audit hijau
Post on 19-Jun-2015
2.362 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Penyataan Masalah
Kesedaran pelajar IPG Tuanku Bainun tentang kelestarian masih lagi di tahap
yang rendah. Pelajar IPG Tuanku Bainun mengamalkan sikap tidak ambil peduli
terhadap isu hijau ini biarpun telah wujud persatuan berunsurkan alam sekitar di
institusi ini seperti penubuhan Campus Environment (CARE). Kesedaran pelajar
terhadap amalan kitar semula juga turut rendah kerana hanya segelintir sahaja
pelajar yang mengamalkan amalan kitar semula dan mengasingkan sampah
mengikut ketegori tetapi rata-rata pelajar di institut ini lebih selesa dengan
amalan sebelumnya dengan membuang sisa buangan tanpa usul periksa. Dari
segi aplikasi sumber pula, kebanyakanpelajar institusi ini tidak menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik dan air sebaliknya pelajar institusi lebih suka
membazirkan sumber seperti air dan elektrik ini. Dari segi struktur pembangunan
pula masih terdapat infrastruktur di Institut ini yang masih tidak mencapai kearah
kelestarian.
Pengurusan sisa buangan yang tidak berkesan akan meningkatkan lagi
pencemaran dan menigkatkan jumlah sampah yang dihasilkan manusia.
1
Malaysia adalah negara paling banyak mengeluarkan sampah dengan lebih lima
juta tan setahun (purata 17,000 tan sehari)1 dihasilkan. Jumlah itu dijangka
meningkat dua peratus setahun selari dengan pertambahan penduduk dan
kegiatan ekonomi. Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun tidak menyedari bahawa
mereka adalah salah seorang daripada penyumbang sampah Negara. Amalan
kitar semula amat rendah malah pihak institusi juga tidak mempunyai peraturan
yang tegas mengenai alam sekitar sebagai contoh menetapkan agar pengusaha
kantin tidak menggunakan polisterin dan menyediakan plastik beg kepada
pelajar.
Kesemua pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun menyedari bahawa
pembakaran terbuka menjejaskan alam sekitar tetapi tanpa mereka sedari
mereka menyumbang kepada pencemaran iaitu dengan menggunakan
kenderaan bermotor dengan tidak efisien. Amalan perkongsian kenderaan tidak
diamalkan oleh pelajar malah terdapat ramai pelajar asrama yang tidak
mengamalkan amalan berjalan kaki ke kelas pada waktu pagi. Pertambahan
pelajar setiap tahun menyebabkan pertambahan kenderaan setiap tahun secara
tidak langsung meningkatkan kadar penggunaannya di dalam Institut. Asap
kedenderaan seperti kereta dan lori mengandungi gas-gas yang boleh
mencemarkan alam sekitar seperti nitrogen okside,karbon monoxide dan
sebagainya. Keadaan ini boleh menanbahkan lagi pencemaran uadara dan
menyebabkan berlakuan jerebu. Malah gas-gas yang dibebaskan tersebut jika
dihidu akan menjejaskan kesihatan manusia. Penyelidikan toksikologi di
1 “Sampah berpotensi menjana ekonomi”, Berita Harian, 26 dec 2003, m.s 13
2
Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos
kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.
Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap
ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.
Aktiviti Audit hijau ini akan meningkatkan lagi pengetahuan seseorang mengenai
pemuliharaan alam sekitar dan penjagaan sumber agar ianya tidak membazir
dan terjejas untuk jangka masa yang panjang serta member peluang kepada
generasi akan datang untuk merasainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada
insan untuk belajar memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan
bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke
arah kelestarian kehidupan di bumi.
