(adli@sph.com.sg). 8 berita harian | rabu, 24 september ... coverage/bh/32767357...majalah cilik...

Post on 31-Mar-2019

245 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MAJALAH kanak-kanak Cilik Cerdikyang bakal dilancarkan akan menampil-kan pelbagai watak baru yang mencuit hatipembacanya.

Watak utama majalah itu ialah Kiki,seekor kucing yang cergas, gemar berkena-lan dan bercerita.

Kiki sering ditemani Dani, seorangkanak-kanak lelaki yang gemar membaca,dan Nadia, kanak-kanak perempuan yanggemar menjelajah.

Terdapat juga watak seperti Mimi, se-buah kanta pembesar yang gemar menye-lidik; dan Piko sebatang pensel yang ge-mar menulis.

Satu lagi watak yang ditampilkandalam majalah Cilik Cerdik ialah Suria,mentol lampu yang menerangi alam de-ngan ilmunya.

Majalah Cilik Cerdik adalah usaha Beri-ta Harian untuk menggalak kedwibaha-

saan dalam kalangan penduduk setempat,khususnya murid prasekolah.

Usaha itu juga mahu memupuk tabiatmembaca dalam kalangan kanak-kanak.

Majalah Cilik Cerdik, atau Smart Kidsdalam bahasa Inggeris, dihasilkan dengantajaan daripada Dana Kedwibahasaan LeeKuan Yew (LKYFB).

Majalah dwibahasa yang mempunyai16 muka surat itu diterbitkan dalam ba-hasa Melayu dan Inggeris. Ia padat denganberita tempatan, cerita kanak-kanak sertakegiatan dan maklumat khusus untuk mu-rid berusia antara lima dengan enamtahun.

Sebagai permulaan, ia akan dikirimkansecara percuma kepada prasekolah Yaya-san PAP, tadika masjid setempat dan jugatadika yang dikendalikan badan sukarela-wan seperti Muhammadiyah dan Jamiyah.

Editor Malam Berita Harian, Encik

Mohd Zulkifli Rahmat, yang menerajuiprojek itu berkata pasukannya akan meng-gunakan kepakaran dan sumber akhbar inibagi membentangkan berita dan ceritayang menarik untuk kanak-kanak.

Ini termasuk menampilkan kisah penca-paian kanak-kanak.

“Kami juga berusaha berkongsi pandu-an keibubapaan dalam majalah ini,” kataEncik Zulkifli.

Beliau menambah, Cilik Cerdik jugawadah bagi kanak-kanak dan ibu bapamemberi sumbangan karya.

Contohnya, sempena pelancaran ma-jalah itu, satu peraduan foto selfie akan di-anjurkan.

Peserta digalak mengirimkan foto anakmereka yang sedang membaca.

Lima penyertaan terbaik terpilih akandisiarkan dan pemenang akan membawapulang baucar buku Popular bernilai $50setiap satu.

Watak comel dalam ‘Cilik Cerdik’

BUAT julung kali, Berita Harian (BH)bakal menerbitkan sebuah majalah dwiba-hasa bulanan yang akan diedarkan secarapercuma kepada hampir 5,000 muridprasekolah di Singapura.

Usaha yang dilaksana dengan tajaan dari-pada Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew(LKYFB) bertujuan menggalak penggunaandwibahasa dalam kalangan murid pada usiayang lebih awal.

Majalah yang diberi nama Cilik Cerdik,atau Smart Kids dalam bahasa Inggeris, itujuga diharap dapat memupuk minat mem-baca dalam kalangan murid prasekolah.

Mendedahkan penerbitan baru itu, Edi-tor Malam BH, Encik Mohd Zulkifli Rahmat,berkata pasukannya mengambil masa ham-pir setahun untuk merancang dan melaksana-kan penerbitan majalah serta programpendekatan masyarakat.

Majalah yang diterbitkan dalam bahasaMelayu dan Inggeris itu mempunyai 16 mu-ka surat.

Ia memuatkan cerita dan berita tempa-tan, kegiatan dan maklumat khusus untukmurid berusia antara lima dengan enamtahun.

Cilik Cerdik juga satu wadah untukmengerat hubungan antara ibu bapa dengananak mereka.

“Kami juga mahu menggalak interaksiantara ibu bapa dengan anak mereka justerusetiap terbitan majalah akan disertakan de-ngan pelbagai panduan kegiatan bersamayang boleh dilakukan ibu bapa dengan anakmereka,” kata Encik Zulkifli.

Edisi pertama majalah Cilik Cerdik akandiedarkan pada bulan depan dan dikirimkankepada hampir 5,000 murid di lebih 180prasekolah.

