bab 4 rang undang-undang

Post on 19-Jan-2016

159 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pengajian am bab 4

TRANSCRIPT

JENIS RANG UNDANG-UNDANG

• Rang undang-undang Awam/Kerajaan melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dasar awam, negara dan rakyat. Biasanya dikemukakan oleh pihak kerajaan dan kabinet.

•Rang Undang-Undang PersendirianMelibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan. Undang-undang ini bercorak tempatan atau persendirian dan tidak melibatkan semua lapisan masyarakat.

BAB 4: STRUKTUR

PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

Proses penggubalan undang-undang

Jawatan di Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN)

• Rang Undang-Undang Ahli PersendirianDibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat dan bukan pihak kerajaan. Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja.

•Rang Undang-Undang HibridUndang-undang campuran yang dikemukakan sama ada oleh ahli kerajaan atau bukan kerajaan yg pada pandangan YDP Dewan Rakyat mempunyai kepentingan tertentu, tidak seperti mana yg dinyatakan oleh mereka yg membawanya.

TAHAP-TAHAP PROSEDUR PENGGUBALAN

• Pra ParlimenDraf rang undang-undang yg telah disediakan oleh kementerian akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dirangka beserta dengan objektifnya.

Menteri akan mengemukakan kepada kabinet untuk mendapatkan persetujuan sama ada diterima atau tidak.

Kementerian menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Parlimen.

• Dalam ParlimenBacaan Pertama

Menteri akan membaca tajuk rang undang-undang berkenaan. Tiada sebarang perdebatan.

Bacaan KeduaSlps rang undang-undang dicetak dan diedarkan kpd semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa bacaan kedua, rang undang-undang dibahaskan sama ada dipinda atau tidak.

Undian sama ada menolak atau menerima akan dibuat (hanya Dewan Rakyat berhak menolak)

Jika rang undang-undang itu perlu diluluskan dengan cepat, Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga boleh dibuat dalam satu persidangan yg sama.

Peringkat JawatankuasaSetelah selesai perdebatan di peringkat bacaan kedua, rang undang-undang diserahkan kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan.

Pada waktu itu dewan bertukar kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan.

Rang undang-undang dibahas dengan teliti.

Bacaan KetigaMenteri melaporkan hasil penelitian kepada dewan.

Undian akan dijalankan.Bacaan ketiga dilakukan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkenan YDPARang undang-undang yg telah diluluskan akan diserahkan kpd YDPA untuk diperkenankan dlm tempoh 30 hari.

Bagi rang undang-undang bukan kewangan yg dikembalikan oleh YDPA kpd Dewan Rakyat hendaklah dikaji semula dan jika telah diluluskan sekali lagi oleh dewan rang undang-undang akn diserahkan kpd YDPA untuk diluluskan dlm tempoh 30 hari.

Jika baginda tidak memperkenankannya, mengikut Perkara 66 Fasa 4, rang undang-undang tadi tetap akan jadi undang-undang.

PewartaanRang undang-undang yg telah diperkenankan oleh YDPA perlu diwartakan dalam warta kerajaan sebelum boleh dikuatkuasakan.

Tarikh berkuatkuasa biasanya pada tarikh diwartakan atau boleh dikuatkuasa pada tarikh terdahulu atau ke hadapan.

BEBERAPA JAWATAN DI DEWAN RAKYAT

Ketua Majlis•Merupakan Ketua Parti yang memerintah.•Beliau menentukan tarikh mengadakan mesyuarat.

Ketua Whip•Ahli Parlimen yg dilantik oleh parti menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul.

Ketua Pembangkang•Dilantik daripada kalangan ahli parti pembangkang untuk mengetuai parti pembangkang.

JAWATANKUASA PARLIMEN

Jawatankuasa Dewan• Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kpd YDP atas segala perkara berkaitan dan keselesaan ahli Majlis Parlimen.

Jawatankuasa peraturan mesyuarat• Jawatankuasa ini bertanggungjawab berkaitan dengan Peratutan-Peraturan Mesyuarat Majlis Parlimen.

Jawatankuasa pemilih• Jawatankuasa pemilih ini bertanggungjawab memilih ahli-ahli untuk jawatankuasa majlis Parlimen

Jawatankuasa hak dan kebebasan• Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yg diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis Parlimen.

Jawatankuasa kira-kita wang negara (hanya di Dewan Rakyat)• Jawatankuasa kira-kira wang negara dilantik untuk memastikan akauntabiliti pengurusan perbelanjaan wang awam oleh pegawai-pegawai awam.

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

• DUN terdiri dpd YDP Negeri/ Sultan sbg ketua negeri, ahli DUN. Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih melalui pilihanraya.

• YDP Negeri / Sultan akn memanggil persidangan dari semasa ke semasa. Ahli DUN akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut.

• YDP Negeri / Sultan boleh membubarkan DUN. Setelah dibubarkan, pilihanraya umum mestii diadakan dalam jangka masa 60 hari dari tarikh pembubaran.

• Seorang ADUN boleh memegang jawatan sbg ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa.

• Setiap ADUN dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri.

• Ahli tersebut hensaklah berjanji bahawa mereka taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli Dewan dan taat setia kpd negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN UNDANGAN NEGERI

• Selain fungsi perundangan, DUN mempunyai fungsi-fungsi penting yg lain spt berikut:Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak perlembagaan negeri dan rakyat spt mana yg dijelaskan dlm perlembagaan.

Menjadi arena tumpuan bg memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan perlaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.

Meluluskan perbekalan.Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yg dibawa kpd DUN serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yg difikirkan perlu.

Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan DUN dan mengikut kepentingan pembayar cukai.

Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

KUASA BAKI PERUNDANGAN

• Badan Perundangan sesuatu Negeri berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yg tidak disebut satu persatu dlm mana-mana senarai yg dinyatakan dlm Jadual Kesembilan.

LATIHAN

M/s 151-153

Soalan 10 hingga 19

top related