1.2 Objektif Kajian
1.2.1 Menghuraikan maksud Audit Hijau IPG Lestari
1.2.2 Mengenalpasti rancangan Audit Hijau di kawasan Institut
1.2.3 Melihat pengurusan sisa buangan di Institut
1.2.4 Memerhati penggunaan sumber tenaga elektrik dan Air
1.2.5 Menilai sejauh mana kesedaran pelajar Institut terhadap kelestarian
IPG
1.2.6 Melihat sejauh mana pengurusan pembangunan Institut ke arah
kelestarian
1.2.6 Menganalisi tahap penjagaan alam sekitar oleh pelajar Institut
3
1.3 Persoalan Kajian
1.3.1 Adakah Pelajar IPG Tuanku Bainun memahami konsep Audit Hijau
dan Pembangunan Lestari?
1.3.2 Adakah pelajar IPG Tuanku Bainun mengamalkan sikap mesra
alam
1.3.3 bagaimanakah pengurusan pembangunan institut dikaitkan dengan
kelestarian?
1.3.4 Adakah Polisi IPG menyokong kepada aspek IPG Lestari
1.3.5 Adakah wujud penerapan nilai pendidikan alam sekitar di Institut
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada guru pelatih
tentang pembangunan lestari. Tujuannya juga memberi peluang kepada guru
pelatih menjalankan proses pengauditan Hijau di Kawasan Institut. Melalui kajian
ini konsep IPG Lestari lebih difahami dan dapat didedahkan hasil dapatannya
kepada pihak institut dan pelajar institut. Melalui kajian ini setiap guru pelatih
mengenal pasti masalah-masalah yang terdapat sewaktu menjalankan kajian
seterusnya membincangkan permasalahan dan cara mengatasi permasalahan
tersebut.
4
1.5 Signifikan
Audit penghijauan kawasan dijalankan bagi memastikan kelestarian alam terjaga
dan memupuk nilai mesra alam di kalangan pelajar, pihak pengurusan, dan juga
pihak yang berkaitan secara langsung mahupun tidak langsung.
1.6 Kesimpulan
Secara umumnya kajian ini lebih kepada mengenalpasti kesedaran da kesediaan
dalam kalangan pelajar institut dan pihak pentadbiran terhadap Pendidikan
Pembangunan Lestari (ESD) seterusnya langkah-langkah yang diambil untuk
menerapkan ESD dalam bentuk Pembangunan IPG lestari, aktiviti kehidupan
seharian, dan juga penerapan nilai-nilai penjagaan alam sekitar dikalangan
pelajar dalam pelbagai kaedah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang meyokong kuat pembangunan
kelestarian dan telah memasukan isu kelestarian selaras dengan pembangunan
ekonomi dalam perancangan Jangka Panjang Malaysia2 melalui “Third Outline
Perspective Plan 2001-2010”. Salah satu dari rancangan pembangunan
2 Abdul Ghani Abdullah,Aziah Ismail, “Kesediaan Memperkasakan Pendidikan Pembangunan Lestari Oleh Pengurus Pendidikan Sekolah”
5
kelestarian oleh Malaysia ialah pembangunan kelestarian dalam Pendidikan atau
Educational Sustainable Development (ESD). Sebagai sebuah institusi yang
melahirkan bakal guru, IPG Kampus Tuanku Bainun juga perlu mewujudkan
kesedaran pembangunan Lestari di kalangan pelajar, bahkan juga perlu turut
merancang pembangunan kearah kelestarian. Kenyataan ini bukan hanya
sekadar untuk menjadikannya sebagai visi IPG Kampus Tuanku Bainun tetapi
diharapkan menjadi kenyataan sebagai salah sebuah IPG Lestari di Malaysia.
BAB2
METADOLOGI
2.1 Pengenalan
Audit menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005) ialah sebagai pemeriksaan dan
pengesahan kira-kira. Audit3 adalah suatu proses sistematik untuk memperoleh
dan menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan
kewangan, dengan tujuan untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan-
pernyataan tersebut dengan kriteria yang telah ditetapkan, serta penyampaian
hasil-hasilnya kepada pemakai yang berkepentingan. Hijau pula4 biasanya dilihat
dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-
tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai
3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Audit_Sekolah4 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijau
6
klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis. Audit hijau ialah
satu pemeriksaan dan pengesahan pemerhatian kepada ruang hijau yang bukan
sahaja meliputi tumbuhan hijau tetapi juga melibatkan perlaksanaan
pembangunan yang mementingkan kelestarian dan juga melibatkan cara
manusia sebagai mekanisma kehidupan memanipulasikan ruang hijau dalam
pembangunan dan kehidupan seharian.
