bandar selamat
Post on 28-Jun-2015
3.072 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Kajian Kes : Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006
Saya ______________________________________________________________________________
( HURUF BESAR )
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ).
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh _________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: _________________________________ _________________________________ _________________________________ Tarikh: __________________________ Tarikh: ___________________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN
KONSEP BANDAR SELAMAT
NOR EEDA BINTI HAJI ALI
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD √
NO : 7, JALAN BELIMBING 4/7B, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
DR. NORSIAH BINTI ABDUL AZIZ Nama Penyelia
PSZ 19 : 16 (Pin. 1/97)
27hb November 2006 27hb November 2006
PENGESAHAN
”Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan kami karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana
Sains [Perancangan Perumahan].”
Tandatangan : ____________________________________
Nama Penyelia : DR. NORSIAH BINTI ABDUL AZIZ
Tarikh : 27 November 2006
Tandatangan : ____________________________________
Nama Pembaca : PROF. MADYA DR. HO CHIN SIONG
Tarikh : 27 November 2006
PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN
KONSEP BANDAR SELAMAT
Kajian Kes : Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
NOR EEDA BINTI HAJI ALI
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Sarjana Sains [Perancangan Perumahan]
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : __________________________
Nama Penulis : NOR EEDA BINTI HAJI ALI
Tarikh : 27 November 2006
iii
DEDIKASI
Untuk abah dan ibu tercinta,
Haji Ali Bin Bakar dan Hajjah Rawiyah Binti Haji Ali
kerana berkat doa dan dorongan kalian serta perangsang dan cahaya pejuang yang
diberikan di sepanjang tempoh pembelajaran di universiti ini.
Semoga Allah S.W.T. memberkati dan memberi rahmatNya
di atas segala pengorbanan kalian.
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi Subhanahuwataala kerana dengan
limpah rahmat dan izinNya, maka kajian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Kajian ini merupakan salah satu usaha yang telah digabungkan
bersama-sama dengan mereka yang telah banyak membantu saya dari mula
sehinggalah ke akhir. Tiada harta dan juga kata-kata yang dapat diucapkan dan diberi
bagi membalas jasa dan budi yang telah dihulurkan.
Di sini saya dengan besar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung
penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia kajian, Dr. Norsiah Binti Abdul
Aziz di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang tidak terkira nilainya
sepanjang tempoh kajian ini. Tidak lupa kepada Prof. Madya Dr. Ho Chin Siong
selaku pembaca tesis di atas bantuan dan nasihat yang dihulurkan di dalam
menjayakan kajian ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ibu Pejabat Polis Seksyen 11, Shah
Alam khasnya Sarjan Ayob Bin Ismail, Ketua Balai Polis Bukit Jelutong iaitu ASP
Nurhajis Bin Hassan. Juga kepada Puan Hazlin Binti Ibrahim, Pegawai Perancang
Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Encik Ariffin Bin Buranudeen, Ketua
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] di atas segala bantuan dari segi bahan
rujukan dan idea yang tidak ternilai yang telah diberikan dan akan dikenang buat
selama-lamanya.
Terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman yang telah memberi
dorongan dan sokongan bagi membantu serta galakan sepanjang menjalankan kajian
ini.
v
ABSTRAK
Kadar jenayah di Malaysia kian meningkat hingga mengancam tahap
keselamatan dan ketenteraman masyarakat. Salah satu cara menangani jenayah,
Jabatan Perancang Bandar & Desa, telah melaksanakan konsep Bandar Selamat.
Konsep Bandar Selamat bertujuan membentuk persekitaran bandar dan perumahan
yang selamat dan aman, iaitu bebas daripada jenayah melalui prinsip reka bentuk
persekitaran, pihak keselamatan dan pembangunan komuniti. Oleh itu kajian ini
mengenalpasti aspek pembangunan komuniti dalam melaksanakan konsep Bandar
Selamat di kawasan perumahan bandar Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Jumlah
sampel adalah sebanyak 100 buah rumah dengan menggunakan paras keyakinan 90
peratus dan dianalisis menggunakan program SPSS. Soalselidik ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat pembangunan komuniti di kawasan kajian seperti profail
penghuni, pandangan terhadap tahap keselamatan perumahan, pandangan terhadap
tahap komuniti, pandangan terhadap tahap berpersatuan, pandangan terhadap tahap
kepercayaan antara komuniti dan pandangan komuniti bagi mengurangi jenayah.
Kajian mendapati bahawa pembangunan komuniti telah mencapai tahap yang boleh
dibanggakan dalam mengurangi kadar jenayah antaranya dengan melantik
‘community security’ swasta dan dikawal selia oleh Bukit Jelutong Resident
Association [BJRA] bagi menjamin tahap keselamatan yang baik di kawasan
perumahan mereka. Selain itu, pihak komuniti juga telah menubuhkan beberapa
persatuan untuk mempertingkatkan interaksi antara komuniti. Namun penyertaannya
amat mendukacitakan kerana tidak aktif, kekurangan program, sokongan komuniti
yang tidak menyeluruh dan ketiadaan masa dikalangan komuniti disebabkan sering
menghabiskan masa dengan urusan pejabat. Hasil kajian mendapati 100 peratus
responden bersetuju bahawa penyertaan komuniti di dalam sesebuah kawasan
perumahan memainkan peranan yang penting di dalam mengawal kegiatan jenayah
kerana komuniti merupakan ‘mata dan telinga’ kepada pihak keselamatan. Beberapa
pembaikan dan cadangan bagi menjayakan perlaksanaan konsep Bandar Selamat telah
digariskan bagi kawasan kajian. Dua strategi telah dicadangkan iaitu
memperkukuhkan organisasi berpersatuan. Ia melibatkan aspek keselamatan dan
program-program sosial. Bagi mencapai strategi pertama, strategi pembangunan
komuniti telah dicadangkan. Antaranya cadangan pembangunan komuniti adalah
melalui pendidikan, kesedaran terhadap kepentingan komuniti, inisiatif komuniti dan
pengorbanannya.
vi
ABSTRACT
In Malaysia, crime rate keep on increasing from time to time and has been a
threat to the security and peaceful environment of the community. Department of
Town and Country Planning had implemented Safe City concept as one of the ways to
reduce crime. The concept of Safe City aims at creating a safe and peaceful
environment of city and housing, so as to reduce crime rate through environmental
design principles, security and community development. Therefore, the study is to
identify some of the aspects of community development of the Safe City concept in
the housing area in Bukit Jelutong, Section U8, Shah Alam. The total number of
sample size are 100 houses with 90 percent confidence level. SPSS is used as a tool to
analyze data. Questionnaires survey is conducted as to get information on community
development in the study area such as resident profile, resident’s opinion on the safety
level of housing, community level, level of community association the confidence
level among community and their opinion to reduce crime. The study showed that the
community development has reached a respective level in terms of reducing crime
rate. Through the establishment of private community security, which is supervised
by Bukit Jelutong Resident Association [BJRA] as to ensure the safety level in the
housing area. The community have also proposed a few associations but they no
longer active due to lack of support, lack of programs and also time constraints among
community because they are preoccupied with their office work. The study also
showed that 100 percent of respondents agreed that the contribution of community
plays an important role to control the crime problem because they are the ‘eyes and
ears’ to the security group. Two strategies are recommended so as to improve the
current situation in the study area. First; is to consolidate associations which concern
the safety aspect and social programs. So as to achieve the first strategy, the
community development strategy is recommended which include education, towards
the importance of community, community awareness, community initiative and
sacrifices.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI PELAN xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI FOTO xvi
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Isu dan Persoalan Kajian 3
1.2 Matlamat Kajian 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Kawasan Kajian 7
1.6 Pendekatan Kajian 13
1.6.1 Peringkat Pertama : Kajian Awalan 13
1.6.2 Peringkat Kedua : Kajian Literature 13
1.6.3 Peringkat Ketiga : Pengumpulan Data 14
1.6.4 Peringkat Keempat : Analisis Data & Penemuan Kajian 15
1.6.5 Peringkat Kelima : Hasil Akhir dan Cadangan 15
1.8 Kepentingan Kajian 16
viii
BAHAGIAN KEDUA
BAB II PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN
BANDAR SELAMAT
2.1 Pengenalan 18
2.2 Definisi Bandar Selamat 19
2.2.1 Matlamat dan Konsep Bandar Selamat 19
2.2.2 Indikator Bandar Selamat 21
2.3 Jenayah 22
2.3.1 Jenayah Kekerasan 23
2.3.2 Jenayah Harta Benda 23
2.4 Ciri-Ciri Bandar Selamat 23
2.4.1 Reka Bentuk Persekitaran 25
2.4.1.1 Matlamat, Strategi dan Prinsip Perancangan 25
Reka Bentuk Persekitaran
2.4.1.2 Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah Melalui 26
Reka Bentuk Persekitaran
2.4.2 Pihak Keselamatan 30
2.4.3 Pembangunan Komuniti 31
2.4.3.1 Definisi Komuniti 31
2.4.3.2 Indikator Komuniti 33
2.4.3.3 Kemudahan Awam Sebagai Pusat Komuniti 34
2.4.3.4 Program Sosial 36
2.5 Aspek Komuniti Dalam Menjayakan Bandar Selamat : 42
Pengalaman Negara Luar
2.5.1 Program Skim Pengawasan Kejiranan ‘Neighborhood 42
Watch Scheme‘
2.5.2 Kempen Kesedaran Masyarakat Terhadap Jenayah 43
2.5.3 Cara Memperkenalkan Pencegahan Jenayah 44
2.5.4 Program ‘ Safe Neighborhood Initiative ‘ [SNI] 45
2.5.5 Program Pembaharuan Kejiranan 46
‘Neighborhood Renewal‘
2.6 Rumusan 48
ix
BAHAGIAN KETIGA
BAB III ANALISIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 49
3.2 Senario Kejadian Jenayah di Bukit Jelutong 50
3.3 Susunatur dan Kemudahan di Bukit Jelutong 52
3.3.1 Susunatur Perumahan 52
3.3.2 Kemudahan Keselamatan 56
3.3.3 Kemudahan Rekreasi 57
3.3.4 Kemudahan Pendidikan 59
3.4 Program-Program Yang Telah Dilaksanakan 60
di Bukit Jelutong
3.4.1 Program Keselamatan 60
3.4.1.1 Kejayaan 60
3.4.1.2 Halangan 61
3.4.2 Program Pendidikan dan Kesedaran Masyarakat 61
3.4.2.1 Kejayaan 61
3.4.2.2 Halangan 62
3.4.3 Program yang dijalankan oleh komuniti 62
3.4.3.1 Kejayaan 64
3.4.3.2 Halangan 64
3.5 Profail Responden 65
3.5.1 Umur dan Bangsa 65
3.5.2 Pendapatan Isirumah Mengikut Bangsa 65
3.5.3 Taraf Pendidikan Responden 67
3.5.4 Tempoh Menetap 68
3.6 Pandangan Terhadap Tahap Keselamatan Perumahan 69
3.6.1 Tahap Keselamatan Perumahan 69
3.6.2 Mengetahui Kegiatan Jenayah Dan Sumbernya 69
3.6.3 Jenis-Jenis Jenayah Dan Waktu Sasaran 70
3.7 Pandangan Terhadap Tahap Komuniti Berjiran 72
3.7.1 Mengenali Jiran Tetangga 72
3.7.2 Lokasi dan Kekerapan Berinteraksi 73
x
3.7.3 Kekerapan Interaksi Mengikut Bangsa 74
3.7.4 Menjemput Jiran Semasa Menganjurkan Majlis 75
3.7.5 Reaksi Semasa Dijemput Menghadiri Majlis 75
3.8 Pandangan Terhadap Tahap Berpersatuan 76
3.8.1 Kewujudan dan Inisiatif Menyertai Persatuan 77
3.8.2 Persatuan Yang Melibatkan Pencegahan Jenayah 77
3.8.4 Peranan Di dalam Persatuan 78
3.8.5 Reaksi Penerimaan Tugas Di dalam Persatuan 79
3.8.6 Lokasi Menjalankan Aktiviti 79
3.8.7 Sambutan Daripada Penduduk Terhadap Aktiviti Yang 80
Dijalankan
3.9 Pandangan Terhadap Tahap Kepercayaan Antara Komuniti 81
3.9.1 Tanggapan Terhadap Jiran Tetangga 81
3.9.2 Orang Yang Pertama Dihubungi 81
3.9.3 Kepercayaan Terhadap Jiran 82
3.10 Pandangan Terhadap Aspek Komuniti Di dalam 84
Pencegahan Jenayah
3.11 Pandangan Bagi Mengurangi Kadar Jenayah 87
3.12 Penemuan Kajian 91
3.12.1 Kejayaan Pembangunan Komuniti di Kawasan Kajian 94
3.12.2 Halangan Pembangunan Komuniti di Kawasan Kajian 95
3.12.3 Perbandingan Indikator Bandar Selamat dan Indikator 96
Komuniti dengan Penemuan di Kawasan Kajian
BAHAGIAN KEEMPAT
BAB IV CADANGAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM
PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT
4.1 Pengenalan 102
4.2 Strategi Pembangunan Komuniti di dalam Perlaksanaan 103
Bandar selamat
4.3 Memperkukuhkan struktur Organisasi Berpersatuan 103
xi
4.3.1 Persatuan Keselamatan 106 4.3.1.1 Pihak Swasta 106 4.3.1.2 Penglibatan Komuniti 110 4.3.2 Program-Program Sosial 116 4.3.2.1 Golongan Remaja 116 4.3.2.2 Golongan Dewasa 118 4.4 Pembangunan Komuniti 120 4.4.1 Pendidikan 122 4.4.2 Inisiatif Berkomuniti 122 4.4.3 Kesedaran Terhadap Kepentingan Berkomuniti 123 4.4.4 Pengorbanan 124 4.5 Rumusan 125
BAHAGIAN KELIMA
BAB V PENUTUP 126
BAHAN RUJUKAN 131
LAMPIRAN
Lampiran A 137
Lampiran B 141
Lampiran C 143
Lampiran D 144
Lampiran E 145
Lampiran F 146
Lampiran G 147
Lampiran H 148
Lampiran I 149
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 : Statistik Kes Jenayah, 2000 – 2005 4
Jadual 1.2 : Agihan Bilangan Sampel Borang Soal Selidik 15
di Kawasan Kajian
Jadual 2.1 : Ciri-Ciri Bandar Selamat 24
Jadual 3.1 : Kemudahan Yang Disediakan di Kawasan Bukit Jelutong 53
dan Unit Kejiranan
Jadual 3.2 : Pendapatan Isirumah 66
Jadual 3.3 : Taraf Pendidikan Responden 68
Jadual 3.4 : Mengetahui Kegiatan Jenayah dan Sumbernya 70
Jadual 3.5 : Kejadian Jenayah dan Waktu Sasaran 71
Jadual 3.6 : Lokasi Dan Kekerapan Berinteraksi 73
Jadual 3.7 : Kekerapan Interaksi Mengikut Bangsa 74
Jadual 3.8 : Peranan Di dalam Persatuan 78
Jadual 3.9 : Lokasi Menjalankan Aktiviti 80
Jadual 3.10 : Tanggapan Terhadap Jiran 81
Jadual 3.11 : Jenis Pertolongan Yang Diperlukan Semasa Memaklumkan 83
Pemergian Kepada Jiran Dalam Jangkamasa Yang Panjang
Jadual 3.12 : Makluman Sebelum Pemergian Dalam Jangkasama Yang 84
Panjang
Jadual 3.13 : Langkah Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Baik 85
Jadual 3.14 : Program Yang Berkonsep Komuniti Di Dalam 86
Membantu Mengurangi Jenayah
xiii
Jadual 3.15 : Cadangan Dalam Aspek Komuniti Bagi Membantu 90
Pencegahan Jenayah
Jadual 3.16 : Tahap Keselamatan Menggunakan Indikator Bandar Selamat 96
Oleh JPBD, 2004
Jadual 3.17 : Tahap Komuniti Yang Baik Menggunakan Indikator Komuniti 99
Oleh Philips & Bridges, 2005
Jadual 4.1 : Pembahagian Pengawasan Kejiranan dan Kemudahan 111
xiv
SENARAI PELAN
NO PELAN TAJUK MUKA SURAT
Pelan 1.1 : Pelan Kunci 8
Pelan 1.2 : Pelan Pembahagian Seksyen 9
Pelan 1.3 : Pelan Lokasi 10
Pelan 1.4 : Pelan Gunatanah Semasa 11
Pelan 1.5 : Pelan Kawasan Kajian 12
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 : Statistik Jumlah Kes Jenayah, 2000 – 2005 3
Rajah 1.2 : Methodologi Kajian 17
Rajah 2.1 : Matlamat Yang Digariskan Untuk Bandar Selamat 20
Rajah 3.1 : Pembahagian Fasa Sedia ada di Kawasan Kajian 50
Rajah 3.2 : Kejadian Jenayah Kekerasan di Bukit Jelutong, 2003–2005 51
Rajah 3.3 : Kejadian Jenayah Harta Benda di Bukit Jelutong, 2003 – 2005 52
Rajah 3.4 : Konsep ‘Single entry’ di Kawasan Kajian Bagi memudahkan 54
pengawasan di buat oleh komuniti
Rajah 3.5 : Organisasi Persatuan Komuniti Bukit Jelutong [BJRA] 63
Rajah 3.6 : Umur & Bangsa Responden 65
Rajah 3.7 : Jumlah Pendapatan Mengikut Bangsa 67
Rajah 3.8 : Tempoh Menetap 68
Rajah 3.9 : Tahap Keselamatan Perumahan 69
Rajah 3.10 : Tahap Mengenali Jiran Tetangga 72
Rajah 3.11 : Menjemput Jiran Semasa Menganjurkan Majlis Mengikut 75
Bangsa
Rajah 3.12 : Reaksi Semasa Mendapat Undangan Ke Majlis 76
Rajah 3.13 : Menyertai Persatuan 77
Rajah 3.14 : Pengetahuan Persatuan Yang Melibatkan Pencegahan Jenayah 78
Rajah 3.15 : Reaksi Penerimaan Tugas 79
Rajah 3.16 : Sambutan Daripada Penduduk 80
Rajah 3.17 : Orang Yang Pertama Di hubungi 82
Rajahl 3.18 : Kepercayaan Terhadap Jiran 82
xvi
Rajah 3.19 : Aspek Komuniti Dapat Membantu Mengurangi Jenayah 85
Rajah 3.20 : Saiz Komuniti Yang Baik 87
Rajah 3.21 : Adakah Kawasan Kediaman Selamat Didiami? 88
Rajah 3.22 : Pihak Yang Paling Penting Perlu Melibatkan Diri Di dalam 88
Mencegah Jenayah
Rajah 3.23 : Adakah Keakraban Kejiranan Dapat Membantu Mengurangi 89
Kadar Jenayah?
Rajah 4.1 : Cadangan Struktur Organisasi Persatuan Penduduk 104
Bukit Jelutong
Rajah 4.2 : Carta Alir Penyelesaian Masalah oleh BJRA 105
Rajah 4.3 : ‘Phone Tree’ Yang Perlu disediakan oleh ‘Homeguard’ 107
Rajah 4.4 : Notis mesyuarat yang perlu diadakan oleh ’Homeguard’ 108
Rajah 4.5 : ’Block Watch Attendance Form’ 108
Rajah 4.6 : Pengawasan Kejiranan Melalui Tiga Unit Kejiranan 110
Rajah 4.7 : Struktur Pentadbiran Pengawasan Kejiranan 112
Rajah 4.8 : Pelan Kejiranan Setiap Lorong 113
Rajah 4.9 : Papan Tanda Pengawasan Kejiranan 115
Rajah 4.10 : Pengorbanan Yang Diperlukan Terhadap Komuniti 124
xvii
SENARAI FOTO
NO FOTO TAJUK MUKA SURAT
Foto 3.1 : Pagar rumah dan landskap yang tidak menghalang 55
penglihatan orang awam.
Foto 3.2 : Jalan berbentuk ‘cul-de-sac’ , menyukarkan penjenayah 55
melarikan diri
Foto 3.3 : Pondok pengawal diletakkan disetiap ‘access points’ 56
kawasan kajian
Foto 3.4 : Pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak BJRA bagi mengawasi 56
kawasan kajian
Foto 3.5 : Bukit Jelutong ’Golf Club’ 57 Foto 3.6&3.7: Padang ’skateboard’ dan padang permainan kanak-kanak, antara 57
aktiviti rekreasi yang disediakan di kawasan kajian.
Foto 3.8 : ’Pocket green’ yang berkonsep ’ala-santai’. 57
Foto 3.9 : Dewan serbaguna merupakan lokasi penduduk untuk berkomuniti 58
setiap bulan.
Foto 3.10 : Pelbagai persatuan diwujudkan di dewan mengikut unit kejiranan 58
Foto 3.11 : Pelbagai kreativiti komuniti sempena Kempen Merdeka 58
di kawasan kajian.
Foto 3.12 : Program gotong-royong sesama komuniti telah diadakan 58
di kawasan kajian.
Foto 3.13 : Tadika di sediakan di setiap unit kejiranan kawasan kajian 59
Foto 3.14 : Sekolah Menengah Bukit Jelutong sebagai kemudahan pendidikan 59
di kawasan kajian
xviii
Foto 3.15 : Sekolah Rendah Bukit Jelutong di sediakan untuk komuniti di sini 59
Foto 4.1 : Pondok keselamatan yang perlu disediakan di setiap unit kejiranan 109
kawasan kajian.
Foto 4.2 : Pakaian yang sesuai di pakai oleh ahli keselamatan swasta semasa 109
membuat rondaan
Foto 4.3 : Kotak telefon kecemasan yang perlu disediakan oleh pihak Polis 115
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menjelang tahun 2020, dianggarkan hampir 65 peratus penduduk di
Semenanjung Malaysia akan mendiami kawasan bandar. Kawasan bandar merupakan
penggerak dan nadi kepada ekonomi yang berkonsepkan teknologi. Kesan
perbandaran di negara ini tidak terkecuali daripada masalah aktiviti-aktiviti
globalisasi, antaranya ialah risiko kesejahteraan dan keselamatan yang tinggi kerana
bandar tidak lagi mempunyai ciri-ciri yang selesa [conducive] untuk memberi
perlindungan kepada kesejahteraan hidup [well being] manusia [Zainuddin bin Hj.
Muhammad, 2000].
Hampir setiap hari, media massa memaparkan laporan tentang pelbagai jenis
kes jenayah sama ada rompakan bersenjata, penculikan, atau pencabulan wanita.
Ternyata aktiviti-aktiviti jenayah pada masa kini semakin bersifat ganas dan
penjenayah pula semakin berani dalam menjalankan aktiviti mereka. Perkara ini
dipandang serius oleh kerajaan. Sesungguhnya, peningkatan penglihatan pihak yang
terlibat adalah amat penting bagi mencegah jenayah dan meningkatkan tanggapan
keselamatan rakyat [sense of safety].
2
Pada tahun 2004, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah melaksanakan
konsep Bandar Selamat bagi mewujudkan suasana kehidupan yang selamat dan
mengurangkan peluang untuk melakukan jenayah kepada tahap yang paling
minimum. Konsep Bandar Selamat ini berasaskan kepada slogan bahawa pencegahan
adalah lebih baik daripada penghapusan jenayah. Antara pendekatan pencegahan
jenayah boleh dilaksanakan melalui rekabentuk persekitaran, pihak keselamatan dan
pembangunan komuniti. Pendekatan ini berasaskan prinsip pencegahan jenayah
melalui pengurangan peluang untuk penjenayah melakukan jenayah kerana
kebanyakan jenayah berlaku secara spontan yang dihasilkan daripada peluang yang
wujud.
Aspek komuniti sememangnya telah menjadi amalan komuniti di luar bandar
sejak sekian lama dan merupakan teras perhubungan sosial. Namun ianya berbeza di
kawasan bandar di mana aspek komuniti itu semakin merosot dan mula diabaikan.
Penglibatan bersama [pembangunan komuniti] antara kerajaan, pihak keselamatan
dan komuniti serta menyatukan komuniti dalam pencegahan jenayah dengan
menanamkan semangat kejiranan adalah di antara ciri-ciri Bandar Selamat.
Pengawasan kejiranan adalah satu rangkaian komuniti setempat yang mempunyai
kesedaran untuk mengawasi kejadian yang berlaku di sekitar kawasan kejiranan dan
melaporkan aktiviti-aktiviti yang diragui kepada pihak Polis. Komuniti adalah ‘mata
dan telinga’ kepada Polis untuk memerhatikan perkara-perkara yang biasa dan juga
luar biasa, di samping menjaga keselamatan perumahan mereka.
Aspek komuniti di dalam perlaksanaan konsep Bandar Selamat perlulah diberi
perhatian terutamanya di kawasan perumahan. Ini kerana komuniti juga boleh
bertindak sebagai agensi yang penting kepada pihak Polis dengan memberi ‘in-put’
kearah membangunkan Bandar Selamat. Peranan mereka juga amat besar dalam
membantu kerajaan menyampaikan objektif, selain meringankan beban tugas Polis
mencegah kejadian jenayah.
3
1.1 Isu dan Persoalan Kajian
Tahun demi tahun, kes-kes jenayah di Malaysia kian meningkat hingga
mengancam tahap keselamatan dan ketenteraman masyarakat. Menurut statistik Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman kes-kes jenayah telah meningkat dari tahun 2000 hingga
2005. Jenis-jenis jenayah terbahagi kepada dua iaitu jenayah kekerasan dan jenayah
harta benda. Pada tahun 2003 - 2005 jumlahnya ketara tetapi telah menurun pada
tahun 2002. Peningkatan kes dari tahun 2003 hingga 2005 adalah sebanyak 10
peratus. [Rujuk Rajah 1.1]
Pada tahun 2000-2005, jenayah kekerasan untuk samun tanpa senjatapi paling
banyak dilaporkan [13,210 kes], diikuti mencederakan manusia [4,246 kes], rogol
[1,881 kes], samun berkawan tanpa senjatapi [1,842 kes], bunuh [497 kes], samun
bersenjatapi [317 kes], cuba bunuh [94 kes] dan samun berkawan bersenjatapi [40
kes]. Kes jenayah harta benda pula, pada tahun 2000 hingga 2005 curi motosikal pula
merupakan kes jenayah harta benda yang paling ketara iaitu [51,709 kes], lain-lain
curi [34,317 kes], pecah rumah dan curi [malam] [17,542 kes], curi motokar [9,711
kes], curi ragut [9,617 kes], pecah rumah dan curi [siang] [6,923 kes] dan curi motor
lori/van [5,507 kes]. Secara keseluruhan pada tahun 2005 jenayah berkurangan 11
peratus daripada tahun sebelumnya. Penurunan kes jenayah ini disebabkan
Sumber : Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 2006.
167,173
156,469
149,042
156,135 156,455 157,419
135,000
140,000
145,000
150,000
155,000
160,000
165,000
170,000
2000 2001 2002 2003 2004 2005
Tahun
Bila
ngan
kes
jena
yah
Rajah 1.1 : Statistik Jumlah Kes Jenayah, 2000 - 2005
4
perlaksanaan beberapa program pencegahan jenayah seperti rukun tetangga,
pengawasan kejiranan dan sebagainya. Jadual 1.1 menunjukkan statistik kes jenayah
dari tahun 2000 hingga 2005.
Kes 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Jenayah Kekerasan
Bunuh 551 608 516 565 565 497Cuba bunuh 43 68 64 77 92 94Samun berkawan senjatapi
89 65 73 45 44 40
Samun berkawan tanpa senjatapi
1,681 1,697 1,704 1,920 1,689 1,842
Samun bersenjatapi 722 566 425 381 334 317Samun tanpa bersenjatapi
12,204 11,333 12,203 13,963 13,221 13,210
Rogol 1,210 1,354 1,418 1,471 1,718 1,887Mencederakan manusia 5,104 4,699 4,440 4,368 4,196 4,246
Jumlah Kecil 21,604 20,394 20,843 22,790 21,859 4,246Jenayah Harta Benda
Pecah rumah & curi (siang)
8,675 7,449 6,821 6,928 6,550 6,923
Pecah rumah & curi (malam)
24,238 21,003 18,444 18,861 18,354 17,542
Curi Motor, Lori/Van 3,698 4,306 4,570 5,551 4,892 5,507Curi Motokar 7,278 8,580 8,544 8,537 8,624 9,711Curi Motosikal 45,903 47,223 47,137 50,212 51,560 51,709Ragut 15,082 14,368 14,460 15,798 11,536 9,617Lain-lain curi 54,881 33,210 28,043 27,638 33,080 34,317
Jumlah Kecil 145,569 136,079 128,199 133,525 134,596 135,326Jumlah Keseluruhan 167,173 156,473 149,042 156,315 156,455 139,572
Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa program di dalam mengurangi
kadar jenayah melalui Rancangan Malaysia. Dalam Rancangan Malaysia Keenam
[1991-1995], Program Rakan Muda telah diperkenalkan bertujuan untuk membantu
belia mengelakkan diri daripada kegiatan yang tidak sihat terutamanya kegiatan
jenayah. Manakala dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan Kelapan [1996-2005],
memperkenalkan Program Masyarakat Penyayang dan Jawatankuasa Rukun Tetangga
secara meluas bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan bagi membantu
mengurangi jenayah di kawasan perumahan. Manakala Program Khidmat Sosial
Negara di dalam Rancangan Malaysia Kelapan [2001-2005] diperkenalkan bertujuan
Jadual 1.1 : Statistik Kes Jenayah, 2000 - 2005
Sumber : Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 2006.
5
menggalakkan semangat kerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan, swasta
dan badan bukan kerajaan [NGO] sukarela membantu membenteras jenayah. Terkini
di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan [2006-2010], telah diperkenalkan Program
Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pusat Aktiviti Perpaduan bagi membentuk
komuniti berpengetahuan dalam membuat rondaan, mengorganisasi persatuan di
dalam mencegah jenayah. Bagi merealisasikan program-program ini, pembabitan
komuniti amat diperlukan.
Komuniti memainkan peranan penting dalam merangka cara penyelesaian
yang bersifat tempatan [custom design solution]. Komuniti dapat mempertingkatkan
[heighten] peluang pemerhatian dan pengawasan ke atas harta benda, terutama apabila
rumah jirannya kekosongan. Semangat kejiranan seperti saling membantu dan
mengambil berat di antara jiran oleh komuniti juga dapat membenteras kejadian
jenayah. Semangat ini perlu disemai dan diamalkan dikalangan komuniti. Semua
strategi dan langkah pencegahan jenayah tidak berkesan tanpa kesedaran dan
kerjasama komuniti. Oleh itu kajian ini telah mengemukakan beberapa persoalan.
i. Sejauhmanakah aspek komuniti dapat membantu mengurangi kadar jenayah di
kawasan perumahan?
ii. Apakah indikator komuniti yang berkesan bagi mencapai konsep Bandar
Selamat?
iii. Apakah kejayaan dan halangan aspek komuniti di dalam perlaksanaan konsep
Bandar Selamat?
iv. Apakah sumbangan dan peranan pihak-pihak yang terlibat dalam menerapkan
aspek komuniti di dalam perlaksanaan Bandar Selamat?
