anatomi & fisiologi-sistem urinari

Post on 19-Jun-2015

7.537 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sistem urinari

Struktur sistem urinari

PENGENALAN

Sistem urinari ialah satu daripada sistem perkumuhan tubuh.

Sistem ini terdiri daripada :1. 2 buah pinggang.2. 2 salur buah pinggang (ureter)- tiub yang

membawa air kencing dari buah pinggang ke

pundi kencing.3. 1 pundi kencing- alat penakung air kencing.4. 1 salur kencing (uretra)- terusan yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar.

Fungsi Sistem Urinari

Sistem urinari adalah kumpulan organ yang menyah air berlebihan dan bahan-bahan tidak diperlukan daripada salur darah.

Bahan ini di tapis keluar daripada badan sebagai air kencing.

Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di pundi kencing dan keluar di uretra.

Organ urinari ialah ginjal, ureters, bladder dan urethra.

Sistem ini membantu menstabilkan homeostasis.

Ginjal adalah organ utama homeostasis kerana ia menstabilkan asid asas dalam badan dan air garam dalam darah.

BUAH PINGGANG ATAU GINJAL

Ciri-ciri buah pinggang manusia:

- Berbentuk biji kacang panjang.

- Berwarna merah tua.

- Setiap buah pinggang terletak di dinding belakang abdomen.

- Terletak di bahagian pinggang(lumbar) kiri dan kanan.

- Luar dari selaput selom.

-Tisu lemak mengelilingi setiap buah pinggang dan menyangga organ itu.

- Buah pinggang kanan terletak ke bawah sedikit dari aras buah pinggang kiri kerana hati menggunakan bahagian yang luas di sebelah kanan abdomen.

- Setiap buah pinggang dewasa sekurang-kurangnya berat 5 aun, 41/2 inci panjang, 2 inci lebarnya dan 11/4 inci tebalnya.

PERHUBUNGAN DENGAN STRUKTUR LAIN

Buah pinggang kanan

- Permukaan belakangnya terletak di atas otot

soas dan sebahagian dari otot diafragma.

- Permukaan depannya terdapat hati dan duodenum.

- Di kutub atasnya terdapat kilang endokrina adrenal kanan.

- Kutub bawahnya menyentuhi bahagian liku (lengkok) hati kolon.

- Pinggir sisi dalamnya menentangi pembuluh bawah dan salur buah pinggang kanan keluar dari pinggir ini.

Buah pinggang kiri

- permukaan belakangnya terletak di atas otot soas dan sebahagian dari otot diafram.

- Di depannya terdapat perut,limpa dan hujung pankreas.

- Di kutub atasnya terdapat kilang endokrinal adrenal kiri.

- Kutub bawahnya menyentuhi bahagian liku atau lengkok limpa kolon.

- Pinggir sisi dalamnya menentangi salur nadi aorta dan salur buah pinggang kiri keluar dari pinggir ini.

TUGAS GINJAL (BUAH PINGGANG)

Ginjal atau buah pinggang memainkan peranan yang penting dalam penyelarasan kepekatan atau bahan yang terkandung di dalam darah.

Tugas ginjal adalah seperti :

Pembuangan air yang berlebih-lebihan.(buah pinggang mengawal banyaknya air dalam darah).

Pembuangan kumuh hasil metabolisma zat protein iaitu urea, asid urik, kreatinin, bahan urine (air kencing mengandungi lebih kurang 2% urea).

Pembuangan garam,galian yang berlebihan seperti garam natrium dan garam kalium dan kalsium.

Pembuangan darah yang mungkin hadir di dalam darah serta pigmen racun dan bisa kuman yang beredar di dalam darah.

URETER (SALUR BUAH PINGGANG )

Ureter ialah tiub yang keluar dari setiap buah pinggang.

Membawa air kencing ke dalam pundi kencing.

Salur ini dibahagiakan kepada dua bahagian:

corong atau pelvis buah pinggang. Ini ialah bahagian atas yang kembang. Ia bermula sebagai alat berbentuk mangkuk, yang dikenali sebagai kaliks.

Salur buah pinggang benar. Ukurannya sepuluh inci panjangnya.Bahagian atasnya terletak di hadapan otot belakang abdomen, bahagian bawah masuk ke dalam ruang pelvis dan berakhir di permukaan belakang pundi-pundi kencing.

Tiap-tiap salur buah pinggang terbina daripada tisu berfiber,tisu otot bebas,tisu epitelium peralihan.

