apa yang telah dicapai sepanjang praktikum

Post on 05-Jul-2015

356 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

a) Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

Sepanjang praktikum ini, terdapat banyak perkara baru yang telah saya

capai di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas ini. Ia memberi pengalaman yang

berguna kepada diri saya serta rakan-rakan yang bersama-sama berpraktikal di

sekolah ini. Dari segi akademik, saya telah mengajar dengan baik hasil tunjuk

ajar rakan-rakan serta guru-guru sekolah tersebut. Guru pembimbing serta

pensyarah juga banyak membantu dalam mengukuhkan lagi cara saya mengajar

serta memberi teknik-teknik yang berkesan dalam pengajaran.

Dari segi sosial, saya sudah boleh bergaul dengan guru-guru dengan baik

dan dapat menyesuaikan diri dengan murid-murid yang saya ajar serta boleh

bergurau mesra dengan mereka semua. Saya berasa gembira kerana mereka

dapat menerima dan menyambut kedatangan saya dengan baik.

Keseluruhannya, semua warga sekolah ini sangat memuaskan dari segi sosial.

Dari segi kokurikulum, saya telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah

dijalankan. Program yang paling bermakna bagi saya adalah mengikuti sekolah

sebagai peserta boria 1 malaysia yang telah dijalankan di Kampung Seronok,

Bayan Lepas. Ia merupakan salah satu Malaysian Book Of Record yang tercipta

pada malam itu. Selain itu, saya sangat berbangga dengan sekolah ini kerana

banyak sukan permainan telah berjaya mendapat johan bagi zon kelompok dan

daerah. Ia merupakan zaman kegemilangan bagi sekolah kami bagi kokurikulum.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah

ini kerana memberi peluang kepada kami semua untuk mendapat pengalaman

yang berharga sepanjang berada di sekolah ini. Semoga apa yang telah dicapai

dapat diterapkan ketika menjadi guru yang sebenar nanti.

top related