1.2 Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti pembangunan komuniti
dalam melaksanakan konsep Bandar Selamat.
6
1.3 Objektif Kajian
Di antara objektif-objektif yang digariskan untuk mencapai matlamat di atas
ialah:-
i. Mengenalpasti definisi, matlamat, konsep, indikator dan ciri-ciri Bandar
Selamat;
ii. Mengenalpasti definisi, indikator, strategi dan program-program komuniti;
iii. Mengenalpasti isu-isu jenayah di kawasan perumahan bandar yang terancang;
iv. Mengenalpasti penglibatan komuniti di dalam menjayakan Bandar Selamat di
luar negara;
v. Mengenalpasti kejayaan dan halangan aspek komuniti di dalam perlaksanaan
Bandar Selamat; dan
vi. Mengemukakan beberapa pembaikan dan cadangan dalam pembangunan
komuniti bagi menjayakan perlaksanaan Bandar Selamat.
1.4 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya melihat kepada isu-isu jenayah sama ada jenayah
kekerasan dan jenayah harta benda yang melibatkan ancaman kepada aspek
keselamatan dan kesejahteraan komuniti di bandar. Isu-isu jenayah ini merupakan
salah satu daripada penekanan dalam perlaksanaan Bandar Selamat. Kajian ini juga
hanya memberi penekanan kepada kawasan perumahan yang dirancang yang meliputi
kawasan rumah teres, berkembar dan sesebuah. Selain daripada itu, kajian juga hanya
menumpukan aspek komuniti daripada aspek reka bentuk persekitaran dan pihak
keselamatan dalam menyelesai atau mengurangi jenayah bagi mewujudkan sebuah
Bandar Selamat.
7
1.5 Kawasan Kajian
Bukit Jelutong merupakan sebuah kawasan perumahan yang terpilih sebagai
kawasan kajian. Keseluruhan tapak pembangunan Bukit Jelutong mempunyai
keluasan 2,205.03 ekar dan mempunyai 5,000 unit kediaman. Ia juga terletak di
bahagian utara pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, juga dikenali sebagai
kawasan Seksyen U8 [Shah Alam Utara] dan mempunyai 5 fasa perumahan di
dalamnya. Kawasan kajian dapat dihubung melalui ‘Guthrie Corridor Expressway’
melalui persimpangan bertingkat, Lebuhraya Persekutuan dan ‘North Klang Valley
Expressway’. Pelan 1.1 menunjukkan Pelan Kunci kawasan kajian, Pelan 1.2
menunjukkan pembahagian seksyen iaitu kawasan utara, kawasan tengah dan
kawasan selatan Shah Alam. Pelan 1.3 pula menunjukkan Pelan Lokasi kawasan
kajian di Bukit Jelutong.
Bukit Jelutong ini di buka sekitar tahun 2000 yang berkonsepkan
pembangunan bercampur. Pembangunan ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis
Bandaraya Shah Alam pada 29hb Februari 1996 dengan rujukan MPSA/PRG/PTU8-
2-96 [1]MPSA/PRG/2016-94[U8]. Ia dimajukan oleh Guthrie Property Development
Holdings Sdn. Bhd.
Kawasan kajian telah dipilih sebagai Bandar Selamat oleh Majlis Bandaraya
Shah Alam pada tahun 2005. Rasionalnya kerana jumlah kes jenayah di kawasan
kajian berkurangan berbanding kawasan perumahan yang lain [Ibu Pejabat Polis
Diraja Shah Alam, 2006]. Terdapat empat jenis rumah iaitu teres, berkembar,
sesebuah dan pangsapuri. Perumahan di bahagian utara Bukit Jelutong masih di dalam
proses pembangunan, bahagian timur barat pula baru diduduki iaitu kurang 2 tahun
(masih sukar untuk dinilai). Penempatan yang paling lama iaitu 5 tahun keatas sahaja
akan di kaji agar maklumat yang diperolehi menyakinkan terutama terhadap
keakraban berkomuniti. Kajian ini juga hanya meliputi rumah teres, rumah berkembar
dan rumah sesebuah. Pelan 1.4 menunjukkan gunatanah sedia ada untuk keseluruhan
Bukit Jelutong dan Pelan 1.5 menggambarkan perumahan sedia ada kawasan kajian
sahaja.
8
Pelan 1.1 : Pelan Kunci
9
Pelan 1.2 : Pelan Pembahagian Seksyen
10
Pelan 1.3 : Pelan Lokasi
11
Pelan 1.4 : Pelan Gunatanah Sediada
12
Pelan 1.5 : Pelan Kawasan Kajian
13
1.6 Pendekatan Kajian
Pendekatan kajian ini dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu :-
i. Peringkat Pertama : Kajian awalan;
ii. Peringkat Kedua : Kajian literatur;
iii. Peringkat Ketiga : Pengumpulan data;
iv. Peringkat Keempat : Analisis data dan penemuan kajian;
v. Peringkat Kelima : Hasil akhir dan cadangan.
1.6.1 Peringkat Pertama : Kajian Awalan
Kajian awalan ini melibatkan pemahaman terhadap isu-isu jenayah semasa
sama ada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang melibatkan ancaman
kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan kediaman bandar.
Dasar, strategi dan program juga akan diperolehi dari data-data sekunder di dalam
mengurangi kadar jenayah terutama dalam perlaksanaan Bandar Selamat. Selain
daripada itu, matlamat dan objektif kajian dibentuk sebagai panduan kajian ini.
1.6.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur
Peringkat ini menjurus kepada pemahaman mengenai definisi, matlamat,
konsep, indikator dan ciri-ciri mengenai Bandar Selamat di Malaysia dan luar negara
dan aspek pembangunan komuniti dalam menjayakan Bandar Selamat.
14
1.6.3 Peringkat Ketiga : Pengumpulan Data
Peringkat ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan primer. Maklumat
sekunder diperolehi daripada agensi kerajaan yang berkaitan maklumat asas kawasan
kajian. Antara maklumat-maklumat tersebut adalah latarbelakang kawasan kajian,
masalah jenayah yang dilaporkan dan konsep Bandar Selamat yang diamalkan.
Pengumpulan maklumat ini dibuat melalui bahan-bahan bercetak seperti buku
rujukan, jurnal, surat khabar, majalah, laporan serta bahan-bahan elektronik [internet]
dan temubual.
Maklumat primer diperolehi melalui kaedah kajian lapangan. Dua kaedah
digunakan iaitu kaedah pengamatan/pemerhatian dan kaedah temubual soalselidik.
Kaedah pengamatan kawasan kajian ini adalah untuk melihat aspek komuniti di
kalangan penduduk. Ia dilakukan untuk mendapatkan pengalaman dan penghayatan
sendiri ketika melalui kawasan tersebut bagi mengetahui tahap komuniti yang wujud
di kawasan kajian.
Kajian temubual soalselidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang
merangkumi profail penduduk, pandangan terhadap tahap keselamatan perumahan,
pandangan terhadap tahap komuniti, pandangan terhadap tahap berpersatuan,
pandangan terhadap tahap kepercayaan antara komuniti di dalam mengurangi kadar
jenayah.
Jumlah sampel adalah sebanyak 100 buah rumah dengan menggunakan paras
keyakinan 90 peratus, [D.A. de Vaus, 1996]. Pemilihan sampel adalah berkadaran
mengikut tiga fasa dan tiga jenis rumah iaitu rumah teres, berkembar dan sesebuah. Ia
dijalankan berdasarkan persampelan rawak mudah bagi setiap jenis rumah tersebut.
Kesemua responden yang dipilih terdiri daripada ketua keluarga. Bilangan sampel
bagi setiap jenis rumah adalah seperti di jadual 1.2.
15
Jadual 1.2 : Agihan Bilangan Sampel Borang Soal Selidik di Kawasan Kajian
Kategori Rumah teres
Rumah berkembar
Rumah sesebuah
Jumlah
Bilangan Sampel 1,925
1,925 x 100 2,270
98
98 x 100 2,270
247
247 x 100 2,270
2,270
Jumlah unit kediaman 85 4 11 100
1.6.4 Peringkat Keempat : Analisis Data dan Penemuan Kajian
Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan
melibatkan frekuensi dan statistik jadual-silang. Hasil analisis akan digunakan untuk
mengetahui sama ada aspek komuniti yang wujud di kawasan kajian boleh membantu
dalam pencegahan jenayah. Disini juga dapat dilihat kejayaan dan halangan dalam
aspek komunti terhadap kawasan kajian. Seterusnya penilaian dilakukan ke atas
penemuan kajian dengan menggunapakai indikator Bandar Selamat oleh Jabatan
Perancang Bandar dan Desa, [2004] dan indikator komuniti oleh Philip dan Bridges,
[2005].
1.6.5 Peringkat Kelima : Hasil Akhir dan Cadangan
Daripada hasil kajian, dapat dikenalpasti sama ada pembangunan komuniti
yang diperkenalkan di Bandar Selamat telah berjaya atau sebaliknya dalam mencegah
jenayah. Beberapa pembaikan dan cadangan akan dikemukakan bagi pembangunan
komuniti di kawasan kajian. Cadangan yang akan dihasilkan adalah bagi mewujudkan
pembangunan komuniti yang baik bagi pencegahan jenayah di Bandar Selamat.
16
1.8 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini penting bagi memberi panduan asas ke arah pembangunan
komuniti yang lebih baik di dalam perlaksanaan konsep Bandar Selamat. Ini adalah
kerana pembangunan komuniti di kawasan perumahan memainkan peranan yang
penting untuk membenteras kegiatan jenayah. Selain dapat menyelesaikan masalah
jenayah di kawasan kajian, ia juga diharap dapat diterimapakai di kawasan yang lain
dengan tujuan utama meningkatkan pembangunan komuniti ke arah kawasan
kediaman [living environment] yang selamat.
17
Peringkat Pertama
Perisian Komputer SPSS - Frequency - Crosstabs
Temubual/Soal-selidik Profail responden Pandangan terhadap tahap keselamatan Pandangan terhadap tahap komuniti Pandangan terhadap tahap berpersatuan Pandangan terhadap tahap kepercayaan & aspek komuniti didalam pencegahan jenayah Pandangan bagi mengurangi jenayah
Analisis Data Dan Penemuan Kajian
Data Primer
Pengumpulan Maklumat Bahan Bercetak Bahan Elektronik Agensi yang berkaitan
Kajian Awalan
Kajian Literature
Latarbelakang responden dan tahap komuniti serta tahap keselamatan kawasan kajian Pandangan terhadap keakraban komuniti bagi membantu pencegahan jenayah Melihat penemuan, kejayaan, halangan kajian dan perbandiangan indikator Bandar Selamat [JPBD] dan indikator komuniti [Philips dan Bridges]
Hasil Akhir & Cadangan
a. Mengenalpasti Isu dan Masalah Semasa b. Pembentukan Matlamat , Ojektif dan
Skop Kajian
(Data Sekunder)
Definisi , Matlamat, Konsep Bandar Selamat; Indikator , Ciri-Ciri & Strategi Bandar Selamat; dan Penglibatan Aspek Komuniti dalam Menjayakan Bandar Selamat : Pengalaman Negara Luar.
Pengamatan Aspek Fizikal Aspek Komuniti
Peringkat Kedua
Pengumpulan Data
Peringkat Ketiga
Peringkat Keempat
Peringkat Kelima
Rajah 1.2 : Methodologi Kajian
18
BAB II
PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN
BANDAR SELAMAT
2.1 Pengenalan
Kajian literatur ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang akan
menjelaskan mengenai pembangunan komuniti dalam pembangunan Bandar Selamat.
Bahagian pertama menerangkan definisi, matlamat, konsep serta indikator Bandar
Selamat yang telah digariskan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Ciri-ciri
Bandar Selamat iaitu reka bentuk persekitaran, pihak keselamatan dan pembangunan
komuniti dalam mewujudkan Bandar Selamat akan dibincangkan dan tumpuan
diberikan kepada pembangunan komuniti. Penglibatan pembangunan komuniti dalam
menjayakan Bandar Selamat dari pengalaman negara luar juga diberi penekanan. Ini
bertujuan untuk mengetahui pencapaiannya dan kesesuaiannya untuk dilaksanakan di
Malaysia.
19
2.2 Definisi Bandar Selamat
Menurut Kamus Dewan [2002], perkataan ‘Bandar’ mempunyai maksud
tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan
perniagaan dijalankan. Manakala perkataan ‘Selamat’ mempunyai maksud terpelihara
atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya atau aman sentosa,
sejahtera dan tidak mendapat apa-apa gangguan dan memberi jaminan keselamatan
atau bebas dari ketakutan dengan harapan aman sentosa.
Maka ‘Bandar Selamat’ adalah sebuah bandar yang bebas dari pelbagai
ancaman fizikal, sosial dan mental. Ini bermaksud persekitaran yang paling
terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian
mengganggu-gugat kesejahteraan setempat dan setiap komuniti mesti sentiasa berada
di dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera dan aman.
Perlaksanaan Bandar Selamat ini telah diperakui oleh Majlis Negara Bagi
Kerajaan Tempatan [MNKT] pada 11 Oktober 2004. Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan [KPKT] telah mencadangkan Pelaksanaan Program Bandar
Selamat yang melibatkan agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
[JPBD], Polis Di Raja Malaysia [PDRM], Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
[MCPF] dan lain-lain agensi bagi memainkan peranan ke arah mencapai
pembangunan bandar yang selamat. Ini bermaksud setiap pelan pembangunan bandar,
pekan dan kawasan perumahan yang baru hendaklah mengambilkira aspek-aspek
keselamatan.
2.2.1 Matlamat dan Konsep Bandar Selamat
Matlamat yang dikemukakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Malaysia dalam perlaksanaan Bandar Selamat ialah mewujudkan bandar yang bebas
dari keganasan, bebas dari kemusnahan dan melapetaka, bebas dari kemerosotan
sosial dan moral dan bebas dari kemalangan dalam dan luar negara.
20
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, 2005
Matlamat Bandar Selamat
Mewujudkan Bandar Yang Bebas Dari
Kemerosotan sosial & moral
(social and moral decay) 3
Kemalangan dalam & luar bangunan
(indoor/outdoor accidents) 4
seperti kemalangan jalanraya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya;
merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya;
Keganasan
(violence) 1
ekoran bencana alam seperti
banjir dan tanah runtuh;
Kemusnahan &
Malapetaka 2
Rajah 2.1 : Matlamat Yang Digariskan Untuk Bandar Selamat
21
Konsep Bandar Selamat menekankan kepada kerjasama bersepadu di antara
badan-badan kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan, pihak keselamatan [Polis],
organisasi swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat ke arah membenteras
kegiatan jenayah melalui reka bentuk persekitaran yang selamat, pihak keselamatan
dan pembangunan komuniti [Datuk Lee Lam Thye, 1999].
Menurut DCP Datuk Kamarudin [1999] konsep Bandar Selamat di Malaysia
pada umumnya berdasarkan prinsip “Prevention Is Better Than Cure” atau
“Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”, di mana perancangan menjadi langkah
utama untuk mencegah kegiatan jenayah.
2.2.2 Indikator Bandar Selamat
Menurut Jabatan Perancang Bandar dan Desa Malaysia, indikator atau
petunjuk Bandar Selamat adalah seperti berikut :-
i. Kadar Indeks Jenayah
a. Kadar jenayah sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada
pihak polis dan kajian statistik jenayah semakin berkurangan setiap
tahun;
b. Kadar jenayah berkurangan berbanding dengan kadar indeks kualiti
hidup yang semakin meningkat.
ii. Kemudahan Sosial
a. Kemudahan sosial yang disediakan dapat mengwujudkan sesebuah
komuniti yang baik bagi menjamin keselamatan komuniti dan
mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan terbabit;
b. Komuniti dapat menggunakan kemudahan sosial secara optimum tanpa
berasa bimbang terhadap kegiatan jenayah.
22
iii. Persepsi Komuniti Terhadap Keselamatan
a. Peningkatan komuniti berasa selamat terhadap kawasan kediamannya
yang merangkumi golongan kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas
dan golongan kurang upaya (jika ada).
iv. Interaksi Komuniti
a. Perhubungan dan interaksi antara jiran berjalan baik di mana saling
mengenali antara satu sama lain, mempunyai sikap bantu-membantu,
bertolak-ansur, bertanggung-jawab, mengambil berat terhadap
keselamatan dan harta benda sesama jiran dan sebagainya.
v. Kesedaran dan Sikap Masyarakat
a. Kesedaran masyarakat terhadap definisi, matlamat, konsep dan ciri-ciri
Bandar Selamat serta bertanggung-jawab di dalam membantu untuk
membenteras kegiatan jenayah serta menjayakan konsep Bandar
Selamat di kawasan yang dicadangkan khususnya dan di seluruh
Malaysia amnya.
2.3 Jenayah
Menurut Kamus Dewan [2002], perkataan ‘Jenayah’ mempunyai maksud
kejahatan [mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain] yang salah di sisi undang-
undang atau perbuatan kriminal. Jenayah merupakan suatu kegiatan yang menyalahi
undang-undang kerajaan sesebuah tempat atau negara.
Jenayah kebiasaannya berkait rapat dengan aspek keselamatan dan
kesejahteraan penghuni. Walaupun jenayah kerap kali dikaitkan dengan aspek sosial,
persekitaran fizikal juga menyumbang kepada perlakuan jenayah di mana lazimnya
aspek ini tidak dititikberatkan di dalam perancangan perumahan. Indeks jenayah
23
dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta
benda.
2.3.1 Jenayah Kekerasan
Jenayah kekerasan adalah perbuatan yang mendatangkan ancaman dan
kecederaan ke atas seseorang di mana perlakuan yang termasuk di bawahnya adalah
membunuh, cuba membunuh, samun berkawan bersenjata, samun berkawan tidak
bersenjata, samun bersenjata, samun tanpa senjata, rogol dan mencederakan orang.
2.3.2 Jenayah Harta Benda
Jenayah jenis ini hanya melibatkan ancaman ke atas harta benda sahaja seperti
ragut, seluk saku, pecah rumah pada siang hari, pecah rumah pada malam hari,
mencuri kenderaan dan lain-lain jenis kecurian yang berbentuk harta benda.
2.4 Ciri-Ciri Bandar Selamat
Ciri-ciri dalam Bandar Selamat terdiri daripada rekabentuk persekitaran, pihak
keselamatan dan pembangunan komuniti. Pembangunan komuniti penting bagi
mencegah atau mengurangi kadar jenayah. Pembangunan komuniti di dalam sesebuah
bandar juga dapat merangka cara penyelesaian melalui keakraban kemasyarakatan
bagi mewujudkan sebuah Bandar Selamat yang bebas daripada kegiatan jenayah dan
perasaan takut terhadap jenayah.
Interaksi sosial dan semangat kejiranan yang baik akan mewujudkan
kesepaduan komuniti dan rasa tanggung-jawab dalam menjaga keselamatan bersama.
Antara nilai-nilai murni yang perlu diwujudkan adalah tahap keamanan dan
24
keselamatan di dalam sesuatu petempatan, bandar ataupun di dalam komuniti
pembangunan yang dilaksanakan. Kejayaan Bandar Selamat ini dapat menwujudkan
persekitaran kediaman yang bebas daripada kegiatan jenayah dan merasa aman,
damai, tenteram dan selamat untuk didiami. Secara ringkasnya, ciri-ciri Bandar
Selamat adalah seperti di jadual 2.1.
Bil Ciri-Ciri
Bandar Selamat
Cara Mewujudkan
Bandar Selamat
Sasaran
1.
Reka bentuk
persekitaran
Perubahan Persekitaran :
mikro-persekitaran yang
berketahanan, peningkatan
tahap pencahayaan di
kawasan perumahan,
pemasangan alat
komunikasi kecemasan
dan lain-lain.
2. Pihak Keselamatan
[dari Pihak Polis dan sebagainya]
Polisi & Strategi;
Pelan pembangunan.
3.
Pembangunan
komuniti
Pendidikan;
Penglibatan masyarakat:
seperti rukun tetangga, pembentukan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah.
Persekitaran
kediaman yang
bebas daripada
kegiatan
jenayah;
Kawasan
kediaman yang
aman, damai dan
tenteram; dan
Ruang awam
yang selamat
untuk pengguna.
Jadual 2.1 : Ciri-Ciri Bandar Selamat
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, 2005
25
2.4.1 Reka Bentuk Persekitaran
2.4.1.1 Matlamat, Strategi dan Prinsip Perancangan Reka Bentuk Persekitaran
Beberapa kaedah telah diperkenalkan bagi mencapai tahap persekitaran fizikal
yang berkesan di dalam perlaksanaan Bandar Selamat. Matlamat Bandar Selamat
adalah untuk mengurangi dan menghindarkan kadar jenayah yang semakin berleluasa.
Keselamatan boleh dicapai melalui perancangan susunatur yang berkualiti dan
berkesan. Bagi menentukan keselamatan reka bentuk persekitaran, Jabatan Perancang
Bandar dan Desa telah melaksanakan strategi iaitu ‘segala reka bentuk persekitaran
fizikal perlu bersesuaian bagi mengelak dan menyukarkan kegiatan jenayah
keganasan berlaku’.
Perancangan reka bentuk persekitaran fizikal perlu mengambilkira
perlaksanaan ruang dan akses yang baik seperti jarak anjakan minimum antara
bangunan, laluan alternatif ke blok-blok bangunan yang selamat kepada pejalan kaki,
pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotosikal dan sebagainya.
Perancangan ini juga hendaklah mengikut prinsip-prinsip perancangan dan
pembangunan sejagat iaitu:-
i. Perancangan mestilah menghindarkan unsur-unsur yang mendatangkan
ancaman, kerosakan dan bahaya kepada sesuatu kawasan supaya penempatan
manusia lebih selamat, sihat, ‘more liveable’ saksama, mampan dan lebih
produktif;
ii. Mewujudkan keperluan infrastruktur dan keperluan manusia yang tersusun,
selesa dan selamat;
iii. Perancangan rekabentuk dan alam persekitaran hendaklah berasaskan ciri-ciri
elemen pencegahan jenayah;
iv. Semua aktiviti yang mengakibatkan pencemaran seperti bau yang tidak
menyenangkan dan bunyi bising tidak sepatutnya diletakkan bersebelahan atau
26
berhampiran masjid atau tempat-tempat penyembahan yang lain serta di
kawasan kediaman; dan
v. Mengikuti piawaian perancangan susunatur yang diluluskan oleh pihak
berkuasa tempatan ke arah persekitaran yang selamat antaranya ialah:-
a. Jarak antara dinding bahagian hadapan, sisi atau belakang bangunan
dari garisan sempadan rezab jalan hendaklah mencukupi;
b. Aliran lalulintas yang sistematik;
c. Anjakan antara dari bangunan ke bangunan yang selamat;
d. Ruang pejalan kaki sebagai akses untuk kanak-kanak, golongan kurang
upaya dan warga emas;
e. Ruang untuk kegunaan aktiviti dalaman yang mencukupi dan selesa;
f. Ruang persekitaran luaran untuk rekreasi yang lengkap; dan
g. Semua unit kediaman perlu menyediakan minimum tiga buah bilik
tidur.
Secara amnya, keselamatan kepada individu dan hartanya merangkumi
perhatian kepada merancang dan menyediakan akses yang lengkap untuk mencegah
kebakaran, perkhidmatan kecemasan, pencegahan jenayah, memberi kesihatan mental
dan fizikal, aksessibiliti yang baik bagi membantu ke arah mencegah atau
mengurangkan kadar jenayah di kawasan perumahan. Ini adalah satu tindakan yang
amat murni untuk melihat komuniti sentiasa berada di dalam suasana yang selamat
dan sejahtera.
2.4.1.2 Langkah-langkah Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk
Persekitaran
Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan
dalam pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran fizikal adalah :-
27
i. Menerapkan konsep ‘Defensible Space’ dalam persekitaran fizikal perumahan
Konsep ini telah diutarakan oleh Oscar Newman pada tahun 1971. Konsep ini
bertujuan untuk menstrukturkan semula persekitaran fizikal perumahan supaya
menjadi ‘livable’ dan dapat dikawal oleh penghuni kawasan tersebut. Menurut Crowe,
[1991] tembok, ‘shrubs’ atau papan tanda boleh dianggap sebagai sempadan kawasan
kawalan untuk dikawal oleh penghuni.
ii. Pengasingan ruang awam dan persendirian
Menurut Crowe, [1991] pengasingan ruang awam dan persendirian ini
bertujuan untuk memastikan sesuatu ruang itu mempunyai pemilik. Ini dapat memberi
keyakinan kepada komuniti bertindak ke atas orang asing atau aktiviti yang
mencurigakan terhadap ruang tersebut.
iii. Menentukan pengkawasan [Territorial]
Pengkawasan menunjukkan sesuatu tempat dikawal oleh komuniti. Reka
bentuk susunatur yang mengutamakan prinsip pengkawasan akan dapat membantu
membentuk ‘sense of community’ dan saling mengenali di antara penghuni. Keadaan
ini memberi tekanan kepada penceroboh apabila memasuki kawasan tersebut.
iv. Mewujudkan pengawasan [Surveillance]
Konsep pengawasan ini telah di utarakan oleh Crowe, [1991]. Konsep ini
merupakan keupayaan komuniti atau individu untuk membuat pengawasan sesuatu
kawasan terhadap aktiviti yang dilakukan pada kehidupan seharian. Pengawasan
dengan menggunakan kamera tersembunyi merupakan salah satu cara yang berkesan
kerana ia boleh merakamkan aktiviti di sesuatu kawasan. Peluang pengawasan
sebegini dapat mengawal dan menjadikan kawasan tersebut lebih selamat serta
penghuni tidak akan berasa bimbang ketika menggunakan ruang tersebut.
28
v. Melaksanakan pencahayaan
Bentuk pencahayaan yang baik dapat menggalakkan penggunaan ruang awam
oleh pengguna pada waktu malam dan berupaya mengurangkan jenayah. Menurut
Lang, [1994] kawasan yang mempunyai cahaya yang terang menjadi tumpuan dan
pilihan orang ramai untuk menggunakan berbanding dengan kawasan yang
tersembunyi dan gelap. Selain daripada itu, ia juga mempertingkatkan kenampakan
[visibility] penghuni ke atas persekitaran kediamannya dan mewujudkan ‘sense of
security’.
vi. Mengelakkan reka bentuk sekatan pandangan [Sightlines]
Reka bentuk berkonsepkan sekatan pandangan oleh dinding, pagar, tumbuhan
perlu dielakkan kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selamat.
vii. Mengelakkan ruang perangkap [Entrapment Spot]
Ruang perangkap terbentuk daripada objek seperti dinding atau tumbuhan.
Ruang perangkap ini perlulah dielakkan atau jika tidak perlu diberi perhatian dengan
menerapkan prinsip keselamatan.
viii. Mengurangkan guna tanah bercampur
Pengurangan ruang secara efektif dan produktid akan mengurangkan risiko
berlakunya jenayah ke atas individu, Crowe, [1991]. Guna tanah bercampur akan
menggalakkan orang awam menjalankan pelbagai aktiviti. Kawasan sebegini
mempunyai risiko yang tinggi kepada jenayah kerana amat sukar diberi pengawasan.
ix. Mengawal tanaman landskap
Menurut Heberle dan Scutella [1995] pembinaan pagar atau dinding
dikawasan perumahan perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan. Pagar yang
mempunyai ketinggian 40 inci sebaik-baiknya menggunakan rekabentuk ‘chain-link’
agar kawasan kediaman dapat dilihat dengan lebih jelas oleh orang yang lalulalang.
29
Selain daripada itu, penanaman pokok di tepi jalan perlulah tidak melebihi 7
kaki ketinggian. Tanaman di sepanjang laluan pejalan kaki perlulah dikawal dan
diselenggara agar tidak menjadi tempat persembunyian dan mengelakkan kegiatan
ragut dan samun.
x. Penggunaan jalanraya yang maksimum dan reka bentuk yang bersesuaian
Laluan pejalan kaki seperti lorong belakang dan lorong sisi jarang digunakan.
Kawasan ini perlulah diberi ‘penghidupan semula’ agar ia tidak menjadi tempat
sarang penagih dadah dan sebagainya. Menurut P,Stollard [1991], jalan berbentuk
‘cul-de-sac’ dapat mengurangkan potensi berlakunya jenayah kerana penjenayah yang
meronda untuk mencari sasaran berisiko tinggi untuk dikenali oleh penduduk.
xi. Perletakan aktiviti
Meletakkan aktiviti yang selamat di kawasan yang tidak selamat, Crowe
[1991]. Tindakan ini akan menyeimbangkan dan menggalakkan aktiviti tersebut untuk
berubah kepada yang lebih baik kerana kawalan yang ketat di kawasan tersebut di
samping menimbulkan rasa selamat di kalangan penghuni. Strategi ini juga berkesan
untuk mengatasi sesetengah masalah sosial yang secara tidak langsung dapat
mengawal perilaku pengguna di kawasan tersebut;
xii. Penyemakan Garis Panduan Susunatur Perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [KPKT] akan mengarahkan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa [JPBD] mengambil kira ciri-ciri keselamatan
dan keperluan agensi-agensi seperti polis dan Rukun Tetangga ke dalam Garis
Panduan Susunatur Perumahan dari semasa ke semasa. Garis Panduan ini akan
diselaraskan dengan program PINTAS [Pelan Tindakan Sosial Negara].
xiii. Penyelidikan Pencegah Jenayah melalui kaedah reka bentuk persekitaran
KPKT melalui Malaysian Human Settlement and Urbanisation Research
Institute [MAHSURI] akan menjalankan penyelidikan susunatur dan seni bina
30
kawasan persekitaran yang dapat membantu mencegah kegiatan jenayah.
Penyelidikan dan kaedah pencegahan melalui reka bentuk Crime Prevention Through
Environmental Design [CPTED] adalah salah satu kaedah utama yang dilaksanakan di
beberapa negara maju.
2.4.2 Pihak Keselamatan
Pembangunan negara yang begitu pesat, terutamanya di bandar, menyebabkan
jenayah kekerasan dan jenayah harta benda semakin meningkat. Pencegahan jenayah
sentiasa diberikan perhatian dan tumpuan oleh pihak Polis dalam usaha membasmi
dan mengurangkan kadar jenayah seluruh negara. Pihak polis memainkan peranan
penting di dalam membenteras kegiatan jenayah. Kehadiran pihak polis dipercayai
dapat meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan perasaan ketakutan
komuniti terhadap jenayah [fear of crime].
