akhlak!
Post on 11-Dec-2014
77 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Powerpoint TemplatesPage 1
Powerpoint Templates
AKHLAK DALAM SUKATAN
PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Oleh:sakina
hidayah
Powerpoint TemplatesPage 2
Pengenalan
Menurut perspektif Islam, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang berakhlak dan bermoral.
Realitinya, kepentingan pendidikan akhlak dan moral telah diakui oleh semua masyarakat sepanjang sejarah sejak zaman Greek.
Sebagaimana yang dijelaskan bahawa pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada pertimbangan nilai, malahan persekolahan itu sendiri merupakan pendidikan nilai. Justeru, sekolah dan pendidikan merupakan wadah yang boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai akhlak mulia dan membangunkan modal insan yang berakhlak . Ini kerana sekolah itu sendiri adalah sarat nilai atau value laden dan guru merupakan agen moral (Asmawati Suhid 2005).
Powerpoint TemplatesPage 3
Greenland & Robinson (1980), misalnya, menyatakan bahawa pendidikan akhlak dan moral telah muncul sebagai satu disiplin dalam pengajian pendidikan atau sekolah.
Namun, kemerosotan akhlak yang berleluasa kini
amat membimbangkan banyak pihak. Masing-masing
pihak menuding jari menyalahkan pihak yang lain.
Keadaan ini perlu dicari jalan penyelesaian seberapa
segera sekiranya kita berhasrat membangunkan
modal insan yang berakhlak dan meningkatkan
peradaban ummah dengan berkesan.
Powerpoint TemplatesPage 4
Adab mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat
bermaksud:
1)tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi
bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan:
2)cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi
tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku (yg
halus dan sopan);
Powerpoint TemplatesPage 5
Powerpoint Templates
PERBINCANGAN ADAB
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Powerpoint TemplatesPage 6
sebut sahaja perkara seperti memakai pakaian yang sopan serta menutup aurat, membawa atau meletakkan kenderaan secara beradab, tidak membuang sampah merata-rata, menjauhi kekotoran, berdisiplin, bersabar ketika berurusan dengan orang lain, menggunakan air dengan berhemah sama ada di rumah sendiri atau di tempat awam, tenaga elektrik tidak dibazirkan dan lain-lain urusan sama ada peribadi atau kemasyarakatan.----->sudah dikira berakhlak!
Allah swt berfirman: "dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,melainkan mereka umat seperti kamu.tidak kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-quran ini,kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."(surah al-an'am,ayat 38)
Powerpoint TemplatesPage 7
CONTOH-CONTOH BERADAB DALAM KEHIDUPAN HARIAN.
Dalam kehidupan sehari-hari, memerlukan kita berurusan dengan ramai orang. Paling tidak pun, dengan jiran sebelah. Walaupun orang yang kita berurusan itu ialah adik-beradik atau kawan baik sendiri, perlu juga kita menjaga tatasusila dan adab kesopanan sebagai seorang muslim.
Powerpoint TemplatesPage 8
1. SALAMDahulukan pertemuan dengan ucapan salam. Begitulah yang diajar oleh Nabi s.a.w. Bertanya khabar dengan maksud ingin mengambil tahu keadaan dirinya.
2. BERBAHASABercakap secara bersahaja. Jangan terburu-buru hingga tidak jelas buah butirnya. Dan tidak pula teragak-agak sampai ternanti-nanti orang yang mendengarnya.
3. MEMBERI PELUANGJadilah pendengar yang baik, sedia mendengar apa yang dicakapkan. Beri peluang yang sebaiknya untuk rakan kita itu bercerita. Jangan cepat memintas atau memotong cakapnya. 4. AWASI BERGURAUBerhati-hatilah apabila bergurau. Jangan keterlaluan. Dibimbangi ada kata-kata atau perbuatan yang boleh mengguris hati tanpa disedari. Menyakiti hati orang lain tetap dikira berdosa, walaupun tanpa disedari.
.
Powerpoint TemplatesPage 9
5. MEMBERI NASIHATJangan ragu-ragu memberi nasihat apabila dirasakan perlu. Nasihatlah dengan hikmah dan bijaksana, tanpa dipengaruhi emosi marah atau benci. Mudah-mudahan nasihat itu boleh memberi ingat bagi yang terlupa dan boleh menyedarkan bagi yang terlalai
6. KURANGKAN KETAWASepertimana juga bergurau, ketawa pun harus dibatasi. Elakkan daripada keterlaluan kerana boleh mengeraskan hati. Bahkan mungkin boleh menyinggung hati orang lain pula.
7. SALING MENDOAKANBertemu dalam keadaan ceria, berpisah pun dalam keadaan yang sama. Saling doa-mendoakan untuk kesejahteraan bersama. Ucapan salam tetap menjadi lafaz yang terbaik sama ada memulakan pertemuan mahupun mengakhirinya.
