cadangan penggantian 1 lot solid state …marine21.marine.gov.my/appl/jpict/jpict022018/jpict...
Post on 09-Apr-2019
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jabatan Laut Malaysia
1
CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE RADAR DI MENARA VTMIS KUALA KEDAH, KEDAH, JLWU.
1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT
(JPICT) Jabatan Laut Malaysia bagi pelaksanaan projek ICT Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Surat
Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2015.
2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI
Jabatan Laut Malaysia terdiri daripada Pejabat Ketua Pengarah dan lima (5) bahagian, iaitu:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP)
Bahagian Kawalan Industri (BKI)
Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)
Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL)
Pejabat Ketua Pengarah dan kelima-lima bahagian ini dibahagikan pula kepada unit-unit yang mempunyai
fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di
bawah:-
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Pejabat Ketua Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah
Undang-undang
Pembangunan
Pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang-undang lain yang berkaitan Pengurusan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut di bawah RMKe -10
Jabatan Laut Malaysia
2
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah
Teknologi Maklumat & Kerajaan
Elektronik
Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran kakitangan. Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan projek-projek ICT Jabatan.
Bahagian Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
Pembangunan Pelaut
Peperiksaan & Perakuan Pelaut
Penilaian & Standard Latihan
Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade
Bertanggungjawab mengurus perkhidmatan untuk pelaut-pelaut dengan perancangan pembangunan dan program kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap dan teratur. Bertanggungjawab mengurus permohonan bagi tujuan peperiksaan, perakuan kekompetenan dan sijil-sijil kursus modular bagi pelaut-pelaut berdaftar di Malaysia serta urusan pelaut asing mengikuti pengajian di institusi latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bertanggungjawab memastikan institusi latihan pelaut Malaysia dan pelaut-pelaut yang mengendalikan kapal yang berdaftar di Malaysia telah mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Bertanggungjawab mengurus dan memantau hal-ehwal berkaitan pelabuhan, jeti dan terminal termasuk perkhidmatan feri, kargo dan urusan perdagangan tukar barang di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.
Bahagian Kawalan Industri
Penguatkuasaan Kod International Safety of Port and Ship (ISPS)
Pendaftaran Kapal
Pengurusan Keselamatan Kapal
Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di bawah Malaysia Shipping Ordinance (MSO), menyiasat kes pelanggaran kapal di perairan negara dan juga di luar negara yang melibatkan kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan persijilan kapal-kapal yang mengibarkan bendera Malaysia dan pendaftaran bot-bot. Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan keselamatan kapal-kapal Malaysia.
Jabatan Laut Malaysia
3
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Akreditasi Kapal
Bertanggungjawab terhadap urusan pengeluaran sijil-sijil statutori bagi kapal-kapal Malaysia supaya berada dalam keadaan layak belayar dan mematuhi peraturan-peraturan Konvensi dan Bukan Konvensi
Bahagian Keselamatan Pelayaran
Perkhidmatan Traffik Maritim
Keselamatan Maritim (Hidro)
Bantuan Pelayaran
Kontigensi Maritim
Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data dan statistik jumlah serta jenis kapal yang melalui Selat Melaka dan statistik mengenai kemalangan laut. Bertanggungjawab merancang dan melaksana ukur hidrografi dan mengurus aktiviti pengerukan. Bertanggungjawab menyelaras projek-projek pembinaan alat bantuan pelayaran dan menyenggara / membaikpulih alat bantuan pelayaran. Bertanggungjawab dalam latihan dan penyediaan kontigensi serta menyelaras penyiasatan kejadian pencemaran.
Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut
Khidmat Pengurusan
Pembangunan Latihan
Penyelidikan dan Pembangunan
Bertanggungjawab mengurus sumber manusia, kewangan, aset dan pusat sumber institut serta menyediakan sokongan dari aspek ICT dan sebagai pendaftar peserta kursus. Bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana latihan yang berkenaan dengan kompetensi, peningkatan kemahiran, industri maritim dan teknikal antarabangsa. Bertanggungjawab dalam menjalankan dan menerbit hasil kajian serta merangka, mengurus dan mengendali latihan berbentuk simulator.
Jadual 1: Peranan dan Fungsi Utama Jabatan
Carta organisasi Jabatan Laut Malaysia adalah seperti di Lampiran 1.
Jabatan Laut Malaysia
4
3. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) DAN KEMUDAHAN SEDIA ADA
3.1 ISP Jabatan Laut Malaysia bagi tahun 2011 – 2015 telah siap dibangunkan pada bulan
November 2011 dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan
Malaysia.
