cukai pendapatan pertubuhan · 2021. 2. 26. · 2 - kedudukan cukai untuk mempercepatkan...

19
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A18 Tertakluk di bawah kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 3 A19 Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor 3 B24 Derma / hadiah / sumbangan / zakat 5 Bahagian J Tuntutan insentif 10 Bahagian M Pemberitahuan sebagai entiti pelapor 13 Bahagian N Pemberitauan sebagai bukan entiti pelapor 13 NOTA PENERANGAN TF 2020 CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

A18 Tertakluk di bawah kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

3

A19 Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor

3

B24 Derma / hadiah / sumbangan / zakat 5

Bahagian J Tuntutan insentif 10

Bahagian M Pemberitahuan sebagai entiti pelapor 13

Bahagian N Pemberitauan sebagai bukan entiti pelapor

13

NOTA PENERANGAN

TF 2020

CUKAI PENDAPATAN

PERTUBUHAN

Page 2: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 1 -

SIAPA YANG PERLU MELAPOR DAN MENGISI BORANG TF

Sesebuah pertubuhan yang didaftarkan atau diwujudkan sama ada untuk menjalankan aktiviti bagi kemudahan dan manfaat ahli atau memelihara dan menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya atau memberi perkhidmatan kepada golongan / kumpulan orang tertentu. Pentadbir utama pertubuhan seperti pengerusi, presiden, setiausaha atau bendahari perlu melaporkan pendapatan pertubuhan daripada semua punca dan perbelanjaan dalam Borang TF. Pelaporan hendaklah dibuat mengikut tahun kalendar yang bersamaan dengan tahun taksiran berkenaan. Sekiranya tempoh perakaunan pertubuhan berakhir pada tarikh selain 31 Disember, pelarasan perlu dibuat untuk memastikan pengiraan cukai adalah bagi tempoh asas dari Januari hingga Disember. Ketetapan Umum No. 1/2015 (Kelab, Persatuan Atau Institusi Serupa) di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) boleh dirujuk sebagai panduan: http://www.hasil.gov.my > Perundangan > Ketetapan Umum.

MAKLUMAT ASAS

1

Nama pertubuhan sebagaimana telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau lain-lain.

2

Nombor cukai pendapatan pertubuhan seperti didaftarkan dengan LHDNM.

Nota ini disediakan bagi membantu pertubuhan melengkapkan Borang TF bagi Tahun Taksiran 2020. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 adalah benar, betul dan lengkap.

Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TF

KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:

(a) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(b) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di

negara asing.

Helaian kerja, lampiran dan maklumat lain untuk melengkapkan Borang TF boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan Pengiraan & Maklumat Lain

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7)

tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan amaun dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B33a hingga B34, C35a hingga C36, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala amaun di bahagian lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C36) RM 19,322.85

1 Nama Pertubuhan

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

K E L A B K E B A J I K A N

F <>>>>>>>>?

0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Cukai Pendapatan

Page 3: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 2 -

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 8 Borang TF 2020.

Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERTUBUHAN

A1

Pertubuhan bermastautin di Malaysia

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pertubuhan ini bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.

Secara amnya, pertubuhan dianggap bermastautin di Malaysia dalam tahun asas sekiranya pengurusan dan pengawalan perniagaannya atau mana-mana perniagaannya dijalankan di Malaysia pada bila-bila masa semasa tahun asas; atau pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia pada bila-bila masa dalam tahun asas oleh pengarah-pengarahnya atau pihak berkuasa lain yang mengawalnya.

A2 Negara di mana pengelolaan hal ehwal dijalankan

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.

Sila rujuk kod negara di muka surat 18 nota penerangan ini atau senarai lengkap di Lampiran E.

A3 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

A4 Kelulusan pengecualian cukai

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pertubuhan telah mendapat kelulusan pengecualian cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak / belum diluluskan atau pertubuhan tidak membuat permohonan untuk pengecualian cukai.

Jika pertubuhan mendapat pengecualian cukai, Bahagian B dan C TIDAK PERLU diisi tetapi amaun pendapatan yang dikecualikan perlu dimasukkan di Bahagian L Borang TF.

A5 No. kelulusan pengecualian cukai

Jika pertubuhan telah mendapat pengecualian cukai, isikan nombor kelulusan pengecualian berkenaan.

