buletinipda februari 2014
Post on 03-Jun-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
1/16
Wadah Penyebar Informasi
1
Alor SetarPada 8 Februari yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di bawah
Yayasan Islam Kedah (YIKED) telah menganjurkan program Kedah Berselawat 2014
yang dihadiri lebih daripada 10 000 umat Islam sekitar negeri Kedah.
Para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman juga tidak melepaskan
peluang untuk turut serta dalam majlis tersebut. Seramai 170 orang pelajar IPGKDA
yang terdiri daripada pelajar PISMP Semester 3, PPISMP Semester 2 dan PISMP PPC
Kimia.
Pelajar IPGKDA yang menyertai majlis ini telah bersama-sama dalam perarakan
Kontinjen Sektor Pendidikan yang diketuai oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Datuk
Tajul Urus bin Mat Zin. Kontinjen ini telah melakukan perarakan selawat bermula dari
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ke Stadium Darul Aman pada jam 5.30 petang.
Sambungan dari muka hadapan
EDISI FEBRUARI 2014 Diterbitkan oleh:
Redaksi Biro Teknologi
Maklumat dan Penerbitan
SEKITAR KEDAH BERSELAWAT
REDAKSI BULETIN IPDA 2014 Biro Teknologi Maklumat dan PenerbitanHazman bin Azhar Muhammad Shamsulmaarif bin Perma Suria
Muhamad Amirul Syafiq bin Mohd Yusuf Bradley Daini
Mohamad Kamarul Hariff bin Mohd Sukor Anis Suraya binti Zulkifli
Muhamad Adib Najmi bin Zainuddin Salwah binti Sairun
Ku Mohamad Amirudin bin Ku Azahar
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
2/16
Wadah Penyebar Informasi
2
Majlis yang bermula dari jam 6.00 petang ini diserikan dengan alunan bait-bait
zikir dan qasidah. YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, Datuk Paduka Mukhriz bin
Tun Mahathir turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam majlis tersebut. Seusai solat
Maghrib secara berjemaah, hadirin yang hadir dalam majlis tersebut telah mengadakan
satu solat hajat khas untuk pasangan warga Malaysia iaitu Azizul Raheem Awaludin
dan Shalwati Norshal yang ditahan oleh pihak berkuasa di Sweden.
Majlis Kedah Berselawat pada malam tersebut telah diketuai oleh Habib Syech
Abdul Qadir Assegaff. Hadirin berpeluang mendengar alunan merdu qasidah dan
selawat yang disampaikan pada malam tersebut termasuklah qasidah seperti Ya
Badratim, Sidnan Nabi, Ya Hananadan lain-lain.
Selain alunan qasidah dan selawat, majlis turut dimanfaatkan dengan tazkirah
khas oleh Datuk Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Baderudin bin Haji Ahmad.
KEDAH BERSELAWAT MENUJU SYAFAAT
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
3/16
Wadah Penyebar Informasi
3
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
semua saf kepimpinan JPP sesi 2014/2015 kerana telah
berjaya meraih kepercayaan daripada rakan-rakan IPG Kampus Darulaman sebagai
wakil menyuarakan idea dan menyediakan khidmat sokongan dalam membantu pihak
pengurusan secara telus dan kolektif.
Masyarakat kampus mahukan ahli-ahli perwakilan dipilih dalam kalangan mereka
yang mampu menggalas peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar yang
berkaliber serta tidak lupa tugas sebenar masing-masing datang ke IPG untuk menimba
ilmu dan berjaya.
Dengan ini, sokongan dan dorongan daripada warga IPDA khususnya amatlah
kami perlukan dalam menjayakan pengendalian pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi
mewujudkan suasana kehidupan pelajar IPG yang lebih ceria dan harmonis.
