buruh & analisis upah 2
Post on 23-Jun-2015
1.567 Views
Preview:
TRANSCRIPT
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 1
BURUH DAN ANALISIS
UPAHOBJEKTIF:
OBJEKTIF AM:
Memahami cara-cara pengiraan upah dan menganalisis upah untuk tujuan pengkosan dan perakaunan.
OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir ini anda sepatutnya dapat:
1.Mengira ganjaran upah pokok2.Mengira ganjaran upah lebih masa3.Mengira bonus.4.Menerangkan kandungan penyata gaji.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 2
6.1 PENGIRAAN GANJARAN UPAH
Mengapa anda semua perlu bekerja ?
Ganjaran upah merupakan sebab utama mengapa orang bekerja. Skim ganjaran upah yang menarik juga menjadi dorongan kuat mengapa seseorang berminat untuk bekerja di sesebuah organisasi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan upah kepada pekerja ialah:-
Iklim ekonomi sesuatu industri Polisi kerajaan Keteguhan kesatuan sekerja Keuntungan syarikat/ firma Keadaan pengangguran setempat dan seluruh negara Pekerja yang berkemahiran sama ada senang diperolehi datau tidak Keadaan bekerja yang membahayakan dan tidak selesa Keadaan upah semasa
6.1.1 KAEDAH IMBUHAN
Pada asasnya ada tiga (3) kaedah imbuhan yang telah direka untuk meningkatkan atau memperbaiki daya pengeluaran iaitu:-
a. Masa kedatanganb. Bayaran ikut kerjac. Skim premium ( akan dibincangkan di input yang berikutnya)
INPUT
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 3
6.1.1.1 Masa kedatangan / kadar biasa jam bekerja (time based)
Seorang pekerja dibayar mengikut kadar masa bekerja. Premium dibayar untuk kerja lebih masa.
Contoh 6-1
Kassim bekerja selama 40 jam dalam minggu pertama bulan Januari. Kadar sejam ialah RM1. Apakah upah kasarnya ?
Upah kasar = 40 x RM1 = RM40
aedah ini sangat mudah dan kelemahannya ia tidak membezakan antara pekerja cekap dan tidak cekap. Terdapat banyak jenis( variasi) dibawah kaedah ini contohnya kadar harian yang tinggi (high day rate system) dan
berikut adalah maksudnya:-K
i. Kadar upah harian yang tinggi diberikan kepada pekerja-pekerja yang menjalankan kerja yang memerlukan penelitian bagi penghasilan kualiti yang tinggi. Contohnya dalam industri pembuatan pengangkutan.
ii. Bonus ialah bayaran lebih yang diberikan selain daripada upah. Contohnya bonus kerja sift, bonus kedatangan dan bonus kecekapan pengeluaran.
Fahamkan betul-betul
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 4
6.1.1.2 Bayaran ikut hasil kerja atau kerja ikut butir (piece work)
Di sini seorang pekerja memperolehi lebih banyak pendapatan jika hasil keluarannya lebih dan pendapatan yang sedikit jika hasil keluarannya kecil. Seorang pekerja dibayar berasaskan output.
Contoh 6-2
Amer mengeluarkan 100 unit. Dia dibayar sebanyak RM1 seunit. Apakah upah kasarnya ?
Upah kasar = 100 unit x RM1= RM100
Kaedah ini meberi insentif kepada pekerja untuk meningkatkan output. Terdapat beberapa variasi kepada kaedah ini, antaranya:-
i. Kerja ikut butir dengan kadar harian terjamin
Jika perolehan ikut butir kurang daripada kadar perolehan harian, pekerja akan dibayar gaji yang minimum mengikut kadar perolehan harian. Bayaran minimum yang terjamin ini boleh merupakan satu insentif kepada usaha memperbaiki kadar pengeluaran yang rendah.
Contoh 6-3
Kadir mengeluarkan 38 unit sehari . Dia dibayar suatu kadar minimum yang terjaamin sebanyak RM40 sehari jika output kurang daripada 40 unit sehari. Kadar seunit ialah RM1.
Apakah upah yang akan diperolehi jika pengeluarannya kurang daripada 40 unit?Apakah upah yang akan diperolehi jika ia mengeluarkan 45 unit sehari ?
Jawapan
Upah kasar jika ia mengeluarkan kurang daripada 40 unit ialah RM40.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 5
Upah kasar jika ia mengeluarakan 45 unit ialah 45 x RM1 = RM45.
ii. Kadar butiran pembezaan
Di bawah kaedah ini kadar ikut butir berbeza mengikut tingkat kecekapan. Tujuan ialah untuk menyediakan insentif bagi meningkat output agar pengeluaran yang maksimum dicapai.
Contoh 6-4
Kelli mengeluarkan 200 unit output. Kadar yang dibayar adalah seperti berikut:Sehingga 100 unit sehari pada kadar 50 sen seunit101 – 150 unit sehari pada kadar 60 sen seunit151 – 200 unit sehari pada kadar 70 sen seunit
Apakah upah kasar yang akan diperolehinya?
Jawapan
100 unit pertama = 100 x 0.50 = RM5050 unit kedua = 50 x 0.60 = RM3050 unit ketiga = 50 x 0.70 = RM35
--------RM 115
NNak pilih kaedah mana?Bayaran ikut hasil
kerja… seronok juga . Rajin kerja dapat gaji banyak
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 6
FAKTA KUNCIFAKTA KUNCI
KAEDAH IMBUHAN
Masa Kedatangan
Masa Kedatangan
Bayaran Ikut KerjaBayaran Ikut Kerja
Kerja Ikut Butir Dengan Kadar Harian Terjamin
Kadar Butir Pembezaan
Skim Premium
Skim Premium
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 7
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.
Soalan 6a-1
Anda telah diberi data-data berkaitan dengan 2 orang pekerja syarikat XYZ iaitu Mira dan Miza.
Mira Miza Unit disiapkan seminggu 292 276Jam kerja seminggu 48 52
Kadar upah sejam ialah RM6.00 dan masa standard untuk menyiapkan satu unit ialah 15 minit. Jam kerja biasa yang ditetapkan ialah 42 jam seminggu. Kirakan gaji pokok untuk mereka.
