caklempong power point

Post on 21-Mar-2017

50 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MUZIK TRADISIONAL CAKLEMPONG

SEJARAH DAN LATARBELAKANG Muzik caklempong berasal dari Minangkabau,

Sumatera Barat, Indonesia. Perpindahan masyarakat Minangkabau ke Negeri

Sembilan pada sekitar abad ke-19 dahulu turut membawa kesenian Minangkabau.

Ada juga pendapat yang menyatakan caklempong berasal dari Asia Tenggara yang mempunyai kaitan dengan agama Hindu yang menyebarkannya ke seluruh kepulauan Nusantara termasuklah Sumatera Barat.

Dalam kepercayaan mitos, alat muzik caklempong ini datangnya dari kayangan. Kemungkinan mitos ini timbul bagi tujuan memuliakan alat muzik caklempong jika dibandingkan dengan alat muzik lain.

CIRI-CIRI

Permainan caklempong menggunakan notasi dan simbol seperti notasi dan simbol-simbol tanda rehat muzik Barat

Ensembel muzik caklempong lazimnya dipersembahkan dalam tiga posisi yang utama.

Muzik caklempong mempunyai tekstur homofoni.Ensembel caklempong mengandungi lebih daripada dua lapisan suara dan mempunyai muzik iringan.

ALAT-ALAT MUZIK CAKLEMPONG

       Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:

i. Idiofon - Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canangii. Membranofon - Gendang anak, Gendang Ibuiii. Aerofon - Serunai, bangsi, salong

GERETEH Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun

dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang).

Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.

TINGKAH / SAUA Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E,

F, G, A, Bb, B, C dan D. Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti

Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan.

Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi.

Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua.

Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan.

Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.

BANGSI DAN SERUNAI Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm,

notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.

Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G.

GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK

Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka.

Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau.

Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass).

Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.

FUNGSI ALAT MUZIK TRADISIONAL CAKLEMPONG

Fungsi muzik tradisional pada asasnya digunakan untuk mengiringi pekerjaan, ritual perubatan, kehidupan, upacara rasmi, keagamaan, tarian dan mewakili sanubari.

Fungsi ini termasuklah permainan muzik caklempong. Muzik tradisional pada asasnya mempunyai tujuan untuk berhibur.

Muzik caklempong juga berperanan sebagai muzik untuk pesta, perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan upacara yang melibatkan pegawai-pegawai kanan sesebuah negeri.

FUNGSI KHUSUS ALAT-ALAT CAKLEMPONG

Gereteh -Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord

 Sauwa   -Memainkan ostinato berirama/bes Tingkah - Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak

gendang ibu untuk mengukuhkan rentak lagu Gendang ibu - Memainkan rentak lagu, mengawal tempo Gendang anak - Memainkan paluan meningkah (sinkopasi),

penyeri rentak  Serunai, bangsi,salong - Memainkan melodi lagu

CONTOH SKOR LAGU ENSEMBEL CAKLEMPONG

Tajuk Lagu : SOGO Lagu : Nadzar Abu Samah Gubahan : Nadzar Abu Samah

SEKIAN & TERIMA KASIH

disediakan oleh,

Noumi Augustine

top related