bahasa melayu moden zaman pramerdeka

Post on 23-Jun-2015

907 Views

Category:

Art & Photos

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ini adalah hasil kerjasama kami ORKID CREW dari S.M.K. Dato' Panglima Abdullah Semporna Sabah

TRANSCRIPT

ORKID CREW1)NOORMASYIRAH

2)MUHAMMAD HISYAM3) MOHD AZIZUL NAIM

4)MOHD RIZDWANSYAH

BAHASA MELAYU MODEN( PRAMERDEKA )

KONSEP BAHASA MELAYU MODEN

• Bermula pada abad ke 19 dan ke 20

• berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.

• Melalui karya kitab adat segala raja-raja Melayu dalam segala negeri (1837), hikayat Abdullah (1838), kisah pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan kisah pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

• Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.

• Pada zaman British Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah negeri melayu tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis) dan negeri melayu bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan).

Pegawai British yang menghasilkan penulisan dan kajian dalam bidang kebahasaan

• William Marsden (1754-1836)

karya beliau; A Dictionary of the Malayan Language (1812) A Grammar of the Malayan Language (1812)

• R.O Windsedt (1878-1966)

karya beliau; The Malay Grammar (1914) A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952) dan

An Unbridged English Dictionary (1958)

• R.J Wilkinson (1867-1941)

karya beliau; Malay-English Dictionary (1901) An Abridged Malay-English Dictionary (1914)

• O.T Dussek (1886-1912)

karya beliau; Kitab Pelita Mengarang (1923) Kitab Pedoman Guru penggal1 dan 2 (1926) Kitab Hisab I, II, III, IV dan V (1922-1931)

BAHASA MELAYU MODEN

• Sebelum Merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan• Muncul pergerakan secara perseorangan dan

pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu.• Pergerakan individu oleh Ishak Hj Muhammad

(Pak Sako), Samsudin Saleh dan Abdul Rahim Kajai.

• Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar, Pengetahuan Bahasa Pena, Angkatan Sasterawan (Asas 50).

Tokoh-tokoh Bahasa Melayu Moden

Pertubuhan-pertubuhan Bahasa Melayu Moden zaman Pramerdeka

Pembentang: Muhammad Hisyam Maharani

PERTUBUHAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA DAN INSTITUSI YANG

MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU.

1) Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu (PBMPB @ PAKATAN)

2) Pejabat Karang Mengarang

3) Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)

4) Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB @ PAKATAN)

Diasaskan oleh Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munshi

Nama pertubuhan ini telah ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja

Ditubuhkan pada 1888 namun tidak berapa lancar Dihidupkan semula pada 7 april 1934 dengan

mendapat sokongan penuh sultan dan kerajaan Johor

Pertubuhan ini bertujuan untuk memelihara, melengkap dan memodenkan bahasa Melayu

Pertubuhan ini banyak memberikan sumbangan melalui penghasilan buku, pembentukan istilah daftar kata (gugus katan) dan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis ceramah

Pejabat Karang Mengarang

Diasaskan oleh Zainal Abidin Ahmad ( Za'ba ) dan Oman Theodore Dussek

Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1924

Tujuan penubuhan ini adalah untuk menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah Melayu dan bahan bacaan umum dalam bahasa Melayu

Pertubuhan ini telah memberi sumbangan yang jelas dalam penerbitan buku-buku teks sekolah Melayu dan bahan bacaan Melayu yang kebanyakannya daripada tafsiran bahasa Inggeris

Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)

Diasaskan oleh Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi

Ditubuhkan pada tahun 1932 di pulau pinang Pertubuhan ini bermula dengan ruangan “Sahabat

Pena” dalam akhbar Saudara pada tahun 1934 Tujuan pertubuhan ini adalah untuk mengeratkan

persaudaraan sesama ahli, menggalakkan penulisan dan pembacaan dalam bahasa Melayu

Pertubuhan ini telah berjaya menganjurkan persidangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu pada 11 november 1934

Pertubuhan ini telah berjaya menubuhkan Lembaga Bahasa pada tahun 1938 untuk mengkhususkan kegiatan dalam bidang bahasa dan persuratan seperti menerbitkan buku dan kamus Melayu

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

Dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi pemuda iaitu Tongkat Warran (Dato' Usman Awang), Keris Mas (Kamaludin Muhammad), A. Samad Ismail dan lain-lain.

Angkatan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan melayu serta memajukan pendidikan orang Melayu

Angkatan ini mencadangkan bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan

Angkatan ini berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

SEKIAN TERIMA KASIH DARI KAMI

ORKID CREW

top related