A6 No. sijil pendaftaran Nombor sijil pendaftaran seperti didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau lain-lain.

A7 Tarikh ditubuhkan Isikan tarikh penubuhan pertubuhan berkenaan.

A8 Jenis pertubuhan

Jenis pertubuhan seperti didaftarkan / ditubuhkan.

Peruntukan di bawah subseksyen 44(7) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) boleh dirujuk untuk menentukan sama ada sesuatu pertubuhan itu termasuk dalam definisi ‘institusi’ atau ‘organisasi’.

Jika pertubuhan berkenaan sukar diklasifikasikan, gunakan nama pertubuhan sebagai asas untuk pengisian jenis pertubuhan; atau pilih ‘8’ (‘Lain-lain’) bagi pertubuhan selain daripada jenis pertubuhan yang dinyatakan di bawah kod 1 hingga 7 di ruang A8.

A9 Peratus perbelanjaan yang digunakan untuk aktiviti pertubuhan

Isikan peratus perbelanjaan daripada pendapatan dan derma yang diterima oleh pertubuhan berkenaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif penubuhannya.

Nota:

Pertubuhan yang mendapat kelulusan pengecualian di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 adalah diwajibkan mengisi ruangan ini.

A10 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki di bawah peruntukan ACP 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A11a Menjalankan perniagaan e-Dagang

Isikan ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika pertubuhan berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Page 4: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 3 -

Jika ‘Ya’, isi juga ruang A11b.

Pertubuhan dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) menerima tempahan barangan atau perkhidmatan. Contoh:

Pertubuhan menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii) menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan. Contoh: Pertubuhan menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

iii) membekalkan barangan atau perkhidmatan. Contoh: Pertubuhan:-

menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

adalah pemilik laman sesawang.

Pertubuhan menyediakan perkhidmatan akses ke internet.

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pertubuhan tidak menjalankan perniagaan e-dagang atau tidak berkenaan.

A11b Alamat laman sesawang / blog

Isikan alamat laman web / blog (jika ada).

A12

Alamat surat-menyurat pertubuhan

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A13

Alamat berdaftar pertubuhan

Alamat berdaftar sebagaimana dinyatakan dalam dokumen pendaftaran pertubuhan atau sebarang dokumen rasmi pertubuhan, jika ada.

A14

Alamat di mana rekod pertubuhan disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen pertubuhan disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A12; atau ‘2’ jika disimpan di alamat berdaftar seperti di ruang A13. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A12 dan A13.

A15 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod pertubuhan disimpan sekiranya ruang A14 = 3.

A16 Maklumat pentadbir utama pertubuhan

Isikan maklumat pentadbir utama pertubuhan (pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari) yang mana berkenaan.

A16a Nama Nyatakan nama penuh pengerusi / presiden / pengurus, setiausaha dan bendahari pertubuhan di ruangan ini.

Orang yang sama boleh memegang lebih daripada satu jawatan sekiranya undang-undang pertubuhan itu sendiri membenarkannya.

Jika lebih daripada seorang memegang jawatan berkenaan, isikan nama bendahari dan setiausaha yang pertama sahaja.

A16b No. pengenalan Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera, yang mana berkenaan) pengerusi / presiden / Pengurus, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

Page 5: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 4 -

A16c No. pasport Isikan nombor pasport terkini pengerusi / presiden, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

A16d No. cukai pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan pengerusi / presiden / Pengurus, setiausaha dan bendahari pertubuhan, sekiranya ada.

Contoh: No. cukai pendapatan C 0001234506

A16e No. telefon Isikan nombor telefon pengerusi / presiden / pengurus, setiausaha dan bendahari pertubuhan.

A17 Maklumat bank pertubuhan

Isikan maklumat nama bank dan nombor akaun bank pertubuhan yang mana berkenaan.

A17a Nama bank

Nyatakan nama bank di mana pertubuhan mempunyai akaun bank.

Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik.

A17b No. akaun bank Nombor akaun bank pertubuhan berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang A17a.

A18 Tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

Isikan ‘1’ jika pertubuhan adalah merupakan entiti konstituen suatu

kumpulan perbadanan mulnasional (Kumpulan MNE) yang tertakluk

kepada Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut

Negara) 2016 serta Kaedah- Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan

Mengikut Negara) (Pindaan) 2017.