Berdasarkan data di bawah, kirakan jumlah ganjaran yang diperolehi oleh setiap pekerja berdasarkan kaedah berikut:-
a. kadar per jamb. kadar asas seunit
Soalan 6a -2
Nama pekerja Azira Shariza Zariza
Unit dikeluarkan 300 280 240Masa diambil (jam) 26 32 30Kadar per jam (RM) 1.15 1.20 1.25Kadar per unit (RM) 0.15 0.20 0.30Masa dibenar per unit Dalam seminit 7 9 12
AKTIVITI 6A
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 8
Soalan 6a -3
Puan Sara merupakan peniaga tunggal yang mempunyai dua orang pembantu iaitu, Hadija dan Hazira. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti pekerja tersebut untuk seminggu. Masa kerja seminggu ialah 40 jam.
Hadija Hazira Kadar upah sejam RM3.20 RM2.75Unit bungkusan disiapkan 180 150
Anda dikehendaki mengira jumlah upah seminggu yang diterima oleh setiap pekerja menggunakan kaedah-kaedah berikut:-
i. kaedah jam kerjaii. kaedah ikut butir pada kadar 75 sen seunitiii. kaedah butiran pembezaan berasaskan kadar berikut:-
sehingga 100 unit = 60 sen seunit101- 150 unit = 90 sen seunit151 dan keatas = RM1.20 sen seunit.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 9
Adakah anda telah mencuba dahulu?Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan 6a-1
Gaji pokok Mira = 42 jam x RM6 = RM252Gaji pokok Miza = 42 jam x RM6 = RM252
Jawapan 6a-2
i. Azira Shariza Zariza kadar perjam 1.15 1.20 1.25masa diambil x 26 x 32 x 30
29.90 38.40 37.50
ii. Ariza Shariza Zariza kadar per unit 0.15 0.20 0.30masa diambil x 300 x 280 x 240
45.00 56.00 72.00
MAKLUMBALAS 6A
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 10
Jawapan 6a-3
HADIJA RM HAZIRA RMi. kaedah jam kerja
40jam x RM3.20
128.00 40jam x RM2.75 110.00
ii. kaedah ikut butir
180 unit x RM0.75
136.00 150 unit x RM0.75 112.50
iii.kaedah butiransehingga 100 unit
101 – 150 151 ke atas
100 x 0.6050 x 0.9030 x 1.20
60.0045.0036.00
100 x 0.6050 x 0.90
60.0045.00
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 11
6.1.1.3 Skim Premium ( Incentive schemes)
Apa istimewanya kaedah ini ?
Di bawah skim ini elaun masa ditetapkan untuk sesuatu kerja. Bonus dibayar berdasarkan masa yang dijimatkan.
Masa dijimatkan = Masa yang diambil < Masa yang diperuntukan
Terdapat banyak variasi skim premium antaranya skim bonus individu, skim bonus kumpulan dan skim perkongsian keuntungan.
Sebelum sesuatu skim atau rancangan galakan itu dibuat, keperluan-keperluan berikut perlulah diambil perhatian.
Rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja Penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia
mestilah fleksible Standard dari segi kuantiti dan kualiti Rangcangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.
Apakah ciri-ciri skim insentif yang baik ?
Skim tersebut mesti:-
Ω Patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja .Ω Dibayar tanpa lengah, seelok-eloknya sebaik sahaja tamat tugas/ kerjaΩ Skim perlu mudah untuk dilaksanakan / diuruskan dan membolehkan
pekerja mengira bonus mereka sendiriΩ Tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh
jika keadaan berada di luar kawalan pekerja.Ω Skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan
terlebih dahulu daripada pekerja.
INPUT
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 12
Rajah 6.1: Kebaikan dan keburukan Skim Insentif
Apakah Variasi skim premium yang biasa diamalkan ?
i. Skim Bonus Individu
Pekerja masih dibayar untuk jam asas yang dikerjakannya. Seorang pekerja hanya dibayar bonus untuk sebahagian daripada masa yang dijimatkannya.
Jenis skim bonus biasa ialah:
a. Halsey : 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejamb. Halsey Weir: 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejamc. Rowan: [ masa yang diambil / masa yang dibenarkan ] x masa yang dijimatkan x kadar sejam
SKIM INSENTIF
KEBAIKAN
a. meningkatkan pengeluaran
b. mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dalam keadaan inflasi
c. memperbaiki mutu kerja pekerja kerana setiap komitmen pekerja dihargai
d. pekerja akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh kerana berpeluang mendapat ganjaran upah yang lebih tinggi
KEBURUKAN
a. kesukaran untuk menentukan tahap prestasi dan gred pekerja-pekerja dengan ganjaran upah yang akan dibayar
b. sesetengah skim insentif terlalu kompleks dan mahal dilaksanakan
c. sesetengah pekerja yang separa mahir dalam skim bonos berkumpulan mendapat ganjaran upah yang sama dengan pekerja mahir
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 13
Contoh 6-5
Berikut ialah butir-butir mengenai kerja no.2550 Encik Kamil. Kadar upah langsung ialah RM1 sejam. Masa yang dibenarkan ialah 50 jam. Masa yang diambil ialah 40 jam. Kirakan upah pokok, upah bonus dan jumlah upah berdasarkan :
a. skim 50% Halseyb. skim 33 1/3 % Halsey Weirc. skim Rowan
Jawapan
Masa yang dijimatkan = 50-40 = 10 jamSkim 50% Halsey Skim 33 1/3%
HalseySkim Rowan
Upah pokok 40 jam x RM1RM40 RM40 RM40
Upah bonus 50% x 10 x RM1RM5
33 1/3% x 10 x RM1RM3.33
[40jam/ 50jam] x 10 x RM1RM8
Jumlah upah RM45 RM43.33 RM48
Contoh 6-6
Berikut adalah data pengeluaran seorang pekerja dalam jangkamasa seminggu.
Unit dikeluarkan 320Jam bekerja 32Masa dibenarkan seunit(seminit) 6 minitKadar upah sejam
Kirakan jumlah upah yang diterima berdasarkan:-a. skim 50% Halseyb. skim 33 1/3% Halsey Weirc. skim Rowan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 14
Jawapan
Skim a Skim b Skim cUpah asas 32jam x RM3
RM96 RM96 RM96bonus 50% (38-32) x
RM3RM9
33 1/3 % x 6 x RM3RM6
[32/38] x 6 x RM3RM15.16
Jumlah upah RM105 RM102 RM111.16
ii. Skim Bonus Berkumpulan
Bagi kilang-kilang yang terdapat pekerja yang bekerja secara berkumpulan, misalnya di barisan pemasangan , bonus dibahagikan bersama di antara pekerja. Tujuan skim bonus kumpulan ini ialah untuk menggalakkan semangat kerja kumpulan di kalangan mereka.
