al quran adalah satu
Post on 20-Jun-2015
111 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Al Quran adalah satu-satunya mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Ianya diturnkan secara mutawatir atau secara beransur-ansur
yang diturun melalui Malaikat Jibril. Allah S.W.T. juga telah menentukan kaedah-
kaedah tertentu membentuk kalimah al-Quran. Di dalam hal ini, para ulama’ telah
mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah
tersebut yang juga dinamakan kaedah Resm Qiyasi atau Imlai ( القياسى ,(الرسم
Rasm A’rudi ( العروضي ,(الرسم dan Resm Uthmani ( العثمان Penulisan .(الرسم
(Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma'
(kesepakatan) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk
tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali
dengan adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan
khat. Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan
tentang kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau
asalnya samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl.
Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan
pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan
dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian
dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail
memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf
pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat
yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah
tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini
kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi
kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan
didalam penulisan al-Quran ketika itu.
1
Resm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan
yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu saiddina Uthman Ibn Affan
r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap
kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran
atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang
memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut
bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.
Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah
menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan
al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu
tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman
ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau
bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam
terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain.
2.0 Resm al-Quran
Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali dengan
adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan khat.
Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang
kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau asalnya
samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl.
Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan
pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan
dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian
dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail
memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf
pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat
2
yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah
tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini
kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi
kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan
didalam penulisan al-Quran ketika itu.
2.1 Resm Uthmani
Resm Uthmani, merupakan ilmu yang membincangkan kaedah penulisan ayat-ayat al-
Quran yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Othman ketika penyalinan dan
penulisan al-Quran. Pembentukan (taswir) lafaz pada huruf-huruf Hijaiyah atau Resm
tergambarnya kalimah dan seterusnya dapat disebut atau resm menunjukan adanya
lafaz, Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan Khat.
Resm Uthmani, Jika ianya bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu
kaedah ini tidak digunapakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat.
Dsini kita boleh membuat rumusan bahawa kaedah tersebut amat unik dan yang jelas
banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan
sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya.
Allah S.W.T. telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya
yang bermaksud: Sesungguhnua Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan
Kamilah yang menjanganya. (Surah al-Hijr:9) Ulama mentaksirkan bahawa penjagaan
ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.
Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan
semasa beliau telah menjawab mesti di tulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah
S.A.W. lagi. Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut
pendengaran para sahabat dari bacaan Rasulullah S.A.W.
Berdasarkan dari petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang sangat
kuat kepada kita bahawa penulisan resm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat
Islam dan wajib dikekalkan, bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn
3
Hambal telah menjelaskan haram menyalahi resm al-Quran walaupun pada alif atau
wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah mengawasan
Rasulullah S.A.W bukannya mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap
perkataan al-Quran. Proses penulisan di hadapan Rasulullah S.A.W dan dibaca semula
bukti ianya adalah tauqifi. Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh
Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah
satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat. Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama
ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun
iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati resm mushaf.
Menepati resm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan
perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan qiraat tersebut ditolak dan
tidak dibenarkan membacanya di dalam sembahyang. Sheikh Ali Dabba’ melalui
kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenaraikan lebih daripada 10 pandangan ulama
bahawa wajib menulis al-Quran dengan resm Uthmani. Antaranya adalah pendapat al-
Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus
mengikuti selain Rems Uthmani. Jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya
orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahn bacaan jika
ditulis dengan resm Uthmani atau memebri alasan-alasan yang lain. Ini kerana semua
adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui resm Uthmani, wajib kepada
mereka mempelajarinya sbelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu
sesungguhnya mereka telah menyalahi ijma’. Kerosakan sebegini telah menyerap di
kalangan umat Islam pada masa kini. Justeru itu, hendaklah menjaganya untuk
kemaslahatan semua umat Islam.
2.2 Resm Imlai’
Manakala, Rasmul Imla’i adalah penulisan menurut kelaziman pengucapan atau
pertuturan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran dengan resm imla’I dapat
dibenarkan, tetapi khusus bagi orang awam. Bagi para ulama atau yang
4
memahami resm Uthmani tetap wajib mempertahankan keaslian resm Uthmani.
Berdasarkan pendapat di atas diperkuatkan lagi oleh Al-Zarqani dengan mengatakan
bahawa resm imla’I diperlukan untuk menghindarkan ummat dari kesalahan membaca
al-Quran, sedangkan resm Uthmani di perlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-
Quran. Bahkan, pendapat ini lebih moden dan lebih sesuai dengan ummat pada masa
kini, disatu pihak lagi mereka ingin melestarikan resm Uthmani, sementara dipihak lain
mereka menghendaki dilakukannya penulisan al-Quran dengan resm Imla’I untuk
memberikan kemudahan bagi kaum muslimin yang kemungkinan mendapat kesulitan
membaca al-Quran dengan resm Uthmani.