Isikan ‘2’ jika tidak berkenaan.

Jika A18 = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang A19.

Institusi konstituen ertinya :

a) mana-mana unit perniagaan berasingan suatu Kumpulan MNE yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan Kumpulan MNE itu, atau akan dimasukkan jika kepentingan ekuiti dalam unit perniagaan itu diniagakan di bursa sekuriti awam;

b) mana-mana unit perniagaan berasingan yang dikecualikan daripada penyata kewangan disatukan Kumpulan MNE semata-mata atas alasan saiz atau kepentingan;

c) mana-mana establismen tetap mana-mana unit perniagaan berasingan suatu Kumpulan MNE seperti disebut dalam (a) atau (b), dengan syarat establishmen tetap itu menyediakan penyata kewangan berasingan bagi establismen tetap itu bagi maksud pelaporan kewangan, pengawalseliaan, pelaporan cukai, atau kawalan pengurusan dalaman.

Untuk maklumat lanjut, rujuk:

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara)

2016 (P.U. (A) 357/2016) serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan

(Pelaporan Mengikut Negara)(Pindaan) 2017 (P.U. (A) 416/2017).

Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan

CbCR di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

A19 Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor (Jika A18=1)

Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk

kepada subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-Kaedah

Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan)

No. Cukai Pendapatan

A16d <?

<>>>>>>>>>?

C 0 0 0 1 2 3 4 5 0 6 Jenis Fail: SG/OG/C

Page 6: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 5 -

2017 dikehendaki memaklumkan identiti dan mastautin cukai entiti

pelapor.

Isi ‘1’ jika pertubuhan adalah entiti konstituen yang tertakluk sebagai

entiti pelapor, lengkapkan juga Bahagian M borang ini.

Isi ‘2’ jika tertakluk sebagai bukan entiti pelapor, lengkapkan juga Bahagian N borang ini.

Entiti pelapor merujuk kepada entiti pemegangan muktamad atau entiti

pemegangan pengganti.

Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan

perbadanan multinasional yang bermastautin di Malaysia atau

establismen tetap di Malaysia yang bukan entiti pelapor.

Untuk maklumat lanjut, rujuk:

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara)

2016 (P.U. (A) 357/2016) serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan

(Pelaporan Mengikut Negara)(Pindaan) 2017 (P.U. (A) 416/2017).

Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan

CbCR di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

A20 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

Isikan ‘1’ jika mempunyai “akaun kewangan” di institusi kewangan di luar

Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk maklumat di

bawah sebelum membuat pilihan:

Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap

undang-undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen

Malaysia terhadap Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan

dengan Negara-negara Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia

akan menerima maklumat berkenaan akaun kewangan yang disimpan di

luar negara oleh pemastautin cukai Malaysia. Walau bagaimanapun,

status mempunyai akaun kewangan di luar negara bukanlah petunjuk

bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara

oleh institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:

a) Akaun Depositori

Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

b) Akaun Jagaan (Custodial)

Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk

manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen

kewangan atau kontrak untuk pelaburan.

c) Kontrak Insurans Nilai Tunai

Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang

mana pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa

penyerahan atau penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan

menjadi Kontrak Insurans Nilai Tunai apabila pemegang polisi

boleh meminjam di bawah kontrak tersebut. Ia adalah produk

Page 7: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 6 -

pelaburan yang mempunyai unsur insurans hayat di dalamnya.

Elemen insurans hayat biasanya kecil berbanding dengan elemen

pelaburan.

d) Kontrak Anuiti

Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk

membuat pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara

keseluruhan atau sebahagian dengan merujuk kepada jangka

hayat satu atau lebih individu; atau

Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah

undang-undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak

itu dibuat dan pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat

pembayaran dalam satu jangkamasa tertentu.

e) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my> Antarabangsa> Pertukaran Maklumat Automatik (AEOI)> Standard Pelaporan Bersama (CRS).

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN INI BAGI PERTUBUHAN YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

B1

B3

Pendapatan Berkanun Perniagaan

Keuntungan yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan tiga (3) dan seterusnya masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

B4

B6

Pendapatan berkanun perkongsian

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

Elaun modal

Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan

Page 8: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 7 -

B8 Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.