Pembangunan yang seiring dengan memastikan kepentingan alam sekitar
terpelihar dikatakan sebagai pembangunan lestari. Pembangunan lestari
bermaksud5 pembangunan atau perkembangan yang memenuhi keperluan
semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan
datang (Bruntland Report,1987). Kelestarian merupakan satu paradigm
pemikiran masa depan dengan menekankan kepada aspek-aspek
keseimbangan persekitaran,sosial dan ekonomu diambil kira dalam merancang
pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan.
2.2 Skop Kajian
Mengenalpasti tahap kesedaran guru pelatih dalam penggunaan sumber, proses
pembangunan lestari asrama dan tenaga di kolej kediaman IPG Kampus
Tuanku Bainun. Kajian ini hanya tertumpu di kolej kediaman sahaja dan
melibatkan 30 respondandari kelima-lima blok kediaman yang ada di IPG 5 Abdul Ghani Abdullah,Aziah Ismail, “Kesediaan Memperkasakan Pendidikan Pembangunan Lestari Oleh Pengurus Pendidikan Sekolah”.
7
Kampus Tuanku Bainun, iaitu Kolej kediaman Damai,Kolej Kediaman Gemilang,
Kolej Kediaman Ceria, Kolej Kediaman Aman,dan Kolej Kediaman Budiman.
Kajian mengenai penggunaan sumber lebih melibatkan kepada penggunaan
sumber air, penggunaan kertas, taraf kebersihan dan landskap di kawasan Kolej
Kediaman. Kajian penggunaan sumber ini dilihat kepada kesedaran penghuni
Kolej Kediaman terhadap penggunaan yang bijak, berjimat serta tanggungjawab
penghuni untuk menjaga kawasan sekitar mereka.
Kajian Proses Pembangunan Lestari Kolej Kediaman pula lebih tertumpu kepada
usaha pihak pentadbiran untuk mewujudkan pembangunan lestari kediaman
yang member keselesaan kepada penghuni agar boleh memanipulasikan
sumber dan tenaga secara bijak.
Tenaga yang dimaksudkan ialah tenaga elektrik. Kajian melibatkan penggunaan
tenaga oleh penghuni Kolej Kediaman samada digunakan secara bijak atau tidak
serta tahap kesedaran penghuni kediaman kepada kesan penggunaan tenaga
elektrik dan penjimatan tenaga elektrik.
8
2.3 Kawasan Kajian
Rajah 1
Terletak di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan Lebuhraya Kulim-Butterworth,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun telah mula beroperasi
pada tahun 19936. Kampus ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agung Tuanku Bainun Pada 8 April 1994. Kampus Tuanku Bainun
adalah antara 27 IPGM di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kampus ini dibangunkan di kawasan seluas 66.33 hektar di
Bukit Mertajam Pulau Pinang, kira-kira 15 km dari Butterworth. Pembinaan
kampus ini menelan perbelanjaan sebanyak RM 33 juta mengandungi 14 blok
bangunan yang boleh menampung kira-kira 1000 guru pelatih. Seperti IPGM
yang lain Kampus Tuanku Bainun sangat berhasrat untuk melahirkan guru-guru
yang cemerlang dalam pelbagai bidang kepakaran.
Kawasan yang difokuskan di kawasan IPG Kampus Tuanku Bainun ialah
kawasan Kolej Kediaman guru pelatih yang terbahagi kepada lima blok iaitu Blok
Damai, Blok Ceria, Blok Gemilang, Blok Budiman, dan Blok Aman. Dua blok iaitu
6 http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm?sector=webipg&page=papar&ipg=IPTB
9
Kolej kediaman Aman dan Budiman menempatkan guru pelatih lelaki manakala
tiga lagi iaitu Ceria,Damai dan Gemilang menempatkan Guru Pelatih wanita.