3.2 Program ICT yang dicadangkan ini merupakan sebahagian daripada perancangan program-
program ICT yang digariskan di dalam ISP baru Jabatan iaitu melalui inisiatif Sistem Maklumat
Maritim Bersepadu (Malaysia Marine Department Information System - MMDIS), Jetty
Management System, Project Management System, Self-Service Kiosk dan Data Warehousing
/ Data Intelligence.
Gambarajah 1 : Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Jabatan Laut Malaysia 2011 - 2015
Jabatan Laut Malaysia
5
3.3 Jumlah personel ICT di Jabatan Laut Malaysia adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah:-
Bil. Jawatan Gred Isi Kosong Jumlah
1. Pegawai Teknologi Maklumat F48 1 0 1
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41 4 0 4
3. Pen. Pegawai Sistem Maklumat Kanan F32 2 0 2
4. Pen. Pegawai Sistem Maklumat F29 8 0 8
Jumlah 15 0 15
Jadual 2: Pengisian Jawatan Personel ICT Jabatan Laut Malaysia
4. RASIONAL YANG MEMBAWA KEPADA CADANGAN PROJEK ICT
4.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah.
4.1.1 Tujuan
i. Mengoperasikan semula sistem radar di VTMIS Kuala Kedah untuk kegunaan :
a. Laluan trafik bagi keperluan kapal/Feri keluar-masuk di alur pelayaran utama
kawasan had perairan memerlukan VTMIS Kuala Kedah bertindak sebagai badan kawal selia yang mengawal dan menyelaras laluan trafik yang melibatkan persaingan semua pihak yang berkepentingan di laluan tersebut.
b. Memantau aktiviti-aktiviti di dalam had pelabuhan Kuala Kedah terutamanya melibatkan operasi Feri Penumpang, RoRo, Bot Agensi Kerajaan dan Bot Nelayan yang mana memudahkan pengurusan aliran trafik maritim. Serta pengurusan pemantauan bayaran dius api yang lebih sistematik.
ii. Berfungsi juga sebagai sistem sokongan (back-up) bagi area VTMIS Kuala Perlis dan
Kuah, Langkawi di mana jika berlaku kerosakan.
4.1.2 Latar Belakang
i. Pusat VTMIS di Kuala Kedah ketika ini mula beroperasi pada tahun 2015 bagi
memantau aliran trafik yang melalui alur pelayaran utama Kuala Kedah. Pemilikan aset peralatan, perkakasaan pemantauan dan radar adalah di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia.
ii. Memandangkan kepada peningkatan aktiviti di dalam had pelabuhan terutamanya bilangan trip feri, projek-projek pembangunan, mengakibatkan fokus harus diberikan terhadap operasi trafik di kawasan tersebut.
Jabatan Laut Malaysia
6
iii. Peruntukkan bagi permohonan ini dalam proses melalui peruntukkan Akaun Amanah Dius Api.
4.1.3 Isu dan Cabaran
Antara isu-isu dan cabaran sedia ada yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Pada tahun 2017 didapati lebih kurang 10 ribu trip feri/kapal yang melalui alur pelayaran utama Kuala Kedah.
ii. Pergerakkan kapal-kapal perlu di pantau bagi memastikan agar ianya sentiasa
selamat untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang akan mengakibatan kesan yang lebih besar terhadap pencemaran dan operasi trafik serta pengesahan pembayaran dius api.
iii. Pada ketika ini di Pusat VTMIS Kuala Kedah adalah hanya dapat melakukan pemantauan melalui software AIS sahaja.
iv. Berlaku 1 kejadian RoRo terkandas di alur masuk pelayaran Kuala Kedah pada awal tahun 2018.
4.1.4 Pendekatan / Penyelesaian
Antara pendekatan atau penyelesaian yang boleh diambil adalah seperti berikut:
i. Pengoperasian semula sistem radar VTMIS ini akan dapat meningkatkan lagi tahap
kecekapan operasi pemantauan pergerakkan keluar-masuk kapal di kawasan had pelabuhan Kuala Kedah di samping dapat menguruskan kelancaran trafik di kawasan berkenaan.
ii. Sistem radar VTMIS di Kuala Kedah akan memberikan keyakinan dan kelebihan kepada pihak operator VTMIS dari hanya bergantung pada software AIS sahaja.
iii. Sistem radar VTMIS juga boleh memantapkan aktiviti penguatkuasaan di dalam had pelabuhan di mana pengesanan dan proses mengumpul bahan bukti kesalahan menjadi lebih mudah terutamanya untuk kutipan dius api, tumpahan minyak dan kemalangan.