Polis harus peka terhadap perkembangan di kawasannya, dan memahami
corak jenayah yang berlaku, serta profail penduduk. Dari maklumat ini, polis
berupaya untuk membuat analisa mengenai keperluan kawasannya, seterusnya dapat
mengatur pasukannya dengan sebaik mungkin. Pihak polis boleh membuat rondaan
menggunakan kereta peronda [MPV], bermotosikal, anggota trafik, pemeriksaan dan
sekatan jalan dan sebagainya. Kekerapan gerakan daripada pihak polis maka dapat
menyekat kegiatan penjenayah.
Undang-undang yang digunakan dengan berkesan untuk mencegah jenayah
ialah Akta Pencegah Jenayah 1959, Ordinen Darurat [Ketenteraman Awam dan
Pencegahan Jenayah] 1959, Enakmen Kediaman Terhad dan Kanun Prosedur Jenayah
[Sek. 103, 104, 105 dan 106]. Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab
pihak Polis, komuniti memainkan peranan penting dalam melindungi diri dan
keluarga mereka. Kerjasama antara pihak Polis dan komuniti adalah memperketatkan
keselamatan sasaran penjenayah yang lemah, mengurangkan peluang penjenayah
bertindak/melakukan jenayah, mendidik komuniti menjaga keselamatan diri dan harta
31
masing-masing dan jiran, menjaga keselamatan kawasan kediaman, Rukun Tetangga
dan rondaan bersama atau rondaan di bawah seliaan polis.
Apa yang lebih penting kerjasama-kerjasama tersebut bertujuan memberi
kesedaran kepada komuniti supaya mereka dapat menghayati budaya tanggungjawab
bersama polis memerangi jenayah. Memerangi jenayah melalui kerjasama dan ikatan
lebih kukuh antara polis dan komuniti juga berjaya mengeratkan hubungan komuniti
dengan pihak berkuasa. Melalui peranan komuniti menyalurkan maklumat terus
kepada pihak Polis, segala bentuk jenayah yang berlaku dapat dihalang dalam masa
terdekat.
2.4.3 Pembangunan Komuniti
2.4.3.1 Definisi Komuniti
Kamus Oxford, [2004] mendefinisikan perkataan ‘community‘ sebagai satu
kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat; secara bersama dan mempunyai
kepentingan. Menurut kamus Longman, [2000] ‘community‘ ialah sekelompok
manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan yang sama; berkongsi kerakyatan atau
agama atau mempunyai kesamaan dalam sesuatu keadaan.
Manakala Effat, [2001] menyatakan bahawa komuniti merupakan sebuah
kumpulan manusia yang berkongsi berbagai aspek institusi seperti ekonomi, politik,
sosial, corak kehidupan yang serupa seperti etnik, pekerjaan, gaya hidup, lokasi dan
perumahan. Kumpulan komuniti ini berusaha untuk menjalinkan interaksi dan
perpaduan terhadap ahli-ahli yang lain, mewujudkan jalinan persahabatan, boleh
berkongsi minat yang sama dan boleh bersama mengambil bahagian dalam
pertubuhan yang sama. Menurut Thomas, R dan Cresswell, P [1999], komuniti
sebenarnya mempunyai dua jenis maksud iaitu :-
i. sebagai satu penjelasan terhadap tempat tinggal manusia; komuniti boleh
terdiri daripada unit kejiranan, bandar, bandaraya, daerah dan wilayah atau
32
mana-mana kombinasi sumber dan populasi yang membentuk unit yang
berkeupayaan.
ii. berkaitan dengan kemesraan yang wujud dikalangan komuniti yang tinggal
dalam satu kawasan yang sama, di mana tahap kemesraan ini dapat dilihat dari
segi kekerapan dan kekuatan perhubungan seharian penduduk serta tahap
kewujudan institusi-institusi tempatan.
Klein [1988] mendefinisikan komuniti sebagai interaksi yang terbentuk dalam
sekumpulan individu yang saling memerlukan keselamatan diri dan tempat tinggal
dari sebarang jenayah, yang dapat memberikan sokongan dalam waktu kesusahan dan
untuk mencapai kejayaan diri serta kepentingan dalam peredaran hidup.
Komuniti itu akan menjadi lebih efektif, sekiranya komuniti itu boleh
mewujudkan organisasi yang teratur dan mempunyai ‘leadership’ yang baik untuk
mewakili mereka, dimana perlu disatukan inisiatif sendiri dan kepimpinan. Malah,
komuniti mungkin terdiri daripada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan
tertentu tetapi tidak dibatasi oleh persempadan geografi. Walaubagaimanapun, adalah
lebih mudah untuk mengenalpasti komuniti berdasarkan unit kejiranan kerana
komuniti ini berkongsi persekitaran/kemudahan yang sama.
Daripada definisi-definisi diatas, dapat disimpulkan bahawa komuniti adalah
satu kumpulan atau masyarakat yang tinggal di dalam sesebuah kelompok dan wujud
perhubungan atau mempunyai sifat-sifat yang serupa di antara komuniti yang tinggal
dalam kelompok tersebut [unit kejiranan].
Kekuatan komuniti ini boleh dinilai berdasarkan kepada kekuatan ikatan
perhubungan kejiranan di antara komuniti tersebut. Komuniti wujud apabila terdapat
manusia yang mengamalkan hidup dalam satu kumpulan. Kekuatan setiap komuniti
itu bergantung kepada perhubungan di antara kumpulan manusia yang membentuk
komuniti tersebut. Perhubungan ini boleh dilakukan melalui program-program sosial
yang dijalankan di kemudahan awam seperti sekolah, dewan dan sebagainya.
33
Perhubungan yang melibatkan komuniti adalah dari segi menjalankan aktiviti,
bertanggung-jawab, bekerja-sama, memberi idea di dalam membuat keputusan,
kesungguhan di dalam perlaksanaan tugas serta perkongsian harta benda dan usaha
mereka untuk menilai dalam sesuatu keadaan bagi mengurangkan kadar jenayah di
dalam kawasan perumahan mereka.
2.4.3.2 Indikator Komuniti
Komuniti yang baik wujud apabila komuniti tersebut mengamalkan hidup dan
bergantungan perhubungan interaksi dalam satu kumpulan. Menurut Philips dan
Bridges, [2005] sesebuah komuniti boleh diukur berdasarkan kepada :-
i. Kadar jenayah dan kadar mangsa / korban;
Pengurangan kadar dan mangsa jenayah di dalam sesebuah kawasan
perumahan adalah merupakan komuniti yang terbaik.
ii. Aktiviti waktu lapang;
Meluangkan masa lapang dan menggunakan kemudahan awam sesama ahli
komuniti di dalam sebuah kawasan perumahan merupakan asas komuniti yang
terbaik.
iii. Keahlian di dalam persatuan;
Terdapat peningkatan di dalam penyertaan berpersatuan yang diadakan oleh
sesebuah komuniti.
iv. Bilangan di dalam tahap penyertaan di dalam perayaan;
Mempunyai inisiatif untuk menyertai program-program yang diadakan seperti
program perayaan dan peningkatan bilangan penyertaannya.
34
v. Perasaan komuniti;
Mempunyai semangat komuniti yang menebal di antara ahli. Tidak ada
perasaan pilih kasih, kecurigai, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
vi. Menilai pelbagai kebudayaan; dan
Komuniti tersebut dapat menilai kepentingan dan menghormati hak
keagamaan dan kebudayaan yang dianuti sesama mereka.
vii. Sukarelawan.
Sikap sukarelawan ini amatlah penting terhadap setiap ahli di dalam komuniti
bagi memudahkan pembentukan komitmen bagi mengurangkan kadar jenayah di
kawasan perumahan mereka.
Indikator-indikator ini boleh diterapkan bagi pembangunan sesebuah
komuniti. Kejayaan di dalam penerapan indikator diatas, secara tidak langsung dapat
mengurangkan kadar jenayah di kawasan perumahan dan perlaksanaan konsep
Bandar Selamat boleh tercapai. Indikator komuniti ini digunakan untuk mengukur
kekuatan komuniti seiring dengan program-program sosial yang dijalankan di
kemudahan awam di dalam sesebuah kelompok.
2.4.3.3 Kemudahan Awam Sebagai Pusat Komuniti
Pusat komuniti dilihat mempunyai peranan kepada komuniti iaitu untuk
mewujudkan interaksi antara ahli-ahli komuniti dan menerapkan rasa tanggung-jawab
kepada ahli-ahli lain. Ia juga berfungsi untuk membentuk ahli-ahli komuniti supaya
aktif tanpa mengira bangsa dan agama.
Sebuah pusat komuniti yang mempunyai kemudahan yang pelbagai dan dapat
digunakan secara meluas oleh komuniti setempat. Antaranya melalui penyediaan
35
ruang rekreasi awam seperti ‘courtyard’, surau, dewan serbaguna dan sebagainya.
Ruang-ruang ini dapat mewujudkan semangat berkomuniti, perpaduan dan kejiranan
dalam kawasan perumahan bagi menentang kegiatan jenayah.
Menurut Kamus Dewan, [2002] perkataan ‘Kemudahan’ mempunyai maksud
perihal atau keadaan mudah, kesenangan, keselesaan pihak-pihak yang tertentu
hendaknya melengkapkan segala sesuatu untuk rakyat. Manakala perkataan ‘Awam’
pula bermaksud umum atau terbuka kepada semua orang, tempat, kenderaan dan
kemudahan.
Menurut Saleha Md. Arif, [1999] kemudahan awam/sosial ini adalah sebuah
bangunan yang mempunyai ‘sense of identity’ dan sebagai pusat untuk mengatasi
masalah-masalah komuniti. Gabungannya dengan program serta aktiviti-aktiviti
pembelajaran, kebudayaan serta aktiviti tahunan menjadikannya sebuah tempat yang
amat diperlukan oleh sesebuah komuniti.
Rogers [1981], mentafsirkan sebuah pusat komuniti adalah pusat yang
menyediakan perkhidmatan untuk kawasan kejiranan tersebut seperti dewan
serbaguna, gelanggang permainan, bilik-bilik untuk mesyuarat dan aktiviti dalam
bangunan dan mini perpustakaan. Ianya juga boleh terdapat kedai-kedai yang
menawarkan perkhidmatan tertentu seperti dobi dan pusat video.
Menurut De Chiara [1984], pusat komuniti adalah sebuah bangunan yang
menyediakan ruang aktiviti bagi semua golongan sama ada kanak-kanak, muda dan
tua. Ia merupakan sebuah tempat yang membolehkan ahli komuniti mengadakan
mesyuarat, beriadah dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa sebuah
kawasan layak mempunyai satu pusat komuniti dengan keluasan di antara 75,000
hingga 10,000 kaki persegi bagi setiap 25,000 orang penduduk. Pusat komuniti
mempunyai tampungan kawasan seluas ½ hingga ¾ batu radius. Lokasinya pula
terletak di dalam kawasan taman dan berdekatan dengan perhentian bas dan keretapi
untuk memudahkan aksessibiliti bagi memudahkan komuniti berjalan kaki maksima
½ batu.
36
Menurut piawaian perancangan antara kemudahan awam yang lazimnya
terdapat di pusat komuniti di petempatan bandar yang terancang di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu kemudahan keselamatan, kemudahan pendidikan dan
kemudahan rekreasi. Piawaian perancangan bagi kemudahan yang digariskan oleh
Jabatan Perancang Bandar dan Desa, [2000] [Rujuk Lampiran B].
i. Kemudahan Keselamatan
Kemudahan keselamatan adalah penyediaan sesuatu untuk komuniti bagi
mempermudahkan komuniti berurusan berkaitan dengan keselamatan, kesejahteraan
dan keamanan mereka. Pelbagai kemudahan keselamatan telah disediakan di kawasan
perumahan antaranya balai polis, pondok polis, bit, balai bomba, rukun tetangga dan
sebagainya.
ii. Kemudahan Pendidikan
Kemudahan pendidikan disediakan di kawasan perumahan bagi
mempermudahkan komuniti berinteraksi di kawasan sekolah semasa menghantar anak
dan sebagainya. Kemudahan pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah dan taman didikan kanak-kanak [tadika].
c. Kemudahan Rekreasi
Kemudahan rekreasi merupakan pusat komuniti sosial yang menyediakan
ruang aktiviti bagi semua golongan sama ada kanak-kanak, muda dan tua. Ia
merupakan sebuah tempat yang membolehkan ahli komuniti mengadakan mesyuarat,
beriadah seperti kawasan lapang, dewan dan sebagainya.
2.4.3.4 Program Sosial
Kemudahan-kemudahan awam tidak akan dapat berfungsi jika tiada aktiviti
sosial dilakukan. Aktiviti-aktiviti tersebut boleh diadakan dengan menyediakan
37
pelbagai program-program yang melibatkan penyertaan komuniti. Program ini juga
diwujudkan supaya setiap jiran akan berpeluang untuk mengenali jiran mereka dengan
lebih dekat lagi dan seterusnya merapatkan hubungan. Menurut Jabatan Perancang
Bandar dan Desa, [2004] program-program tersebut juga perlu ditubuhkan supaya
dapat meningkatkan kesedaran, pendidikan dan kewaspadaan komuniti dalam
menangani gejala keganasan dan jenayah. Antara program-program sosial yang telah
dilaksana adalah:-
i. Pengawasan Kejiranan [Neighbourhood Watch]
Pengawasan Kejiranan adalah satu program yang mana komuniti setempat
membabitkan diri mereka mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka,
serta melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada Polis. Dalam erti kata
lain, ia merupakan satu perkongsian tanggungjawab untuk menjadikan kawasan
tempat tinggal mereka lebih selamat. Hal ini bukanlah bermakna komuniti mengambil
alih tugas-tugas Polis, tetapi menggunakan sumber-sumber Polis yang bernilai itu
lebih berkesan.
Sebelum Program Pengawasan Kejiranan ditubuhkan, komuniti setempat
hendaklah menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan ‘Kumpulan
Pengawasan Kejiranan’. Setiap kumpulan terdiri dari 10 hingga 20 jiran atau bilangan
yang difikirkan wajar kepada satu-satu kawasan kecil seperti dalam sederetan
sesebuah jalan atau lorong.
Pengawasan tidak semestinya bermaksud mengadakan rondaan. Ahli-ahli
kumpulan tidak semestinya menjalankan rondaan tetapi mereka hendaklah sentiasa
mengawasi kawasan masing-masing dan sekiranya terdapat perkara yang luar biasa,
ianya haruslah dilaporkan kepada polis dengan segera. Mereka juga tidak semestinya
membuat tangkapan tetapi mempunyai kuasa menangkap seperti dalam Kanun Acara
Jenayah.
38
Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil yang dipanggil ‘penyelaras
Kumpulan’. Beliau bekerja rapat dengan ahli-ahli komunitinya dengan Polis.
Pemilihan penyelaras dilihat atas persetujuan semua ahli-ahli. Beliau
bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat.
ii. Rakan COP
Program kepolisan masyarakat ini diperkenalkan oleh Polis Kuala Lumpur
pada 9 Ogos 2004. Pendekatan program ini adalah realistik, praktikal dan mudah
diterima oleh orang ramai . Ia juga merupakan satu ‘break-through’ dalam hubungan
polis / orang ramai dalam membantu memerangi jenayah.
Rakan COP bererti rakan Polis. ’COP’ adalah singkatan dari perkataan
’Cooper’ yang diberikan kepada anggota Polis. Di Amerika Syarikat, panggilan COP
kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan lebih mesra digunakan. Ia
telah dilaksanakan ke kawasan perumahan, pada dahulunya hanya di kawasan
bandaraya sahaja. Rakan COP adalah medium perantaraan untuk merapatkan jurang
antara polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk
merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan komuniti melalui pendekatan yang
lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan tersusun.
Rakan COP bertujuan untuk meringankan beban polis dengan menyerahkan
sebahagian tanggungjawab menjaga keamanan / ketenteraman kepada orang ramai
[empowerment]; kurang pergantungan komuniti kepada polis; meningkatkan
keyakinan orang ramai terhadap sistem respons polis; mewujudkan saluran yang tepat
bagi orang ramai untuk menghubungi polis; kehadiran polis lebih dirasai walaupun
ketiadaan polis secara fizikal; mewujudkan perasaan tanggungjawab bersama [shared
responsibility] dalam menangani masalah jenayah; dan menepati konsep ’mesra, cepat
dan betul ’.
Sebelum penubuhan Rakan COP, komuniti kurang mempedulikan apa yang
berlaku di persekitaran dengan alasan tidak mahu menjaga ’tepi kain orang’ walaupun
jenayah berlaku di depan mata. Kelebihan Rakan COP adalah segala maklumat dapat
39
disalurkan lebih cepat kerana pusat operasi yang bertindak sebagai pusat penerimaan
maklumat akan terus menyalurkan kepada pasukan bertugas.
iii. Pendidikan
Beberapa bentuk pendidikan terhadap jenayah yang diberikan oleh pihak polis
dan pihak yang berkenaan kepada pelbagai lapisan komuniti, antaranya :-
a. Program Polis Sekolah;
b. Program Media Massa / Penerbitan; dan
c. Kegiatan Sosial
Pendidikan terhadap pembangunan remaja perlu memberi penekanan kepada
unsur-unsur salasiah diri, kesopanan, ketaatan terhadap ibu bapa, menghormati jiran
tetangga dan sebagainya. Pendekatan sebegini adalah penting untuk membangunkan
remaja yang bersahsiah tinggi, berdikari, berdisplin dan berupaya menghadapi
cabaran.
Pendidikan merupakan saluran utama untuk menerapkan nilai-nilai moral
kepada golongan muda. Selain itu, pendidikan juga berperanan memberi kesedaran
dan maklumat kepada orang ramai tentang kepentingan Bandar Selamat dan
tanggung-jawab masing-masing untuk mencegah kegiatan jenayah melalui ceramah,
dialog, forum dan kursus-kursus berkaitan.
iv. Kesedaran Masyarakat
Kesedaran perlu disemai terhadap komuniti tentang konsep dan pelaksanaan
Bandar Selamat di kalangan minda masyarakat. Melaksanakan aktiviti-aktiviti
komuniti secara berterusan dapat mempertingkatkan kesedaran masyarakat dan
semangat kesetiaan yang tinggi antara satu sama lain. Langkah-langkah keselamatan
seperti memastikan rumah dikunci dan memasang lampu semasa ketiadaan boleh
mengelakkan pencerobohan pencuri. Manakala pandangan sesuatu ruang seharusnya
40
tidak terlindung oleh sebarang objek perlu diambilkira dalam melaksanakan usaha
pencegahan jenayah.
v. Rukun Tetangga
Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah
membolehkan komuniti sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan
kediaman mereka. Program ini kemudiannya diperbaharui semula oleh Jabatan
Perpaduan Negara dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa
kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini
peranan Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan
komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam komuniti
akan terus berkekalan dan berterusan.
Perubahan demi perubahan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan
peranan dan fungsi Rukun Tetangga agar menjadi sebuah pertubuhan yang disegani
dan mempunyai imej yang tinggi di kalangan komuniti khususnya komuniti setempat
dan menjadikan Rukun Tetangga sebagai sebuah pertubuhan, tempat rujukan atau
naungan kepada komuniti di kawasan perumahan. Sebagai komuniti yang mengaku
cintakan negara seharusnya memainkan peranan yang utama dalam membangunkan
komuniti di kawasan persekitaran agar menjadi komuniti yang sihat dan teguh dari
segala macam ancaman gejala sosial yang boleh merosakkan komuniti itu sendiri.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah
ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan
berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006
Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029
aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan komuniti setempat berkenalan,
bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan
hubungan diperingkat akar umbi di antara pihak Polis dengan komuniti dan di antara
komuniti pelbagai keturunan, adat dan budaya.
41
vi. Persatuan Belia
Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke era negara maju, kita
memerlukan para pemimpin di peringkat akar umbi yang berwibawa bagi membantu
agenda kerajaan agar negara ini disegani di dunia antarabangsa. Untuk tujuan itu,
kerajaan memerlukan tenaga sukarela seperti Persatuan Belia yang benar komited
dengan tanggungjawab mereka tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau ganjaran.
Persatuan Belia ini dianggotai oleh pemuda-pemuda kawasan perumahan
tersebut. Namun persatuan belia ini tidak semestinya ditubuhkan secara berasingan
iaitu ianya digabungkan terus dengan rukun tetangga. Kedua-dua pertubuhan ini
bertindak sebagai pengawal keselamatan dan kebajikan komuniti di kawasan tersebut
seperti membuat kawalan pada waktu malam secara bergilir, mengadakan gotong-
royong membersihkan dan mencantikkan kawasan dan ketika mengadakan kenduri di
masjid-masjid atau di tempat ibadat yang lain mengikut kepercayaan dan anutan
masing-masing.
Persatuan Belia perlulah memimpin komuniti di kawasan masing-masing dan
memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memerangi kegiatan jenayah.
Sebagai komuniti yang mengaku cintakan negara seharusnya memainkan peranan
yang utama dalam membangunkan komuniti di kawasan kita agar menjadi komuniti
yang selamat dan aman dari segala macam ancaman jenayah. Adalah tidak adil untuk
menyalahkan kerajaan jika kawasan kediaman diancam oleh penjenayah.
Kerajaan akan membantu apa juga yang terdaya bagi memastikan setiap
tugasan yang dijalankan itu beroleh kejayaan. Pemimpin Persatuan Belia, haruslah
berfikiran jauh dengan membantu komuniti tanpa mengharapkan kepada bantuan
kerajaan. Jabatan Perpaduan Negara juga diminta agar meneruskan usaha sebegini
pada masa akan datang dalam usaha melahirkan komuniti yang berilmu dan berfikiran
jauh ke hadapan.
42
2.5 Aspek Komuniti Dalam Menjayakan Bandar Selamat : Pengalaman
Negara Luar
Negara-negara luar juga mempunyai beberapa program pencegahan jenayah
melalui penglibatan komuniti di dalam perlaksanaan konsep Bandar Selamat.
Bertujuan untuk mewujudkan sebuah bandar yang bebas daripada kegiatan jenayah
dan perasaan takut terhadap jenayah [fear of crime] oleh penduduk.
2.5.1 Program Skim Pengawasan Kejiranan [Neighborhood Watch Scheme]
Program Skim Pengawasan Kejiranan ini telah diperkenalkan di Michigan,
Canada, Florida, Washington DC dan Brunei Darussalam. Ia juga dikenali sebagai
Program Pengawasan Blok Kejiranan [Community Block Watch], Pengawasan Blok
[Block Watch], Pengawasan Jenayah [Crime Watch], Kepolisan Masyarakat
[Community Policing] dan Pengawasan Bandar [Town Watch]. Program ini lebih
berkonsepkan ‘neighbors helping neighbors’ dan boleh mengwujudkan identiti dan
kebanggaan komuniti terhadap penempatan mereka.
Program ini telah dilaksanakan oleh Pihak Keselamatan bagi membolehkan
rakyat berganding bahu memerangi semua bentuk jenayah dan perkara-perkara yang
boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman terutama di kawasan kediaman.
Dengan wujudnya program ini maka lebih mudah pihak Polis menandatangani
masalah jenayah di negara amnya.
Pihak Polis tersebut hanya memfokus kepada kawasan mengikut sempadan
sahaja. Mereka ini akan bertanggung-jawab untuk mengenali dan berinteraksi dengan
penduduk setempat mengikut zon masing-masing bagi memastikan suasana kejiranan
dan mengawal keselamatan penduduk tersebut.
Pos Kejiranan Polis juga diwujudkan di dalam program ini. Ia merupakan
tempat untuk masyarakat menyalurkan maklumat-maklumat jenayah dan aktiviti yang
dicurigai di kawasan perumahan khususnya dan memudahkan pasukan Polis
43
melaksanakan perancangan program pencegahan dan penguatkuasaan yang berkesan
mengikut kawasan.
Kelompok kejiranan yang maksimum adalah 10 hingga 15 rumah sahaja dan
perlu dianggotai oleh jiran-jiran yang berminat sahaja. Mesyuarat di adakan sekurang-
kurangnya seminggu sekali dan faktor perbincangan utama adalah tahap keselamatan
rumah, ‘expectations‘ daripada jiran dan sebarang permintaan daripada jiran. Selain
daripada itu Pelan Kejiranan diwujudkan bagi memudahkan komuniti tersebut.
Program ini membuat pengawasan yang melibatkan seseorang yang menjerit
atau teriak meminta pertolongan, seseorang yang melihat ke arah tingkap pada
kawasan tempat letak kenderaan, kebisingan yang mencurigakan, pengeluaran harta
benda dari rumah ketika penghuni tiada, kenderaan yang bergerak perlahan seperti
tiada arah tujuan dan seseorang yang memberhentikan kenderaan dan bercakap
dengan kanak-kanak atau warga emas.
Bagi menyertai Program Skim Pengawasan Kejiranan, ahli-ahlinya tidak perlu
meronda pada waktu malam. Ia perlu melihat dan mendengar perkara-perkara yang
diragui sahaja pada kawasan perumahan mereka dan sekitarnya. Kemudian mereka
cuma menelefon kepada pihak Polis, ketua komuniti dan tuan punya rumah yang
berkaitan. Maklumat-maklumat yang bekaitan jenayah yang berlaku di kawasan
perumahan mereka akan diberitahu dari semasa ke semasa bagi memperingati
daripada berlakunya kecuaian yang terdedah kepada penjenayah.
2.5.2 Kempen Kesedaran Masyarakat Terhadap Jenayah
Kempen Kesedaran Masyarakat ini di wujudkan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat betapa pentingnya penyatuan komuniti serta menarik minat
masyarakat bagi menyertai program-program yang di adakan untuk membenteras
jenayah di kawasan Bandar Selamat. Kempen ini di adakan di daerah Canterbury,
Bandar Kent di Timur Selatan England. Kempen-kempen yang dibuat untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya jenayah adalah :-
44
i. Kempen tentang betapa bahayanya jenayah dan risiko yang bakal diterima
oleh orang ramai terutama pada kawasan perumahan ;
ii. Sekurang-kurangnya sebulan sekali, perlulah mengemas-kini, memelihara dan
‘promote’ ahli-ahli komuniti yang baru melalui laman ‘website’ dan
sebagainya;
iii. Pihak Polis akan memberitahu penduduk mengenai statistik dan jenis-jenis
jenayah yang dapat diselesaikan. Dengan cara ini setiap komuniti akan merasa
yakin dan selamat bila bekerja-sama dengan pihak Polis; dan
iv. Memberi pendidikan bahawa perkara yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ dilakukan
semasa mengalami peristiwa-peristiwa cemas semasa berhadapan dengan
penjenayah.
Konsep yang dibuat oleh negara ini hampir sama dengan negara-negara yang
lain iaitu Pengawasan Kejiranan [Neighborhood Watch]. Cuma ia lebih menekankan
kepada kesedaran masyarakat bagi mencapai Konsep Pengawasan Kejiranan ini. Serta
lebih kepada menimbulkan semangat yakin terhadap diri masing-masing dan orang di
sekitar mereka bagi mengurangkan kadar jenayah dan berganding bahu bersama pihak
Polis untuk menyelesaikannya.
2.5.3 Cara Memperkenalkan Pencegahan Jenayah
Kawasan perumahan Hillsborough di Florida kebanyakan begitu takut
terhadap jenayah. Kerajaannya telah mengambil langkah memperkenalkan beberapa
cara untuk mengurangkan kadar jenayah, antaranya adalah :-
45
i. Kepada pihak komuniti ;
a. Program pencegahan dari berlakunya jenayah ;
b. Program menyangkal penjenayah dari memasuki kawasan perumahan
dari aspek fizikal ;
c. Program memahami serba-sedikit mengenai proses mahkamah ;dan
d. Kempen ‘Hubungi pihak Polis – 911’ jika terlihat atau terdengar
perkara yang mencurigakan.
ii. Kepada pihak Polis dan Jabatan-Jabatan yang berkenaan ;
a. Mengwujudkan konsep perancangan/susunatur bandar yang boleh
mencegah kadar jenayah – Pihak Berkuasa Tempatan ;
b. Perlu kemas kini dan mengemukakan statistik dan jenis-jenis jenayah
di setiap kawasan kejiranan ; dan
c. Perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap
penjenayah.
Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab pihak berkuasa,
komuniti memainkan peranan penting dalam melindungi diri, keluarga dan jiran
tetangga. Jika anda melihat kejadian jenayah, anda perlu melaporkannya kepada balai
polis yang berhampiran atau mendail nombor kecemasan.
2.5.4 Program ‘ Safe Neighborhood Initiative ‘ [SNI]
Massachusetts di Amerika Utara telah mengwujudkan program ‘Safe
Neighborhood Initiative’ [SNI] yang lebih kepada kerjasama dan bergerak seiring
antara penduduk dengan Pihak Berkuasa Tempatan [PBT] di dalam mengurangi
jenayah yang amat berleluasa. Penglibatan komuniti dan kerajaan adalah :-
46
i. Komuniti
Komuniti memainkan peranan penting dalam ‘Safe Neighborhood Initiative’
[SNI] kerana komuniti tahu apa masalah mereka dan cara penyelesaiannya.
ii. Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan kemudahan yang lebih
efisyen bagi memudahkan pihak komuniti berinteraksi sesama mereka supaya mereka
dapat berkerjasama menangani masalah jenayah.
Prinsip utama dalam program ‘Safe Neighborhood Initiative’ [SNI] adalah
mengkoordinatkan pemakaian undang-undang dan pencegahan, campurtangan dan
tindakan dalam menyelesaikan masalah jenayah. Kejayaan ‘Safe Neighborhood
Initiative’ [SNI] adalah penduduk di kawasan komuniti tersebut merasa bangga untuk
menetap di kawasan tersebut tanpa memikirkan masalah jenayah, Pihak Berkuasa
Tempatan dan penduduk telah menghidupkan kembali suasana yang menakutkan
kepada sebuah kawasan yang ceria serta penyelesaian atau pencapaian ini banyak
mendapat kerjasama daripada komuniti kerana mereka mengetahui masalah, punca
dan cara penyelesaiannya.
2.5.5 Program Pembaharuan Kejiranan ‘ Neighborhood Renewal ‘
Program Pembaharuan Kejiranan [Neighborhood Renewal] telah
diperkenalkan di Brighton, South Coaft England. Program ini hampir sama dengan
Program Pengawasan Kejiranan tetapi perbezaannya adalah program ini di wartakan
di dalam Pelan Tindakan Strategi Negara. Konsep ini telah diperkenalkan kepada 88
Pihak Berkuasa Tempatan. Perbaharuan Kejiranan ini berkonsepkan pembaharuan
semula komuniti sesama jiran di dalam menangani masalah jenayah. Antara tindakan
yang di buat oleh program ini adalah :-
47
i. Komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan akan bekerjasama membuat
perancangan dan aktiviti-aktiviti bagi mengwujudkan kualiti di dalam
perumahan melalui ‘blueprint’ ;
ii. Sentiasa memeriksa semua kemudahan awam dan asas di dalam keadaan yang
baik pada setiap masa ;
iii. Membuat rondaan oleh pihak komuniti dan polis. Segala pelan dan carta
organisasi dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan [PBT]. Wakil komuniti
akan berurusan dengan PBT dalam semua urusan ;
iv. Penyelesaian bermula daripada masalah yang timbul. Pihak yang terlibat akan
membuat tindakan keatas masalah yang timbul dari semasa ke semasa ; dan
v. Keahlian dibuka melalui laman web dan beberapa iklan akan dibuat bagi
menggalakkan keahlian baru.
