apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Post on 23-Jun-2015

377 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah?Cikgu Remi akan mengadakan latihan sukaneka. Beliau akan melatih kita berlari sambil membawa bola pingpong dengan sudu.

Ke manakah kamu berdua hendak pergi?

Saya dan Herina hendak pergi ke sekolah.

Mari, Ai Ling. Kita pergi ke sekolah.

Kita perlu menjalani latihan sukaneka kerana hari sukan tahunan sudah hampir.

Kamu hendak pergi atau tidak?

Ya, saya hendak pergi tetapi saya perlu meminta kebenaran daripada ibu.Baiklah. Jika ibu kamu benarkan, kita akan berjalan kaki ke sekolah.

Kita perlu berhati-hati semasa berjalan kaki supaya tidak berlaku kemalangan.

Mereka bertiga pun berjalan kaki menuju ke sekolah.

1. Berhati-hati semasa melintas jalan raya.

2. Kita boleh melintas di lintasan undan.3. Tekan butang pada tiang lampu isyarat.

4. Isyarat orang merah masih bernyala.

5. Sekarang isyarat orang hijau bernyala.6. Kita boleh melintas dengan selamat.

Lintasan undan merupakan satu daripada tempat melintas jalan yang selamat. Pejalan kaki akan menggunakan lintasan undan untuk melintas jalan.

Sebelum melintas, kita hendaklah menekan butang yang terdapat pada tiang lampu isyarat undan. Jika isyarat orang merah masih bernyala, kita dilarang melintas jalan. Tunggu sehingga isyarat orang hijau bernyala barulah kita boleh melintas jalan. Semua kenderaan hendaklah berhenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki melintas jalan dengan selamat.

Kawan-kawan, kita perlu mengamalkan lima langkah ketika melintas jalan raya seperti yang berikut:

1. kita hendaklah berhenti sebentar di bebendul jalan.

top related