bab 1 konsep asas hubungan etnik terkini

Post on 04-Dec-2015

65 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik

Jabatan Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains (CAS)

Konsep Manusia

Isi Kandungan

• KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK• 1.1 Manusia • 1.2 Ras• 1.3 Etnik• 1.4 Masyarakat• 1.5 Kebudayaan• 1.6 Perubahan Budaya dan Hubungan Etnik

Siapakah manusia?

• Manusia dalam bahasa Sanskrit manu yang bermaksud berfikiran dan berakal.

• Dalam bahasa Latin homo bermaksud orang yang dilahirkan dari tanah (humus)

• Dalam bahasa Inggeris human bermaksud berfikiran dan berkreatif.

• Dalam bahasa Arab ai insan dan al basyar yang bermaksud sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur.

Teori Mengenai Manusia• Teori Monogenesis. Menyatakan manusia berasal dari keturunan

Adam dan Hawa. Ia dicipta dan dibentuk oleh Allah. Teori ini didokong oleh agama Islam, Kristian dan Yahudi.

• Teori Poligenisis. Menganggap manusia berasal daripada

beberapa makluk induk kemudian berkembang secara beransur-ansur kepada bentuk sekarang (Teori Darwin)

Manusia purba• Pandangan Darwin dan ahli paleoantropologi. Terdapat 3 jenis manusia awal iaitu Homo

hibilis, Homo Erectus dan manusia Neanderthal seterusnya berkembang menjadi Homo Sapians dan berpecah menjadi tiga ras utama iaitu Caucosoid, Mongoloid dan Negroid.

RAS• Menurut Berry dan Tisher (1978) terdapat 10

pengertian yang berbeza tentang konsep ras.• -pengertian berdasarkan :

warna kulit.kecerdasan.pola tingkah laku atau dari segi sosial lain iaitu dari segi biologi, warganegara, bertutur 1 bahasa, kumpulan agama, kumpulan mempunyai kebudayaan yang sama

• Takrifan yang diguna pakai oleh UNESCO (1951):satu kelompok besar manusia yang mempunyai pembawaan biologi dan ciri-ciri fizikal yang sama seperti pengukuran bentuk kepala, berat dan bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, bentuk rambut dan selainnya (Beilicki 1965:95).

• Pembahagian ini tidak tepat dan menyeluruh kerana tidak meliputi semua manusia contohnya,-Veddoid di India, Hottentot dan Bushmen Di Afrika.

• Livingstone (1962) menentang pembahagian ini kerana ia akan membentuk klasifakasi yang salah tentang kepelbagaian manusia.

• Istilah ras, bangsa dan kaum yang digunakan dalam media massa sekarang bukan merujuk dalam pengertian antropologi fizikal tetapi merujuk kepada etnik dan suku bangsa.

ETNIK

• Istilah baru dan mula digunakan pada tahun 1960an.

• Max Weber mendefinisikan etnik sebagai• “human groups that entertain a subjective

belief in their common descent because of similarities of physical type or custom or of both or because of memories of colonization or migration.”

• Etnik ialah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

• Berdasarkan definisi di atas, jelaslah bahawa ras, kaum, suku kaum dan bangsa yang digunakan merujuk kepada etnik.

Perbezaan Antara Etnik dan Bangsa

• Bangsa berbeza daripada ras, etnik atau bangsa dalam konteks budaya.

• Ia lebih berorientasikan sosiopolitik; bangsa terbentuk kerana faktor kekuasaan dan penaklukan yang kemudiannya menghasilkan pemisahan sempadan.

• Negara dan bangsa mempunyai persamaan ras dan kebudayaan sebagai identiti.

Masyarakat

• Istilah masyarakat dalam ilmu sosiologi mempunyai

pengertian yang sangat luas. Terdapat pelbagai definisi.

Antaranya:

• Kumpulan manusia yang hidup bersama untuk mencapai

tujuan bersama (Gidding (1940);Westermak (1894).