Diantara kebaikan dan keburukan ialah:-
Kebaikan dapat membina kerjasama dalam kumpulan tidak perlu penyeliaan yang ketat dan kos overhed dapat dikurangkan operator pengeluaran terutama di bahagian pemasangan amat sesuai
menggunakan skim ini.
Keburukan
pekerja yang cekap terpaksa menanggung beban pekerja yang tidak cekap pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan
asas ukuran. Jika jenis kerja memerlukan kemahiran, masalah akan timbul mengenai
asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.
Contoh 6-7
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 15
Pengeluaran standard ialah 24 unit basikal kanak-kanak seminggu. Sekumpulan 10 pekerja bekerja di bahagian pemasangan tersebut. Setiap kali pengeluaran meningkat 20%, bonus RM60 akan dibahagikan sama rata oleh kumpulan tersebut. Pada hari kesepuluh, 30 unit telah dapat dikeluarkan. Berapa banyakkah yang akan diterima oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut?
Jawapan
Peratusan peningkatan = 6/24 x 100% = 25%Bonus kumpulan = 1.25 x RM60 = RM75
Syer bonus setiap ahli ialah = RM75/10 ahli = RM7.50
Contoh 6-8
Bahagian pemasangan A mempunyai 5 orang pekerja. Pengeluaran standard untuk perabot kayu ialah 5 unit sehari. Jika kumpulan tersebut berjaya mengeluarkan 8 unit sehari, bonus akan diberikan sebanyak RM90 kepada kumpulan tersebut. Pada hari ke dua dan ketiga, kumpulan tersebut telah mengeluarkan 12 unit dan 15 unit perabot kayu. Berapakah bonus yang akan diterima pada hari kedua dan ketiga ?
Jawapan
Hari ke dua Hari KetigaPeratusan peningkatan [12-5]/5 x 100% = 140 % [15-5]/5 x 100% = 200%Bonus kumpulan [2.4 x RM90] = RM216 [3 x RM90] = RM270Syer setiap ahli RM216/5 = RM43.20 RM270 / 5 = RM54.00
ii. Skim Perkongsian Untung
Di bawah skim pengongsian untung satu perjanjian di antara majikan dan pekerja dibuat yang menyatakan sebagai tambahan upah, mereka akan dibayar suatu kadar untung perniagaan yang dipersetujui. Jumlah yang akan diterima oleh individu selalunya berkaitan dengan upah atau gajinya.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 16
Contoh 6-9
Sebuah syarikat menjalankan skim pengongsian untung di bawah perjanjian kesatuan sekerja. Perjanjian tersebut menetapkan bahawa 10% daripada baki untung selepas cukai dan bayaran dividen akan diperuntukkan untuk skim ini. Modal saham diterbitkan pada 31 Disember 2000 ialah 50,000 unit saham biasa pada harga RM1 seunit. Untung selepas cukai pada 31 Disember 2000 ialah RM50,000. Kadar cukai ialah 50%. Berapakah untung yang boleh diperuntukkan bagi skim tersebut ? Dividen setiap saham ialah 10 sen.
Jawapan
Untung selepas cukai RM50,000(-) dividen 5,000 cukai 50% 2,500 7,500
untung belum diasingkan RM42,500Untung untuk skim pergongsian ialah = 10% x RM42,500 = RM4,250.
1. Skim premium ialah bonos yang dibayar akibat daripada penjimatan masa kerja.
2. Skim premium yang biasa diamalkan ialah skim bonos individu, skim bonos berkumpulan dan skim perkongsian untung.
FAKTA KUNCIFAKTA KUNCI
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 17
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.
Soalan 6b-1
a) Huraikan 3 ciri-ciri skim insentif yang baik.b) Berikut adalah data pengeluaran yang diperolehi berkenaan 2 orang pekerja di
kilang Baru dalam jangkamasa seminggu.
Armin Badul Unit dikeluarkan 320 360Jam bekerja 32 42Masa dibenarkan seunit 38j 48jKadar upah sejam (RM) 3.00 2.90
Anda dikehendaki mengira jumlah upah yang diterima oleh setiap pekerja berdasarkan:i) skim 50% Hasleyii) skim 33 1/3% Halsey-Weiriii) skim Rowan
Soalan 6b-2
a) Salim dan Sally merupakan dua orang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat perkilangan mesin jahit. Mereka telah bersetuju menerima upah sebanyak RM10.00 sejam untuk jangkamasa kerja selam 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai untuk menyiapkan 10 unit mesin jahit adalah 5 jam.
AKTIVITI 6B
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 18
Dalam seminggu pertama bulan Januari maklumat kerja Salim dan Sally telah direkodkan seperti berikut:-Hari Jam masa kerja Unit siap 1 10 252 7 153 8 204 7 155 8 15
40 90== ===
Kirakan upah kasar yang diterima oleh Salim untuk minggu yang pertama bulan tersebut dengan menggunakan kaedah:
i) hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikanii) bonus dengan skim premium Hasleyiii) bonus dengan skim premium Hasley -Weir
b) Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada dalam rancangan galakan yang baik.
Soalan 6b-3
Dalam sebuah kilang membuat perabot, pekerja dikumpulan mengikut kemahiran masing-masing untuk menyiapkan satu-satu tempahan. Upah seorang pekerja ialah RM4.00 sejam. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pekerja. Terdapat 4 kumpulan semuanya iaitu K1, K2, K3 dan K4
Setiap pekerja bekerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Dijangkakan setiap kumpulan mampu menyiapkan satu tempahan biasa dalam masa 65 minit, 70 minit, 70 minit dan 75 minit.
Syarikat menetapkan masa standard untuk menyiapkan satu-satu tempahan biasa adalah 10% lebih dari purata jangkaan masa yang diambil oleh setiap kumpulan. Dalam satu minggu, K2 telah menyiapkan 40 tempahan tersebut. Kirakan upah kasar yang akan diterima seorang pekerja dalam kumpulan K2 mengikut skim:
a) hasil kerja dan upah mingguan yang dijanjikan dan insentif kadar RM5.50 sejam untuk masa dijimatkan.
b) Skim bonus Rowanc) Skim bonus Hasley
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 19
Soalan 6b-4
Sebuah kilang mengeluarkan 3 komponen D1, D2 dan D3. Terdapat 4 jenis buruh yang digredkan sebagai gred A,B,C dan D.