Program Pembaharuan Kejiranan ini, tindakan akan dibuat berdasarkan aduan
daripada masyarakat dan akan menandatanginya bersama berdasarkan idea-idea
daripada penduduk setempat.
48
2.6 Rumusan
Pengaruh era globalisasi terhadap pembangunan negara amnya, dan
pembangunan bandar khasnya, merupakan salah satu ancaman utama yang perlu
ditangani, salah satunya adalah masalah jenayah. Konsep Bandar Selamat merupakan
sebuah konsep yang amat berkesan di dalam menangani masalah tersebut. Terdapat
tiga aspek yang dikenalpasti oleh Jabatan Perancang Bandar & Desa pada tahun 2004
bagi membentuk konsep Bandar Selamat, antaranya adalah aspek pembangunan
komuniti, reka bentuk persekitaran dan pihak keselamatan. Boleh dirumuskan ketiga-
tiga aspek ini mempunyai kepentingan tersendiri di dalam menangani masalah
jenayah.
Untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, tidak salah jika negara
Malaysia membandingkan pembangunan bandar dengan negara-negara barat yang
maju berdasarkan ‘best practice’ yang telah diamalkan dan kebanyakannya berjaya
mewujudkan ‘sense of safety’. Program Bandar Selamat telah berjaya mengikat
kerjasama semua pihak iaitu agensi-agensi kerajaan dan swasta dan penduduk
tempatan untuk membenteras dan mengurangkan kegiatan jenayah serta dapat
membentuk gaya hidup dan sahsiah peribadi yang baik. Walaupun pelbagai bentuk
pembaharuan persekitaran fizikal dan kemudahan keselamatan diwujudkan tetapi
tiada komuniti yang baik sesama penduduk maka tujuan untuk membenteras jenayah
tidak akan berjaya.
Dalam konteks Malaysia, pelaksanaan konsep Bandar Selamat telah
dilaksanakan pada tahun 2004, namun aspek komuniti masih ditahap rendah dan
kurang dititik-beratkan. Oleh itu, kawalan di peringkat awam dan bermula di rumah
adalah perlu. Justeru, aspek komuniti perlu ditekankan seiring dengan aspek-aspek
yang lain dalam konsep pelaksanaan konsep Bandar Selamat supaya konsep ini dapat
direalisasikan selaras dengan strategi utama negara yang memberi tumpuan terhadap
pembangunan manusia dan pada masa yang sama menyediakan kualiti hidup yang
lebih baik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Melalui pendekatan
perancangan yang baru dan inovatif diharap dapat ditangani dengan lebih
komprehensif dan bersepadu.
49
BAB III
ANALISIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, maklumat yang diperolehi berkenaan jenayah dan komuniti
di kawasan kajian akan di perjelaskan. Terdapat tiga bahagian di dalam bab ini.
Bahagian yang pertama melihat aspek fizikal kawasan kajian seperti susunatur
perumahan, persekitaran perumahan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Bahagian yang kedua pula menghuraikan profail responden, pandangan terhadap
tahap keselamatan perumahan, pandangan terhadap tahap komuniti, pandangan
terhadap tahap berpersatuan, pandangan terhadap tahap kepercayaan antara komuniti,
pandangan terhadap aspek komuniti di dalam pencegahan jenayah dan pandangan
responden bagi menangani kadar jenayah di Bukit Jelutong. Bahagian seterusnya
menjelaskan penemuan kajian dari aspek tahap keselamatan dan tahap komuniti.
50
3.2 Senario Kejadian Jenayah di Bukit Jelutong
Bukit Jelutong merupakan kawasan yang di pilih sebagai kawasan kajian.
Taman perumahan yang di rancang ini telah dibangunkan dan telah berpenghuni pada
awal tahun 2000 mengikut fasa. [Rujuk Rajah 3.1] Lokasi yang strategik dan
perancangan yang eksklusif merupakan kelebihan kepada kawasan kajian. Namun,
jenayah tidak mengira kawasan atau kedudukan, ia tetap berlaku. Kebanyakan
jenayah yang berlaku di kawasan kajian meliputi jenayah kekerasan dan jenayah harta
benda. Statistik jenayah ini meliputi keseluruhan Bukit Jelutong termasuk kawasan
perindustrian dan perniagaan yang meliputi kawasan seluas 2,205.03 ekar. Purata
kejadian jenayah yang dianggarkan adalah 9 kes seminggu. Mengikut laporan dari
Balai Polis Bukit Jelutong (2006), jenayah di kawasan ini kebanyakkan melibatkan
orang persendirian sama ada dari dalam dan luar kawasan kajian.
Jumlah kes kejadian jenayah kekerasan yang berlaku di kawasan kajian adalah
rendah berbanding jenayah harta benda. Kejadian samun bersenjatapi adalah kes yang
Sumber : Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Bandaraya Shah Alam, 2006
Fasa U8/1 Fasa U8/2
Fasa U8/3
Rajah 3.1 : Pembahagian Fasa Sedia ada di Kawasan Kajian
51
tertinggi dicatatkan di antara kes-kes yang lain dari tahun 2003 hingga tahun 2005.
Manakala kes senjata berkawan bersenjatapi pula mencatat kes kedua tertinggi pada
tahun 2003 hingga 2005. Walaupun kadar jenayah kekerasan meningkat hanya kepada
2 kes dari tahun 2003 hingga 2005, namun ia masih di tahap yang membimbangkan
penduduk bagi melakukan aktiviti seharian. Kes bunuh, cuba bunuh dan rogol
merupakan kes jenayah yang kurang berlaku dari tahun 2003 hingga tahun 2005.
Kes samun bersenjatapi ini berlaku, dijelaskan oleh pihak polis adalah
disebabkan penduduk luar terutama dari penduduk-penduduk setinggan yang
berdekatan, kebanyakannya dari kaum India. Namun mengikut pihak polis, kes ini
masih di dalam kawalan kerana penjenayah bersenjatapi melibatkan hanya 2 kes
pembunuhan. Jenayah yang melibatkan kes bunuh adalah kurang membimbangkan
kerana statistik menunjukkan kes tersebut hanya ditahap minimum dari tahun 2004 ke
tahun 2005.
Rajah 3.2 : Kejadian Jenayah Kekerasan di Bukit Jelutong, 2003 - 2005
Bukit Jelutong juga telah mencatatkan kadar jenayah harta benda [87 peratus]
yang tinggi berbanding jenayah kekerasan. Kadar jenayah harta benda mula menurun
[27 peratus] pada tahun 2005. Manakala kes yang paling tinggi dari tahun ke tahun
Sumber : Laporan Statistik, Balai Polis Bukit Jelutong [U8], Shah Alam, September 2006
0
10
20
30
40
50
60
70
Bil
Jena
yah
Kek
eras
an
Tahun 2003 2 - 6 12 23 11 - - 54
Tahun 2004 1 - 13 4 33 2 - 7 60
Tahun 2005 - 3 14 - 10 2 3 20 52
Bunuh Cuba Bunuh
S.B.Senjatapi
S.B.T.Senjata
S.Bersenjata
S.T.Bersenjata
Rogol Cedera Jumlah
52
0
100
200
300
400
500
Bil
Jena
yah
Har
ta B
enda
Tahun 2003 44 14 113 23 12 14 143 363
Tahun 2004 51 19 151 26 10 7 192 456
Tahun 2005 38 32 121 23 7 4 133 358
P.Rumah Malam
P.Rumah Siang
Curi Motor
Curi Kereta
Curi Pajero/V Ragut Lain-
Lain Curi Jumlah
melibatkan kecurian duit, jam, kamera, telefon bimbit dan sebagainya. Ini terjadi
semasa pecah rumah atau kecuaian individu semasa sembahyang di surau.
Rajah 3.3 : Kejadian Jenayah Harta Benda di Bukit Jelutong, 2003 - 2005
Merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada pihak polis, waktu yang
sering berlakunya jenayah harta benda adalah pada waktu tengah malam di antara
pukul 11 malam hingga 3 pagi dan kejadian ini meningkat terutamanya pada musim
cuti sekolah, hari perayaan dan hujung minggu.
3.3 Susunatur dan Kemudahan di Bukit Jelutong
3.3.1 Susunatur Perumahan
Perumahan di Bukit Jelutong mempunyai beberapa unit kejiranan mengikut
fasa [rujuk Rajah 3.1] yang terdiri daripada pelbagai jenis rumah dan disediakan
dengan beberapa kemudahan. Setiap unit kejiranan mempunyai bilangan antara 700
hingga 800 unit rumah. Bukit Jelutong menyediakan pelbagai jenis rumah antaranya
rumah sesebuah, berkembar, teres dan pangsapuri. Kawasan kajian tidak meliputi
Sumber : Laporan Statistik, Balai Polis Bukit Jelutong [U8], Shah Alam, September 2006
53
rumah pangsa kerana ia dijadikan sebuah kelompok perumahan sahaja dan segala
kemudahan disediakan di dalam kelompok tersebut. Jadual 3.1 menunjukkan jenis
kemudahan yang disediakan di Bukit Jelutong dan unit kejiranannya.
Jadual 3.1 : Kemudahan Yang Disediakan di Kawasan Bukit Jelutong dan Unit
Kejiranan
Bil Lokasi Jenis Kemudahan Unit Kemudahan Keselamatan
Pejabat Keselamatan Balai Bomba Balai Polis
1 1 1
Kemudahan Rekreasi
Padang Golf Padang Bola Pusat Kebajikan Masjid Dewan MBSA
1 1 1 1
1. Bukit Jelutong
Kemudahan Pendidikan
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
1 1
Kemudahan Keselamatan
Pondok Pengawal 1
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan ‘Green Pocket’ Surau
1 5-8 1
2. Setiap Unit Kejiranan
Kemudahan Pendidikan
Tadika 1
Kemudahan Keselamatan
Pondok Pengawal 1
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan Kolam Renang Surau
1 1 1
3. Kelompok Pangsapuri
Kemudahan Pendidikan
Tadika 1
Susunatur perumahan di Bukit Jelutong mempunyai rekabentuk dan kualiti
alam sekitar yang baik kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Antaranya terdapat ’single entry’ atau ‘single access points’ bagi setiap unit kejiranan.
Ini bagi memudahkan pengawasan untuk mencegah penjenayah. Rajah 3.4
menunjukkan ‘single entry’ di tiga fasa utama bagi memudahkan pengawasan oleh
komuniti di kawasan perumahan mereka.
Sumber : Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Bandaraya Shah Alam, 2006
54
’single entry’ atau ‘single access points’ ke kawasan perumahan
Rajah 3.4 : Konsep ‘Single entry’ di Kawasan Kajian Bertujuan Memudahkan Pengawasan Oleh Komuniti
55
Perancangan di Bukit Jelutong mengambilkira rekabentuk berlandaskan
keselamatan dan perancangan yang mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan
oleh pihak berkuasa tempatan. Perancangan di Bukit Jelutong yang berlandaskan
keselamatan adalah :-
i. rekabentuk perumahan yang terancang;
ii. pagar rumah yang tidak mewujudkan sekatan pandangan [sightlines] orang
awam iaitu kurang dari 5 kaki dan menggunakan rekabentuk ‘chain-link’;
iii. jarak ruang bangunan antara jiran yang tidak mendorong ke arah jenayah iaitu
kurang dari 20 kaki;
iv. lampu jalan berhampiran rumah diletakkan bersesuaian bagi tujuan
keselamatan [jarak antara 30 kaki];
v. tumbuhan atau pokok di sekitar rumah sentiasa dijaga rapi supaya tidak
kelihatan semak dan menghalang pandangan orang awam;
vi. kawasan perumahan tidak dicampur dengan gunatanah yang lain kerana
gunatanah bercampur mempunyai risiko yang tinggi kepada jenayah; dan
vii. rekabentuk jalan raya kebanyakannya berbentuk ‘cul-de-sac’, ini bagi
menyukar penjenayah melarikan diri dan memudahkan penduduk mengawasi
pergerakan orang awam yang mencurigai.
Kesimpulannya sekitar unit kediaman tidak menghalang pandangan orang
awam dan sukar menjadi tempat persembunyian penjenayah.
Foto 3.1 : Pagar rumah dan landskap yang tidak menghalang penglihatan orang awam.
Foto 3.2 : Jalan berbentuk ‘cul-de-sac’ , menyukarkan penjenayah melarikan diri.
56
3.3.2 Kemudahan Keselamatan
Komuniti di kawasan kajian telah melantik ‘community security’ swasta untuk
menjaga keselamatan bagi menjamin tahap keselamatan yang baik di kawasan
perumahan mereka. Pihak ‘Homeguard’ telah dilantik dan dikawal selia oleh Bukit
Jelutong Resident Association (BJRA). Ia ditubuhkan semenjak tahun 2002.
Antara cara bagi mengawasi keselamatan di kawasan kajian adalah
menubuhkan pondok pengawal sementara, kereta peronda dan rondaan oleh ahli
keselamatan ‘homeguard’ beruniform untuk satu kawasan perumahan Bukit Jelutong.
Anggota ini membuat kawalan selama 24 jam mengikut giliran masing-masing.
Pendapatan pihak keselamatan ini dibayar secara terus oleh pihak komuniti Bukit
Jelutong melalui kutipan dari rumah ke rumah. Bayaran yang dikenakan oleh setiap
komuniti bergantung kepada jenis rumah yang didiami seperti rumah teres dikenakan
RM30.00 sebulan, rumah berkembar dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 sebulan
dan rumah sesebuah sebanyak RM95.00 sebulan.
Setiap keahlian didalam ‘Homeguard’ ini akan diberi pelekat di tiang rumah
masing-masing. Ini bertujuan untuk memudahkan atau melebihkan perhatian kawalan
oleh ahli keselamatan semasa rondaan dibuat. Ahli-ahli keselamatan ini
kebanyakannya terdiri daripada bekas askar dan berumur 45 tahun kebawah sahaja.
Foto 3.3 : Pondok pengawal diletakkan disetiap ‘access points’ kawasan kajian.
Foto 3.4 : Pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak BJRA bagi mengawasi kawasan kajian.
57
Foto 3.8 : ’Pocket green’ yang berkonsep ’ala-santai’.
Foto 3.6 & 3.7 : Padang ’skateboard’ dan padang permainan kanak-kanak, antara aktiviti rekreasi yang disediakan di kawasan kajian.
3.3.3 Kemudahan Rekreasi
Kawasan kajian menyediakan pelbagai jenis kawasan rekreasi seperti padang
golf, ‘skateboard area’, padang permainan kanak-kanak, padang bola, gelanggang
tennis, gelanggang bola keranjang, ‘jogging track’, ‘orchard farm’ diwujudkan di
setiap unit kejiranan bagi memudahkan mereka berinteraksi sesama komuniti dan
mesra pengguna.
Perletakan kawasan rekreasi ini juga
bersesuaian dan kebanyakannya berbentuk
‘pocket green’ yang berkonsep santai. Komuniti
merasa lebih selesa untuk berinteraksi
terutamanya di waktu petang atau di sebelah pagi
bersama jiran tetangga kerana ia terletak
berhadapan atau berdekatan perumahan mereka.
Foto 3.5 : Bukit Jelutong ’Golf Club’
58
Selain daripada kawasan lapang/permainan, terdapat pelbagai kemudahan
seperti surau, dewan yang mencukupi bagi setiap unit kejiranan. Kewujudan
kemudahan-kemudahan ini memberi satu kelebihan kepada komuniti untuk
berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih mudah.
Persatuan-persatuan tersebut aktif dengan pelbagai bentuk program seperti
karnival, gotong-royong, Kempen Merdeka, hari keluarga dan sebagainya. Program-
program ini bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain, mengeratkan hubungan
komuniti, menyuarakan pandangan dan komen, menjaga keselamatan kediaman dan
lain-lain.
Foto 3.9 : Dewan serbaguna merupakan lokasi penduduk untuk berkomuniti setiap bulan.
Foto 3.10 : Pelbagai persatuan diwujudkan di dewan mengikut unit kejiranan.
Foto 3.11 : Pelbagai kreativiti komuniti sempena Kempen Merdeka di kawasan kajian.
Foto 3.12 : Program gotong-royong sesame komuniti telah diadakan di kawasan kajian.
59
3.3.4 Kemudahan Pendidikan
Selain daripada kemudahan keselamatan dan kemudahan rekreasi terdapat
juga kemudahan pendidikan di kawasan kajian. Kemudahan pendidikan disediakan di
kawasan perumahan bagi mempermudahkan komuniti berinteraksi di kawasan
sekolah semasa menghantar anak dan sebagainya. Kemudahan pendidikan terdiri
daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan taman didikan kanak-kanak [tadika].
Terdapat sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Jelutong manakala
tadika disediakan di dalam setiap unit kejiranan di kawasan kajian.
Foto 3.13 : Tadika di sediakan di setiap unit kejiranan kawasan kajian
Foto 3.14 : Sekolah Menengah Bukit Jelutong sebagai kemudahan pendidikan di kawasan kajian
Foto 3.15 : Sekolah Rendah Bukit Jelutong di sediakan untuk komuniti di sini.
60
3.4 Program-Program Yang Telah Dilaksanakan di Bukit Jelutong
3.4.1 Program Keselamatan
Pelbagai pendekatan digunakan bagi memastikan keselamatan penduduk
terjamin seperti menjalankan rondaan tidak mengira masa oleh ‘Homeguard’.
Rondaan juga dibuat menggunakan motorsikal atau kereta peronda oleh pihak Polis
dan kebiasaannya seramai dua orang akan bertugas dalam satu jangka masa. Rondaan
oleh pihak Polis ini hanya diadakan dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang
sahaja.
Pihak ‘Homeguard’ akan melakukan rondaan di setiap unit kejiranan
perumahan dan apabila terlihat sesuatu yang mencurigakan, pemeriksaan akan
dilakukan sebelum membuat laporan terus ke Balai Polis Seksyen U8 yang terletak di
dalam kawasan kajian. Pihak polis juga bekerjasama dengan pertubuhan atau
persatuan yang terlibat dengan aktiviti mencegah jenayah seperti Kelab Rakan Muda,
Jabatan Pendidikan dan sebagainya. Pihak polis mengadakan program-program
pencegahan jenayah di kawasan kajian seperti Kempen Rumah Selamat dan Rakan
COP untuk memupuk samangat interaksi yang tinggi dan meningkatkan kesedaran
pentingnya menjaga keselamatan harta benda individu dan komuniti. Program seperti
ini boleh mewujudkan komitmen dan persefahaman antara kaum.
3.4.1.1 Kejayaan
Program ini telah mencapai kejayaan kerana penambahan keahlian di dalam
persatuan Bukit Jelutong Resident Association [BJRA] dari semasa ke semasa,
membantu penghuni menambah ilmu mengenai cara-cara untuk mengelakkan
kejadian jenayah terutama semasa mereka tiada di rumah. Kerjasama dan tindakan
daripada komuniti secara tidak langsung membantu mengawal peningkatan kadar
jenayah di kawasan perumahan.Secara tidak langsung dapat membantu pihak polis
melumpuhkan kegiatan jenayah dan membantu jiran mereka daripada risiko jenayah.
61
3.4.1.2 Halangan
Manakala halangan yang dilihat daripada perlaksanaan program-program
keselamatan ini adalah kurang komitmen oleh komuniti dan tiada kesedaran daripada
komuniti itu sendiri.
3.4.2 Program Pendidikan dan Kesedaran Masyarakat
Pada akhir tahun 2004, Kerajaan melalui Majlis Negara Bagi Kerajaan
Tempatan [MNKT] telah memperakukan perlaksanaan 3 strategi dan 23 langkah-
langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat. Dengan perakuan
tersebut, JPBD telah menjalankan pelbagai aktiviti penerangan, khususnya kepada
Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Bandaraya Shah Alam dan
Perbandaran dalam memahami dan mengambil tindakan untuk melaksanakan 23
langkah pencegahan Program Bandar Selamat. Majlis Bandaraya Shah Alam telah
melaksanakan beberapa program pendidikan melalui risalah mencegah jenayah seperti
kes ragut, rogol, menyamun, kecurian kenderaan, kempen kesedaran komuniti dan
sebagainya.
3.4.2.1 Kejayaan
Kejayaan yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan [Majlis Bandaraya
Shah Alam] di kawasan kajian adalah dapat memberi pendidikan kepada komuniti
bagi membantu mencegah jenayah di kawasan perumahan, mewujudkan komuniti
yang bersatu padu, mengurangkan statistik jenayah di kawasan perumahan sehingga
diiktiraf oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor sebagai sebuah
Bandar Selamat di negeri Selangor. Selain daripada itu melalui pendidikan juga ia
dapat meningkatkan rondaan kawasan perumahan oleh komuniti.
62
3.4.2.2 Halangan
Antara halangan adalah kekurangan kempen Program Bandar Selamat di
media massa dan kekurangan penglibatan yang serius oleh Pihak Berkuasa Tempatan
dengan komuniti di kawasan kajian mengenai program pendidikan ini. Ini kerana
Pihak Berkuasa Tempatan kekurangan peruntukan kewangan untuk mengedarkan
risalah jenayah pada setiap rumah dan kekurangan kakitangan untuk menguruskan
pembangunan komuniti dalam melaksanakan Bandar Selamat.
3.4.3 Program yang dijalankan oleh komuniti
Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 yang dinaungi oleh seorang
penghuni Bukit Jelutong dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa. Persatuan ini juga
dianggotai oleh semua penduduk di kawasan kajian. Persatuan ini merupakan
pertubuhan yang diwujudkan oleh komuniti Bukit Jelutong dan dibantu oleh Majlis
Bandaraya Shah Alam. Penubuhan Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] ini
bertujuan untuk menwujudkan komuniti yang terpelihara oleh jiran tetangga bagi
meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, kebajikan, keselamatan dan
persekitaran.
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] ini merupakan persatuan induk
kepada persatuan-persatuan lain di kawasan kajian. Persatuan Penduduk Bukit
Jelutong [BJRA] mengawal dan mentadbir persatuan-persatuan kecil seperti persatuan
masjid, persatuan surau, persatuan bolasepak, persatuan golf dan sebagainya.
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] juga menubuhkan laman web iaitu
www.bjra.com.my bagi keahlian yang terdiri daripada komuniti-komuniti di kawasan
kajian sahaja. Laman web ini menyediakan keterangan kawasan kajian, latarbelakang
BJRA, pertubuhan persatuan dan program-program yang telah dijalankan sahaja.
Rajah 3.4 menerangkan organisasi Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA].
63
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] ini merupakan ketua persatuan-
persatuan yang lain. Terdapat dua persatuan utama di bawah pentadbiran Persatuan
Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] ini iaitu Persatuan Keselamatan dan Pelbagai
Persatuan. Persatuan Keselamatan ini dijalankan oleh pihak swasta yang dilantik oleh
pihak komuniti dan diberi nama ‘Homeguard’. Manakala Pelbagai Persatuan ini
dijalankan oleh komuniti Bukit Jelutong itu sendiri. Terdapat pelbagai persatuan yang
telah ditubuhkan antaranya Persatuan Masjid, Persatuan Surau dan sebagainya.
Segala jenis persatuan dan program yang dijalankan di kawasan kajian
dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Balai Polis Seksyen U8. Ini bagi
memastikan segala masalah yang timbul di dalam persatuan tersebut dapat
diselesaikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong (BJRA)
Pelbagai Persatuan Persatuan Keselamatan
Persatuan Masjid Persatuan Surau Persatuan Bola Sepak Persatuan Wanita dan lain-lain
Persatuan ’Homeguards’
Di awasi oleh : Majlis Bandaraya Shah Alam
& Balai Polis Seksyen U8
Rajah 3.5 : Organisasi Persatuan Komuniti Bukit Jelutong [BJRA]
64
3.4.3.1 Kejayaan
Kejayaan yang telah dibuat oleh pihak komuniti di kawasan kajian adalah :-
i. memperbaiki/memelihara kualiti perkhidmatan [pengcahayaan, landskap,
kawasan rekreasi dan lain-lain] melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju
perumahan ;
ii. mengorganisasi persatuan seperti Persatuan Surau, Persatuan Sukan, Persatuan
Wanita dan lain-lain;
iii. menjamin perkhidmatan keselamatan daripada persatuan ‘Homeguards’ ; dan
iv. menyokong pelbagai program komuniti seperti karnival BJRA, Program
Pendidikan, mencari harta karun dan lain-lain.
3.4.3.2 Halangan
Manakala halangan yang dilihat daripada kewujudan persatuan-persatuan di
kawasan kajian oleh komuniti di sini adalah tidak aktif seperti yang diharapkan. Ini
disebabkan ramai penghuni ketiadaan masa untuk berpersatuan kerana sering
menghabiskan masa dengan urusan pejabat dan tiada kesedaran terhadap kepentingan
berpersatuan. Kekurangan program yang dijalankan dan hebahan atau promosi
terutama di laman web juga merupakan punca kepada halangan tersebut. Selain
daripada itu, persatuan dan program-program yang disediakan di kawasan kajian
hanya melibatkan golongan dewasa semata-mata. Tiada progam untuk golongan
remaja, sedangkan terdapat hampir 30 peratus golongan remaja di kawasan kajian
[BJRA].
65
0
5
10
15
20
25
30
Bila
ngan
Res
pond
en
Melayu Cina India Lain-LainBangsa
26 - 35 tahun 36 - 45 tahun46 - 55 tahun > 56 tahun
3.5 Profail Responden
3.5.1 Umur dan Bangsa
Kajian mendapati bahawa majoriti responden terdiri daripada golongan yang
aktif. Kira-kira 64 peratus [64 responden] berumur antara 36 hingga 45 tahun, [24
peratus] 24 responden pula antara 26 hingga 35 tahun dan selebihnya 56 tahun keatas.
Manakala bangsa pula, kawasan kajian mempunyai majoriti komuniti berbangsa
Melayu 50 peratus [50 responden] diikuti bangsa Cina 26 peratus [26 responden],
bangsa India 22 peratus [22 responden] dan lain-lain bangsa iaitu bangsa Inggeris 2
peratus [2 responden]. [rujuk Rajah 3.6]
Rajah 3.6 : Umur dan Bangsa Responden
3.5.2 Pendapatan Isirumah Mengikut Bangsa
Kajian mendapati 42 peratus [42 responden] mempunyai pendapatan
isirumah melebihi RM10,000 sebulan, 26 peratus [26 responden] berpendapatan
66
RM3,001 hingga RM5,000 sebulan dan 24 peratus [24 responden] mempunyai
pendapatan RM5,001 hingga RM10,000 sebulan. Segelintir responden [8 peratus]
memperolehi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ini menunjukkan
bahawa kawasan kajian majoriti diduduki oleh golongan berpendapatan sederhana
tinggi.
Jadual 3.2 : Pendapatan Isirumah
Pendapatan Isirumah Bilangan
Responden
Peratus
Responden
RM1,001 hingga RM1,500 6 6.00
RM2,001 hingga RM3,000 2 2.00
RM3,001 hingga RM5,000 26 26.00
RM5,001 hingga RM10,000 24 24.00
> RM 10,001 42 42.00
Jumlah 100 100.00
Kajian mendapati kaum Melayu kebanyakkannya 26 peratus [26 responden]
mempunyai pendapatan di dalam lingkungan RM5,001 hingga RM10,000 sebulan.
Manakala kaum Cina 13 peratus [13 responden] mempunyai pendapatan di dalam
lingkungan RM3,001 hingga RM5,000 sebulan. Kaum India pula 12 peratus [12
responden] mempunyai pendapatan di dalam lingkungan RM2,001 hingga RM3,000
sebulan sahaja. Bangsa Inggeris mempunyai pendapatan melebihi RM10,001 sebulan.
Umumnya 26 responden bangsa Melayu memperolehi pendapatan lingkungan
RM5,001 hingga RM10,000 sebulan, 13 responden memperolehi pendapatan
RM3,001 hingga RM5,000 sebulan. Manakala bangsa India 12 responden
memperolehi pendapatan lingkungan RM2,001 hingga RM3,000 sebulan dan bangsa
Inggeris memperolehi pendapatan isirumah melebihi RM10,000 sebulan. Manakala
pendapatan yang minimum RM1,001 hingga RM2,000 sebulan diterima oleh bangsa
India.
67
3.5.3 Taraf Pendidikan Responden
Taraf pendidikan formal responden adalah tinggi, di mana hampir separuh
iaitu sebanyak 90 peratus [90 responden] daripada mereka merupakan lulusan pusat
pengajian tinggi sama ada memiliki sijil, diploma ataupun ijazah. Ini menunjukkan
taraf pendidikan responden di kawasan kajian adalah berpendidikan tinggi. Manakala
8 peratus [8 responden] hanya mendapat pendidikan dari sekolah rendah dan 2
peratus [2 responden] pula hanya menamatkan pendidikan di sekolah menengah.
0
2
4
0
2
0
2
0
2
13
3
0
26
9
2
0
18
2
3
2
0 5 10 15 20 25 30
Melayu
Cina
India
Lain-LainB
angs
a
Bilangan Responden
RM1,001-RM1,500 RM2,001-RM3,000RM3,001-RM5,000 RM5,001-RM10,000>RM10,001
Rajah 3.7 : Jumlah Pendapatan Mengikut Bangsa
68
Jadual 3.3 : Taraf Pendidikan Responden
Taraf Pendidikan Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Sekolah rendah 8 8.00
Sekolah menengah 2 2.00
Kolej / Universiti 90 90.00
Jumlah 100 100.00
3.5.4 Tempoh Menetap
Aspek ini perlu bagi melihat tahap interaksi, semakin lama responden menetap
maka lebih ramai jiran yang dikenali dan lebih banyak perhubungan interaksi berlaku.
Hasil kajian mendapati 86 peratus [86 responden] telah menetap di kawasan kajian
selama lima tahun dan 14 peratus [14 responden] telah menetap selama 6 tahun.
Rajah 3.8 : Tempoh Menetap
5 Tahun86%
6 Tahun14%
69
3.6 Pandangan Terhadap Tahap Keselamatan Perumahan
3.6.1 Tahap Keselamatan Perumahan
Hasil kajian mendapati 88 peratus (88 responden) menyatakan bahawa tahap
keselamatan di kawasan Bukit Jelutong dikategori sebagai ‘baik’. Cuma segelintir
responden sahaja [4 peratus] yang memberi keterangan bahawa tahap keselamatan di
kawasan perumahan mereka berkeadaan ‘teruk’ kerana mereka pernah menjadi
mangsa jenayah.
.
