ciri-ciri tamadun islam

Post on 29-Jun-2015

748 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Annie Loo Pui WanLaw Ming SiewLing Ung Hung

PISMP BC

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

1. Kemajuan teknologi2. Urbanisasi3. Organisasi sosial4. Sistem pemerintahan dan ekonomi

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan Teknologi

• Pencapaian ahli sains Islam dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat dinafikan, antaranya ialah bidang biologi, fizik, astronomi, geologi dan perubatan.

Bidang Biologi• Pemahaman asas wujud sejak zaman

kerajaan Umaiyah.

• Minat ahli-ahli sains terhadap kuda dan unta melahirkan kajian berkaitan baka binatang.

• Awal abad ke-8 wujud buku-buku yang memperkatakan biologi haiwan.

Bidang Fizik

• Orang Islam berperanan menterjemah, memaju dan mengadakan penemuan baru terhadap fizik Yunani.

• Abad ke-7, 12 masyarakat Islam menunjukkan pencapaian yang hebat, yang kemudiannya dipelajari oleh masyarakat barat.

• Fizik mengkaji benda-benda yang berubah, al-Farabi-mengkaji bunyi dalam pelbagai keadaan, Ibn Sina-mengkaji halaju bunyi dan cahaya (menulis kajian dalam buku Al-Syifa).

Bidang Astronomi• Pembinaan balai cecerap:–Bangunan yang dibina utk membuat

cerapan (angkasa) cakerawala dan bintang-bintang di langit.–Makmal penting dalam kajian

astronomi.–Dilengkapi dengan pelbagai jenis

peralatan penting dalam kajian astronomi.

–Banyak didirikan di bandar-bandar besar islam, terutama di sekitar Baghdad dan Cordova.–Teknologi pembinaan balai cecerap

dan penciptaan peralatan astronomi tlh byk dipelajari oleh Eropah drpd orang Islam.

Bidang Geologi

• Merupakan bahan komponen yang asas sekali dalam bidang-bidang lain seperti botani dan zoologi.

• Perubahan permukaan bumi serta isinya.

• Pertukaran tanah daratan serta lautan.

• Kejadian gempa bumi sebagai alat mengubah bentuk permukaan bumi.

Bidang Perubatan• Pembinaan hospital:–Didirikan sejak pemerintahan Bani

Umaiyah.–Sejak pembinaan sebuah hospital di

Baghdad pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, terdapat byk hospital didirikan.–Kebanyakkan hospital mempunyai

taman tumbuh-tumbuhan ubatan yang tersendiri.

–Hospital-hospital besar pula mempunyai sekolah perubatan mereka yang tersendiri.–Terdapat juga banyak hospital bergerak

di negara-negara Islam.–Menjadi model kepada pembianaan

hospital di Eropah, terutamanya Itali dan Perancis.–Tidak berfungsi sebagai pusat

kesihatan yang memberi rawatan kepada pesakit.

–Sebagai pusat pendidikan dan latihan. Pendidikan dan latihan amali dalam bidang perubatan disamapaikan kepada para pelajar perubatan, pembantu hospital dan jururawat di hospital.

• Makmal Herba:–Karya-karya agung Islam dalam bidang

kajian tumbuhan herba dan tanaman ubatan telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Barat untuk menjadi bahan rujukan dalam bidang perubatan di Eropah.–Banyak didirikan untuk menjadi pusat

menjalankan eksperimen.–Dilengkapi dengan peralatan yang

diperlukan.

URBANISASI

URBANISASI• Definisi:-

Perpindahan penduduk dari desa ke kota.• Bandar adalah pusat yang membentuk

tamadun sekitarnya.• Dalam bandarlah sesebuah masyarakat

tersebut memberi tumpuan untuk keperluan kehidupannya.

• Urbanisasi membawa kemajuan terhadap sesebuah bandar tersebut.

• Dalam pembanguan material, misalnya, jaringan kemudahan pengangkutan dipengaruhi kedudukan bandar itu.

• Begitu juga dalam pembangunan minda, pemikiran kita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh segelintir mereka yang menguasai media massa di bandar.

• Urbanisasi membawa kepada kemunculan bandar-bandar baru seperti Madinah, Baghdad, Damascus, Qairawan, dan lain-lain.

• Segala aktiviti utama masyarakat berpusat di bandar.

ORGANISASI SOSIAL

ORGANISASI SOSIAL• Definisi: -

Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.

• Dalam agama Islam, manusia merupakan makhluk dilantik oleh Allah SWT sebagai pentadbir atau khalifah di muka alam ini.

• Manusia sebagai agen sosial perlu mencorakkan sebuah kehidupan yang bermula dengan pembinaan institusi keluarga, jiran dan masyarakat yang akhirnya membentuk ummah.

• Ummah: masyarakat atau umat manusia.• Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di

Madinah, ummah bukan sahaja terhad kepada umat Islam, tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah.

• Nabi Muhammad s.a.w. telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam di Madinah melalui konsep Pembentukan Ummah.

• Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.

• Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama Islam.

• Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan Assabiyah.

• Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama lain.

Sistem PemerintahanDan

Ekonomi

SISTEM PEMERINTAHAN

Sistem pemerintahan dan ekonomi Tamadun Islam diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW selepas berlakunya Peristiwa Hijrah.

1. Ketua Negara/ Ketua Pemerintah• Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin

tertinggi bertindak sebagai ketua Negara, ketua agama, ketua hakim, ketua tentera dan pemimpin masyarakat.

• Baginda merujuk kepada Majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara.

Piagam Madinah• Piagam Madinah yang diperkenalkan

oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan undang-undang yang tertinggi di Madinah.

• Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara yang perlu dipatuhi dan dihormati.

• Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

• Piagam Madinah telah membentuk perpaduan ummah antara orang Islam dan orang bukan Islam.

• Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup

secara aman, damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.

• Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

2. Sistem Pemerintahan

• Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.

• Sistem Demokrasi Atau Sistem Teokrasi, yang pertama produk sekular dan yang kedua produk 'agama'.

• Merupakan pilihan yang diberikan oleh kuasa dunia yang memimpin dunia, pilihan ini menjadi polemik (perdebatan) kalangan cendekiawan Muslim.

Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

a.Menghapuskan semangat assabiyah (perkauman yang sama)dan menggantikannya dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.

b.Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.

c.Menjadikan kaedah musyawarah (kata sepakat) sebagai kaedah yang berkesan dalam pentadbiran.

d.Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

e.Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.

3. Institusi Pemerintahan

• Madinah, sistem pemerintahan kota Madinah mempunyai institusi yang dikenali sebagai Majlis Syura.

• Dianggotai oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang keagamaan tanpa mengira kedudukan atau keturunan.

• Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.

• Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang.

• Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.

• Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.

4. Kuasa Keagamaan

• Madinah,masjid menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat pemerintahan tetapi juga pusat kebudayaan , pertemuan umat Islam dan menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

• (Masjid Nabawi) Ini menunjukkan dalam pentadbiran di Kota Madinah agama dan politik tidak dipisahkan.

• Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan memimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

Pembinaan Masjid

• Langkah awal sewaktu baginda sampai di

Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan penyebaran Islam.

• Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid ini juga berfungsi mengajar, membimbing dan memberi nasihat kepada saudara-saudara baru.

5. Sistem Perundangan

• Nabi Muhammad SAW menggubal Perlembagaan Madinah yang telah menyatukan orang Muhajiran dan Ansar serta Yahudi.

• Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam.

6. Pertahanan

• Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. semasa memerintah Madinah.

• Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya kaum Musyrikin Makkah.

• Pembentukan angkatan tentera Islam membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak.

7. Keadilan Sosial• Pemerintah memberi perhatian terhadap soal

ini agar tidak terdapat jurang status sosisal yang ketara.

• Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan perhambaan dengan menyeru para sahabat supaya membeli dan membebaskan hamba.

• Memansuhkan kedudukan seseorang berdasarkan keturunan dan warna kulit. Mengangkat kedudukan/martabat golongan wanita.

PRINSIP SISTEM EKONOMI ISLAM

1. Kebebasan individu• Individu mempunyai hak kebebasan

sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan yang dianggap perlu dalam sebuah negara Islam.

• Tanpa kebebasan tersebut individu muslim tidak dapat melaksanakan kewajiban asas dan penting dalam menikmati kesejahteraan dan menghindari terjadinya kekacauan dalam masyarakat.

2. Hak terhadap harta• Islam mengakui hak individu untuk memiliki

harta. Walaupun begitu ia memberikan batasan tertentu supaya kebebasan itu tidak merugikan kepentingan masyarakat umum.

3. Ketidaksamaan ekonomi dalam batas yang wajar

• Islam mengakui adanya ketidaksamaan ekonomi antara orang perseorangan/ individu tetapi tidak membiarkannya menjadi bertambah luas.

• Sistem ekonomi Islam cuba menjadikan perbezaan tersebut dalam batas-batas yang wajar, adil dan tidak terlampau berlebihan.

4. Kesamaan sosial• Islam tidak menganjurkan kesamaan ekonomi

tetapi ia mendukung dan menggalakkan kesamaan sosial sehingga sampai tahap bahwa kekayaan negara yang dimiliki tidak hanya dinikmati oleh sekelompok tertentu masyarakat saja.

• Di samping itu amat penting setiap individu dalam sebuah negara mempunyai peluang yang sama untuk berusaha mendapatkan berbagai aktiviti dan peluang ekonomi.

5. Jaminan sosial• Setiap individu mempunyai hak untuk hidup

dalam sebuah negara Islam; dan setiap warga negara dijamin untuk memperoleh keperluan asas masing-masing. Memang menjadi tugas dan tanggung jawab utama bagi sebuah negara Islam untuk menjamin setiap warga negara, sama ada muslim atau bukan muslim, dalam memenuhi keperluan sesuai dengan prinsip “hak untuk hidup”. Dan terdapat persamaan sepenuhnya di antara warga negara apabila keperluan asasnya telah dipenuhi.

6. Pengagihan kekayaan secara meluas; • Islam mencegah pemilikan kekayaan hanya

pada kelompok kecil tertentu dan menganjurkan pengagihan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat.

7. Larangan mengumpulkan kekayaan secara berlebihan;

• Sistem ekonomi Islam melarang individu mengumpulkan harta kekayaan secara berlebihan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah perbuatan yang tidak baik tersebut supaya tidak terjadi dalam negara.

8. Kesejahteraan individu dan masyarakat

• Islam mengakui kesejahteraan individu dan kesejahteraan sosial masyarakat yang saling melengkapi satu dengan yang lain, bukannya saling bersaing dan bertentangan antara mereka. Maka sistem ekonomi Islam mencuba meredakan konflik ini sehingga terwujudnya kemanfaatan bersama.

Pengasas Dasar Ekonomi Islam

• Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi Jahiliah.

• Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.

• Dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi.

• Dalam bidang perdagangan, menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam.

• Memecahkan monopoli perniagaan Yahudi di Madinah.

Penambahan…• Ijmak: kesepakatan seluruh umat Nabi

Muhammad SAW dalam satu-satu zaman, selepas kewafatan baginda, terhadap suatu hukum masalah.• Ijtihad: suatu kehujahan dalam

pembinaan hukum.

SEKIAN TERIMA KASIH

top related