Gred buruh Bil. Buruh Kadar upah Jam kerjasejam(RM)
A 6 4.00 40B 18 3.20 42C 4 2.80 40D 1 1.60 44
Hasil keluaran dan masa piawai seminggu ialah:
Komponen Unit dihasilkan Masa piawai seunit(min) D1 444 30D2 900 54D3 480 66
Waktu kerja biasa seminggu ialah 48 jam dan kerja lebih masa dibayar pada premium 50% atas kadar upah biasa. Pihak kilang maengamalkan skim insentif berkumpulan di mana masa yang dijimatkan dikira sebagai peratus jam kerja dan dikongsi dalam kumpulan sebagai sebahagian dari jam bekerja bagi setiap gred. Kadar yang dibayar ialah 75% dari kadar jam biasa.
a) kirakan jumlah gaji dibayar dengan menunjukkan gaji pokok.b) Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan skim insentif berkumpulan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 20
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan 6b-1
a) Ciri-ciri skim insentif yang baik:-- patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja - dibayar tanpa lengah, seeloknya sebaik sahaja tamat
tugas/kerja- skim perlu mudah dilaksanakan /diuruskan dan
membolehkan pekerja mengira sendiri bonus mereka- tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan
daripada jatuh jika keadaan di luar kawalan pekerja- skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan
rundingan terlbih dahulub)ARMIN RM BADUL RMUpah asasBonus Halseyjumlah
32 x RM3.0050% x (38-32)
969.00
106
42 x RM2.9050% (48-42)
121.808.70130.50
Upah asasBonus H.Wjumlah
32 x RM3.001/3(38-32)
966.00102
42x RM2.901/3(48-42)
121.805.80127.60
Upah asasBonus Rowanjumlah
32 x RM3.0032/38(6)(3)
9615.16
111.16
42X RM2.9042/48(6)2.90
121.8015.23
137.03
MAKLUMBALAS 6B
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 21
Jawapan 6b-2
a) i. Unit yang dikeluarkan 90 unit masa diambil 40 jam masa piawai untuk menghasilkan 90 unit keluaran
90/10 (5 jam) = 45 jam masa yang dapat dijimatkan = 5 jam
kaedah kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan:
upah asas = 45jam x RM10.00 = RM450.00
6.2 kaedah Halseyupah asas = 40jam x RM10.00 = RM400.00bonus = 50% x 5 jam x RM10 = 25.00
RM425.00
6.3 kaedah Halsey-Weirupah asas = 40jam x RM10.00 =RM400.00bonus = 1/3 x 5jam x RM10 = 16.67
RM416.67
c) –rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja-penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia mestilah fleksibel-standard dari segi kuantiti dan kualiti-rancangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 22
Jawapan 6b-3
masa yang dijimatkan = masa standard – masa sebenar
masa standard untuk menyiapkan 1 unit tempahan.Purata jangkaan masa:(70+65+70+75)/4 = 70 minittambahan 10% = 7 minit
77 minit
masa standard menyiapkan 40 tempahan40 unit x 77 minit = 3080 minitmasa dalam jam = 3080/60 = 51.33 jam
masa dijimatkan = 51.33 – 40 = 11.33 jam
a) skim hasil kerja dan upah yang dijanjikan
upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00insentif =RM5.50 x 11.33 jam = 62.32upah kasar RM222.32
b) skim bonus Rowan upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00bonus = (40/ 51.33)11.33 x RM4= 35.32upah kasar RM195.33
c) skim bonus Halsey upah asas = RM4.00 x 40 jam = RM160.00bonus = 50% x 11.33 jam x RM4= 22.66upah kasar RM182.66
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 23
Jawapan 6b-4
a)Buruh Gaji pokok Premium ot Bonus Gaji kasarA 6x40x4 = 960 6x2x2 =24 6x12x3 =216 1200.00B 18x24x3.2
=2419.2018x4x1.60=115.20 18x12.6x2.4=544.32 3078.72
C 4x40x2.8 =448 4x2x1.4 = 11.20 4x12x2.1 = 100.80 560.00D 1x44x1.6=
70.401x6x80 = 4.80 1x13.2x1.2 =15.84 91.04
jumlah 3,897.60 155.20 876.96 4,929.76
b)kebaikan- dapat membina kerjasama dalam kumpulan- tidak perlu penyeliaan yang ketat, dengan kos overhed dapat
dikurangkan- operator pengeluaran terutama bahagian pemasangan amat sesuai
Kelemahan- pekerja yang baik dan cekap terpaksa menanggung beban pekrja yang
tidak cekap- pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan
asas ukuran- jika jenis kerja memerlukan kemahiran – masalah akan timbul
mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 24
6.4 KANDUNGAN PENYATA GAJI
Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?
Mari kita lihat Rajah 6.2, dalam satu penyata/lembaran gaji atau upah ia mesti mengandungi nama, nombor pekerja, nombor gaji, nombor cukai pendapatan , nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih. Gaji kasar dikira dengan merujuk kepada:-
a. kad jam: untuk mengira bayaran kadar masa dan lebih masa.b. Kad kerja: untuk mengira kadar ikut butir dan bonusc. Lembaran masa; untuk mengira bayaran kadar masa, bonus dan
lebih masad. Kad pekerja: untuk mengira kadar upah, cuti yang diambil dan
caruman KWSP.
Daripada upah kasar pekerja, potongan cukai pendapatan , caruman KWSP dan potongan lain seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta akan dibuat untuk memperolehi upah bersih. Slip gaji akan disediakan dengan menunjukkan nama pekerja, nombor pekerja, nombor cukai pendapatan, nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih.
Pastikan kita semua mesti
sentiasa dapat gaji dan slip gaji
INPUT
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 25
PENYATA GAJI BULAN: JABATAN:NAMA: NO.GAJI:NO. K/PENGENALAN: NO..CUKAI:NO.PEKREJA : NO. KWSP NO. PERKESO:
PENDAPATAN POTONGAN
JAM KADAR RM RMGAJI POKOK CUKAI PENDAPATANLEBIH MASA KWSPELAUN PERKHIDMATAN
PINJAMAN
ELAUN PERUMAHANBONUS
JUMLAH POTONGAN
JUMLAH PENDAPATAN GAJI BERSIH
Rajah 6.2: Lembaran Gaji
6.3 ANALISIS UPAH DAN TATACARA MENGAKAUNKANNYA
Apakah yang dimaksudkan analisis upah ?