Rajah 3.9 : Tahap Keselamatan Perumahan
3.6.2 Mengetahui Kegiatan Jenayah Dan Sumbernya
Kajian mendapati 80 peratus [80 responden] mengetahui tentang kegiatan
jenayah yang berlaku di kawasan perumahan mereka. Sumber kegiatan jenayah yang
berlaku di kawasan perumahan mereka diketahui melalui jiran [62 peratus] dan
mangsa jenayah [18 peratus]. [rujuk Jadual 3.4]. Keterangan di atas boleh
menunjukkan terdapat hubungan komuniti yang baik di dalam kelompok kediaman
Bukit Jelutong.
8
88
4
0 20 40 60 80 100
Bilangan Responden
Sangat baik
Baik
Teruk
Sangat teruk
Tah
ap k
esel
amat
an
peru
mah
an
70
Jadual 3.4 : Mengetahui Kegiatan Jenayah dan Sumbernya
Bagaimanakah anda mengetahui kegiatan jenayah tersebut?
Jumlah
Mangsa jenayah
Jiran Surat khabar
Lain-lain (tidak
mengetahui)
Bil. %
Ya 18 62 0 0 80 80.00
Tidak 20 20 20.00
Adakah anda mengetahui tentang kegiatan jenayah yg berlaku di kwsn perumahan?
Jumlah 18 62 0 20 100 100.0
3.6.3 Jenis-Jenis Jenayah Dan Waktu Sasaran
Sepanjang tempoh menetap di kawasan kajian, jenis jenayah yang sering
berlaku adalah berbentuk jenayah harta benda. Kebanyakan responden [70 responden]
telah memberi keterangan bahawa jenayah ini sering terjadi di kawasan perumahan
mereka. Waktu sasarannya adalah pada awal pagi [38 responden] sewaktu penghuni
keluarga bekerja dan waktu larut malam [30 responden] ketika penghuni sedang
nyenyak tidur.
Selain daripada pecah rumah, jenayah curi kereta juga berleluasa. Terdapat 16
peratus [16 responden] telah memberi kenyataan demikian. Waktu sasaran
kebanyakannya pada awal pagi. Manakala 2 peratus [2 responden] menyatakan
jenayah curi basikal dan 4 peratus [4 responden] jenayah menyeluk saku turut berlaku
di kawasan kajian.
Kajian mendapati kira-kira 12 peratus [12 responden] menyatakan jenayah
kekerasan iaitu samun tanpa bersenjatapi juga sering berlaku di kawasan kajian.
Manakala jenayah seperti mencederakan orang, samun berkumpulan tanpa senjatapi,
samun bersenjatapi dan cuba membunuh juga terdapat di kawasan kajian. Jenayah
yang sering terjadi di kawasan kajian adalah disebelah awal pagi berbanding sebelah
71
petang dan larut malam. Menurut Balai Polis Bukit Jelutong ini adalah disebabkan
oleh rumah yang tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.
Berdasarkan temubual bersama responden terdapat 9 kejadian jenayah di
kawasan kajian . Lima daripada jenayah kekerasan dan empat lagi daripada jenayah
harta benda. Jenayah kekerasan boleh dikategorikan sebagai kurang bahaya kerana
tidak melibatkan senjatapi dan tiada kes bunuh dilaporkan. Manakala terdapat 5
kejadian jenayah harta benda dan kebanyakannya adalah kes pecah rumah dan kes
curi kereta dan motosikal yang berpunca daripada kecuaian pemiliknya sendiri
[sumber Balai Polis Seksyen U8].
Jadual 3.5 : Kejadian Jenayah dan Waktu Sasaran
Waktu jenayah berlaku
Jenis jenayah Awal Pagi
Petang Larut Malam
Jumlah drpd keseluruhan responden
Jenayah Kekerasan Samun tanpa senjatapi 2 4 6 12 Samun berkumpulan tanpa senjatapi 2 2 2 6
Samun bersenjatapi 0 0 4 4 Samun berkumpulan bersenjatapi Mencederakan manusia 8 0 2 10 Rogol Bunuh Cuba membunuh 4 0 0 4 Jumlah 16 6 14 Jenayah Harta Benda Curi kereta 10 2 4 16 Curi motosikal Curi basikal 2 0 0 2 Curi van & lori Meragut Menyeluk saku 2 2 0 4 Pecah rumah 38 2 30 70 Lain-lain kecurian Jumlah 52 6 34 Jumlah keseluruhan 68 12 48
72
3.7 Pandangan Terhadap Tahap Komuniti Berjiran
3.7.1 Mengenali Jiran Tetangga
Kesemua responden saling mengenali jiran tetangga mereka. Walaupun
responden terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana tinggi tetapi faktor ini
tidak menghalang mereka untuk saling mengenali. Seramai 70 peratus [70 responden]
yang di temubual mengenali lebih 41 orang jiran dan didapati salah seorang
responden mengenali hingga 100 orang jiran. Manakala 10 peratus [10 responden]
mengenali 21 hingga 40 orang jiran dan hanya 2 peratus [2 responden] mengenali
kurang dari 10 orang jiran.
Mereka bukan sahaja mengenali jiran sebelah rumah malah di dalam unit
kejiranan mereka. Secara keseluruhannya bilangan mengenali jiran tetangga di
kawasan kajian amat menggalakkan. Ini menunjukkan tahap interaksi antara komuniti
di kawasan kajian amat memuaskan.
28 10 10
70
010203040506070
Bila
ngan
Res
pond
en
<10
11 h
ingg
a 20
21 h
ingg
a 30
31 h
ingg
a 40
>40
Bil. Jiran Yang Dikenali
Rajah 3.10 : Tahap Mengenali Jiran Tetangga
73
3.7.2 Lokasi dan Kekerapan Berinteraksi
Kajian mendapati 30 peratus [30 responden) menyatakan lokasi dimana
mereka sering berinteraksi adalah surau, diikuti dengan kawasan rekreasi [26 peratus],
halaman rumah [22 peratus], dewan [20 peratus], sekolah [2 peratus], dewan [20
peratus] dan pusat membeli-belah [2 peratus]. Surau, kawasan rekreasi dan halaman
rumah merupakan kemudahan yang sering dijadikan pusat pertemuan dan interaksi
mereka dan dijadikan aktiviti harian.
Responden ‘selalu’ mengunjungi surau dan kawasan rekreasi. Manakala
dewan hanya ‘kadang-kadang’ sahaja bila ada aktiviti atau mesyuarat oleh persatuan.
Responden ‘jarang’ berinteraksi di pusat membeli-belah, cuma sekali sebulan. Mereka
akan pergi ke pusat membeli-belah hanya untuk makan dan membeli-belah bersama
jiran.
Jadual 3.6 : Lokasi Dan Kekerapan Berinteraksi
Kekerapan bertemu jiran
atau berinteraksi?
Jumlah
Lokasi
Selalu Kadang-kala
Jarang Bil. %
Pusat membeli-belah
0 0 2 2 2.00
Kawasan rekreasi 18 8 0 26 26.00
Halaman rumah 16 6 0 22 22.00
Surau 26 4 0 30 30.00
Dimanakah tempat yang anda sering berinteraksi bersama jiran?
Lain-lain (dewan) 10 8 2 20 20.00
Jumlah 70 26 4 100 100.0
Nota : Selalu : 15 – 30 kali sebulan Kadang-kala : 7 – 14 kali sebulan Jarang : 1 - 6 kali sebulan
74
3.7.3 Kekerapan Interaksi Mengikut Bangsa
Kekerapan interaksi dengan jiran merupakan indikator penting untuk melihat
kadar interaksi yang berlaku di kalangan komuniti. Daripada kajian yang telah
dijalankan, didapati bahawa bangsa Malayu [52 peratus] dan Cina [50 peratus] sahaja
yang ‘selalu’ berinteraksi dengan jiran mereka. Terdapat 47 peratus [47 responden]
‘kadang-kadang’ berbual dengan jiran. Mereka akan berbual jika perlu sahaja.
Manakala 10 peratus [10 responden] ‘jarang’ melakukan interaksi dengan jiran dan
kesemua responden tersebut terdiri daripada bangsa India dan Inggeris. Tahap
interaksi dengan jiran tetangga di kawasan kajian adalah agak memuaskan dan ia
tidak mengira kaum.
Jadual 3.7 : Kekerapan Interaksi Mengikut Bangsa
Bangsa
Melayu Cina India Lain-lain
Jumlah
Kekerapan Interaksi
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Selalu 26 52 13 50 4 19 - - 43 43
Kadang-Kadang 24 48 13 50 10 45 - - 47 47
Jarang - - - - 8 36 2 100 10 10
Jumlah 50 100 26 100 22 100 2 100 100 100
Hasil daripada analisis mendapati 52 peratus [26 responden] bangsa Melayu
‘selalu’ melakukan interaksi sesama jiran iaitu antara 15 hingga 30 kali sebulan.
Bangsa Cina pula 50 peratus [13 responden] ‘selalu’ dan ‘kadang-kadang’ melakukan
interaksi antara jiran mereka. Ini menunjukkan bangsa Cina juga kerap berinteraksi
berbanding bangsa India 19 peratus [4 responden] sahaja yang ‘selalu’ melakukan
interaksi sesama jiran mereka. Manakala bangsa India [36 peratus] dan Inggeris [100
peratus] pula ‘jarang’ melakukan interaksi sesama jiran. Alasan mereka adalah
disebabkan masing-masing ketiadaan masa untuk berinteraksi kerana sering
menghabiskan masa dengan urusan pejabat.
Nota : Selalu : 15 – 30 kali sebulan Kadang-kala : 7 – 14 kali sebulan Jarang : 1 - 6 kali sebulan
75
3.7.4 Menjemput Jiran Semasa Menganjurkan Majlis
Kesemua responden yang terdiri daripada semua kaum akan menjemput jiran
tetangga mereka ketika menganjurkan sebarang majlis terutama majlis rumah terbuka,
majlis harijadi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Mereka juga berpendapat melalui
majlis-majlis seperti ini akan lebih meningkatkan tahap interaksi sesama komuniti. Di
sini komuniti boleh tolong-menolong, bersuai-kenal, interaksi dan sebagainya.
Rajah 3.11 : Menjemput Jiran Semasa Menganjurkan Majlis Mengikut Bangsa
3.7.5 Reaksi Semasa Dijemput Menghadiri Majlis
Hasil kajian mendapati 96 peratus [96 responden] memberi jawapan bahawa
mereka akan berusaha untuk pergi kerana menghargai setiap undangan yang diterima.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada jumlah tersebut, boleh dikatakan bahawa
wujud kesedaran yang tinggi di kalangan komuniti tentang nilai-nilai hidup berjiran
50
26
22
2
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Bilangan Responden
Melayu
Cina
India
Lain-Lain
Ban
gsa
Ya Tidak
76
yang perlu dipupuk dalam komuniti mereka. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini,
mereka dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan.
Tinjauan ke atas tahap interaksi yang berlaku menunjukkan bahawa interaksi
berdasarkan saling kunjung-mengunjungi atau berziarah di kalangan komuniti adalah
tinggi.
Rajah 3.12 : Reaksi Semasa Mendapat Undangan Ke Majlis
3.8 Pandangan Terhadap Tahap Berpersatuan
Persatuan di kawasan perumahan kebiasaannya di kendalikan oleh komuniti
itu sendiri. Kewujudan persatuan di kawasan perumahan boleh meningkatkan tahap
interaksi yang baik. Selain daripada itu, tahap berpersatuan yang sangat aktif boleh
menghasilkan komuniti yang erat dan kes jenayah akan berkurangan. Bahagian ini
akan lebih menumpukan persatuan yang membantu mengurangi jenayah.
96
04 0
0102030405060708090
100
Bila
ngan
Res
pond
en
Berusaha untukpergi
Sambil lewa Kadang-kadang Tidak pergi
Reaksi Semasa Mendapat Undangan Majlis
77
3.8.1 Kewujudan dan Inisiatif Menyertai Persatuan
Hasil kajian mendapati 80 peratus [80 responden] mengetahui kewujudan
persatuan dan daripada jumlah ini hanya 68 peratus [68 responden] sahaja yang
melibatkan diri di dalam persatuan. Alasan mereka adalah disebabkan ketiadaan masa
kerana perlu menyelesaikan tugas-tugas pejabat. Persatuan-persatuan yang dimaksud
seperti Persatuan Surau, Kelab Sukan dan sebagainya. Setiap persatuan kebiasaannya
mengenakan bayaran antara RM20.00 hingga RM50.00 sebulan.
Rajah 3.13 : Menyertai Persatuan
3.8.2 Persatuan Yang Melibatkan Pencegahan Jenayah
Kajian mendapati 80 peratus [80 responden] mengetahui tentang kewujudan
persatuan yang berkonsepkan pencegahan jenayah iaitu ‘Homeguard’ di bawah Bukit
Jelutong Resident Association [BJRA]. Persatuan ‘Homeguard’ ini dikendalikan oleh
penduduk Bukit Jelutong. Persatuan ini juga mengenakan bayaran sebanyak RM35.00
sebulan bagi rumah teres, RM50.00 sebulan bagi rumah berkembar dan RM95.00
sebulan bagi rumah sesebuah. Setiap keahlian diberi ‘sticker’ yang diletakkan di pintu
68
32
0
10
20
30
40
50
60
70
Bila
ngan
Res
pond
en
Ya TidakMenyertai Persatuan
78
pagar rumah mereka supaya pihak keselamatan ‘Homeguard’ senang memberi
tumpuan kepada ahlinya sahaja semasa membuat rondaan.
Rajah 3.14 : Pengetahuan Persatuan Yang Melibatkan Pencegahan Jenayah
3.8.3 Peranan Di dalam Persatuan
Hasil daripada temubual mendapati 16 peratus [16 responden] adalah ahli
jawatankuasa persatuan antaranya bendahari dan ketua kawasan di dalam beberapa
persatuan yang diterangkan diatas. Manakala yang lainnya merupakan ahli biasa
sahaja. Terdapat 32 peratus [32 responden] tidak melibatkan diri di dalam persatuan
tersebut.
Jadual 3.8 : Peranan Di dalam Persatuan
Mengetahui kewujudan persatuan Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Berjawatan 16 16.00 Ahli biasa 52 52.00 Tiada jawapan [tidak melibatkan diri dalam persatuan] 32 32.00
Jumlah 100 100.00
Ya80%
Tidak20%
79
3.8.4 Reaksi Penerimaan Tugas Di dalam Persatuan
Menurut 60 peratus [60 responden], kebanyakan ahli secara sukarela
menerima tugas di dalam setiap aktiviti. Mereka memberi kerjasama untuk
menjayakan setiap program yang dicadangkan. Manakala hanya 8 peratus [8
responden] menerima tugasan berdasarkan undian. Selebihnya 32 peratus [32
responden] tidak melibatkan diri di dalam persatuan.
Rajah 3.15 : Reaksi Penerimaan Tugas
3.8.6 Lokasi Menjalankan Aktiviti
Lazimnya aktiviti persatuan seperti mesyuarat, jamuan hari raya diadakan di
dewan serbaguna yang disediakan di kawasan kajian. Kemudahan ini dijadikan
tempat untuk menjalankan segala aktiviti kerana dewan serbaguna hampir dengan
kawasan kediaman dan mempunyai ruang yang boleh menampung bilangan orang
yang ramai.
60
8
32
0
10
20
30
40
50
60
Bila
ngan
Res
pond
en
Sukarela Undian Tiada Jawapan
Reaksi Penerimaan Tugas
80
Jadual 3.9 : Lokasi Menjalankan Aktiviti
Mengetahui kewujudan persatuan Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Dewan Serbaguna 100 100.00 Jumlah 100 100.00
3.8.7 Sambutan Daripada Penduduk Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan
Kajian mendapati kira-kira 20 peratus [20 responden] berpendapat bahawa
sambutan komuniti terhadap aktiviti persatuan adalah ‘sangat menggalakkan’, 76
peratus [76 responden] berpendapat hanya setakat ‘menggalakkan’. Ini menunjukkan
komuniti di sini mengambil berat tentang kegiatan persatuan yang dijalankan di
kawasan kejiranan mereka. Secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan
interaksi di kalangan komuniti di kawasan kajian.
Rajah 3.16 : Sambutan Daripada Penduduk
Sgt menggalakkan,
20%
Krg Menggalakkan,
4%
Menggalakkan, 76%
81
3.9 Pandangan Terhadap Tahap Kepercayaan Antara Komuniti
3.9.1 Tanggapan Terhadap Jiran Tetangga
Tanggapan yang positif terhadap jiran adalah faktor penting dalam
menjalinkan hubungan komuniti. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam
menggalakkan interaksi untuk berlaku. Kajian mendapati 72 peratus [72 responden]
menyatakan bahawa mereka mempunyai tanggapan yang ‘baik’ terhadap jiran.
Manakala 27 peratus [27 responden] pula menyatakan bahawa mereka mempunyai
tanggapan yang ’sangat baik’. Ini menunjukkan responden mempunyai hubungan
interaksi yang jitu. Tanggapan yang baik terhadap jiran dapat membantu dalam
mewujudkan komuniti yang tinggi di kalangan komuniti di sini.
Jadual 3.10 : Tanggapan Terhadap Jiran
Tanggapan Terhadap Jiran Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Sangat baik 27 27.00
Baik 72 72.00
Kurang baik 1 1.00
Jumlah 100 100.00
3.9.2 Orang Yang Pertama Dihubungi
Kajian mendapati 78 peratus [78 responden] menyatakan jiran tetangga
merupakan individu yang pertama yang diharap akan memberikan bantuan sekiranya
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Ini adalah disebabkan jiran merupakan
orang yang boleh dipercayai dan orang yang paling hampir dengan kediaman mereka.
Manakala 11 peratus [11 responden] menyatakan pihak pengawal keselamatan dan 9
peratus [9 responden] adalah ibu bapa atau sanak-saudara mereka.
82
3.9.3 Kepercayaan Terhadap Jiran
Tahap interaksi sesama jiran adalah jelas dilihat dari segi perasaan atau
kepercayaan kepada jiran tetangga mereka. Responden juga ditanya sama ada mereka
mempercayai jiran mereka. Hasil kajian menunjukkan hampir 100 peratus responden
mempercayai jiran tetangga. Ini dipengaruhi beberapa faktor seperti telah lama
mengenali jiran dan mengenali rapat antara satu sama lain. Selain itu, sikap
bertanggungjawab dan sentiasa memberikan pertolongan terhadap jiran juga
menyumbang kepada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.
Jiran tetangga78%
Lain-lain11%
Kawan sepejabat2%
Ibu bapa/Saudara9%
99
1
0 20 40 60 80 100
Bilangan Responden
Ya
Tidak
Perc
aya
Ter
hada
pJi
ran
Rajah 3.17 : Orang Yang Pertama Di hubungi
Rajah 3.18 : Kepercayaan Terhadap Jiran
83
Ini membuktikan bahawa komuniti di kawasan kajian mempunyai hubungan
kejiranan yang erat kerana sikap saling mempercayai di kalangan mereka masih lagi
tebal. Kajian mendapati sebanyak 80 peratus [80 responden] menyatakan bahawa
mereka akan memaklumkan kepada jiran dan meminta pertolongan jirannya untuk
memerhatikan rumah sekiranya meninggalkan rumah untuk suatu jangkasama yang
agak panjang. Daripada 80 peratus responden tersebut, 78 peratus [78 responden]
akan memberitahu jangkamasa pemergian mereka, 9 peratus [9 responden]
meninggalkan nombor telefon tangan, 5 peratus [5 responden] meminta pertolongan
memasang lampu pada waktu malam dan 2 peratus [2 responden] meminta jiran
menyiram pokok bunga.
Pertolongan ini diperlukan supaya dalam tempoh masa tersebut jiran dapat
mengawasi rumah mereka daripada sebarang yang mencurigai. Jadual 3.11
menerangkan peratusan pecahan jenis pertolongan yang diperlukan oleh responden
semasa mereka tiada di rumah pada jangkasama yang panjang.
Jadual 3.11 : Jenis Pertolongan Yang Diperlukan Semasa Memaklumkan Pemergian
Kepada Jiran Dalam Jangkamasa Yang Panjang
Keterangan Bilangan Responden
Peratus Responden
Memaklumkan kepada jiran Memaklumkan tempoh masa pemergian
tersebut; Meninggalkan nombor telefon;
Meninggalkan kunci;
Meminta tolong memasang lampu pada waktu
malam; Meminta pertolongan menyiram pokok bunga;
dan Lain-lain (memberi makanan kepada binatang
peliharaan).
78 9 4 5 2 2
78.00
9.00
4.00
5.00
2.00
2.00
Jumlah 100 100.00
84
Kajian mendapati selain daripada memaklumkan kepada jiran, 6 peratus [6
responden] akan memaklumkan kepada ahli keluarga, 4 peratus [4 responden]
mengakui mereka akan memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan 10 peratus
[10 responden] tidak akan memaklumkan kepada sesiapa jua.
Jadual 3.12 : Makluman Sebelum Pemergian Dalam Jangkasama Yang Panjang
Keterangan
Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Memaklumkan kepada jiran 80 80.00
Memaklumkan kepada polis 4 4.00
Memaklumkan kepada ahli keluarga 6 6.00
Lain-lain (tidak memaklumkan) 10 10.00
Jumlah 100 100.00
3.10 Pandangan Terhadap Aspek Komuniti Di dalam Pencegahan Jenayah
Komuniti di dalam sesebuah kawasan memainkan peranan yang penting di
dalam mengawal kegiatan jenayah. Dengan adanya sikap dan kesedaran, perpaduan
serta penyertaan komuniti dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan
kediaman mereka. Berdasarkan temubual, sebanyak 95 peratus responden mengakui
bahawa dengan kewujudan komuniti yang baik dikalangan komuniti maka ia dapat
membantu mencegah atau mengurangi kadar jenayah di unit kejiranan mereka.
Kebanyakan responden bersetuju kerana sikap kenal mengenali antara satu sama lain
dan selalu berhubung menimbul satu perasaan di dalam diri komuniti tersebut untuk
menjaga keadaan persekitaran mereka daripada ancaman orang luar. Manakala hanya
5 peratus [5 responden] sahaja mengatakan mereka tidak bersetuju, atas alasan tidak
suka mengambil tahu hal jiran.
85
Responden juga ditanya mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan
untuk mewujudkan komuniti yang baik dikalangan penduduk. Kajian menunjukkan
majoriti responden berpendapat ianya perlulah bermula dari peringkat komuniti itu
sendiri. Sebanyak 66 peratus [66 responden] berpendapat komuniti perlulah
meluangkan masa lapang sesama komuniti. Selain itu, sebanyak 13 peratus [13
responden] berpendapat komuniti perlulah menyertai persatuan kerana di kawasan
kajian telah wujud pelbagai persatuan dan aktiviti. Manakala sebanyak 12 peratus [12
responden] berpendapat semangat komuniti perlu dipupuk dikalangan komuniti bagi
membantu pencegahan jenayah di kawasan perumahan.
Jadual 3.13 : Langkah Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Baik
Langkah mewujudkan komuniti yang baik Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Meluangkan masa lapang bersama komuniti 66 66.00
Menyertai persatuan 13 13.00
Mempunyai semangat komuniti 12 12.00
Sikap sukarelawan 5 5.00
Pelbagai persatuan 4 4.00
Jumlah 100 100.00
95
5
0 20 40 60 80 100
Bilangan Responden
Ya
Tidak
Asp
ek K
omun
iti D
apat
M
engu
rang
i Jen
ayah
Rajah 3.19 : Aspek Komuniti Dapat Membantu Mengurangi Jenayah
86
Kajian mendapati 67 peratus [67 responden] menyatakan Program
Pengawasan Kejiranan adalah sesuai dalam membantu mencegah kegiatan jenayah di
kawasan unit kejiranan. Mereka juga berpendapat bagi menjayakan lagi program ini
perlulah melantik agensi swasta untuk mengawal keamanan mengikut kemampuan.
Pihak komuniti cuma melantik agensi keselamatan swasta di bawah persatuan Bukit
Jelutong Resident Association [BJRA].
Manakala sebanyak 19 peratus menyatakan bahawa program Rakan COP juga
sesuai diperkenalkan. Program ini perlulah melalui pihak polis. Manakala 10 peratus
[10 responden] mencadangkan Program Rukun Tetangga. Program ini agak sukar
dilaksanakan kerana faktor ketiadaan masa kerana perlu memberi tumpuan kepada
tugas pejabat atau mempunyai komitmen yang lain. Seterusnya hanya 4 hingga 5
peratus mencadangkan Program Remaja dan Persatuan Surau melalui ceramah
kesedaran sikap komuniti.
Jadual 3.14 : Program Yang Berkonsep Komuniti Di Dalam Membantu
Mengurangi Jenayah
Program komuniti Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Program Pengawasan Kejiranan 66 66.00
Rakan COP 13 13.00
Rukun Tetangga 12 12.00
Program Remaja 5 5.00
Lain-lain [Persatuan Surau] 4 4.00
Jumlah 100 100.00
Bagi menjayakan dan memudahkan urus tadbir sesebuah komuniti, bilangan
komuniti perlulah bersesuaian. Hasil kajian mendapati 35 peratus [35 responden]
menyatakan bahawa saiz antara 10 hingga 25 unit rumah adalah sesuai. Ini kerana lagi
kecil komuniti itu, lebih komitmen akan diberi dan senang diurus tadbir. Contohnya
kelompok komuniti bagi setiap lorong lebih senang diawasi daripada satu unit
kejiranan.
87
Manakala 26 peratus [26 responden] menyatakan 26 hingga 50 unit rumah
adalah sesuai untuk ditubuhkan kerana peringkat ini lebih ’confident’ disebabkan
ramai ahli yang boleh memberi idea dan kerjasama. Manakala 17 peratus [17
responden] menyatakan bahawa saiz di antara 76 hingga 100 unit rumah dirasakan
agak munasabah kerana lebih ramai dikenali maka lebih mesra dan meringankan
beban terutama di dalam aspek kewangan.
3.11 Pandangan Bagi Mengurangi Kadar Jenayah
Hasil kajian mendapati sebanyak 95 peratus [95 responden] menyatakan
bahawa kawasan kediaman mereka adalah selamat. Ini adalah kerana tiada jenayah
yang pernah berlaku disekeliling unit kejiranan mereka, wujudnya persatuan yang
aktif dan pasukan keselamatan yang menjalankan tugas mengawal kawasan
penempatan dengan berkesan. Selain daripada itu tahap komuniti di sini juga baik.
Manakala 4 peratus [4 responden] tidak bersetuju atas alasan mereka pernah menjadi
mangsa jenayah.
35
26
7
17
5
10
0 5 10 15 20 25 30 35
Bilangan Responden
< 25
26-50
51-75
76-100
100-125
126-150
Uni
t rum
ah
Rajah 3.20 : Saiz Komuniti Yang Baik
88
Hasil kajian mendapati 62 peratus [62 responden] berpendapat bahawa pihak
yang pertama bertanggung-jawab bagi memastikan perlaksanaan Bandar Selamat ini
berjaya adalah pihak komuniti , diikuti dengan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak 20
peratus dan 16 peratus [16 responden] menyatakan pihak Balai Polis Seksyen U8.
Kajian mendapati 97 peratus [97 responden] merasakan dengan keakraban
yang baik di unit kejiranan, maka ianya berupaya mengurangkan kadar jenayah.
Keakraban yang wujud disebabkan oleh sikap tolong-menolong sesama komuniti
96
4
0 20 40 60 80 100
Bilangan Responden
Ya
Tidak
Kaw
asan
Ked
iam
an A
nda
Sela
mat
Did
iam
i?
20 16
64
010203040506070
Res
pond
en
PBT Polis Komuniti Lain-lain
Pihak yang terlibat
Rajah 3.21: Adakah Kawasan Kediaman Selamat Didiami?
Rajah 3.22 : Pihak Yang Paling Penting Perlu Melibatkan Diri Di dalam
Mencegah Jenayah
89
setelah sekian lama dikenali. Kesedaran terhadap kepentingan jiran tetangga, seperti
jiran merupakan individu yang pertama yang memerhati rumah juga dapat membantu
mengurangi kadar jenayah. Manakala 3 peratus [3 responden] merasakan
pengurangan jenayah bukan disebabkan faktor komuniti.
Pelbagai pandangan telah diberi oleh responden untuk melibatkan komuniti di
dalam membantu pencegahan/mengurangi kadar jenayah di unit kejiranan. Kajian
menunjukkan, kebanyakan responden berpendapat komuniti perlu melibatkan diri
dalam membantu pencegahan jenayah kerana mereka merupakan ‘mata dan telinga’
kepada pihak keselamatan.
Sebanyak 26 peratus responden mencadangkan agar mewujudkan hubungan
kejiranan yang baik sesama jiran dan mempelbagaikan aktiviti di dalam persatuan [34
responden]. Cara sebegini boleh mewujudkan komuniti yang kukuh kerana mereka
saling mengenali, memupuk tahap kepercayaan yang tinggi, tolong menolong dan
sanggup bekerjasama di dalam apa juga kegiatan yang dianjurkan oleh persatuan.
Mereka juga terasa terhibur dan ingin bersatu untuk menangani masalah yang
dihadapi oleh setiap individu. Dengan ini mereka akan mempunyai inisiatif untuk
sama-sama menjaga keamanan atau keselamatan di rumah sendiri mahupun di unit
kejiranan mereka.
Ya97%
Tidak3%
Rajah 3.23 : Adakah Keakraban Kejiranan Dapat Membantu Mengurangi Kadar
Jenayah?
90
Hasil kajian juga mendapati 11 peratus [11 responden] mencadangkan
kelompok yang kecil bagi membantu komuniti membanteras jenayah. Ini
memudahkan mereka mengurus dan mengenalpasti jiran-jiran dan ahli keluarga
mereka sahaja. Segala masalah, pandangan dan tindakbalas dapat maklumbalas
dengan cepat. Kadang-kala masalah di kawasan kelompok perumahan mereka tidak
sama dengan masalah kelompok perumahan yang lain. Mereka juga merasakan
keakraban antara satu sama lain jika setiap perjumpaan di adakan di rumah jiran-jiran.
Terdapat 8 peratus [8 responden] memberi pendapat bahawa setiap komuniti
perlu juga peka kepada persekitaran perumahan mereka. Ini bukan bertujuan untuk
‘menjaga tepi kain orang’ tetapi ingin mengambil berat antara jiran tetangga. Kempen
dari rumah ke rumah perlu diwujudkan oleh persatuan di setiap unit kejiranan.
Manakala 5 peratus [5 responden] pula mencadangkan konsep ‘gated-community’ di
setiap kawasan perumahan.
Jadual 3.15 : Cadangan Dalam Aspek Komuniti Bagi Membantu Pencegahan
Jenayah
Cadangan Bilangan
Responden
Peratus
Responden
Kelompok komuniti yang kecil 11 11.00
Kempen dari rumah ke rumah 5 5.00
Peka terhadap persekitaran 8 8.00
Hubungan kejiranan yang baik 26 26.00
Memperkenalkan konsep ‘gated community’ 5 5.00
Pelbagaikan aktiviti dalam persatuan 34 34.00
Tiada jawapan 11 11.00
Jumlah 100 100.00
Aspek komuniti perlu diberi penekanan di dalam perlaksanaan Bandar
Selamat terutama di kawasan perumahan. Ini secara tidak langsung dapat membantu
polis mengurangkan kadar jenayah. Setiap kawasan perumahan perlu mempunyai
persatuan supaya dapat mewujudkan komuniti yang terbaik yang menjadi asas kepada
ketahanan nasional dan perpaduan.