5. CADANGAN PROJEK ICT
Jabatan Laut Malaysia
7
5.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah
5.1.1 Keterangan projek/cadangan penyelesaian
(a) Nama projek ialah : Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah.
(b) Objektif projek adalah seperti yang berikut:
i. Mengoperasikan semula sistem radar di menara radar VTMIS bagi pemantauan dan kawalan pergerakan trafik maritim di alur pelayaran Kuala Kedah.
ii. Berfungsi juga sebagai sistem sokongan (back-up) jika Pusat VTMIS Kuala Perlis dan Langkawi.
(c) Tempoh siap : 6 minggu
(d) Ciri-Ciri: Kelvin Hughes Solid State Transceiver
DTX-A317-2664 SharpEye X Band + ZM-2664
DTX-A233 Power Unit Assembly X-Band
(e) Senarai Perolehan Perolehan yang dicadangkan sila rujuk Jadual B1.
(f) Pelan Pelaksanaan
Maklumat setiap fasa dan komponen di dalam Pelan Pelaksanaan adalah seperti yang terdapat dalam jadual di Lampiran 2.
(g) Aspek-aspek keselamatan ICT yang diambikira di dalam projek ini adalah seperti
yang terdapat dalam senarai di Lampiran 3.
(h) Kaedah Pelaksanaan projek ini adalah secara sebutharga .
(i) Anggaran kos projek adalah RM 500,000,00.
(j) Sumber peruntukan adalah daripada Peruntukan Lembaga Dius Api bagi Tahun 2018.
Jabatan Laut Malaysia
8
6. Faedah jangka pendek dan jangka panjang projek ICT yang dicadangkan
6.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah
6.1.1 Faedah jangka pendek
(a) Memperolehi sistem VTS atau pengurusan trafik maritim yang sistematik dan terkini.
(b) Memantapkan pemantauan dan kutipan dius api.
(c) Membantu untuk aktiviti penguatkuasaan Jabatan dengan lebih efisen.
(d) Menyediakan pengkalan data bagi maklumat rekod dan statistik.
6.1.2 Faedah jangka panjang
(a) Dapat menyumbang kepada persekitaran pelabuhan yang selamat dan kawalan trafik
maritim yang lancar bagi menyokong kemudahan-kemudahan pelabuhan dan aktiviti
sedia ada serta projek pembangunan yang dibangunkan kelak.
(b) Sistem VTMIS adalah dinamik dan mudah untuk dinaiktaraf bila diperlukan mengikut
keperluan semasa.
7. Maklumat Pegawai Untuk Dihubungi
7.1 Nama Pegawai Penyelaras: Mohammad Saifullah bin Yusoff
7.2 Jawatan: Pegawai Laut AL44(M)
7.3 No. Telefon: 04-6578494
7.4 No. Faks: 04-6575521
7.5 Alamat E-mel: msaiful@marine.gov.my
Jabatan Laut Malaysia
9
Jadual B1
SENARAI PEROLEHAN ICT YANG DICADANGKAN
Tajuk Permohonan: Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah
BIL
ITEM
JUMLAH UNIT YANG
DIPERLUKAN
ANGGARAN KOS (RM)
JUMLAH ANGGARAN
KOS (RM)
A PERKAKASAN
SOLID STATE RADAR TRANCEIVER Kuantititi: 1 lot
- DTX-A317-2664 SHARPEYE X BAND + ZM-2664
- DTX-A233 POWER UNIT Assembly X-Band
- Installation and Configuration
1 500,000.00 500,000.00
JUMLAH BESAR 500,000.00
Lampiran B LAPORAN RINGKASAN PROJEK ICT
UNTUK PEROLEHAN YANG DILULUSKAN/DISELARASKAN DI PERINGKAT JPICT KEMENTERIAN/AGENSI Nama Agensi : Jabatan Laut Malaysia. Alamat : Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara 11700 Jalan Akuarium, Gelugor
Pulau Pinang
Bil Nama Jabatan/ Bahagian dan Alamat
Nama Projek Skop Projek Senarai Perolehan
Tujuan Perolehan Kos (RM) Tarikh Sokongan
JPICT Agensi
Tarikh Pelaksanaan
1.
Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara 11700 Jalan Akuarium, Gelugor Pulau Pinang.
Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah
Menggantikan sistem STATE RADAR TRANCEIVER di Pusat VTMIS Kuala Kedah
Seperti di dalam Jadual B1
Mengoperasikan semula sistem radar VTMIS bagi kemudahan menguruskan trafik maritim di dalam had pelabuhan Kuala Kedah.