Ia melibatkan penyelarasan jumlah upah kasar dengan upah yang diperuntukkan kepada kerja atau pusat kos. Lembaran analisis upah menunjukkan perincian semua upah mengikut kerja, pusat kos, proses, gred pekerja dan jantina. Jumlah yang ditunjukkan oleh lembaran analisis tersebut haruslah sama dengan jumlah upah pada senarai gaji. Sumber maklumat yang digunakan untuk menganalisis upah termasuk lembaran masa, kad kerja, kad masa terbiar dan senarai gaji. Analisis upah memudahkan maklumat diperolehi dengan tepat tanpa banyak menggunakan tenaga perkeranian. Maklumat daripada lembaran analisis upah digunakan untuk tujuan kawalan, untuk menyediakan penyata pengendalian, untuk menyediakan laporan dan untuk menghitung jumlah yang boleh dikenakan kepada kerja atau proses. Rajah 6.3 di bawah merupakan satu contoh lembaran analisis upah yang mudah untuk pelajar sekelian memahaminya.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 26
LEMBARAN ANALISIS UPAHJabatan
Minggu Berakhir……………..
No. Jam
No. kerja No. Kerja No. kerja Masa hilang
Jumlah upah
Folio kerja kos
JumlahRajah 6.3: Lembaran Analisis upah
6.3.1 Lapuran Lebih Masa
Lapuran ini menerangkan kerja lebih masa, bayaran premium dan sebab-sebab kerja lebih masa.
Apa itu kerja lebih masa ?
Lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal. Premium lebih masa ialah jumlah tambahan yang dibayar kepada pekerja
untuk kerja lebih masa. Premium lebih masa dikira sebagai peratusan daripada masa tambahan kerja
oleh seseorang pekerja. Kebenaran kerja lebih masa perlu diperolehi terdahulu sebagai langkah
kawalan.
Contoh 6 –10
Seorang operator bekerja 4 jam lebih masa dan mendapat ` masa dan setengah’. Berapakah yang akan dibayar mengikut jam?
Jawapan = 4 jam + ( 50% + 4 jam) = 6 jam
Contoh 6 –11
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 27
Seorang operator mesin dikilang H&H Bhd bekerja sebanyak 4 jam lebih masa. Masa bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40 jam . Kadar sejam ialah RM1. Ia dibayar jam & setengah untuk kerja lebih masa. Tunjukkan :-
1. premium lebih masa2. gaji kasar
Jawapan:-1. premium lebih masa = (50% x 4 jam ) x RM 1 = RM2
2. gaji kasar :upah masa biasa 40jam x RM 1 = RM40 + lebih masa 4 + (50% x 4 jam ) x RM1 = 6
RM46
Bagaimanakah tatacara perakaunan untuk premium lebih masa ?
Ada tiga kaedah asas digunakan untuk premium lebih masa.
1. Apabila kerja adalah punca lebih masa
Contoh 6-12
Sara Fateha mengambil masa biasa 800 jam dan tambahan 160 jam lagi untuk menyelesaikan kerja No.212. Kadar sejam ialah RM3.20. Kadar lebih masa ialah masa dan setengah .
Jawapan
Bayaran masa normal 800jam x RM3.20 = RM2,560Lebih masa ialah 160 jam x (3.20 x 1.5)= 768
RM3,328
Catatan perakaunan;Dt Akaun Kawalan Kerja dalam proses 3,328Kt Akaun Kawalan Upah 3,328
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 28
2. Premium dianggap sebagai butiran overhed pengeluaran
Digunakan apabila aktiviti perniagaan merupakan punca lebih masa.
Contoh 6-13
Sebuah perniagaan mempunyai kapasiti pengeluaran normal sebanyak 8000 unit memerlukan 800 jam. Ia menerima pesanan khas untuk membuat 1600 unit lagi yang akan memerlukan 160 jam lebih masa.
Kadar sejam ialah RM3.20 dan kadar premium lebih masa ialah masa dan setengah.
Jawapan
Bayaran masa biasa 960 x 3.20 RM 3,072Premium lebih masa 160 x 1.60 256
RM 3,328
Catatan perakaunan;DT. Akaun kwalan kerja dalam proses 3,072DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 256KT. Akaun kawalan upah 3,328
3. Lebih masa terjadi kerana kecuaian atau mutu hasil kerja yang kurang baik.
Jika ini berlaku, premium lebih masa dianggap sebagai kerugian.
Dengan menggunakan contoh seperti di atas.
Catatan perakaunan;DT. Akaun kawalan kerja dalam proses 3,072Dt. Akaun kerugian/kehilangan premium
Lebih masa 256KT. Akaun kawalan upah 3,328
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 29
Bagaimana pula tatacara perakaunan bagi premium kerja syif ?
Ada dua kaedah digunakan:-
1. bayaran premium syif dianggap sebagai overhed pengeluaran sekiranya kerja syif tersebut untuk tujuan peningkatan output.
2. bayaran premium syif dianggap sebagai kos buruh langsung sekiranya kerja syif tersebut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
6.3.2 Laporan Masa Terbiar
Masa terbiar boleh disebabkan oleh beberapa perkara . Ini termasuk:-
1. kerosakan mesin2. penungguan untuk kerja3. ketidakcekapan4. kekurangan bahan
Masa terbiar selalunya dicatat di dalam kad masa terbiar yang juga menunjukkan sebab masa terbiar berlaku. Upah yang dibayar untuk masa yang tidak produktif dikira sebagai overhed pengeluaran.
Saya suka kerja
syif malam sebab dapat elaun lebih.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 30
Contoh 6-14
Mesin yang digunakan oleh seorang operator mesin telah rosak selama jam. Jumlah masa bekerja ialah 44 jam termasuk 4 jam masa terbiar. Kadarnya ialah RM1 sejam. Berapakah pendapatan kasar ?
Jawapan
Upah langsung 40jam x RM1 =RM40Masa terbiar (overhed pengeluaran) 4jam x RM 1 = 4
RM44
Catatan perakaunan:
DT. Akaun Kawalan kerja dalam proses 40DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 4KT. Akaun kawalan upah 44
6.3.3 Kos Sampingan
Apa itu kos sampingan ?