• Sistem perhubungan sosial dalam cara hidup

mereka(Mclver 1961)

• Kesatuan hidup manusia yang terikat oleh sesuatu sistem adat istiadat tertentu (Koentjaraningrat 1970)

• Kesimpulannya masyarakat ialah kesatuan hidup manusia yang terikat oleh suatu sistem adat istiadat yang tertentu.

Kemunculan Masyarakat

• Ahli evolusi telah membahagikan perkembangan masyarakat kepada tiga tahap evolusi.

• E. B. Tylor membahagikan Tahap Liar, Tahap biadab dan tahap peradaban.

• Morgan menambahkan kepada 3 tahap lagi iaitu Tahap Tinggi, Tahap Menengah dan Tahap Rendah.

• Menurut Morgan:• Tahap pertama-kawanan manusia yang hidup

dalam kawanan promiskus. -Tidak wujud struktur keluarga yang jelas. Tidak terdapat aturan-aturan hubungan seks• Tahap Kedua- perkahwinan dengan saudara

wanita dibolehkan.

• Ketiga-tiga tahap ini dibezakan mengikut hasil teknologi yang dihasilkan.

• Tahap biadab-menghasilkan barang dari tanah liat.

• Tahap menengah-pandai berkebun dan memelihara haiwan ternakan

• Tahap tinggi-pandai menghasilkan alat-alat daripada besi

• Tahap Ketiga-perkahwinan dengan sekelompok dibenarkan tetapi tidak dengan saudara kandung

• Tahap keempat-bercirikan hubungan lelaki dan perempuan yang tidak terlalu ketat,

• Tahap kelima-jenis keluarga dan peranan suami menonjol dan berbentuk poligami.

• Tahap keenam-tahap peradaban dan keluarga bercirikan monogami.

• Kritikan terhadap teori evolusi Tylor dan Morgan.

-teori ini tidak menjawab persoalan perkembangan evolusi yang tidak sama di dunia.

-terdapat bukti yang menunjukkan terdapat masyarakat tidak berkembang mengikut tahap-tahap evolusi malah merosot atau pupus.

Ciri-Ciri Masyarakat • Manusia Yang Hidup Berkelompok

– Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.

– Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka

mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan.

– Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

• Mengalami Perubahan (sosial)• Ditakrifkan sebagai sebarang penyesuaian yang

berlaku kepada pola-pola interaksi antara individu sebagai unit sosial dalam sesuatu masyarakat.

• Perubahan ini melibatkan segala bentuk penyesuaian dalam kehidupan harian iaitu cara berinteraksi, pembelajaran, sistem pemerintahan, kepercayaan dan sebagainya.

• Perubahan berlaku kerana:• Teknologi baru.• Cara baru mencari nafkah hidup.• Migrasi.• Invensi.• Pengenalan idea-idea baru.• Kemunculan nilai-nilai sosial baru (Wan Hashim

1984).

• BERINTERAKSI

– Ciri-ciri kelompok sosial masyarakat telah membentuk pola hubungan sosial, saling berinteraksi dalam memenuhi keperluan dan hidup menetap di wilayah tertentu untuk tempoh lama

• Stratifikasi Sosial – Stratifikasi sosial merujuk kepada perbezaan yang

terdapat dalam kalangan anggota masyarakat , sama ada dari segi kuasa, ekonomi, penilaian masyarakat, kepuasan jiwa, kelas, status dan kasta.

- ia wujud kerana sikap masyarakat yang menghargai sesuatu seperti wang, tanah, kuasa, ilmu pengetahuan, ilmu agam, keturunan, pekerjaan dan kemahiran.

• Sistem pelapisan ini terjadi dengan dua cara iaitu terjadi sendiri atau sengaja diwujudkan untuk mencapai sesuatu tujuan.

Konsep Kebudayaan

Budaya• Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya

itu berasal dari perkataan Sanskrit ‘’ ‘budhi’ atau ‘budayyah’.

• bererti ‘budi dan akal’.

• Koentjaraningrat (1979) - hal-hal yang berkaitan dengan akal.

• Sultan Takdir Alisjahbana (1983)- hasil budi dan jiwa manusia.

• Bahasa Inggeris-culture berasal daripada perkataan Yunani

• Terdapat 250 definisi kebudayaan.