91
3.12 Penemuan Kajian
Usaha mengurangkan kadar jenayah bukan saja terletak dibawah tanggung-
jawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Polis, malah tanggungjawab bersama
harus dipikul oleh pihak komuniti sebuah kawasan perumahan. Mereka perlu
bekerjasama membantu polis membenteras jenayah di kawasan kediaman mereka.
Oleh itu bagi mewujudkan perumahan yang selamat, seluruh komuniti perlu
memainkan peranan disamping bantuan daripada pihak-pihak yang berkuasa.
Komuniti di kawasan kajian terdiri daripada pelbagai bangsa yang
berpendapatan sederhana tinggi dan tinggal secara berkelompok di kawasan
perumahan Bandar Selamat. Walaupun mereka telah mengalami perubahan sosio-
ekonomi yang nyata tetapi di dalam kehidupan seharian, nilai-nilai murni komuniti
masih lagi dipertahankan.
Hasil kajian mendapati tahap keselamatan di Bukit Jelutong agak memuaskan
kerana tiada kejadian jenayah yang berlaku di unit kejiranan mereka. Namun tidak
dinafikan bahawa kejadian-kejadian jenayah juga pernah berlaku di Bukit Jelutong.
Jenis-jenis jenayah melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda. Jenayah kekerasan
yang sering berlaku adalah samun tanpa senjatapi, samun berkumpulan tanpa
senjatapi, samun bersenjatapi, samun berkumpulan bersenjatapi, mencederakan
manusia dan cuba membunuh. Manakala jenayah harta benda pula membabitkan curi
kereta, curi motosikal, penyeluk saku dan pecah rumah. Jenayah ini sering berlaku
disebelah awal pagi berbanding sebelah petang dan larut malam disebabkan oleh
rumah yang tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.
Golongan komuniti sederhana tinggi seringkali dikatakan ‘independent’ atau
individualistik dalam banyak segi serta tidak mementingkan corak kehidupan
komuniti, tetapi kajian yang telah dijalankan mendapati keadaan adalah sebaliknya.
Setelah perlaksanaan Bandar Selamat oleh Pihak Berkuasa Tempatan maka sedikit
sebanyak telah membantu meningkatkan tahap komuniti dalam kehidupan seharian
bagi membantu mengurangkan kadar jenayah. Tahap komuniti dalam kehidupan
harian yang boleh dikenalpasti dari segi mengenali jiran tetangga, kekerapan
berinteraksi, menjemput jiran semasa menganjurkan majlis dan reaksi semasa
92
dijemput menghadiri majlis. Hasil kajian 70 peratus [70 responden] mendapati tahap
berkomuniti masih tebal dalam jiwa mereka.
Tidak dapat dinafikan 30 peratus [30 responden] masih wujud kekurangan
sikap berkomuniti di kalangan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Ini
merupakan kesan pengaruh persekitaran yang semakin mencabar dan telah
menyebabkan aktiviti harian individu yang semakin sibuk. Kekurangan berkomuniti
dalam kehidupan seharian mereka adalah disebabkan oleh faktor masa selain
perubahan sosio-budaya. Komuniti bandar pada hari ini lebih menumpukan kerjaya
masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi sehingga
kekurangan masa untuk diluangkan bersama jiran tetangga di dalam unit kejiranan
mereka.
Pelbagai persatuan telah diwujudkan bagi membantu menggalakkan keakraban
komuniti dalam kehidupan seharian mereka. Melalui persatuan juga akan dapat
membantu aspek komuniti di dalam mengurangi kadar jenayah di unit perumahan
mereka. Kajian mendapati hanya 68 peratus [68 responden] menyertai persatuan di
kawasan perumahan mereka. Manakala 32 peratus [32 responden] yang kebanyakan
terdiri dari bangsa India dan Inggeris tidak melibatkan diri didalam persatuan.
Terdapat juga persatuan yang melibatkan pencegahan jenayah iaitu ‘Homeguard’. Ia
diswastakan tetapi dikendalikan oleh pihak komuniti. Penyertaan komuniti di dalam
persatuan di kawasan kajian masih berkurangan dan perlu diberi perhatian
sewajarnya.
Hubungan komuniti yang baik secara langsung akan mewujudkan tahap
kepercayaan terhadap jiran tetangga. Hasil kajian mendapati 27 peratus [27
responden] menyatakan jiran tetangga mereka ‘sangat baik’, manakala 72 peratus [72
responden] menyatakan ‘baik’. Ini dapat dibuktikan dengan 78 peratus [78 responden]
menyatakan jiran tetangga merupakan individu yang pertama yang diharap akan
memberi bantuan apabila diperlukan. Selain daripada itu 99 peratus [99 responden]
mempercayai jiran tetangga sehingga mereka sanggup memaklumkan tempoh masa
permergian, meninggalkan nombor telefon, meninggalkan kunci, meminta tolong
memasang lampu pada waktu malam, meminta pertolongan menyiram pokok bunga
dan memberi makanan peliharaan mereka semasa meninggalkan rumah pada
93
jangkamasa yang panjang. Tahap kepercayaan di kalangan komuniti kawasan kajian
adalah baik.
Beberapa pendapat telah diberikan oleh responden bagi mewujudkan konsep
komuniti yang terbaik antaranya meluangkan masa lapang sesama komuniti,
penyertaan di dalam persatuan, mempunyai semangat komuniti, sikap sukarelawan
dan pelbagaikan persatuan. Mereka juga berpendapat bagi menjayakan lagi program
ini perlulah melantik agensi swasta [‘Homeguard’] untuk mengawal keamanan
mengikut kemampuan dan pihak komuniti [Bukit Jelutong Resident Association
(BJRA)] berperanan untuk urus setia agensi tersebut.
Menjayakan interaksi antara komuniti memerlukan beberapa kemudahan
keselamatan, rekreasi dan pendidikan. Kemudahan ini pula boleh menjalankan
beberapa aktiviti-aktiviti persatuan seperti Program Pencegahan Jenayah, Program
Pengawasan Kejiranan, Program Rakan COP, Program Remaja dan sebagainya. Hasil
kajian mendapati 95 peratus [95 responden] mengakui bahawa dengan kewujudan
pelbagai persatuan dan program akan dapat membantu mencegah atau mengurangi
kadar jenayah di unit kejiranan mereka.
Kajian mendapati 62 peratus [62 responden] pihak yang perlu bertanggung
jawab di dalam pencegahan jenayah adalah pihak komuniti, diikuti 20 peratus [20
responden] pihak berkuasa tempatan dan 16 peratus [16 responden] pihak
keselamatan. Bagi menjayakan pihak komuniti didalam pencegahan jenayah,
responden mencadangkan kelompok yang kecil untuk diawasi bersama kerana
kelompok kecil ini senang untuk diurus dan membuat pengawasan.
Kesimpulannya, tahap keselamatan di kawasan kajian agak memuaskan
kerana pada tahun 2004 jumlah kes jenayah berkurangan dari 570 kes kepada 419
kes. Kemudahan keselamatan, rekreasi dan pendidikan juga diadakan di kawasan
kajian bagi membolehkan komuniti menjalankan aktiviti persatuan. Aktiviti persatuan
akan menwujudkan jalinan antara komuniti. Penekanan terhadap kesedaran komuniti
diperlukan supaya sama-sama mengembleng tenaga bagi mencegah jenayah dari
semasa ke semasa.
94
3.12.1 Kejayaan Pembangunan Komuniti di Kawasan Kajian
Secara keseluruhannya komuniti di kawasan kajian mempunyai tahap yang
memuaskan walaupun majoriti komuniti terdiri daripada golongan berpendapatan
sederhana tinggi dan komuniti bandar. Kejayaan komuniti disini, dapat mewujudkan
dua bentuk persatuan yang utama dalam membantu menangani kegiatan jenayah.
Kedua-dua bentuk persatuan yang dimaksudkan adalah Persatuan Keselamatan dan
Persatuan Sosial. Persatuan-persatuan ini diketuai oleh Persatuan Penduduk Bukit
Jelutong [BJRA].
Persatuan keselamatan tersebut berfungsi membuat rondaan yang dikendalikan
oleh sebuah syarikat swasta iaitu ‘Homeguard’ dan telah dilantik oleh pihak komuniti.
Manakala Persatuan Sosial pula bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara
komuniti di dalam bersama-sama membantu mencegah jenayah di kawasan
perumahan. Beberapa persatuan-persatuan telah ditubuhkan di bawah Persatuan
Sosial iaitu Persatuan Surau, Persatuan Wanita, Persatuan Rekreasi dan sebagainya.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan-persatuan tersebut adalah
Kempen Merdeka, Mencari Harta Karun, gotong-royong dan lain-lain. Keadaaan ini
menggambarkan komuniti di kawasan kajian mempunyai struktur organisasi dan
pengurusan pentadbiran persatuan yang baik dan bersistematik.
Persatuan-persatuan tersebut dapat menggalakkan interaksi yang baik
sehingga dapat mewujudkan tahap kepercayaan antara mereka. Hasil kajian
mendapati sebanyak 27 peratus [27 responden] menyatakan jiran tetangga mereka
adalah ‘sangat baik’ dan 72 peratus [72 responden] pula menyatakan adalah ‘baik’. Ini
dapat membuktikan sebanyak 78 peratus [78 responden] menyatakan jiran merupakan
individu yang pertama yang diharapkan akan dapat memberi bantuan apabila mereka
ditimpa masalah.
Kewujudan tahap komuniti yang baik serta kepercayaan antara komuniti yang
tinggi di kawasan kajian telah berjaya mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan
kediaman mereka. Sebagai contoh mereka dapat melihat atau menjaga rumah jiran
ketika ketiadaan jiran, dapat menolong memasang lampu depan dan belakang rumah
jiran semasa ketiadaan jiran dan sebagainya.
95
3.12.2 Halangan Pembangunan Komuniti di Kawasan Kajian
Walaupun secara keseluruhannya pembangunan komuniti di kawasan kajian
boleh dibanggakan namun terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang
kepada mereka. Antara penghalangnya adalah kurang sokongan, penyertaan dan
kesedaran komuniti terhadap persatuan dan program-program yang disediakan. Ini
disebabkan komuniti bandar pada hari ini lebih menumpukan kerjaya masing-masing
dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi sehingga kekurangan masa
untuk menyertai mana-mana persatuan di kawasan kajian. Selain daripada itu,
beberapa responden menyatakan bahawa kekurangan program, persatuan-persatuan
yang tidak aktif dan kurang promosi terutama di dalam laman web, risalah antara
penyebab mereka kurang pengetahuan terhadap kewujudannya. Begitu juga kepada
golongan remaja, mereka tidak diberi perhatian di dalam menangani masalah jenayah.
Hasil kajian mendapati 95 peratus [95 responden] mengakui bahawa dengan
kewujudan pelbagai program akan dapat membantu mencegah atau mengurangi kadar
jenayah di unit kejiranan mereka. Kebanyakan responden juga lebih berminat untuk
mengadakan pengawasan bersama komuniti selain daripada pengawasan oleh pihak
swasta yang dilantik. Ini bagi memudahkan pengawasan daripada satu unit kejiranan
dan akan mewujudkan interaksi sosial antara komuniti.
Kekurangan kesedaran komuniti dan kempen pendidikan keselamatan yang
meluas bagi membantu mengurangi jenayah oleh pihak berkuasa tempatan juga
penyebab kepada halangan di kawasan kajian. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan
peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan untuk mengendalinya.
Penekanan terhadap kesedaran komuniti diperlukan supaya sama-sama
mengambleng tenaga bagi mencegah jenayah dari semasa ke semasa. Komuniti perlu
di beri program yang berbentuk kefahaman kepentingan berkomuniti, pendidikan
mengenai pengetahuan di dalam pencegahan jenayah, inisiatif komuniti di dalam
pencegahan jenayah dan pengorbanan terhadap tenaga, masa dan jiwa bagi
mengurangi kadar jenayah di kediaman mereka.
96
3.12.3 Perbandingan Indikator Bandar Selamat dan Indikator Komuniti
Dengan Penemuan di Kawasan Kajian
Indikator atau petunjuk bagi mengukur tahap keselamatan dan tahap komuniti
kawasan kajian dalam realitinya sukar digambarkan. Namun indikator Bandar
Selamat yang dibuat oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dapat membantu
memberi gambaran tahap keselamatan. Manakala indikator komuniti oleh Philip &
Bridges (2005) ini pula dapat membantu bagi memberikan gambaran tahap
pembangunan komuniti di kawasan kajian. Jadual dibawah menunjukkan
perbandingan antara indikator Bandar Selamat yang dibuat oleh Jabatan Perancang
Bandar dan Desa , [2004] dan penemuan di kawasan kajian.
Jadual 3.16 : Tahap Keselamatan Menggunakan Indikator Bandar Selamat Oleh
JPBD, 2004
Indikator Bandar Selamat oleh
JPBD, [2004]
Penemuan di kawasan Kajian
Kadar indeks jenayah Kadar jenayah sama ada yang
dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada
pihak polis dan kajian statistik jenayah
semakin berkurangan setiap tahun.
Mengikut statistik Balai Polis
Seksyen U8, kadar jenayah pada
tahun 2005 menurun dari 419 kes
berbanding tahun 2004, 570 kes.
Kemudahan sosial Kemudahan sosial yang disediakan
dapat menwujudkan sesebuah komuniti
yang baik bagi menjamin keselamatan
penduduk dan mengurangkan kegiatan
jenayah di kawasan terbabit.
Masyarakat dapat menggunakan
kemudahan sosial secara optimum tanpa
berasa bimbang terhadap kegiatan
jenayah.
Kemudahan sosial di kawasan
kajian mencukupi seperti dewan,
surau, kawasan rekreasi dan
sebagainya dan dapat
menwujudkan sebuah komuniti
yang baik.
Pelbagai persatuan dan program
dijalankan di kemudahan tersebut
bagi menwujudkan interaksi
komuniti dengan selamat.
97
Indikator Bandar Selamat oleh JPBD, [2004]
Penemuan di kawasan Kajian
Persepsi penduduk terhadap keselamatan
Peningkatan penghuni berasa
selamat terhadap kawasan
kediamannya yang merangkumi
golongan kanak-kanak, remaja,
dewasa, warga emas dan
golongan kurang upaya (jika
ada).
Hasil kajian mendapati 88 peratus [88
responden] merasakan tahap keselamatan di
kawasan kediaman mereka selamat
Interaksi komuniti
Perhubungan dan interaksi
antara jiran berjalan baik di
mana saling mengenali antara
satu sama lain, mempunyai
sikap bantu-membantu,
bertolak-ansur, bertanggung-
jawab, mengambil berat
terhadap keselamatan dan harta
benda sesama jiran dan
sebagainya.
Perhubungan dan tahap komuniti antara jiran
di kawasan kajian adalah baik kerana 70
peratus mengenali lebih 41 orang.
Kesemua responden akan menjemput jiran
jika menganjurkan majlis dan mereka juga
turut bertanggung-jawab menghadiri majlis
jika diundang.
Hampir 80 peratus responden akan meminta
pertolongan kepada jiran tetangga jika
berlaku sebarang masalah.
Lebih daripada 80 peratus responden akan
memaklumkan kepada jiran jika mereka
meninggalkan rumah untuk suatu
jangkasama yang agak panjang. Disamping
itu, mereka meminta pertolongan supaya
mengawasi kawasan rumah mereka,
meminta pertolongan supaya memasang
lampu pada waktu malam dan menyiramkan
pokok bunga.
sambungan…
98
Indikator Bandar Selamat oleh JPBD, [2004]
Penemuan di kawasan Kajian
Kesedaran dan sikap masyarakat
Kesedaran masyarakat terhadap
definisi, matlamat, konsep dan
ciri-ciri Bandar Selamat serta
bertanggung-jawab di dalam
membantu untuk membenteras
kegiatan jenayah serta
menjayakan konsep Bandar
Selamat di kawasan yang
dicadangkan khususnya dan di
seluruh Malaysia amnya.
Kesedaran dan sikap masyarakat ini masih
lagi di tahap minimum. Beberapa cadangan
telah dikemukakan daripada responden bagi
memulihkan masalah ini.
Komuniti bersetuju bahawa kesedaran atau
aspek komuniti memainkan peranan yang
penting di dalam mewujudkan Bandar
Selamat dalam mengurangi kadar jenayah.
Kawasan kajian boleh dianggap sebuah Bandar Selamat kerana kadar indeks
jenayah tahun 2005 menurun dari tahun 2004. Hasil kajian mendapati 88 peratus [88
responden] merasakan tahap keselamatan di kawasan kediaman mereka selamat.
Pelbagai kemudahan sosial disediakan dengan mencukupi pada setiap unit kejiranan,
bagi memudahkan persatuan dan program dijalankan. Persatuan yang aktif dan
pelbagai program dapat mewujudkan interaksi komuniti yang baik dan memberi
kesedaran kepada komuniti untuk membantu mencegah jenayah bersama. Namun
masih terdapat kelemahan iaitu kesedaran dan sikap komuniti, persatuan dan program
di kawasan kajian masih lagi di tahap minimum.
Manakala indikator komuniti digunakan untuk mengukur tahap pembangunan
komuniti terutama di kawasan perumahan. Ia bertujuan untuk memberi panduan pihak
yang berkenaan menjana pembangunan komuniti yang cemerlang pada masa hadapan.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara indikator komuniti yang dibuat
oleh Philips dan Bridges, (2005) dan penemuan di kawasan kajian.
sambungan…
99
Jadual 3.17 : Tahap Komuniti Yang Baik Menggunakan Indikator Komuniti Oleh
Philips dan Bridges, 2005
Indikator Komuniti oleh Philips & Bridges,2005
Penemuan di kawasan Kajian
Kadar jenayah
Pengurangan kadar dan mangsa
jenayah di dalam sesebuah
kawasan perumahan adalah
merupakan komuniti yang
terbaik.
Mengikut statistik Balai Polis Seksyen U8,
kadar jenayah pada tahun 2005 menurun
dari 419 kes berbanding tahun 2004, 570
kes.
Kawasan kajian mempunyai komuniti yang
memuaskan/sederhana kerana terdapat
penurunan kes jenayah.
Aktiviti waktu lapang
Meluangkan masa lapang dan
menggunakan kemudahan
awam sesama ahli komuniti di
dalam sebuah kawasan
perumahan merupakan asas
komuniti yang terbaik.
Kebanyakan responden menghabiskan masa
di rumah bersama keluarga. Lokasi yang
selalu menjadi tumpuan di kawasan
persekitaran perumahan adalah halaman
rumah, kawasan rekreasi, dewan, surau dan
sekolah.
Keahlian di dalam persatuan
Terdapat peningkatan di dalam
penyertaan berpersatuan yang
diadakan oleh sesebuah
komuniti.
Hanya 68 peratus melibatkan diri dengan
pelbagai persatuan yang disediakan di
kawasan kajian. Selebihnya memberi alasan
sibuk dengan aktiviti pejabat.
Bilangan di dalam tahap penyertaan di dalam perayaan/majlis
Mempunyai inisiatif untuk
menyertai program perayaan
dan peningkatan bilangannya.
100 responden akan menjemput jiran mereka
ke majlis yang dianjurkan.
98 responden akan berusaha untuk pergi
sekiranya dijemput menghadiri majlis oleh
jiran tetangga.
100
Indikator Komuniti oleh Philips & Bridges,2005
Penemuan di kawasan Kajian
Perasaan komuniti
Mempunyai semangat komuniti
yang menebal di antara ahli.
Tidak ada perasaan pilih kasih,
kecurigai, pentingkan diri
sendiri dan sebagainya.
Hasil kajian mendapati 100 peratus [100
responden] mempunyai semangat
berkomuniti kerana mereka saling
berinteraksi antara jiran tetangga dan
mempunyai hubungan yang baik.
Kajian juga mendapati 78 peratus [78
responden] akan meminta pertolongan
kepada jiran tetangga jika menghadapi
masalah atau ketika meninggalkan rumah
dalam jangkamasa yang lama.
Kebanyakan responden juga akan menolong
mengawasi rumah jiran tetangga jika mereka
diminta berbuat demikian.
Sukarelawan
Sikap sukarelawan ini amatlah
penting terhadap setiap ahli di
dalam komuniti bagi
memudahkan pembentukan
komitmen bagi mengurangkan
kadar jenayah di kawasan
perumahan mereka.
Sekiranya diberi tugas semasa berpersatuan,
hanya 60 peratus [60 responden] akan
menerimanya secara sukarela.
Komuniti juga secara sukarela akan
mengawasi rumah jiran semasa jiran
meninggalkan rumah dalam jangkasama
yang panjang. Mereka juga sanggup
menolong untuk memasang lampu pada
waktu malam dan menolong menyiram
pokok bunga dan sebagainya.
sambungan…
101
Kawasan kajian mempunyai komuniti yang agak memuaskan kerana terdapat
penurunan kes jenayah pada tahun 2005 daripada tahun 2004. Penurunan indeks
jenayah di kawasan kajian adalah disebabkan tahap komuniti dan tahap kepercayaan
yang memuaskan. Semangat komuniti yang menebal di antara ahli, tidak ada perasaan
pilih kasih, kecurigai, pentingkan diri sendiri dan sebagainya di kalangan komuniti
menyebabkan mereka bersatu-padu membenteras jenayah. Komuniti juga secara
sukarela akan mengawasi rumah jiran semasa jiran meninggalkan rumah dalam
jangkasama yang panjang. Mereka juga sanggup menolong untuk memasang lampu
pada waktu malam dan menolong menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Namun tahap penyertaan persatuan perlu dipertingkatkan dikalangan komuniti
di kawasan kajian. Terdapat pelbagai persatuan disediakan tetapi penyertaannya amat
lemah. Ini disebabkan komuniti ini lebih memberi tumpuan kepada kerjaya masing-
masing dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi dan pengurangan
program di kawasan kajian.
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa tahap berkomuniti disini
hanya ditahap memuaskan. Untuk mencapai sebuah Bandar Selamat di kawasan
kajian aspek komuniti perlu diberi perhatian yang lebih kerana aspek ini mempunyai
kepentingan seiring dengan ciri-ciri yang lain seperti aspek persekitaran dan aspek
kemudahan keselamatan. Indikator Bandar Selamat dan komuniti dapat mengukur
pencapaian konsep Bandar Selamat yang sebenar. Indikator ini akan memberi
gambaran sama ada pembangunan Bukit Jelutong telah mencapai konsep Bandar
Selamat yang diiktiraf oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor. Bab
seterusnya akan mengemukakan beberapa pembaikan dan cadangan untuk
digunapakai di kawasan kajian khasnya dan kawasan perumahan lain amnya.
102
BAB IV
CADANGAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN
KONSEP BANDAR SELAMAT
4.1 Pengenalan
Bab ini akan menyediakan beberapa pembaikan dan cadangan bagi
menjayakan perlaksanaan konsep Bandar Selamat di kawasan kajian khususnya dan di
kawasan perumahan amnya. Terdapat dua strategi di dalam bab ini. Strategi yang
pertama melihat kepada memperkukuhkan organisasi berpesatuan. Ia melibatkan
aspek keselamatan dan program-program sosial. Strategi yang kedua pula
menghuraikan kesedaran-kesedaran yang perlu ke atas setiap komuniti bagi mencapai
strategi yang pertama. Antaranya kesedaran terhadap kepentingan komuniti, inisiatif
komuniti dan pengorbanannya.
103
4.2 Strategi Pembangunan Komuniti di dalam Perlaksanaan Bandar Selamat
Hasil daripada analisis dan penemuan kajian, maka beberapa strategi telah
dibentuk bagi memperbaiki beberapa struktur organisasi sedia ada, mencadangkan
beberapa program sosial dan membentuk kesedaran bagi mewujudkan komitmen
komuniti. Bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, tahap komuniti, tahap
berpersatuan dan tahap kepercayaan sesama komuniti bagi mengurangi kadar jenayah
di kawasan kajian. Strategi yang di cadangkan, adalah :-
a. Memperkukuhkan struktur organisasi berpersatuan
i. Aspek keselamatan
Swasta
Penglibatan Komuniti
ii. Program-program sosial
Golongan Remaja
Golongan Dewasa
b. Pembangunan komuniti
i. Pendidikan
ii. Inisiatif berkomuniti
iii. Kepentingan berkomuniti
iv. Pengorbanan berkomuniti
4.3 Memperkukuhkan Struktur Organisasi Berpersatuan
Tahap komuniti di kalangan komuniti kawasan kajian jelas digambarkan
melalui kewujudan persatuan dan program-program sosial. Pelbagai persatuan yang
berkaitan dengan keselamatan dan program sosial perlu ditubuhkan bagi memberi
kesedaran dan menarik komitmen dikalangan komuniti. Persatuan Penduduk Bukit
Jelutong [BJRA] perlu menubuhkan Persatuan Keselamatan dan Program-Program
Sosial. Persatuan Keselamatan ini perlu melibatkan dua pihak iaitu pihak swasta dan
komuniti kawasan kajian. Manakala Program-Program Sosial pula perlu diberi
104
tumpuan kepada golongan remaja dan golongan dewasa yang melibatkan wanita dan
lelaki. Kewujudan pelbagai program mengikut dua golongan ini boleh menyebabkan
pihak komuniti lebih memberi komitmen untuk menyertainya. Pihak-pihak yang
berkaitan seperti pihak Polis dan Majlis Bandaraya Shah Alam perlu memberi
kerjasama atau mengawasi organisasi yang dijalankan oleh komuniti ini.
Aspek Keselamatan
Keselamatan Kawasan Perumahan
Swasta
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA]
Program Sosial
Komuniti
Remaja Dewasa
Program Pembangunan Remaja
Rakan Muda Kadet Polis Kelab Cegah Jenayah
Program Sedia ada Hari Muhibah Mencari Harta Karun
Kelab Sukan Kempen Kitar Semula
Cadangan Karnival Rumah Terbuka
‘Homeguard’
Pengawasan Kejiranan
Rajah 4.1 : Cadangan Struktur Organisasi Persatuan Penduduk Bukit Jelutong
[BJRA]
105
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] perlu diberi tanggung-jawab bagi
menerima aduan, komen dan cadangan dari persatuan-persatuan di bawahnya dan
cuba mengaptikasikannya sebaik mungkin. Dengan cara ini, komuniti boleh terus
membuat sebarang aduan dengan mudah. Jika masalah itu melibatkan persatuan-
persatuan yang lain maka pengerusi persatuan yang berkenaan akan dipanggil untuk
berbincang dan jika masalah tersebut tidak boleh diselesaikan maka khidmat dari
pihak yang terbabit seperti Majlis Bandaraya Shah Alam diperlukan. Selain daripada
itu, persatuan ini juga boleh membantu menyelia beberapa program yang dibuat oleh
persatuan yang lain. Rajah 4.2 menunjukkan carta alir proses penyelesaian masalah
yang perlu dilakukan oleh Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] di kawasan
kajian.
Menerbit / Mengagihkan risalah / laman web
mengenai isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti
Mengadakan mesyuarat dan mendengar komen dari Komuniti, PBT & Polis
Perbandingan dan menilai komen
Menjemput ketua setiap persatuan/unit kejiranan untuk mengemukakan cadangan yang terpilih
Sebulat suara – Membentuk strategi
Perlaksanaan
Pemantauan
Melihat hasil Berkesan
Tidak Berkesan
Rajah 4.2 : Carta Alir Proses Penyelesaian Masalah Oleh BJRA
106
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] dicadangkan mengikuti proses
penyelesaian masalah seperti di rajah 4.2. Ini bagi menghasilkan suatu cadangan yang
lebih berkesan. Setiap masalah yang serius atau yang tidak dapat diselesaikan oleh
persatuan kecil atau ketua unit kejiranan akan di bawa kepada ketua BJRA. BJRA
akan menerbitkan risalah/laman web mengenai isu/masalah tersebut untuk
pengetahuan semua komuniti di kawasan kajian. Kemudian suatu tarikh untuk
mengadakan mesyuarat dilakukan dengan penyertaan dari komuniti dan pihak
berkuasa yang terlibat.
Kemudian beberapa komen didengar dan perbandingan komen-komen tersebut
dibuat. Suatu keputusan akan dibuat oleh pihak BJRA kemudian akan diberitahu
kepada semua komuniti melalui ketua persatuan dan unit kejiranan. Setelah mendapat
keputusan sebulat suara maka strategi dilakukan dan perlaksanaan dibuat. BJRA juga
perlu membuat pemantauan kepada cadangan tersebut bagi melihat hasilnya. Jika
tidak berhasil maka mesyuarat akan dilakukan semula sehinggalah berjaya.
4.3.1 Persatuan Keselamatan
Pertubuhan persatuan keselamatan di kawasan kajian terbahagi kepada 2
bahagian. Pertama, persatuan yang melibatkan pihak swasta dan kedua melibatkan
pihak komuniti di dalam menangani kegiatan jenayah.
4.3.1.1 Pihak Swasta
Seperti apa yang dilihat dari bab 3, pihak swasta yang terlibat di kawasan
kajian adalah ’Homeguard’yang bertujuan untuk mengawasi keseluruhan kawasan
perumahan. Perkhidmatan ’Homeguard’ ini masih dikekalkan tetapi beberapa
cadangan bagi pembaikannya akan dilakukan. Pihak ’Homeguard’ ini perlu diawasi
dan dibantu oleh pihak polis yang berdekatan iaitu ia melibatkan Balai Polis Seksyen
U8.
107
Pihak ’Homeguard Security’ ini perlu menyediakan ‘phone tree’ kepada setiap
ketua unit kejiranan di kawasan kajian. Ini bagi memudahkan pihak tersebut
menghubungi pihak ’Homeguard Security’ jika ada apa-apa perkara yang mencurigai
di kawasan jagaan dan sebaliknya.
Berdasarkan analisis, mesyuarat antara pihak ’Homeguard’ dengan setiap
ketua unit kejiranan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi mengetahui
perkembangan tahap keselamatan semasa di kawasan kajian. Jika terdapat jenayah
yang berlaku maka pihak komuniti akan mengambil langkah berjaga-jaga dan akan
mengemukakan cara penyelesaian.
Selain daripada itu pihak ’Homeguard Security’ perlu membuat ’Block Watch
Attentance Form’. ’Block Watch Attentance Form’ ini perlu di letakkan di setiap
pondok keselamatan di setiap unit kejiranan. Ini bagi membolehkan komuniti di situ
menyemak kerja-kerja ahli keselamatan ’Homeguard’ tersebut.