Kos sampingan ialah faedah yang diberikan kepada pekerja oleh majikan seperti caruman majikan kepada pekerja oleh majikan seperti KWSP, skim perubatan, pencen dan lain-lain
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 31
Bagaimana tatacara perakaunannya?
Ada dua pendekatan mengenai kos sampingan , iaitu:-
1. sebagai overhed pengeluaran
Contoh 6-14
Upah langsung pada masa terbiar ialah RM7 sejamFaedah sampingan ialah RM3 sejam
Jawapan
RM7 dianggap sebagai buruh langsungRM3 sebagai overhed pengeluaran.
2. kos sampingan sebagai kos buruh langsung.
Kaedah ini lebih sesuai kerana faedah sampingan dalam memperolehi perkhidmatan buruh merupakan bahagian penting .
Merujuk kepada contoh 4-17, RM10 dianggap kos buruh langsung.
6.3.4 Upah Rehat Dan Upah Cuti
Upah rehat dan upah cuti tidak boleh dikenakan kepada kerja dalam proses kerana seorang pekerja menyumbang kepada pengeluaran semasa ia bekerja. Upah rehat harus dimasukkan ke dalam overhed pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 32
6.3.5 Kos Penyediaan
Masa penyediaan ialah masa yang diambil untuk menyediakan mesin dan alat bantuan sebelum operasi bermula. Masa penyediaan seterusnya berkaitan dengan kos penyediaan. Kos penyediaan diangganp sebagai overhed pengeluaran jika terdapat ketidaktentuan dalam operasi pengeluaran.
Contoh 6-15
Berikut adalah senarai gaji asas untuk minggu kedua Jabatan Y . Jabatan ini mengendalikan sistem pengkosan berkelompok.
Pekerja langsung: kadar pokok sejam RM1.80Jumlah masa hadir 960 jamLebih masa yang dikerjakan 120 jamPremuim syif RM180Bonus kumpulan RM192Caruman KWSP majikan RM150Potongan pekerja – cukai pendapatan RM300
KWSP RM90
Pekerja tidak langsung: kadar pokok sejam RM1.20Jumlah masa hadir 420 jamLebih masa yang dikerjakan 48 jamPremuim syif RM60Bonus kumpulan RM84Caruman KWSP majikan RM66Potongan pekerja:-Cukai pendapatan RM120KWSP RM42
Lebih masa dibayar pada kadar masa dan setengah. Lebih masa digunakan sebagai langkah meningkatkan keluaran. Bagaimanapun, 20% daripada lebih masa untuk pekerja langsung dan tidak langsung berpunca daripada permintaan pelanggan untuk menyiapkan pesanannya dengan segera. Berikut ialah pecahan masa pekerja langsung yang diperolehi daripada tiket yang telah dipulangkan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 33
Masa produktif: 708 jamMasa tidak produktif : kerosakan mesin 60 jam
Menunggu ketibaan bahan 48 jam Menuggu arahan daripada penyelia 54 jam Masa terbiar 90 jam
Kirakan upah kasar dan upah bersih untuk pekerja langsung dan tidak langsung. Nyatakan sebab tindakan anda terhadap:
1. caruman KWSP majikan2. pendapatan lebih masa3. premium syif dan bonus
Jawapan
Pekerja langsung RM RM Pekerja tidak langsung
RM RM
Masa kehadiran 960 x 1.80
1,728 420 x 1.20 504
Premuim lebih masa 120 x 0.9 108 48 x 0.60 28.80Premuim syif 180 60Bonus 192 84Upah kasar 2,208 Upah kasar 676.80Potongan cukai 300 120KWSP 90 42
Upah bersih 1,818 Upah bersih 514.80
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 34
1. Kandungan penyata gaji menunjukkan gaji pokok, lain-lain elaun yang diterima dan pemotongan seperti KWSP, SOCSO, Cukai pendapatan dan lain-lain.
2. Lapuran lebih masa menunjukkan kerja lebih masa, bayaran lebih masa dan sebab-sebab kerja lebih masa.
3. Upah rehat/cuti dianggap sebagai overhed pengeluaran.
FAKTA KUNCI
FAKTA KUNCI
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 35
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.
Soalan 6C- 1
Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?
Soalan 6C-2
Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa dan bagaimana pengiraan premium lebih masa(bayaran) ?
Soalan 6C-3
Bagaimanakah catatan perakaunan bagi merekodkan kerja lebih masa yang dibuat untuk menyelesaiakan sesuatu kerja ?
AKTIVITI 6C
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 36
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan 6C-1
Penyata gaji harus mengandungi butiran-butiran berikut:-Nama pekerja Gaji pokokNombor pekerja elaunNombor gaji pontongan KWSP,SOCSO, CUKAINombor cukai pendapatan dan lain-lain pemotonganNombor KWSP,SOCSO Gaji bersih.
Jawapan 6C-2
Kerja lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal. Premium lebih masa dikira berdasarkan peratusan daripada masa tambahan kerja oleh seseorang pekerja. Contohnya 60% daripada masa tambahan.
Jawapan 6C-3
Apabila kerja lebih masa berpunca daripada kerja, bayaran lebih masa itu akan dicampurkan dengan gaji masa normal dan dikreditkan ke Akaun Kawalan Upah.
Dt. Akaun Kawalan Kerja dalam proses xxxKt. Akaun Kawalan upah xxx
MAKLUMBALAS 6C
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 37
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah
anda.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!
Soalan 6-1
a) Kilang Mewah menetapkan masa dibenarkan untuk seorang pekerja menyiapkan kerja-kerja membuat kotak kunci ialah 8 jam. Kamal telah berjaya mengambil masa 5 jam sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadar upah yang dibayar ialah 65 sen sejam manakala kos bahan mentah yang terlibat dalam menghasilkan seunit kotak ialah RM4. Overhed kilang ialah 150% daripada jumlah upah langsung.
Kirakan kos pengeluaran seunit bagi kotak tersebut di bawah skim berikut:-i. Rowanii. Halsey
b) Upah harian yang diterima oleh seorang operator mesin bagi 8 jam bekerja sehari ialah RM15. Standard output dikeluarkan ditetapkan kepada 50 komponen sejam. Sekiranya output yang dikeluarkan oleh seorang operator ialah 500 komponen, kirakan kos upah yang sepatutnya diterima oleh operator tersebut serta kos buruh bagi setiap 100 komponen di bawah keadaan berikut:-
i. skim Halseyii. skim bonus sebanyak 30 sen dibayar bagi setiap tambahan 100
komponen.
