bab 7 ukuran panjang

Post on 13-Jul-2015

216 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 7 UKURAN PANJANG

1. Menerangkan jarak bagi satu kilometer A) Menerangkan jarak bagi satu kilometer.

Dialog berikut ialah perbincangan antara Ravi dengan Encik Ali tentang jarak satu kilometer.

Ravi : Encik Ali , bolehkah beritahu saya apakah maksud kilometre?

Encik Ali : Kilometer adalah satu unit ukuran panjang seperti meter.

Ravi : Apakah hubungannya dengan Meter?

Encik Ali : Bagini, panjang padang bola sepak sekolah kita ialah 100 m.

Jika kamu berlari ulang alik sebanyak 5 kali, jumlah jarak ialah

satu kilometre.

Panjang padang bola : 100 meter.

5 kali ulang alik : 5 x 2 = 10 kali panjang padang.

Jumlah jarak : 10 x 100 meter = 1000 meter.

Jadi, jarak 1000 meter sama dengan satu kilometre.

B) Mengukur jarak dengan menggunakan skala. Jarak sebenar di antara dua tempat, diwakili oleh ukuran

yang lebih kecil di atas peta.

Contoh : diberi skala 1 cm : 5

Skala menunjukkan 1 cm di atas peta mewakili 5 km jarak sebenar. Oleh itu, 3 cm mewakili : 3 x 5 km = 15 km.

2. Perkaitan antara unit ukuran panjang A) Mengaitkan meter dengan kilometer. Contoh 1:

Jarak di antara Plaza Tol A dengan Plaza Tol B ialah 1 km. beberapa orang pekerja menanam rumput di antara kedua-dua plaza tol. Setiap hari mereka menanam rumput sejauh 100m dan mereka telah bekerja selama 10 hari.

100m x 1km = 1000m

Mereka telah menanam rumput sejauh 1000 m. jarak di antara kedua-dua plaza tol itu 1 km.

1000 m = 1km.

B) Menukar unit ukuran panjang.

a) Menukar meter kepada kilometer. Contoh : Syafiq telah menjalani latihan untuk menyertai larian merentas desa 5 kilometer. Semasa latihan dia telah mencatatkan jarak larian selama tiga hari. Nyatakan setiap jarak larian dalam kilometer. 3000 m = (3000 ÷ 1000) km

= 3 km 3000 m = 3 km

Jarak larian pada hari pertama ialah 3 km. 3800 m = (3800 ÷ 1000) km

= 3.8 km Jarak larian pada hari kedua ialah 3.8 km 4500 = (4500 ÷ 1000) km

= 4.5 km Jarak larian pada hari ketiga ialah 4.5 km.

b) Menukar Kilometer kepada meter.

Contoh :Jarak dari kompleks beli belah ke stadium ialah 0.75 km. jarak dari stadium ke stesen komuter ialah 3.125 km. nyatakan setiap jarak ini dalam meter.

0.75 km = 0.75 x 1000 m

= 750 m 0.75 km = 750 m Jarak dari kompleks beli belah ke stadium ialah 750 m.

b) Menukar Kilometer kepada meter.

Contoh :Jarak dari kompleks beli belah ke stadium ialah 0.75 km. jarak dari stadium ke stesen komuter ialah 3.125 km. nyatakan setiap jarak ini dalam meter.

0.75 km = 0.75 x 1000 m

= 750 m 0.75 km = 750 m Jarak dari kompleks beli belah ke stadium ialah 750 m.

top related