amali 6 - memungut hasil dan pasca tuai

Post on 25-Jun-2015

329 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PUNGUTAN HASIL DAN PEMASARAN

• Memungut dan menyediakan hasil untuk pasaran merupakan kerja yang terpenting.

• Pungutan hasil hendaklah dilakukan dengan cermat dan di peringkat yang betul.

• Keuntungan akan tinggi jika pemungutan dilakukan dengan sempurna.

Memungut Hasil

Memungut Hasil

1. Sayuran yang tahan lama di pokok (tidak tahan di simpan) seperti sawi, bayam, labu, bawang dan keladi hendaklah dipetik mengikut keperluan pasaran. Jika semuanya dipetik serentak akan menyebabkan terlalu banyak lambakan (penawaran) dan akan menjejaskan harga.

2. Sayuran seperti timun, petola, bendi, terung dan kekacang mempunyai peringkat penggunaan yang terhad dan jika lewat dipetik menyebabkan penurunan mutunya. Sayuran yang sudah sesuai dipetik perlu dipungut setiap hari.

Memungut Hasil

Memungut Hasil

• Peringkat yang sesuai dipetik juga dipengaruhi oleh tempat pasaran dan jaraknya.

a. Untuk pasaran jauh:- sayuran seperti cili dan tomato boleh

dipetik pada peringkat matang (apabila buah sudah mempunyai warna hijau kemerahan). Sayur buah ini akan masak dalam simpanan dan pengangkutan.

b. Untuk pasaran dekat:- Sayuran jenis ini sesuai dipetik pada peringkat masak (warna merah) untuk mendapatkan mutu dan harga yang tinggi. Buah yang dipetik terlalu muda tidak akan masak semasa dalam simpanan.

Masa Pungutan Hasil

– Sayuran yang cepat layu dan kecut seperti sayuran daun dan putik jagung hendaklah dipetik waktu subuh atau waktu matahari jatuh (senja) untuk mengelakkan pancaran matahari yang terik dan panas.

– Sayuran daun yang sukar layu, sayuran jenis buah seperti terung, petola boleh dipetik bila-bila masa.

Pengendalian Lepas Tuai

1. Jangan biarkan sayuran terdedah kepada cahaya matahari.

– Sayur-sayuran yang sudah dipetik atau diceraikan daripada pokok induknya masih lagi menjalankan proses transpirasi dan fotosintesis.

– Proses-proses ini akan berjalan dengan cepat dalam keadaan suhu yang tinggi (contohnya sayuran yang terdedah kepada cahaya matahari).

– Jika tidak dikawal akan menyebabkan sayuran menjadi kecut, layu dan mutu serta khasiatnya akan berkurangan.

Pengendalian Lepas Tuai

2. Sayur-sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu tinggi.

– Sayur di bahagian bawah akan rosak.– Sayuran yang cacat mudah diserang

kulat dan bakteria yang akan menyebabkan sayuran lapuk dan busuk.

Pengendalian Lepas Tuai

3. Elakkan dari menimbun sayuran ke dalam lori.– Gunakan bekas plastik untuk

mengangkut sayuran ke tempat pasaran terutamanya untuk pasaran yang jauh.

Pengendalian Lepas Tuai

4. Persediaan pasaran– Sayuran hendaklah dibersihkan (basuh) dari

kotoran serta bahagian rosak dan cacat. – Kemudian kelaskan mengikut warna, saiz dan

bentuk untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

– Selepas dikelaskan, sayuran dibungkus atau diikat sebelum dibawa ke pasar.

– Sayuran hendaklah sentiasa diletak di tempat bersuhu rendah dan baik pengudaraannya seperti tempat yang berhawa dingin atau di kawasan yang redup.

Pengendalian Lepas Tuai

5. Sayur-sayuran yang berlebihan dari keperluan pasaran

– disyorkan supaya disimpan atau diproses untuk mengawal harga pasaran.

– Sayuran yang disimpan di tempat yang bersesuaian (suhu dan kelembapan udara di dalamnya dikawal) akan bertahan lama dan mutunya tidak akan terjejas.

CONTOH-CONTOH SAYUR-SAYURAN YANG SESUAI DI TUAI.

top related