Setiap Blok mempunyai tiga aras kesemuanya dan mempunyai Jumlah kesemua
penghuni kelima-lima kolej kediaman ini ialah seramai 668 orang kesemuanya.
Setiap blok menyediakan dua buah bilik untuk warden di aras satu dan ground
floor.
2.4 Kaedah Kajian
Menurut Punch (2000), tujuan kaedah kajian kes dijalankan adalah untuk
member fokus kepada interpretasi,makna dan signifikasi budaya tentang sesuatu
tingkahlaku. Melalui kajian audit hijau yang dijalankan di kolej kediaman ini
kaedah kajian yang dijalankan ialah pemerhatian,temubual,selidik, dan soal
selidik dan yang terakhir ialah pemerolehan data dan pengumpulan maklumat.
2.4.1 Pemerhatian
Sebelum menjalankan kajian dengan lebih terperinci, kaedah pemerhatian
digunakan untuk mendapat gambaran awal keadaan sekeliling kolej kediaman.
Pemerhatian ini perlu untuk membuktikan sesuatu perkara dengan lebih tepat
agar tidak bercanggah dengan hasil dapatan. Boring senarai semak digunakan
10
sepanjang pemerhatian dijalankan dikawasan Kolej Kediaman guru pelatih
dijalankan.
2.4.2 Temubual
Maklumat seterusnya diperolehi secara lisan dengan menjalankan kaedah
temubual. Proses temubual diadakan dengan staf – staf sokongan dan beberapa
orang pensyarah untuk mengetahui sejauh mana mereka memainkan peranan
dalam memastikan IPG KTB lestari terutamanya Pensyarah yang
bertanggungjawab menguruskan proses pembangunan di IPG Kampus Tuanku
Bainun.
2.4.3 Penyelidikan
Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan sumber-sumber tambahan dari
internet. Mengenalpasiti kaedah-kaedah pengurusan sisa buangan yang lebih
berkesan agar tidak memudaratkan alam sekitar. Kami juga meneliti ruang
kediaman pelajar, kemudahan-kemudahan pelajar seperti tandas dan
sebagainya, dan juga cara pengurusan pekerja di kolej kediaman dan penghuni
kolej kediaman dalam menggunakan sumber air dan elektrik.
11
2.4.4 Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi graf dan data berkaitan
dengan kesedaran pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Borang soal selidik
penting untuk mendapatkan maklumat dengan mengambil beberapa penghuni
maktab untuk dijadikan sampel. Responden yang adalah melibatkan penghuni
kolej kediaman dan sesiapa sahaja yang menghuni kolj kediaman termasuk
warden dan pekerja kebersihan
2.4.5 Pemerolehan Data dan Pengumpulan Maklumat
Data yang yang diperolehi daripada kawasan kajian dikumpul untuk
menghasilkan satu laporan yang mantap mengenai IPG Lestari. Setiap maklumat
yang telah diperolehi di analisa satu persatu dan ditapis semula agar tidak lari
daripada tujuan asal kajian. Setiap bukti-bukti kajian berdasarkan pemerhatian,
soal selidik, temubual dikumpulkan menjadi laporan audit hijau IPG Kampus
Tuanku Bainun yang lengkap.
12
BAB 3
POLISI
3.1 Bacaan Ilmiah
Malaysia telah mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang meletakkan
beberapa polisi bagi mengurangkan kadar pencemaran dan kemusnahan alam
sekitar.
Definisi Pendidikan Alam Sekitar7 ialah pembelajaran untuk memahami interaksi
manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan
bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini
melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam
sekitar. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian
kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan mennyamankan. Oleh yang demikian demi mewujudkan persekitaran
yang kondusif dengan menyediakan segala kemudahan infrastruktur kepada
pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun, setiap cadangan pembangunan dan
penambahbaikkan Institut Pendidikan Guru setaraf university, dipengaruhi oleh
polisi yang ditetapkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekitar.
