bab 8 komen dan cadangan
Post on 13-Jun-2015
8.891 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 8
KOMEN DAN CADANGAN
8.1 Pengenalan
Latihan industri yang diberikan kepada para pelajar adalah satu proses
dimana ia amat berguna dan dapat dipraktikkan pada masa depan. Selain itu, pelajar
akan merasai sendiri pengalaman bekerja di mana-mana institusi yang sebenar, di
samping dapat mempelajari kesusahan dan dapat menimba pengetahuan serta
pengalaman. Walaupun tempoh latihan industri tidak terlalu lama, ia tidak akan
membuang minat pelajar untuk terus mempraktikkan apa yang dipelajari.
94
8.2 Cadangan
Setiap lapisan kerjaya pastinya ada kita mengemukakan cadangan kepada
pihak syarikat, Politeknik serta Unit Perhubungan Latihan Industri. Ia bertujuan
memberi mandat dalam menjalankan program Latihan Industri ini, antara cadangan
yang saya kemukakan adalah :
Setiap Politeknik memberi garis panduan yang baik untuk
memanjangkan lagi tempoh latihan ini. Masa yang diberikan
adalah terlalu singkat dan pelajar hanya memperolehi pengalaman
yang sedikit.
Dari segi kemahiran teknikal ketika latihan, pelajar mendapat
pengetahuan dan pengalaman yang terhad.
Selalu bertanyakan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar
ketika menjalani latihan dan kemudahan peralatan.
Memberikan pendedahan yang optimum tentang misi dan visi
syarikat dan turut juga maklumat perkembangan terkini agar
pelajar dari situ dapat mempelajari berusaha membina sikap diri.
Terakhir sekali, perlunya terdapat sebuah peti cadangan untuk
setiap pekerja dan orang awam, ia bertujuan dapat menerima
komen dan cadangan dari mana-mana pihak.
95
8.3 Penutup
Disini sebagai mengakhiri buku Laporan Industri ini, saya menyatakan bahawa
garis panduan bagi latihan industri ini amat berguna kepada setiap pelajar yang
menjalani Latihan Industri. Selain itu, ia adalah satu latihan yang berkualiti dan
dalam usaha membina pelajar yang berintelek patut diteruskan untuk menambah
pengetahuan, pengalaman serta kemahiran kepada pelajar.
96
top related