8. JUJURKAN HATIJika pertemuan berlangsung atas urusan rasmi (urusan tugas misalnya), jangan cuba mengambil peluang untuk kepentingan peribadi. Umpamanya lebih menonjolkan misi peribadi daripada misi tugasan rasmi.
Powerpoint TemplatesPage 10
CIRI-CIRI MU’MIN YANG BERADAB
Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Maka asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang muslim ialah empat buah hadis nabi sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Qairawani, seorang Ulama‘ besar dalam mazhab Maliki.
Powerpoint TemplatesPage 11
1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. �
Powerpoint TemplatesPage 12
Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. perkara yang tiada kena mengena dengan kita ialah segala perkara yang haram dan makruh di sisi agama. Manakala segala perkara yang berkaitan dengan kita ialah perkara yang menjadi suruhan Allah baik berupa perkara wajib mahupun sunat.
Perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan nyanyian itu harus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh membawa makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya. Malah, ulama' berpendapat bahawa orang yang sudah terbiasa dengan nyanyian itu tidaklah boleh diterima penyaksiannya di mahkamah syari'ah.
Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnahlah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.
Powerpoint TemplatesPage 13
2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
Powerpoint TemplatesPage 14
Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam. Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri.
Dalam hadis yang lain ada menyebut maksudnya,"seorang muslim itu kepada seorang muslim yang lain, bagaikan binaan bangunan, saling memerlukan antara satu sama lain." Begitu juga dengan hadis yang membuat perumpamaan orang muslim itu seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka anggota lain turut merasakan kesakitan itu.
Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya.
Powerpoint TemplatesPage 15
3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... .“
Powerpoint TemplatesPage 16
Asas yang ketiga ialah bercakap dengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.
Seorang muslim sejati hendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana kata-kata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan aqidah tergadai. Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.
Powerpoint TemplatesPage 17
4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
Powerpoint TemplatesPage 18
Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Suka marah adalah salah satu sifat mazmumah (terkeji).
Ia merupakan ajaran syaitan kerana marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. seorang muslim sejati hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah(terpuji). Selain itu, marah kerana agama adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat. Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.
Powerpoint TemplatesPage 19
Powerpoint Templates
TAJUK-TAJUK YANG TERDAPAT DALAM
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI
SEKOLAH RENDAH
Powerpoint TemplatesPage 20
AKHLAK TAHUN 1(KBSR)
Adab makan dan minum
Adab qada’ hajat
Adab tidur
Adab mandi dan bersugi
Adab berwuduk
Adab bercakap dengan ibu bapa
Adab bergaul dengan rakan
Adab bercakap dengan guru
Powerpoint TemplatesPage 21
AKHLAK TAHUN 1(KSSR)
Saya di meja makan
Sayangi ibu bapa
Saya dan rakan
Guru pelita hidupku
Powerpoint TemplatesPage 22
AKHLAK TAHUN 2 (KBSR)
Adab berpakaian
Adab berkenderaan
Adab masuk dan keluar rumah
Adab pergaulan adik beradik
Adab di masjid dan surau
Adad ke sekolah
Adab belajar
Adab membawa dan menyimpan Al-Quran
Adab membaca Al-Quran
Powerpoint TemplatesPage 23
AKHLAK TAHUN 2 (KSSR)
Memahami dan mengamalkan adab tidur
Memahami dan mengamalkan adab masuk dan keluar rumah
Memahami dan mengamalkan adab di sekolah
Powerpoint TemplatesPage 24
AKHLAK TAHUN 2
Adab berpakaian
Adab berkenderaan
Adab masuk dan keluar rumah
Adab pergaulan adik beradik
Adab di masjid dan surau
Adad ke sekolah
Adab belajar
Adab membawa dan menyimpan Al-Quran
Adab membaca Al-Quran
Powerpoint TemplatesPage 25
AKHLAK TAHUN 3
Adab menghidang makanan dan minuman
Adab bercakap dengan rakan
Adab melayan tetamu
Adab menziarahi pesakit
Adab menziarahi rakan
Adab menziarahi orang tua
Powerpoint TemplatesPage 26
AKHLAK TAHUN 4
Adab berjalan
Adab bertanya
Adab dengan orang tua
Adab menziarahi jenazah dan kubur
Adab makan di majlis keramaian
Adab berjiran
Adab berkumpul
Adab semasa di sekolah
Adab berhujah
Powerpoint TemplatesPage 27
AKHLAK TAHUN 5
Adab mengurus diri
Adab menolong ibu bapa
Adab berjual beli
Adab bekerja
Adab menziarahi jiran
Adab ketika bermain
Adab dengan pemimpin
Adab menolong guru
Powerpoint TemplatesPage 28
AKHLAK TAHUN 6
Adab terhadap tempat dan harta benda awam
Adab kecintaan kepada negara
Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar
Adab rehlah
Adab dengan manusia dan makhluk lain
Adab menjaga harta benda sekolah
Adab menjaga kebersihan sekolah
top related