kurang baik?
Soalan tertutupGuru Kaunseling : Faizzi rasa-rasa Faizzi baik ke kurang baik?
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
5.3.3 Mendengar
Setiap idividu pasti mempunyai perasaan maisng-masing seperti sedih, gembira, takut,bimbang
dan sebagainya. Dalam menghadapi perasaan yang sedemikian, sesetengah individu
memerlukan seseorang untuk mendengar masalah kita. Dalam kaunseling, mendengar ialah
menerima mesej dengan teliti dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang
disampaikan.
Berdasarkan kepada sesi kaunseling tersebut, salah satu respon guru kaunseling
terhadap klien ialah dengan apa-apa yang diperkatakan oleh kliennya iaitu dengan
menunjukkan minat terhadap permasalahannya. Guru kaunseling tidak mengganggu klien
sehingga dia habis bercakap. Setelah mendengar kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh
klien tersebut, guru kaunseling kemudiannya memberi maklum balas tentang fikiran dan
perasaannya.
Saya mendapati bahawa terdapat beberapa kebaikan sekiranya guru kaunseling
mementingkan kemahiran mendengar dalam sesi kaunseling tersebut. Mendengar secara aktif
dapat memberikan lebih banyak maklumat untuk dibincangkan serta membuat tindakan lanjut.
Di samping itu juga, hubungan teraputik juga dapat diwujudkan sebagaimana yang terjadi
semasa sesi kaunseling tersebut.
5.3.4 Senyap
Senyap juga adalah salah satu kemahiran yang telah diaplikasikan di dalam sesi kaunseling
tersebut. Senyap dalam konteks kaunseling bermaksud kaunselor tidak memberikan apa-apa
komen, respon ataupun soalan kepada klien, sebaliknya hanya mendiamkan dirinya dengan
membiarkan kliennya terus bercakap atau meluahkan perasaan. Saya juga telah mendapati
bahawa guru kaunseling tersebut telah mengaplikasikan kemahiran tersebut tetapi tidak terlalu
kerap kerana kliennya perlu dirangsang untuk bercakap dengan merangsang murid tersebut
dengan soalan-soalan tertentu.
Berdasarkan kajian Ivey (1996), senyap adalah bertujuan untuk membolehkan klien
memeriksa apa-apa yang difikirkannya dan apa-apa yang dirasakannya, menyedarkan klien
bercakap dalam temu bual kaunseling serta memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan
tentang implikasi perbincangan tersebut.
5.3.5 Refleksi Emosi
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Refleksi emosi juga adalah kemahiran yang telah dipraktikkan oleh guru kaunseling semasa
sesi kaunseling tersebut. Kemahiran ini adalah bagi menunjukkan bahawa kaunselor boleh
memberi respon terhadap emosi klien bagi menunjukkan empati. Menurut Amir (1987), tujuan
utama kaunselor membuat refleksi emosi adalah bagi memberikan pemusatan sebenar kepada
klien.
Dalam sesi kaunseling yang telah dilaksanakan, guru kaunseling telah merefleksi
keadaan emsoi kliennya pada ketika itu dan dengan itu mengkomunikasikan penerimaannya
terhadap klien. Implikasinya, saya mendapati bahawa klien dapat berasa dirinya difahami dan
seterusnya menjadi lebih terbuka dalam meluahkan masalahnya.
Berikut merupakan petikan daripada sesi kaunseling tersebut yang menunjukkan
bahawa guru kaunseling telah menggunakan kemahiran emosi.
Guru Kaunseling : Kenapa tak dengar cakap cikgu?
Klien : (Diam)
Guru Kaunseling : Cikgu tu ngajar tak best?
Klien : Best.
Guru Kaunseling : Habis tu, cikgu tu baik sangat? Cikgu tu garang?
Klien : (Angguk)
Guru Kaunseling : Garang. Habis tu kalau garang tanak belajar la.
5.3.6 Refleksi Isi
Refleksi isi juga merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualannya dengan
klien yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Tujuannya adalah untuk membuat semakan
bahawa apa-apa yang telah diluahkan oleh klien tersebut adalah betul. Di samping itu juga,
refleksi perasaan dapat memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberikan
sepenuh perhatian oleh kaunselor.
Dalam sesi kaunseling yang telah, saya telah meringkaskan refleksi isi yang telah dibuat
oleh guru kaunseling tersebut seperti di dalam Rajah 27.
Kaunselor telah mengstrukturkan semula masalah-masalah yang
telah dilakukan oleh klien
Klien meluahkan perasaannya terhadap
tindakan yang dilakukan
Pada penghujung sesi, kaunselor menyuruh klien
berjanji untuk tidak menimbulkan masalah
lagi.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Rajah 24
Ringkasan sesi merefleksi isi oleh kauselor
6.0 PENUTUPPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang sangat penting
diwujudkan di sekolah-sekolah. Hal ini kerana guru-guru sedang menghadapi satu cabaran
yang besar dalam mewujudkan suasana yang harmonis dan tenteram dalam kalangan murid.
Usaha ini adalah juga bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga
melengkapkan modal insan setiap murid. Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut usaha
buakan sahaja dariapad guru-guru di sekolah malahan ibu bapa juga dilihat memainkan
peranan penting bagi mewujudkan suasana ynag selamat itu.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
7.0 RUJUKAN
Abd Rahman bin Khalid (2005). Khidmat bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Kolej Komuniti.
Amla Salleh at. al. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.
Blocher. (1966). The skilled helper: model, skills and method for for effective helping/ pacific grove. CA: Brooks/ Cole.
Brammer L. (1973), Therapeutic Psychology, Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Boy dan Pine (1986). Client-centered counseling in secondary schools. Boston : Houghton Mifflin Co.
Carl Rogers. (1970). Carl Rogers on encounter groups. New York : Harper & Row
CCA BORD. (1999).
Crow dan Crow (1983). Behavior therapy. New York: Holt. Rinhart & Winston.
Dr. Khoo Bee Lee (2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Hansen, J.C., Stevic, R.R., & Warner, R.W, (1972), Counseling Theory and Process, Boston: Allyn & Bacon Inc.
Harian Ekspress, 27 Mei 2000.
Ivey. (1996). Contemporary theories of personality. Itasca. ILL: Peacocok.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lornborg (1991). Effects of classroom guidance on student achievement. Elementary school guidance & counseling. Vol. 27 (3), 163-171.
Pepsinky dan Pepsinky (1954). Perspective of counseling among people. Boston: Houghton Mifflin Co.
Rogers (1962). Client-centered therapy. Boston: Houghton Mifflin Co.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
Sapora Sipon (2000). Stres dan pencapaian akademik pelajar. Buletin Psikologi 2000/2001.Universiti Malaysia Sabah.
Sapora Sipon. (2008). Kemahiran asas kaunseling. Universiti Sains Islam Malaysia. .
Sapora Sipon & Hapsah Yusof (2008). Kaunseling individu (2nd. ed.). Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.
Satir (1991). Conjoint family therapy. Palo Alto, CA: Science and Behaviour Books,Inc.Shertzer, Bruce & Sherley C. Stone (1980), Fundamentals of oounseling, Boston: Houghton
Mifflin Co.
Utusan Malaysia, Mac 2000.
Utusan Malaysia, 22 November 2003.
Zainal Abidin (2005), Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK PISMP AMBILAN JAN 2011
RAKAMAN SESI KAUNSELING
top related