Namun demikian, kesepakatan para penulis al-Quran dengan resm Uthmani
haruslah dijadikan sebagai rujukan yang tidak boleh hilang dari masyarakat Islam.
Dengan lingkugan jumlah ummat Islam yang cukup ramai yang tidak lagi
menguasai resm Uthmani. Bahkan, tidak sedikit jumlah ummat Islam mampu membaca
aksara arab. Mereka memerlukan tulisan lain untuk membantu mereka agar dapat
membaca ayat-ayat al-Quran, seperti tulisan latin.Namun demikian Resm Uthmani harus
dipelihara sebagai standar rujukan ketika diperlukan. Demikian juga tulisan ayat-ayat
al-Quran dalam karya ilmiah, resm Uthmani mutlak diharuskan kerana statusnya sudah
masuk dalam kategori rujukan dan penulisannya tidak mempunyai alasan untuk
mengabaikannya. Dari sini kita dapat memahami bahwa menjaga keotentikan al-Qur’an
tetap merujuk kepada penulisan mushaf Uthmani. Akan tetapi segi pemahaman
membaca al-Quran boleh mengunakan penulisan yang lain berdasarkan tulisan yang
dalam proses penulisan al-Quran sejak dari Zaman Rasulullah, zaman khalifah Abu
Bakar sehingala zaman khalifah Utsman Bin Affan yang penulisnya tidak pernah lepas
dari Zaid Bin Tsabit yang merupakan pembantu Rasulullah SAW.
Kebanyakan para ulama samada salaf atau khalaf menjadikan fakta di atas
menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaanya, ia diyakini melalui pegangan
sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada
beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak
kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang
5
mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepda al-Quran
pasti berlaku penyelewangan yang merosakan kefahaman terhadap al-Quran. Apa yang
perlu kita fahami bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersindiri dan
sentiasa dipelihara ileh Allah. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan atau
penambahan ianya akan mengurangkan keagungan dan kemukjizatan al-Quran
Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat.
Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia
memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada
guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan
dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam
penulisan al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan
kaedah bacaan al-Quran mengikut Qiraat Tujuh
3.0 Pengertian “Tauqifi” dan “Taufiqi”
Apa yang dimaksudkan dengan tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh
Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya
sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi
pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu
dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang
diterima dari pihak lain. Resm Uthmani bersifat tauqifi. Bersifat taufiqi Ia bermaksud
kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud
Resm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak
mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah.
Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf
semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat
dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat
yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah
penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. 6
Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti
berlaku penyelewengan yang merosakkan kefahaman al-Quran. Fakta yang perlu jelas
disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang
sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang
pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan
mukjizat al-Quran.
Manakala, taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut
pemahamannya terhadap al-Quran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan al-Quran
atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang
bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di
dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah
secara pasti. Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang
tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari
wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya.
Maksudnya “Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa
yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.”( An-
Najm: 3–4)
4.0 Perbahasan Pendapat Mengenai Isu “Tauqifi” dan “Taufiqi”
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama berkaitan dengan kedudukan
resm Uthman, apakah pola penulisan tersebut merupakan petunjuk Nabi (tauqifi) atau
hanya ijtihad kalangan sahabat. Jumhur ulama berpendapat bahwa pola resm Uthman
bersifat tauqifi dengan alasan bahwa para penulis wahyu adalah sahabat-sahabat yang
7
ditunjuk dan di percaya Nabi SAW. Pola penulisan tersebut bukan merupakan ijtihad
para sahabat Nabi, dan para sahabat tidak mungkin melakukan (ijma’) dalam hal-hal
yang yang bertentangan dengan kehendak dan restu Nabi. Bentuk-bentuk struktur
standart di dalam penulisan al-Quran tidak boleh dilihat hanya berdasarkan standart
penulisan baku, tetapi di sebalik itu terdapat rahasia yang belum dapat terungkap secara
keseluruhan. Pola penulisan tersebut juga di pertahankan para sahabat dan tabi’in.
Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui
bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al Qardhawi
dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara panjang
lebar; 21
Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis ketika itu. Ia
ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. Umat Islam juga bersepakat mashaf
ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah atau ditukar meskipun cara penulisan
sekarang sudah berkembangdan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang
perlu yang tidak boleh mengubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi
titik-titik huruf dan baris-baris.
Bahkan, mushaf ini kekal sehingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah
sebagi langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan
yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan. Huruf-
huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-bunyi huruf
Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. Mungkin ada sebahagian orang
menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang
8
diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak
mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada
orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat.
Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan
bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal)
dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin
dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan.
Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui
kenyataan di atas ialah pertubhan-pertubuhan tersebut ialah “majmak Buhuth Islamih” (Majlis
Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan keenam pada 30 Muharram 1391H,
“haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21
Syawal 1399H dan ketiga “Majmak FiqhIslami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam
Islami (Liga Islam sedunia)
Selain itu, terdapat juga sekelompok ulama berpendapat lain, bahawa pola
penulisan di dalam resm Uthmani tidak bersifat tauqifi, tetapi hanya ijtihad para sahabat.
Tidak pernah ditemukan riwayat Nabi mengenai ketentuan penulisan wahyu. Bahkan
sebuah riwayat ditulis oleh Rajab Farjani: “sesungguhnya Rasulullah SAW,
memerintahkan menulis al-Quran, tetapi tidak memberikan petunjuk atau teknik
penulisannya, dan tidak pula melarang menulisnya dengan pola-pola tertentu. Dengan
itu wujudnya perbezaan model-model penulisan al-Quran dalam mushaf-mushaf mereka.
Ada yang menulis suatu lafaz al-Quran sesuai dengan bunyi lafaz itu, ada juga di
kalangan mereka yang menambah atau menguranginya, kerana mereka tahu itu hanya
cara. Kerana itu dibenarkan menulis mushaf dengan pola-pola penulisan masa lalu atau
pada masa kini.”
Lagi pula, sekiranya itu adalah petunjuk Nabi, rasm itu akan disebut resm
Nabawi, bukannya resm Uthmani. Belum lagi kalau ummi Nabi diartikan sebagai buta
huruf, yang berarti tidak mungkin petunjuk atau teknik yang datangnya dari Nabi. Tidak
pernah ada suatu riwayat yang ditemui, baik dari Nabi mahu pun daripada para
sahabat bahwaa pola penulisan al-Quran itu bersumber dari petunjuk Nabi. Dengan
demikian, kewajiban mengikuti pola penulisan al-Quran versi mushaf ‘Uthmani 9
diperselisihkan para ulama. Ada yang mengatakan wajib, dengan alasan bahawa pola
tersebut merupakan petunjuk petunjuk Nabi (tauqifi). Pola itu harus dipertahankan
meskipun beberapa diantaranya menyalahai kaedah penulisan yang telah diperakui.
Bahkan Imam Ahmad Ibn Hambal dan Imam Malik berpendapat bahawa haram
hukumnya menulis al-Quran menyalahi resm Uthmani. Bagaimanapun pola tersebut
sudah merupakan kesepakatan ulama (jumhur ‘ulama).
Ulama yang tidak mengakui resm Uthmani sebagai rasm tauqifi, berpendapat
bahawa tidak ada masalah jika al-Quran ditulis dengan pola standart (resm
imla’i). Berkaitan dengan pola penulisan diserahkan kepada pembaca jikalau pembaca
merasa lebih mudah dengan resm imla’i, ia akan dapat menulisnya dengan pola tersebut,
ini kerana pola penulisan itu hanya simbol pembacaan, dan tidak mempengaruhi makna
al-Quran
Manakala, sebahagian ulama lain mengkompromikan kedua pendapat di atas
dengan mengatakan bahawa penulisan al-Quraan dengan resm imla’i dapat dibenarkan,
tetapi khusus bagi awam. Bagi para ulama atau yang memahami resm Uthmani, tetap
wajib mempertahnkan keaslian resm tersebut. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan
pendapat al-Zaqarani dengan mengatakan bahawa resm imla’I diperlukan untuk
menghindarkan umat dari kesalahan membaca, sedangkan dengan resm Uthmani
diperlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-Quran. Mazhab ini mengatakan harus
menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping
mengekalkan juga resm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya.
Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyi…al-
Burhan j 1 mk 379.
10
5.0 Pentutup
Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa resm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada
Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah
mengikut apa yang Baginda arahkan. Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Quran
sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman
Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al-
Quran bertepatan dengan resm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut
sebagai bacaan al-Qur’an.
Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas
penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan resm Uthmani,jangan diubah walau
sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar
kepada kanak-kanak agar mereka mengenali resm Uthmani dan kepada guru-guru al-
Quran ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh
membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban.
( 2,568 Patah Perkatan )
11
RUJUKAN
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.
Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.
Ahmad, M.Y.(2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani. Meteor Doc. Sdn. Bhd.2.
Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi. al-Burhan fi Ulum al-Quran. Beirutdar al Makrifah.3.
Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran RasmUthmani dan Kelebihannya. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000). Thamar al-Jinan Fi AfnanMin Ulum al-Quran Egypt.
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001). Al-Quranul Karim Terjemahan dan Huraian - Maksud Jilid 1. DBP Kuala Lumpur.
Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain.
12
top related