B10 Faedah

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B11 Sewa Penerimaan daripada sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

Royalti

‘Royalti’ termasuk apa-apa bayaran yang dibayar sebagai balasan untuk atau diterima daripada: a) penggunaan atau hak untuk menggunakan, hakcipta, perisian, karya

seni atau kerja saintifik, paten, reka bentuk atau model, pelan,

proses atau formula rahsia, tanda dagangan atau lain-lain bentuk

harta atau hak;

b) penggunaan atau hak untuk menggunakan, kaset untuk penyiaran

radio atau televisyen, filem wayang gambar, filem atau pita video

atau apa-apa penerbitan semula lain di mana filem atau kaset

tersebut telah atau akan digunakan atau diterbitkan semula di

Malaysia, atau lain-lain bentuk harta atau hak;

c) penggunaan atau hak untuk menggunakan pengetahuan ‘know-how’

atau pengetahuan teknikal, perindustrian, komersial atau saintifik,

pengalaman atau kemahiran;

d) penerimaan atau hak untuk menerima imej visual atau suara, atau

kedua-duanya, yang dihantar kepada orang ramai melalui satelit,

kabel, kabel fiber optik atau teknologi serupa;

e) penggunaan atau hak untuk menggunakan imej visual atau suara,

atau keduanya, berkaitan dengan penyiaran televisyen atau

penyiaran radio yang dihantar melalui satelit, kabel, kabel fiber optik

atau teknologi serupa;

f) penggunaan atau hak untuk menggunakan, sebahagian atau

keseluruhan spektrum frekuensi radio tertentu dalam lesen yang

berkaitan;

g) Perihal tidak membuat keseluruhan atau sebahagian berkenaan

dengan:

(i) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa harta

atau hak sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a) atau (b)

atau apa-apa pengetahuan, pengalaman, atau kemahiran

sebagaimana disebutkan dalam perenggan (c);

(ii) penerimaan atau kebenaran untuk menerima, apa-apa imej visual

atau suara seperti yang disebutkan dalam perenggan (d);

Page 9: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 8 -

(iii) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa imej

visual atau suara seperti yang disebutkan dalam ayat (e); atau

(iv) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan, sebahagian

atau keseluruhan spektrum tertentu dalam lesen spektrum

sebagaimana disebutkan dalam ayat (f); atau

h) pengasingan apa-apa harta, pengetahuan (know-how) atau

maklumat yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) atau (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

B12 Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran berkala lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 Apa-apa perolehan atau keuntungan lain

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Sertakan Helaian Kerja HK-6 dan baucer asal bersama borang, sekiranya pertubuhan layak menuntut pembayaran balik.

B14 Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B17 Rugi perniagaan tahun semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat.

Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2020 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2020.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.

Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 Perbelanjaan mencarigali – Jadual 4

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.

Amaun ini terhad kepada B18 Borang TF.

Rujuk perenggan 44(1)(b) dan Jadual 4 untuk menentukan kelayakan.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B21 – B28 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Sumbangan bagi menangani pandemik COVID-19

Potongan cukai akan diberikan kepada penderma yang mendermakan wang tunai ataupun barangan yang akan digunakan untuk menangani pandemik COVID-19 serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak tersebut. Untuk klasifikasi tuntutan sumbangan ini, sila rujuk Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my > Pautan Pantas > FAQ - Perintah Kawalan Pergerakan & Pakej Rangsangan Ekonomi > Soalan Lazim Berkenaan Sumbangan / Derma.

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Page 10: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 9 -

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967. Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967. Hadiah wang atau kos sumbangan barangan kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam atau hadiah wang dalam bentuk endowmen kepada universiti awam

Hadiah wang dalam bentuk:-

a) wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa agama bersesuaian yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, badan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu atau universiti awam yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu untuk menerima wakaf; atau

b) endowmen kepada universiti awam.

Wakaf atau endowmen hendaklah disumbang bagi tujuan mencapai objektif penubuhan pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam.

Subseksyen 44(11D), ACP 1967.

Terhad kepada 10% daripada B16

Hadiah artifak / manuskrip / lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara. Subseksyen 44(6A) ACP 1967

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. Subseksyen 44(8) ACP 1967

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11) ACP 1967

ZAKAT PERNIAGAAN Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen 44(11A) ACP 1967

B31 Pendapatan perintis kena cukai

Taraf perintis adalah insentif percukaian yang terkandung dalam peruntukan seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan (APP) 1986.