500,000.00 2018
JUMLAH KESELURUHAN 500,000.00
Lampiran 1 – Carta Organisasi Jabatan Laut
KETUA PENGARAH LAUT
( Gred Utama ‘B’ )
TIMBALAN KETUA PENGARAH
LAUT
( Gred Utama ‘C’ )
BAHAGIAN KAWALAN INDUSTRI
PENGARAH BAHAGIAN
( PL / JL : A54 )
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAUT
& PELABUHAN
PENGARAH BAHAGIAN
( PL / JL : A54 )
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PENGARAH BAHAGIAN
( PL / JL : A54 )
PEJABAT KETUA PENGARAH
BAHAGIAN KAWALAN PELAYARAN
PENGARAH BAHAGIAN
( PL / JL : A54 )
INSTITUT PENTADBIRAN LATIHAN
& PENGURUSAN PENGANGKUTAN
LAUT ( ILPPPL )
PENGARAH BAHAGIAN
( PL / JL : A54 )
UNIT TEKNOLOGI
MAKLUMAT & EG
PTM : F48
UNIT PENGURUSAN
KEWANGAN & AKAUN
AMANAH
PL / JL : A48
UNIT PENTADBIRAN &
SUMBER MANUSIA
N48
UNIT PERANCANGAN
DASAR
PEMBANGUNAN
& A/BANGSA
PL / JL : A48
UNIT
PENGUATKUASAAN
PL /JL : A48
UNIT
KESELAMATAN
KAPAL
PL / JL : A48
UNIT
PENDAFTARAN
KAPAL
PL / JL : A48
UNIT PORT STATE
CONTROL
PL / JL : A48
UNIT
PEMBANGUNAN
PELAUT
PL / JL : A48
UNIT PEPERIKSAAN
KEJURUTERAAN
JL : A48
UNIT PEPERIKSAAN
PELAYARAN
PL / JL : A48
UNIT PENGURUSAN
PELABUHAN,KARGO
& BARTER TRADE
PL / JL : A48
UNIT BANTUAN
PELAYARAN
PL / JL : A48
UNIT KONTIGENSI
MARITIM
PL / JL : A48
UNIT
PERKHIDMATAN
TRAFIK MARITIM
PL / JL : A48
UNIT BANTUAN
PELAYARAN
PL / JL : A48
UNIT
PEMBANGUNAN
LATIHAN
PL / JL : A48
UNIT KHIDMAT
PENGURUSAN
N44
UNIT PENYELIDIKAN &
PEMBANGUNAN
PL / JL : A48
WILAYAH SELATAN
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL : A54
WILAYAH TENGAH
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL : A54
WILAYAH TIMUR
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL : A54
WILAYAH UTARA
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL : A54
JABATAN LAUT SABAH
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL : A54
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN & LCS
PENGARAH LAUT WILAYAH
PL / JL ; A54
JABATAN LAUT SARAWAK
PENGARAH LAUT SARAWAK
PL / JL : A54
Lampiran 2 Pelan Pelaksanaan Tempoh projek = 6 minggu
Aktiviti/Minggu M1 M2 M3 M4 M5 M6
1. Mula projek / Dokumentasi / Perjanjian
2. Kerja-kerja mengeluarkan SSR yang lama
3. Kerja-kerja persediaan, pemasangan SSR yang baru
4. Kerja-kerja konfigurasi dan integrasi sistem VTMIS, 1AISNet system, Jabatan laut network
5. Kerja-kerja akhir / pembersihan ruang kerja / system customzation
6. Site Acceptance Test
Petunjuk: M = Minggu
Lampiran 3
ASPEK-ASPEK KESELAMATAN ICT
Memastikan semua perolehan aset ICT dikenal pasti, dikelas, didokumen, diselenggara dan dilupuskan apabila tiba masanya. Maklumat aset direkod dan dikemaskini dalam Kad Daftar Harta Modal dan Inventori sebagaimana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA);
Semua perolehan peralatan yang digunakan secara berterusan akan diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai;
Media-media storan akan dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk digunakan.
Sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan akan ditempatkan di pusat data, bilik server atau bilik khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk sistem pencegah kebakaran;
Akses ke Sumber data atau server adalah terhad kepada warga Jabatan Laut yang telah diberi kuasa sahaja dan dipantau pada setiap masa;
Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem aplikasi adalah diwajibkan. Sistem yang dibangunkan akan mempunyai kemudahan menukar kata laluan oleh pengguna;
Sebarang akses ke sistem aplikasi atau server akan direkodkan ke dalam log file;
Pengkalan Data di dalam server utama akan melakukan duplikasi rekod kepada server-server sokongan;
Sebarang penyelenggaraan samada terhadap sistem aplikasi atau perkakasan akan dipantau dan direk
top related