7 Dewan Bahasa dan Pustaka(2004), “ Asas Pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar”,Malindo Printers Sdn Bhd, m.s8
13
Menurut datuk Hishamudin8 yang merupakan bekas menteri pendidikan
Malaysia, beliau pernah menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan pelbagai program Pendidikan Alam Sekitar bagi melengkapkan
bakal guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar.
Selain itu, program ini juga diharap dapat membangkitkan kesedaran dan
sensitiviti tentang isu-isu alam sekitar. Peranan dan penglibatan mereka amatlah
penting dalam mendidik pelajar di sekolah yang merupakan pewaris alam
sekitar.
Polisi kerajaan terhadap alam sekitar telah diselaraskan dengan mewujudkan
beberapa akta di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar. Antara peraturan yang
diwujudkan oleh akta ini ialah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Pelesenan) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) serta
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan
Kepada Alam Sekeliling) .
Dalam skop kajian Audit Hijau IPG Lestari ini polisi Alam sekitar dijadikan elemen
penting dalam pengurusan pembangunan di IPG Lestari. Laporan Penilaian
Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) membincangkan impak dan langkah-
langkah kawalan yang perlu disepadukan dalam Projek Yang Dicadangkan pada
pelbagai peringkat perlaksanaan.9 EIA ini berperanan dalam memastiakan
pembangunan yang ingin dijalankan mestilah tidak menjejaskan keadaan alam
8 Dewan Bahasa dan Pustaka(2004), “ Asas Pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar”,Malindo Printers Sdn Bhd, m.s8
9 http://gis.doe.gov.my/eia2/Upload_folder/Ex_Sum/KuadSdn.Bhd.-RingkasanEksekutif.pdf
14
sekitar dan merupakan pembangunan yang mapan. Berdasarkan polisi yang
ditetapkan oleh EIA, maka satu projek pembangunan akan dijalankan.
3.2 Rujukan IPG Kampus Tuanku Bainun
Polisi IPG Kampus Tuanku Bainun yang menyokong pembangunan lestari ialah
semasa merancang pembangunan, pihak pengurusan pembangunan akan
memastikan lokasi yang dipilih tidak akan menjejaskan alam sekitar seperti
melibatkan penebangan pokok. Selain dari merosakkan alam sekitar,
penebangan pokok akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengambil masa
untuk membersihkan lokasi kawasan yang ingin dibangunkan.
Seterusnya ialah penggunaan sumber semulajadi. Pihak pengurusan
pembangunan juga akan meneliti kawasan yang boleh memanipulasikan sumber
semula jadi secara maksimum agar menjimatkan penggunaan sumber seperti
tenaga elektrik. Sebagai contoh penggunaan cermin sebagai dinding di unit R&D
membolehkan pencahayaan terus dari luar sekaligus menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik dalam ruang pejabat.
Manual Pengurusan 2009 IPGMK Tuanku Bainun, telah mewujudkan
jawatankuasa keceriaan dan kebersihan yang antara bidang tugasnya
memantau tahap kebersihan IPG Kampus Tuanku Bainun agar memastikan
sikap guru pelatih lebih kepada kearah kelestarian dengan bertanggungjawab
15
menjaga kawasan mereka. Jawatankuasa ini digerakkan agar dapat memupuk
konsep hijau dan amalan menjaga kebersihan alam sekitar wujud dalam diri
setiap guru pelatih secara langsung dan tidak langsung.
3.3 Bahagian Pengurusan
Unit Pengurusan Pembangunan memainkan peranan yang lebih kurang sama
dengan EIA, iaitu merangka dan mengenalpasti pembangunan yang akan
dijalankan di IPG Kampus Tuanku Bainun agar tidak menjejaskan alam sekitar.