• Definisi oleh E.B. Taylor paling tepat iaitu

• Suatu keseluruhan yang kompleks yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam dan apa juga kemampuan dan kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.

JENIS-JENIS BUDAYA• budaya boleh dibahagikan kepada dua:

– budaya kebendaan– budaya bukan kebendaan

• Budaya kebendaan-ciptaan manusia– peralatan dan kelengkapan hidup seperti

rumah, kereta, perahu, senjata dan

•Budaya bukan kebendaan– kepercayaan,dongeng, adat istiadat , idea,

ideologi, sistem perhubungan, struktur sosial, bahasa, undang-undang dan peraturan, sistem ekonomi, politik, falsafah dan sebagainya.

CIRI-CIRI BUDAYA

1. Dicipta• Kebudayaan ialah ciptaan masyarakat.• Oleh itu sesetengah agama tidak boleh dianggap

sebagai unsur budaya kerana diwahyukan oleh Tuhan.

• Tafsiran dan interpretasi ahli agama boleh digolongkan sebagai budaya.

• Agama dan budaya berkait rapat kerana pengamalannya dalam kehidupan masyarakat dipengaruhi oleh kebudayaannya.

Ciri-Ciri Budaya• 2. Dipelajari

• Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

• Belajar daripada kebudayaan seperti belajar untuk mencontohi atau meniru, turut mengambil bahagian dan sebagainya.

• Contohnya penguasaan bahasa oleh manusia.

• Manusia yang diasingkan daripada masyarakat dianggap tidak berbudaya.

• Manusia yang tidak dapat menutur bahasa manusia kerana dipelihara oleh binantang.

• Contohnya “manusia feral”-ditemui di India, AS, Rusia, Sri Langa dan Itali.

Ciri Budaya• Kesejagatan

– Budaya terdiri dari unsur-unsur universal kerana dapat ditemukan dalam semua masyarakat primitif atau moden.

– Herskovit - mempunyai 4 unsur iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi, keluarga dan kekuasaan politik.

– Malinowski-sistem norma, organisasi dan ekonomi, alat-alat lembaga atau petugas pendidikan dan organisasi kekuatan.

– Weissler-pertuturan, tret kebendaan, amalan agama, keluarga dan sistem sosial, harta, pemerintahan dan peperangan serta kesenian, dongeng dan pengetahuan saintifik.

-pandangan ini dikritik.

Kluckhohn (definisi paling tepat) mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

• i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

• ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

• iii. sistem sosial.• iv. bahasa.• v. kesenian.• vi. sistem pengetahuan.• vii. agama dan kepercayaan.

Ciri Budaya• Berubah

– Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan.

– Perubahan budaya terjadi kerana datang dari dalam atau kontak dengan pihak luar.

– Perubahan boleh berlaku pada paras individu (mikro) dan sistem sosial (makro)

– Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.• iv. pertembungan budaya.• v. konflik yang berlaku.• vi. perubahan alam sekitar.

Ciri Budaya

• Perlambangan• White (1959) mendefinisikan budaya sebagai “a class of things, events, dependent upon

symbolizing, considered in an extrasomatic concept”.

• Sistem simbol yang telah membezakan manusia dengan binatang.

• Cassier (1987) menamakan manusia sebagai mahkluk bersimbol.

• Manusia mampu mencipta simbol-simbol tertentu untuk berkomunikasi dengan manusia lain.

• Simbol dinyatakan dalam pelbagai keadaan contohnya model pakaian, peralatan, bahasa, ritual, mitos, muzik, seni, agama, lukisan, tarian dan pahatan, makanan dan simbol-simbol agama.

•Bahasa ialah simbol yang paling maju perkembangannya.

SIKAP TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA

• Dapat dibahagikan kepada tiga etnosentrisme, xenosentrisme dan relativiti budaya.

• Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah terbaik dan suka meremehkan budaya lain.

• Mempunyai dua ukuran moral (a double moral standard): yang satu untuk kelompoknya (in-group) dan satu lagi untuk orang lain (out group)

• Ahli-ahli antropologi berpendapat etnosentrisme ialah kecenderungan sepontan semua suku bangsa.

