berdasarkan teori pemprosesan maklumat, kemukakan satu aktiviti
Post on 11-Jan-2016
257 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Berdasarkan teori pemprosesan maklumat,
kemukakan satu aktiviti yang sesuai
dijalankan bagi membantu murid-murid
bermasalah pengamatan pendengaran.
TAJUK 3
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT
Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne
• Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction
( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia
memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
• Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
• Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak
tindak balas melalui sistem saraf.
• Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi
manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-
pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran
berlaku.
• Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang
biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu
fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa
penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas.
Robert M. Gagne• Cara manusia memperolehi maklumat
Fasa Proses Pembelajaran Manusia
Motivasi
Kefahaman
Penyimpanan
Pemahaman
Ingat Kembali
Generalisasi
Prestasi
Maklum Balas
Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi
menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu :
i. diskriminasi pendengaran
ii. penerimaan pendengaran
iii. perkaitan pendengaran
iv. ingatan pendengaran
v. melengkapkan pendengaran
vi. percantuman bunyi.
Aktiviti 1 Pengamatan PendengaranMembezakan perkataan “kepala” dan “kelapa”.
• Langkah-langkah:
1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk “Kelapa”.
Kelapa, kelapa,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
L, a, la,
P, a, pa
itu kelapa.
• 2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan “kelapa” kepada “kepala”.
Kepala, kepala,Heiyo.. heiyo.. kepala,K, e, ke, P, a, paL, a, la,itu kepala.
3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan “kelapa”.
4. Guru membaca perkataan “kelapa” dan murid pun ikut
baca berulang kali.
5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan “kepala”.
6. Guru membaca perkataan “kepala” dan murid pun ikut
baca berulang kali.
• 7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan dan seterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul.
8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar kepada murid tersebut.
9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar yang betul.
KAD GAMBAR
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
• Tajuk Bahan: Siapa Saya?
Aktiviti 2• Murid mengecam bunyi yang diperdengarkan
oleh guru dengan menggoncang bekas bertutup yang mengandungi bahan ujikaji, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang diperdengarkan.
Keistimewaan
• Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir
tentang bunyi apa yang sedang diperdengarkan.
• Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik perhatian
mereka menambahkan lagi minat murid untuk fokus
kepada tajuk.
• Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam
sistem pendengarannya sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula.
Tambahan dan pandangan
• Guru-guru juga boleh menggunakan bunyi
alam yang sering didengar bagi alternatif lain
ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain
audio yang mana bersesuaian dengan tajuk
yang di ajar.
• Contohnya bunyi haiwan, bunyi kenderaan
dan lain-lain lagi.
Aktiviti pengamatan pendengaran 3Mengajuk bunyi haiwan
Aktiviti• Murid mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang
terdapat di sekeliling mereka.
Aktiviti pengamatan pendengaran 3
• Mengajuk bunyi-bunyi kenderaan yang biasa terdapat dalam
kehidupan murid seperti kereta, motorsikal, kapal terbang,
kereta api dan lain-lain.
• Berbagai-bagai gambar kenderaan seperti kereta,
motorsikal, kapal terbang, kereta api dan lain-lain.
• Rakaman audio bunyi kenderaan
Aktiviti guru/murid
1. Guru berbual dengan murid tentang kenderaan dan jentera.
2. Guru memainkan pita rakaman. Murid meneka nama
kenderaan atau jentera yang mengeluarkan bunyi itu
.3. Murid melakonkan gaya memandu kenderaan.
TAJUK 4SEDIAKAN SATU KAEDAH
UNTUK MENGESAN PENGAMATAN PENDENGARAN
BAGI MURID PEMULIHAN ANDA.
Aktiviti pengamatan pendengaran Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi.
Aktiviti guru/murid
1.Rakaman memperdengarkan bunyi-bunyi
daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan
sekali lagi dan murid menyatakan bunyi itu.
TERIMAH KASIH
top related