baju tradisional melayuhihi

Post on 31-Oct-2015

172 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

HIHIBUH

TRANSCRIPT

Baju tradisional MelayuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.[1]Isi kandungan [sorokkan] 1 Baju Riau2 Baju Belah Kebaya Panjang3 Baju Melayu Cekak Musang4 Baju Teluk Belanga5 Baju Kurung6 Rujukan7 Pautan luarBaju Riau [sunting]

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.Baju Belah Kebaya Panjang [sunting]

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.Baju Melayu Cekak Musang [sunting]

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.Baju Teluk Belanga [sunting]

Baju "Cekak Musang" lengkapBaju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.Baju Kurung [sunting]

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.[2] Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.Rujukan [sunting]

Baju Kurung Melayu (PPT) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Budi kencana: kumpulan makalah memperingati persaraan Profesor Tan Sri Dato' Ismail Hussein, oleh Safiah Karim (Nik.), Siti Hawa Hj. Salleh, Mohd. Yusof Hasan, Ismail Hussein (Datuk), Universiti Malaya. Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1994 - 372 laman

Format Menulis Kajian Sejarah Tempatan 2013

kiranablogspot

Format Kajian Sejarah Tempatan boleh diguna pakai untuk menyiapkan projek sejarah 2013. Semua pelajar Tingkatan 3 boleh menjadikan format berikutsebagai panduanmenyiapkan projek sejarah. Format ini adalah untuk ELEMEN 2 @ hasil kajian. Pastikan SUMBER/ ELEMEN 1 telah mencukupi.

Setiap elemen 2WAJIBmengandungi 9 perkara iaitu:1.Tajuk Kajian:tajuk kajian hendaklahditulis besar dalam 1 muka surat A4.contoh:KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL (BIDAN KAMPUNG)PENJUAL NASI KERABU MAK JAH2.Senarai Kandunganmengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halamansenarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan:Contoh: Bil Perkara HalamanTajuk Kajian iSenarai Kandungan iiPenghargaan 1Objektif Kajian 2Kaedah Kajian 3Hasil Kajian 4 - 20Maklumat asas pengusahaLatar belakangSumbangan @ pengaruh kepada keluarga / masyarakatProspekRumusan 21Lampiran 22 - 24Rujukan 253.PenghargaanHelaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perengganMengandungi kata-kata terima kasih kepada3pihak yang membantu pelajar.Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasihKebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja)ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan/ sumbangan)pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan/ sumbangan)Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan/ sumbangan)pihak institusi (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)4.Objektif KajianDitulis denganhuraian terperinci / ada perenggan. Kaitkan dengan HASIL KAJIAN.Huraianobjektif pertamaIAITU TENTANG TAJUK KAJIANHuraian objektif keduatentang iktibarHuraian objektif ketiga tentang pengalaman - apa yang calon dapat dari kajian5.Kaedah KajianTulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi;kebiasaannya:Melayari Internet:sumber yang dicetak daripada laman sesawangCara menulis: nyatakan laman webhttp; dantajuklaman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.Temu ramah:Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramahPastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.Tuliskan dialog

Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll.pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk,nama majalah/penerbit/tarikh/tajukMelawat Tempat Kajian: seperti melawatGerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lainCara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 1.6.Hasil Kajianpenting dan perlu menepati kehendak soalanrujukcontoh senarai kandungan.hasil kajian mesti betulJika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh.7.Rumusanpilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang diberikan oleh guru sekolah anda.Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu nilai kepadadirianda, kepentingan nilai kedua kepadabangsa, dan kepentingan nilai ketiga kepadanegara.Contoh: Setelah menjalankan kajian,sayaberasabangga menjadi rakyat Malaysiakerana ......(kaitkan dengan tugasan anda)Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu nilai yang telah dipilih.Binalahdua lagi rumusan untuk baki dua nilaiterhadap kepentingan untuk masyarakat dan negara.8.Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih:Contoh 1:Petajalan ke kedai pengusaha/ pasar malam/ dllambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumberpotong petatampal pada kertas laintulis sedikit maklumat( kapsyen)pada bahagian bawah peta yang telah dilekatkan.contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________Contoh 2;Gambartempat kajianpotong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori samatampal pada kertas laintulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1)Contoh 3:Ilustrasi atau lukis gambar berkaitan dengan produk.Contoh 4: Cara membuat produk - dalam bentuk rajah/ urutanINGAT: SETIAP LAMPIRAN MESTI DITULIS KAPSYEN9.RujukanPelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukanPelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukankadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.Kebiasaannyaempat sumber rujukanyang berbeza yang mudah diperolehi ialah:AkhbarCara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapaBerita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.InternetCara: tajuk, alamat laman sesawangPiagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.myMelawat Tempat KajianNama institusi, diikuti alamat penuh/ poskodMajlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....MajalahCara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbitContoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka.Orang sumberNama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.salam.1. Bagaimana boleh terlibat dalam...2. apa tujuan ekonomi itu dijalankan3. Apa sumbangan terhadap diri atau masyarakat4. Apa kejayaan yg diperolehi5. Apakah cabaran6. Apa cadangan masa depan