PUNDI KENCING

Pundi kencing merupakan organ penakung air kencing dan ianya terletak di dalam ruang pelvis sebenar.

Bagi lelaki ,usus hujung terletak di belakangnya dan sendi ari-ari terdapat di hadapannya.

Bagi wanita sendi ari-ari terdapat di hadapannya,tetapi rahim dan liang faraj terletak di belakangnya.

Ruang di dalam pundi kencing menunjukkan satu bahagian segitiga yang dipanggil trigone.

Dasar segitiga berarah ke atas dan puncak ke bawah.

Kedua-dua salur buah pinggang membuka di bahagian atau trigone manakala salur kencing bermula dari puncaknya.

Struktur pundi kencing

Lapisan luar pundi adalah terbina daripada selaput selom permukaan atas sahaja

Lapisan otot bebas redapat di bawah lapisan selaput selom.

Lapisan perantaran, didapati di bawah lapisan otot.

Lapisan dalamnya terbina tisu epitelium peralihan.

Biasanya pundi boleh mengandungi air sebanyak satu paun air kencing, tetapi dalam keadaan luar biasa, isipadu bertambah tiga paun.

Dalam keadaan biasa, perasaan hendak kencing timbul apabila pundi kencing mengandungi 6 hingga 10 aun air kencing.

Struktur pundi kencing lelaki

Struktur pundi kencing perempuan

URETRA (SALUR KENCING)

Uretra atau salur kencing iailah suatu terusan yang membawa air kencing dari pundi-pundi kencing ke arah luar.

Salur kencing wanita adalah pendek. Lubang keluarnya membuka di antarabibir faraj, di atas liang faraj.

Otot pencerut salur kencing wanita terdapat di permulaan terusan itu.

Bagi lelaki salur kencing itu adalah diantara enam hinggan lapan inci panjanganya dari pundi-pundi kencing ke lubang keluarnya di hujung zakar.

Salur kencing lelaki dibahagiankan kepada tiga bahagian:

-bahagian prostat.

-bahagian selaput atau selapeha.

-bahagian zakar. Salur kencing lelaki menjalankan dua

tugas.Tugas yang pertama ialah menyalurkan air kencing dan yang kedua menyalurkan air mani.

BEKALAN DARAH

Darah beroksigen masuk ke dalam buah pinggang melalui salur nadi buah pinggang iaitu satu cabang dari aorta abdomen.

Salur nadi buah pinggang adalah pendek dan yang keluar terus dari aorta.

Tekanan darah di dalamnya lebih tinggi berbanding cabang lain dari aorta.

Keadaan ini amat penting untuk proses tapisan air kencing.

Setelah masuk ke dalam buah pinggang, salur nadi buah pinggang memecah lalu menjadi salur nadi yang kecil, kemudiannya mengeluarkan cabang salur nadi halus (arteriola).

Arteriola masuk ke dalam kapsul Bowman lalu membentuk gumpalan rerambut atau kapilari di situ.

Dari gumpalan rerambut suatu lagi salur nadi halus terbian iaitu salur nadi pengeluar, ia mengalirkan darah yang telah beredar di dalam gumpalan rerambut.

Apabila sampai ke salur halus kencing, salur nadi halus pengeluar ini memecah lalu membentuk rerambut darah yang yang mengelilingi salur halus kencing itu.

Satu pembuluh halus (venul) keluar dari tiap-tiap nefron dan bersatu.

Kemudiannya membentuk pembuluh buah pinggang yang mencurahkan darah ke dalam vena kava infra.

STRUKTUR NEFRON DAN SALUR DARAH YANG BERKAITAN

Setiap ginjal terdiri daripada lebih sejuta unit berfungsi yang disebut nefron.

Kedudukan nefron di dalam ginjal

Nefron terdiri daripada :okapsul Bowman otubul berlingkar proksimal oliku Henle otubul berlingkar distal oduktus pengumpul.

Struktur nefron dan salur darah yang berkaitan

Kapsul bowman berbentuk cawan dan menerima jaringan kapilari darah yang dinamakan glomerulus.

Darah mengalir ke ginjal melalui…

Ini bermakna terdapat dua tahap jaringan kapilari di ginjal iaitu glomerulus dan kapilari peritubul.Kapilari peritubul membelit-belit tubul berlingkar proksimal, gelung Henle, dan tubul berlingkar distal.Plasma dan bahan yang terturas di glomerulus akan memasuki…

Fisiologi pembentukan air kencing boleh dibahagikan kepada tiga peringkat :

1. Penapisan oleh gumpalan rerambut.

(ultraturasan)

1. Penyerapan semula oleh salur halus kencing.

2. Rembesan dari salur halus kencing.

PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING

PENAPISAN (ULTRATURASAN)

Proses penapisan atau proses ultraturasan ialah pergerakan plasma serta kandungannya (kecuali sel darah dan protein yang bersaiz besar) secara pukal merentas dinding glomerulus ke dalam kapsul Bowman dan seterusnya ke dalam nefron.

