cikgu jahani_ psv 3104.pdf
Post on 03-Oct-2015
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
3/19/2015 Cikgu Jahani: PSV 3104
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html 1/17
Cikgu Jahani
Utama Foto Kenangan SKKG BMM 3106 WAJ 3106 EDU 3106 Qasidah BM 1 BM 2PSV 3104
1. PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan
sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi
kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan
karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan
kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi
dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku
mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran
tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun
diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual
dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali
kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni
muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau
seni fotografi.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi
visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting
dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri.
SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni
Visual di Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana
Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring
dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi
peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas merdeka
sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran
institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis
PSV 3104MASA IBARAT EMAS
ASMAUL HUSNA
KALENDAR
Sejarah-Perkembangan-Kurikulum-Pendidikan-Seni-Visual
Pentaksiran-Bahasa-Melayu-Sekolah-Rendah
Konsep-Pemulihan-Dan-Pengayaan
Scribd
This shoutbox does not exist, it might
have been removed according to the
ToS.
www.freeshoutbox.net - Free
shoutboxes for everyone
BICARA SESAMA KITA
Blog Archive
0 More Next Blog Create Blog Sign In
http://cjahaniblog.blogspot.com/http://cjahaniblog.blogspot.com/http://cjahaniblog.blogspot.com/p/foto-kenangan.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/skkg.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/bmm-3106.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/waj-3106.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/edu-3106.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/qasidah.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/bm-1.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/bm-2.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.htmlhttp://www.scribd.com/doc/106537965/Sejarah-Perkembangan-Kurikulum-Pendidikan-Seni-Visualhttp://www.scribd.com/doc/106541441/Pentaksiran-Bahasa-Melayu-Sekolah-Rendahhttp://www.scribd.com/doc/106541579/Konsep-Pemulihan-Dan-Pengayaanhttp://www.freeshoutbox.net/misc/tos.txthttp://www.freeshoutbox.net/https://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=5928882624238531246http://www.blogger.com/home#createhttp://www.blogger.com/http://www.blogger.com/ -
3/19/2015 Cikgu Jahani: PSV 3104
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html 2/17
serta perkembangan seni halus di Malaysia.
Pendidikan Sebelum Merdeka
Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu
berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif
pelajar-pelajar.Corak pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti
biasa dengan pengajaran al-Quran,tingkah laku dan akhlak yang
baik,pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal
dalam bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang
pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal
menekankan pengajaran al-Quran dan pengetahuan asas
membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di peringkat yang
rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan
ingin menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki
sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-
19 dan awal abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu
terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu
,pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan
kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang
Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan
masyarakat Melayu.
Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu
menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885
adalah;&XNXS XQWXN NHKHQGDNNHKHQGDN ELDVD EXGDNEXGDN
0HOD\X\DQJNHODNDNDQPHQMDGLSHPDQGXNHUHWDOHPEXSHQDQDP
SDGL GDQ QHOD\DQ7XMXDQ NHUDMDDQ EXNDQODK XQWXN PHZXMXGNDQ
VHJHOLQWLU SHPXGD \DQJ EHUSHQGLGLNDQ EDLN3HODMDUDQ XQWXN RUDQJ
0HOD\XWLGDNEROHKPHOHZDWLEDWDVDQNHUDQDLDDNDQPHQLPEXONDQ
NHVXOLWDQ QDQWLPada tahun 1916,Laporan Winstedt memperkemas
sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu.Sekolah Melayu dan maktab
mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains
Pertanian.
Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Selat) mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk
Latihan yang amat baik memerhati alam yang didapati darinya,dan ia
dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih
mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia menyesuaikan mereka
dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan
menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.
Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang
bertambah terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala
Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada
tahun 1905 ,tetapi
sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun
1922,Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi latihan
perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua subjek termasuk
lukisan,pertanian dan pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni
diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat
bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran
menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun
pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung
pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan
2012 (3)
October (1)
Latar Belakang Pendidikan Pemulihan Pendi...
September (2)
javascript:void(0)http://cjahaniblog.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=3javascript:void(0)http://cjahaniblog.blogspot.com/2012_10_01_archive.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/2012/10/latar-belakang-pendidikan-pemulihan.htmljavascript:void(0)http://cjahaniblog.blogspot.com/2012_09_01_archive.html
top related