Dengan keupayaan 27 orang barisan kepimpinan, kami akan berusaha
bersama-sama pihak pentadbiran IPDA sebagai sayap kiri mahupun kanan dalam
membantu menaikkan nama IPDA ke persada yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar
sepanjang aktiviti adalah sangat penting sebagai satu usaha untuk memperoleh
kemahiran tambahan di kampus sebagai aset tambahan apabila menghadapi cabaran
sebenar dalam alam pekerjaan nanti seperti satu platform untuk memupuk perwatakan
dan personaliti lebih baik agar matang dalam pemikiran, cekap berkomunikasi, memiliki
pelbagai kemahiran hidup dan peka kepada isu semasa serta maklumat.
AMANAT YDP
Harapan Pemimpin Kita
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
4/16
Wadah Penyebar Informasi
4
Akhirnya, Saya mewakili seluruh perwakilan JPP Sesi 2014/2015 sentiasa
mengharapkan agar pelajar dan warga IPDA terus tegap berjuang bersama kami
dalam menjayakan setiap usaha yang kami lakukan. Kiranya, sudilah menghulurkan
tongkat jika kami capek dan menghulurkan tangan jika kami buta dalam legasi
kepimpinan.Tegurlah kami dengan hikmat kerana kami memerlukan tunjuk ajar anda
sekalian. Insyaallah kami akan laksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan
bersungguh.
Sekian, terima kasih.
1Legasi 1Fikrah 1Matlamat
* Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15 ialah Saudara Ahmad
Mustafid bin Mat Sharif, pelajar PISMP Bahasa Arab Ambilan Januari 2013.
TAHNIAH DAN SYABASKami di pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15
serta mewakili para pelajar IPG Kampus Darulaman dengan ini
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Rahimawati binti
Abdul Rahim yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains yang
baharu menggantikan Puan Hajjah Aini Fariza binti Mohammad Yulan
yang telah dinaikkan pangkat keg red DG52 Pensyarah Cemerlang Sains.
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
5/16
Wadah Penyebar Informasi
5
9 FEB Satu perjumpaan khas di antara Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2014/2015 dengan Pengarah IPG
Kampus Darulaman, Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad telah
diadakan pada hari Ahad 9 Februari 2014. Mesyuarat ini
merupakan pertemuan dua hala pihak pentadbir IPG Kampus
Darulaman dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2014/15 kali pertama setelah jawatankuasa pelajar yang baharu
dilantik.
Majlis perjumpaan dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar yang baharu iaitu saudara Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif. Dalam ucapannya, Ahmad Mustafid
banyak memberi kata-kata semangat dan penghargaan kepada ahli JPP IPG Kampus Darul Aman yangbaharu serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan ahli
jawatankuasa pelajar sesi atas bakti dan khidmat mereka yang sangat baik. Dalam ucapan itu juga,
Ahmad Mustafid menyatakan komitmen bersama ahli jawatankuasa yang baharu ini untuk menjadi
penghubung yang baik antara pihak pentadbiran dan pelajar IPG Kampus Darulaman.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Ahmad
Shukri bin Mustaffa. Dalam teks ucapan beliau, antara perkara dan isu yang diterangkan ialah mengenai
kursus-kursus yang berkaitan dengan aktiviti JPP yang bakal diadakan. Antaranya kursus Transformasi
Kepimpinan Pendidik di Perlis dan Kursus JPP Peringkat Dalaman. Selain itu, program Watikah Peringkat
Zon Utara juga bakal diadakan. Di samping itu juga, beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniahkepada JPP sesi 2014/2015 yang baru dilantik serta memberi kata-kata peransang semangat.
Akhir sekali, ucapan seterusnya disampaikan oleh Tuan Pengarah iaitu Tuan Hj Mustafa Bin Ahmad.
Beliau telah menyampaikan ucapan mengenai program-program yang telah dirancang oleh pihak
pentadbiran serta menyatakan beberapa masalah kepada pihak JPP mengenai wang perbelanjaan yang
telah diatur oleh pihak institut. Beliau juga memberi komen mengenai aduan yang dikemukan oleh
pelajar yang kebanyakannya memberi aduan secara tidak betul. Antara masalah mengenai wang
perbelanjaan yang dinyatakan oleh tuan pengarah ialah masalah bil elektrik yang terlalu tinggi serta
beberapa kes disiplin yang dalam perhatian pihak pentadbiran.