Antara prasekolah yang akan menerimamajalah itu secara percuma ialah rangkaianprasekolah kendalian Yayasan Masyarakat

PAP (PCF) dan beberapa tadika yang diken-dalikan badan kebajikan Melayu/Islam se-perti Muhammadiyah dan Jamiyah.

Encik Zulkifli berkata pihaknya akan tu-rut mengirim beberapa naskhah secara per-cuma kepada badan bantu diri sepertiYayasan Mendaki dan perpustakaan awamdi serata pulau.

Selaras dengan usaha menggalak peng-gunaan dwibahasa dalam kalangan pendu-duk setempat, BH dengan tajaan LKYFBakan turut mengadakan program pendeka-tan yang dipenuhi pelbagai kegiatan me-narik seperti kuiz dwibahasa, sesi membacadan bercerita.

Sebanyak 12 acara telah dirancang danakan dibuka secara percuma kepada orangramai.

“Sebagai permulaan, kami sedang beker-jasama dengan beberapa prasekolah sepertipusat PCF di Tampines West untuk mengan-jurkan acara berkenaan.

“Kami juga sedang meninjau rangkaiankerjasama dengan badan kemasyarakatan,dan badan bantu diri untuk mendekatimasyarakat demi menggalak penggunaandwibahasa,” kata Encik Zulkifli.

Bagi meraikan edisi pertama majalahCilik Cerdik, satu majlis pelancaran akan di-adakan Sabtu ini di Learning Adventure,PCF di Tampines.

Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, DrIntan Azura Mokhtar, dijadualkan hadirsebagai tetamu terhormat di majlis tersebut.

Orang ramai juga boleh mendapatkansenaskhah majalah Cilik Cerdik pada majlisperasmian yang akan berlangsung di pusatLearning Adventure PCF Tampines West, diBlok 140 Tampines Street 12, pada Sabtuini, dari 10 hingga 11 pagi.

Untuk mendapatkan majalah Cilik Cer-dik yang pertama secara percuma, kirimkannama dan nombor telefon anda menerusie-mel kepada bhpromo@sph.com.sg.

DAPATKAN MAJALAHCILIK CERDIK

Majalah bulanan, sesi bercerita, bengkel dan peraduan dwibahasa akan dilaksana dengan tajaan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan YewMAJALAH BULANAN DWIBAHASA MELAYU-INGGERIS TERBITAN

BERITA HARIAN DENGAN TAJAAN DANA DWIBAHASA LEE KUAN YEW

Kucing yang gemar bercerita

Giat aktif dan gemar membaca

Bijak dan gemar menjelajah

Pensel yang gemar menulis dan melukis

Kanta pembesar yang suka menyelidik

Terangi alam dengan ilmu

Majalah dwibahasa BH khas buat si cilik

Sempena pelancaran majalah Cilik CerdikSabtu ini, sebanyak 200 naskhah majalahitu akan diedarkan secara percumakepada orang ramai.

Mereka yang ingin mendapatkansenaskhah majalah itu boleh mengirimkane-mel dan sertakan nama dan nombortelefon kepada bhpromo@sph.com.sguntuk membuat tempahan.

Dalam pada itu, 50 individu pertamayang mendaftar dan hadir untukmendapatkan majalah Cilik Cerdik akanturut menerima cenderahati istimewatajaan Berita Harian bernilai $50. Bekalanadalah terhad dan yang dahulu akandidahulukan.

Majalah dan cenderahati akandiedarkan:

Tarikh: Sabtu, 27 September 2014Alamat: Learning Adventure PCF TampinesWest, Blok 140 Tampines Street 12Masa: 10 pagi hingga 11 pagi

Berita Harian telah dipilih menerima tajaan daripada Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) bagi melaksana program menggalak kedwibahasaandalam kalangan anggota masyarakat, khususnya murid prasekolah dan ibu bapa mereka. Berikut antara kegiatan yang akan dilaksana akhbar ini

dalam tempoh 14 bulan mendatang untuk menyokong kedwibahasaan. Laporan oleh ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg).

GALAK KEDWIBAHASAAN: Encik Mohd Zulkifli Rahmat (kiri) mengetuai perbincangan untuk melakar program yang menggalak penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. – Foto TUKIMAN WARJI

WATAK-WATAK DI SEBALIK MAJALAH ‘CILIK CERDIK’

IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH?

beritaharian.sg/ galeri-video

Ingin nikmati berita

terkini?

“Kami juga mahumenggalak interaksiantara ibu bapadengan anak merekajusteru setiap terbitanmajalah akandisertakan denganpelbagai panduankegiatan yang bolehdilakukan ibu bapabersama anakmereka.”

– Encik Mohd ZulkifliRahmat, Editor MalamBerita Harian.

8 Berita Harian | Rabu, 24 September 2014

Berita SETEMPAT

top related