ajaran sesat

Post on 13-May-2017

266 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AJARAN

SESAT321

ISI KANDUNGAN• DEFINISI AJARAN SESAT• SEJARAH PENYELEWENGAN• SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN• CIRI-CIRI• KESAN• CONTOH-CONTOH

DEFINISI AJARAN SESAT

• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

• Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzab, ayat 36

• Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas.

• Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

• ‘Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan) itu tertolak’.

• (riwayat Bukhari dan Muslim)

KONKLUSINYA AJARAN SESAT SEMEMANGNYA SATU BENTUK AJARAN YANG TERSELEWENG DARI LANDASAN ISLAM YANG

SEBENARNYA

SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH

• Ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah s.a.w. dengan kemunculan Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi.

SEBAB-SEBAB KEMUCULAN AJARAN SESAT

• individu yang mempunyai kepentingan diri .• golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.MM

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam

• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi

• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib

• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. • Menolak hadis mutawatir atau hadis secara

umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN

AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:

(a) Akidah seseorang akan rosak (b) Masa terbuang (c) Berlaku keganasan

2. Kesan terhadap masyarakat

(a) Keruntuhan institusi kekeluargaan. (b) Perpaduan tergugat

3.Kesan terhadap negara:

(a) Negara akan mundur (b) Negara tidak stabil

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

Qadiani1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi

4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani (a) Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (b) Beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;

c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat; (d) menghapuskan jihad;(e) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;

(f)Mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;

(g)Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

(h)Menghukum kafir selain penganut Qadiani.

AJARAN AYAH PIN

Kenapa Ajaran Ayah Pin (Ariffin Bin Mohamad)

Difatwakan Sesat?

• Fakta mengenai ajaran Ariffin bin Mohamad telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu

Dalam warta Jil. 50 No. 25 menyatakan:

• Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam

• orang ramai hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajarannya

BERIKUT ANTARA PEGANGAN AJARAN

AYAH PIN

•ayat 1:  شيئ كل على الله إنقدير•Maksud: Allah berkuasa melakukan sesuatu.

•jika Allah berkuasa melakukan segala-galanya takkan Allah tak boleh hantar Nabi selepas Nabi Muhammad? kalau Allah tak boleh hantar Nabi selepas Nabi Muhammad itu bermaksud Allah tidak berkuasa.

ayat 2:  يأتيك حتى ربك واعبداليقينMaksud: beibadahlah kepada Tuhanmu sehingga kamu berasa yakin.

Huraian: Aku dah yakin dgn Allah, jadi aku tak perlu solat lagi...kamu yakin tak dgn Allah? Yakin...kalau dah yakin tak payah sembahyang la...

BERIKUT ANTARA AJARAN AYAH PIN

1) Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita boleh mengatasinya dengan berzikir.

2) Berzikir lebih afdal dari sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, sembahyang lima waktu digugurkan.

3) Pergi ke Mekah mengerjakan Haji adalah sia- sia sahaja.

4) Waktu Sembahyang Subuh berpanjangan hingga masuk Zuhur.

5) Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan

6) Semua alim ulama, tok guru sekarang penipu kerana menyembunyikan ilmu yang sebenar.

7) Sembahyang Jumaat tidak wajib.8) Ayah Pinlah satu-satunya orang yang boleh

membawa Islam yang sebenar sebagaimana zaman Rasulullah S.A.W.

“ Dan hendaklah ada di antara kamu suatu ummah (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat ma'aruf dan mencegah perkara mungkar. Mereka itulah yang beroleh kemenangan. “- Surah Ali-Imran : 104

SYIAH

DEFINISI SYIAH

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela"

AL-QURAN MENURUT SYIAH

• Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah .

• Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya

• Menurut para ulama Syiah:

• “Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

• Syiah banyak mengubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat:

سقر فى ماسلككم• "Mengapa kamu masuk neraka?"• (Menurut penafsiran ulama Syiah):    المصلين من نك لم قالوا• "Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".• Ulama Syiah mengubah tafsirannya yang

sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:• "Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut

Imam (Syiah)".

Hadis Menurut Syiah

• Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.

• Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.

• Nikah Mut'ah• Syiah menghalalkan nikah mut'ah . Mereka

menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat. Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah

• Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

نهى • وسلم عليه الله صلى النبي ان علي) عنالحمر لحوم وعن خيبر يوم المتعة نكاح عناالهلية. • "Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi

Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".