PENILAIAN KENDIRI
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 38
Soalan 6-2
a) Kilang Modern Sdn Bhd telah mengamalkan skim bonus kumpulan kepada 20 orang pekerjanya di bahagian pemasangan. Gaji asas setiap pekerja ialah RM750. Daripada pengalaman lepas, bagi setiap kenaikan 30% dalam pengeluaran, bonus yang diberikan bagi kumpulan tersebut ialah RM2,000. Pengeluaran standard ialah 2000 unit sebulan.
Skim yang telah diperkenalkan ini telah menjadikan pekerja lebih bermotivasi. Jumlah unit pengeluaran pada pada bulan ini ialah 3500 unit.
Anda dikehendaki mengira perolehan setiap pekerja dalam bulan tersebut.
b) Jabatan Kawalan kualiti mempunyai tiga orang pekerja yang mempunyai kemahiran kerja yang berbeza.
Pekerja Bil. Produk siapDiperiksa (unit)
Masa dibenarkan(jam)
Masa diambil(jam)
Ali 150 70 50Ah chong 90 60 40Mutu 60 80 45
Kadar upah bagi setiap pekerja ialah RM3.50/sejam. Kadar upah lama bagi sejam kerja ialah:Ali RM5Ah Chong RM6Mutu RM7
ANDA DIKEHENDAKI:i. Kirakan jumlah pendapatan serta kadar upah efektif bagi
setiap pekerja di bawah skim Halsey.ii. Skim manakah yang lebih baik di antara skim baru dan
lama.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 39
Soalan 6-3
a) Bagi meanyiapkan seunit barangan ABC, Baba mengambil masa 9 jam. Kadar upah adalah RM15 sejam. Selepas memperkenalkan skim insentif, Baba berjaya mengeluarkan barangan dalam tempoh 7 jam sahaja. Jika kos bahan langsung adalah RM30 dan kos overhed diserapkan pada kadar 175% atas jumlah kos prima bagi setiap unit barangan ABC, kirakan:i. Perolehan yang diterima oleh Baba di bawah skim Halsey & Rowanii. Kos seunit barangan ABC di bawah kedua-dua skim di atas.
b) Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F.
Jab. A Jab.B Jab.C Bil. Pekrja pada awal 144 68 212tempoh perakaunanTambahan pekerja dalam tempoh perakauan 28 18 46Bil. Pekerja berhenti dalam tempoh perakaunan 22 14 36
Nama pekerja Hawa Esah Noi Unit disiapkan 270 200 200Masa dibenarkan bagi seunit disiapkan(minit) 10 15 12Masa yang diambil(jam) 40 38 36Kadar perjam(RM) 1.25 1.05 1.20Kadar per unit(RM) 0.20 0.25 0.24
Anda dikehendaki mengirakan upah yang akan diperolehi oleh 3 pekerja di atas di bawah kaedah:-
i. Berdasarkan jam kerjaii. Berdasarkan output yang dikeluarkan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 40
Soalan 6-4
a) Samad merupakan seorang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat yang mengeluarkan cip komputer. Beliau telah bersetuju untuk menerima upah sebanyak RM5 sejam untuk jangkamasa kerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai bagi menyiapkan 10 unit cip komputer adalah 5 jam.
Dalam minggu kedua bulan Februari 2000, maklumat kerja bagi Samad telah direkodkan seperti di bawah:-
HARI JAM KERJA(JAM) UNIT SIAP 1 10 252 7 153 8 204 7 155 8 15
Kirakan upah kasar yang diterima oleh Samad untuk minggu kedua dengan menggunakan kaedah :-
a. hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikanb. bonus dengan skim premium Halseyc. bonus dengan skim premium Halsey – Weird. bonus dengan skim premium Rowan
Soalan 6-5
Syarikat Perkilangan H&H mengeluarkan 200 unit produk X setiap minggu di mana kilang beroperasi selama 42 jam seminggu. Semua overhed pengeluaran sebanyak RM3,200 adalah kos tetap. Permintaan daripada pelanggan telah bertambah tetapi pihak pengurusan tetap tidak mahu menambahkan waktu bekerja lebih daripada 42 jam seminggu. Walaubagaimanapun pihak pengurusan bercadang untuk meningkatkan pengeluaran dengan memberikan satu skim insentif kepada 4 orang operator yang sebelum ini mereka dibayar dengan kadr-kadar berikut:-
Nama operator kadar per jam(RM) Ahmad 2.60Badli 2.60Hisham 3.20
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 41
Chong 3.50
Pihak pengurusan bercadang untuk menurunkan kadar upah yang dibayar dan memberikan bonus sebanyak RM1.00 bagi setiap unit yang dikeluarkan. Tempoh percubaan selama 4 minggu telah ditetapkan. Kadar upah yang baru ialah seperti berikut:-
Nama operator kadar per jam(RM) Ahmad 1.80Badli 1.80Hisham 2.50Chong 2.50
Dalam tempoh seminggu pertama pengeluaran berjumlah 236 unit. Pihak pengurusan percaya bahawa pembayaran bonus adalah terlalu tinggi dan membebankan kerana kenaikan dalam pengeluaran sebanyak 10% dalam pengeluaran meningkatkan kos buruh sebanyak 22%.
Anda dikehendaki:-a) Mengira bagaimana kenaikan dalam kos buruh sebanyak 22% itu
diperolehi.b) Menasihatkan pihak pengurusan sama ada skim insentif tesebut
sebenarnya meningkatkan kos atau tidak. Tunjukkan pengiraan untuk menyokong pendapat anda.
Soalan 6-6
Syarikat Haqkeem merupakan sebuah kilang pengeluaran komponen bas. Jabatan ini mempunyai 30 orang pekerja operasi. Bayaran upah adalah RM3 sejam untuk jam kerja asas 40 jam seminggu; dengan upah terjamin RM120 seminggu bagi setiap pekerja. Apabila perlu, kerja lebih masa akan dibuat sehingga masa maksimum 15 jam seminggu bagi setiap pekerja dan dibayar dengan bayaran dua dan satu perdua (2 ½) dari kadar biasa.