Jika terlihat atau mendengar perkara-perkara yang mencurigai, sila hubungi :- i. No Tel. ‘Homeguard Security’ ii. No Tel. Balai Polis Seksyen U8 iii. No Tel. Pengerusi Persatuan Penduduk
Homeguard Tel :
Foto Ketua Unit Kejiranan Tel :
Foto Ketua Lorong Tel :
Foto Ketua Lorong Tel :
Foto Ketua Lorong Tel :
Rajah 4.3 : ’Phone Tree’ yang perlu disediakan oleh ’Homeguard Security’
108
MESYUARAT BERSAMA ‘HOMEGUARD SECURITY’
Tuan/Puan, Perkara : _______________________________________________________ Adalah dimaklumkan bahawa pihak ’Homeguard Security’ akan mengadakan mesyuarat pada :-
Tarikh : __________________________ Masa : __________________________ Lokasi : __________________________
Kerjasama anda amat kami hargai. Ingat, Pencegahan Jenayah Bermula Dari Komuniti !
’BLOCK WATCH ATTENDANCE FORM’
Unit Kejiranan : ________________________________
Nama Tarikh Masa Catatan 1._____________________________________________________________ 2._____________________________________________________________ 3._____________________________________________________________ 4._____________________________________________________________ 5._____________________________________________________________ 6._____________________________________________________________ 7._____________________________________________________________
Pembayaran yang dibuat oleh komuniti di kawasan kajian terhadap
’Homeguard Security’ perlu diberi kepada ketua Persatuan Penduduk Bukit Jelutong
[BJRA] terlebih dahulu. BJRA akan membuat pembayaran kepada ’Homeguard
Security’ bukan komuniti itu sendiri seperti sebelumnya. Ini bagi memastikan segala
tugas yang dilakukan oleh ’Homeguard Security’ seiring dengan kehendak komuniti
disitu, jika tidak pihak BJRA akan memaklumkan kepada ’Homeguard Security’ dan
jika tiada perubahan maka pihak BJRA berkuasa mengurangkan jumlah pembayaran
kepada ’Homeguard Security’ atau menukarkan kepada syarikat yang lain.
Rajah 4.4 : Notis mesyuarat yang perlu diadakan oleh ’Homeguard Security’
Rajah 4.5 : ’Block Watch Attendance Form’
109
Selain daripada itu, pihak ’Homeguard Security’ perlu mengantikan bit atau
pondok keselamatan yang sementara kepada yang tetap bagi setiap unit kejiranan
mengikut fasa sedia ada. Ini bagi memberi keselesaan kepada ahli keselamatan
menjalankan tugas dan memudahkan mereka bekerja.
Selain daripada menjalankan rondaan dengan mengadakan kereta peronda,
pihak ’Homeguard Security’ perlu menyediakan rondaan berbentuk motorsikal kerana
ia lebih menjimatkan kos. Ahli-ahli keselamatan ini juga perlu dilengkapi dengan alat-
alat keselamatan seperti chota, gari, uniform keselamatan semasa membuat rondaan
supaya menjamin keselamatannya. Mereka juga perlu mempunyai hubungan yang
baik dengan pihak Polis, komuniti, ketua unit kejiranan, pengerusi Persatuan
Penduduk yang berkaitan.
Perlantikan ahli keselamatan secara swasta ini perlu dikekalkan kerana ia lebih
menjamin tahap keselamatan di kawasan perumahan. Ini dapat dibuktikan dengan
statistik dari Balai Polis Seksyen U8 mendapati kadar jenayah telah menurun pada
tahun 2005 (419 kes) berbanding tahun 2004 (570 kes) dilaporkan.
Foto 4.1 : Pondok keselamatan yang perlu disediakan di setiap unit kejiranan kawasan kajian.
Foto 4.2 : Pakaian yang sesuai di pakai oleh ahli keselamatan swasta semasa membuat rondaan
110
4.3.1.2 Penglibatan Komuniti
Hasil kajian mendapati bahawa selain daripada sistem kawalan keselamatan
melalui penswastaan, tahap keselamatan boleh dipertingkatkan lagi sekiranya ada
penglibatan komuniti. Penglibatan komuniti ini boleh dibuat melalui Pengawasan
Kejiranan. Pengawasan Kejiranan ini hanya tertumpu kepada Unit Kejiranan
mengikut fasa sedia ada di kawasan kajian iaitu Fasa U8/1, Fasa U8/2 dan Fasa U8/3
[Rujuk Rajah 4.6]. Ini memudahkan setiap komuniti menikmati kemudahan yang
disediakan mengikut fasa tersebut seperti mesyuarat, perjumpaan, aktiviti-aktiviti dan
sebagainya. Komuniti di dalam setiap fasa perlu berganding bahu menandatangani
masalah jenayah sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap fasa
pula dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut lorong yang diketuai
oleh Ahli Jawatankuasa.
Sumber : Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Bandaraya Shah Alam, 2006
Fasa U8/1 Fasa U8/2
Fasa U8/3
Pengawasan Mengikut Lorong
Rajah 4.6 : Pengawasan Kejiranan Melalui Tiga Unit Kejiranan [Fasa Sedia ada]
111
Jadual 4.1 : Pembahagian Pengawasan Kejiranan dan Kemudahan
Bil Lokasi Jenis Kemudahan Unit Kemudahan Keselamatan
Pondok Pengawal Bilangan lorong bagi setiap
Pengawasan Kejiranan Bilangan rumah bagi setiap
lorong untuk Pengawasan Kejiranan
1 30 -34
20-22
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan ‘Green Pocket’ Surau
1 5-8 1
Kemudahan Pendidikan
Tadika 1
1. Unit Kejiranan 1 [Fasa U8/1]
Rumah Teres, Berkembar, Sesebuah 732
Kemudahan Keselamatan
Pondok Pengawal Bilangan lorong bagi setiap
Pengawasan Kejiranan Bilangan rumah bagi setiap
lorong untuk Pengawasan Kejiranan
1 30 -34
20-22
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan ‘Green Pocket’ Surau
1 5-8 1
Kemudahan Pendidikan
Tadika 1
2. Unit Kejiranan 2 [Fasa U8/2]
Rumah Teres, Berkembar, Sesebuah 754
Kemudahan Keselamatan
Pondok Pengawal Bilangan lorong bagi setiap
Pengawasan Kejiranan Bilangan rumah bagi setiap
lorong untuk Pengawasan Kejiranan
1 30 -34
20-22
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan ‘Green Pocket’ Surau
1 5-8 1
Kemudahan Pendidikan
Tadika 1
3. Unit Kejiranan 3 [Fasa U8/3
Rumah Teres, Berkembar, Sesebuah 784
112
Kejiranan ini perlu digiatkan dengan teratur dan berterusan. Seorang ahli
jawatankuasa dilantik bagi setiap lorong dalam satu kejiranan [fasa] yang bertindak
sebagai penghubung antara komuniti dengan Ketua Kejiranan. Ketua Kejiranan akan
bekerjasama dengan pihak Polis dan ‘Homeguards Security dalam menyelesaikan
masalah dan mengemukakan beberapa cadangan baru seiring dengan Unit Kejiranan
yang lain.
Setiap ahli jawatankuasa tersebut perlu menyediakan Pelan Kejiranan yang
lengkap dengan nama, nombor telefon dan alamat email jiran dan pihak yang perlu
dihubungi. (rujuk Rajah 4.8). Setiap penduduk perlu menyimpan Pelan Kejiranan
tersebut bagi memudahkan panggilan dibuat apabila berlaku perkara yang tidak
diingini.
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
AJK Lorong
Fasa U8/2
Fasa U8/1 Fasa U8/3
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA]
Polis dan ‘Homeguards’
Ketua Unit Kejiranan
Ketua Unit Kejiranan
Ketua Unit Kejiranan
Rajah 4.7 : Struktur Pentadbiran Pengawasan Kejiranan
113
No Tel. Balai Polis Seksyen U8 No Tel. ‘Homeguard Security ‘ No Tel. Ahli Jawatankuasa No Tel. Pengerusi Persatuan Penduduk
Pengawasan Kejiranan ini memerlukan semangat kejiranan yang kuat di
kalangan komuniti untuk saling membantu dan mengambil berat di antara jiran bagi
membanteras kegiatan jenayah. Ia juga bertujuan untuk memerhati dan mengawasi
jiran di kawasan kediaman. Program ini juga akan menghasilkan interaksi sosial
antara komuniti dan sekaligus menjadikan sesebuah taman perumahan ini aman dan
harmoni disebabkan oleh sikap peka setiap individu terhadap keselamatan. Program
ini melibatkan usaha sama di antara pihak polis dan komuniti.
Pengawasan Kejiranan ini tidak memerlukan rondaan oleh setiap ahli. Ia
hanya perlu melihat dan mendengar perkara-perkara yang mencurigai di kawasan
perumahan dan persekitarannya. Komuniti diminta mengawasi perkara-perkara yang
mencurigai di kawasan kediaman seperti :-
i. Seseorang yang menjerit atau teriak meminta pertolongan ;
ii. Seseorang yang melihat kearah tingkap kereta jiran mereka ;
iii. Kebisingan yang mencurigakan ;
iv. Pengeluaran harta benda dari rumah ketika penghuni tiada ;
Jalan Kubah U8/63
Ali Bakar
03-5513 1111
Rumah Teres
ali@yahoo.com
Rajah 4.8 : Pelan Kejiranan Setiap Lorong
114
v. Kenderaan yang bergerak perlahan seperti tiada arah tujuan ; dan
vi. Seseorang yang memberhentikan kenderaan dan bercakap dengan
kanak-kanak.
Kemudian mereka cuma perlu menelefon kepada pihak ’Homeguard’, pihak
Polis, ketua seksyen dan tuan punya rumah yang berkenaan. Maklumat-maklumat
yang berkaitan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan mereka akan diberitahu
dari semasa ke semasa bagi memperingati daripada berlakunya kecuaian.
Seorang anggota polis akan ditempatkan di setiap fasa. Anggota polis tersebut
juga akan ditempatkan sekurang-kurangnya 12 bulan untuk membolehkan mereka
mengetahui selok-belok kawasan dan komuniti disitu. Mereka juga akan
dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kejadian jenayah yang berlaku.
Anggota polis juga dikehendaki mengkaji, berkenalan dan berhubung mesra
dengan komuniti kawasan masing-masing untuk mewujudkan keyakinan orang ramai
terhadap mereka. Keyakinan ini akan memberikan kerjasama dan sokongan ramai
dalam usaha mencegah jenayah. Mereka juga mesti berusaha mengumpulkan
sebarang maklumat mengenai kawasan masing-masing. Pengetahuan yang lengkap
tentang kawasan dan komuniti dalam kawasan masing-masing akan memudahkan
sebarang kejadian dikesan. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh
anggota-anggota polis di kawasan masing-masing akan mempertingkatkan lagi
kecekapan dan mewujudkan sikap bertanggung-jawab di kalangan anggota.
Fasa utama yang mengamalkan Pengawasan Kejiranan ini perlu menyediakan
papan tanda bagi memberi gambaran kepada orang luar bahawa pergerakan mereka
sentiasa diawasi oleh komuniti [Rujuk Rajah 4.9]. Secara tidak langsung akan
memberi kesan kepada pencegahan jenayah di kawasan tersebut.
115
Rajah 4.9 : Papan Tanda Pengawasan Kejiranan
Selain daripada itu kotak telefon kecemasan perlu disediakan oleh pihak Polis
di kawasan yang bersesuaian. Ini bagi memudahkan pihak komuniti dan ahli
keselamatan membuat aduan atau laporan disaat kecemasan ketika berada di luar
kawasan rumah mereka.
Pengawasan Kejiranan
Foto 4.3 : Kotak telefon kecemasan yang perlu disediakan oleh pihak Polis
116
4.3.2 Program-Program Sosial
Program-program sosial akan mendukung hasrat negara yang ingin melahirkan
suatu bangsa Malaysia yang bersatu-padu, hidup dengan harmoni dan aman,
membantu penuh dengan semangat muhibbah serta penyayang. Persatuan-persatuan
ini akan diawasi dan dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Persatuan
Penduduk, Majlis Bandaraya Shah Alam.
Persatuan sedia ada di kawasan kajian akan dikekalkan dan tidak perlu
ditambah bilangannya kepada saiz yang begitu besar. Persatuan ini juga perlu
diaktifkan semula dan ditambahkan bilangan program-program disamping
mengambilkira golongan remaja dan dewasa. Ini bagi memudahkan pengawasan dan
memberi tumpuan yang serius oleh komuniti pada sesebuah persatuan tersebut.
Program-program sosial ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
melibatkan golongan remaja dan dewasa termasuk lelaki dan perempuan.
4.3.2.1 Golongan Remaja
Golongan ini merupakan golongan kedua terbesar di kawasan kajian setelah
maklumat itu diperolehi dari kewujudan sekolah, persatuan di Bukit Jelutong.
Anggaran hampir 2,000 remaja yang wujud. Persatuan-persatuan ini perlu diwujudkan
oleh pihak komuniti kerana ia boleh memberi peluang kepada golongan remaja yang
tidak berpeluang menyertainya di sekolah. Persatuan-persatuan ini boleh dikelolakan
oleh pihak sekolah dan komuniti di kawasan perumahan.
Persatuan Remaja dicadangkan di kawasan kajian bagi membolehkan
penyertaan oleh golongan remaja. Antara program yang perlu tindakan segera bagi
membantu mengurangi kadar jenayah adalah Pembangunan Remaja dan Kelab Cegah
jenayah. Manakala Program Rakan Muda dan Kadet Polis boleh juga
dipertimbangkan penubuhannya di masa hadapan.
117
a. Program Pembangunan Remaja
Pembangunan Remaja harus diusahasamakan oleh Pihak Ibu Bapa & Guru
(PIBG) Sekolah dan pihak Polis bagi menyediakan bimbingan dan sumber maklumat
anti-keganasan yang komprehensif kepada golongan remaja dan keluarga yang
berisiko tinggi menjadi mangsa atau penjenayah. Pihak tersebut juga mempelopori
dalam menganjurkan program untuk golongan sasaran.
b. Program Rakan Muda
Program Rakan Muda bertujuan mewujudkan perhubungan komuniti yang
baik bagi menyelesaikan pelbagai jenis masalah bersama. Pendekatan ini berbentuk
realistik, praktikal dan mudah diterima oleh golongan remaja. Ia mula diperkenalkan
di kawasan perumahan, pada dahulunya hanya di kawasan-kawasan bandaraya sahaja.
Program Rakan Muda adalah perantara untuk merapatkan jurang antara
kerajaan dan golongan remaja bagi menandatangani sebarang masalah semasa. Ini
membolehkan golongan remaja bekerjasama bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi terutama masalah keselamatan. Antara program-program yang boleh
dilakukan di bawah Persatuan Rakan Muda ini adalah gotong-royong, ceramah
menandatangani jenayah dan sebagainya.
c. Kadet Polis
Kadet Polis ini menumpukan kerjasama antara golongan remaja dan pihak
Polis. Mereka akan didedahkan dengan tugasan pihak polis dari semasa ke semasa
dan bersifat ’smart partnership’. Golongan ini juga akan diberi didikan dan kesedaran
sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan termasuk memerangi
jenayah. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembabitan golongan remaja dalam
memerangi jenayah dan juga menjadi ’mata dan telinga’ polis.
118
d. Kelab Cegah Jenayah
Kelab Cegah Jenayah ini bertujuan untuk mendidik supaya menghormati dan
mematuhi undang-undang, menanam rasa tanggungjawab dan kesedaran di kalangan
remaja dan membantu polis membanteras jenayah. Dalam peringkat remaja ini,
memang mudah untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka daripada
terjerumus dalam gejala tidak sihat. Bagi menguji ketahanan diri dan fizikal, pelajar
digalakkan menyertai program lasak seperti merentas halangan, pergerakan komando,
`absailing' dan `flying fox' yang dikendalikan pihak Polis dan pihak Bomba bagi
mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah.
4.3.2.2 Golongan Dewasa
Golongan dewasa merupakan golongan yang penting di dalam mewujudkan
komuniti yang baik kerana golongan ini mempunyai peranan yang besar di dalam
semua aspek, dianggarkan melebihi 4,000 orang. Lazimnya persatuan yang
ditubuhkan di dalam kawasan perumahan hanya Persatuan Penduduk dan Persatuan
Surau. Persatuan ini boleh mempelbagai aktiviti/program bagi menggalakkan
komuniti berinteraksi, mengenali satu sama lain dan membina semangat ‘kekitaan’
yang kuat terutama bagi mencegah jenayah.
Persatuan Penduduk ini perlu ditubuhkan pada setiap taman perumahan.
Persatuan Penduduk Bukit Jelutong perlu dikekalkan fungsinya iaitu menjadi ketua
kepada persatuan-persatuan yang lain dan hanya membenarkan ia dianggotai oleh
penduduk di kawasan kajian sahaja. Persatuan sedia ada ini mempunyai tanggung-
jawab yang besar di dalam mengukuhkan komuniti setempat. Antara program-
program yang boleh dicadangkan adalah:-
a. Program berkenaan pencegahan jenayah ini perlu diberi tindakan segera oleh
pihak berkuasa tempatan dan pihak Polis Bukit Jelutong, antaranya;
119
i. Seminar Pencegahan Jenayah/Salahlaku Sosial;
ii. Kempen Kesedaran Jenayah;
iii. Bengkel menyangkal penjenayah dari memasuki kawasan perumahan ;
dan
iv. Taklimat bagi memahami serba-sedikit mengenai proses mahkamah.
b. Program berbentuk sosial
Beberapa program masih dikekalkan dan setengahnya dicadang mengikut
pengalaman responden melalui soalselidik.
i. Program sedia ada dan perlu diaktifkan semula;
Hari Muhibbah;
Mencari Harta Karun;
Kelab Sukan; dan
Kempen Kitar Semula.
ii. Program yang dicadangkan supaya dapat mewujudkan pembangunan
komuniti yang menyeluruh di Bukit Jelutong, antaranya;
Karnival Bukit Jelutong; dan
Rumah Terbuka Bukit Jelutong.
Mempelbagaikan program, mengaktifkan persatuan, mewujudkan Persatuan
Remaja adalah antara penyelesaian kepada halangan yang terdapat di kawasan kajian.
Secara tidak langsung ia juga boleh menarik ramai penyertaan dan memberi
kesedaran terhadap betapa pentingnya berpersatuan bagi membantu mengurangi
kegiatan jenayah di kawasan kajian.
120
4.4 Pembangunan Komuniti
Pembangunan komuniti perlu dijadikan asas pertimbangan di dalam setiap
perancangan dan pembangunan di kawasan kajian. Kepincangan pembangunan
komuniti akan membawa kepada pelbagai masalah antaranya masalah sosial seperti
jenayah, vandalisma dan lain-lain. Kesedaran terhadap komuniti perlu diberi perhatian
dengan serius bagi membantu pihak kerajaan menjayakan perlaksanaan konsep
Bandar Selamat. Pembangunan komuniti yang baik boleh dipupuk di kalangan
komuniti melalui program-program keselamatan dan sosial yang dijalankan.
Program-program tersebut perlu menerapkan kesedaran terhadap inisiatif
untuk berkomuniti, kepentingan berkomuniti, pengorbanan yang diperlukan semasa
berkomuniti dan pendidikan yang perlu untuk menggalakkan komuniti bekerjasama
dalam melaksanakan konsep Bandar Selamat dengan jayanya.
Segala yang melibatkan komuniti dan persatuan seperti mengadakan program,
mesyuarat perlu diberi sebaran dengan meluas kepada komuniti melalui media cetak
dan media elektronik. Ini bagi memastikan segala mesyuarat dan program tersebut
diketahui oleh semua komuniti kawasan kajian. Tampa penglibatan oleh komuniti
maka segala program yang akan dijalankan tidak akan berjalan lancar. Media massa
memainkan peranan yang penting. Media massa yang dimaksudkan adalah :-
a. Media Cetak
i. Risalah
Risalah tersebut perlu memaklumkan jenis program atau mesyuarat yang akan
diadakan dari rumah ke rumah. Risalah tersebut boleh dimasukkan ke dalam peti surat
setiap rumah di kawasan kajian.
ii. Banner
Penggantungan banner juga amat berkesan. Ia perlu digantung di kawasan
perniagaan dan di setiap unit kejiranan mengikut fasa U8/1, U8/2 dan U8/3.
121
Maklumat penting seperti jenis program, tarikh, lokasi perlu dinyatakan dengan
ringkas tetapi padat.
iii. Bulletin
Bulletin yang ringkas perlu di buat dan diedarkan kepada setiap ahli bagi
memastikan komuniti mengetahui aktiviti terkini dan masalah atau perkembangan
semasa kawasan kajian.
b. Media Elektronik
i. Laman Web
Laman Web Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA] yang sedia ada perlu
di kemaskini dari semasa ke semasa. Ia perlu menyediakan ruang keahlian baru &
lama, ruang setiap persatuan yang ditubuhkan, ruang program yang akan dan telah
dijalankan, ruang kejayaan, ruang memberi komen, ruang memberi pendapat dan
sebagainya.
iii. Sistem Pesanan Ringkas [SMS]
Sistem Pesanan Ringkas [SMS] melalui telefon mudah alih juga boleh
dilakukan untuk menghantar aduan, cadangan oleh ahli kepada ketua persatuan.
Selain daripada itu segala program, mesyuarat juga boleh dimaklumkan melalui
Sistem Pesanan Ringkas ini. Ini kerana komuniti sekarang kebanyakannya
menggunakan telefon mudah alih.
Penglibatan kedua-dua media di atas, akan memberi penyelesaian terhadap
kurang penyebaran oleh persatuan kepada komuniti. Disamping itu juga ia dapat
sedikit sebanyak memberi perkembangan program yang berlaku di persekitaran
mereka. Program tersebut menyelitkan kesedaran terhadap komuniti, inisiatif untuk
berkomuniti, pengorbanan dalam berkomuniti dan pendidikan baik dari segi jenayah
dan sosial sedikit sebanyak dapat menyedarkan komuniti bagi meningkatkan tahap
komuniti, tahap berpersatuan, tahap kepercayaan antara komuniti dan tahap
122
keselamatan di kawasan kajian. Kesedaran, inisiatif, pengorbanan dan pendidikan
yang perlu diberi penekanan adalah:-
4.4.1 Pendidikan
Pembangunan komuniti di atas boleh diterapkan melalui kaedah pendidikan.
Pendidikan merupakan salah satu pendekatan yang berkesan untuk memberi
pengetahuan dan menyampaikan kepentingan pembangunan berkomuniti terutama di
dalam pencegahan jenayah. Terdapat beberapa kaedah pendidikan yang boleh
digunakan antaranya mengedarkan risalah kepada komuniti, mengadakan rancangan
pengajaran di sekolah-sekolah, bengkel, ceramah dan menampalkan poster-poster
serta papan iklan yang berkaitan dengan kepentingan keperluan berkomuniti di dalam
membantu mencegah jenayah.
4.4.2 Inisiatif Berkomuniti
Melalui pendidikan akan menimbulkan inisiatif untuk berkomuniti. Pihak
berkuasa tempatan, BJRA dan pihak Polis perlu menunjukkan laluan untuk komuniti
tersebut melibatkan diri mereka. Inisiatif-inisitif yang boleh ditonjolkan oleh komuniti
adalah melalui :-
a. Menyertai persatuan dan program yang diadakan;
b. Menerima dan menjalankan segala tugasan secara sukarela;
c. Menjadi ’mata dan telinga’ kepada pihak yang berkenaan seperti pihak Polis,
’Homeguard’, Persatuan Penduduk Bukit Jelutong dan Program Pengawasan
Kejiranan; dan
d. Menegur dan menerima teguran di atas segala kesalahan antara komuniti
dengan baik.
123
4.4.3 Kesedaran Terhadap Kepentingan Berkomuniti
Melalui pendidikan juga perlu diterapkan kepentingan berkomuniti pada setiap
individu. Kepentingan yang boleh diperolehi daripada hidup berkomuniti termasuk :-
a. Membentuk komuniti penyayang;
Hasil daripada tahap komuniti yang baik, secara tidak langsung ia dapat
membentuk komuniti yang penyayang. Penyayang kepada tempat tinggal, jiran
tetangga, persatuan dan sebagainya.
b. Membentuk komuniti bersatu-padu;
Setelah timbul sikap penyayang, tahap kepercayaan antara komuniti maka ia
lebih mudah untuk bersatu-padu bagi mencegah kegiatan jenayah.
c. Membenteras kegiatan jenayah;
Komuniti yang penyayang dan bersatu-padu akan sama-sama berganding bahu
membenteras segala masalah jenayah yang berlaku di Bukit Jelutong amnya dan unit
kejiranan khasnya.
d. Membentuk komuniti yang harmoni;
Setelah berjaya membenteras kegiatan jenayah di kalangan komuniti maka
sesebuah kawasan perumahan akan lebih harmoni dan dapat membantu pihak
kerajaan di dalam melaksanakan Bandar Selamat.
124
4.4.4 Pengorbanan
Bagi menjayakan inisiatif diatas, ia perlu diiringi dengan pengorbanan.
Pengorbanan yang dimaksud adalah pengorbanan harta. Contohnya berkorban
membuat pembayaran keahlian kepada ’Homeguard’ pada setiap bulan untuk
kesejahteraan bersama. Selain itu pengorbanan terhadap tenaga dan masa bagi
menjayakan Pengawasan Kejiranan, program-program sosial dan sebagainya.
Komuniti perlu memupuk kesedaran, pendidikan dan tindakan yang bersepadu
khasnya menghindarkan keganasan nyawa, harta benda dan kemerosotan sosial dan
nilai moral.
Harta Tenaga
Masa
Program Pengawasan Kejiranan
Pembayaran Yuran
Menziarah, Pengawasan, Menyertai program dan lain-lain
Pengorbanan
Rajah 4.10 : Pengorbanan Yang Diperlukan Terhadap Komuniti
125
4.5 Rumusan
Cadangan bagi perlaksanaan konsep Bandar Selamat ini menekankan bidang
perancangan komuniti untuk meningkatkan tahap komuniti di samping mewujudkan
persekitaran kediaman yang selamat. Strategi cadangan tersebut perlu dilaksanakan
secara serentak atau bergabungan dan saling bergantung antara satu sama lain.
Penyesuaian pembayaran yuran di dalam berpersatuan juga perlu dilakukan mengikut
kemampuan penduduk setempat. Kerajaan juga perlu memberi peruntukan kewangan
bagi membantu menjayakan program-program yang dijalankan oleh pihak komuniti.
Selain daripada itu, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan unit khas seperti
Unit Bandar Selamat bagi membantu meningkatkan kejayaan didalam
perlaksanaannya seperti memberi taklimat, bengkel dan sebagainya.
Kejayaan perlaksanaan Bandar Selamat perlu diberi penekanan yang seimbang
diantara aspek pembangunan fizikal, aspek kemudahan keselamatan dan aspek
pembangunan komuniti. Komitmen daripada pihak yang terlibat dan sokongan dari
komuniti sendiri diperlukan bagi menjayakannya. Cadangan-cadangan ini diharap
boleh menjayakan pelaksanaan Bandar Selamat di kawasan kajian dan di guna pakai
di dalam perancangan sesuatu kawasan perumahan yang lain kerana ia akan
membantu kearah mewujudkan konsep Bandar Selamat. Aspek pembangunan
komuniti merupakan aspek yang amat penting seiring dengan aspek pembangunan
fizikal dan aspek kemudahan keselamatan di dalam menjaga keamanan perumahan.
Tahap keselamatan yang baik bukan terletak ditangan pihak Polis semata-mata
tetapi penglibatan komuniti seperti juga bertanggung-jawab untuk membantu. Sebagai
sebuah negara yang sedang menuju ke era negara maju, kita memerlukan pihak
komuniti yang berwibawa bagi membantu agenda kerajaan agar negara ini disegani di
dunia antarabangsa dengan mempunyai kadar jenayah yang minimum. Untuk tujuan
itu, kerajaan memerlukan tenaga sukarela dari komuniti tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan atau ganjaran.
126
BAB V
PENUTUP
Memandangkan kadar jenayah di Negara kita semakin meningkat hingga
mengancam tahap keselamatan komuniti, konsep Bandar Selamat diperkenalkan oleh
Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebagai pendekatan pencegahan. Isu-isu jenayah
ini merupakan salah satu daripada penekanan dalam perlaksanaan Bandar Selamat.
Ciri-ciri bagi mencapai perlaksanaan Bandar Selamat terbahagi kepada tiga aspek
iaitu aspek reka bentuk persekitaran, pihak keselamatan dan pembangunan komuniti.
Kajian ini hanya menumpukan kepada aspek pembangunan komuniti dan kawasan
kajian tertumpu kepada taman perumahan Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam
yang meliputi kawasan rumah teres, berkembar dan sesebuah.
Pengumpulan data dilakukan di kawasan kajian dengan menggunakan dua
kaedah iaitu kaedah pengamatan/pemerhatian dan kaedah temubual soalselidik.
Jumlah sampel adalah sebanyak 100 buah rumah dengan menggunakan paras
keyakinan 90 peratus. Pemilihan sampel adalah berkadaran mengikut tiga fasa utama
dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan melibatkan frekuensi dan statistik
jadual-silang. Seterusnya kejayaan, halangan dan penilaian dilakukan ke atas
127
penemuan kajian dengan menggunapakai indikator Bandar Selamat oleh Jabatan
Perancang Bandar dan Desa, [2004] dan indikator komuniti oleh Philip dan Bridges,
[2005].
Hasil kajian mendapati komuniti terdiri daripada pelbagai bangsa yang
berpendapatan sederhana tinggi. Tahap keselamatan di kawasan kajian adalah baik
kerana kurang berlaku kejadian jenayah. Namun sejumlah kecil kejadian jenayah
yang sering berlaku di kawasan kajian melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda.
Jenayah kekerasan melibatkan samun tanpa bersenjatapi, samun berkumpulan tanpa
senjatapi, samun bersenjatapi, samun berkumpulan bersenjatapi, mencederakan
manusia dan cuba membunuh. Manakala jenayah harta benda pula hanya
membabitkan curi kereta, curi motosikal, penyeluk saku dan pecah rumah. Jenayah ini
sering berlaku disebelah awal pagi berbanding sebalah petang dan larut malam
disebabkan oleh rumah yang tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.
Hasil kajian 70 peratus [70 responden] mendapati tahap komuniti masih tebal
dalam jiwa mereka. Tahap komuniti dapat diukur dari segi mengenali jiran tetangga,
kekerapan berinteraksi, menjemput jiran semasa menganjurkan majlis dan reaksi
semasa dijemput menghadiri majlis. Tidak dapat dinafikan 30 peratus [30 responden]
masih wujud kekurangan sikap komuniti di kalangan responden dalam menjalani
seharian. Ini merupakan kesan pengaruh persekitaran yang semakin mencabar dan
aktiviti harian yang semakin sibuk.
