carta alir kaedah statik - people.utm.my · ukuran semula kecuali diminta sebaliknya, maka ukuran...

Post on 23-Nov-2019

65 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TITIK KAWALAN CRM

CARTA ALIR KAEDAH STATIK

67

KAEDAH STATIK

TITIK KAWALAN CRM

CR

M K

ERJA

LUA

R

CRM PEJABAT

TPU(11) LULUSKERJALUAR

eTSM

68

KESIMPULAN

TITIK KAWALAN CRM

Tanda CRM boleh dijadikan datum kerja untuk pasukan eTSM dan secara tidak

langsung ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja eTSM

dilapangan.

Tanda CRM juga boleh dijadikan rujukan dalam memantapkan pangkalan data

NDCDB

69

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Tanda-tanda sempadan yang dibenarkan adalah:

(a) batu konkrit, tiang konkrit, batu granit dan paip besimengikut saiz yang ditetapkan oleh Jabatan;

(b) paku dan pepaku besi dalam konkrit;

(c) tanda atas batu iaitu tanda lubang dengan satu anakpanah dipahat menunjuk ke arah lubang tersebut; dan

(d) sebarang tanda lain yang dibenarkan oleh Jabatan,melalui ketetapan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

70

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Batu Konkrit

• Batu konkrit bertetulang yang panjangnya tidak kurang600 milimeter (mm) dengan garispusat tidak kurang 75mm yang mempunyai tanda tebuk bagi titik stesen. Bagibatu konkrit yang ditanam oleh JUPEM, satu pengenalanbertulis “JUP” dicetak di bahagian atas permukaannya.Manakala bagi batu bernombor, nombor siri berkenaandicetak menggantikan tulisan “JUP” tersebut. Saizcetakan nombor siri mestilah mengikut saiz yangditetapkan.

71

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Batu Konkrit

• Bagi batu konkrit yang ditanam oleh JTB, permukaanatasnya tiada mempunyai apa-apa pengenalan, manakalabatu konkrit bernombor hendaklah dibeli daripadaJUPEM Negeri yang berkenaan. Sekiranya JTB bercadanguntuk mencetak sendiri batu bernombor tersebut makanombor sirinya hendaklah terlebih dahulu dipohondaripada JUPEM Negeri yang berkenaan. Harga bagisetiap batu bernombor yang dibeli oleh JTB dari JUPEMNegeri adalah RM 5.00.

72

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Tiang Konkrit

• Tiang konkrit bertetulang yang panjangnya 1200 mmhingga 1800 mm berbentuk silinder dengan garispusattidak kurang 70 mm dan mempunyai tanda tebuk bagititik stesen.

Batu Granit

• Batu granit berbentuk empat segi dengan ukuran 80 mmlebar, 120 mm panjang dan 600 mm tinggi yangmempunyai tanda tebuk bagi titik stesen.

73

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Paip Besi• Paip besi yang panjangnya tidak kurang 900 mm dengan

bergarispusat di antara 25 mm hingga 50 mm dan sebaik-baiknya disalut tar atau disadur dengan logam supaya tahankarat dan lubang paip di bahagian atas mestilah ditutupsebaik-baiknya dengan konkrit yang mempunyai tanda bagititik stesen.

Paku• Paku (nail) yang panjangnya tidak kurang 55 mm dengan

bergaris pusat 8 mm. Kepala paku hendaklah bergaris pusat15 mm dan mempunyai penutup bergarispusat 46 mm sertamempunyai tanda bagi titik stesen.

74

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Pepaku Besi

• Pepaku besi (iron spike) yang panjangnya tidak kurang 100mm dengan bergaris pusat 12 mm. Kepala pepakuhendaklah bergarispusat 25 mm dan mempunyai tandabagi titik stesen.

Tanda Atas Batu (mark on rock)

• Ditandakan di atas permukaan batu dengan cara menebuklubang sebagai tanda titik stesen dan satu penunjuk anakpanah dipahat menghala ke lubang tersebut.

75

Jenis Tanda Sempadan Untuk Penandaan

Singkatan dan simbol yang digunakan bagi tanda-tandasempadan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan olehJabatan.

i. Penandaan sempadan hendaklah menggunakan jenis- jenistanda sempadan yang dibenarkan.

ii. Tanda Cadastral Reference Mark boleh berupa paip besiberkonkrit atau pepaku berkonkrit. Tanda sempadan yangsedia ada juga boleh digunakan untuk tujuan yang disebutkan.Walaupun begitu, nombor tanda kawalan ukur kadaster perludicetak pada apa sahaja tanda yang digunakan.