Penapisan ialah peringkat pertama dalam pembentukan air kencing.

Proses ini berlaku antara gumpulan rerambut dan kapsul Bowman.

Kandungan darah di dalam rerambut yang membina gumpalan rerambut tertapis keluar secara mekanikal ke dalam kapsul Bowman.

Proses ultraturasan di kapsul Bowman

Air bahan-bahan habluran(bahan yang mudah larut) ditapis keluar dari gumpalan rerambut ke dalam kapsual Bowman.

Bahan-bahan koloid (bahan yang mempunyai molekul yang besar) seperti protein darah, tidak tertapis keluar.

Sebenarnya, daya yang menggerakkan cecair merentas dinding kapilari ialah tekanan hidrostatik (iaitu tekanan darah) dan tekanan osmosis di dalam kapilari berbanding denga kapsul Bowman.

Tekanan hidrostatik merupakan daya yang menolak, manakala tekanan osmosin merupakan daya yang menarik.

Daya yang menggerakkan plasma merentas dinding kapilari glomerulus

Proses ultraturasan berlaku dengan kadar yang lebih tinggi di glomerulus berbanding dengan kapilari lain kerana :

a)tekanan darah di dalam glomerulus lebih tinggi daripada tekanan darah di dalam kapilari lain.b)glomerulus merupakan kapilari yang lebih panjang berbanding dengan kapilari biasac)terdapat liang-liang di dinding glomerulus yang menyebabkan ketelapannnya lebih tinggi berbanding dengan kapilari lain.

Hasil turasan yang memasuki kapsul Bowman serupa dengan lasma darah ang memasuki arteriol eferen dai semua segi kecuali kandungan protein.Plasma terturas bersama-sama kandungannya (air, nutrein, garam, urea, dan sebagainya ) kecuali sel darah dan molekul protein yang bersaiz besar.Walaupun tekanan hidrostatik adalah tinggi di dalam kapilari, proses ultraturasan tidak akan berlaku sekiranya daya yang menghalang pergerakan plasma keluar dari kapilari ke kapsul Bowman juga tinggi.Daya penghalang ini terdiri daripada tekanan osmosis di dalam kapilari dan tekanan hidrostatik di dalam kapsul Bowman.Sekiranya daya penghalang ini lebih tinggi daripada tekanan hidrostatik di dalam kapilari, tiada ultaturasan di dalam kapsul Bowman berlaku, malah cecair akan memasuki kapilari dari kapsul Bowman.

PENYERAPAN SEMULA

Proses penyerapan semula ialah pergerakan air dan zat terlarut yang dituras ke dalam nefron balik semula ke dalam salur darah iaiutu ke dalam kapilari peritubul.

Penyerapan semula berlaku terutamanya merentas dinding tubul proksimal.

Penyerapan semula tidak berlaku secara pukal, tetapi setiap bahan diserap semula secara berasingan.

Penyerapan semula berlaku kerana ion natrium diserap semula secara aktif. Implikasinya ialah :

i. air akan turut diserap semula secara osmosis

ii. apabila air diserap semula, kepekatan urea di dalam tubul berlingkar proksimal akan meningkat.

iii. kepekatan nutrein organik seperti glukosa dan asid amino juga turut meningkat dan diserap semula secara resapan berbantu.

REMBESAN

Proses rembesan atau pengeluaran air kencing ialah pergerakan bahan yang tidak terturas dari kapilari peritubul ke dalam tubul ginjal.

Bahan yang dirembes termasuklah ion kalium, ion hidrogen, dan bahan lain yang tidak diperlukan.

Strategi rembesan dimanfaatkan untuk mengawal atur PH badan dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan.

Urea tidak dirembeskan secara aktif ke dalam tubul ginjal.

Kira-kira separuh daripada urea ang dituras tidak diserap semula, justeru dikumuhkan.

Salur halus kencing juga merembeskan ammonia yang tercampur di dalam air kencing.

Proses penyerapan dan perembesan berlaku secara resapan, osmosis serta mekanisma pengangkutan aktif.

top related