Manakala tahap berpersatuan pula hanya 68 peratus [68 responden] menyertai
persatuan, selebihnya tidak melibatkan diri di dalam mana-mana persatuan yang boleh
mengurangi kadar jenayah atau mengeratkan interaksi sesama komuniti di unit
perumahan mereka. Hubungan komuniti yang baik secara langsung akan mewujudkan
tahap kepercayaan yang baik terhadap jiran tetangga. Hasil kajian mendapati 27
peratus [27 responden] menyatakan jiran mereka ‘sangat baik’, manakala 72 peratus
[72 responden] menyatakan ‘baik’. Ini dapat dibuktikan dengan 78 peratus [78
responden] menyatakan jiran merupakan individu yang pertama yang diharap akan
memberi bantuan apabila diperlukan. Selain daripada itu 99 peratus [99 responden]
mempercayai jiran sehingga mereka sanggup memaklumkan tempoh masa
permergian, meninggalkan nombor telefon, meninggalkan kunci, meminta tolong
128
memasang lampu pada waktu malam, meminta pertolongan menyiram pokok bunga
dan memberi makanan peliharaan mereka semasa meninggalkan rumah pada
jangkamasa yang panjang.
Hasil kajian mendapati 95 peratus [95 responden] memberi pendapat bahawa
bagi menjayakan tahap komuniti, ia memerlukan beberapa kemudahan keselamatan,
rekreasi dan pendidikan. Kemudahan ini membolehkan komuniti meluangkan masa
sesama komuniti, penyertaan di dalam persatuan, sikap sukarelawan dan sebagainya.
Program-program seperti Program Pencegahan Jenayah, Program Pengawasan
Kejiranan, Program Remaja diperlukan bagi membantu mencegah atau mengurangi
kadar jenayah di unit kejiranan mereka. Kajian juga mendapati 62 peratus [62
responden] pihak yang perlu bertanggung jawab di dalam pencegahan jenayah adalah
pihak komuniti, diikuti 20 peratus [20 responden] pihak berkuasa tempatan dan 16
peratus [16 responden] pihak keselamatan. Bagi menjayakan pihak komuniti didalam
pencegahan jenayah, responden mencadangkan kelompok yang kecil untuk diawasi
bersama kerana kelompok kecil ini senang untuk diurus dan membuat pengawasan.
Kesimpulannya, tahap keselamatan di kawasan kajian agak memuaskan kerana pada
tahun 2004 jumlah kes jenayah berkurangan dari 570 kes kepada 419 kes.
Kejayaan di kawasan kajian dapat dilihat daripada dua aspek. Pertama adalah
daripada perancangan yang sistematik oleh pihak berkuasa tempatan seperti susunatur
perumahan yang mengambilkira ciri-ciri keselamatan [‘single entry’, ‘cul-de-sac’],
pagar rumah yang tidak mewujudkan sekatan pandangan, jarak ruang bangunan antara
jiran kuran dari 20 kaki, jarak lampu jalan didalam lingkungan 30 kaki, ruang
landskap dijaga rapi dan gunatanah yang tidak bercampur. Manakala pembangunan
komuniti di kawasan kajian juga baik kerana dapat mewujudkan dua bentuk persatuan
yang utama dalam membantu menangani kegiatan jenayah. Kedua-dua bentuk
persatuan yang dimaksudkan adalah Persatuan Keselamatan dan Persatuan Sosial.
Persatuan-persatuan ini diketuai oleh Persatuan Penduduk Bukit Jelutong [BJRA].
Persatuan keselamatan tersebut berfungsi membuat rondaan yang dikendalikan oleh
sebuah syarikat swasta iaitu ‘Homeguard’ dan telah dilantik oleh pihak komuniti.
Manakala Persatuan Sosial pula bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara
komuniti di dalam bersama-sama membantu mencegah jenayah di kawasan
perumahan.
129
Persatuan-persatuan tersebut telah berjaya mengadakan beberapa program
antaranya Kempen Merdeka, Mencari Harta Karun dan sebagainya. Secara tidak
langsung ia dapat menggalakkan interaksi yang baik sehingga dapat mewujudkan
tahap kepercayaan antara mereka. Kewujudan tahap komuniti yang baik serta
kepercayaan antara komuniti yang tinggi di kawasan kajian telah berjaya
mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan kediaman mereka. Sebagai contoh
mereka dapat melihat atau menjaga rumah jiran ketika ketiadaan jiran, dapat
menolong memasang lampu depan dan belakang rumah jiran semasa ketiadaan jiran
dan sebagainya.
Manakala halangan pembangunan komuniti di kawasan kajian adalah kurang
sokongan, penyertaan, dan kesedaran komuniti terhadap persatuan dan program-
program yang disediakan. Ini disebabkan komuniti bandar pada hari ini lebih
menumpukan kerjaya masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup
dan ekonomi sehingga kekurangan masa untuk menyertai mana-mana persatuan di
kawasan kajian. Selain daripada itu, beberapa responden menyatakan bahawa
kekurangan program, persatuan-persatuan yang tidak aktif dan kurang promosi
terutama di dalam laman web, risalah antara penyebab mereka kurang pengetahuan
terhadap kewujudannya. Begitu juga kepada golongan remaja, mereka tidak diberi
perhatian di dalam menangani masalah jenayah. Manakala pihak berkuasa tempatan
kurang peruntukan kewangan dan kakitangan di dalam membantu menjayakan
perlaksanaan Bandar Selamat atau program-program yang dijalankan oleh komuniti
kawasan kajian.
Hasil kajian mendapati perancangan fizikal di kawasan kajian telah mencapai
tahap yang boleh dibanggakan kerana ia dapat membantu didalam mengurangi kadar
jenayah. Cadangan kajian ini hanya melibatkan pembangunan komuniti iaitu dengan
mewujudkan dua strategi di dalam menangani halangan atau masalah fokus kepada
pembangunan komuniti sahaja. Strategi yang pertama melihat kepada
memperkukuhkan organisasi berpesatuan. Ia terbahagi kepada aspek keselamatan dan
program-program sosial. Aspek keselamatan ini melibatkan dua pihak iaitu swasta
dan komuniti. Manakala program-program sosial ini juga melibatkan dua golongan
iaitu golongan remaja dan dewasa yang terdiri dari wanita dan lelaki. Strategi yang
kedua pula menghuraikan kesedaran-kesedaran yang perlu ke atas setiap komuniti
130
bagi mencapai strategi yang pertama. Antaranya kesedaran terhadap kepentingan
komuniti, inisiatif komuniti dan pengorbanannya. Selain daripada itu beberapa
langkah penyebaran melalui media cetak dan media elektronik juga diperkenalkan
supaya dapat liputan yang menyeluruh segala persatuan dan program yang akan
dijalankan di kawasan kajian. Penekanan terhadap kesedaran komuniti diperlukan
supaya sama-sama mengambleng tenaga bagi mencegah jenayah dari semasa ke
semasa.
Strategi cadangan tersebut perlu dilaksanakan secara serentak atau
bergabungan dan saling bergantung antara satu sama lain dengan kadar segera.
Penyesuaian pembayaran yuran di dalam berpersatuan juga perlu dilakukan mengikut
kemampuan penduduk setempat. Kerajaan juga perlu memberi peruntukan kewangan
bagi membantu menjayakan program-program yang dijalankan oleh pihak komuniti.
Selain daripada itu, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan unit khas seperti
Unit Bandar Selamat bagi membantu meningkatkan kejayaan didalam
perlaksanaannya seperti memberi taklimat, bengkel dan sebagainya. Menjaga
keselamatan kawasan perumahan adalah tanggungjawab bersama bukan hanya
terletak di tangan pihak polis sahaja. Ia perlu dipupuk di kalangan komuniti, pihak
polis, pihak berkuasa tempatan, dan pihak professional seperti jururancang bandar,
arkitek dan sebagainya. Selain daripada itu, pembangunan komuniti ini perlu
diaplikasikan di skim pembangunan perumahan yang baru dan tidak setakat untuk
kawasan perumahan sedia ada.
Pembangunan komuniti di Bandar Selamat akan hanya tercapai sekiranya
segala bentuk persatuan dan program-program yang bersifat pencegahan jenayah dan
sosial dapat disempurnakan dengan baik. Ini kerana komuniti lebih maklum dengan
masalah yang berkaitan dengan jenayah di persekitaran kediaman mereka. Oleh
kerana kajian ini hanya merangkumi rumah teres, berkembar dan sesebuah, maka
kajian sebegini memerlukan kajian lanjutan ke atas kawasan rumah bertingkat seperti
pangsapuri atau kondominium. Sekiranya kajian ini dapat dilanjutkan, perbandingan
dan penemuan baru mungkin diperolehi yang mana berguna sebagai panduan kepada
perancangan perumahan pada masa hadapan.
131
BAHAN RUJUKAN
Clarke, RGV and Mayhew, P. (1980). Designing Out Crime. Her Majesty’s Stationary
Office: London.
Crowe, D. Timothy. (1991). Applications of Architectural Design and Space
Management Concept.Butterworth –Heinemann.
Colin Bell, Howard Newby .(1971). Community Studies. Britain : Unwin Ltd.
Christensen adan Stoup.(1991). Introduction to The Statistics for the Social and
Behavioral Sciences-Second Edition. California : Brooks/Cole Publishing
Company.
D.A. de Vaus (1996). Surveys in Social Research. London : UCL Press Lomited.
Diane Warbutan .(2000). Community & Sustainable Development – Participation in
the Future. London : Earthscan Publications Ltd.
Effat. (2001). Two Approaches to Organizational Analysis. Beacon Press : Rosten.
Gordon, E. Cherry .(1974). Urban Planning Problems. Barnes and Noble Import
Division.
Hagan, E. Frank. (1993). Research Methods In Criminal Justice And Criminology.
New York : Third Edition, Macmillan Publishing Company.
Heberle, David and Scutella, Richard. (1995).The Complete Guide For Making Your
Home Safe. Ohio : Betterway Books: Cincinnati.
Hopf, S. Peter .(1979). Handbook of Building Security : Planning and Design. United
States of America : McGraw-Hill Book Company.
Jabatan Perpaduan Negara. (2000). Skim Rukun Tetangga. Malaysia : Kuala Lumpur.
Joseph De Chiara.(1984).Time-Saver Standards for Site Planning. United States:
Semline.Inc.
Joseph F. Sheley. (1987). Exploring Crime: Reading in Criminology and Crininal
Justice. United State of Amerika: Wadsworth Inc.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa .(2000).Garis Panduan Perancangan.
Malaysia : Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Malaysia. (1984). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Malaysia :
Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia.(1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Malaysia :
Kuala Lumpur.
132
Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Malaysia :
Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan 2000-2005. Malaysia :
Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia .(2006).Rancangan Malaysia Ketujuh 2006-2010. Malaysia :
Kuala Lumpur.
Kylie Eastly. (1997). A Safe City is a Happy City.City of Toronto. Green Edition.
Klein. (1988). The Concept And Measurement Of Neighbourhood. Washington : US
Department Of Housing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kamus Dewan. Malaysia : Kuala Lumpur.
Kenneth B. Hall .(2001). Community by Design. Gerals A. Printerfield:Hill.
Lang, Jon. (1994). Urban Design : The American Experience. Van Nostrand
Reinhold.
Lee Lam Thye .(1999). World Town Planning Day-Public Lectures and Exhibition:
Safe City. Kuala Lumpur.
Marie D.Hoff .(2000). Sustainable Community Development – Studies in Economic,
Environmental and Cultural Reritalization. Washington:Lewis Publishers.
Ministry of Federal Territory. (1983). Neighbourhood Planning: A Policy Study and
Survey Report. Malaysia: Kuala Lumpur.
Ocsar Newman. (1971). Defensible Space – Crime Prevention Through Urban
Design. New York: The Macmillan Company.
Paul J. Magian. (2004). Urban Regeneration Community Power and the (in)
Significance of ‘Race’. Australian : Cowan University, Western.
Pedreira, Mauricio, Goodstein and Carol .(1992). Blueprint for an Eco-Safe City.
Americas. 44 (6):10
Rogers. (1981). Towards Sustainable Communities. Sums Latham Group.
Rhonda Philips and Bridges. (2005). Community Indicators Measuring Systems. USA
: Athenaeum Press, Ltd. Gateshead.
Reeves, Dory (1996). Safe City. Journal of Urban Design.1(375): 2.
R.V.G. Clarke and P. Mayhew (edited). (1980). Designing Out Crime. Home Office
Research Unit, London: Her Majesty’s Stationery Office.
Saleha Md. Arif .(1999). Kajian Kemudahan Perumahan di Wilayah Persekutuan.
Malaysia : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
133
Safe Neighbourhoods Unit (SNU). (1993). Crime Prevention and Council Estates.
London: HMSO.
P. Stollard. (1991). Crime Prevention Through Housing Design. Great Britain: T. J.
press (Padstow) Ltd.
Thomas, R. and Cresswell. (1999). Community In Housing Satisfation. New York :
John Wiley.
Timothy, D. Crowe. (1991). Crime Prevention Through Environmental Design. USA:
National Crime Prevention Institute.
KERTAS SEMINAR
Halimaton Saadiah binti Hashim. (2000). Falsafah Dan Kawalan Pembangunan
Dalam Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat. Universiti Teknologi Malaysia :
Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah ke-18.
Ho Khong Ming. (2000). Ke Arah Perancangan Kawasan Kediaman Yang Selamat.
Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan
Wilayah ke-18.
Zainuddin Muhammad. (1999). Ke Arah Persekitaran Kediaman yang Unggul.
Universiti Teknologi Malaysia : Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar &
Wilayah ke-17.
Zainuddin Muhammad. (2000). Ke Arah Perancangan Dan Pembangunan
Persekitaran Yang Selamat. Universiti Teknologi Malaysia : Seminar Kebangsaan
Perancangan Bandar dan Wilayah ke-18.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. (1999). Buletin Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur.
134
KERATAN AKHBAR
Utusan Malaysia. (1998). Perlu Segera Wujudkan Konsep Bandar Selamat. Bernama.
Utusan Malaysia. (1998). Kawalan Berpusat Pondok Polis Bangsar Menjadi Pelopor.
Bernama.
Utusan Malaysia. (1998). Kereta Peronda Nadi Polis Memberikan Khidmat Mesra.
Bernama.
Utusan Malaysia. (1999). Tingkatkan Aktiviti Cegah Jenayah. Bernama.
Utusan Malaysia. (1999). Cegah Jenayah Penduduk Tubuh Pasukan Kawalan.
Bernama.
New Straits Times. (2000). Safe City Initiative Being Expanded.
Utusan Malaysia. (2001). Projek Bandar Selamat Berjaya Kurangkan Kadar Jenayah.
Bernama.
Utusan Malaysia. (2006). SMS Daripada Pengendali Rakan COP tidak dicaj.
Bernama.
Utusan Malaysia.(2006). Jangan Beri Peluang Kepada Penjenayah. Bernama.
Utusan Malaysia .(2006). Bandar Bebas Jenayah. Bernama.
Utusan Malaysia. (2006). PDRM dapat RM4.9b Tingkat Keselamatan. Bernama.
Harian Metro. (2006). Polis, Penduduk Berdialog.
Utusan Malaysia. (2006). Dua Polis Tinggal Di Setiap Taman Perumahan atasi
Jenayah. Bernama.
Utusan Malaysia. (2006). Program JOM Centre Berjaya. Bernama.
135
BAHAN RUJUKAN DARI INTERNET
Asia Crime precention Foundation (2000):
http://www.acpf.org
Jenayah Psikologi (1992) :
http://www.kyky.essortment.com/psychologycrime.rhsa.htm
National Crime Prevention Council of Canada (1996). Safe City Committee.
Http://www.crime-prevention.org/ncpc/database/models/safe-e.htm. Akses 15
November, 1999.
National Crime Prevention Council of Canada (1996). The Problem of Crime.
Http://www.crime-prevention.org/ncpc/database/models/deal-e.htm. Akses 15
November 1999.
Surrey City Council (1998). Safe City.
Http://www/city/surrey.bc.ca/citycouncil/safecity.htm. Akses: 15 November,
1999.
Melbourne Strategy. (2004). A Strategy for a Safer City.
www.melbourne.vic.gov.gov .av/vsrc/city Akses : 06 Julai, 2006.
Community Safety .(2005). Community Safety Strategy.
www.enfield.gov.uk Akses : 06 Julai, 2006.
Community Safety Plan (2004). Redfern-Waterloo Community safety Plan.
www.cityfsydney.nsw.gov.au Akses : 10 Julai, 2006
Government of South Australia (2004). Designing Out Crime.
www.eastleigh.gov.uk Akses : 10 Julai, 2006
Sheriff King Country (2005). Community Crime Prevention Neighborhood Block
Watch Handbook.
www.metrokc.gov/sheriff/prevention Akses : 23 Julai, 2006
Safer Community Partnership (2005). Canterbury District Community Safety Strategy
2005-2008.
www.canterbery.gov.uk Akses : 23 Julai, 2006
136
Ministry of justice (2005). Implementation Guide for Crime Prevention.
www.justice.govt.nz/pubs/reports/2005/cpted Akses : 23 Julai, 2006
Hillsborough County Sheriff’s Office. (2006). 2005 Community Survey Final Report.
www.fdle.state.fl.us/cjst/publications/agencyaddressess/sherifflabels.pdf Akses :
23 Julai, 2006.
Massachusetts Attorney General (2004). Safe Neighborhood Initiative (SNI).
www.ago.state.maa:us/sp Akses : 23 Julai, 2006
Safe Neighborhoods (2004). The San Diego Community.
www.sandiego.gov/environment.services Akses : 23 Julai, 2006
Crime Prevention Association (2004). Neighborhood Watch.
www.preventcrime.net Akses : 23 Julai, 2006
137
JABATAN PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH FAKULTI ALAM BINA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310, SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Fasa : ............................................................
Alamat : ............................................................
............................................................
............................................................
No. Telefon : ...........................................................
Tarikh : ...........................................................
Makluman kepada responden :-
1. Segala maklumat yang diberikan dianggap rahsia dan akan digunakan hanya
untuk tujuan penyelidikan ini sahaja.
2. Penyelidik mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberi
oleh responden.
Sarjana Sains Perancangan Bandar ( Perumahan) Semester 111 (2006 / 2007)
Tajuk Kajian :-
PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT Kajian Kes:
Bukit Jelutong, Seksyen U8, Bandaraya Shah Alam.
No. Siri
Kajian Oleh :-Nor Eeda Binti Haji Ali
Lampiran A
138
1. Umur Ketua Keluarga : .............tahun 2. Bangsa : 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain,Nyatakan ................... 3. Berapa lama anda telah menetap
disini? ................... tahun 6. Bagaimanakah tahap keselamatan
kawasan kediaman anda? 1. Sangat baik 2. Baik 3. Teruk 4. Sangat teruk 7. Adakah anda mengetahui tentang
kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan?
1. Ya 2. Tidak. (terus ke bahagian C) 8. Bagaimanakah anda mengetahui
kegiatan jenayah tersebut? 1. Mangsa jenayah 2. Jiran 3. Surat khabar 4. Lain-lain, nyatakan ....................... 9. Sila nyatakan jenayah yang berlaku-: (lebih dari satu jawapan) Jenayah Harta Benda
1. Curi kereta, 2. Curi motosikal, 3. Curi basikal, 4. Curi van & lori, 5. Meragut, 6. Menyeluk saku, 7. Pecah rumah, 8. Lain-lain kecurian.
BAHAGIAN A: PROFAIL RESPONDEN
BAHAGIAN B: PANDANGAN TERHADAP TAHAP KESELAMATAN PERUMAHAN
4. Jumlah Pendapatan Isirumah : RM ...................../ sebulan 5. Taraf pendidikan
1. Tidak bersekolah 2. Sekolah rendah 3. Sekolah menengah 4. Kolej/Universiti
Jenayah Kekerasan 1. Samun tanpa senjata api, 2. Samun berkumpulan tanpa senjata api, 3. Samun bersenjata api, 4. Samun berkumpulan bersenjata api, 5. Mencederakan manusia, 6. Rogol, 7. Bunuh, 8. Cuba membunuh.
10. Bilakah jenayah itu sering berlaku? 1. Hari biasa 2. Hujung minggu 3. Musim perayaan/cuti umum 4. Tidak mengira waktu 11. Waktu jenayah berlaku ?
1. Awal pagi 2. Petang 3. Larut malam
BORANG KAJISELIDIK ASPEK KOMUNITI DIDALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT
139
12. Adakah anda mengenali jiran sebelah
atau sekitar rumah anda? 1. Ya 2. Tidak (terus ke bahagian D) 13. Bilangan jiran yang anda kenali
disekitar rumah anda? ............... orang
14. Dimanakah tempat yang anda sering
berinteraksi bersama jiran? 1. Halaman rumah 2. Pusat membeli-belah 3. Kawasan rekreasi 4. Sekolah 5. Kemudahan awam, nyatakan.......
6. Lain-lain, nyatakan................
18. Adakah anda mengetahui mana-mana pertubuhan persatuan di unit kejiranan anda?
1. Ya, nyatakan................................. 2. Tidak. (terus ke bahagian E) 19. Adakah anda mengetahui jenis-jenis
persatuan yang melibatkan pencegahan/mengurangi jenayah di unit kejiranan anda?
1. Ya, nyatakan................................. 2. Tidak 20. Adakah anda menyertai mana-mana
persatuan tersebut? 1. Ya, status keahlian........................ 2. Tidak, mengapa............................ 21. Apakah peranan/tugas anda di dalam
persatuan tersebut? ............................................................
............................................................
............................................................
BAHAGIAN C: PANDANGAN TERHADAP TAHAP KOMUNITI
BAHAGIAN D: PANDANGAN TERHADAP TAHAP BERPERSATUAN
15. Kekerapan berinteraksi atau bertemu jiran: 1. Selalu, nyatakan ...............................
2. Kadang-kala, nyatakan ..................... 3. Jarang, nyatakan ..............................
16. Adakah anda menjemput jiran anda di majlis
yang anda anjurkan? 1. Ya 2. Tidak, mengapa.................................
17. Apabila anda dijemput menghadiri majlis, apakah tindakan anda?
1. Berusaha untuk pergi 2. Sambil lewa 3. Kadang-kadang 4. Tidak pergi
22. Jika diberikan tugas, kebiasaannya bagaimanakah tindakbalas setiap ahli?
1. Sukarela 2. Undian 3. Paksaan 4. Lain-lain, nyatakan............................... 23. Dimanakah aktiviti-aktiviti berpersatuan ini
sering dijalankan? 1. Rumah ahli mengikut giliran 2. Dewan 3. Rukun Tetangga 4. Lain-lain, nyatakan ....................... 24. Bagaimanakah sambutan yang diberikan oleh penduduk terhadap aktiviti yang dijalankan? 1. Sangat menggalakkan
2. Menggalakkan 3. Kurang menggalakkan
140
25. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap jiran?
1. Sangat baik 2. Baik 3. Kurang baik
4. Tidak baik 26. Sekiranya keluarga anda
menghadapi masalah yang berkaitan jenayah, siapakah yang pertama anda harap dapat memberi bantuan? 1. Jiran tetangga 2. Kawan sepejabat 3. Ibu bapa atau sanak-saudara 4. Lain-lain,nyatakan.........................
27. Adakah anda menganggap jiran anda
sebagai seorang yang boleh dipercayai?
1. Ya, mengapa ................................ 2. Tidak, mengapa ...........................
30. Pada pendapat anda, adakah dengan kewujudan konsep komuniti dikalangan penduduk dapat membantu mencegah atau mengurangi kadar jenayah di unit kejiranan anda? 1. Ya, mengapa................................. ...................................................... 2. Tidak, mengapa............................
...................................................... (terus ke soalan 29) 31. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan konsep komuniti yang terbaik dikalangan penduduk disini? 1. Meluangkan masa lapang
bersama komuniti 2. Menyertai persatuan 3. Mempunyai semangat komuniti 4. Sikap sukarelawan 5. Pelbagaikan persatuan
BAHAGIAN E: PANDANGAN TERHADAP TAHAP KEPERCAYAAN ANTARA KOMUNITI
28. Sekiranya anda meninggalkan rumah untuk suatu jangkamasa yang agak panjang, siapakah orang yang pertama yang anda akan maklumkan pemergian tersebut? 1. Maklumkan kepada jiran (terus ke
soalan 29) 2. Maklumkan kepada polis 3. Maklumkan kepada rakan sepejabat 4. Maklumkan kepada ahli keluarga 5. Lain-lain, nyatakan .............................
29. Berdasarkan soalan 28, apakah yang
anda akan lakukan terhadap jiran tetangga? 1. Memaklumkan tempoh masa
pemergian tersebut 2. Meninggalkan nombor telefon 3. Meninggalkan kunci 4. Meminta pertolongan memasang
lampu pada waktu malam 5. Meminta pertolongan menyiram pokok
bunga. 6. Lain-lain, nyatakan............................... .............................................................
BAHAGIAN F:
PANDANGAN TERHADAP ASPEK KOMUNITI DI DALAM PENCEGAHAN JENAYAH
32. Apakah jenis-jenis program/aktiviti yang berkonsepkan komuniti yang anda fikirkan bersesuaian dalam membantu mencegah kegiatan jenayah di unit kejiranan ini? 1. Program Pengawasan Kejiranan 2. Rakan COP 3. Rukun Tetangga 4. Program Remaja 5. Lain-lain, nyatakan ..............................
33. Berapakah saiz kelompok bagi sesebuah
komuniti yang anda fikirkan baik untuk ditubuhkan?
..................... unit rumah
141
34. Secara keseluruhannya, adakah kawasan kediaman anda selamat dan mesra kepada penghuninya? 1. Ya, mengapa ................................ 2. Tidak, mengapa ...........................
35. Pada pendapat anda, pihak yang manakah yang paling penting melibatkan diri dalam menjayakan pelaksanaan Bandar Selamat di unit kejiranan anda? (nomborkan mengikut turutan)
1. Pihak Berkuasa Tempatan 2. Pihak Keselamatan 3. Komuniti 4. Lain-lain, nyatakan.................
BAHAGIAN G: PANDANGAN BAGI MENGURANGI KADAR JENAYAH
36. Secara menyeluruh, dengan keakraban kejiranan di unit ini, adakah boleh membantu mengurangi kadar jenayah? 1. Ya, mengapa ...................................... 2. Tidak, mengapa ..................................
37. Apakah cadangan anda supaya komuniti
boleh melibatkan diri di dalam membantu pencegahan/mengurangi kadar jenayah di unit kejiranan anda?
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
SEKIAN, TERIMA KASIH.
142
Elemen Asas Penyediaan Kawasan Lapang / Rekreasi
Kawasan Lapang / Rekreasi 10% dari jumlah keluasan kawasan pembangunan. Perkiraan 10% dari keluasan kasar kawasan pembangunan yang digunakan sebagai kawasan lapang dan termasuk 30% daripada kawasan Kolam Tadahan Air;
Fungsinya adalah bagi kegiatan permainan dan berekreasi sama ada ‘formal’ atau ‘informal’ seperti Padang Permainan Kanak-Kanak, Tasik buatan manusia dan sebagainya; dan
Satu padang permainan kanak-kanak disediakan dalam lingkungan kemudahan antara 2,000 hingga 5,000 orang penduduk.
Padang Permainan / Padang Kejiranan
Fungsinya untuk kegiatan sukan dan rekreasi pasif. Padang dan gelanggang sukan berserta taman bagi tujuan pengindahan dan peneduhan; dan
Dalam lingkungan kemudahan bagi 5,000 hingga 20,000 penduduk.
Dewan Awam Dewan Orang Ramai Ianya memberikan khidmat untuk memenuhi
kehendak kemasyarakatan secara rasmi atau tidak; Merupakan tempat berkumpul untuk masyarakat
setempat mengadakan perjumpaan sosial; dan 1 dewan untuk 3,000 hingga 10,000 orang
penduduk. Dewan Serbaguna Kadangkala dikenali juga sebagai Dewan Orang
Ramai tetapi saiznya adalah lebih besar. Bukannya hanya sebagai tempat perjumpaan sosial malah sebagai pusat rekreasi; dan
1 Dewan Serbaguna untuk minima 10,000 penduduk.
Pendidikan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika)
1 tadika bagi setiap unit perumahan 2,500 orang penduduk.
Sekolah Rendah 1 Sekolah Rendah bagi setiap 7,500 orang penduduk
Sekolah Menengah 1 Sekolah Menengah bagi setiap 15,000 hingga 22,500 orang penduduk
Piawaian Penyediaan Kemudahan Awam
Lampiran B
143
Elemen Asas Penyediaan Keselamatan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Diperlukan bagi setiap ibu negeri [15-20 ekar] Ibu Pejabat Polis Daerah Diperlukan bagi setiap daerah [10-15 ekar] Balai Polis Bandar 2,000 – 3,000 unit rumah [5-10 ekar] Pondok Polis 1,000 – 2,000 unit rumah [2 ekar] Balai Bomba ‘Kelas A’ Penduduk melebihi 750,000 : risiko ‘high rise’
Norma masa yang ideal tidak melebihi 7 minit 1 balai 3 petak (bay)
Balai Bomba ‘Kelas B’ Kepadatan penduduk melebihi 500,000 Norma masa yang ideal tidak melebihi 10 minit. 5 buah atau lebih balai 2 petak sebagai balai
cawangan dengan keluasan 2 atau lebih jentera. Balai Bomba ‘Kelas C’ Kepadatan penduduk melebihi 200,000
Kebanyakan bangunan ‘low rise’ tidak melebihi 5 tingkat.
Norma masa yang ideal tidak melebihi 15 minit. 2 buah atau lebih balai 2 petak dengan 2 keluaran
jentera bagi setiap balai (risiko sederhana). Balai Bomba ‘Kelas D’ Kepadatan penduduk kurang 200,000
Norma masa yang ideal tidak melebihi 20 minit. Sekurang-kurangnya sebuah balai 2 petak dengan 2
keluaran jentera. Keagamaan
Masjid 1 Masjid bagi setiap jemaah. Surau 1 Surau bagi setiap 40 isirumah. Rumah Berhala 1 unit bagi 2,600 penduduk bukan Islam ataupun
5,000 orang penduduk. Kuil 1 unit bagi 2,600 penduduk bukan Islam ataupun
5,000 orang penduduk.
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor, 2000
144
Utusan Malaysia – Kuala Lumpur [2hb Julai, 2006]
Lampiran C
145
Utusan Malaysia-Kuala Lumpur [09hb Ogos, 2006]
Lampiran D
146
Utusan Malaysia – Kuala Lumpur [1hb September, 2006]
Lampiran E
147
Utusan Malaysia – Kuala Lumpur [04hb September, 2006]
Lampiran F
148
Utusan Malaysia – Kuala Lumpur [31hb Oktober, 2006]
Dua Polis tinggal di setiap taman perumahan atasi jenayah
Lampiran G
149
Utusan Malaysia – Johor Bharu [31hb Oktober, 2006]
Lampiran H
150
Utusan Malaysia – Batu Pahat [2hb November, 2006]
Lampiran I
top related