76

Jarak Antara Tanda Sempadan

Tanda-tanda di atas sempadan lurus hendaklah ditanampada sela yang tidak melebihi 300 meter jika tanda-tandatersebut saling nampak atau pada sela tidak melebihi 200meter jika tidak saling nampak.

Garisan-garisan sempadan yang mengikut lengkunganhendaklah ditandakan di hujung perentas supaya jaraknormal dari lengkung tersebut ke garisan perentas tidakmelebihi 0.2 meter.

Jarak minimum antara tanda sempadan adalah 0.1meter.

77

Keluasan

Luas lot hendaklah dijana daripada NDCDB kepada 0.1meter persegí terhampir.

Jika luas ditunjukkan dalam hektar:

(i) keluasan tidak melebihi 1 hektar ditunjuk kepada 0.0001hektar terhampir;(ii) keluasan melebihi 1 hektar dan tidak melebihi 10 hektarditunjuk kepada 0.001 hektar terhampir; dan(iii) keluasan melebihi 10 hektar ditunjuk kepada 0.01hektar terhampir.

78

Keluasan Lot-lot yang tidak ditunjuk dalam hektar hendaklah ditunjukdalam meter persegi dan digenapkan kepada meter persegiterhampir. Bagi pecahan lot di mana keluasannya kurang daripada 1meter persegi, ditunjuk kepada 0.1 meter persegi terhampir.

Keluasan hendaklah ditunjukkan dalam hektar bagi:

(i) Lot -lot pertanian; dan(ii) Lot - lot perumahan atau bangunan, perusahaan atauperindustrian dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang lebihdaripada 2 hektar.

Keluasan hendaklah ditunjukkan dalam meter persegi bagi lot-lotperumahan atau bangunan, perusahaan atau perindustrian dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang kurang daripada 2 hektar. 79

Keluasan

Keluasan bagi hakmilik strata:

(i) Keluasan lantai mana-mana petak dan petak aksesorihendaklah ditentukan dengan kaedah penskalaan danditunjukkan kepada meter persegi terhampir; dan(ii) Keluasan petak tanah hendaklah ditentukan berdasarkankepada nilai ukuran dan ditunjukkan kepada meter persegiterhampir.

Segipadu bagi lot stratum hendaklah dihitung kepada 0.1meter padu dan ditunjukkan kepada meter padu terhampir.

80

Perbezaan Keluasan Yang Dibenarkan

Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklahmemaklumkan kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan apa-apa perbezaan antara luas diukur dengan luas yangdiluluskan yang melebihi had. Jika terdapat perbezaanketara antara keluasan tersebut, Pengarah Ukur danPemetaan atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklahmerujuk perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa Negerimelalui Pentadbir Tanah.

81

Perbezaan Keluasan Yang Dibenarkan

Had penerimaan perbezaan keluasan yang diukurberbanding keluasan yang diluluskan oleh Pihak BerkuasaNegeri (PBN) adalah seperti berikut:

i. tidak melebihi 5 % bagi luas di bawah 40 hektar;

ii. tidak melebihi 2 hektar bagi luas antara 40 hektar dan200 hektar; dan

iii. tidak melebihi 1 % bagi luas melebihi 200 hektar.

82

Perbezaan Keluasan Yang Dibenarkan

Prosedur yang dinyatakan di atas tidak terpakai dalamkeadaan di mana lot yang diukur dilingkungi olehsempadan-sempadan lama.

Perbezaan yang melebihi had yang dinyatakan di atashendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri melaluiPentadbir Tanah oleh Pengarah Ukur Dan Pemetaan Negeriatau Jurukut Tanah Berlesen, di mana berkaitan.

83

Ukuran Semula

Ukuran semula tidak perlu jika ukuran terdahulunyamengikut peraturan Jabatan dan tanda-tanda sempadantelah disahkan dalam kedudukan baik oleh PegawaiPetempatan.

Dalam kes pecah sempadan, pecah bahagian, serahanatau pengambilan balik, ukuran semula hendaklahtertumpu kepada sempadan-sempadan yang terlibatmanakala garisan-garisan sempadan lain adalah bagi tujuandatum dan tutupan sahaja.

84

Ukuran Semula

Kecuali diminta sebaliknya, maka ukuran bahagian lot yangterlibat dengan pengambilan balik di bawah Akta PengambilanTanah 1960, terhad kepada baki lot itu sahaja, yang mana perludijalankan mengikut peraturan kecil (2).

Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bentuk semulajadi,sempadan sedemikian hendaklah diukur dengan garisan lurusseberapa hampir yang boleh kepada bentuk semulajadi itubilamana:(i) sungai atau laut mara ke dalam lot hingga melepasi garisanterabas sedia ada; dan(ii) sungai atau laut mara ke dalam lot menyebabkan lotterbahagi dua atau lebih.

85

Ukuran Semula

Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bentuksemulajadi di mana sungai atau laut mundur keluar lot,sempadan yang sedemikian hendaklah diukur mengikutgarisan terabas yang dahulunya digunakan bagi tujuanmenetapkan sempadan bentuk semulajadi tersebut. Dimana terdapat apa-apa topangan, tembok atau lain-lainbinaan yang telah dibina dengan sah, ukuran sempadanbolehlah dilakukan dengan memasukkan binaan berkenaanselagi keluasannya tidak keterlaluan melebihi keluasan yangdinyatakan di atas dokumen hakmilik.

86

Ukuran Semula

Kecuali bagi kes ukuran semula untuk sempadan bentuksemulajadi, jika nilai ukuran berada dalam had yangdibenarkan berbanding nilai ukuran asalnya maka ukuranterdahulu itu bolehlah diterima dengan mengenakananotasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.

87

Perbandingan Nilai Koordinat Baru Dan Koordinat NDCDB

Perbandingan nilai koordinat baru dan NDCDB hendaklahdibuat berdasarkan dari nilai NDCDB untuk memastikan tandasempadan lama tidak berganjak dan berada pada kedudukanasal.

Had anjakan vektor tanda sempadan yang dibenarkan adalah0.050 meter bagi kawasan bandar/pekan serta pembangunanbaru manakala bagi kawasan lain had anjakan vektor adalah 0.10meter.

Sekiranya perbezaan di antara nilai koordinat baru dan NDCDBmelebihi had yang dibenarkan, maka penandaan semula tandasempadan lama hendaklah dibuat ke atas tanda sempadanberkaitan. 88

Had Anjakan Koordinat

Had anjakan vektor tanda sempadan yang dibenarkan adalah0.050 meter bagi kawasan bandar/pekan serta pembangunanbaru manakala bagi kawasan lain had anjakan vektor adalah 0.10meter.

Had anjakan tiga (3) tanda lama bagi tujuan tanam pastianhendaklah separuh (1/2) daripada had maksima anjakan vektortanda sempadan yang dibenarkan. Hasil pelarasan mestilah lulusujian statistik Chi Square.

Koordinat yang diperolehi daripada NDCDB hendaklahdigunakan dalam penyediaan pelan pra-hitungan, SurihanKerjaluar, Pelan Akui dan lain-lain yang berkaitan dengan ukurankadaster. 89

Penandaan Semula Tanda Sempadan Lama

Nilai asal koordinat NDCDB adalah digunapakai sekiranyatanda-tanda sempadan yang berganjak tidak melebihi had yangditetapkan

Tanda sempadan lama yang didapati berganjak darikedudukan asal (melebihi had yang dibenarkan) hendaklahdibuat penandaan semula. Sekiranya didapati hilang, iahendaklah diganti dengan tanda sempadan baru.

Dengan menggunakan bearing dan jarak, ofset cerapan bagimenggantikan tanda sempadan lama hendaklah dilakukanseberapa dekat yang boleh dari kedudukan stesen terabas dantidak melebihi jarak 300 meter berdasarkan kepada koordinatasal (NDCDB). 90

Penandaan Semula Tanda Sempadan Lama

Kaedah melalui GNSS boleh juga digunakan untukmenggantikan tanda sempadan lama berdasarkan kepadakoordinat yang telah ditetapkan dalam pelan pra-hitunganatau dalam pelan surihan kerjaluar.

Sebarang perbezaan had anjakan yang berada di dalamtoleran yang dibenarkan, maka nilai koordinat asal (NDCDB)hendaklah digunakan.

91

Pengecualian Penandaan Semula Tanda Sempadan Lama

Bagi kawasan yang mana ukuran dahulunya kelas tiga (3) danke bawah, kedudukan tanda sempadan adalah diterima sebagaidalam kedudukan asal, kecuali jika terdapat perbezaan nilaiukuran yang ketara berbanding nilai asal.