Pertubuhan yang mendapat kelulusan ini diberi pengecualian cukai untuk keseluruhan atau sebahagian pendapatan perniagaan daripada aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang berhubung dengan pertanian.

Rujuk Helaian Kerja HK-1E untuk tujuan pengiraan.

B33a

Cukai ke atas yang pertama

Padankan amaun di B32 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 18 nota penerangan ini).

B33b Cukai ke atas baki

Page 11: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 10 -

B34 Jumlah cukai yang dikenakan

Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM 600.00

Cukai ke atas baki RM 500 @ 8% RM 40.00

Jumlah cukai pendapatan RM 640.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B34 dalam Borang TF seperti berikut:

BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN INI BAGI PERTUBUHAN YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

C1

C31

Sila rujuk penerangan di Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di muka surat 6 hingga 10 nota penerangan ini.

C33 Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

Bagi pertubuhan yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 30%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F); atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

C33a Faedah Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C33b Royalti Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C33c Pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi apa-apa nasihat atau bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi apa-apa duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018

C33d Pendapatan lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 30%.

C35 PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

->>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

B33b Cukai ke atas baki

B34 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B33a + B33b)

Cukai ke atas yang pertama

B33a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

, , ,

, , , .

, , , .

B34

6 4 0 0 0

3 5 0 0 0 6 0 0 0 0

5 0 0 8 4 0 0 0

Page 12: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 11 -

C36

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut kadar cukai masing-masing.

Rujuk Lampiran F atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Pertubuhan bermastautin di Australia dan pertubuhan ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 30% di C32: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C33a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C33b: RM25,000

Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TF seperti berikut:

BAHAGIAN D: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 Jumlah cukai yang dikenakan

Jumlah cukai yang dikenakan adalah daripada ruang B34 bagi pertubuhan yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C36 jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Gunakan Helaian Kerja HK-6 untuk membuat pengiraan tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP1967.

Sertakan Helaian Kerja HK-6 sekiranya tuan layak menuntut

pembayaran balik.

Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

D3 Pelepasan cukai seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.

D4 Pelepasan cukai seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI

E1 Cukai kena dibayar Amaun daripada ruang D5

E2 Ansuran yang telah dibayar

Masukkan jumlah bayaran ansuran sendiri / CP500 (notis bayaran ansuran cukai di bawah seksyen 107B) bagi tahun taksiran 2020 yang

C35a

C35f

C35d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

30

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , ->>_>>_>>_>?

, , , . 1 4 1 4 0 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 8 1 4 0 0 0

->>_>>_>>_>? C36 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)

C35

->>_>>_>>_>?

, , , .

Page 13: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 12 -

telah dibuat ke dalam ruang ini.

Bayaran tunggakan cukai bagi tahun taksiran ke belakang tidak diambilkira bagi mengisi ruangan ini.

E3

Baki cukai kena dibayar

E1 tolak E2.

Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh

dibuat melalui:

(a) ByrHaSiL di Portal ByrHASiL LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di

https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di

https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

(b) Bank yang dilantik.

kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB),

Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB),

RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan

Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan

oleh bank.

perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank,

RHB, BSN dan Citibank Berhad.

Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit

Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter sahaja.

Gunakan kod bayaran ‘084’ dan no. ansuran ‘99’ apabila membuat bayaran cukai atau baki cukai kena dibayar.

E4 Cukai terlebih bayar E2 tolak E1.

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, sila isi Bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TF 2020.

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang F2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan pelupusan tersebut Kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G: PENDAPATAN TAHUN KE BELAKANG YANG BELUM DILAPORKAN

G1

G3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2019 yang hanya diterima pada tahun 2020.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1 Kerugian Bahagian ini menyediakan ruang untuk melaporkan kerugian tahun

taksiran semasa dan tahun taksiran kebelakangan.

Page 14: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 13 -

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang

diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang

dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

Kerugian Tahun Taksiran Ke Belakang *

Pelaporan tuntutan kerugian ke belakang yang diserap dalam tahun

semasa perlu dibuat mengikut tahun taksiran kerugian tersebut

mula berbangkit dengan mengambilkira maklumat berikut:

o Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum

tahun taksiran semasa; dan

o Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta

baki kerugian yang dihantar hadapan untuk diabaikan / ditolak

dalam tahun taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian tahun semasa yang tidak dapat

diserap dalam sesuatu tahun taksiran hanya dibenarkan untuk dibawa

ke hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7)

tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran 2019.

