bahasa melayu (nilai murni)

Post on 26-Jul-2015

4.060 Views

Category:

Education

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KARANGAN BAHAGIAN C

Tulis 5 nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataaan

SUKAN DAN

KESIHATAN

Manusia kini terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Musibah ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kita haruslah mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul.Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran, bijirin,buah-buahan dan hasil tenusu.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan.Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Disamping itu,kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Senaman juga dapat melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Akhirnya, aspek yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup sukar untuk menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik.

ISI-ISI PENTING

1.gaya hidup yang tidak sihat

2. mengambil makanan yang berkhasiat

3. kita perlu beriadah

4. rehat dan tidur yang secukupnya

5. Sukar untuk menumpukan perhatian

4. rehat dan tidur yang secukupnyaAkhirnya, aspek yang paling mujarab

untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup sukar untuk menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik.

5. Sukar untuk menumpukan perhatian

Akhirnya, aspek yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup sukar untuk menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik.

NILAI-NILAI MURNIGaya hidup yang tidak sihat

menjaga kebersihan fizikal dan mental

Kita perlulah menjaga kebersihan fizikal dan mental sepanjang masa dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Mengambil makanan yang berkhasiat

bersikap berhati-hati

Kita perlu bersikap berhati-hati

semasa mengambil makanan

supaya tubuh badan kita mendapat

vitamin yang mencukupi bagi

menghidari segala penyakit serta

tumbesaran badan yang sempurna.

Kita perlu beriadah

rajin menjalani aktiviti sukan

Kita haruslah menjalani aktiviti sukan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menjadikan badan kita semakin sihat dan mengelakkan penyakit.

rehat dan tidur yang secukupnya

menghargai masa

Kita mestilah menghargai masa

supaya kita mendapat istirahat

yang mencukupi untuk menjadi

segar pada keesokan harinya dan

menjalankan tugas dengan baik.

sukar untuk menumpukan perhatian

bertanggungjawab

Akhirnya, kita mestilah

bertanggungjawab menjaga

kesihatan supaya kita dapat memberi

perhatian terhadap tugas yang

diserahkan kepada kita.

Contoh ulasan.

Kita perlulah menjaga kebersihan fizikal dan mental sepanjang masa dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kita perlu bersikap berhati-hati semasa mengambil makanan supaya tubuh badan kita mendapat vitamin yang mencukupi bagi menghindari segala penyakit serta tumbesaran badan yang sempurna.Kita haruslah menjalani aktiviti sukan sekurang-kura ngnya seminggu sekali bagi menjadikan badan kita semakin sihat dan mengelakkan penyakit. Kita mestilah menghargai masa supaya kita mendapat istirahat yang mencukupi pada keesokan harinya dan menjalankan tugas dengan baik.Akhirnya,kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan supaya kita dapat memberi perhatian terhadap tugas yang diserahkan kepada kita.

top related