Bagi kawasan yang mana kerja ukur dahulunya merupakanukuran demarkasi, sempadan boleh diterima sebagai dalamkedudukan asal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:i. bagi kawasan yang tiada usaha, tanda sempadan yang dijumpaidalam keadaan baik dianggap berkedudukan betul; manakalaii. bagi kawasan yang diusahakan, tanda sempadan yangdijumpai berada dalam keadaan baik di atas sempadan usahadianggap berkedudukan betul.

92

Rekod Cerapan

Cerapan, maklumat tambahan dan rujukan yang dilakukan dilapangan hendaklah direkodkan dalam bentuk berdigit secara terusdaripada peralatan ukur.

Rekod cerapan hendaklah menunjukkan:i. nama Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen;ii. data-data mengikut format yang ditetapkan;iii. maklumat kalibrasi alat ukur perlu dimuat turun daripada sistemyang dibangunkan dan diluluskan oleh pegawai bertanggungjawab diJabatan mengikut lokasi tapak cerapan kalibrasi; daniv. maklumat-maklumat lain yang diperlukan oleh Jabatan.

Bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen datacerapan hendaklah ditandatangani secara berdigit sebelum dihantarsecara atas talian ke JUPEM. 93

Format Rekod CerapanFormat rekod cerapan bagi ukuran menggunakan alat totalstation adalah dalam bentuk fail JUPEM ASCII yang mengandungifail-fail seperti berikut:

- field book (*.fbk)- corrections (*.cor)- solar observation (*.sob)- bearing close statement (*.bcs)- area comparison (*.acs)- deduced field data (*.ncp)- traverses (*.tps)- fahrasat (*.fah)

94

- coordinates information (*.coo)- EDM test (*.edm)- topography (*.tpo)- job details (*.job)- lot details (*.lot)- bearing, distance & coordinates(*.bdy)-old value (*.po)- base line (*.bln)

Format Rekod Cerapan

Format rekod cerapan bagi ukuran menggunakan alat GNSSsepenuhnya adalah dalam bentuk fail JUPEM GNSS yangmengandungi fail-fail seperti berikut:

- Cadastral Reference Mark (*.crm)- CRM Point (*.pot)- checkroll (*.crd)- diari (*.dry)- fahrasat (*.fah)- gnss test (*.gnss)- topography (*.tpo)- RINEX (*.0xo)

95

- V-RINEX (*.0xo)- raw (*.T01 & *.dat)- real time data (*.jxl)- RTGA result (*.html)- post-processing result (*.dc)- PVM result (*.html)- eVRSCal result (*.html)

Format Rekod Cerapan

Format rekod cerapan bagi gabungan ukuran menggunakanalat GNSS dan trabas adalah dalam bentuk fail JUPEM GNSSdan ASCII yang mengandungi kedua-dua bentuk fail-fail.

96

97

eCadastre Data Format

98

eCadastre Data Format

99

eCadastre Data Format

Huraian Tanda Sempadan, Tanda Ukur Dan Nombor Stesen

Hanya singkatan yang ditetapkan oleh Jabatan sahajadigunakan bagi menerangkan keadaan tanda-tandasempadan dan tanda-tanda ukur.

Penggunaan istilah dan simbol bagi tanda-tanda sempadandan tanda-tanda ukur hendaklah mengikut ketetapan yangdibuat oleh Jabatan.

100

.

Huraian Tanda Sempadan, Tanda Ukur Dan Nombor Stesen

Nombor stesen

i. Angka bulat (integer) hendaklah digunakan bagi membuatpenomboran stesen dan seboleh-bolehnya dinomborkan secaraberturutan mengikut susunan ianya dicerap.ii. Nombor stesen hendaklah digunakan sekali sahaja bagi setiapukuran.

Gambarajah

Gambarajah yang lengkap bagi menggambarkan pengukuranyang dijalankan merupakan janaan data berdigit hasilpengukuran yang dijalankan.

101

Pindaan Cerapan

Pindaan terhadap data cerapan berdigit adalah tidakdibenarkan sama sekali. Pembetulan pada data ukurberdigit jika perlu hendaklah dibuat dengan menjalankancerapan semula yang mana cerapan baru akanmenggantikan cerapan asal.

102

Penghantaran Data-Data Cerapan

Penyerahan data-data cerapan hendaklah dibuat secaraatas talian dan dalam bentuk fail JUPEM ASCII yangmengandungi kedua-dua bentuk fail-fail.

Juruukur Tanah Berlesen hendaklah menandatangani failJUPEM ASCII secara berdigit.

103

top related