H2 Elaun Pelaburan Semula Jadual 7A

Elaun Jadual 7A Dalam Tempoh Kelayakan

Elaun Jadual 7A yang diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki Elaun Jadual 7A yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang

Elaun Jadual 7A Selepas Tempoh Kelayakan*

Elaun Jadual 7A diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, Elaun Jadual 7A yang tidak dapat diserap

hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk diserap bagi tempoh

maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut.

Peruntukan khas Perenggan 4B, Jadual 7A

Peruntukan khas ini membenarkan Elaun Jadual 7A yang masih belum diserap sepenuhnya selepas tempoh tamat kelayakan dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk tempoh maksimum 7 tahun taksiran berturut-turut bermula Tahun Taksiran 2019.

H3a

H3f

Elaun modal Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun Diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun H4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki Hantar Hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun H5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

H4 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya pertubuhan membuat bayaran dalam tempoh asas yang

Page 15: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 14 -

tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan 109F. Isikan ‘2’

dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Helaian Kerja HK-11 boleh digunakan sebagai panduan untuk penyimpanan rekod.

Seksyen 107A

Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut

[Perenggan 107A(1)(a) ACP1967]

Campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.

[Perenggan 107A(1)(b) ACP1967]

Seksyen 109

Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967:

Faedah – 15% atas jumlah kasar

Royalti – 10% atas jumlah kasar

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109A

Bayaran dalam tempoh asas yang berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

Seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah peruntukan seksyen 4A ACP 1967 kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas.

Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah

kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109F

Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas berhubung perolehan atau keuntungan di bawah peruntukan perenggan 4(f) ACP 1967 yang diperoleh dari Malaysia. Kadar cukai pegangan adalah 10% atas jumlah kasar (Bahagian III, Jadual 1 ACP 1967).

JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan. JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

Page 16: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 15 -

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 Menuntut perbelanjaan khas / potongan selanjutnya / potongan dua kali / insentif di bawah perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967

Gunakan kod tuntutan insentif (Lampiran D) yang boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan Pengiraan Dan Maklumat Lain Untuk Selain Syarikat & Selain Individu > Lampiran-lampiran

Tuntutan ini dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu: a) Perbelanjaan khas

b) Potongan selanjutnya

c) Potongan dua kali

d) Insentif di bawah perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967

Pilih kod tuntutan yang berkenaan daripada senarai insentif yang disediakan bagi empat (4) kategori tuntutan di atas dan masukkan amaun berkenaan.

Bagi perbelanjaan yang dikategorikan sebagai ‘potongan selanjutnya’, amaun yang perlu dimasukkan di bahagian ini ialah amaun potongan tambahan kepada perbelanjaan asal yang telah dituntut dalam akaun.

Perenggan 127(3)(b) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Contoh 1:

Kelab Rekreasi Alam Budiman menjalankan perniagaan peralatan sukan dan menuntut insentif berikut:

Kod Keterangan Amaun

225 Potongan bagi penggajian warga emas, bekas banduan, orang diparol, orang diselia dan bekas penagih dadah

12,000

532 Pendapatan berkenaan dengan perbelanjaan layak bagi maksud memperoleh suatu perakuan indeks bangunan hijau

20,000

Cara pengisian Ruang J1:

Kod Tuntutan Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

225 0 12,000 12,000 0

532 0 20,000 20,000 0

Page 17: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 16 -

J2 Menuntut insentif di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967

Subseksyen 127(3A) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Isikan Nombor Siri Surat Kelulusan Insentif dari Kementerian Kewangan dan masukkan amaun berkenaan.

Surat Kelulusan Menteri, pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya

diperlukan kelak.

Contoh 1:

Isikan Nombor Siri Surat Kelulusan Insentif dari Kementerian Kewangan dan masukkan amaun pendapatan dikecualikan cukai berkenaan.

No. Kelulusan Insentif

Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

CPXXXX/2020 0 45,000 45,000 0

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN PERTUBUHAN

K1 –

K51

Masukkan butiran seperti disediakan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira pertubuhan bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

L1 – L6

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya pertubuhan ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun semasa.