• Sikap ini lahir daripada perasan primodial (tradisional) yang dibawa sejak lahir seperti kesukuan dan sebagainya.

• Summer mendapati 9/10 suku kaum tradisional mahu dianggap sebagai yang terbaik.

Definisi Xenosentrisme

• Konsep bertentangan etnosentrisme yang berdasarkan kepercayaan bahawa kebudayaan masyarakatnya sendiri adalah inferior atau rendah dan kolot berbanding dengan kebudayaan lain.

Relativiti Budaya

• Bermaksud menilai sesuatu kebudayaan sebagai sesuatu yang relatif kerana tidak dapat dinilai secara objektif.

• Penilaian sesuatu budaya ditentukan oleh perspektif kebudayaan itu sendiri, iaitu unsur baik dalam sesuatu masyarakat belum tentu baik untuk masyarakat lain (Herskovits).

• Konsep ini menolak etnosentrisme kerana ia beranggapan semua budaya adalah sama.

• Prinsip ini juga menggalakkan supaya kita bersikap toleransi walaupun bertentangan dengan moral.

• -budaya membunuh ibu bapa yang tua oleh suku indian di AS.

• Membunuh orang tua atau bayi oleh orang Eskimo

PERUBAHAN BUDAYA DAN HUBUNGAN ETNIK• Perubahan Budaya disebabkan perubahan

dari dalam atau perubahan dari luar.• Perubahan dalaman bermaksud perubahan

dari segi idea, konsep atau penemuan baru yang akhirnya mempengaruhi masyarakat untuk menirunya.

• Dibawa oleh tokoh tertentu yang mempunyai pengetahuan yang relatif lebih tinggi daripada

• Ahli masyarakat yang lain. Contohnya Mahatma Gandhi di India.

PERUBAHAN LUAR

• Sarjana bersetuju bahawa sebahagian besar daripada kebudayaan sesuatu bangsa dipengaruhi oleh kebudayaan sesuatu bangsa lain.

• Hasil hubungan antara satu sama lain dan mengakibatkan pinjam-meminjam kebudayaan utama.

• Terdapat tiga jenis peminjaman budaya utama iaitu difusi, akulturasi dan asimilasi.

• Difusi bermaksud gejala pemindahan kebudayaan daripada sesuatu masyarakat kepada suatu masyarakat yang lain.

• Akhirnya mewujudkan persamaan antara kedua budaya tersebut.

• Ia memberi faedah kerana dapat mempercepatkan kemajuan sesuatu bangsa.

• Franz BoasPROSES DIFUSI

HUBUNGAN ANTARA KEBUDAYAAN

INTEGRASI ANTARA BUDAYA

PENYARINGAN UNSUR YANG BERMANFAAT

• Untuk menerima kebudayaan dari luar, kebudayaan penerima mesti kuat agar budayanya tidak rosak dengan penerimaan budaya baru.

• Biasanya budaya kebendaan akan memberi pengaruh yang besar kepada kebudayaan penerima.

• Akulturasi– Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan

di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

– Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.

– Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

– Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam.

– Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri.

– Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya

• Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:– i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah

diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

– ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya

A + B + C = Ai + Bi + Ci

• Asimilasi– Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan

di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

– Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

– Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi

Samb

• Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

– Etnik yang berbeza budaya.– Individu di dalam atau di antara

etnik sering berinteraksi.– Interaksi berlaku dalam tempoh

yang lama.

• Kejayaan asimilasi bergantung kepada:i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak

besar atau kelompok minoriti adalah kecil.iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik

minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

• Faktor penghalang asimilasi ialah:

– Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

– Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

– Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

A + B + C = A

• Amalgamasi– Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

– Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

A + B + C = D

PENUTUP

• Konsep-konsep asas hubungan etnik amat penting dalam memahami budaya sesuatu masyarakat.

• Pemahaman konsep ini akan melahirkan sikap yang lebih terbuka, bertoleransi dan membantu dalam mengatasi masalah hubungan kaum serta mewujudkan masyarakat yang harmoni.

top related