Oleh itu, beliau juga telah menyatakan langkah penyelesaian dengan menyatakan langkah
penjimatan penggunaan elektrik di IPGKDA. Beliau telah mengambil contoh keberjayaan langkah
penyelesaian yang telah dilakukan oleh IPG Gaya, Sabah dalam menjimatkan kos penggunaan elektrik
sebanyak 35 % justeru beliau menyeru agar pihak JPP IPDA sesi 2014/2015 bagi memberi kerjasama
dalam menyelesaikan masalah ini.
Perjumpaan JPP Baharu Bersama
Tuan Pengarah
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
6/16
Wadah Penyebar Informasi
6
Pada 17 Februari yang lalu, satu majlis khas telah
diadakan bagi mengiktiraf para pelajar Insitut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang telah
menunjukkan kecemerlangan mereka dalam
Peperiksaan Akhir Semester bagi Penggal Akademik
Tahun 2013.
Usaha pengiktirafan tersebut telah dilaksanakan dalam satu majlis khas iaitu Majlis
Anugerah Pengarah 2013. Dalam majlis tersebut, sebanyak 365 anugerah telah
dikurniakan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam
kalangan pelajar PPISMP Semester Satu dan Dua, PISMP Semester Satu, Dua dan
Empat. Anugerah untuk pelajar cemerlang Semester Enam dan Lapan pada tahun lalu
pula diberi secara berasingan disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
Anugerah Pengarah Iktiraf
Kecemerlangan Bakal Guru
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
7/16
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
8/16
Wadah Penyebar Informasi
8
Pada 15 Februari yang lalu, satu delegasi
yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa telah mengadakan satu lawatan
penanda aras (benchmarking) ke Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Lawatan selama satu hari itu menyaksikan
beberapa aktiviti telah dirangka termasuklah sesi
dialog antara biro JPP, lawatan terapi sosial sekitar
Alor Setar serta aktiviti Motivasi Kepimpinan
bersama Encik Sharideen bin Zakaria, Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG
Kampus Darulaman.
Dalam sesi dialog pada sebelah pagi, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Saudara Muhammad Asnawi bin Romly dalam ucapannya
menjelaskan tentang minat mendalam delegasi mereka untuk belajar sesuatu daripada
kejayaan IPG Kampus Darulaman terutamanya dalam melaksanakan beberapa program besar
kelolaan pelajar seperti Karnival Destinasi Siswa (KDS) dan Projek Peta Malaysia Gergasi yang
tercatat dalam Malaysia Book of Records.
LAWATAN PENANDA ARAS
IPG BAHASA ANTARABANGSA
Dari Lembah Pantai ke Jitra
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
9/16
Wadah Penyebar Informasi
9
Pada malam 12 Februari 2014 yang lalu, Masjid An-Nur Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman telah menganjurkan satu forum bual bicara agama berkenaan cinta iaitu Bicara
Cinta Hingga ke Syurga. Dikelolakan oleh Ustaz Mohd Hafedz bin Salleh selaku moderator,
program bual bicara ini membariskan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Mohamad Ridhauddin,
Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Saudara Habib Nuh bin Che Hussin, pelajar
PISMP Pendidikan Islam Semester 7 yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya
baru-baru ini.
Dalam program ini, para hadirin mendapat pelbagai tips, panduan dan nasihat agama berkaitan
cinta dan perkahwinan menurut Islam. Istimewanya lagi, Saudara Habib turut menceritakan
pengalaman peribadi beliau yang berkahwin ketika masih belajar.
BICARA CINTA HINGGA KE SYURGA
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
10/16
Wadah Penyebar Informasi
10
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran IPG Kampus Darulaman
kerana prihatin akan keadaan para pelajar yang menghadapi masalah kewangan di awal
semester. Alhamdulillah, hasil daripada usaha dan kerja buat yang dibuat oleh pihak
pentadbiran terutamanya Unit Kewangan telah membolehkan para pelajar menikmati wang
elaun bagi Semester 1/2014 ini seawal 30 Januari 2014.