Unit pembangunan IPG Kampus Tuanku Bainun telah mempunyai matlamat
kearah pembangunan IPG Lestari. Keadaan ini dibuktikan apabila menurut encik
Azizan, salah seorang pensayarah yang terlibat dalam merangka pembangunan
di Institut ini menyatakan, unit pembangunan telah mengenalpasti kedudukan
yang strategik bagi menyediakan infrastruktur kepada pelajar iaitu dengan
menyediakan ruangan guru pelatih untuk melayari internet di tepi kawasan
perpustakaan telah di alihkan ke kawasan sebelah tandas bagi membolehkan
pelatih melayari internet dengan selesa sepanjang masa berikutan kawasan
tersebut terlindung dari cahaya matahari. Kawasan sebelumnya tidak member
keselesaan kerana tidak terlindung dari cahaya matahari dan menjadikan tempat
tersebut agak panas.
Unit pembangunan diketuai oleh pensyarah dan beberapa pekerja teknikal lain.
Segala aduan kerosakan, pembaikpulih dan pembinaan bangunan baru di IPG
16
KTB dirujuk kepada mereka. Polisi IPG KTB adalah untuk menjadi antara IPG
yang persekitarannya mesra alam dalam erti kata lain menjadikan IPG Kampus
Tuanku Bainun sebagai IPG lestari
Pihak pengurusan unit pembangunan juga mencari alternatif yang dapat
digunakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan
lampu yang menjimatkan tenaga “energy saver” yang dipasang dalam ruangan
pejabat R&D. kelebihan lampu ini dapat mengurangkan sehingga 30% jumlah
tenaga elektrik berbanding lampu biasa
Bagi kawasan kolej kediaman, kerja-kerja membaikpulih bumbung kesemua blok
kediaman pelajar menggunakan atap genting yang bahannya daripada tanah liat.
Atap genting tanah liat ini merupakan atap yang tidak menyerap haba dan
merupakan bahan penebat haba. Gantian atap genting ini menjadikan bilik
asrama lebih sejuk.
Pengurusan sisa buangan pula, mengambil kira Peraturan-Peraturan Kualiti
Alam Sekeliling (Pelesenan) yang mana semua bahan dilonggokan di suatu
kawasan dan hanya lori konsesi sisa buangan bahan binaan yang dilesenkan
oleh kementerian sahaja dibenarkan mengambil bahan buangan ini. Polisi inilah
yang mengekalkan institut ini kekal bersih dari bahan binaan.
Atas kesedaran pihak pengurusan pembangunan, pada akhir tahun 2009 tangki
air lama yang telah berkarat digantikan dengan tangki air yang dihasilkan
daripada High Density Polyethylene (HDPE) yang tahan karat dan membolehkan
warga institut memperolehi bekalan air bersih. Usaha pengantian tangki ini
17
menelan belanja sebanyak RM 200 ribu. Menurut encik Azizan, unit
pembangunan akan memastikan setiap tangki air di Institut ini akan ditukarkan
kepada tangki HDPE. Tangki HDPE ini tahan lama dan akan menjamin
penggunaan air bersih kepada generasi yang akan datang di institut ini.
Menurut undang-undang yang telah ditetapka oleh pihak pengurusan kolej
kediaman, penggunaan alatan elektrik di kawasan kolej kediaman Pelajar
asrama seperti hitter, periuk nasi, iron dan sebagainya tidak dibenarkan kecuali
guru pelatih hanya dibenarkan menggunakan alatan elektrik yang telah
disediakan di dalam kitchenette sahaja dan hak kerajaan. Polisi ini adalah salah
satu usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di kawasan kolej
kediaman .
Peraturan asrama yang seterusnya menyebut pelajar harus memadamkan lampu
pada jam 11 malam bagi lampu utama dan 12 tengah malam bagi lampu belajar.
Setiap pagi lampu koridor akan ditutup selewat-lewatnya jam tujuh pagi. Ini
bertujuan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus mengurangkan
sumbangan manusia kepada pemanasan global. Sekiranya penghuni asrama
mematuhi undang-undang ini, IPG lestari akan dapat dicapai dengan jayanya
menerusi penjimatan tenaga elektrik.
18
19
top related