bidang membentuk dan membuat binaan
Post on 20-Jan-2016
139 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Matlamat Pendidikan Seni Visual menggariskan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang juga memberi penekanan dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru itu, di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni , terdapat 4 bidang utama yang mana bidang-bidang ini
akan dapat membantu dan memahirkan pelajar-pelajar mengenali nilai-nilai estetik, menjadikan pelajar itu sendiri insan
yang kreatif serta berinovasi. Empat bidang tersebut ialah
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional
Setiap bidang tersebut, mengandungi pelbagai jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setipa jenis aktiviti pula
melibatkan alat, bahan, dan teknik. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual akan menjadi lebih menarik
sekiranya murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam menghasilkan sesuatu karya
mengikut bidang yang ditetapkan.
BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Pengenalan
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah KBSR DAN KSSR. Penekanan dalam bidang ini ialah kepada pemahaman dan penguasaan objek 3 dimensi
(3D). Di dalam menghasilkan objek 3D ini, beberapa hal perlu diambil kira seperti penstrukturan reka bentuknya yang
perlu dirancang dan diperhalusi bagi memastikan hasilnya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki lalu membentuk
objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Objek maujud ini mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan,
besar, kecil, keras, lembut dan lain-lain.
BIDANG PSV
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional
\
BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
Bentuk tiga dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas
bawah. Ianya berupa objek semula jadi, objek buatan manusia dan bentuk ilusi.
Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk
yang diperagakan untuk membentuk satu kemajuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di
hadapan lebih besar dan semakin kecil apabilha ia terletak semakin jauh.
Ruang terdiri dari 2 jenis iaitu ruang nyata dan ruang tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk
konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestic,objek buatan manusia dan objek alam. Manakal ruang tampak pula
ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, montaj, kolaj dan sebagainya.
BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA
Benda-benda alam merupakan segala ciptaan Tuhan. Ciptaan Tuhan ini meliputi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan segala jenis hidupan di dunia ini. Kebanyakkannya berbentuk organik yang mana ia tidak simetri.
Manakala benda-benda vuatan manusia pula ruah, perabot, kereta, bangunan serta pelbagai lagi lebih berbentuk
geometri. Bentuk geometri memerlukan simetrikal agar seimbang, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya.
Rajah 2. Tujuan Membentuk dan Membuat Binaan
Rajah3. Kepentingan Membuat Bentuk dan Binaan
TUJUAN MEMBENTUK dan
MEMBUAT BINAAN
Tingkatkan Daya Keativiti
Membuat Penerokaan dan
Eksperimen Bahan
Kesesuain Bentuk dan
Binaan sebagai Hasil Rekaan 3D
Kepentingan Membuat Bentuk dan Binaan
Kembangkan Persepsi Murid tentang Seni 3D
Mengenali Pelbagai Bentuk
Asas
Alat dan Bahan
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat
Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan,
kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut
tajuk dan aktiviti.
Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah
melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-
teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.
Rajah 4. Teknik – Teknik Membentuk dan Membuat Binaan
Teknik Guntingan
Teknik Cantuman
Teknik Picitan
Teknik LipatanTeknik Pembungkusan
Teknik Luakan
Teknik Potongan
Antara teknik-teknik dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan
5.3 Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan
adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.
Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid.
Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu
fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya
berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh
Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal
tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh
terawang-awang.
Arca Stabil
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak. Arca gabungan
ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah
teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini
mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca
tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada
karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.
Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-
buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.
Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang
lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.
Boneka
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik
untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.
Origami
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lipatan dan guntingan.
Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula
kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau
kimpalan.
PENGENALAN MODEL
Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada
sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan
semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi
peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti. Justeru itu, boleh ditakrifkan model ialah aktiviti menghasilkan
sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-
contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan sebagainya.
ALAT dan MEDIA
Berikut merupakan beberapa alatan dan bahan yang biasanya digunakan dalam menghasilkan sesuatu model
Mounting board
Polysterine
Gam serbaguna
Pisau
Gunting
Rajah 5. Teknik Menghasilkan Model
Rajah 5. Aplikasi Alat, Media dan Teknik.
TEKNIK MENGHASILKAN MODEL
Cantuman
Luakkan
GamKimpalan
Acuan
LAKARAN IDEA
PEMILIHAN ALAT DAN BAHAN
MENENTUKAN TEKNIK BERDASARKAN BAHAN
SUMBER ILHAM
KONSEP
Berdasarkan pemerhatian pada sumber ilham yang dipilih, model bilik tidur kanak-kanak saya akan menggunakan
konsep ISLAMIK KONTEMPORARI. Warna hijau yang sinonim dengan tema keislaman dipilih untuk dijadikan warna
tema bilik. Hiasan gambar dan poster bercirikan Islam bertujuan mendidik anak-anak supaya dekat dengan ajaran Islam
itu sendiri. Pemilihan poster RUKUN ISLAM, doa untuk ibu bapa, gambar masjid merupakan idea utama dalam
menerapkan unsur kehidupan sebagai seorang Muslim pada kanak-kanak. Konsep ini jarang didawa dan diketengahkan
oleh pengkarya hiasan dalaman yang mana mereka lebih mendekatkan kemudahan eektronik di dalam bilik kanak-kanak.
PEMILIHAN ALAT DAN BAHAN
Berdasarkan lakaran idea, alat dan bahan yang dipilih ialah :
ALAT/ BAHAN FUNGSI
1. Mounting board Dinding bilik, perabot
2. Kain penggilap kereta Selimut, bantal
3. Kertas warna ( kad manila ) hijau Warna latar dinding
4. Kertas warna A4 ( pelbagai warna ) Hiasan feature wall
5. Kertas foam Permaidani 1
6. Kertas felt Permaidani 2 ( bawah katil ), sejadah
7. Pelekat bergambar kereta Hiasan lantai
8. Pelbagai gambar dan poster Hiasan dinding, almari
9. Gam UHU, gam, pelekat dua bahagian
Pelekat
10.Pisau, gunting Alat pemotong
11.Papan pemotong Alas memotong board dan kertas
12. Riben hijau Hiasan dinding
13. Pembaris Mengukur
14. Pensel dan pen lukisan Membuat lakaran
Alat dan bahan yang digunakan
Gambar-gambar yang telah dipilih untuk memenuhi ruang dinding
APLIKASI TEKNIK
Berdasarkan alat dan bahan yang telah dipilih, teknik yang akan digunakan ialah potongan, tampalan dan gam.
a) Pemotongan mounting board dan kertas-kertas warna
b) Tampalan kertas warna pada mounting board
c) Media utama dalam menampal, melekatkan bahan
SUSUNAN IDEA
Penghasilan dinding bilik
4 panel dinding dibina menggunakan mounting board.
2 panel tingkap dihasilkan pada dinding ketiga
Dinding kedua akan dijadikan ‘feature wall’
Dinding keempat dibuang bagi memudahkan penghasilan dan kekemasan hasil kerja dan hasil akhir model bilik lebih mudah dilihat.
top related