BAHAGIAN M: PEMBERITAHUAN SEBAGAI ENTITI PELAPOR (Jika A19 = 1)

Pemberitahuan sebagai entititi pelapor di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan) 2017. Isi maklumat dikehendaki.

M1 Nama Kumpulan MNE

Nama kumpulan MNE (jika ada). Kumpulan MNE ertinya suatu kumpulan perusahaan multinasional yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa sekuriti awam yang termasuk— (a) dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya adalah di

dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau (b) suatu perusahaan yang bermastautin di Malaysia dan

tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia.

M2 Tempoh perakaunan Tarikh mula dan tarikh akhir tempoh perakaunan entiti pelapor.

M3 Bilangan Entiti konstituen di dalam Malaysia

Jumlah entiti konstituen yang bermastautin di dalam Malaysia.

M4 Bilangan entiti konstituen di luar Malaysia

Jumlah entiti konstituen yang bermastautin di luar Malaysia.

Page 18: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 17 -

BAHAGIAN N: PEMBERITAHUAN SEBAGAI BUKAN ENTITI PELAPOR (Jika A19 = 2)

Pemberitahuan sebagai bukan entititi pelapor di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan) 2017. Isi maklumat dikehendaki.

N1 Nama entiti pelapor Nama entiti pelapor.

N2 No. cukai pendapatan Nombor cukai pendapatan entiti pelapor.

N3 Negara mastautin Rujuk kod negara di muka surat 18 nota penerangan ini atau senarai lengkap di Lampiran E.

N4 Tempoh perakaunan entiti pelapor

Tarikh mula dan tarikh akhir tempoh perakaunan entiti pelapor.

N5 Nama Kumpulan MNE

Nama kumpulan MNE (jika ada). Kumpulan MNE ertinya suatu kumpulan perusahaan multinasional yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa sekuriti awam yang termasuk—

(a) dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya adalah di dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau

(b) suatu perusahaan yang bermastautin di Malaysia dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia.

N6 Status entiti pelapor

Isikan ‘1’ jika entiti pelapor adalah entiti pemegangan muktamad. Isikan ‘2’ entiti pelapor adalah entiti pemegangan pengganti.

Jika 2, isi juga ruang N7a dan N7b

N7a Nama entiti pemegangan muktamad

Nama entiti pemegangan muktamad.

N7b Negara mastautin

Rujuk kod negara di muka surat 18 nota penerangan ini atau senarai lengkap di Lampiran E.

AKUAN PENTADBIR UTAMA PERTUBUHAN

Hanya salah seorang pentadbir utama pertubuhan yang perlu melengkapkan ruangan ini. Walau bagaimanapun, kesemua pentadbir utama adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan percukaian pertubuhan berkenaan.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada pertubuhan berkenaan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967

Bahagian ini perlu diisi, dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

Page 19: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN · 2021. 2. 26. · 2 - KEDUDUKAN CUKAI Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan

- 18 -

JADUAL CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2020

KATEGORI

BANJARAN

PENDAPATAN BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000 pertama 0 0

B 5,001 - 20,000

5,000 15,000

pertama berikutnya

1 0

150

C 20,001 - 35,000

20,000 15,000

pertama berikutnya

3 150 450

D 35,001 - 50,000

35,000 15,000

pertama berikutnya

8 600

1,200

E 50,001 - 70,000

50,000 20,000

pertama berikutnya

14 1,800 2,800

F 70,001 - 100,000

70,000 30,000

pertama berikutnya

21 4,600 6,300

G 100,001 - 250,000

100,000 150,000

pertama berikutnya

24 10,900 36,000

H 250,001 - 400,000

250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5 46,900 36,750

I 400,001 - 600,000

400,000 200,000

pertama berikutnya 25

83,650 50,000

J 600,001 - 1,000,000

600,000 400,000

pertama berikutnya 26

133,650 104,000

K 1,000,001 - 2,000,000

1,000,000 1,000,000

pertama berikutnya 28

237,650 280,000

L Melebihi 2,000,000 2,000,000 pertama 517,650

Setiap ringgit berikutnya 30 .............

KOD NEGARA

Sebahagian dari kod negara untuk pilihan. Rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap jika negara pilihan tidak disenaraikan.

Negara Negara Negara Negara

Negara Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of