Kajian semasa yang dibuat menunjukkan masa piawai untuk menyiapkan 6 unit keluaran adalah sejam bagi seorang pekerja. Penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa seorang pekerja masih boleh meningkatkan keluarannya kepada 8 unit sejam. Sehubungan dengan ini skim baru butiran kerja diperkenalkan dengan bayaran RM0.55 bagi setiap unit keluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 42
Belanjawan pengeluaran tahun depan adalah berbeza-beza dari minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit seminggu. Harga jualan dijangka RM10 seunit. Kos bahan mentah ialah RM8 seunit dan jumlah kos overhed tetap adalah RM9000 seminggu.
Anda diminta untuk memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja operasi di Jabatan Pengeluaran.
Anda dikehendaki:
a. Mengira kos buruh yang akan dialami pada keluaran minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit di bawah kedua-dua skim baru dan skim lama.
b. Menentukan untung yang diperolehi di bawah kedua-dua skimc. Memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja
operasi di Jabatan Pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 43
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan 6-1
a) Rowanmasa yang dijimatkan = masa dibenarkan – masa diambil
= 8-5= 3 jam
upah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25bonus = 3/8 (5)(0.65) = 1.129jumlah upah langsung = RM4.269
HalseyUpah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25Bonus = 0.5(3)(0.65) = 0.975Jumlah upah langsung = RM4.225
Kos pengeluaran seunit:Halsey Rowan
Bahan mentah RM 4.00 RM4.00Upah 4.225 4.269Overhed 6.3375 6.4035
RM14.5625 RM14.6725
MAKLUMBALAS
BURUH DAN ANALISIS
UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 44
b) standard output sehari = 50 komponen x 8 jam= 400 komponen
i) upah untuk 400 komponen = RM15.00bonus untuk output tambahan (500-400)/100 x 30 sen = 0.30upah sehari = RM15.30
kos buruh bagi setiap 100 komponen = RM15.30/8= RM 1.912
ii) upah untuk 400 komponen = RM15.00bonus 50% dari 100 komponen0.5 x 100 x (RM15/400) = 1.875
kos buruh sehari = RM16.875
Jawapan 6-2
a) X% kenaikan = (1500/2000) 100X = 75%
Bonus setiap pekerja = 7500/20= 375
perolehan setiap pekerja = RM750 + 375= RM1,125
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 45
c) i. Kirakan jumlah pendapatan
AliBonus = 0.50 (70 – 50) RM3.50 = RM35Jumlah perolehan = (50 x RM3.50) + 35= RM210
Kadar upah efektif = 210/50 jam = RM4.20 sejam
Ah ChongBonus = 0.50 (60 – 40) RM3.50 = RM17.50Jumlah perolehan = (40 x RM3.50) +17.50 = RM157.50
Kadar upah efektif = 157.50/40 jam = RM3.9375 sejam
Muthu Bonus = 0.50 (80 – 45) RM3.50 = RM61.25Jumlah perolehan = (45 x RM3.50) + 61.25= RM218.75
Kadar upah efektif = 218.75/ 45jam = RM4.86 sejam
ii) Perbandingan:Skim bonus Skim lama
Ali 210.00 50 x5 = 250.00Ah Chong 157.50 40 x 6 = 240.00Muthu 218.75 45 x 7 = 315.00
Di bawah skim bonus , kos buruh langsung adalah lebih rendah.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 46
Jawapan 6-3
Bahagian A a) Perolehan di bawah skim Halsey = RM120.00
Perolehan di bawah skim Rowan = RM128.33b) kos seunit Halsey = 30+120+262.50 =RM412.50
Rowan = 30+120+128.33 =RM435.41
Bahagian BUpah 3 orang pekerja
Berdasarkan Hawa Esah Noi Jumlaha. jam kerja 50.00 39.90 43.20 133.10b. o/p dikeluarkan 54.00 50.00 48.00 152.00
Jawapan 6-4
Bahagian AMasa untuk siap 90 unit = 90/10 x 5
TA = 45 jamTT = 8 x 5 = 40TS =5jam
a. E = NU.RU = 90 x 2.50 = 225dimana RU = upah sejam/unit piawai sejam
= 5/ (10/5) = 2.50
b. Halsey upah asas = (8x5) x 5 = 200bonus = 0.50 x 5 x 5 = 12.50jumlah = RM212.50
c. Halsey – Weir upah asas = 200bonus = 0.30 x 5 x 5 = 7.50jumlah = RM207.50
d. Rowan upah asas = 200bonus = 5/45 x 40 x 5 = 22.22
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 47
jumlah =RM222.22
Jawapan 6-5
a) upah sebelum percubaan:
Nama operator Kadar per jam(RM) Ahmad 2.60Badli 2.60Hisham 3.20Chong 3.50
11.50 perjam x 42 jam =RM499.80
upah dan bonus semasa tempoh percubaan:
Nama operator Kadar per jam(RM)Ahmad 1.80Badli 1.80Hisham 2.50Chong 2.60
8.90 sejam x 42 =RM373.80bonus 1.00 seunit x 236 =RM236.00JUMLAH =RM609.80
Tambahan dalam kos buruh = RM609.80 – 499.80 = RM110.00Tambahan dalam % = [110/499.80] x 100%
= 22%
Bandingkan kos pengeluaran seunit antara skim lama dan baru:Skim lama Skim baru
Upah dan bonus 499.80 609.80Overhed pengeluaran 3200.00 3200.00Jumlah kos pengeluaran 3699.80 3809.80Jumlah keluaran (unit) 200 236Kos penegluaran/unit RM18.50 RM16.14
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 48
Kesimpulan: walaupun kos buruh bertambah tetapi sebenarnya skim baru itu mengurangkan kos pengeluaran seunit.
Jawapan 6-6
Skim lama7000 unit 9900 unit
upah pokok RM120 x 30 orang [9900/6]55jam x 30 orangRM3600 RM4950
Premium o/time - 15jam x 4.5 x 30 orangRM2025
Kos buruh RM3600 RM6975
7000 unit 9900 unitkos bahan 56000 79200overhed 9000 9000
68600 95175jualan 70000 99000untung 1400 3825
Skim barukos buruh 3850 5445bahan 56000 79200overhed 9000 9000
68850 93645jualan 70000 99000untung 1150 5355
c. skim baru adalah baik diamalkan jika target pengeluaran adalah 9900 unit ke atas.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 49
top related