Semua maklumat kajian boleh dibina soalan temuramahBudaya Dan Warisan Negara Kita...

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket DiRaja yang antik.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini...

Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.

Asal Usul Pakaian Tradisional MelayuSebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Asal Usul Pakaian Tradisional CinaPakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

Asal Usul Pakaian Tradisional IndiaSari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Asal Usul Pakaian Tradisional Baba NyonyaPendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.

Asal Usul Pakaian Tradisional Portugis-EurasianPakaian penduduk Portugis-Eurasia Melakaketurunan bangsa Portugis yang menetap disinimencerminkan warisan mereka. Kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.

Asal Usul Pakaian Tradisional SarawakNegeri terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai suku kaum ini mempunyai barisan pakaian tradisional yang tidak terkira jumlahnya. Pakaian yang lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan tradisional, serta tengkolok bulu burung.

Asal Usul Pakaian Tradisional SabahSeperti Sarawak, Sabah juga mempunyai jenis-jenis suku kaum yang pelbagai. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masing-masing. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya.

Asal Usul Pakaian Tradisional Orang AsliMasyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia, memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan skirt rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak

Close Ad

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG DAN KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MENJAHIT BAJU DENGAN CARA SAYA INI.. so SIMPLE KAN...*NOTA INI SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DI JUAL.... B O D O H BETUL MEREKA YANG MENJUALNYA***********KITA KONGSI DAN BELAJAR SAMA-SAMA YA... SELAMAT BERJAYA. lawatlah blog manik saya, TERIMA KASIHhttp://akumanik.blogspot.comn .

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNGsapa-sapa nak bagi pendapat, komen atau apa-apa sajekliklah disiniSign MyGuestbookView My Guestbook

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNG

http://naninana.tripod.comOLEHnaninana..........12.07.2004e-mail saya : pdgjawa@hotmail.com

BLOUSE

BANTAL BULAT

KAIN

LANGSIR ROYAL SCALLOP

BAJU BUDAK

BAJU KEBARUNG 01/02/05

leher-mata lalat- gambar confuse ckit.susah laaa

*************BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan ESenang bukan?

Apa-apanya...ABadan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang

BTangan - 2 keping, kiri dan kanan

CKekek- 2 keping, kiri dan kanan

DPesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah

ELeher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

UKURANBILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN

ai, aiiUkur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuranLebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan

aiiUkur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakangLebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah

biUkur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas

biiiUkur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))Lebihkan 3/4 "

biUkur lebar tangan bawah (separuh)Lebihkan 3/4"

cUkur kekek, ini 4 segi samaLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

diUkur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

diiUkur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

eiBulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.

biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm

eiiUkur labuh leher baju tubiasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)Ha, Dah tandakan dengan kapor,potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan

Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.Ambil ukuranbiii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .so,B = 17 1/2 "Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.

POTONG PESAK (4 keping)kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak

Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawahDi gambar P1, kita akan lipat bahagiandxuntuk dijadikan pesakUkuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 "Lipatdxsebanyak 9 inci .Potong Pesak (4 segi )kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkandidandii.potong garisan tersebut, danpotong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEKCari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5"Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur,potong betul2 ikut pelan tu.

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu,potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.

Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN

1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.

2. Ambil satu kekekCantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.

Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulakcantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....

TERIMA KASIHLAH.....

top related