عليه • الله صلى الله رسول انمتعة عن الفتح يوم نهى وسلمالنساء. • "Sesungguhnya Rasulullah sallallahu

'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah"

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:

• 1. Beriman kepada keesaan Allah - (التوحيد)• 2. Beriman kepada Keadilan - (العدل)• 3. Beriman kepada Kenabian - (النبوة)• 4. Beriman kepada Imam - (االمانة)• 5. Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

• "Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".

~ Imam Malik rahimahullah~

• "Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".

~Imam Syafie rahimahullah~

ISLAM LIBERAL

DEFINISI ISLAM LIBERAL

• Islam Liberal, satu aliran yang menolak kesepakatan ulama serta menafsirkan al-Quran dan Hadis menurut fahaman akal

SIAPAKAH MEREKA?

• golongan yang begitu ghairah ingin menyebarkan ilmu agama.

• Namun, apa yang mereka sangkakan betul itu tidak menepati al-Quran dan Sunnah.

• Tafsiran dan penjelasan mereka penuh dengan kekeliruan serta boleh menggugat aqidah umat Islam.

• Akhirnya, golongan intelek, fanatik, ekstremis dan golongan yang kurang ilmu agama, begitu mudah menerima aliran ini.

• Apa tidaknya, hanya berhujahkan logik akal semata-mata mereka sudah terpedaya

ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN

• Wanita menjadi imam kaum lelaki• Persamaan hak lelaki dan wanita• Menolak sistem poligami• Tudung tidak sesuai di zaman moden dan

sebagainya

MANIFESTASI ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

• Bermula sejak pertengahan dekad 1990-an• Golongan liberal dalam masyarakat Islam di

Malaysia telah mula mengkritik pelaksanaan undang-undang keluarga dan jenayah Islam yang mereka lihat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Awal tahun 2000Golongan liberal ini telah mewujudkan gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia

• Perkembangan ini telah mewujudkan pertentangan aksi dan idea antara golongan “liberal” dan ”konservatif” dalam masyarakat

• Golongan liberal diwakili oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti:• SIS• Artikel 11• Majlis Peguam dan pertubuhan agama bukan

Islam seperti MCCBCHS,

• Manakala golongan konservatif pula terdiri daripada pertubuhan Islam arus perdana seperti:• Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)• Jamaah Islah Malaysia (JIM)• Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) • Majlis Koordinasi NGO Islam Malaysia

(ACCIN)

• Manifestasi idea dan aksi Islam liberal dapat dilihat dalam beberapa siri kempen dan inisiatif kearah mewujudkan kebebasan beragama

• Keadaan ini seringkali dilihat sebagai kebebasan dalam beragama

• Ianya memperlihatkan percubaan untuk ”mentafsir semula” idea kebebasan dalam Islam agar selari dengan tuntutan pemikiran sekular-liberal

HIDAYAH VS

DHALALAH

الله صلى الله رسول أن عنه الله رضى هريرة أبى عن : مثل األجر من له كان هدى إلى دعا من قال م وسل عليهدعا ومن ، شيئا أجورهم من ذ لك ينقص ال تبعه من أجورينقص ال تبعه من أثام مثل اإلثم من عليه كان ضاللة إلى

شيئا أثامهم من ذ لك( مسلم (رواه

Terjemahan: Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam)

bersabda: “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala

sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun”.

[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

• Sebaik-baik kalam (ucapan) adalah Kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik Hidayah adalah hidayah Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam).

• Oleh sebab itu baginda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) pernah bersabda:

• “Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”.

• [HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah]

AKHIRUKALAM

INGATLAH SESUNGGUHNYA MUSUH-MUSUH ISLAM TIDAK PERNAH JEMU UNTUK

MENJATUHKAN ISLAM JUSTERU KITA JUGA HENDAKLAH BERASA TIDAK JEMU UNTUK TERUS

MENITI DI JAMBATAN YANG BENAR

وعلى دينك على قلبي ثبت اللهمطاعتك

wahai tuhanku tetapkanlah hatiku di atas agama mu dan ketaatan

kepadamu.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T DAN YANG KURANG ITU

DATANG DARI KELEMAHAN IMAN KAMI SENDIRI SEMOGA YANG BAIK ITU DIJADIKAN

IKUTAN DAN YANG BURUK ITU DIJADIKAN SEMPADAN

SEKIAN TERIMA KASIH SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

PUASA JANGAN X PUASA

top related