Bagi pihak pelajar pula, sentiasa bersyukur dan berjimat atas apa yang kita perolehi.
Pastikan anda mampu untuk mengurus kewangan anda ini sehingga ke semester baharu yang
akan datang. Bijaklah dalam berbelanja dan semoga kita tidak lagi dihimpit oleh masalah
kewangan.
____________________________________________________________________________
Dalam perjumpaan bersama Tuan Pengarah baru-baru ini, beliau menyampaikan
amanat khusus kepada warga IPG Kampus Darulaman agar dapat bersama-sama
merealisasikan langkah penjimatan elektrik di dalam kampus. Untuk rekod, pihak institut
terpaksa membelanjakan sekitar puluhan ribu ringgit sebulan membayar kos penggunaan
elektrik di IPG Kampus Darulaman.
Selaras dengan langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan
Persekutuan tahun ini, setiap premis kerajaan dikehendaki untuk melaksanakan langkah
penjimatan dalam beberapa perkara. Hal ini termasuklah pengurangan penggunaan kain
rentang dalam setiap program dan penjimatan penggunaan elektrik.
Sebenarnya, langkah penjimatan elektrik bukanlah sesuatu yang mustahil. Di asrama
misalnya, penggunaan lampu koridor pada waktu malam boleh dihadkan sekitar jam 11.00
malam sahaja dan bukannya sehingga ke subuh seperti sebelum ini. Selain itu, penggunaan
penghawa dingin juga boleh dihadkan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Bersama-samalah kita belajar daripada IPG Kampus Gaya yang mampu menjimatkan penggunaan
elektrik sekitar 35 peratus sebulan.
BERSAMA MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
RANCANG PERBELANJAAN ANDA
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
11/16
Wadah Penyebar Informasi
11
Selama tiga malam berturut-turut iaitu pada malam 24 hingga 26 Februari 2014,
satu perjumpaan khas di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15 dan
para pelajar India, Cina dan Borneo telah diadakan di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP)
IPG Kampus Darulaman.
Sepanjang program rapat umum ini, pelbagai perkara berbangkit telah
dibincangkan terutamanya isu-isu yang berkait dengan kebajikan pelajar sepanjang di
IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan ini adalah merupakan satu lembaran baru dalam
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada tahun ini sekaligus mampu membina hubungan
yang lebih positif di antara perwakilan pelajar dan keseluruhan pelajar IPG Kampus
Darulaman tanpa mengira agama, kaum dan wilayah.
MALAM RAPAT UMUM
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
12/16
Wadah Penyebar Informasi
12
Pada petang 27 Februari 2014, Majlis Serah Tugas Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar telah diadakan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2013/2014 dan Sesi 2014/2015.
Majlis yang diadakan di Dewan Bunga Raya itu telah disaksikan oleh Tuan
Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad. Dalam
ucapannya dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah telah mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada mantan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi yang lalu
atas khidmat yang cemerlang pada sesi lalu di bawah kepimpinan Saudara Muhammad
Naqiuddin bin Nazli. Beliau juga meletakkan setinggi-tinggi harapan kepada ahli-ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baharu agar dapat meneruskan legasi
kecemerlangan dalam kalangan pemimpin pelajar.
MAJLIS SERAH TUGAS
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
13/16
Wadah Penyebar Informasi
13
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
14/16
Wadah Penyebar Informasi
14
KENALI JPP ANDA
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
15/16
Wadah Penyebar Informasi
15
KENALI JPP ANDA
-
8/12/2019 BuletinIPDA Februari 2014
16/16
Wadah Penyebar Informasi
16
Pada petang 12 Februari yang lalu, Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman telah
berkerjasama dengan Biro Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2014/2015 dalam mengelolakan satu bengkel asas berkaitan satu permainan yang
semakin meningkat popularitinya di Malaysia iaitu Ultimate Frisbee. Penyertaan
daripada para pelajar IPG Kampus Darulaman adalah sangat menggalakkan dan
sekitar 100 orang pelajar berkesempatan bermain dengan permainan baharu itu.
SEKITAR BENGKEL
ULTIMATE FRISBEE
top related